Tuesday, August 31, 2010

Pestime BerBuKa Kt LuaR...

Ni kesah ujong minggu lepas sebenarnya. Hari ahad, cam biasa, Speckybee keje.Tapi haritu dia panggil helper utk kemaskan rumah aku.Maklomlaa nk balik Malaysia dah.So, suruh kemaskan dapur, dan store room.Kalo korang jeling2 paku kt belah kanan tu, kan ada widget countdown aku nk balik kampung.Ngehehehe! So, skang ni aku dalam mood bz packing barang dan settlekan keja2 rumah yg sepatutnya lah. Dah ada helper datang kemaskan umah, bahagia la skit rasanya kan.Boleh tumpukan bab memasak je. Tapi tiba2 ada perkara yg lebih membahagiakan aku. Gas abes!! Yeeehaaaa! Baekk punya timing tong gas oii..So, gantung kuali haritu occay. Makan kt luar.Yabeddabeddu!!

saksikan wajah2 bahagia seorang surirumah yg boleh cuti masak pada hari itu...ngehehee!




Uyin tgh sibuk tgk ikan kt kolam tepi tu.


First,diorang serve bubur lambuk (kanji) dengan buah tamar..ni mmg free utk iftar.

Muslim kt Sri Lanka ni bagus la aku rasa.Dorang berbuka ringan2 je..Kurma, dengan kanji tu je.Pestu pegi solat.Bagus kan? Kt meja sebelah ada 1 family muslim yg berbuka jugak.Mula2 dia sengih2 tgk ktorg.Aku pon sesengih balik.Bila dah time waktu berbuka, waiter hantarlah makanan2 yg kami order tadi.

ini adalah menu berbuka ktorg, mutton beriani,garlic nan,chicken chetinut, tandori chicken, samosa ape entah.


Takat menu yg aku sebut kt atas tadi tu, xbape nk bernafsu sgt pon.biasa2 je.

Terkejut badak org tu tgk aku dgn Speckybee makan.Nafsu rimau betol! Licin plak tu.Keh3x.Rilex laaa bai..ko blom pegi Malaysia lagi.Kalo ko pegi Malaysia mesti ko kejang tgk ktorg makan. Air je, dah 4-5 jug, warna warni lak tu. Tu belom kuih muih, segala bubur manis, badak berendam, gajah berendam, nasi daging, ayam panggang, satay, murtabak dan segala tok nenek makanan.


Heheh! Oh, bahagianyaaaaaaa!!! lagi 7 hari. TUJUH HARI!!!! Betapa indahnya berbuka kt Malaysiaaaaaaaaa!!!Oh, lupa, selamat menyambut hari kebangsaan ye!

Monday, August 30, 2010

Contest: Merdeka

KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )

1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?
(a) Tunku Abdul Rahman

2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR
GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?
( a) 31 Ogos 1997

3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?
(a) Betul

4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?
(b) 53

5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?
(b) 1 Malaysia Menjana Transformasi

( sila letakan jawapan yg betol sahaja dr 2 jawapan tu)


KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA saya tak sanggup nak jadi rakyat Sri Lanka..kekeke... okey, chup! chup! semula eh...

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA malaysia adalah negara yang cukup berdiplomasi.Sebolehnya, Malaysia sangat menolak permusuhan dan pergaduhan.Ini adalah rahsia keamanan negara malaysia selama ini walaupun hidup di dalam berbilang kaum dan agama.Kalau dahulu, saya tidak faham dan tidak pernah terfikir untuk menghargai negara Malaysia, tapi setelah menjadi anak perantau di Sri Lanka, persepsi saya turut berubah. Pemerhatian saya serta bacaan2 saya terhadap sejarah negara Sri Lanka membuatkan saya acapkali berfikir, tiada guna wang ringgit dan kekayaan jika negara berada di dalam peperangan dan permusuhan.Walaupun hanya ada 2 kaum sahaja di negara ini konflik antara kaum berlarutan sehingga 25 tahun lamanya.Kita lihat pula negara yg sedang berperang yang lain, seperti Palestin.Betapa kesakitan akibat peperangan terpaksa dirasai oleh segenap lapisan rakyat dek sengketa dan dendam kesumat yang berlarutan. Dari situ, saya benar benar menghargai betapa indahnya erti kemakmuran sesebuah negara. Malaysia, negara yang cukup kaya dengan segala hasil tanaman, ternakan dan keindahan alam anugerah tuhan. Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan enak, sehingga di label sebagai 'syurga makanan dunia.' Malaysia, negara yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum, Malaysia negara yang penuh warna warni keceriaan hidup. Betapa saya sayangkan Malaysia, betapa saya cintakan Malaysia. Negaraku, tanah tumpahnya darahku...


haa, izyanti, okey ke?sori ye,terpanjang plak slogan tu.kih3x.emosi skit. Ni penyertaan dari saya ye.. wink*wink*

Friday, August 27, 2010

SiRi JeLajah Sri Lanka~NuWaRaEliYa Part 2

Anda sukakan cabaran??? Jom ke Sri Lanka!!!
cewah,da macam iklan perlancongan lak.

Wokeh,setelah lama berehat2 dari membuat entry jelajah sri lanka,ni aku sambung balik.Aritu aku cerita aku pegi Nuwaraeliya,taman2 bunga kan? Boleh klik sini kalo lupa. Skang ni aku nk cerita part yg adventures skit.Bab mendaki world's end dan menikmati keindahan Baker's Falls.Sebagai informasi, laluan ke World's End adalah sepanjang 9km dan jangkamasanya adalah 3jam.Itupun kalau ko jalan tak benti2, dan steady je larr kan.kalo ko 5minit semput, 5minit kemudian pengsan, maybelaa sehari suntuk baru ko habiskan trail tu.muahahaha!

Entry kali ni penuh dengan gambar2 sebab aku nk kongsikan keindahan semasa mendaki di NuwaraEliya.

Ni town Nuwaraeliya.Lebih kurang pukul 6.30 pagi waktu ni.Tp sini mmg cepat cerah pun.Aku suka gak tgk town dia,tgk building.Tapi ini bukan tmpat bershopping.Xde mende pon.Kampung aku lagi best nk soping2.


Muka2 yg sangat ceria sebelum memulakan ekspidisi.Ujong2 masing2 gambo muka kelat pasal penat nk mampos.haha!Cam biasa, aku laa satu2nya pompuan yg terlibat dlm ekspidisi daki mendaki nih.haiih..boring!


Kt sini ada checkpoint.Kena bgtau bape org yg masuk dlm tu ape suma.In case ade org yg tak balik2,sesat atau apa, jadi gerakkan mencari akan dijalankan.


Berada di ketinggian 2000m dari aras laut.Inilah puncak World's End.Sehari sebelum ktorg smpai, ada sorang pompuan mati jatuh dari tempat ni.Dia nk tgk amende tah kt bawah tu.Aku xberani jenguk.Aku takut time aku gatal jenguk2,angin tolak aku.Naya je.Aku rasa,kalo nk tgk bebetul kt bawah tu,kena baring dulu kot..Punyalaa tinggi.Sakit perut bila aku pandang ke bawah.


Tak sporting tol Uyin.Omputeh nak amek gambo pon melalak.buek malu yo!


Sedap angin kat sini.kalo bentang tikar,aku da tido dah ni.Ni kt puncak.Tu yg memasing talipon family kt Malaysia,bgtau dh smpai puncak world's end.Rasa cam dah tawan Everest pon ade gak.mueheheh!


Antara kenangan terindah kami 3beranak.Harap2 bila Uyin besar nnti dia tau lah yg kami bawak dia pegi jenjalan merata tempat.bertuah ko uyin,kecik2 dah mendaki world's end.


Masa ni masing2 dah kelat.Ni perjalanan nk turun plak.Oleh kerana aku satu2nya pompuan kt situ,kenalah buat2 tunjuk kegagahan aku.Nanti abis busuk nama semua pompuan, contohnya, "apelah ko ni, lembik cam pompuan!" and, aku xske org ckp gitu eh.Yg beranakkan lelaki konon gagah tu pon pompuan tau!


Subhanallah...indahnya ciptaanMu Ya Allah...sungai2 kt sini semua nampak berkabus2.Sejuk gile airnya.Duduk kt sini,xpayah cuci muka ke apa.Mmg fresh dan natural.Mekap pon xyah pakai pun.Muka terasa lembab dan segar sepanjang masa.ngehehehe!


Sampai di Baker's Falls.Duduk kt tepi ni pun, titisan air terjun tu dah terasa.Lembab la jugak baju ktorg kena tempias.Sejuk ya amat2.Tp trailnya mmg mencabar.Licin dan kaki ko mmg kena kuat nk agak2 tempat untuk berpijak.Licin bukan apa,sebab byk akar2 pokok yg berselirat kt situ.pestu basah plak.Mmg bahaya kalau tak hati2.


Subhanallah..keindahan Baker's Falls.Tade sapa berani mandi sbb jalan ke bawah yg curam dan mmg konfem sejuk weh.Tp aku cam dok terbayang2 kononnya kalo aku jadi cam citer Pocahontas tu kan.pepagi lepak kt waterfall ni,mandi manda,basuh baju.Lepak dengan rimau,buaya ke bagai kan..erk!


Kt sini pelik skit tau..Ada tempat yg ada kabus,ada yg xde.kejap ada,kejap xde.xpaham.


Dah sampai ke hujung dah...dia mcm ni,laluan masuk ada 2cabang,satu ke world's end dulu, satu lagi ke baker's falls dulu.Tapi laluan keluar adalah point yg sama.Iaitu dekat batu yg mcm korang boleh tgk kt gamba ni.Jadi,xde harapan la korang nk ngelat cari jalan shortcut ke hape.Hadap laa 9km tu ye...

Well,jangan risau, sepanjang perjalanan trail ni,ada di sediakan tandas2 awam.Aku lupa plak nak ambik gamba tandas tu sbb penat xtau nk cakap.Overall, pendakian ke world's end memang berbaloi utk mereka yg gemarkan adventure cam aku.Rasa mcm citer lost pon ade gak ko tau?

Lagi satu benda best kt Nuwaraeliya ni, adalah ladang strawberi dan kedai produk strawberi.Sumpah best! Kt kedai tu, semua menu dia berasaskan strawberi.Pancake strawberi,aiskrim strawberi,apelagi aku pon tak ingat dah.Tp sgt best sbb strawberi yg fresh kt situ dorang buat masakan dorang.Malangnya aku ta ambik gamba sebab aku lapar mcm nk mati.(ko bayangkanlaa,ktorg tak makan tau sblm mendaki tu.dlm beg aku cuma ada biskut,air mineral dan roti keras ada bergula2 tu)

Kat bawah ni adalah gambar2 permandangan sepanjang perjalanan pulang kami dari Nuwaraeliya.

Ladang teh.Kt sini kot lokasi pengambaran citer 'kiranya ku tahu' yg rosyam noor,bety benafe berlakon tu.nnti aku talipon rosyam tanya eh..kekeke!

sedut udara kt sini.Rasa penuh dengan oksigen yg berkualiti tinggi.


aku xtau umah sapa.tp byk dokumentari pasal sri lanka yg omputeh buat ada gambar umah ni.

Ada 2 ekspedisi yg terbaru aku dah tulis dalam blog ni.Sudi2kanlah menjengah baca pengalaman aku.Penat aku tulis tau...

Adam's Peak telah berjaya kami tawan!!
Ekspidisi ke Trincomalee

Kepada mereka2 yang nk baca siri penjelajahan aku kt Sri Lanka ni,bolehlah klik page siri jelajah Sri Lanka kt atas tu.Insyallah, semoga korang terhibur baca siri2 penjelajahan aku tu.hehe!

Thursday, August 26, 2010

DaTo' K Sudah Datang Umah Aku...

Pheeewwww!!!
Lega!
Oh, okey, betul laaa jawapan korang tu..
tu memang gamba lutut aku yg tengah ketaq.
Tp aku tipu. Lutut dalam gambar tu kurus laa,
Lutut aku lebih kurang lutut anak gajah sebenonye.keh!keh!
Jadi, tahniah aku ucapkan pada diri sendiri kerana skill melukis aku dah improve nampaknya.
Hahahaaha!A,yelah2.tahniah kt peneka2 yg betul.tp ade gak yg ckp lutut aku cam jembatan.sampai ati kau...!haha!

Berbalik pada cerita semalam,
maka berpeluh2lah aku bersilat kat dapo semalam.
Letak2 je beg plastik supermarket,masa tu dah pukul 1ptg,
aku pun startla berkuntau.
Yg daging goreng kunyit dengan murtabak, tak sempat weh!
Sambal belacan pun aku blend je.Sini punya lesung,lesung kayu.
Mau kejung tangan aku menumbuk.
So,aku letak air skit, blend,pestu tapis.hahaha! aci tak?pestu baru gaul dengan tempoyak.
Tapi kaler ijau je lah,sebab sini mmg takde cili merah beb.Cili kering je ada.senget laa kan??



aku sampai2 je nk snap gamba, dah nk abes dah dorang makan.ngeehe!


Speckybee sedang tekun makan.Cer tengok rambut dia.Bengkak bijik mata aku tengok!


Dato K..eh, En.Shamsudin, bos Speckybee dari Malaysia.Beliaula yg bawak tempe tu.mekacih ye..


Ni dah desert time dah ni.

Time dorang makan, sembang2 pasal keje.Aku segan la nk duduk situ.Maklomlaa, pompuan melayu gojes terakhir kt sini.So, aku masuk bilik,solat, baring2.Tunggu dorang balik,baru aku makan.


Kuih Cara ku yg laku..ni je yg tinggal..khas utk tukang masak. :)

So,bila dorang dah balik, aku tanya Speckybee, camne? Dia senyum2 tunjuk ibu jari tangan dia.So, aku agak, sedap la kut. Kalau dia tunjuk jari tengah, dah tentu2 la maksudnya masakan aku hancor,ye dak?

Dia cakap, bertambah2 dorang makan.Aku tengok nasi 5pot aku masak tadi pun dah tinggal skit.Pajeri Nenas, sambal belacan tempoyak,setel! Senang aku nk cuci pinggan.Wah,gumbira!!!
Maka dengan ini, aku melantik diri aku sendiri menjadi MASTERCHEF SRI LANKA!!

HAR!HAR!HAR!



Jempot laa datang Galle. Nanti aku masak kt korang.

notabulukaki~ time kacih kt korang yg sudi dtg baca, komen, dan wish goodluck utk aku.Sayang korang!!
------------------------------------------------------------------------------------
arini Speckybee pegi Colombo.Anto bos dia and bukak posa kt hotel.hoye!hoye!bleh aku rilex arini.Xyah masak!Aku berbuka mkn megi pun da okey dah.

Wednesday, August 25, 2010

aku tengah menggelabah

Entry pendek je arini. Pasal aku bz gilak. Arini bos Speckybee nk dtg umah berbuka.Woohoo!! Gua nk kena masak kt org beb! Speckybee cakap, bos dia suka makan lauk kampung2.Setelah perbincangan kami berdua semalam, maka menu pada hari ini adalah:

1.Pajeri nanas
2.Sambal belacan + tempoyak
3.Sambal ikan bilis + tempe
4.Daging goreng halia
5. Ikan gelama masam dan ikan kering goreng
6.Ulam-ulaman

Desert:
1.Ekor ayam jantan [Cocktail]
kalo sempat dan aku pon xbape penat, maybe aku akan tambah dengan:
1.Murtabak megi
2.Kuih cara bergula + kuih cara berlauk.


woh! amacam?? Cabaran master chef bermula. Aku dah siap dah lawa2 dah ni.Kejap lagi aku nk panjat tuk2, pegi supermarket beli groceries.bawak si Uyin skali. Speckybee mmg xde harapan laa boleh tolong aku.Keje keje keje.


Balik umah karang nk kemas2 umah skit. Pestu nk start masak.Korang doa2 kan laa aku berjaya ye.Gedebuk gedebak jantung aku.Asal entah.Aku tak sure.Adakah sebab yg nk datang tu bos Speckybee dan kalo aku masak tak sedap, dia akan murka kt Speckybee ataupun bos tu muka sebijik mcm Dato' K. Hensem woh! Akakakakakakaka!! Sambil2 tu,kalo korang mmg terel tahap dewa, korang teka, apekah gambar ini??



salam sayang dari aku utk pembaca2 blog aku.Jangan noti2 occay?? Nanti malam aku terjah korang balik...xoxo!babai..!

Tuesday, August 24, 2010

Resume & Cover Letter Terbaik.

Hai, kepada semua pencari2 kerja, kt sini aku nk kongsi 2 in 1 resume & Cover Letter sebagai panduan korang:


Dear Sir or Madman Madam:

"I am sure you have looked through several resume with the same information about work experience,education, and references. I am not going to give you any of that stuff."

"I would love to interview for the position of (insert job title here), I feel confident you'll see why I'm the right person for the job."
"My mother delivered me without any anesthesia so I have an IQ of 146 and can therefore learn anything.

"i enjoy working closely with customers,and my pleasant demeanor helps them feel comfortable and relaxed-not afraid."

"I realise that my total lack of appropriate experience may concern those considering me for employment." But "I have integrity,so I will not steal office supplies and take them home."

"Please don't regard my 14 positions as job-hoping,I never once quit a job." "They stop paying me." "In my next life,I will be a professional backup dancer or a rabbi, "but for now, "I'm attacking ,my resume for you to review." I realise that my resume is no longer exemplary thanks to my family destroying the computer file." Nevertheless, "here are my qualifications for you to overlook."

"Thank you for your consideration. Hope to hear from you shorty!"

Sincerely,
Hapless Job Seeker.
readersdigest,june 2009~resumania.com

Selamat berjaya aku ucapkan.Kalau dapat keje besok, jangan lupa belanja aku eh??

LOL!

Monday, August 23, 2010

Kertas Cadangan Fesyen Rambut Raya Speckybee

Kehadapan Kekanda Speckybee yg dicintai,

Tujuan adinda menulis warkah bercirikan elektronik ini adalah ingin meluahkan perasaan di hati adinda yg telah terpendam sekian lama [sejak worldcup arituh]. Adinda tahu kekanda seorang yg sgt bijak, hensem dan juga beriman orangnya.Maka sebab itulah adinda rilex je terima pinangan kanda dulu.


Adinda paham...kanda teringin sgt nk simpan rambut panjang2 mcm Lionel Messi.Tapi masalahnya, dinda tengok, dah rupa 'Lion in Messy' ada laa..

Setelah memerah otak,mendesign didalam photoshop, dinda cadangkan pesen rambut yg paling sesuai untuk kanda adalah xpayah ada rambut.Tambahan pula, pada pikiran adinda, fesyen rambut jenis tu boleh membantu mengurangkan kos perbelanjaan kita kerana xpayah beli syampu, minyak rambut, dan xpayah pakai sikat.Lexxx jeee....

Untuk pengetahuan kekanda, sebenarnya ramai lelaki yg hensem2 di luar sana mengaplikasi kan fesyen rambut ni, contohnya:
Harith Iskandar

Oh, silap!

Vin Diesel,



dan jugak player pojaan dinda time Worldcup, Wesley Sneidjer.



Bila dinda kelebet gambar2 lama kanda zaman stadi kita, memang tidak syak lagi, inilah penyebab dinda tergila2 kan kanda dulu.






Barulaa dinda perasan yg rupa kanda dulu ada iras2 Debid Bekam laaaaa!! Fewitt!!


Maka, dengan ini, dinda cadangkan, cepat2lah kanda pegi setelkan bab rambut kanda tu.Kalau boleh sebelum balik Malaysia sebab kalau bonda kanda nampak rambut kanda yg semak samun tu, dah tentu kepala kanda kena tarah tanpa belas kasihan.

notabulukaki~Perhatian, ini adalah iklan advertorial untuk mempromosikan Speckybee.Aku puji2 ni bukan apa, moga2 dia terbukak hati nk beli i-phone kt aku nanti.mueheheh! Sapa2 yg ada simptom loya2, dan muntah2, tolong sediakan minyak cap kapak secukup rasa.Tima kasih!

Sunday, August 22, 2010

Selamat Pagi Malaysia

Selamat pagi malaysiaaaaa!!!
eh, dah petang eh?
sori laaa..aku baru je bangun tido.
Semalam tido awal.Pukul 8 malam.
Sebab aku kena asthma lagi.
Kul 11 bangun, laaa... yg 2org lagi tu pon sama gak terbongkang.

Pastu bijik mata aku segar bugar
macam baru lepas rendam clorox.
Layan blogshop kejap, cari2 baju dgn tudung raya.

Kol 2pagi Speckybee bangun.
Si Uyin pun sama.
Aku suh sahur je lah terus.
Pestu 3-3 org jadi cergas dan cerdas.

Si uyin main bola, main basikal.
Aku dgn Speckybee pegi bilik sebelah.
Asing2kan baju nk bg kt org.
Baju ada laa selori, tak pakai2.
Meriah betul umah aku pukul 3pagi tuh.
Macam nk sambut raya pulak besok.

Pukul 6 pagi, mata start mengantuk balik.
Wokeh! Sambung balik tido.
Sampai kul 10 pagi.
Mak aih!
Sambung cuci2 mata kt blogshop org lagik.
Muehehehe!

notabulukaki~sapa2 ada jual benda best2, meh la promote kt aku.Aku dalam mood mudah termakan hasutan ni...

Saturday, August 21, 2010

MaSaLaH AngguR


Menggiurkan tak? tak bape sgt kut..
Aku ada masalah skit..
Nak kata besar, xde lah besar sgt,
Nak kata kecik, tapi aku rasa besar...
Sebab melibatkan halal haram makanan nk masuk ke perut.

Camnih,
Speckybee beli anggur.
Bawak balik.Tempek kt dlm plastik tu.
Duduklah kt situ smpai ke sudah.
Tak bgtau aku ke apa.

Dah seminggu,
Pestu baru dia cari, tak jumpa.
Dia pegi kedai tu balik,
bgtau yg anggur tu xde.mungkin tertinggal.
Pestu kedai tu bayar balik.

Balik umah, baru jumpa, anggur tu tersengih2 kt dalam beg plastik tu.
Nak makan tak berani, takut berdosa sebab duit dpt balik, anggur pun ada.
Apa patut aku buat???

a. Buat bodo..makan jee...rejeki ramadon namanyaa..bukan sengaja pownn...
b.Pegi kedai tu, bayar balik. Balik rumah baru makan.
c. Buang je lah anggur tu.
d. Bagi kt jiran.

Hujung2 minggu ni korang buat apa?aku layan AIM kt ntv7.Tengok melodi yg lama2 kt tv3.Kena ambik tau gak pasal industri hiburan kt Malaysia tu.Nnti time raya, kumpol ramai2, xdelah nmpak mcm aku yg paling bangang skali kat situ.mueheheh~

Friday, August 20, 2010

Wa Heart Lu laa Nuffnang!!!

Nuffnang ni kan...Speckybee yg kenalkan aku sebenarnya.Blog2 ni pun dia laa yg kenalkan aku.Walopon dia bukan blogger, tp dia mmg kaki baca blog.Dia suruh aku jadi blogger.Daripada duduk saja2 kt umah layan hindustan,tulis blog lagi bagus.Aku cam biasa laa kan...Isteri solehah,malas nk lawan ckp.Aku pun tulislaa walopon aku sndiri xpaham apa yg aku tulis.

Bila dah lama2 dengan blogging,aku pun dah reti update blog slalu2..barulaa aku nampak keberhasilan yg positif dengan nuffnang ni..Buleh buat duit rupanya dengan aku dok merapu2 ni.Sebagai surirumah,aku mmg xde gaji.Tp kadang2 tu,bila balik Malaysia,nak juga beli benda merepek org pompuan kan..Kalo mintak kt Speckybee,byk songeh.Kena soal jawab cam pak polisi.Duit perniagaan kedai aku ada, tapi aku selalu perabih soping online.kekee!lagipun mestila nk simpan buat modal pusingan kan...

Maka,bila aku tgk prestasi Nuffnang aku bertambah baik,berkobar2 pulak aku nak berblog ni.Baguih laa nuffnang ni..tak kedekut.Aku ada gak adverlet kt blog aku yg lain.Tapi hareemm, hampagas jaa aku dapat.

Ni hampa tgk, dekat nak raya, Nuff bg aku 10 BE...mula2 tu, 2BE aku dah jadi metered earning,aku punyalaa monyok..ni dia mai balik...yeehaaaa!!


Jumlah duit aku malu nk tunjuk..aku punya skit ja pun..

Pestu,yg menaikkan semangat aku, dulu bintang2 kt bawah ni tahap 2-3 je...skang ni LB dgn Skyscraper dah 5bintang.LR je aku kena usahakan lagi bagi jadi 5bintang gak.Punyala syiok!Walopon aku xpaham sgt pasai bintang2 ni,tp aku rasa,kalo byk bintang tu,kira baguih laa kan..mcm hotel laa jugak kan..
kalo ada bulan sama best lagi kut no?

Pestu nuff ni dia provide keywords yg org dok cari kt blog aku.Lawak2 keyword yg org cari. Buat habuan aku gelak pagi2. Yang pastinya,hari2 mesti ada yg cari bini hizbur imam muda...awat laaa xtau??


aku bukan bini hizbur imam muda...aku bini cek puad...imam tua dah...kihkihkih!

Terima kasih laa Nuffnang..sudi jugak layan blog miskin2 mcm aku ni..aku ingat nk tekan dah butang cashout.Pasal aku nk beli external harddisk laa rasanya balik Malaysia nnti.Tapi aku dah janji nk belanja Speckybee.Err...belanja air oren dua kupang pon,kira belanja gak kan..Muahahahaha!! Kejam! Kejam!

RaJa AzMi MaSuK LoKaP

Skang pukul 3.30 pagi waktu Sri Lanka.Aku tgh prepare2 nk bersahur ni.Baca kt page cikgu dahlia ada kisah pasal Raja Azmi.

Raja Azmi arrested because of warrant of arrest issued against her: Police

August 19, 2010
KUALA LUMPUR, Aug 19 – Film producer Raja Azmi Raja Sulaiman was arrested by police today because of an outstanding warrant of arrest against her, said Ampang police chief Abdul Jalil Hassan.
He said Raja Azmi, 51, had come to the station at 4pm accompanied by a friend to lodge a police report on news coverage about her and that police acted on the warrant.
“Police had several times looked for her at her house on Hulu Kelang regarding her failure to attend the hearing, and in fact, had done so twice today at 1pm and 2pm, but failed to locate her.
“We believe she was at home when policemen went to her house today but no one opened the door. As such, when she came to the police station we had no choice but to arrest her,” he told reporters at his office here.
He said Raja Azmi was now detained at the women’s lock up at the Pandan Indah police station and would be brought to the Kuala Lumpur High Court (Commercial Division) in Jalan Duta at 8.30am tomorrow.
On July 21, Raja Azmi, who is wife of former national badminton player Jalani Sidek, failed to turn at the same court concerning a bankrupty hearing.
The front pages of most newspapers today carried reports alleging that she was the cause of the divorce between national badminton player Roslin Hashim and his wife. – Bernama

Hum,kan dah kena... nk kenakan org lain, tp termakan diri pulak.Bab yg Roslin Hashim, aku malas nk komen.Kisah rumahtangga orang.Sendiri yg cari pasal nk jumpa2 kt dalam bilik hotel. Apa de hal?? Tapi apapun,harap2 perkara ni dapatlah bagi kesedaran pada dia..Tak pasal2 bulan puasa ni berbuka kt lokap...isk!


Ni apa kaitan anak2 sidek dgn cerita ni? hahaha! Saja aku malas nk letak gambar Raja Azmi.Dah dia menantu family tu,tak banyak,skit pun tercalar juga nama keluarga Sidek kan..

notabulukaki~ aku tak suka dgr perkara2 camni sbb aku peminat cerita anak2 Sidek.Satu masa dulu dalam diri aku rasa bangga betul tgk adik beradik dorang, org melayu to be more precise, org jawa laaa, main badminton wakil Negara. Skang ni dah gelaran tu dah direbut oleh kaum lain pulak..sedih!

Thursday, August 19, 2010

Mari BeLaJaR MeNgaji...

Masa aku mula2 pindah ke Kedah, umur aku dalam lingkungan 4-5 tahun.Masa tu aku baca Muqaddam dah sampai ke surah2 lazim.Tapi bila dah pindah tempat baru, ustazah kt kampung tu suruh aku start mengeja dari awal. Dia nk tengok aku kenal huruf atau aku main hapal je..

Aku sedut napas dalam2. Aku konfiden. Of coz laa aku kenal hurup.Aku dulu murid kesayangan ustaz tauu...Eleh, ustazah ni nk test2 aku pulak.

Bismillahirahmanirahim....

Alif dia atas AAAA...Alif di bawah IIII...Alif di depan UUUU....

"AAAA...IIIII...UUUUU....!"

muncong2 mulut aku mengeja.Konpiden abeh.

Kah! Kah! Kah! Kah!

Aku dengar suara budak2 laki dgn pompuan kt situ gelakkan aku kuat2.Eish, salah ke?Tapi aku pasti memang betul aku baca tadi.Aku konpiden.Aku rasa mcm nk pitam kt situ.Malu weh.Dah la budak baru kt situ! Cis!

Ustazah libas rotan kt lantai suh budak2 tu senyap. Heh,hambek kau! gelakkan aku sgt!

Ni ape bende kamu baca ni anis??Dah, suruh kakak kt tepi tu ajar balik.Akak tu pun ajar aku:

Aliff fathah, Aaaa, Aliff kasroh iiii...Alif dhomah Uuuuu, AAA, III, UUU...

Berpinau2 aku dengar. amende yg patah2 ni? haishhh!!! Rupanya, most budak2 kt Kedah, belajar mengaji ikut bahasa arab.Mula2 mmg susah nk ikut.Pestu, aku da terel dahhh...

"Alif kasrahhh, nun shadah fathah alif madhah.....INNNNAAA!!!"

Haaa, bila dah terel, suara aku la antara paling kuat mengaji kt umah sazah tu.Sampailaa aku boleh baca Quran.Tp antara ramai2 ustazah yg mengajar aku, ada sorang ustazah tu, sempoi je...
Aku belajar mengaji kt umah dia.Mula2, semua kena mengaji ramai2. Baca balik yg semalam punya. Dia akan duduk kat dapur. Potong sayur, potong bawang, prepare dinner untuk family dia.Tapi dari dapur tu (tingkat bawah) dia boleh sound kitorg yg mana baca salah.

"Anisssss....kemenda tuuu?? Ulang balik! Ulang balik! Salah tu!!"

ha,lebih kurang gitulah ayat dia.Dia akan sebut nama student yg mengaji salah, suh ulang balik bacaan.Yg herannya, dia tak tengok pun.Dia kenal suara sekor2 student dia, dan dia tau kt mana ktorg baca salah.Tabik tul sazah ni. Pas dia abis masak, dia panggil sorang2 baca depan dia pulak.Kalau lulus haritu, boleh ubah. Kalo tak, duduk la ko baca kt situ berhari2 sampai dia puas hati.

Dulu2 susah nak belajar mengaji. Rotan,cubit,birat tengah belakang, benda biasa laaa...Ko balik report kt mak bapak ko, ko dapat lagi sakit laa..Kalau boleh tu, diam2 je.Kalau adik yg report, mlm tu belasah adik cukup2.Heh! Skang ni mudah skit kut.Ada Qiraati bagai.Skang aku dlm proses mengajar Uyin.Tak tau laa boleh ke tidak.Tapi teknik rotan mmg aku pakai lagi.


Nampak je gambar ni mcm manja2 gitu..Padahal kt blakang tu ada rotan tu.haaaa!


Uyin, Ibu rotan kamu sebab ibu sayang kamu...besok2 kamu dah besar, kamu pahamlaa kenapa ibu rotan kamu yeaa...

notabulukaki~Part paling best time bulan puasa ni adalah kesempatan untuk solat berjemaah bersama sama.Uyin, rakaat kedua Isya' telekung dah hilang...ish! ish!

Wednesday, August 18, 2010

Panggilan Temuduga DH41

Pagi-pagi lagi aku dah cuak.
Baru je nk lelap mata balik pas sahur,
Dapat sms dari ayahanda.

"Long,ada temuduga DH41on 21st Sept."
gitu bunyiknya.
Ish,ni ape pulak laa ni.
Baru je aku balik aritu sit exam JPA.Ni SPP pulak dah.


Aku search kt net,amende DH41 ni.
Tapenah denga pon.
Oo..Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.
kemende tuh?
Lecturer eh?
Bila masa aku apply nih?
Cari kt web SPP,tade pon.
Aku syak,ni mesti panggilan interview hangit ni.
Aku call SPP...eh,eh,ade laa nama aku.
Post lecturer Perbankan Islam.
Terus aku sakit perut!!
Sumpah dah lama aku xpegang buku2 bab tu.
Da 5 tahun beb!
Aku boleh bayang raya aku kali ni, aku sebok kepit buku.

Barangsiapa diantara ahli2 keluargaku yg memandai2 apply post ni untuk aku, sila mengaku cepattttt!!!!!!!!! Aku akan pastikan dia pon kepit buku mcm aku jugak time raya nnti.Hinsssss!!!

seriously aku rasa dah terlalu tua untuk sit2 exam ni.rasa mcm prefer duduk umah layan anak cucu je.hak hak hak!

notabulukaki~ada tak sapa2 senasib dgn aku?ada tak korang dapat surat tu?Jom kita buat soklan spot ndak??

Mr. Right


Sebelum Kawen.....

Pompuan: Dia ni memang Mr.Right aku.Solat cukup 5waktu,puasa okey,hormat org tua, kalau aku merajuk, cepat je pujuk. Hensem pulak tu! Nanti kalau family dia datang meminang,aku nak lompat2 jawab YA!!



Lepas Kawen.......

Pompuan: Dia ni betul2 Mr.Right laaaaaa!! Semua diaaa jee yg betul. Kalau aku yg buat, salah memanjang, tapi kalau dia yg buat, betulllll jeeeee..semua boleh.Ni dah 24jam aku merajuk, tak pujuk2 pun lagi.Huh,menyampah tol!!

Hummmm......!!

Mode:merajuk!

Monday, August 16, 2010

Tutorial: Membuat Header Blog yang menarik :)

Hai...korang baru lepas sahur ke? Aku kt sini baru pukul 3pagi.Langsung tak boleh tido sebab mild asthma attack lagi.Tengok jam dah pukul 1 pagi, betterlah aku berjaga sampai sahur nnti.takut kang kalo aku tido, terbabas terus.Since ada yg tanya mcmana nk buat header mcm aku kt atas tu, so, dah ada masa free ni, baiklah aku buat tutorial skit.Yang dah terel photoshop tu, silalah pegi main jauh2 eh..Ni kira kita kongsi2 pengetahuan yg ada je lah kan...

Okey, mari kita mulakan!!

Bukak Photoshop* anda... CS bape korang ada?jangan CSI udah le...hikhik!
*edited

Klik File, New. So boleh la pilih worksheet yg bersesuaian dengan blog korang.Dan makesure, Background content adalah TRANSPARENT, okey???



Seterusnya, bermulalah kegiatan menguji creativity korang.Letak gambar,letak text, susun lawa2 mengikut citarasa korang.



Perkara paling penting adalah korang kena tau layers tu.(tengok anak panah).Setiap objek yg korang letak,adalah 1 layer.Langkah seterusnya, kita nk make up skit kasi nampak 'hidup' gambar tu.


Katakanlah aku nk bagi glowing perkataan "nisthebumblebee" tu. So,kenalpasti, text tu berada di layer mana, dan klik kanan. So, akan terjojollah 1box.Pilih blending options. Kita nak buat iceblended skit eh...

refer video kt bawah..



kt video ni aku just nk bagitau bahawa, untuk menambah effect pada object yg kita letak tu, just tick buttons, dan klik 2 kali pada styles2 yang ada. (ada org xtau bahawa setiap jenis styles tu boleh klik tau...) So, bila dah double click,korang akan nampak box yg membolehkan korang mekap objek tu. Blendlah macamana yg korang suka, tukarlah kaler yg korang suka wokey..

Lepas dah puas hati dengan hasil kerja korang, tibalah masa untuk save.


Pastikan anda pilih format PNG ye...sebab, kalau pilih JPEG, sia-sialah background transparent yg korang pilih awal2 tadi. JPEG xley baca transparent background ye tuan2 dan puan2..ngehee..

Gitulah caranya...senang bukan?? Kalau enggak paham, bolehlah bertanya.Kalau aku boleh jawab aku jawab, kalau tak aku sengih je larr kan.Sapa2 yang dah berjaya,kongsikanlah...mana tau korang dapat discover benda best2 lagi kt photoshop tu.kita kongsi2 la kan ilmu,ye dak?

notabulukaki~kemungkinan besar aku akan qada tido aku untuk malam semalam.Jadi, kalo aku tak jawab komen,tak jawab YM, tak jawab FB, itu bermakna aku tengah berada kt alam mimpi laa tu....Okey, selamat malam semua!!wawawawa!

Sunday, August 15, 2010

SaLLeH Gregor, otaknya bergegor..



Aku malas nk kata apa dengan orang yg tak berapa nak betui ni..
Kesian hg no...daripada hg nk cari 30,000 org pengikut kepercayaan hg tu, lagi baik hg cari pengikut kt blog hg ka, ataupun buat bisnes MLM.hoho..

Hang nak draft kitab??? Kah!Kah!Kah! Hg draft la dulu cara2 nk buat ayaq, udara, tanah dulu cek oiii...
Yg hang dok sedut,hembuih, sedut, hembuih hari2 tu pun Allah punya tau..
Hang tak malu ka???


Aku bukan xbuleh mencarut, aku pun pernah muda remaja gak. Takat nak carut bagi hg menanah telinga, benda senang bagi aku.Tapi aku malas.Zaman bodo2 dulu boleh laaa...Lagipun ni blog aku, dan aku xbapa nk suka guna perkataan tak elok kt sini.Cuma aku nak pesan, jangan terlampau kurang ajaq.Jangan sebab hg sekoq, abis satu Malaysia Allah turunkan bala. Jantung yg dalam badan hg tu pun atas kuasa Allah ja boleh berdegup.Bila2 masa ja tuhan boleh tarik balik.Tahun 2015 tu pon belum tentu hg hidup lagi.Malu la skit tulis mcm tu!

notabulukaki~Dia ni mcm nk cari glamour la kot..kesiannnn..doakanlah dia key..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...