Kerjaya sebagai surirumah ni,aku rasa lebih kurang mcm kaunselor pun ade gak. Sebab dalam kepala org2 bekerjaya kt opis, especially member2 aku, masa aku sgt byk, xde benda nk buat dan boleh melepak2 depan lappy 4juta jam.hak3x! Well, aku xde hal.Kalo aku ada masa, aku layan chat korang.Kalo xde,aku ckp terus terang aje.
3-4minggu yg lepas, ada 2 org kawan mengadu pasal hubungan dia dgn mertua yg pada pendapat dia, macam neraka.Homaigod!! aku rasa, ko dah salah org mengadu, sebab aku bukanlah menantu ideal yg boleh dijadikan contoh.Keh3x.Hubungan aku dgn mertua aku, biasa2 je. Setakat ni, aku satu2nya menantu perempuan yg ada.So, xdelah nk jadi bahan perbandingan sgt.
Aku xpayah bg contoh org lain.Pasal aku xtau sgt bab org lain.Aku bg contoh diri aku lagi senang. Senang ckp, boleh dikatakan, aku bukanlah menantu yg menjadi idaman mak mertua aku. Background aku lain, background Speckybee lain. Ye, aku bercinta dgn Speckybee dari tingkatan 4. Aku tau background family dia islamic lebih dari aku. Tu antara sebab utama aku pilih dia, sebab aku nak berubah. Dan aku nak anak, cucu, cicit aku semua terpelihara akhlak mereka kalau aku kahwin dgn Speckybee. Sebenar2nya, aku bukan pilih Speckybee sebab diri dia semata, tapi sebab background family dia. Speckybee tu lelaki remaja. Ko ingat dia baik sgt ke?Dgn pakai pin kt telinga buat subang, dengan pakai gelang hitam kt tangan. Korang xpayah la nk imagine yg dia tu tawaduk gila kt skolah dulu walopon dia imam skolah. Biasalaa..pengaruh rakan sebaya. Tapi aku tau peribadi dalaman dia. Dia sgt2 lembut dan sgt caring, oh, especially dgn perempuan.
(ye,dulu aku mmg jeles,dan rasa nk hempok2 dia!) Dengan adik2 dia pun mcm tu. Sampai sekarang.
Family dorang aku lihat penuh dgn love bond,caring yg aku rasa lain sgt dgn family aku.Sampai lepas kawin pun, dorang suka duduk2 dlm satu bilik sembang2. Family aku pulak jenis buat hal masing2. Aku duduk dlm bilik aku. Kau duduk dlm bilik kau.Mula2 masuk family dia, aku rasa mcm pelik gila, aku rasa mcm tak reti nk get along.Ada beberapa kali jugak,masa aku pengantin baru, aku kecik hati, dan smpai menangis2 sebab dia boleh duduk bersembang2 dengan family dia dlm bilik, dan sampai tertido2 kt situ tinggal aku sorang2 kt bilik lain. Ko ni dah lupa ke ko da kawen? Kalau aku buat bodoh aje kt ko masa kt rumah aku, reti pulak kau nak amuk, eh?
Tahun pertama kawen,mmg cabaran besar buat aku.Aku still lagi tak faham konsep family dorang. Terutama sekali bab pakaian.
Sebelum kahwin, aku pernah tanya Speckybee, perlu ke saya pakai tudung labuh mcm family awak? Jawapan pertama aku terima,
awak xmalu ke nanti, semua org pakai mcm tu, awak sorang2 je pakai tudung biasa??Aku diam.Erm..jawapan aku, kalau pasal aku malu dgn org,then sebab tu aku kena tiba2 pakai tudung labuh, sorry! Kenapa dia nk kawen dgn aku, dan bukan dgn org yg dah mmg pakai mcm tu?Kalau dia pilih org yg pakai tudung labuh awal2 lagi mak dia akan senang hati.Xpayah dia susah2 nk convince.Ini aku ni.Gambar aku yg dia tunjuk dekat mak dia, adelah sorang pompuan yg pakai jeans, dgn tshirt lengan pendek yg mmg nampak benor jahanamnya.Tapi bagus jugak.Aku xsuka nk berlakon-lakon, pakai baju kurung la hape la,semata2 nk menipu mak dia. Jawapan mak dia lepas tgk gambar aku,
"ajarlah dia pakai baju kurung..." Baik tak mak mertua aku?? Kalo mak mertua Kasim Selamat, mampos dah kena maki hamun.
Speckybee selalu suruh aku pakai baju kurung.Aku nk pakai baju kurung kejadahnya sedangkan aku xde baju kurung, kecuali baju raya je. Tupun 1/2 hari aje melekat kt badan aku. Tapi lama2, aku boleh manage. Pinjam aje lah baju kurung member kalau nk dating.Apa susah. Sampai kawan2 aku tgk mcm nk pengsan tetiba pulak aku pakai baju kurung. Ha,kau! Tu belum tetiba aku sarung tudung labuh plakk!
Tempoh bertunang, soalan yg sama lagi aku ajukan. Jawapan kedua dia, asalkan aku tutup aurat, dia okey je.Lagipun org pakai tudung labuh bukannya baik sangat. So, aku cuba jadi apa yg dia nak. Sebab bila aku dah kawen dgn dia, dosa2 aku dia pulak yg tanggung. Kang pasal aku dia yg masuk neraka. Aku pakai ikut keselesaan aku, dan cuba ikut garis panduan yg dia bagi.
Since aku masih lagi jadi the ugly duckling in the family,
aku percaya, one day, the ugly duckling will become a beautiful swan. Aku tak boleh tiba2 nk berubah segala2 dalam sekelip mata. Aku masih lagi tengah cuba mengambil hati keluarga sebelah sana. Memandangkan aku tinggal jauh, dan tak berkesempatan, perkara ni mengambil masa yg agak lama. Byk sgt perkara2 kontra aku dgn family Spekybee sebenarnya. Mcm aku ckp tadi, background, bab pakaian, tu belum masuk bab masakan, yg masa awal2 dtg Sri Lanka dulu jadi punca air mata aku mencurah2.
Asam pedas mak dia lain, asam pedas aku lain.Ikan goreng mak dia lain, ikan goreng aku lain. Mulut dia xberenti2 komplen.Aku root Melaka, of coz la asam pedas aku kaw2 tumis punya.Ikan nk goreng garing2.Bila aku goreng mcm dia nak, dia ckp mcm tongkol kayu. Hangin okey??Suruh masak sendiri baru tau! Tu yg aku rasa segan nau nk masak2 kt umah mertua aku.Kang, nk masak kari jadi rendang.eh!
So, ini pendapat aku. Aku rasa, benda ni bukan masalah yg besar sangat. Ye, aku paham,sebagai menantu, ko rasa tak selesa, xde privacy and bla..bla..bla bila ada sedara mara yg lain masuk campur kan. Tp take it easy. Pikir kesan2nya kalau kau melawan. Laki ko akan jadi benci kt ko pasal ko xtau nk hormat family dia.Tuhan pun jadi benci kt ko, dan tak mustahil anak2 ko pun akan jadi benci kt ko sebab ko tunjuk contoh tak baik.
Cara aku, aku hanya perlu ambil tahu apa yg aku patut ambik tahu, dan abaikan perkara2 yg tak penting dalam hubungan mertua-menantu-ipar duai ni. Contoh, hal kebajikan mak mertua aku, kakak,abang adik ipar aku, aku tanya Speckybee. Ingatkan duit bulan2 utk mak dia, adik2 dia punya exam, sakit pening,hadiah untuk anak2 sedara.
Bab2 lain, aku tak campur. Kalau Speckybee perlukan aku nk cerita, aku cuma jadi pendengar. Aku yakin, Speckybee bukan nak solution dari aku. Dia cuma nak luahkan je.So, aku xpayah nk bg apa2 pendapat. Bukan sebab aku tak nak peduli, cuma aku tak nak jadi penyibuk. Aku tau diorang boleh setel sendiri. Kalau ada yg minta tolong dari aku je,insyallah aku tolong.Kalau terkecik hati, terguris, aku rasa, better maafkan lah..Hidup kita bukannya lama. Abis teruk aku masuk bilik, menangis kaw2, then kuar rasa lega. Aku akan cuba ubah diri aku jadi sebaik mungkin.Mcm cursing malay ckp, lagi bagus aku rasa diri aku teruk, dari aku rasa diri aku wife & menantu yg paling mulia gila bab. Bila aku rasa aku teruk, aku akan cuba ubah diri aku.Aku xpayah nk jadi penyibuk nk buat memandai2 bila org bercerita, dan perasan semua org sayang kt diri kita.
Nasihat aku pada diri sendiri,hormat ibu mertua kita,sebab xde dia, xdelah suami kita. Suami kita wajib patuh kt emak dia, kita wajib patuh kt suami kita. Emak kita cuma boleh doakan kita je la since kita ni dah kawin.Masalah dengan ipar duai, cubalah cari titik persefahaman. Kau pun xpayah nk menyibuk2 sgt dalam hal dia. Biar suami kau yg uruskan adik beradik dia. Kalau perlu pendapat kau aje, kau bersuara.Kalau ko rasa bengang sangat, ko senyum. Tak payah nk kata apa2. Kendian hari, masing2 dapatlah balasan tuhan balik. What you give, you get back, yo!
Sekian tazkirah di hari jemaat. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
eh,
assalamualaikum....... (kelip2 mata mcm ustazah nor bahiyah)