Thursday, November 3, 2011

SPA panggey lagi!!!! (Baca macam iklan 'Tora Datang Lagi')

Aku kan...cemus laaa..Rasa mcm tak sanggup hati ini di lukai lagi...huk3x!!

Bg yg dok follow cerita2 aku dalam blog ni, tau la,bahawasanya, tahun lepas aku pernah sit exam SPA untuk post "Peg.Pembangunan Masyarakat" dan jugak interview SPP untuk post lecturer.

Yang exam SPA tu, result aku lulus dengan gilang-gemilang. Yang interview SPP pulak, aku dapat calon simpanan. Persamaan kedua2 perkara ni adalah... lepas tu, depa buat sengap-sengap ubi keledek.Yang SPP tu, aku redha je lah,sbb kt situ dia tulis, calon simpanan tu valid 6bulan ja. So,pasrah. Yang SPA ni, kata, barangsiapa yg lulus akan dipanggey attend PAC (assessment).Lepas tu sengap sunyi,bila aku check kt website, apa pun tarak. Tup2 tulis kt profile aku,penjadualan PAC,lepas tu aku tak melepasi syarat2 yg dikehendaki. Ni yg gua marah ni! Panggil aku pegi exam, aku pegi. Bila aku dah lulus,dia kata aku xmelepasi plakk..Kalau xmelepasi, apesal ada penjadualan PAC tu?Penat tahu balik malaysia semata2 nk sit exam tu sampai stok sardin pun kena curik kt airport??? Grrrrr!!!

Ni pagi ni, tiba2 ada sms SPA masuk kt no malaysia aku. Panggey aku sit exam lagi. Kali ni Pegawai Antidadah. Apekahh?? Keja dia,kena tangkap penagih dadah ke camne? Cuak jugak aku ni. Kena practice balik silat gayung aku.kakakaka!

Okey,dalam masa yang sama, sekarang ni, memang aku tengah tunggu panggilan interview utk post lecturer. Perasaan aku sekarang adalah..mcm yg aku tulis kt FB aku, benci bila berada dalam kemelut dilema ni.2-3 hari sebelum ni aku ada tanya2 speckybee bila nk beli tiket balik,pasal aku jangka interview tu akan dibuat dalam jangkamasa terdekat. Aku dah la xprepare apa2 lagi.Speckybee relax2 je suruh tunggu surat. Ni datang laa pulak exam dadah ni.Makanya, sebab untuk aku balik Malaysia bertambah kukuh.

Tapi...aku ada beberapa masalah, yakni:

1. Aku kena balik sendiri dgn budak2 sebab Speckybee kena settle keja dia kt sini dulu. So, aku akan balik for good ke Malaysia dgn budak2. Aku tak sure macamana aku nak handle 2-2 org anak aku ni.Dengan barang2 lagi. Takutnyaaaaa!!!! Nanti kalau budak Uyin berlari2 dalam airport, pestu aku tak sempat tengok, dia hilang dari pandangan, oh damn!!! Aku takutttt!!! 

2. Flight aku dari Colombo-KL, lepas tu KL- Penang. Korang boleh bayang mcmana keadaan aku nanti with the 2kids. Super exhausted!!

3.Baby Najlaa adalah budak yg mati-matian refuse bottle.Dan tetek aku bukan barang mudah-alih. Macamana aku nk pegi exam dgn budak kecik bergayut kt badan ni???

4.Aku ni nak balik for good. Barang2 aku kt sini macamana?Nak angkut bawak balik,mmg aku xmampu dah. Dgn nak handle 2org anak lagi.Speckybee cakap, kalau aku balik, dia maybe akan pindah masuk rumah bujang je lah kut. Homaigod!! Barang2 akuuuu...baju2 akuuu...eeeiishhh!!!

5.Kalau dah nk balik for good, haruslah kena shopping habis2an. Minggu lepas baru shopping warm-warm je baju budak. Rugi ni kalau balik Msia tak shopping sini dulu.Kt Msia baju budak2 mahal.Noritake rasa mcm nk beli lagi. Haih...xdak hari dah ni nak shopping!!! Hifff! hifff!!!

6.Nafkah batin camne nih? Nak tinggal laki sebulan gak ni.Kah!kah!kah!!

Tulah antara masalah2 yg aku pikirkan. Hai laa...rasa mcam taknak pegi...Pasal takut diubikeledekkan lagi kalau pass pun. Tapi bila baca2 balik kt tenet td, ni kira exam tergempar, sebab xde dalam jadual. Pestu khas untuk antidadah je pulak tu. Xde campur2 dgn post lain macam yg aku pegi haritu. Dalam kata lain, boleh fokus terus kt drugs, dan soalan dia mungkin lagi senang dari exam haritu sbb PTD xde campo.Kira macam..ada chances la kot...kot laa...kan...

Most of peeps yg aku tanya, semua sokong aku pergi. Tapi....masalah2 kat atas tu....buat aku berat hati pulak. Nak balik for good ni weh... (tetiba sayang pulak nk tinggalkan Sri Lanka) tihihihi!

Kalo korang jadi aku, apa korang buat? (jawapan terbaik akan menerima mug noritake wehhhhh!!!)

18 comments:

Tihara said...

same arr kita pn dpt exam peg.anti dadah ni jugak..17/11 kt kuantan..awk katne..rasa cam mls dh nk g sbb dah tua..keh3

mrs.spicy said...

kalau aku,aku stay ngan husband. sebulan tu weh nafkah batin. kakaka..ko balik pon nanti camane nak menghandle baby and anak laki takde weh.nak study intevw, nak g intevw. balik msia nanti ade la tuh rezeki lain. kekeke..sekian!

lupekanje said...

acik apply gak jawtan tu..tak dpt pun..sobs...giv up dah nk apply ngan SPA ni.. tak suka..tak suka...tak suka..!!

.. said...

dah nak back for good?? dpt kontena tak?? kalau dpt nak kirim ..
noritake, kareem's prawn sambol, tepung hoppers, list will go on & on .. of course i"ll pay deposit la

NenetPenne (NP) said...

tak payah balik laaa... next time mungkin ada rezeki kot..

Chik Att said...

Ishhh ...sanggup ke tingga cik abee tu .... heheheheh ..

Kalau CA tak yah balik la ....

sahromnasrudin said...

tunggu GC punya komen hehehehhee

|| NaFiRaa || said...

kalo i.. x balik kot.. sebab.. bila ai baca semua sebab2 yang u bagi.. semua tu menjadik alasan kukuh utk tidak balik.. mmg payah nk handle 2 anak..pastu barang2 n beg lagi..

kan dh nak balik mesia kan.. apakata lepas balik nanti baru apply balik.. tak pon carik jek keje len... haaaaa.. ade can x nak dapat mug noritake??? kalo x dapat mug..dapat FM pon jadik laaaa...muahahahahaha...

.. said...

Nafiraa,

series, FM sri lanka tak lawa .. better kirim plate ada map sri lanka menggunakan plate cap noritake .. tapi mahal la sket tapi rasanya tak sampai usd20 cenggitu satu ... ala2, 2 in 1 u dpt, pinggan hiasan from sri lanka & pinggan noritake lagi .. hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Gaya 6 fakta ko tu aku rasa macam ko sendiri pun berat hati nak pergi.. Kalo aku no. 6 tu perlu diambil kira... kahkahkah..


Pekate ko buat solat istikharah dulu mintak petunjuk. Selalunya bila dalam keadaan tak tenteram, fikiran kita tak boleh bagi jawapan yang khusus. eceh-ceh-ceh... aku ke yang tulis ni...?


Nis, Aku tak kira, kalau jawapan aku tak terbaik pun aku nak jugak mug noritake tu... tehehehe... thick skin ni wehh..

S.U.R.I.A.T.I said...

klu su, su x blk.nnti blk sekaliharung je semua sekali. susah wo mau handle itu 2budak tecit dlm kapal tobang. nak hangkut ke sana ke mari..wua!! idakle teman. Menemani suami tersayang di sana lebih besar ganjarannya. Interview gini pun tak betul punya. Diorang nak cukupkn kuota je.bikin penat saja kak. Jgn takutla kak...rezeki kan ada di mana2...nnti dh blk sini, akak mulakan pencarian baru. InsyaAllah...ade rezki akak utk baby najla tu nnti.(peace!!)

mast@work said...

bagi mas, tengok keperluan jangka masa panjang.. kalau speckybee tak lama dah kat sri lanka, balik dulu pun tak jadi masalah kan? kat mesia nak dapat bantuan utk jaga2 org lagi ok..

pasal intw tu kena byk la doa.. moga2 dapat.. kalau tak cuba, 1% pun belum tentu dapat, tapi kalau dah cuba 1% pun maybe boleh dapat kan? huhu analogi hampeh..

anyway good luck..

Lady RaRa said...

tak mau komen bab hang nak balik, nak komen kat komen cik ...said...

1. baca dak dia duk meraban pasai macam mana nak handle anak-anak dia? yang kemain nak mengirim macam-macam tu. cik ...said.. ni bangang ka hapa?

2. duk mengajar orang kirim2 barang, si nafira tu tanya hadiah, yang cik ..said.. duk mengomen yang tu yang ni mahal murah tu kejadah? pandai sangat dia. laki kau orang sri lanka kah?


ok rasanya boleh aku dapat mug noritake? bagi set pinggan mangkuk pun aku sudi.

.. said...

Salam Lady Rara,

First of all, sorry to anis tuan tanah if my comments here are not welcomed.

what's your problem actually Lady Rara??

kalau aku bangang, aku tak la mulakan dgn soalan .. tuan tanah nak back for good dan akan dpt kontena ke tak?

Did aku ask her dgn pesanan air liur semmata2? Did aku threaten her to buy for me? Well, it's up to her to buy or not and for your info, kalau dia tak belikan pun, it's not hurting me at all.

AND aku don't expect dan tak penah pedulikan on FREE mug noritake tu pun.

well, whomever laki aku is never of your concern.

aku just being extra nice utk bagi tau.. ada display plate from noritake & with map sri lanka on it with precaution on the price tag. sebabnya, tak ramai org perasan this piece walaupun dlm kedai noritake. Showroom noritake di matale & wattala pun takde but only in colombo (alamak, lupa plak nama jalan) dan di airport je yg ada.


Selamat hari raya Aidil Adha

To tuan rumah, all the best

Lady RaRa said...

kahkah.

Lady RaRa said...

kau reply reply sini selalu, kau stalker kah hapa? kalau best sangat apsal false profile? buat ah blog satu, bleh ah tengok kebestan kau.

ke kau minat anis?

.. said...

profile identity boleh disetkan samada nak dishare or disable sharing. In this case, aku dah pilih utk disable sharing dan all comments following my comment will be notified via email. thus, the next second org commented to my comment, aku dah tahu.

tiada isu stalking or false identity.

sila gunakan akal fikiran, logik dan cari lah ilmu sebelum membuat komen atau nak tuduh org.

to tuan tanah anis, welcome home & surely u'll miss life kat galle .. the breezy fort and antics of their people (not forgetting their way of talking - soft and melodious).

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Nis,



display plate noritake yg ada map sri lanka tuh baru si Adiq jatuhkan Sabtu lepas.(aku takde; gi annual dinner co...)

sumbing sikit... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...