Wednesday, December 14, 2011

5 Tahun Sudahhhh...!

Lip pok, lip pok....dah 5 tahun rupanya aku bergelar Puan..kih3x!

Last weekend, aku balik Baling. Korek2 kt bilik aku, reta zaman anak dara dulu2. Nk bawak balik pegi umah Sg.Petani. Rumah sendiri katakannn...dah bertahun brg2 aku menyemak kt umah mak aku.Keh3x!

So, inilah hasilnya. Berpuluh2 surat cinta cintun.Aku jadi makwe dia pun dari form 4.Maka,mmg la zaman bercinta ktorg xde henpon2 mahupun FB. Tulis surat je pass kt posmen karat.Hua3x!

Ni sebenarnya kad besdei....meh kita zoom, ni bila punya kad besdei nih... 

Fuuuuuu.....ni time lepas SPM..besdei aku yg ke 18. Masa ni, tgh tunggu result nk masuk U.Nasib baik 2-2 dpt pangkat 1.Kalau 2-2 melingkup,mmg kena rejam dlm air kolah gamaknye.keh3x! Dia janji nak jumpa pagi. Mmg kebetulan time tu aku nk jumpa member2 kt AS.Tunggu laa aku berejam,xmuncul2. Aku punya laa risau. Nk call henpon masing2 mmg xde.Pestu member aku pulak cakap ada eksiden dekat2 alor star. Aku punya laa gelabah. Pegi laa check kt hospital. Takde pulak.Aku balik pegi shahab balik..Last2 pukul 4 ptg baru nampak batang idong.Slow2 letak helmet sebelah aku. Ikut setan dalam badan aku ni, nak je aku hentak dia dgn helmet. Gila kau! Xde pompuan yg setia tunggu dari pagi sampai petang kt stesen bas tau tak???aku sorang je...Dia bgtau motor dia rosak.Terpaksa tolak dari highway. Aku pun kesian laaa...Bg hadiah besdei dgn kad ni,pestu aku blah balik. Bukak2 hadiah,dapat kasut tido Bugs Bunny.Yeaayy!! Sukaaa!! Tapi....lepas dah 2tahun kawen,baru laa dia bgtau... Sbnarnya, dia tak tido malam tu karang surat. Lepas tu,dia tertido kejap lepas subuh.Dia kunci jam pukul 8pagi. Tapi sedar2 dah 4petang. Aku macam.....nk bunuh2 dia time tu jugakkkk!!!!! Dia takut nk bgtau sbb takut aku mintak break off.Padahal semedang je clash.Dah anak sorang ni br dia berani.Kalau aku tau time2 tu jugak,kasut arnab tu xkan ada kt kaki aku melainkan aku sumbat kt mulut dia.

 Ni batu ni pulak, dia bagi masa rombongan kelas dia pegi mandi air terjun. Batu ni,time break off je, jadi tmpat asah tumit aku.Geram punya pasal.Hahaha!

Ni rokok ni, masa study kt UiTM Arau. Aku jumpa, aku amok. Lepas tu stop kejap. Rasa mcm dah lama tak amok pasal rokok ni...Mcm nk asah lagi je skil amok aku,Keh3x!

Apa2 pun....aku happy jd soulmate dia..sbbnya...xde sebab pun.Mcm mejik je tiba2 aku blh terjatuh centa. Dialaa first love aku, dan sekarang suami aku dunia akhirat. Sblm kawen, aku takut nk sayang dia lebih2. Kang terjatuh cinta kt org lain plak kan,susah plak.Kakakakaka!  Tapi.....


Mulai tarikh 14 Disember 2006, aku boleh syg dia gila2 tanpa syarat.


Macamana setianya aku 13tahun dulu, insyallah, sampai bila2 aku akan setia pada dia. Susah senang dgn dia pun merasa..Cinta itu sgt mejik. Makin hari, makin syg. Aku harap mcm tu lah jugak perasaan dia pd aku. Dia jaga aku dgn sgt baik.Hadiahkan aku mcm2.Aku cuma ada 2 hadiah je utk dia, Nurin & Najlaa...Semoga kehadiran 2org budak comey tu menambahkan lg kasih syg kami suami isteri...

Oh,gambar ni xde cerita.Cuma aku nk bgtau tarikh kt gambar tu...Masa tu kenduri kt rumah aku.Tahun ni, pd tarikh tu...insyallah dia akan blk Malaysia kejap.Winduuuu!

Oleh kerana kitorg mmg xsmpat nk hanimun langsung, maka tahun ini, kita hanimunnnn!! Dgn 2 org anak...semoga tak kacau daun sgtla...

Miss you syg!! Cepatlah balik!!!!

Sunday, December 4, 2011

Perhatian kepada yang suka pegi Tesco/Giant@mana2 pasaraya besar!! Penipuan berlaku di mana-mana!


Ha, mai aku nak cerita. Haihlaa...dalam zaman teknologi tinggi ni pun ada lagi yang kena tipu dengan penyangak-penyangak muka tak malu ni.

Al-kisah....

Mak mertua,kakak ipar & adik ipar aku ni...30hb Nov 2011 hari tu...pegi laa Tesco Seberang Jaya...Adala mamat hanggok tahan, nk bagi mug free.. Suruh buat cabutan bertuah..Cabut kali pertama, RM 50. Cabut kali kedua RM 1000.Mamat hanggok dengan konco2 nya pun berlakon baekkk punya.Alah,macam korang xtau, taktik tu kan dah basi berkulat. Buat2 terkejut, xde lagi org yg dapat sampai RM 1000 ni. Talipon bos pape jadah sume. Punya laaa syiokk!! Lucky oi! Lucky!!

MIL aku ni jenis inesen. Ye kan aje.. So,tung-tang2x, mamat hanggok ni menipu MIL aku. Bayar RM3k je, dapat induction cooker, Microwave dgn Cookware set. Mamat hanggok ni cakap, makcik xpayah bayar ape pun,bawak je balik barang ni. Bulan-bulan cuma bayar RM 50 installment sampai la 3tahun. Lepas tu dia tanya MIL aku ade tak kredit kad ke, atau pun ATM kad kt mana2 bank yg dia simpan duit. MIL aku yg inisen ni pun bagi laa debit kad CIMB bank.Dia masuk dlm debit machine, MIL aku masuk pin number. Pastu kena bayar RM188 deposit pasal suma barang tu harga dia kohnonnya RM3188.So,nanti RM3000 tu akan ditolak cara installment RM50/month melalui kredit kad Bank Islam. (Dia ckp,dia tolong apply kredit kad yg limit RM3000 je kt mak aku) Bapak kau lahhh!!!

Bila dorang bawak balik barang2 tu, aku rasa mcm kenal jee,taktik pon sama mcm aku dok baca blog2 org. Tapi dah MIL aku kata,okey lah,pasal bayar installment RM50 je bulan2, so xde lah terasa sangat. Aku macam musykil je lah pulak. Jadahnya ada org bg ko brg2,pestu bayar 50 je bulan,xde interest apa pun.

So,hari ni, 2hb Disember 2011, MIL tergerak hati nk pegi check kt bank account balance beliau. Tetiba je ada transaction RM3000 pada 30hb Nov 2011, yakni hari si puaka tu membohong MIL aku la kan. Bila kakak ipar aku telipon mamat hanggok tu, dia gelak2, dia cakap.."Ooo..tu xde ape kak...RM 3000 tu sebagai cagaran.Bank CIMB yang hold. Bila Bank Islam dah approve nanti, duit tu masuk balik la dalam akaun mak akak."   Aku mcm..erk???kejadahan ape kah ini?? So,aku pegi CIMB bank,tanya status ade ke bank hold2 kan duit org dlm akaun? Org bank ckp, mana de hold2. Ni ada transaction via debit card RM3000 sebagai purchase. Aku dah panas hati gila dah ni.

So,aku pegi rumah kakak ipar aku,nak ambik resit2 segala mak nenek semua. Aku call budak hanggok tu. Mula2 dia berani kencing aku lagi. Kencing hancenggg punyaa. Mula2 ckp bank yang hold RM3000 tu, lepas tu, bila aku gertak skit, dia ckp nanti lepas settle yang Bank Islam, diorang akan pos check balik. Gila aku naik darah. Sumpah tak lojik! Aku bagi dia 2 pilihan; nak settle baik2 dgn aku kt luar ke, ataupun aku naik court belasah kau. Dia still dok menegakkan dia tak tipu. Cewah, tiba2 jadi alim kejap2 Allah, kejap2 Allah. Otak kau! Hari ni hari jumaat. Aku call ko pukul 1.30ptg. Kalau kau rilex je tak pegi semayang jumaat, apetah lagi bab menipu + makan duit haram ni. Enteng la bhaiii!

Kemudian aku pegi Bank Islam untuk check balik, ada tak standing instruction atau apa2 kredit kad application atas nama mak aku. TAK ADA! So, jawabnya, mmg la kena kencing hancing punya. Pegi balai, report polis. Kopral yang ambik report pun, sendu alahai. Nak taip report pun tersengguk2. Buat2 mata dah tak nampak la pulak.Cakap aje lah tak tau buat karangan. Heran aku mcmana laa gomen nk lanjutkan tempoh perkhidmatan sampai 60tahun....huhuuhu....

Lepas tu aku balik umah. Cari jalan macamana nk dapatkan balik duit MIL aku. Refer kt blog2. Hah, sah! Modus operandi sebijik seketoi mcm kes brand Arezzo yg dulu2 tu. Tapi ni dah tukar nama, AMG Italy pulak dahhhh...hahaha! Dah nama pun blogger, aku buat keje pakai keyboard je lah. Search punya search, ni lah antara blog yang bagi aku sumbangan idea mcmana nk dapatkan balik duit MIL aku tu.Thanks to pembaris_patah.


Korang baca semua sekali komen2 kt bawah entry tu. Ada perbincangan dan step2 mcmana nak dapatkan duit yang ditipu.Dan kalau korang search, ada berlambak2 lagi mangsa yang tulis pasal ni. Termasukla member blogger aku, Cik Ah. Kekeke!

So,bila aku baca balik, step yang aku ambik dah berada di landasan yang betul. Aku pun dah siap gertak mamat hanggok tu. Kt KPDN dgn NCCC aku dah report cara online. Kt tribunal aku dah download BORANG 1 tu, dan akan ikutlah steps yang TTPM arahkan. Alhamdulillah, dah ramai dah yang berjaya dapat duit 100% balik sebelum hearing. Aku harap, aku dapat tolong MIL aku dapatkan balik duitnya. Kalau dapat balik, nanti mama belanja ktorg steamboat, ye mama? Keh3x!

Cookware 23pcs harga RM3188??? Puyohhh,kalah noritake beb!



 Jangan harap aku nak tutup2 nama kompeni ko.Entah wujud ke tidak.Pui!

Selamba badak swipe debit kad org curik RM3000,boleh pulak nk menipu mcm2.


So,aku harap la sangat, sangat, sangat....dengan pendedahan kt blog aku ni, janganla lagi ada org yang kena tipu. Ni memang penipu kaw2 muka xde malu langsung. Bagi kes MIL aku ni, insyallah,aku akan cuba fight balik dapatkan 100% refund.Mudah2an dapat...Doa org teraniya ni kan xde hijab dah.

Bagi sesapa yang dah terkena, korang patut fight balik. Step2 dia ada dalam blog link yg aku bagi kt atas.Kita pengguna. Kita ada hak, occay? So,aku ringkaskan mcm ni lah ye:

1. Mula2 korang deal dulu dgn promoter mangkuk hayun yg jadi best actor/actress tersebut untuk dapatkan refund balik.
2. Kalau mangkuk tu buat2 deny, berkeras xnak refund balik, atau bercakap kojaqqq mcm mamat hangguk kt atas tu, so, kita terpaksa guna cara kojaqq la jugak kan...Well, kau yg pilih!
3. Mcm jugak aku tulis kt atas tadi, report kt tribunal, isi borang 1, 4salinan, pegi kt TTPM, bayar RM5, nanti TTPM pulang balik 2 salinan.Satu simpan, satu lagi bagi kt promoter tu.Kalau benci sgt nk tgk muka dia, buat pos daftar,then dapatkan akuan terima dari pejabat pos.
4.Menurut perbincangan kt blog kt atas, selalunya kompeni tu akan call ko balik sebelum hearing, dan akan cuba deal dgn ko. Kalau dia pulangkan balik 100% duit ko, ko ambik.Pulang balik barang. Kalau tak, JANGAN LAYAN. Sebab, bila ko dah sign borang cancellation, 20% lagi dia akan caj ko. So,boleh belah.1 sen aku tak hingin nk bg kt ko la mangkuk!Teruskan dgn tribunal jugak.
5.Barang2 tu, JANGAN GUNA. Simpan balik dalam kotak. Selagi tak dapat refund, JANGAN PULANGKAN BARANG LAGI. In fact, bila court dah arahkan kompeni tu bayar kt ko, baru lah ko boleh pulangkan barang tu within 2 weeks.
6.Bila dah dapat duit balik, jangan lupa ucapkan syukur, dan ketuk kepala sendiri dan berdoa supaya jangan la ada org lain pulak yang terkena. Amin......

Dengan ini,aku mengisytiharkan 
PERANGGGGG SCAMMMERSSSSS!!!!
 (sambil cuit hidong dgn ibu jari)

 Nah, ni antara link2 hasil aku search pasal produk AMG Italy ni dan mungkin kendian2 akan tukar nama jadi pape jadah lagi tah:


Hasil pembacaan aku pasal kes ni membawa aku pada Welley Corporation.Dulu2 dok buat keja gores dan menang. Sekarang ni cabut dan menang pulak.Kah3x! Nilah sebenarnya parent company yang berselindung di sebalik nama company yg bodo2, contohnya mcm resit kt atas tu, UNIQEKITZ.So, Welley Corp ni rupanya dah pernah kena serbu dh.Nah tgk laporan kt TV3 nih:


Saturday, November 26, 2011

Malam Jumaat Yang Menyedihkan..

 24hb November 2011....

Setelah seminggu Uyin buat tak tau je abah dia xde....

Sebelum ni,dia tido dgn Maktok...tiba2 malam ni nak tido dgn ibu..Masa nak tido tu, dia menung-menung je atas katil. Ibu tanya dia; Uyin rindu kt abah ke?

Mata dia berkaca-kaca....Sobs..sobsssss....dia sedih....Ibu cakap; kalau Uyin rindu abah, uyin peluk baju abah dulu okey...Lepas tu Uyin doa, bagi abah balik jumpa kita cepat2 key?

Dia menangis..makin lama makin kuat...Ibu call abah. Uyin pun cakap dgn abah...ckp rindu abah...balikla cepat...Uyin nk sleep abah....huwaaaa!!!

Abah suruh ibu on skype. Tapi waktu tu, line sgt2 laa teruk. Dapat tgk abah pun sekejap2 je. Abah pun nangis bila tengok Uyin....Sebak hati ibu... Then ibu pujuk Uyin untuk tido...Tersedu-sedu dia...

Masa nak tido tu, dia mintak doa, "Ya Allah...bagilah abah balik cepat...Uyin xmau toys byk2...Uyin nak toy satu je...Uyin nak abah..." Masa ni bagai nk pecah dada ibu dgr....Ya Allah,jangan la bagi aku pulak yang menangis. Nanti kang bertambah2 pulak Uyin punya melalak.


Kiranya, ni kali pertama kita sekeluarga berpisah mcm ni...Kalau ibu dgn abah dulu, rasanya, lepas kawin, 3bulan kita PJJ;ulang alik temerloh- shah alam, lepas tu, sebulan je ibu balik Malaysia pantang. Itu je lah kut.Selain tu,mmg kita tak pernah berjauhan langsung. Dugaan keluarga kita...Ada hikmah...  Mudah-mudahan ikatan kasih sayang kita sekeluarga bertambah erat... Tiap-tiap kita saling mendoakan.. Anak-anak pun makin matang... ibu pun makin berdikari...

Semoga Allah kuatkan hati kita.... Semoga abah dapat apa yang abah impikan... semoga keluarga kita berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah... amin....

Menangis sampai bengkak mata...Mengigau2 tengah malam. Tido sambil peluk shirt abah....


Adik peluk kain pelikat abah...

Buat masa ni, ibu lah yg akan jadi ibu dan abah 2-2 org anak kita ni..Semoga ibu kuat...kuat dari yang sebelum2 ni...

Tuesday, November 22, 2011

Sebelum kau kesiankan orang,lebih baik kau kesiankan diri sendiri

Pagi semalam, aku bawak anak2 pegi Tesco. Sampai ke sudah aku tak paham jalan2 dekat Kulim ni. Pakai GPS, dia bawak aku jalan lobang2. Lancccchhh!

Saja, aku nk berlatih handle budak 2 org ni. Slalu aku mcm xboleh dgr kalo budak suara soprano Najlaa tu melalak. Gila bingit!! Tapi smlm aku boleh control diri. Dia melalak, dan aku tetap cool mematuhi arahan GPS aku sambil drive. Pestu budak kecik tu tertido sendiri. Kesian jugak. Tapi xleh la ajar mengada2. Melalak kena angkat terus. Kalau tangan aku mcm sotong xpe lah.

Sampai je Tesco, hantar Uyin masuk playland. Tukar token 3ringgit je.keh3x!Tengah2 bulan ni, harusla berjimat. Lepas main2 tu, aku ajak Uyin pegi makan.Bila anak dah 2 ni, konfemla kena lebih berwaspada. Anak2 dara aku dah la comel gila. Takut jugak kena culik ke hape ke.Memang pegi memana pun aku akan pakaikan safety harness.
Ni safety harness untuk kanak-kanak
Lepas tu, Uyin tergedik2 nak lolipop yg besar tapak kaki aku. Ceh, kalau makannya habis, xpe jugak. Ni,kecap 2-3 kali, buang. Baik ko jilat tapak kaki mak kau ni aje. Ada syurga pulak tu!Aku tak kasi, Uyin dah start buat lagu dondang sayang. Datang la sorang lelaki yenna yg mempunyai kerjaya unggul sebagai salesperson SMART READER. Ko tau aje lah, bangsa salesperson ni kan gigi dia mcm span.(lembut gigi dari lidah!)

Dia pujuk2 Uyin, bagi belon. Pestu dia tanya aku, anak you ni hyper active ke? Kena ikat mcm ni? Kejadahnye, ni safety harness. Kan ke kt Malaysia skang ni org suka culik budak2.Ni langkah keselamatan lah bodoh! Dalam hati je lah aku ckp cenggitu. Malas nak gaduh dgn yenna, pasal dorang ni kan kalo gaduh suka over2.

Lepas tu merayu2 kt aku, suruh aku dgr dia ckp, 5minit je.Aku pon,hum, okey lah.Dah ko bagi anak aku belon, aku kasi la ko can nk kencing aku.Layan je la.Lagi pun aku mmg xde keje pape pun. Mmg sesaja bawak anak aku lepak2 main mainan dalam tu je.

Mamat yenna ni mcm bajet2 je. Aku syak, dia tgh tunjuk bagus nk close sale depan junior dia, pompuan melayu. Lepas dia bla3x...aku pun, hum...langsung tak berminat. Booooringgg!! Lagu2 pon semua booooringgg!! Watak2 disney tu, zaman aku kecik2 dulu okey la kot. Skang ni anak aku pun tgk mcm boringggg gilaaaa!!!! So, aku mintak diri dulu nak blah. Mamat yenna ni start buat muka merengus2 marah plakkk!! Maybe dia rasa malu dekat junior dia pasal xboleh close.Kahhhhhhkahhhh!! Dia suruh aku bayar deposit RM100. Aku ckp, benda ni aku kena la bincang dgn laki aku. Dah duit laki aku. Kalo duit aku, aku campak je depan muka kau.Pestu paksa2 aku call laki aku time tu jugak. Kau ni bebal ke? Aku kan dh bagitau laki aku kt Sri Lanka. Skang ni baru pukul 9 waktu sana. Time laki aku busy gila dgn meeting segala bagai. Kejadahnye aku nk bgtau laki aku, "Kanda, kanda....boleh tak dinda nk beli buku donald duck dgn vcd lagu2 bangang harga 2ribu lebih?" Jadahnya. Tak pepasal laki aku naik hangin puting beliung karang!Tak pepasal pulak aku kena cerai tanpa sebab. Ko apa tau yenna oi? Janji ko boleh dpt komisen sudehhhh.

Aku ckp kt dia, kalau I nak, I'll call you. Aku suh dia bg nombor dia je.Cewaahhh....dia boleh pulak ugut2 aku. Besok tak dapat dah harga ni. Kena beli hari ni jugak. Kalau beli besok, harga buku tu jadi 2500. Pundek lah! Lepas tu dia membebel2, sambil kembang2 hidung. Hoi, yenna. Ko dengar sini ye..mula2 kau yg merayu2 kt aku suruh dengar kau cakap. Aku dah dengar tu, kau patutnya ucap terima kasih kt aku sbb sudi nk luangkan masa tgk muka kau dan bau mulut busuk kau yg dok promote barang kau tu. Tapi dah diri kau sendiri yang tak berjaya nak convince aku, kau nak marah aku pulak pasal aku tanak beli barang kau. Kau yang tak reti nak buat sales, kau nk marah potential customer kau sbb tak nak beli.Loser sial!

Lepas tu dia cakap, kesian anak2 aku sbb aku tak concern pasal education dorang. Humm...macam ni lah yenna. Aku rasa kau patut kesiankan diri kau yang tak reti buat marketing. Bila aku tanya, mcmana benda ni akan buat anak aku jadi bijak? Dia jawab, bila hari2 pasang kartun yg ada lagu2 tu, nanti anak aku akan ikut. Owh, tu je? Sumpah aku rasa tak worth langsung. Buat pengetahuan kau yenna, anak aku dari umur 2tahun memang dah pandai baca pun. Budak2 ni mcm span. Kau tulis APPLE, BALL, CAT ke, hari2 kau ajar dia, dia memang boleh baca. Sebab dia dah kenal perkataan tu.

Dan, oh ya Encik yenna, kau ingat aku saja2 je ke pegi belajar masuk U, berhutang beribu2 semata2 nk duduk rumah kelebet bijik sahaja?Tugas aku ni adalah mendidik anak2 aku supaya jadi manusia. Aku kena ajar anak aku mengaji quran, solat, math, english, b.melayu, dan ajar anak aku supaya tak jadi kurang ajar, macam kau. Kalau buku2 kau jual boleh ajar semua tu, konfemla aku beli.Takat buku2 yang kau jual, just ajar english aje, sumpah aku rasa tak worth langsung! Anak aku langsung tak takut nak ckp bahasa inggeris dan vocab dia pun mcm budak umur 7-8 tahun. Kalau aku beli tu, kau bg kelas free ke kat anak aku, xpe lah jugak. Ini takat beli, lepas tu duduk la bertukun dekat kabinet rumah, baik tak payah. Sama la jugak mcm benda alah Linguaphone tu.So, sila berambus.

Ingin aku tekankan di sini.Aku okey je dgn salesperson.In fact, aku suka je dgr benda2 yg dia ckp, keyakinan dia nk meyakinkan org tu kan. Tapi, tolongla respect org lain sikit.Org dah bg masa kt kau, kau appreciate la skit. Aku nk bagi advice skit lah kan. Nak buat sales,kena banyak sabar. Fikir positif. Mungkin kalau org tu tak nak beli hari ni, esok lusa, mungkin la dia terbukak hati nak beli kan.. Ni kalau kau main paksa2 orang, mmg aku sumpah laaaa, nak lalu kedai kau pun aku tak hingin!!!!!
 
So,tolong kesiankan diri kau dulu.Kau jugak tak dapat komisen.Blueewekkkkkk!!!




Tuesday, November 15, 2011

Diari untuk abah #1

15 Nov 2011...

Mulai hari ni, ibu akan cuba tulis diari ni khas untuk abah. Sampai la hari abah balik Malaysia balik. Supaya abah tak rasa sunyi bila baca kisah kami.

Hari ini paling best. Uyin dance lagu Lambada. Adik Najlaa tengok sampai gelak mengekek-ngekek. First time tengok adik punya gelak mcm tu. :P

 Pengubat rindu abah...

Petang tadi ibu drive bawak anak-anak pegi Tesco. Tapi Mak Tok dgn Uwan pun ikut jugak. Ibu nak pegi kedai baby, cari puting brand MAM. Adik still refuse puting2 yang ada. Bijak anak kita tu. Besok2 nak jadi doktor pakar kot. keh3x!

Ibu cari kedai nama Baby Land.Tengok dgn internet kt Taman Cenderawasih. Pasang GPS, tah mana2 tah. Baghal punya GPS! Naik dengan Mak Tok tau2 saja la. Schumacher  pon kena tarbiyah. Uwan kata, Mak Tok kau tu dulu2 nak keje JPJ, tapi tak dapat. Kah3x!! Pestu Najlaa melalak. Uwan pun tolong drive kan, pegi je Tesco terus.

Ibu beli stationery untuk exam lusa. Segala pensel 2B,pen tu lah. Lepas tu, Uyin pulak merajuk2 sebab nak pegi main kt playland tu,ibu xbagi. Dah waktu maghrib dah pun. Ibu janji dengan Uyin, lepas exam nanti, ibu bawak dia pegi main kt situ.


Abah, ibu dah makin konfiden nak drive. Insyallah..Abah doakan ibu key..Lusa ibu exam. Harap-harap ibu boleh lulus. Jangan lupa doakan key?Ibu janji akan study rajin2. Dapat ke tak dapat, terserahlah. Ibu akan cuba sehabis baik.

Abah jangan risaukan kami. Ibu janji akan jaga anak-anak kita dengan baik. Ibu doakan abah dapat cepat2 balik sini. Kami semua rindukan abah!

Monday, November 14, 2011

Separuh Nyawaku telah terbang...

Sobs...sobs....

Mood sekarang adalah sedih..ya amat2..Dia dah fly pegi sana balik..Bermulalah hidup aku sebagai ibu tunggal sementara.

Nak kena belajar drive balik. Sumpah aku rasa gelabah. Dulu2 drive kenari, manual. Pestu 5tahun tak drive dah sebab balik Malaysia skali skala je. Ni, tiba2 balik, nk drive terus. Keta pulak besar, auto. Cacatos la jugak aku dalam tu. Dengan kaki kiri sibuk nk cari clutch. Dengan bagi signal belah kanan, tetiba wiper yang terkibar-kibar kt cermin keta. Demmmm betullll!!!! Budak2 ni, aku ikat kt carseat masing-masing. Takut jugak apa-apa jadi. Nama je aku duduk kedah bertahun-tahun. Haram tak tau jalan langsung. Ni nak pegi sit exam kt Jitra pulak dah. Speckybee tunjuk jalan. Menangis2 aku dalam kereta. Tak leh terima hakikat yg dia xley temankan aku pegi exam nanti. Selama ni, semua exam dari zaman ktorg skolah , dia sentiasa je ada teman aku. Ini dia xde..Huwaaaaaaa!!! Tiap2 malam aku doa, semoga dalam masa 3hari ni, dia tiba-tiba dapat kuasa telipot. Kelip mata ada kt malaysia, kelip mata, balik SL balik.Tapi..na mungkinnn.... 

Come on, Anis!! Please come back!!! Sekarang tengah mencari kekuatan diri aku balik. Kekuatan nk drive.Dulu2 aku single, drive dlm KL, shah alam xde hal. Tapi skang ni nk usung anak-anak.Risau jugak aku.  Dengan jalan kt kedah yg tak familiar. Harapkan GPS je lah..Ya Allah...kuatkan laa semangat aku. Menangis, dah menangis dah. Nak gelak tak mampu dah. Sayang...please laa cepat balik!!! Huwaaa!!!

Buat masa ni, aku ada kt Kulim. Bila rasa2 macam dah terer drive nanti, aku drive lah bawak anak2 aku balik umah mertua kejap, balik Baling kejap. Skang ni tengah tumpu untuk exam 17hb ni je dulu. Lepas ni baru fikir benda lain2 tu. Korang doa2kan aku, key...

 Ya, Allah..semoga tuhan kuatkan semangat aku. Semangat anak-anak aku.. Ini baru dugaan kecik untuk kami sekeluarga. Berpisah sementara. Kalau selama-lamanya nanti, tak sanggup aku nak bayangkan. Tapi itu perkara yang pasti. Ini cuma latihan untuk kemudian hari. Kena ingatkan diri sendiri, semua ini pinjaman Allah semata-semata.Kena bersedia setiap masa sebab kita tak tau bila Allah akan minta balik.

Dia tinggalkan tee MU dgn kain pelikat.Kot2 nanti anak2 demam ingatkan dia. Tapi, sebelum fly, dia yang demam. Skang ni, aku plak yang nk demam....Huwaaaa!!! 

p/s:aku dah email ketiga2 pemenang.lepas exam nanti aku pos.insyallah..sabar ye.. :D

Saturday, November 5, 2011

Tak Dan

Aku mintak maaf banyak-banyak kt semua. Aku tak sempat langsung nak balas komen2 korang. Tp,jgn risau, aku baca..Thanks sgt2 sudi bg pendapat, wish kt aku...aku betul2 hargai korang.Tu pasal insyallah aku akan curi juga masa untuk beli sumthing kt korang utk kali terakhir...

Tapi, sumpah aku tak sempat nak balas satu-satu sebab....

Kurang lagi 2hari aku nk balik Malaysia. Esok petang dah nk bertolak ke Colombo. Hari Isnin raya baru haji kt sini. Kitorg ada buat aqiqah untuk Najlaa. Pagi buta Selasa tu insyallah fly balik Malaysia.

Org local kt tempat aku ni,hati dorang besar. Macam org kampung kita.Datang rumah aku bawak itu ini.. Ya Allah...ni yang sedih ni...



 Tetamu yang datang semalam. Harini ada lagi yang nak datang.
Bila dah balik mengejut ni, konfem la xdapat jumpa semua2 org. Kang xjadi keje aku nk mengemas kang.
Nah, korang tengok...




Ini baru 1%...1% okey?? Bukan 10%.Korang bayangkanlah barang2 yg terkumpul 5tahun nak dipack jadi 2hari. Hazaabbbbbb!!!! Ini baru 1 bilik. Dapur tak cerita lagi. Sumpah aku rasa nak pengsan. Aku sorang2 lak tu pack. Berhenti kejap menyusu baby, sambung balik. Pestu masak kejap, makan kejap. Nak berak pon tak sempat hoii!! Seminit pun sgt berharga... Masa dah tak dakkk....Huwaaaaaa!!!

Korang...doa2kan aku ye..semoga kepulangan aku ni tak sia-sia jadinya. Deep down....serius...aku sayang nak tinggalkan Sri Lanka....5tahun....terlampau banyak kenangan untuk dikenang.... :'(



Friday, November 4, 2011

Problems solved! [Update]

"Kita semua sepakat...di kampung hai pening lalat...."

Setelah bermeshorat ktorg laki bini...maka kata sepakat telah pun dicapai...Keputusan adalah.....

 BALIKKKKK!!!!

Mueheheheehe!!!!!!

Masalah no.1 dan 2, selesai sudahhh...Tak payah susah2 kilek anak lagi... Speckybee akan hantar aku balik dgn anak2 sampai ke Malaysia. Dia akan cuti dlm 4-5harilah. Wallahh...berhasil jugak godaan aku untuk teman kami anak beranak balik.Kah3x!!!! 

So, ktorg akan fly balik on 8th. Ikut hati aku, mmg hati aku berat sangat nak balik. Ish, aku mana penah jauh2 dengan Speckybee.Kata soul-mate.

Tapi, setelah berbincang dan consider semua perkara, macam mendesak untuk aku balik dulu.

Pertama-tama sekali, Speckybee insist aku keja bila balik Malaysia. Dia ada perancangan untuk kerjaya dia sendiri. Then, kami dah berdua berniat untuk further study bersama-sama sebelum kahwin dulu. Jadi, aku rasa bertangungjawab untuk generate income sendiri untuk backup keluarga kami masa peralihan kerjaya dia kt Malaysia nanti dan permulaan hidup baru kami kt Malaysia.Semua bakal bermula from zero balik.

Kedua, somehow, memang lah ktorg akan kena balik jugak nanti. Kalau tak skang ni, bulan depan mmg akan balik pun. It's just a matter of time. Balik awal ni bukan sebab apa, takut panggilan interview untuk post lecturer tu lagi awal dari exam SPA. So, better aku balik awal, get well prepared apa yang patut.2-2 bidang tu lain2...tah sempat ke tidak aku nk mencapap ilmu nih.

Aku tak sure sangat strength aku kat mana untuk 2-2 posts ni.Bila aku tanya Speckybee boleh ke pass plak kali ni.Yg haritu pun nasib2 kut aku rasa. Dia pandang mata aku dan jawab, "I believe in you." Cewahhh..feeling mat saleh pulak. Untuk post SPA, pegawai antidadah, surely aku no idea.Tapi aku bajet,soalan dia mcm exam PTD haritu.Kalau exam haritu aku boleh lulus, insyallah, yang kali aku harap aku boleh lulus lagi. Yang paling menyokong aku, adalah ayah aku, sbb dia mmg terlibat secara langsung dgn AADK. So, nanti aku boleh mintak pendapat dia lah kut2 aku boleh pakai sebagai isi dlm esei nanti.Perjalanan untuk post ni jauh lagi.Exam-PAC-Interview. So,malas nk letak harapan. Hoi,exam yg aku pass  haritu mcmana oi???Tak suka taww diperkotak-katikkan cenggini.

Post kedua, lecturer Islamic Banking.Dengar mcm strength pasal aku grad IB.Tapi, aku xde experiences berkaitan banking dan teaching.Tapi, oleh kerana ini interview, so, mcm peluang 50-50 tu ada la kut, as long as aku stadi smpai kejung hapal segala semua yg dulu2 tu.Peluang aku tu ada la kut.

Jadi,ada 2 posts skang ni.Kalau tak balik, mcm rugi pulak.Tahun lepas, ada peluang dapat 2 posts, tahun ni pun ada, tahun2 depan tak tentu la ada.Lagipun...ehem...aku ni dah tua.keh3x!

Ketiga, tugas aku untuk balik Malaysia adalah nak set up dulu kehidupan keluarga kami. Kemungkinan besar, bila Speckybee balik nanti, dia akan bertugas kt Melaka @ Johor.Jadi terpaksa jugak jadi pasangan-jarak-jauh.Dem!Sedih.Yeah,aku tau aku akan sedih gila2,tapi i have to face it! Tak sedih harini, besok2 kena jugak sedih! So,baik aku sedih siap2 dengan harapan aku akan get used bila dah lama2 nanti.Bukan aku sorang, Si Uyin adalah antara org yang paling susah nak tido malam selagi duduk bawah ketiak abah dia.Semua kena belajar untuk atasi perasaan2 tu nanti.Lagi awal, lagi bagus.

Keempat, of coz bila dah hidup secara PJJ, aku kena handle anak2 dan start drive sendiri. Drive???Homaigod!! Dah lupa okey.Kaki adalah kejang2 dah.So,balik nanti, kena warm up balik.For the time being, aku akan stay rumah mak ayah aku, dan rumah mak mertua aku.So that, aku boleh biasakan drive dari Kulim, Guar Cempedak & Baling.

Kelima, tahun depan umur aku 30tahun. Aku dah tak larat nak keje kt private sector.Maksud aku, bermula balik dengan private.Keje private adelah struggle gila2.Masa aku zaman anak dara bolehlah aku bg komitmen 24jam/7 tak kira la apa jua aral melintang.Skang aku ada family dan baby kecik pulak.Semua aku kena consider.Tp tu bukanla masalah sgt.The thing is, ade ke org nak ambik pompuan gemok ,tua dan beranak 2 ni keje secretary ataupun buss.developer??Aku tak rasa ada company yg nak okey.Baik diorang ambik budak2 fresh graduate, anak dara plak lagi. Jadi, yg agak sesuai buat masa ni, mungkin keje kt sektor awam tapi payah nak mampus nk dapat. Ape lagi je choice yg aku ada?

Balik
Balik kali ni, ktorg akan angkut barang 90kg lagi.Sebenarnya, 2kali balik sebelum ni pun, gradually ktorg dah start angkut barang. Pasal malas nk berkontena2 ni. Bukannya ada perabot ke hapa ke.Oleh kerana semua brg elektrik mmg aku beli sendiri kt sini, so, tak kuasa aku nk bawak balik Malaysia. Lego je lah kt org sini.Yang aku angkut adalah barang2 Sri Lanka yang memang xkan jumpa kt Malaysia.Rasanya,macam dah puas shopping.Set2 noritake pun dah siap angkut balik. Tp kau tau la kan napsu pompuan kan ada 9.Shopping sampai mati pun xpuas2.kakaka!

Ooo...masalah no.6.Muahhhaha!Ceh,itu pulak yg korang pikir lebih2 eh?Okey,kita buatlah mcm zaman Nabi dulu.Orang laki kan kena pegi perang 4-5bulan.Sebelum pegi tu kan prepare bekalan secukupnya.Maka,apalagi.Kita guna kaedah UstatSauki.Kah3x!!okey tapi...tapi...ustat spekibee jangan nk mengada2 cari bini lain pulak.Sila hadap aku sorang.Aku sorangggg!!!

Eh,lupa.Berjela-jela aku tulih, haram tak sebut pasal komen terbaik kan?Penat2 baca ni ko hangin tak dengan aku?Har3x!! Bagi aku, semua komen adalah terbaik.Mekasih weh.Pasal, masalah no.1 dgn 2 tu mmg no compromise kalau Speckybee tak balik.Tapi, sekarang suda tuuukar laaa...

Tapi,adelah bengkrap nk bg semua yg komen mug noritake.So, aku buat cenggini lah.Org pertama yg email aku nama,alamat,no.phone akan dapat mug noritake. Org kedua& ketiga akan dapat Fridge Magnet @ teh.(mana2 aku sempat beli lah nanti).Alamat email aku: artneys.at.yahoo.dot.com.

 p/s: Semalam aku baca comment,tapi xde nama pulak. Eh,lawa2 la FM Sri Lanka.Sangat creative. Aku paling2 suka yang ada Tuk2 timbul sebijik tu.Tersangat comel! Maybe pengomen tu x terjumpe yg lawa kut. Kalau ada sesapa dulu yg pernah dapat masa aku buat contest ritu tau la kut.Ceylon tea..xpayah riview kut...ke nak jugak?Okey...like...hum...hey,come on laaa...Ceylon Tea!! The best in the world la..Ada sapa tah pegi UK bg Ahmad Tea kt mak aku.Mak aku dgn bangganya bgtau aku teh dari UK.Kah3x! Cuba baca balik kt kotak tu.It's from Ceylon okey???Ko minum teh  vanilla cap Dilmah,ko berak bau Vanilla yo!! Har3x! Nak tak???Nak tak??Cepatttttttttttt!!!!!!!!!!!

 [update:] Korang antar je alamat kt aku.Kang kalau mood Speckybee baik,mau dia belikan kt sume.kah3x!(mamtik aku).Emailkan jee..nanti aku announce sapa yg dapat wokeh??

Thursday, November 3, 2011

SPA panggey lagi!!!! (Baca macam iklan 'Tora Datang Lagi')

Aku kan...cemus laaa..Rasa mcm tak sanggup hati ini di lukai lagi...huk3x!!

Bg yg dok follow cerita2 aku dalam blog ni, tau la,bahawasanya, tahun lepas aku pernah sit exam SPA untuk post "Peg.Pembangunan Masyarakat" dan jugak interview SPP untuk post lecturer.

Yang exam SPA tu, result aku lulus dengan gilang-gemilang. Yang interview SPP pulak, aku dapat calon simpanan. Persamaan kedua2 perkara ni adalah... lepas tu, depa buat sengap-sengap ubi keledek.Yang SPP tu, aku redha je lah,sbb kt situ dia tulis, calon simpanan tu valid 6bulan ja. So,pasrah. Yang SPA ni, kata, barangsiapa yg lulus akan dipanggey attend PAC (assessment).Lepas tu sengap sunyi,bila aku check kt website, apa pun tarak. Tup2 tulis kt profile aku,penjadualan PAC,lepas tu aku tak melepasi syarat2 yg dikehendaki. Ni yg gua marah ni! Panggil aku pegi exam, aku pegi. Bila aku dah lulus,dia kata aku xmelepasi plakk..Kalau xmelepasi, apesal ada penjadualan PAC tu?Penat tahu balik malaysia semata2 nk sit exam tu sampai stok sardin pun kena curik kt airport??? Grrrrr!!!

Ni pagi ni, tiba2 ada sms SPA masuk kt no malaysia aku. Panggey aku sit exam lagi. Kali ni Pegawai Antidadah. Apekahh?? Keja dia,kena tangkap penagih dadah ke camne? Cuak jugak aku ni. Kena practice balik silat gayung aku.kakakaka!

Okey,dalam masa yang sama, sekarang ni, memang aku tengah tunggu panggilan interview utk post lecturer. Perasaan aku sekarang adalah..mcm yg aku tulis kt FB aku, benci bila berada dalam kemelut dilema ni.2-3 hari sebelum ni aku ada tanya2 speckybee bila nk beli tiket balik,pasal aku jangka interview tu akan dibuat dalam jangkamasa terdekat. Aku dah la xprepare apa2 lagi.Speckybee relax2 je suruh tunggu surat. Ni datang laa pulak exam dadah ni.Makanya, sebab untuk aku balik Malaysia bertambah kukuh.

Tapi...aku ada beberapa masalah, yakni:

1. Aku kena balik sendiri dgn budak2 sebab Speckybee kena settle keja dia kt sini dulu. So, aku akan balik for good ke Malaysia dgn budak2. Aku tak sure macamana aku nak handle 2-2 org anak aku ni.Dengan barang2 lagi. Takutnyaaaaa!!!! Nanti kalau budak Uyin berlari2 dalam airport, pestu aku tak sempat tengok, dia hilang dari pandangan, oh damn!!! Aku takutttt!!! 

2. Flight aku dari Colombo-KL, lepas tu KL- Penang. Korang boleh bayang mcmana keadaan aku nanti with the 2kids. Super exhausted!!

3.Baby Najlaa adalah budak yg mati-matian refuse bottle.Dan tetek aku bukan barang mudah-alih. Macamana aku nk pegi exam dgn budak kecik bergayut kt badan ni???

4.Aku ni nak balik for good. Barang2 aku kt sini macamana?Nak angkut bawak balik,mmg aku xmampu dah. Dgn nak handle 2org anak lagi.Speckybee cakap, kalau aku balik, dia maybe akan pindah masuk rumah bujang je lah kut. Homaigod!! Barang2 akuuuu...baju2 akuuu...eeeiishhh!!!

5.Kalau dah nk balik for good, haruslah kena shopping habis2an. Minggu lepas baru shopping warm-warm je baju budak. Rugi ni kalau balik Msia tak shopping sini dulu.Kt Msia baju budak2 mahal.Noritake rasa mcm nk beli lagi. Haih...xdak hari dah ni nak shopping!!! Hifff! hifff!!!

6.Nafkah batin camne nih? Nak tinggal laki sebulan gak ni.Kah!kah!kah!!

Tulah antara masalah2 yg aku pikirkan. Hai laa...rasa mcam taknak pegi...Pasal takut diubikeledekkan lagi kalau pass pun. Tapi bila baca2 balik kt tenet td, ni kira exam tergempar, sebab xde dalam jadual. Pestu khas untuk antidadah je pulak tu. Xde campur2 dgn post lain macam yg aku pegi haritu. Dalam kata lain, boleh fokus terus kt drugs, dan soalan dia mungkin lagi senang dari exam haritu sbb PTD xde campo.Kira macam..ada chances la kot...kot laa...kan...

Most of peeps yg aku tanya, semua sokong aku pergi. Tapi....masalah2 kat atas tu....buat aku berat hati pulak. Nak balik for good ni weh... (tetiba sayang pulak nk tinggalkan Sri Lanka) tihihihi!

Kalo korang jadi aku, apa korang buat? (jawapan terbaik akan menerima mug noritake wehhhhh!!!)

Wednesday, November 2, 2011

Maid

Sebelah Uyin tu helper aku... Yg terbaik la setakat ni.. Yg 5 org sebelum ni adalah puaka. Yg paling puaka sekali, yg keempat. Mintak gaji sampai 15ribu sebulan...konon experience kt Cyprus. Tapi keja adalah fakingass. Keje seminggu, mintak katil baby Uyin, mintak peti ais, mintak segala maknenek macam2. Harta benda aku, pinggan mangkuk aku semua pecah jahanam. Berani pulak jerit2, marah2 aku, lepas tu fitnah2 aku. So, dipersilakan berambus-kalau-aku-jumpa-kau-tengah-jalan-aku-langgar-kau-kasi-mampus.

Yg ni..namanya Inuke (tah betul ke eja,tah). Dah keje dgn aku start aku mengandung Najlaa 8bulan aritu. Umo 30 tahun. Anak dara lagi weh...ada yg berminat? Wakakaka!!Keje seminggu 6hari, pukul 8.30pagi-12.30ptg. Sebelum ni adik dia nama Renu yg keje dgn aku. Pastu ada masalah dgn laki dia, laki dia perangai sgt binawe. Taknak keje, suruh bini keje. Ade pulak anak kecik. Pastu datang keje bawak anak kecik. 5minit sekali melalak. Pestu laki dia xkasi keje bergaduh2 mcm nk mati.Si Renu ckp nk bunuh diri, nk minum racun ke hapa tah. Aku cakap, lar...asal pulak ko yg minum racun, ko bagila laki ko minum racun. Baru lah ko tenang xde sapa nk pukul ko.

So, skang Inuke ni lah datang ganti adik dia. Dia kalau mop rumah berkilat-kilat. Kalau 5 org helper aku sebelum ni, mop ke tak mop ke sama je.siap rambut2 penuh atas lantai. Dia ni pun cepat pikap.So,xpayah hari2 aku suruh benda yang sama. Zup-zap2 semua dia buat. Tapi satu lah org Sri Lanka ni..mana2 pegi pun, memang mula2 dia akan jadi pekerja contoh, gemilang dan terbilang. Lepas tu, akan ada la mengelat2. Boleh duduk2 melengung mcm dah xde keje lagi dah. Tapi dia ni aku tak sakit hati sangat. Pasal as long as keje dia buat okey di mata aku. Aku rasa, aku la majikan paling baik sekali. Marah tak pernah. Tiap2 minggu ada la berbondong beg plastik barang2 aku bagi kt dia. Tu pasal yg sebelum2 ni naik lemak babi.

Lagi satu yang aku perasan, semua maid aku bangsa tak reti lipat baju. Baju terbalik2 tu dia boleh rilex je lipat2.Lipat pulak rupa murtabak kt param lagi cantik. Maka, xpe...aku trainkan.Bila dah ajar lipat baju, okey.. tapi, main tempek2 je lah pulak kt lemari. Haihlaaa! Aku punya stail, kalau lipat baju tido asing, baju pegi jenjalan asing, baju duduk umah asing, seluar asing, skirt asing. Kalau baju yg sepasang2 letak siap2 dgn pasangan dia. So bila nk pakai,xpayah nk memunggah2 cari dan akhirnya kena kemas balik 1 lemari tu.

Berbalik kepada Inuke ni...dia ni haram tak reti cakap english.Tapi i like! Maid aku sblm2 ni, semua terel ckp english. Tapi perangai adelah sgt hamzad pasal hari2 kejanya adalah mengadu, saya hidup susah..kang bawak la gambar adik beradik, anak beranak dia. Pestu bg kita rasa kesian, bg kita rasa serba salah.Pestu kita pulak rasa mcm nk bagi semua benda dalam rumah sebab kesian...Perasaan tu adalah sangat benci okey?? So, adalah sangat bagus ko xpandai ckp english.Inuke ni ada lah jugak dia cerita2, tapi dalam bahasa local, so aku sengih2 je...kalau aku paham pun, aku buat2 tak paham...Janji keje ko siap, aku bayar ko ujung bulan...sekian, terima kasih ye.

Di samping tolong buat keja rumah, Inuke ni boleh jadi badut sambilan jugak kt rumah aku. Ada la lawak2 yg dia buat yg bagi aku gelak, dan ada jugak aku rasa nk lempang sedas dua. Member2 FB aku tau la kadang2 bila aku post something pasal helper aku ni. Hari tu aku suruh pegi beli berus basuh baju, dia dgn konfidennya beli berus gigi. Aku berguling2 gelak sambil tepuk2 lantai.(tapi sebenarnya rasa mcm nak tepuk2 muka dia.) Radha je lah..

Melihatkan prestasi dia agak cemerlang dalam bidang2 kerja rumah ni, aku ada juga rasa hati nk bawak dia balik Malaysia. Speckybee pun ckp, bagus jugak, dia ni xde laki yg nk sebok2 control dia, lepas tu, makan pun sikit je.Xdelah rugi sangat beras nk menjamu dia.Kah3x! (Maid2 aku sblm ni, beras 2 pot pulun kt dia sorang waktu lunch saja.Mcm dinosour makan!)  Dia punya laaaa hepiii nk dtg msia! Dia bgtau supervisor Speckybee, kalau dia pegi Malaysia, dia taknak balik2 dah ke Sri Lanka. Kalau mati pun, nak tanam kt Malaysia. Dah satu hal pulak aku nk memikirkan macamana aku nk tanam ko besok2. Dah la ko bukan Islam. Nak bakar, eh, xgamak aku! Ngeri sial! Kang 2tahun aku mengigau kau malam2.

Sekian saja review pasal maid in Sri Lanka. Aku baca paper haritu, Sri Lanka paling ramai dtg keje maid kt Malaysia skang ni.Kesnya pasal org Indon buat hal. Oh,kalau bgtau maid aku ni, lagi la dia seronok jumpa geng2 dia. Boleh buat persatuan nnti kat Malaysia.Huawawawa!

Tuesday, November 1, 2011

Tips Galakkan Anak Makan Sayur

Ya, bertemu lagi kita puan-puan dalam segmen, "Anakmu, anakku juga."

Biasala..sebagai mak pak ni, mesti la nak ajar anak makan sayur kan.Nk bagi kulit cantek..xde rashes, bowel smooth,bijik mata cerah, otak cepat pick-up, pendek kata, yg bagus2 laa kan..Nk menunjuk kt org bg org puji anak kita pandai makan sayur pun ye jugak. Kah3x!! Okey, Tak lawak langsung!Buleh belah!

Masa aku kecit2 dulu pun, benci gak makan sayur2 ni..Taste like hell kalo org kampung aku kata.Tambah2, sayur sawi, bila pepak2 batang tu pahit ya hamat! Boleh belah!! Tp biasa la,mak ayah kita kan slalu marah2 suh makan sayur.Aku pun terpaksa mkn sayurdgn muka redha dan takwa.

Bila aku dah jadi mak2, terpaksalah aku pikir mcmana nk bg anak aku makan sayur. Org kata, melentur buluh biar dari rebung. (Rebung tu  juga boleh dikategorikan sebagai sayur-sayuran gak.Sedap kalau dibuat masak lemak cili api dgn daging.Tp jangan pulak ko bg makan baby ko pulak.ceri beri kang dah satu hal pulak!)

 Ni sayur yg dah bertukar jadi rupa singa ke apa tah...

1. Pertama-tama sekali, Mak Bapak tu yg kena makan sayur.Jadikan kebiasaan dalam keluarga. Kalau parent tak makan sayur, mai celah mana anak nk makan sayur? Sama jugak kalau pesen mak bapak yg isap rokok. Bila anak isap rokok, marah plakkk...ceyhhh!

2.First solid food yg aku bagi masa Uyin dulu, adalah puri sayur-sayuran yg aku buat sendiri. Dulu2 travel ke Sri Lanka ni naik Lanka Air @ MAS, so dapat la benda alah puree dari Heinz tu. Tp adalah tak cedap! Uyin slalu bluwek2x tak suke.So, terpaksalah aku gunakan kedua2 hemisfera otak aku untuk pikir cmna nk bg budak ni suka mkn sayur.

3.Mula2 aku blend sayur2 mcm carrot tu dgn kurma.So,manisnyaaa kurma iteww buatkan baby suka mamam. So,slow2, bila rasa perut baby dah kuat nk terima byk lagi nikmat2 dunia yang ada, aku blend bubur nasi pulak campur sekali.

4.Bila baby dah boleh accept bubur nasi yg dah dikisar, maka bolehlah anda mulakan kreativiti anda dalam bidang masakan. Perlu diingatkan, jangan gatal2 tangan nak tambah garam dalam baby's food. Perut baby adalah sangat2 'baby' nak hadamkan kandungan garam dalam badan dia. Boleh gunakan benda lain untuk substitute contohnya, ikan bilis. *2-3 ekor sudah...taik2 tu bersihkan..jgn ko masukkan sekali.Kang bengap pulak budak tu.*  Gradually,bolehlah tambah bahan2 lain mcm ikan,ayam, dan mcm2 jenis sayur yg best2 dalam dunia ni.Tapi make sure benda2 tu semua dikisar dulu, sampai la korang konfiden,baby tu boleh kunyah sendiri. (maksudnya ada gigi la kan..)

5. Sayur juga boleh dibuat sbg snack.Bila lidah dia dah terbiasa makan sayur dari kecik, so xde hal bila umur dia 2-3 tahun nk kunyah sayur2 tu sbg snek. Carrot, Brokoli, Tomato semua tu boleh dihidangkan time baby tu lepak2 tengok TV. Nasib aku sangat baik sebab kt Sri Lanka ni cikedis semua bapak2 la mahal sbb diimport dari Malaysia. So, kau makan sayur udah le ye nak?

6.Jangan bg anak lihat sayur tu adalah 'benda-boring-yg-haram-tak-sedap-langsung-makan-ayam-goreng-lagi-best'. Pelbagaikan cara masakan. Contohnya, buat tempura ke kan. Dulu2 aku tinggal dgn sorang vegetarian tegar. So,baru la aku tau, rupanya mcm2 stail boleh masak sayur2 ni. Xde la asik2 sup sayur, sayur rebus, sayur goreng bla bla bla..

7.Okey berbalik kepada ibu-bapa, gunakan psikologi. Bila makan sayur tu, buatlah muka dgn penuh ghairah dan meyakinkan bahawa sayur adalah sedap. Kunyah dengan penuh nikmat, sampai budak kecik tu terliur gila tgk kita makan.

8.Make sure sayur wujud dalam setiap makanan yg dihidangkan. Tak kira la ko masak mee ke, spageti ke, pastikan sayur tu mmg ada. Aku kalau masak megi pun,aku akan letak sayur byk2. So, anak2 ko akan tgk benda tu adalah biasa. Dia akan jadi pelik kalau sayur xde.Perlu diingatkan, anak kita, kita yang corakkan.So, ko corak batikkanlah dorang dgn warna warni sayuran yg indah!

Sayur itu sedap!!!! Hidup Sayur!!!!!

okey,bye...siap dah satu entry yg konon berinfomasi.Hua3x!

Monday, October 31, 2011

Gila

Aku malas nk update belog pasal skang aku tengah gila dgn brush2 photoshop.Besoklah kut aku mula menulis semula.



Aku janji, penulisan yg lebih berinformatif.


Keh3x!!! 






Monday, October 24, 2011

Teori riak engineer

Kenapa perempuan kene berkahwin dengan seorang engineer? 



AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.



Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital


2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.


3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

Credit:forum.cari


Ni member aku si Che Pah tag aku dalam FB. Point pertama dan kedua,adala yg kebetulan sepanjang aku hidup dgn dia. Tapi part terlalu bodoh untuk berbohong tu mmg aku rasa sgt tepat. Dia boleh buat muka selamba tipu bos ke, sub con ke, member ke.Akan tetapi...

Macamana dia usaha nak membohong aku ponnn...mesti akan kantoii punya....tu lah...tak boleh nk menipu perempuan baik lagi solehah macam aku ni...mesti tuhan akan tolong kantoikan jugak..huakakaka!

Okey,diharapkan entry ni dapatlah mengurangkan tekanan perasaan beliau akibat kekalah MU yg super duper teruk. Hua!hua!hua! opppssssss!!!

Gambar masa sem akhir diploma.
Masa ni dia ckp kt aku, "awak doa2 la saya berjaya jadi engineer..tapi kalau saya jadi posmen, awak nk kawen dgn saya jugak tak?"

Bagus jugak kalau keje posmen pun.boleh aku ikut dia round2 sambil antar surat. enjoy ape!




Friday, October 14, 2011

Kuda Terbang

 Hari ni, clutch pump kereta bocor,
Driver pulak cuti...
Speckybee call supervisor dia aje lah dtg ambik kt rumah..
Naik kuda terbang ni ha...

 Oh,best! dah lama tak merempit


 Ni moto kau ni kena setat pakai kaki ke pakai tangan?

Sedia untuk terbanggggg!!

Keh3x! 
Hari ahad ni kita dating naik moto ni lah. Romantik sikit!

p/s:thanks pada yg wish gud luck utk spekybee.. :D hee..alhamdulillah..semua berjalan lancar.Skang ni tgh berdoa mudah-mudahan ada berita baik untuk kami :)



Thursday, October 13, 2011

Selamat Maju Jaya, Cinta!

 Butang baju awak yang tanggal tu, saya dah jahitkan..
Baju awak pun saya dah iron dgn penuh kasih sayang. tihihi!

Hari ni hari besar bagi Speckybee.
Hari penentu segalah susah payah dan jerit perih 
kami semua selama tinggal di Sri Lanka ni..
Dato' Nik sendiri turun Sri Lanka.
Dtg Galle hari ni nk tgk projek Speckybee.
Ni kali pertama lah dlm masa 5tahun kami berada kt sini.

Semalam dia sibuk main game cari benda tersembunyi tu lagi sampai pukul 12.
Nak hilangkan tension kut.
Pesan kt aku dia nk pegi keje besoknya pukul 7pagi.
Tapi aku terjaga pagi tadi pukul 6lebih.
Satu malam tu tak boleh tido sebab Najlaa asyik nk ngempeng.
Elok Najlaa lelap,aku pun letak kepala, abah dia pulak  berdengkur mcm gajah mengamuk.
Dah terkejut,melalak pulak budak tu.
Hai laa..
Kalau xpasal hari ni hari penting abah kau,
nak je ibu tolak abah kau tido bawah katil.
Kuh!kuh!kuh!

Pegi jamban 3-4 kali pagi ni, tu standard...
Menggelabah jugak la katakan..
sama la mcm nk pegi final exam dulu2...
hihuhi...
Ya Allah..permudahkanlah..

Wednesday, October 12, 2011

Cas elektrik antara lelaki dan perempuan

Jari tengah tangan belah kanan aku sgt sakit sejak akhir2 ini. Speckybee ckp, itulah,asyik memaki dgn jari tengah aje. Ceh,bila masa pulak? Last skali aku pakai jari tengah utk buat benda tak manis tu,tahun 2003 dulu pada 3-4 org lelaki sewel yg berani suwit2 masa aku berenti skuter kt trafic light..Sekarang dah insaf.Nehi, nehi!

Ok,bukan sebab jari tengah aku tu sakit aku tak update blog. aku hilang mood sial nk menaip ni. Aku harap, kalau ada software atau laptop yg boleh tolong aku taip ketika mulut aku bercakap kan bagus.Aku menyampah betul nak on lappy yg xde bateri ni.berwayar2 kulu kilir.Kalau dpt ipad ke tablet ke yg membolehkan aku golek2 atas katil sambil tulis blog kan bagus'*blink!blink! Semoga dapat hadiah dari suami tercinta di hari ulangtahun perkahwinan.Oh,sambil2 tu, berdoa banyak2 supaya beliau dpt bonus ke,increament ke, atau tiba2 wang jatuh dari langit dengan banyaknya.

Aa,sebut pasal suami tercenta, baru2 ni baru aku perasan yg kami berdua ada arus elektrik. Dulu2 masa zaman sekolah2, cikgu selalu bagi ucapan kt perhimpunan, jangan dating,jangan pegang2 tangan pakwe/makwe. Lelaki & perempuan kalau tersentuh akan ada renjatan elektrik. Tapi time tu aku rasa cikgu tu menipu.Kalau ada elektrik,mesti berpuluh juta manusia yg mati kena kejutan elektrik dgn pasangan masing-masing. Okey, jgn kata aku bodoh, aku tersangat naif time itu.tsk! tsk!

Dari seminggu yang lepas, aku gila main game mencari barang tersembunyi. Speckybee pun sebok2 jugak nk main.Tengah cari barang yg tersembunyi tu,pipi kami berlaga. *cewah,mcm cita hindustan okey?
 Lepas tu,2-2 org menjerit "Adoiii" sambil pegang pipi masing-masing. Nasib baik pipi tak hitam dan rambut tak tercacak2.Rupanya ada letrik dari laptop,pegi ke tangan speckybee,dan last skali sekali pipi2 aku shot.

Maksudnya,betul lah ckp cikgu aku dulu, lelaki dan perempuan mmg ada arus elektrik.Bahaya sgt tau? Aku rasa Speckybee kena cepat bertindak sebelum pipi ktorg terbakar dan rambut jadi punk, dia kena beli jugak ipad/tablet kat isteri tercinta dia ni.Tak payah tunggu hari anniversary ke 5 pun xpe.

Nanti bila dah ada ipad/tablet xdelah wayar2 yg menyemak lagi dah. Boleh kita main game cari barang tersembunyi sambil duduk dalam selimut.

sekian,
aku-yg-naif.
muka pun naif.

Monday, October 3, 2011

Kerjaya baru saya sebagai Milkmaid..


Sorry guys! Lama betul tak update.Balik raya kt malaysia 22 hari + kelam kabut mengemas rumah + baby buatkan aku berat nau nk update, walhal byk cerita nk dikisahkan.

Baby Najlaa dah pun masuk 2bulan. Skang dah pandai tunjuk peel. Jadi burung hantu malam2 supaya mata mak dia jadi beruang panda.Tambah pulak cuaca kt Sri Lanka ni panas gila babeng.

Berbalik pada tajuk kerjaya baru aku tu, skang peratusan hidup aku banyak tertumpu kepada jumlah pengeluaran tenusu. Buku susu lembu atau kambing biri2 mahupun unta fadang fasir, tapi susu aku sendiri.

Aku tak sure byk mana susu yg aku produce sehari-hari. Pasal xpernah aku ukur.Yg aku tau,dia akan minum sejam-2 jam sekali. Baby Najlaa mmg nak direct feed memanjang. Ada beberapa sebab kenapa aku tak sediakan EBM (express breastmilk). Pertamanya, aku tak beli lagi pump. Kalau hasil melimpah ruah sangat, aku marmet aje. Kedua, fridge aku sekangkang tikus aje. Mana nk campak stok EBM tu.Ketiga, pasal aku tak nampak lagi keperluan EBM tu.Aku kan lepak kt rumah je.So, better aku bagi yg susu segar dari ladang ni ha.Keempat, ni lah masalah paling utama skali, si Najlaa langsung tak nak benda2 palsu ni.Aku ajar pakai dummy pacifier pun, melalak2 dia tolak dengan lidah sampai termuntah2. Padahal start dia dlm hari lagi aku dah ajar minum pakai bottle, pun xjalan2 sampai skang. Kadang2 aku pikir, mmg tuhan tak kasi aku kerja dah kut. Duduk lah kau kt rumah dgn anak2 yg bergayut kt badan. Huhuhu!  

Walaumacamana pun, Najlaa tetap kena belajar minum through bottle. Pasalnya, aku dah cuba puasa dan menyusu, ade lah setengah hari aku puasa, lepas tu, aku rasa mcm nk pitam + Najlaa melalak2 tak cukup susu. So, kt sini pentingnya stok EBM untuk backup. Tambah pulak, aku dah nak balik Malaysia. Confirm kena kerja balik. Tak mungkin Najlaa akan dibawa bergayut bersama2 kt ofis.Mesti kena tinggalkan jugak.

Yg teat Avent, mmg dia tak nak langsung. Aku try jugak Tommy Tippe, tak jalan jugak. Speckybee ckp,      "Eh, tak boleh ke dorang ni buat teat yg sebijik mcm tetek manusia? Oh..mungkin rupa pulak buruk hagaknye."   Amboi, mulut kauuu...bughuk ye?? Tetek kau cantik sangat gamaknye! Lagi xde function  pulak tu!Cess!
 Budak bam-bam ni, sebelum masuk 2bulan haritu, dah 4.5kg.Sekarang ni xtau laaa...Cayang bam-bam!!

Skang aku berserah je lah. Balik Malaysia besok, aku ingat last try, nk beli yg Nuby tu. Kalau xjalan gak, kau isaplah ibu jari kaki abah kau, Najlaa..Keh3x! Org kata,kena pass kt org lain yg susukan.Nanti balik Malaysia, baru ade org lain. Kt sini sapa je yg ada, ibu abah, kak long Uyin. Kalo kak Long Uyin yg susukan kamu nnti, bukan takat puting, dengan botol2 skali dia sumbat masuk mulut adik dia. Kak long Uyin tu dah la garang. Keturunan Jebat tu. Cili api pun kunyah cam chewing gum je.haha!

Okey guys,got to go! Buat apa lagi,menyusukan budak bam2 tu lah.Then nak masak lah,suap anak lah, tgk buku anak la..huuuu!







Saturday, August 27, 2011

Terbang

Alamak!!

Sedar tak sedar dah sampai waktu untuk kami pulang beraya ke Malaysia.Punyalah bz menguli baby.hihii!

Malam tadi baru aku kelam kabut pack barang2.
Esok ktorg akan bertolak ke Colombo, dan awal pagi ahad, insyallah akan terbang pulang ke tanah air. Sampai je KL, Speckybee akan drive balik ke Kedah...

Fuh, panjang lagi perjalanan kami...

Apa pun tak sempat update. Ini aje lah.

Selamat Hari Raya buat semua dan saya pohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terover, tersetan di dalam blog ni...

Untuk kawan2 di Malaysia, insyallah, kami akan usahakan juga untuk bertemu.

Salam sayang saya untuk pembaca blog ini..Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi.

Muaaaxxxx!!

Tuesday, August 23, 2011

Pengorbanan Abah kamu, Najlaa..

Sengaja ibu catatkan di sini..semoga bila kamu dewasa nnti, kamu boleh tahu, betapa ibu dan abah sangat menyayangi kamu dan kakakmu.

Semalam abah pegi Colombo.Senyap-senyap.Tanpa bgtau ibu. Dia nak beli tiket flight kamu untuk balik raya. Tiket abah, ibu & kak long Uyin sudah kami beli awal2 secara online sbb ada promo.Oleh kerana kamu baru lahir, maka tiket kamu hanyalah boleh dibeli di pejabat Air Asia di Colombo.

Selalunya, tengahari abah akan balik rumah kejap, solat zuhur dan main2 dengan kamu dan kak long Uyin. Tapi semalam, ibu tunggu, abah tak balik2. Tapi ibu malas nak call sebab..credit hp ibu dah nk abes.Tihihi!

Pukul 4 petang, abah call..Abah ada kt Colombo.Kereta pulak rosak. Abah terpaksa balik ke Galle naik bas. Iye, bas. Jangan kamu bayangkan bas mcm kt Malaysia,atau kt Jepun, atau tempat yang lapang dan wangi2. Bayangkan bas yg mcm citer hindustan tu okey. Dengan bau ketiak kepam, dengan driver yg mcm pelumba F1.

Isk! Ibu dan abah pernah naik bas dari Galle ke Colombo masa ibu mengandungkan kak long uyin 6bulan. Tapi lepas tu, ibu rela bergolek kt rumah aje dari diajak abah pegi Colombo naik bas.Serik!! Jadi ibu faham keadaan abah kamu di dalam bas semalam.

Pukul 10 malam abah masih tak sampai2.Ibu susah hati.Nak call pun tak boleh sebab bateri henpon abah dah flat (pasal dia gatal2 main intenet pakai henpon).Tak lama kemudian, ibu dengar bunyi tuk tuk depan rumah. Alhamdulillah...penantian ibu dah berakhir di situ.

Abah selamat sampai rumah dengan bau kepam tak hengat.Sambil jinjit beg laptop,dan plastik McDonald (kak long uyin pesan) dan jugak samosa yg dah kembang terendam dengan air Coke McD. Kesian ibu tengok abah. Dah rupa bangla dah.

Lepas mandi, abah makan nasi. Oleh kerana dah lewat, ibu bawa masuk kamu dan kak long Uyin ke dalam bilik untuk tidokan.Abah kamu seorang yg gagah, Najlaa. Walaupun dah lewat malam,penat berjam2 naik bas balik rumah, abah masih tetap berjaga. Oh,bukan berjaga menjaga anak-anak.Tak lain dan tak bukan, sebok nk tengok setan merah lawan bola semalam.
Sambil tengok TV dgn mata pejam.

Ceh, nk tengok bola konon! Last2 bola yg tengok dia. Buat rugi letrik je bukak lampu,tv, kipas kt hall. Ibu dengan mata merah, bangun dan bertukar jadi setan merah pula. Bangun tutup suis semua.Dalam hati ibu berkata-kata, "Heh, tunggulah nnti marka lama ibu main. Kalau betul si Sneijder jadi masuk setan merah, makan hati laaa abah kamu. Ibu kamu plak yg akan mengadap tv besok2.Abah, sila masuk bilik jaga anak-anak!"

WAKAKAKAKA!!!
*gambar hiasan*


Potret keluarga ketika kamu berusia 14hari.. sebagai kenang-kenangan ketika mengambil gambar kamu untuk dibuat passport..


Passport kecemasan kamu, Najlaa. Sampai ke sudah tak bukak2 mata. Last2 itulah hasilnya...Gambar tido!

Thursday, August 18, 2011

SuperSaya: Berpantang Sendirian Lagi...

Dah 2minggu dah tajuk ni. Tak terpublish2.Bz aje memanjang. 2hari lepas ada tetamu (org muslim local) datang rumah. So, aku prepare jugak untuk berbuka puasa diorang. Menu adalah stok nk clear freezer. Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, telur masak kurma, coselow, acar buah. Start kul 9 pagi aku ketung-ketang kt dapo. Pasal kalo lewat2 kang, budak Uyin balik skolah, mmg merasa minum air masak je lah tetamu.

So, here I'm....again! Berpantang sendirian lagi. In fact, start hari 1st kt hospital lagi, aku dah kena belajar kawal 2 org anak. Speckybee terpaksa pegi meeting sebab bos dia dari Malaysia datang. So, minggu pertama adalah minggu2 tekanan buat aku. Tp,xpa...rilex2 suda... kang xpepasal kena angin meroyan. Dahla nk masuk 30.Muka kedut2 plak kang.So,apa perlu kita buat anak2? SENYUMMMM!!!

Hari ketiga, hospital call. Bgtau TSH test result baby tinggi. Menggelabah aku search pasal tiroid. Paed suggest buat 2nd test on 8th day.Sbb result on 1st day punya xreliable pun.On day 8, lepas dpt result TSH, pegi jumpa paed.TSH clear,berat baby pun dah naik jadi 2.3kg.Alhamdulillah..Sama berat dgn Uyin masa lahir aritu. Minggu pertama hingga ketiga, mmg keja aku breastfeed baby, fokus utama adalah menaikkan berat baby. Since Najlaa ni consider bit premature baby (36weeks), mmg aku kena extra care kt dia. Tangan kena sentiasa bersih, suhu bilik kena sentiasa warm, every 2hours kena check temperature baby.susu pun aku lebihkan yg hind-milk supaya berat badan dia naik. Nasib baik Uyin dulu kuar pun kecik jugak. Jadi syukurlah, dgn pengalaman tu, aku xde masalah nak handle baby yg kecik utk mandi and so on.

Kali ni punya pantang, preparation lebih teratur. Aku tetap juga guna set bersalin Leesa Formula.Sbb ada tungku yg xberat tu dan aku pun dah biasa dgn ubat2 dia. Tapi kali ni, siap dgn rempah mandian, tepel, pilis semua aku beli online, then suruh adik aku pos ke sini.

Makanan
Bab pantang makan, aku mmg xhadap nak follow rules yg merapik2 mak nenek tu.Dah la aku kt sini mmg xcukup makanan,lagi nk suruh aku limit2.Apa yg aku rasa xmendatangkan mudarat, aku makan. The foremost thing, susu aku cukup, baby aku mesti gain weight. Tu yg paling penting. Lagipun pantang memantang ni adalah taboo dari masyarakat. Kalo chinese, pantang xbley mandi. Yg Sri Lankan ni,xbley makan sayur berdaun, Europe, xleh makan bawang putih, yg Indian plak,suh makan bawah putih. Lain2 punya stail. So, masing2 gunakanlah akal dan ilmu dengan seiring. Yg mengarut2 sgt tu, xpayah la ikut sgt. Berpada-pada lah.Skang pun dah ada internet,dah ada mcm2 website, group kt FB tu.Join je.Byk informasi boleh dapat. Xyah merapu meraban sorang2 lagi dah.

So,apa benda yg ko makan anis?? Aku byk makan sayur2 dan sup sbb aku takut kena sembelit.Syukur juga aku xkena. Semua okey.Sembelit di dlm pantang adalah azab tau? Dah la luka pun belum baik. eiuuu..mengerikan! Benda paling byk aku mkn adalah kurma dan fresh milk.Itulah sumber untuk mencanakkan susu.

Jaundice
Oleh kerana aku makhluk Allah yg mempunyai group darah yg paling baek hati (Group O) maka possibility baby nk kena jaundice amat la tinggi.Tambah pulak baby lahir agak awal.Kt Sri Lanka ni, mmg tak concern pasal jaundice. 3kali aku pegi jumpa pakar, doctor just advice breastfeed aje.Yg penting baby kerap kencing dan popo.Mula2 aku risau.Tapi apa ke nak risau, Uyin pun dulu cenggitu gak. Maybe pasal skang dah ada internet, so aku agak menggelabah bila search pasal jaundice. Aku stop makan halia untuk 3minggu selepas tu, dah alhamdulillah, baby dah okey.

Mandian
Mandian, mula2 aku mandi dgn herba Mustika Ratu. Tapi herba tu pesen tuang2 dlm bekas air panas.Dah mandi tu plak,penuh dgn segala mak nenek rempah.Agak leceh. Then,family aku dtg (next lah aku story) bawak uncang mandian TYT. Rebus, then tambah air sejuk skit, mandi. Aku pun xtau apa khasiat dia. Jirus je lah badan.

Berbekung
Yg ni aku wajib buat. Tambah2 pulak nk balik raya ni.Haruslah badan kena jaga, kang jadi bahan bila balik kampung.Tapi rasa-rasanya badan aku naik sikit lepas bersalin sbb aku sentiasa lapar je lepas menyusu baby.Pasrah sudehh..

Tepel/Pilis
Ni first time aku pakai.Dulu aku pakai krim Halia yg Leesa Formula.Tp,eleh,xdelah panas sgt. Kali ni aku pakai yg Nyonya Mener punya plak. A...best2.Hilang sakit kepala.Tp dia ckp bley ilangkan puffy kt bawah mata.Tak ilang pon...Huwaa!! Maybe pasal aku xboleh nk tido sgt mlm2.

Tungku/ Urut
Aku pakai je tungku yg Leesa Formula tu. Sementara la kan. Urut je xbuat. Kt sini mmg dorang haram xreti. Nak suruh Speckybee, xpayah laaa.. Kalau suruh, dia suruh urut dia dulu. Byk cantikkk!! Mengalahkan org yg beranak ni. Lagi pulak, dia tu bangsa nk mematahkan tulang aku adalah. So, postponed balik Malaysia besok.

Beza berpantang kali ni, kerja rumah mcm sapu sampah,mop lantai,basuh baju semua tu aku xpayah buat. Dari aku mengandung 8bulan haritu Speckybee panggil helper dtg rumah. Datang la keje kul 8.30 smpai 12.30 tghari. Kang lama2 sgt dia duduk kt rumah aku, aku yg sakit jiwa pulak. Masak tetap masak. Adala 2-3 kali Speckybee masak time hari minggu. Hari2 lain dia bz mengalahkan 2 tokoh kesayangan dia, Najib dan Rosmah. Aku lapar, aku masak, aku makan.

Bila dah anak dah bertambah ni, terasa betul penat ya amat2. Sebabnya Si Uyin korang tau2 lah akal kreativiti dia mcmana. Ada je la keja yg dia buat nk bg aku memekik. Tp kdg2 tu ada la jugak dia membantu. Yg Si adik pulak nk kena perhatian lebih. Terkial2 aku sorang2 kt rumah ni.Malam dah sah2 berjaga, lepas menyusu baby, aku takut nk tido balik, kena pantau lama skit takut baby tersedak ke hape ke. Siang nk tido, mcm2 laa pulak si kakak request. Nak makan tu, nk makan ni. Ambik tu, ambik ni. Ya Allah..penatnya tuhan saja la yg tahu. Lepas mak aku balik Malaysia balik, Speckybee asik terlepas sahur je..Bukan dia xkunci jam. Tapi bila jam tu bunyi, jadi mcm lulaby je kt dia. Lagi sambung tido ada laa.Aku dah tak mampu dah nk berjaga. Ni hari ke 30 ni, aku demam. Pasalnya, dah 3hari cuaca kt sini hujan sepanjang2. Sejuk ya amat jadinya. Tambah pulak dgn letih semua cukup.

Itulah kut kisah pantang aku. Bagi sesapa yg nak sekolahkan aku bab2 pantang ni, dipersilakanlah. Aku dah biasa kena ceramah dgn doktor2 yang tak bertauliah.Tapi sebelum tu, silalah datang ke Sri Lanka ni, dan rasailah mcmana keadaan aku kt sini. Bagi yang dapat berpantang dengan sempurna kt Malaysia, bersyukur lah...Sedih..aku xbernasib baik mcm korang...aku xpernah rasa pampered mcm tu lagi. Masa family aku datang kt sini 5hari haritu pun, aku syukur sgt2 sbb ada org tolong masakkan. Mak aku yg rigid gila bab2 pantang ni pun, bila dh datang sini, tiba2 bertukar jadi lenient. Sebab dia dah tgk dan rasai mcmana kehidupan kt sini.Keh3x! Baru kome tau? So, betulla kata pepatah, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kt mana ko duduk, follow je rules tempat tu.

Okey, baby dah melalak mencari buah idaman. Ciauuu!!


Najlaa Hannani setelah 30hari.. 3.27kg. alhamdulillah..


Pemikir agung...kih3x!



Thursday, July 28, 2011

Damai di hati...



Hilang sakit aku tengok budak berdua ni....

Tapi kalo korang tanya aku soklan, "nak beranak lagi tak lepas ni?"

Jawapan setakat ni yg aku boleh bagi....





"Ko tak payah tanya boleh tak????"

wakakakaka!


p/s: Sudah 11 hari...aku still sakit2 lagi..nightmare pun belum hilang lagi. Ya Allah..cepatlah nak balik Malaysia..



Friday, July 22, 2011

Kami Sudah Berempat! (Catatan kelahiran Najlaa Hannani)

Malam Nisfu Syaaban...

Baca Yassin...kenang balik amalan yg tak seberapa pada buku lama..kenang org2 yg dah pergi meninggalkan kami.. Doa aku untuk tahun seterusnya, biarlah lebih baik dari catatan dari buku lama. Terselit juga doa aku malam tu pada Allah semoga baby keluar cepat..Harap sangat aku dapat balik beraya di Malaysia.. Kalau ikutkan minggu pregnancy, sudah 36minggu..Cukup 9bulan.. Kalau baby lahir, insyallah xde masalah...

Lepas seketika, sakit2 mulai datang. Alah, ni mesti acah2 je. Aku baring. Tengok jam. Pukul 8 malam. Speckybee tak balik lagi dari office. Humm..Golek2 baca buku pasal baby. Contraction makin kerap. Isk!

Speckybee balik keja. Dalam pukul 9 malam, decide nk pergi hospital.Isk, kang xde pape, malu je.Xyah laa.. Speckybee ckp, nnti kalau lewat2, nak keluar rumah susah. Kang kena kejar dgn anjing gila owner rumah ni. Aku pikir2, betul jugak.Nanti dah sakit teruk, susah pulak. So, aku siap2 dgn grab bag yg tak berapa siap kemas lagi tu.

Sampai hospital, check CTG. Admit masuk ward. Doktor check bukaan 3.5cm. Maksudnya,kemungkinan aku nk bersalin hari ni makin cerah. Masa ni baru la aku start takut.

Nurse check setiap 2jam sampai pagi. Langsung aku tak boleh nk tido. Hish...nak bersalin ke tak ni...??Dah la hari minggu ni. Plan ktorg nk pegi picnic kt swimming pool Galle ramai2. Kang xbersalin, rugi je. Baby xdapat lagi, picnic pun xboleh pegi. huhuhu...

Pagi Ahad, 170711, 10 pagi...

Ready untuk masuk labour room. Masuk ubat, bermula laa azab sakit nak bersalin. Doktor pecahkan air ketuban. Kali ni punya sakit, bukan cobaan lagi dahhh... Lain betul rasanya dari sakit bersalin Uyin. Speckybee tunggu depan pintu labour room. Uyin pun sekali. Kalau boleh, aku tak nak jugak Speckybee masuk kali ni. Kang aku mengada2 pulak. Mulala nk buat sound efek lebih2 kan..hahaha!

Tapi kali ni memang betul2 sakit.Aku yang payah nak menangis depan2 org ni, boleh menderu2 kuar air mata. Aku suruh nurse panggil Speckybee masuk. Rasa mcm nk mati pun ada jugak (over!) Speckybee usap2 kepala aku...pujuk aku..nanti kita dah nk berempat... Lagi la menderu2 air mata aku. Lepas salam2, minta ampun, aku minta dia kuar. Aku nak meneruskan perjuangan 'mengempat' kan kami.

12.30 p.m..
Sakit nak bersalin yg paling dasyat aku rasa.Nak speaking omputeh dgn nurse pun dah xmampu dah. Kepala otak aku kosong. Mulut aku hanya dapat sebut kalimah Allah. Masa ni, datang balik flashback2 kenangan dulu2. Start aku masuk skolah, jumpa Speckybee, bernikah, bersalinkan Uyin.. semua tu bersilih ganti. Wajah ahli keluarga aku kt Malaysia datang sorang demi sorang...Lepas tu semua pecah berkecai-kecai. Aku tolak semua yg hadir dalam kepala aku. Aku fokus 1 benda. SAYA MESTI BERSALIN HARI INI! SAYA MESTI GEMBIRAKAN HATI SPECKYBEE DAN UYIN DGN BABY BARU. SAYA MESTI GEMBIRAKAN HATI AHLI KELUARGA SAYA BILA BALIK BERAYA DGN BABY BARU NANTI.MESTI! MESTI!MESTI!!
Bila sakit tu datang, aku push sekuat tenaga. Sakit mcm nk tercabut nyawa dari badan. Suhu aircond yg sgt dingin membuatkan seluruh badan aku numb. Jeritan kalimah Allah aku dengar dari mulut aku sendiri. Oh, bley tahan jugak suara aku. Lebih kurang suara puntianak harum sundal malam yg lawa tu..keh3x! Speckybee cakap Uyin takut dgr suara aku dari labour room. Menangis2 dia ingat ibu mati.. Speckybee pun first time rasanya dgr suara aku mcm tu. Selama ni suara sopan santun je kuar..(kakaka! sangat laaa)

12.57 p.m ~ 4kali push, aku dengar suara lain...suara yg paling aku nak dengar...Suara baby yg selama 9bulan aku kandung..Alhamdulillah....!

Dari jauh aku nampak rambut dia.Amboi...lebatnyaa..Tak macam Uyin dulu. Badan dia cenonet sangat..Tapi suara mcm nk pecah bangunan. Proses mengeluarkan uri...sakit ya amat2. Tapi mata aku pandang baby yg sedang diperiksa oleh paed. Kurang sikit kesakitan tu. Kemudian proses menjahit. Walaupun kebas, tetap jugak terasa. Speckybee masuk iqamahkan baby. Sampai 3 kali. Speckybee ckp, baby senyum2 masa tu.Speckybee dtg usap2 kepala aku.Senyum. Dan...wah......leganyaaa...perut sudah kempis...selamat kembali wahai pusat! hihi!

Aku ditolak ke wad...dan bermulalah hidup aku sebagai ibu beranak dua...semoga kelahiran ahli baru di hari 'buku' baru dibuka menambahkan lagi kebahagiaan kami sekeluarga.Semoga bayi ini sihat2 hendaknya dan menjadi anak yg solehah, penghibur hati kami semua.. :)


Najlaa Hannani
170711
12.57 p.m
2.06kg


Orang yg paling happy dgn kehadiran baby ni dah tentula kakaknya, Uyin. Hari2 tanya bila baby nk keluar,


Tido pun nk sama2 masuk net adik.Mengkerekot+berpeluh2 dlm tu pun xpa janji dapat tido dgn adik..



Oh, jangan risau..saya tetap berpantang baik2 di sini..Kali ni lebih cukup kelengkapan lepas bersalin berbanding masa Uyin dulu. Tepel pilis semua complete saya pakai.

Tak sabar nk balik beraya kt Malaysiaaaa!!!!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...