Thursday, July 28, 2011

Damai di hati...



Hilang sakit aku tengok budak berdua ni....

Tapi kalo korang tanya aku soklan, "nak beranak lagi tak lepas ni?"

Jawapan setakat ni yg aku boleh bagi....





"Ko tak payah tanya boleh tak????"

wakakakaka!


p/s: Sudah 11 hari...aku still sakit2 lagi..nightmare pun belum hilang lagi. Ya Allah..cepatlah nak balik Malaysia..



Friday, July 22, 2011

Kami Sudah Berempat! (Catatan kelahiran Najlaa Hannani)

Malam Nisfu Syaaban...

Baca Yassin...kenang balik amalan yg tak seberapa pada buku lama..kenang org2 yg dah pergi meninggalkan kami.. Doa aku untuk tahun seterusnya, biarlah lebih baik dari catatan dari buku lama. Terselit juga doa aku malam tu pada Allah semoga baby keluar cepat..Harap sangat aku dapat balik beraya di Malaysia.. Kalau ikutkan minggu pregnancy, sudah 36minggu..Cukup 9bulan.. Kalau baby lahir, insyallah xde masalah...

Lepas seketika, sakit2 mulai datang. Alah, ni mesti acah2 je. Aku baring. Tengok jam. Pukul 8 malam. Speckybee tak balik lagi dari office. Humm..Golek2 baca buku pasal baby. Contraction makin kerap. Isk!

Speckybee balik keja. Dalam pukul 9 malam, decide nk pergi hospital.Isk, kang xde pape, malu je.Xyah laa.. Speckybee ckp, nnti kalau lewat2, nak keluar rumah susah. Kang kena kejar dgn anjing gila owner rumah ni. Aku pikir2, betul jugak.Nanti dah sakit teruk, susah pulak. So, aku siap2 dgn grab bag yg tak berapa siap kemas lagi tu.

Sampai hospital, check CTG. Admit masuk ward. Doktor check bukaan 3.5cm. Maksudnya,kemungkinan aku nk bersalin hari ni makin cerah. Masa ni baru la aku start takut.

Nurse check setiap 2jam sampai pagi. Langsung aku tak boleh nk tido. Hish...nak bersalin ke tak ni...??Dah la hari minggu ni. Plan ktorg nk pegi picnic kt swimming pool Galle ramai2. Kang xbersalin, rugi je. Baby xdapat lagi, picnic pun xboleh pegi. huhuhu...

Pagi Ahad, 170711, 10 pagi...

Ready untuk masuk labour room. Masuk ubat, bermula laa azab sakit nak bersalin. Doktor pecahkan air ketuban. Kali ni punya sakit, bukan cobaan lagi dahhh... Lain betul rasanya dari sakit bersalin Uyin. Speckybee tunggu depan pintu labour room. Uyin pun sekali. Kalau boleh, aku tak nak jugak Speckybee masuk kali ni. Kang aku mengada2 pulak. Mulala nk buat sound efek lebih2 kan..hahaha!

Tapi kali ni memang betul2 sakit.Aku yang payah nak menangis depan2 org ni, boleh menderu2 kuar air mata. Aku suruh nurse panggil Speckybee masuk. Rasa mcm nk mati pun ada jugak (over!) Speckybee usap2 kepala aku...pujuk aku..nanti kita dah nk berempat... Lagi la menderu2 air mata aku. Lepas salam2, minta ampun, aku minta dia kuar. Aku nak meneruskan perjuangan 'mengempat' kan kami.

12.30 p.m..
Sakit nak bersalin yg paling dasyat aku rasa.Nak speaking omputeh dgn nurse pun dah xmampu dah. Kepala otak aku kosong. Mulut aku hanya dapat sebut kalimah Allah. Masa ni, datang balik flashback2 kenangan dulu2. Start aku masuk skolah, jumpa Speckybee, bernikah, bersalinkan Uyin.. semua tu bersilih ganti. Wajah ahli keluarga aku kt Malaysia datang sorang demi sorang...Lepas tu semua pecah berkecai-kecai. Aku tolak semua yg hadir dalam kepala aku. Aku fokus 1 benda. SAYA MESTI BERSALIN HARI INI! SAYA MESTI GEMBIRAKAN HATI SPECKYBEE DAN UYIN DGN BABY BARU. SAYA MESTI GEMBIRAKAN HATI AHLI KELUARGA SAYA BILA BALIK BERAYA DGN BABY BARU NANTI.MESTI! MESTI!MESTI!!
Bila sakit tu datang, aku push sekuat tenaga. Sakit mcm nk tercabut nyawa dari badan. Suhu aircond yg sgt dingin membuatkan seluruh badan aku numb. Jeritan kalimah Allah aku dengar dari mulut aku sendiri. Oh, bley tahan jugak suara aku. Lebih kurang suara puntianak harum sundal malam yg lawa tu..keh3x! Speckybee cakap Uyin takut dgr suara aku dari labour room. Menangis2 dia ingat ibu mati.. Speckybee pun first time rasanya dgr suara aku mcm tu. Selama ni suara sopan santun je kuar..(kakaka! sangat laaa)

12.57 p.m ~ 4kali push, aku dengar suara lain...suara yg paling aku nak dengar...Suara baby yg selama 9bulan aku kandung..Alhamdulillah....!

Dari jauh aku nampak rambut dia.Amboi...lebatnyaa..Tak macam Uyin dulu. Badan dia cenonet sangat..Tapi suara mcm nk pecah bangunan. Proses mengeluarkan uri...sakit ya amat2. Tapi mata aku pandang baby yg sedang diperiksa oleh paed. Kurang sikit kesakitan tu. Kemudian proses menjahit. Walaupun kebas, tetap jugak terasa. Speckybee masuk iqamahkan baby. Sampai 3 kali. Speckybee ckp, baby senyum2 masa tu.Speckybee dtg usap2 kepala aku.Senyum. Dan...wah......leganyaaa...perut sudah kempis...selamat kembali wahai pusat! hihi!

Aku ditolak ke wad...dan bermulalah hidup aku sebagai ibu beranak dua...semoga kelahiran ahli baru di hari 'buku' baru dibuka menambahkan lagi kebahagiaan kami sekeluarga.Semoga bayi ini sihat2 hendaknya dan menjadi anak yg solehah, penghibur hati kami semua.. :)


Najlaa Hannani
170711
12.57 p.m
2.06kg


Orang yg paling happy dgn kehadiran baby ni dah tentula kakaknya, Uyin. Hari2 tanya bila baby nk keluar,


Tido pun nk sama2 masuk net adik.Mengkerekot+berpeluh2 dlm tu pun xpa janji dapat tido dgn adik..



Oh, jangan risau..saya tetap berpantang baik2 di sini..Kali ni lebih cukup kelengkapan lepas bersalin berbanding masa Uyin dulu. Tepel pilis semua complete saya pakai.

Tak sabar nk balik beraya kt Malaysiaaaa!!!!

:)

Monday, July 11, 2011

BERSIH @ GaLLE, Sri LanKa


Malaysian ada 3 ketul ni je kt Galle...baju pun xbape nk kuning..ah...janji semangat tu ada!

Hari sebelum BERSIH 2.0....

Speckybee: Besok ai nk pakai baju kuning.
Aku: U mana de baju kuning...
Speckybee: Humm.. terpaksalah ai pegi kedai pagi2 besok...
Aku: Mmmm... kroh! kroh! kroh! (tido)

Pukul 12 tengah malam, aku terjaga.

Aku: Eh, yu buat apa tu?
Speckybee: Heheh! ai dah jumpa baju kuning!! Ai punggah lemari. Baju masa study dulu2.
Aku: Ya ampun.. pulun betoi!

It's occay, It's allright!
Come on warriors, Fight! Fight! Fight!!


Pada kedua2 belah pihak, walaupun nak pertahankan pendirian masing2, janganlah sampai melampau2.Mencaci maki, sampai memalukan diri sendiri. Nak tergelak aku baca. Masing2 ada kefahaman sendiri. Tak semestinya yg melawan kerajaan itu pemberontak, dan tak semestinya kerajaan itu adil dan baik. Zaman dulu, pembela2 negara juga dituduh sebagai pemberontak oleh kerajaan masa tu. Mereka juga ditangkap, dizalimi. Tak terkecuali juga ulama2 besar zaman dulu. Contoh, sejarah menyaksikan, Imam Malik juga yg patah tulang belakang dipukul oleh org2 gabenor Madinah sebab menegakkan kebenaran. Perkara yg sama akan berulang2 berlaku setiap zaman.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216


notabulukaki~ Dari semalam Speckybee dgn semua staff bertungkus lumus berperang kt site.Balik rumah dah tak rupa org. Bertempek2 dgn cat. Aku doakan inspection dia harini berjalan lancarlah. Harini aku pulak yg kena berperang cuci suar dia yg bercat2 tu.Huhuuu~

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: Pandangan aku, rakyat marhein.



Hari ni kt Malaysia sibuk lah dengan BERSIH 2.0. Dari seminggu dua sebelum ni pun, dah start riuh rendah pasal BERSIH ni.

Dalam FB, xpayah cakap lah. Yg memaki hamun sebab jam, jalan tutup, kena beku cuti semua tu. Kesian rakyat...

So, pasal BERSIH ni...ni pandangan aku la kan..Korang taknak ambik pun xpe. Aku ni bukan sapa2pun.Bukan anak dato' dari mana2 parti politik. Sekupang pun tak dapat.Aku memang betul2 rakyat Malaysia yg hina dina. Sorang surirumah, blaja pon tak tinggi mana. Tapi sebagai pemegang passport Malaysia aku bercakap atas dasar seorang rakyat aje lah.Dan oleh kerana aku berada di luar Malaysia, yg mana aku boleh katakan, otak aku tak terhumban dek info2 media pro kerajaan Malaysia (yg aku rasa, err..korang judge lah sendiri.)

So, aku punya sources of media adalah internet, dan juga laporan2 dari international TV station.

Makin lama, isu2 kt Malaysia mcm menggeletek ketiak aku sendiri. Dari sebangang2 isu, punyalah semua nk dipolitikkan. Org tu kata ko jahat, ko kata org tu jahat. Dah mcm budak2 bergaduh. Tapi masing2 dabik dada, tunjuk hero. Haih, malu aku tgk!

So, berbalik pada BERSIH 2.0. Aku rasa, ramai rakyat xtau sebenarnya, apa tu BERSIH. Yg dorang tau, jalan jem, kena roadblock, menyusahkan semua. So, applause to KERAJAAN MALAYSIA sebab berjaya mengalihkan perhatian rakyat, dari objektif utama BERSIH kepada kesan buruk akibat perhimpunan tu.

Okey, mula2 kita tengok, apa yg org2 dari BERSIH ni nak?

8 Tuntutan BERSIH:

1. Bersihkan senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Dari pemahaman aku la kan..BERSIH ni adalah suara rakyat. Yang nak kan SPR telus dalam menjalankan tugas2 pilihanraya.Dah mcm2 komplen kan dengar, tapi SPR buat dekk aje.

Normal la kan, rakyat dah naik fed up dengan kerajaan lama. Takkan semedanggg org nak suke ko. Dgn isu harga minyak, harga barang, pestu pasal email 1Malaysia lah dan semua benda2 bodoh yg xde benda lain asik2 nk mengabihkan duit rakyat. Yg ko hidup senang lenang, ko suruh pulak rakyat berjimat. Ko ingat, rakyat nk sayang, peluk cium ko ke? Kalo laki aku tak kasi duit kt aku pun, dah tu mintak plak lagi duit aku, aku hangin.

BERSIH ni diwakili oleh badan2 NGO.8 bijik tuntutan kt atas tu, satu pun tak memihak pada parti pembangkang. Semuanya nakkan pilihanraya yang telus dan adil. So, ape ke jadahnya kerajaan takut sangat?Kalo pembangkang berani tunjuk salah ko, xkan la ko xberani tunjuk kebenaran ko. Kalau tak buat salah, benarkan je lah perhimpunan tu. Buat je dalam stadium atau tempat tertutup. Tak payah kacau org yg tanak terlibat.

Ini tak, kenmain dgn jalan tutup, polis check sana sini, asal pakai baju kuning je tangkap, beku cuti kakitangan hospital, polis, tentera, siap arahkan special force la ke bagai. Riuh rendah aku dengar, dah mcm nak jadi pemberontakan kt Mesir haritu.Apesal nampak mcm takut bayang2 sendiri aje? Chill lah!

Haih...yg dok buat kalut ni, aku rasa kerajaan sendiri. Ada la agenda tu kan.. saja nk bagi mcm havoc skit. Buat2 la ckp menjaga keamanan negara pape jadah suma. Padahal, yg hari2 masuk paper, bunuh sana sini tu, xde pulak ko hantar sniper ke special force ke pulak. Rakyat2 yg tak tau apa2, konfem la marah sebab mengganggu hidup dorang. Org ujung minggu la nk pegi soping, nk pegi jenjalan, nk cari brg raya. Org marah sebab tu. Kalo korang nk berhimpun, tapi xde kacau org lain, sapa pun tak marah. Ko berhimpun la patbelas tahun pun.sapa dulik.

Yg paling best, kerajaan sendiri pun xpaham apa tuntutan BERSIH. Ada ke pegi jawab, "kita tak akan tunduk gesaan untuk mengadakan pilihanraya awal." Eh, ko ni. Dah makan panadol ke belum?

Bila kerajaan dok buat kalottt...aku teringat peristiwa MEMALI kt BALING dulu. Lebih kurang mcm ni laa.. hantar la batalion2 polis bagai. Mula2 ckp nk gempur komunis...penipu!! Padahal yg mati, org2 kampung. Baling tu kampung aku. Member aku pun bersepah je kt MEMALI tu. Bapak aku pun polis masa peristiwa tu. Korang tau tak, berapa banyak nyawa yg melayang masa tu?Berapa banyak anak2 jadi anak yatim?Bini jadi balu?Org kampung pegi motong getah pun kena tembak. Ko nk jawab apa kt akhirat besok? Ko dah bunuh org. Musnahkan hidup org. Jahanamkan hidup rakyat yang patutnya ko yang bela. Haih... sedih aku.

Yg aku dok baca blog2 pro kerajaan pasal BERSIH ni, balik2, Ambiga tu kristian bla2..skandal anwar la..merapik pasal perkara2 personal. Then, isu kaum.Wah, masing2 pulak nk jadi pahlawan melayu.Tiba2 pulak depang2 tangan mengaku Islam.Semua kelihatan mulia gila (malas nk tnya, ko solat cukup tak?). Bercampur tunggang langgang. Boleh tak tumpukan pada 1-1 isu?Isu sekarang, rakyat nak pilihanraya umum yg akan datang ni bersih dari benda2 busuk duit haram ape jadah suma tu. Sapa yg menang nanti, tu belakang kira la.. Dah kalo parti pembangkan ke pulak tiba2 menang nanti, pestu buat perangai mcm sial, rakyat hantam la balik next election. Ini yg aku nampak, kerajaan jadi mcm gila2 gelabah. Dengan tutup website semakan undi lah. Dah kalo ko tak merapik2 daftar nama org yg bukan2, bukak je lah.. Bagi semua rakyat tengok. Ko ingat ni tahun 80an ke?Rakyat suma tgk TV RTM, baca paper UTUSAN aje. Skang zaman internet la woi. Bukti bersepah2. Hadoih...suruh rakyat transformasi. Ko yg tak gerak2 lagi.

Ha, kan dah panjang berjela aku bebel. Tak payah la korang tanya aku parti apa. Last aku pegi mengundi dulu, aku pangkah BN hokey? Pasal aku rasa negara mcm stable lagi masa tu. Skang ni aku xtau nk undi apa. Kerajaan sekarang mcm ba alip ngang sangat. Pengikut2 mcm dpt rumput ijau. Iye saja. Yg belah pembangkang plak, aku rasa mcm, eh.. boleh ke laar dorang ni nk tadbir negara?Pengikut2 mcm emo semacam je. Seriau aku.Undi rosak kang! Apapun aku doakan kesejahteraan negara Malaysia. Aku sayang gila negara aku. Pasal aku dah saksikan sendiri sengsara rakyat Sri Lanka akibat perang yg bodoh2 alang mcm kt malaysia la jugak.Jangan lupa, Sri Lanka pada tahun 50an adalah negara termaju di rantau Asia. Kalah Jepun okey?Tu pasal tertubuhnya THE COLOMBO PLAN SECRETARIAT. Ada sorang member aku tanya, Sri Lanka tu mcmana er? Negara orang asli ke? Haa... kalo korang nk merasa org luar tanya pasal Malaysia mcm tu besok2, silakan lah.... sila ikut jejak langkah pemimpin2 bebal Sri Lanka dulu2. Perang! Bergaduh, bertumbuk!!

notabulukaki: Tak...aku xpakai baju kuning pun..aku pakai baju tido je lagi.Tak kuasa aku nk sokong memana. Skang aku nk pegi BERSIHkan peti ais aku.Nak masak apa tah rini..

Friday, July 1, 2011

Syukur Alhamdulillah..Nikmat Allah bagi...

Sepanjang mengandung ni, aku paling nak sangat makan durian. Balik Malaysia bulan March haritu, dapat makan. Tapi, isi tak sedap langsung + mencekik darah. Durian 6bijik dah seratus lebih harga dia. Rasa mcm nk sagat2 org jual durian tu dgn kulit durian. Haihh!

Lepas tu aku terpaksa sabar. Menahan air liur dan air mata tiap kali tgk gambar durian. Ko tau tak org mengidam ni mcmana?? Bila nak tido, pejam mata nampak durian, bila makan nasik, tak de selera, terbayang2 durian. Ha, mcm tu tahu tak??

Alhamdulillah...hujung2 pregnancy ni.. tibalah musim durian kt Sri Lanka...Aku saja2 tanya staff si Speckybee, ade tak durian? Dia ckp ada. Melompat2 aku!! Akhirnya...sampai jugak 10 bijik durian kampung yang marbeles kt umah aku...ktorg mkn 6bijik, 4bijik lagi kasi member.

Aku makan sambil pejam2 mata menikmati durian tu. Tak sangka dah dekat2 nak bersalin ni dapat jugak aku makan durian....Syukurrr.....syukurrrrrr...

Harga?? 100rupee sebijik.Dalam RM 3gitu2 laa..puas hati betul.


Durian kampung...mabelessss!!



Uyin punya lah hantam berulas2. Risau aku. Sila minum air dlm kulit doyan ye, anak ye?

Tu cerita last week...

This week..aku tak sihat.. Rasa baby dah turun ke bawah. Heartburn makin kurang. Tapi sekarang pubic bone terasa sgt2 sakit. Nak berjalan tak boleh. Solat pun terpaksa secara duduk. Malam dah tentu2 tak boleh tido. Rasa mcm nk melalak je sepanjang malam.

Tapi tak pa lah. Itupun nikmat Allah bagi.. Nikmat mengandung, bersalin..bukan semua org dapat. Speckybee ckp, sabar lah... bukan senang nk dapat anak comel mcm Uyin.hihihi! Pandai laa diaa... tapi ye...aku sabar la..tak lama je lagi ... Pikir yg best2 je lah skrg ni..

bersalin awal = boleh balik raya = boleh mkn byk2

Yippiee!!

Eh, korang doa2 kan aku key???
aminnn.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...