Friday, May 11, 2012

Oh,hai. Selamat Berkenalan.

Assalam, hai! Selamat hari jumaat.

Sepanjang hari ni aku tgk ada beberapa kali word seach nama aku.Cari aku kt FB by email address aku, tgk nama aku, google, dan taraaa...sampai kt blog aku.

Tenkiu..tenkiu...! Selamat berkenalanlah wahai so-called artwork designer. Kalau aku tak bunyikan engkau pasal stiker selekeh yg engkau hantar kt aku tu, rasanya, tak sampai lah kau kt blog aku ni.

Apa yg aku boleh cakap, chill lah. Semua manusia buat salah. Aku pun pernah duduk kt tempat engkau. Aku pun penah keja dlm bidang kau ni. Tapi take serious lah. Engkau keje, engkau dapat gaji. Aku order, aku bayar.Aku siap tolong ko buat artwork design lagi.Keje kau cuma print aje. Engkau bukan buat keja amal. Benda simple. Engkau salah print artwork, engkau say sorry ajelah. Aku bukannya rimau. Aku tunggu jugak email atau tadi masa korang call, ada word sorry nk kuar. Tapi nan ado.Tak pelah. Ai tak kesah.

Nasihat aku sebagai kakak,(aku rasa korang ni muda.) apa saja ko nk buat, tolong take it serious.Buat sungguh2. Bangsa melayu kita ni selalu kena cemuh sebab sikap yg macam ni lah. Jadi buktikan, anak2 melayu mmg boleh buat keja, rajin, sungguh2. Kalau kita tak pandai, kita tanya pada yg pandai. Ada hadis, (walaupun hadis dhoif) suruh kita belajar walaupun smpai ke Negeri China. Anggaplah teguran aku tu sbg batu loncatan dalam pemangkin kejayaan kerjaya korang pada masa hadapan. Sebab apa aku tegur korang? sebab aku sayang anak2 bangsa aku. Aku kesian walaupun kita ni majoriti, tapi kita ni mcm second class kalau bab work ethic. 

Take this positively. Sebab teguran aku ni aku rasa dh cukup baik. Sebab tu aku panggil teguran, dan bukan makian atau cemuhan. Masa aku keja mcm korang dulu, makian adalah makanan aku. Hati aku pedih, tapi aku tetap nk belajar. Tapi walaupun aku rasa mcm teguran, aku minta maaf lah kalau kau terasa hati ke apa. Sebab org kita ni bab2 sesentap mmg biasa.

Kalo korang search2 aku sebab nk kenal dgn aku, well, aku ucap, selamat berkenalanlah.Jemputlah dtg lagi.

********************

Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman terbang sendirian bersama anak-anak..

Ini pengalaman kedua aku terbang sendirian. Pertama kali dulu, masa mula2 nk pegi Sri Lanka.Mengandung 5bulan. Speckybee dtg dulu, dan aku fly ke sana naik pesawat Lanka Air. Airplane Lanka Air agak canggih dari MAS dgn AirAsia.Maka aku menjakun sorang2 kt situ. Agak menggelabah, tapi muka aku menten cool.kahkah!

 Kali ni, bawak sorang budak yg sgt aktif dgn baby.Since aku byk berdikari dlm masa sebulan Speckybee tinggalkan ktorg kt Malaysia, aku dpt byk ilmu untuk handle budak2 ni. Uyin aku tak kisah sgt, sbb dia mmg dh biasa fly dan boleh buat hal sendiri saja. Bam2 ni ha. Buatnya dia melalak-lalak smpai 3jam dalam tu, mampus semua penumpang berbulu dgn aku. Tihihi. Apapun, aku serah semua pada Allah. Permudahkanlah urusan aku..

Malam sebelum fly, aku lepak umah adik aku kt Saujana Height.Lepak is lepak. Aku langsung tak tido sbb takut terlepas flight. Setiap kali nk fly mmg aku mcm tu selama 5tahun ni. 

Panda's eyes is my middle name!

Sampai airport, dh pukul 4pagi.Check in dulu ketung ketang. Pestu pegi toilet siap2. Macamana aku handle budak2 ni bila aku nk masuk toilet? Bam2 aku gantung kt badan dgn carrier. Sebab tu aku xpakai stroller.Pasal sgt leceh. So, bam2 melekat kt badan aku. Uyin aku suruh tunggu kt depan pintu ataupun dia akan main2 water tap kt situ. Dan, aku akan suruh dia NYANYI! Bukan aku suka2 suruh dia nyanyi kt situ, tapi tu sebagai precaution. Takut la kan zaman2 skang ni org main culik budak2. So, kalau aku xdgr suara dia, kemungkinan ada masalah. So, kau nyanyi lah. Kalau 4 jam mak kau membuang, 4jam lah kau menyanyi. Tp gila apa. Mana la sampai 4 jam hoi! Berak batu ke hapa. Lagipulak, tak sanggup aku nk dgr dia menyanyi lama2. Stressss!!

Mula2 atas flight, bam2 adala buat perangai skit2. Melalak lebih kurang. Lepas tu 2-2 bantai tido 2jam. Lega aku. Bolehlah makan dgn tenang dan gembira. 

Kau mampu bantai tido mcm kt umah atas airplane?? Lantak koranglah...janji flight ni tenang.


Uyin yg behave dan steady.(dalam flight aje lah.jgn harapla mcm ni kalo kt tmpat lain.)

Lepas tu 2-2 bangun. Tamatlah kedamaian sementara aku. Bam2 berak pulak dah..haihh! Masa tu pulak tgh turbulent. Melalak2 sbb bontot dia kotor. Last2 flight attendant terpaksa bagi laluan kt aku sorang2 pegi lav bawak budak kecik mulut bising tu. On the way nk pegi lav tu, aku telah terjumpa dengan seseorang....

JENG! JENG! JENG!!!

Siapakah org itu?

Nantikan sambungan perjalanan kami seterusnya esok.......








Okey, agak gedik di situ. Aku jumpa dengan mantan Duta Negara kita kt Sri Lanka. Alah, yg dulu aku citer penah dtg rumah aku kt Galle tu... Tihihi! Aku nampak dia sebelum aku masuk lav lagi. Tapi agak tak sopan pulak nk tegur dia dgn bontot anak yg melepek2 tu. Bau harum kau xpayah ckp lah.So, setelah selesai urusan bontot bam2, maka aku keluar dgn muka sehabis ceria. Tegur duta negara kita tu. Cerita lebih2 kurang, aku balik tempat aku balik. Kata turbulent, suka suki ko nk berenti berbual2 kt seat org lain pulak. Cantek muka ko Anis! Sebenarnya aku tau, duta kita tu satu flight dgn aku awal2 lagi. Adalah informer aku. Kehkeh. Tapi aku xjumpa dia. Tak sangka pulak nk terjumpa time kecemasan mcm tu.

Tak bape lama lepas tu, sayap airplane terbuka..dan roda meluncur keluar...dh mcm dlm novel pulak. Kira dh sampai laa maksud dia tu... Aku pun ready gantung anak kt badan, yg sorang lagi aku ikat pakai safety harness. Dan.... Ayubowan!!! We're in Sri Lanka again..! Kali ini sebagai...ehem...tourist. akakakaka!

Dan hatiku tergedik2 mahu jumpa pakwe Sri Lanka ku..iaitu.. Gunasiri the driver! Ceh! Geli! Speckybee laa!! Tak sabar2 aku nak pass budak2 ni kt dia, dan tido dgn lenanya. Bahagia, kau datang jua walopon ku tahu seketika cuma! Oh! Oh!

Okey, we stop right here.Bukan sebab gedik mcm tadi atau sebab-sebab lain melainkan aku dh mengantuk gila baban. Walaupun mata panda aku mmg xde harapan nk pulih, tapi aku tetap gigih letak mask jugak. Aku kan optimistic! Huakakaka!

Till then,jangan riso, cerita ni akan bersambung. Doakan aku umur panjang dan sihat tubuh badan untuk tulis pasal chapter "Last moment in Sri Lanka." Chapter kauuuu!!! Bajet buku tebal gabak mcm novel Harry Potter.Kahkah!

Babai!

Monday, May 7, 2012

From Her...to Him...

Minggu lepas Speckybee balik. Setelah sebulan merantau di johor. Huuu..beginilah nasib bini hujung bulan.kehkeh. Aku skang dtg penyakit, tiap kali dia nk balik je, aku mesti nk beli baju baru. Kira mcm nk selebret kepulangan dia la konon.

Sebenar2 kisah, yg aku mengamuk kat pompuan yg pinjam duit sampai ke sudah buat bodoh tu sebabnya, bulan lepas birthday Speckybee. So, aku dh plan nk belikan hadiah dgn duit AKU sendiri. Kalau tahun2 lepas, aku ada income sendiri melalui blogshop aku. Masa tu bolehlah bermewah2 sampaikan dia beli keta tahun lepas aku belanja tintedkan keta tu. Lepas mengandungkan bam2 then bersalin, aku tutup kejap blogshop aku sbb tak larat nak handle segala mak nenek karenah import eksport ni sorang2. So,tahun ni, sumber pendapatan aku adalah nuffnang semata-mata. Sobss! So,before aku fly pegi SL untuk seminggu haritu, aku cash out from nuffnang. Bajet turun2 Malaysia nanti, aku nak surprisekan Speckybee dgn hadiah birthday. Sampai2 malaysia, 'lembaga' tu mesej minta pinjam duit, aku pun kesian, bagilah sbb janji 5hb april nk pulang balik. Ni sampai ke hari ni, langsung.Siap menipu kaw2 lagi. Itu yg aku rasa nk mengamuk sgt tu. Org yg tunggu payment nuffnang tau lah, sebulan jugak weh nk dpt cheque tu. Gila mana aku tak angin.

So, sekarang, terpaksalah aku cari hadiah yg agak best, tapi affordable.Luckily,aku dah jumpa! Yeay! Walopon besdei dia bulan 3, dan ni bulan 5, dah nk masuk birthday aku dah, akan tetapi, aku tetap akan bagi kt dia jugak. Insyallah. Nanti brg tu sampai, aku bgtau.tihihi! 

So,buat sementara ni, ni jelah dulu untuk Si dia..

Surat cinta dari anak sulung....
Aku tak sure apa perasaan Speckybee bila baca luahan hati anak kesayangan dia ni, tapi kalo aku yg dapat surat ni, mau banjir pekan baling aku menangis. *emosi*


Buat masa ni, ini aje lah dulu luahan perasaan aku. Nk ckp depan2, mmg susah skit lah.Walopon nampak ai ranggi, tapi ai ni sgt pemalu.kahkah!

Ehem, aku buat sendiri coklat ni. Dh beberapa bulan jugaklah aku start buat coklat. Tp aku xwar2kan sebab aku bz gila baban skang ni. Kenduri adik aku xbape hari je lagi. Bulk order semua aku terpaksa tolak.Takat order utk hadiah besdei, hari ibu, hari guru tu, okeylah lagi. Aku sorang2 je beb. Mana nak urus budak2 ni lagi. Lepas bulan 5 ni, insyallah, aku terimalah bulk order balik.

So, inilah dia page cekelat aku. http://www.facebook.com/artneyschoco
Padahal sebenarnya page ni utk test aje, sbb member aku nak buat page tp tak reti. Maka aku pun buat la page, khas untuk godek2 dan provide solution kt dia. Pestu pikir2, penat2 buat page, pakai aje lah.Itu yang tetiba aku ade page ni. Apa lagi, like laaa...hakhakhak!

p/s: gamba2 sudah sampai ke pangkuan.Aritu aku janji nk story pasal pengalaman aku pegi SL sendiri dgn budak2.Insyallah, aku buat nanti. Pelan2 kayuh weh..tihihi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...