Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman terbang sendirian bersama anak-anak..

Ini pengalaman kedua aku terbang sendirian. Pertama kali dulu, masa mula2 nk pegi Sri Lanka.Mengandung 5bulan. Speckybee dtg dulu, dan aku fly ke sana naik pesawat Lanka Air. Airplane Lanka Air agak canggih dari MAS dgn AirAsia.Maka aku menjakun sorang2 kt situ. Agak menggelabah, tapi muka aku menten cool.kahkah!

 Kali ni, bawak sorang budak yg sgt aktif dgn baby.Since aku byk berdikari dlm masa sebulan Speckybee tinggalkan ktorg kt Malaysia, aku dpt byk ilmu untuk handle budak2 ni. Uyin aku tak kisah sgt, sbb dia mmg dh biasa fly dan boleh buat hal sendiri saja. Bam2 ni ha. Buatnya dia melalak-lalak smpai 3jam dalam tu, mampus semua penumpang berbulu dgn aku. Tihihi. Apapun, aku serah semua pada Allah. Permudahkanlah urusan aku..

Malam sebelum fly, aku lepak umah adik aku kt Saujana Height.Lepak is lepak. Aku langsung tak tido sbb takut terlepas flight. Setiap kali nk fly mmg aku mcm tu selama 5tahun ni. 

Panda's eyes is my middle name!

Sampai airport, dh pukul 4pagi.Check in dulu ketung ketang. Pestu pegi toilet siap2. Macamana aku handle budak2 ni bila aku nk masuk toilet? Bam2 aku gantung kt badan dgn carrier. Sebab tu aku xpakai stroller.Pasal sgt leceh. So, bam2 melekat kt badan aku. Uyin aku suruh tunggu kt depan pintu ataupun dia akan main2 water tap kt situ. Dan, aku akan suruh dia NYANYI! Bukan aku suka2 suruh dia nyanyi kt situ, tapi tu sebagai precaution. Takut la kan zaman2 skang ni org main culik budak2. So, kalau aku xdgr suara dia, kemungkinan ada masalah. So, kau nyanyi lah. Kalau 4 jam mak kau membuang, 4jam lah kau menyanyi. Tp gila apa. Mana la sampai 4 jam hoi! Berak batu ke hapa. Lagipulak, tak sanggup aku nk dgr dia menyanyi lama2. Stressss!!

Mula2 atas flight, bam2 adala buat perangai skit2. Melalak lebih kurang. Lepas tu 2-2 bantai tido 2jam. Lega aku. Bolehlah makan dgn tenang dan gembira. 

Kau mampu bantai tido mcm kt umah atas airplane?? Lantak koranglah...janji flight ni tenang.


Uyin yg behave dan steady.(dalam flight aje lah.jgn harapla mcm ni kalo kt tmpat lain.)

Lepas tu 2-2 bangun. Tamatlah kedamaian sementara aku. Bam2 berak pulak dah..haihh! Masa tu pulak tgh turbulent. Melalak2 sbb bontot dia kotor. Last2 flight attendant terpaksa bagi laluan kt aku sorang2 pegi lav bawak budak kecik mulut bising tu. On the way nk pegi lav tu, aku telah terjumpa dengan seseorang....

JENG! JENG! JENG!!!

Siapakah org itu?

Nantikan sambungan perjalanan kami seterusnya esok.......








Okey, agak gedik di situ. Aku jumpa dengan mantan Duta Negara kita kt Sri Lanka. Alah, yg dulu aku citer penah dtg rumah aku kt Galle tu... Tihihi! Aku nampak dia sebelum aku masuk lav lagi. Tapi agak tak sopan pulak nk tegur dia dgn bontot anak yg melepek2 tu. Bau harum kau xpayah ckp lah.So, setelah selesai urusan bontot bam2, maka aku keluar dgn muka sehabis ceria. Tegur duta negara kita tu. Cerita lebih2 kurang, aku balik tempat aku balik. Kata turbulent, suka suki ko nk berenti berbual2 kt seat org lain pulak. Cantek muka ko Anis! Sebenarnya aku tau, duta kita tu satu flight dgn aku awal2 lagi. Adalah informer aku. Kehkeh. Tapi aku xjumpa dia. Tak sangka pulak nk terjumpa time kecemasan mcm tu.

Tak bape lama lepas tu, sayap airplane terbuka..dan roda meluncur keluar...dh mcm dlm novel pulak. Kira dh sampai laa maksud dia tu... Aku pun ready gantung anak kt badan, yg sorang lagi aku ikat pakai safety harness. Dan.... Ayubowan!!! We're in Sri Lanka again..! Kali ini sebagai...ehem...tourist. akakakaka!

Dan hatiku tergedik2 mahu jumpa pakwe Sri Lanka ku..iaitu.. Gunasiri the driver! Ceh! Geli! Speckybee laa!! Tak sabar2 aku nak pass budak2 ni kt dia, dan tido dgn lenanya. Bahagia, kau datang jua walopon ku tahu seketika cuma! Oh! Oh!

Okey, we stop right here.Bukan sebab gedik mcm tadi atau sebab-sebab lain melainkan aku dh mengantuk gila baban. Walaupun mata panda aku mmg xde harapan nk pulih, tapi aku tetap gigih letak mask jugak. Aku kan optimistic! Huakakaka!

Till then,jangan riso, cerita ni akan bersambung. Doakan aku umur panjang dan sihat tubuh badan untuk tulis pasal chapter "Last moment in Sri Lanka." Chapter kauuuu!!! Bajet buku tebal gabak mcm novel Harry Potter.Kahkah!

Babai!

16 comments:

cik_ah82 said...

yup!aku pn xsuka pakai sttroller..beli masa adib dulu pastu time adam xpakai pun..dh jadik tukun tiruan dh ha!hehehe..senang dan pantas pakai carrier..hehe

SufatihaNur said...

mase part nantikan tu cam alah..kena tggu lak...huhu nasib ade smbungan lg...xde la frust nak nunggu...kihkih

Lady RaRa said...

aku dah nak pangkah la kata ada sambungan.


gedik. hang kan? memang gedik. tu pasai jawatan pembancuh sirap.

Chik Att said...

tengah bayang ... cam na memerut sambil gantung carrier tu ...

Daddy Ziyyad said...

- baru saya tau eroplane Sri Lanka lagi moden dari MAS ;)

- Tips suruh anak nyanyi tu bagus! Boleh dipraktikkan...Thanks for sharing.

- Berapa tiket Kul- sri lanka ya?

|| NaFiRaa || said...

KAGUM abes lah ngan u Anis.. kalo zura memang x gi sendirik sambil bawa 2 anak cam tuh.. x keyakinan lagi nak handle 2 anak cam tuh.. respek habes!!

Nieda said...

Gigih naik kapal terbang dgn ank kecil. Respek la sama awak.

aNiS tHe BumbleBee said...

Cik ah~tula tu.aku pun sama.lepas uyin dpt kaki,terus lempaq stroller tu.nk balik msia ja guna habuan usung brg kt airpot.kakakka!

aNiS tHe BumbleBee said...

sufatiha~kukikuki...saja ja ngusik.

aNiS tHe BumbleBee said...

Rye~ haram aih rye.smpai sini dok menganjing aku.siap buat entry kt blog hg.very the hamjaddd!

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~alahhh..cam biasa laa..cuma ada budak kecik ja melekat kt dada.hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ~
-haah,canggih skit la dari MAS.sbb tiap2 seat ada vid+games player yg buleh ubah2.stewardess pun sexy pakai sari nmpak perut.keh3x~

-belasah aje.janji anak kita selamat.zaman sekarang ni apa2 boleh jadi.

-depend kt air company mana yg dipilih.the cheapest of coz la AA kan.ktorg penah dpt 150 je sehala.time peak nk balik raya plak tu aritu.wuhuu!

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~nk buat cmno Ra.terpaksa..sbb byk lagi brg2 kt rumah lama yg kena angkut balik.tihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

Nieda~mula2 takut jugak.tp pikir2, Allah kan ada. :P

pB said...

stroller beli , lepas tu tersadai jer kat tepi dinding ....

aNiS tHe BumbleBee said...

pB~senasiblaa stroller kita..kikiki!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...