Saturday, November 15, 2014

BB Cream by Seqy Beauty

 Uhuk! Uhuk! Berabok blog aku. Password pun sampai lupa habeh. Kalau tak pasal mmber aku mintak aku upkan pasal BBcream ni, smpai anak 8 aku xupdate2 blog ni. Aku mintak maaf...Nk cerita pun xtau life aku sekarang. Bila anak 1, ada lg sebelah tgn utk buat keja.Bila anak 2, dh handful, bila anak 3, haaaa....nk pinjam tangan sapa lagi dah?

Ok, ckp byk xdak. Aku sure produk yg aku nk share ni dah famous di kalangan blogger and their network. Oleh sebab aku mcm dh terpinggir dr blogsphere, pestu rasa mcm dh nenek2 sgt..aku jarang join event2 blogger lg dah.Skali masuk wawww...ramai dh skrg blogger dh jadi business person.Best2!

So, here it is. Untuk sapa2 yg mencari BB cream yg bertekstur ringan, dan xrasa mcm muka jd kek Hagrid-to-Harry Potter yg merekah2 mcm bumi yg tak ditimpa hujan, aku rekemen produk ni.Selain menata rias wajah (fulemek ayat aku!Rancangan Nona sgt kawww!) Seqy BB Cream ni juga sekaligus dpt membaiki kulit kita perlahan2.Lagi satu, yg paling penting, HALAL dan hasil produk bumiputera.Yeah!

Nak cerita byk xdak, testi pun aku rasa korang boleh tgk,dh bersepah kt internet. Rata2 semuanya berpuas hati dgn BB cream ni.Antara kelebihannya:

1. BB Cream by Seqy ini adalah produk penjagaan kulit  serbaguna.  
2. Boleh dijadikan sebagai penutup asas, pelembang, pelindung daripada sinaran UV, mengurangkan parut jerawat.
3. Mampu menyamakn tona warna kulit yang tidak sekata.  
4.Mengurangkan bintik hitam  
5. Mencegah berlakunya pigmentasi.  
6. Teksturnya lembut dan ringan,sangat sesuai untuk orang Asia

Untuk yg nk tau apa kandungan dalam BB cream ni:


Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Yg berminat nk order boleh contact akak ni.Jgn risau, dia ni baek,peramah, tertib..Anak sapa laa tuuu....korang petik je nama aku,untung2 dpt diskaun.Agagaga! Mamtik aku kena ketuk.Eh,korang nk diskaun ke, nk apa2 ke, korang deal sendiri dgn awek ni...

AZMA: 017 657 4910

Kalo xnak pos, dia boleh tolong COD area Bandar Baru Ampang & Pandan Indah.

Sila-silakan tau demi kulit yg gojes!









 

Thursday, September 18, 2014

Thaliyya Sequin Dress

 Assalamualaikum ols!

New product dari AnisShop, Thaliyya Sequin Dress. Ye..ye..aku tau skrg tgh demam sequin. Semua nk gemerlapan ye dok? So, bagi yg tercari2, dress simple yet elegant, this is the best choice.Sesuai nk bawak ke kenduri ke, pegi majlis2 ke, lepas tu nk pegi shopping complex pun xde hal...sbb dia tak sarat sangat, just nice.

Ok, bagi yg nak tau jenis material apa aku guna utk dress ni, utk whole dress, kita guna kain Roberto Cavali Dull satin. Lepas tu, sentuhan ada gold line kt sepanjang lengan, juga dari dull satin, detail kt bawah lengan, pakai sequin Gold Ariago.

Kt kiri kanan lengan, ada zip sorok, utk kemudahan ambil wudhu'. Boleh request utk zip di depan bagi ibu2 yg menyusukan anak..Kain jenis ni, xpayah susah2 nk pakai inner sbb tak jarang langsung. Dan, berita baik utk si comel plus size, kami pun produce utk plus size dengan tambahan harga RM25 saja.

So, harga utk normal size RM 155 dan harga untuk plus size RM180.Tapi...untuk reader blog ni,uols boleh dapat special price iaitu RM 145 utk normal,dan RM170 utk plus size kalau guna passcode: ANISTHEBUMBLEBEE. Yea, of coz, free postage utk uols :)

Untuk customer dr Singapore yg nk by hand, boleh je wasap2 aku.Weekend boleh set jumpa kt mana2 sekitar JB, aku antarkan. Customers dr Brunei, dan lain2 negara, pos mcm biasa lah eh.

For prompt reply, please whatspp/telegram : 019 712 3243 ni dataline..xyahla call sbb aku selalu pasang wifi.Malas nk kuarkan sim tu.keh3x.

Lain2 cara to reach me;

AnisShop Official Website : http://anisshop.com.my
AnisShop FB Page: https://www.facebook.com/anisshop.com.my
AnisShop Blog : http://anisshop.blogspot.com/

Not to forget, yg sedang mabuk hamil, yg mudah meloya, boleh sediakan mangkuk cepat2... Konfem korang muntah ijo tgk model dress ni.Biasalaa...sep bajet...sendiri kuarkan baju, sendiri modelkan.Kahkahkah!
 














Tuesday, June 3, 2014

Tips Menguasai Kaedah Sempoa/Abacus

Assalamualaikum n Good morning everybody!

Tips konon. Macamkan terel sangat.Haha! Aku rasa better kita guna perkataan 'idea' lebih sesuai. Aku ada terima byk pm bertanyakan berkenaan cara mengajar sempoa/abacus kt FB Tak lain dan tak bukan, mmg kita sebagai ibu bapa lah yg perlu dulu menguasai ilmu ni.Kalau tak,celah mana anak nak reti,ye dop?

Basically, aku bukanlah pelajar pintar Math masa sekolah dulu. Aku lg suka biologi, sains dan IT. Tapi si Speckybee,adalah seorang penggila dunia kejuruteraan selain penggila benda2 tak berfaedah yg lain ex: bola sepak,games etc.Maka secara tak langsung,mesti menguasai Math.Tapi, sepandai2 Speckybee buat Math, dia adalah xreti pakai sempoa.Kahkah! Tp aku paham laa..kita dulu kan sekolah rendah kebangsaan ja...Sempoa ni, tah bila pakai tah.Mana nk reti.

So, aku cuba gunakan hasil gabungan minat kami berdua, untuk jadikan benda yg berfaedah skit utk anak2.
Kisahnya mcm ni, masa aku belek2 buku darjah 1 si Uyin, aku tengok ada gambar sempoa. So, kira mcm dok ada dlm silibus subjek Math dia. Wiken, time aku outing, aku p beli sempoa untuk dia.

Actually dari tahun lepas lagi kami nk enroll dia masuk mental arithmetic class. Dah pi walk in tanya apa semua dah punn... Tapi ada beberapa perkara yg Speckybee kata, dia xberapa berkenan. Yg pertama, sampai2 kt tmpat tu, area rumah kedai, sebelah restoren cha ya nun alip. Pestu bila bincang2, waktu sangat2 tak bersesuaian. Hari jumaat, mmglah johor cuti, tapi Speckybee keja, sapa lah pulak yg nk ambik Si Uyin, hantaq p class yg jauh nu.Pestu balik sapa nk pi ambik. Lagi satu, harga dia, huu,boleh tahan gak. Enrollment saja dekat 1k, bulan2 3ratus lebih.

Memandangkan aku mmglah dah ada basic sempoa ni (dulu skolah cina) aku rasa mcm membazir la plak. Baik aku je yg ajar anak sendiri.Refresh je lah balik yg aku belajar dulu tu.

Jadi,bila aku up kt FB, aku terima banyak pm dr rakan dan taulan, macamana nk ajar anak sempoa ni?Ok, aku nk ajar dalam ni pun, mcm agak complicated skit. Jadi aku nak share medium2 yg boleh BANTU kita untuk belajar, sebelum kita ajar anak kita.

Okey, mula2 boleh bukak scribd. Xde scribd? Download laaa deyy! Lagi mudah nk membaca bila dh ada dlm gadget kita kan. Utk PC users, here's the link : http://www.scribd.com/doc/6766326/Sempoa-Learning

Yg ni untuk selak2, baca2 buat pemahaman. Kenal dulu kedudukan letak manik2 tu, bg cekap cara bacaan dulu. Lepas tu boleh start buat direct sub/add.


Lagi satu apps yg aku rasa sangat laaa berguna utk melatih kita dlm belajar sempoa ni, korang donlod apss Know Abacus. Haa, yg ni lebih santai. Gadget, bukan xboleh bg anak2 main. Boleh je...Tp tengok apa benda yg bagus untuk depa main. Jangan hg bagi gadget 24jam,buat xtau biaq main smpai nk meletup, hg rilex ja tinggai anak. Jangan laa... kesian anak tu.Yg apps ni, mula2 skali kita kena kuasai dulu. Baru la kita faham kaedah2 dia.KITA dulu. Ye...yg tua2 meregon ni. Tak salah, benda ilmu..

Yg penting, jgn stress kan anak2. Introduce benda ni sebagai games, insyallah mesti dia suka. Kalau kau introduce dia mcm buat keja skolah, pestu paksa2 dia, xmustahil kau lah punca anak2 ko benci Math.

Jadi aku nk ucapkan selamat maju jaya kepada ibu bapa yang NAK belajar dan NAK anak dia mahir dalam bidang ni. Dont get offense ya,seriously aku paling benci melayu2 yg bok bek2 kutuk2 cina, tapi dlm diri dia, harammm xdak usaha nk meningkatkan diri sendiri. Hoi, tak habis2 nk dengki khianat ke? Susah skit melalakkkk...apa ko ingat cina semua kaya raya ke? Islam tak ajar la semua tu. Melayu totok ni je, tah ikut ajaran mana aku pun xtau.

Err...okey, actually aku emosi skit,sbb err..nanti lah aku cerita. Next entry nnti aku nk cerita bab melayu tp dia fikir Islam tu satu adat budaya saja.Melayu tu pun tinggal tak jauh. Sebelah ni je punn..Sabar ye..sbb aku tgh zikir tahan hati sebab aku dah janji xmau mencarut lagi.Hewhew!

Dah,xpayah nk emo sgt. Abaikan tahik tahik di sekeliling kita. Fokus, majukan diri utk bangsa dan agama! 



Tuesday, May 6, 2014

Stail Tudung Terkini Hijabista

Aku peratikan fesyen tudung kepala kt malaysia mengalami byk revolusi..sama mcm stail rambut kalau kt Europe. Macam2 pesen.Kita boleh detect zaman apa dgn tgk fashion tudung je. Zaman mak aku stail pakai tudung kecik mcm handkerchief tu je atas kepala.Ostajah zaman tu pon pakai gitu.Pestu kuar mcm2 lagi pesen tudung,you name it, tudung bawal, tudung mawi, tudung ekin, tudung heliza, segala mcm lah.

Zaman skang ni, yg paling meletop2 di kalangan remaja adalah stail Hijabista. Ikon2 hijabista yg famous dgn stail tudung dorang adalah Hana Tajima, Dian Pelangi and Yuna. Biasanya kalo dorang kuar kt public, memang tudung lah yg akan jadi tumpuan.  Dorang just pakai selendang biasa je, material pun jenis yg senang dapat. Yg penting kreativiti nak gayakan tu.

Stail tudung yg digayakan ni, boleh dibawa ke mana2 majlis formal ataupun kasual, sebab dia simple, but just nice.Boleh je padankan dengan baju kurung, atau shirt and jeans.Zaman skang ni aku rasa beruntung betul sebab teknologi fabrik semakin maju. Kita dpt mcm2 material yg best mcm chiffon, lycra, silk,satin,pashmina etc dan juga mcm2 corak dan hiasan untuk hasilkan tudung yg cantik,berinovasi dan stylo. Eh,boleh gila la kalau cakap pasal tudung lawo2 nihh.



Cakap pasal tudung lawa, kt ZALORA ada banyak pilihan tudung yg mampu memenuhi citarasa korang dengan harga yg mampu milik. Nk bg kemas, jgn lupa pakai anak tudung, kang merambu2 kuar rambut tu jd janggut pulak.Wakaka! Korang nk pakai stail macamana pun,terpulanglah.Yang penting pilihlah tudung yg terbaik supaya tidak menggagalkan fungsi tudung itu sendiri yakni menutupi bahagian rambut, leher dan dada. Kita pakai tudung sebab nak tutup aurat kan?So,biarlah kita tampil dgn sifat cantik kewanitaan kita dan terjaga kesopanan.

 
 
Dah, klik je sini TUDUNG TERKINI ZALORA  boleh pilih mcm2 jenis tudung kt situ.Hangkut byk skit pasal kalo shop lebih RM75, free delivery. Kan ke berbaloi2 tuh?

Thursday, April 17, 2014

Princess Jubah Kids Glitter/ Abstract Design

 Hola!

Ni stok baru2 masuk..baru tak baru sgt la..dh separuh stok dh setel kt dlm FB. Syukur alhamdulillah..

Okey,boleh jamu mata dulu. :p









Okey, aku bg close up skit yg glitter Dusty Pink..super duper mabeless baq hangg..Sesuai nk pakai raya ke, kenduri ke, birthday ke, majlis dinner ke kan...Mesti comel gila anak korang pakai.



Harga, macam biasa;
Saiz 18-22 ~RM 55
Saiz 24-28~ RM 65
Postage RM6

Kat bawah ni,aku bg ukuran..


Aku nk bgtau, sabtu ni, 19/4, aku ada kt Car Boot Sale Nusajaya. Mari lah mariiii! Yg nk beli terus jubah2 kids ni kt situ, mmg aku bawak lah.Boleh beramah mesra kt situ.keh3x

Yg nk order online, boleh whatsapp aku 019-7123243 untuk respon yg cepat.Nak borong pom boleh...tapi kena laju2 sebab stok pun dh kuar laju2. Design2 ni tak akan repeat balik. Sentiasa ada new and fresh design. Maka, berlaju2 lah kamu order ye.

Jangan lupa tau, dtg car boot sale Nusajaya. Nk tunjukkan jalan, aku tak gheti, aku bagi coodinate jelah.


Cari aku kt booth C18 tau? Nak tandatangan pom boleyy..kata jadi retis sri lanka kheenn...kohkoh!

Ok,babai :D

Monday, April 7, 2014

Pengalaman pertama saya berniaga di Car Boot Sale Nusajaya

Amacam tajuk? Macam tajuk budak skolah nk cerita pengalaman cuti skola kan?Keh3x!

Aku tak sempat nk update kt blog pasal Car Boot Sale. Bz tahap melampau2. Kelam kabut buat preparation utk CBS ni pun jugak. Tapi ini pengalaman bestttt sangat.CBS ni aku share dgn kakak senior aku masa kt teknik dulu. Kak mazni namanya. Sapa2 nk beli baju budak2 mahbeles, boleh add dia kt fb, Mazniekidsware Corner.Kes aku ajak kak maznie join sebab brg2 aku dh kehabisan stok. Semua jubah budak dh sold out. Habih aku nk jual apa ni? Togel kedai aku nnti. So, ajak kak mazni, haaa meriah skit dgn baju bajan.
Tu kak mazni tgh bz layan kastemer. Aku cam biasa, posing je lar.keh3x!

Pagi tu,patutnya Si Uyin ada kelas ganti. Tup2 pegi skolah,xde org.Call cikgu dia, rupanya ada perubahan kt jadual. &^^%@# aku pagi2 tu. Pestu dah kuar umah, dekat nk sampai Columbia Spital, larrr...kerusi plak lupa bawak..patah balikkk...cis! cis! tak apaa..aku anggap ini dugaan menuju kejayaan.kehkeh!

Dah sampai tu,nk pasang khemah. Khemah patutnya, ada size2 yg dibenarkan.Berapa kaki tah, aku pun lupa. Aku tgk kt giant ada khemah mcm kecik sikt, aku balun ja lah. Akak belah kanan aku jual frame khat yg moden tu..lawo2.. akak belah kiri, mcm2 jual, baju, segala bakul, bunga. Semua car booters dapat 1 parking lot ja, so pandai2 la adjust supaya tak masuk kt area org lain. Kami nk psg khemah, tanya akak sebelah kiri, boleh tak,lebih beberapa inci, kami boleh cover baju2 dia, sebab payung dia bulat kecik je.

Tapi mula2 akak tu agak kerek.Maklum la..dia kira otai kt situ, sbb dari awal lagi dia dh join CBS ni. Aku dgn akak khat sebelah ni lah baru first time. Dia ckp, abih kalau ujan, camne? Nanti air tu jatuh dari khemah awak kena baju2 dia. Aku mcm...err...ni apa punya soklan ni? Abis kalau tak pasang khemah, takkan la akak tu tak alihkan baju2 dia? Konpius jugak aku. Tp aku sabaq ja lah.Pasang jugak khemah tu.Cuba manehkan la jugak muka. Ikut setan dlm badan aku ni, mcm2 boleh buat..Sabar setan...sabar...kuikui!

Ditakdirkan Allah, tetiba hujan. Tak la lebat sgt, tapi kalau berdiri kt situ, mmg konfem basah la  kan. Kelam kabut akak tu. Aku pun tlg dia angkat baju2 dia, bakul dia, tarik rak dia masuk dlm khemah kami. Masa tu, baru dia tau, fungsi khemah kami ni ha... Dia pun tersentuh hati la agaknya, pasal kami tolong dia anak beranak alihkan barang2 dia. Lepas tu, baru laaa dia start sembang2, senyum2 dgn kami... Alhamdulillah...hikmah Allah nk bagi... Kak...kami mai dari kedah, walopon muka kami gangster, ckp pun mcm gangster, tapi hati kami baekkk....sungguh baq hangg.Hahahha!

Aku usung semua anak2 aku. Aku ambik tapak ni, tujuan utama utk kenalkan anak2 aku dgn dunia perniagaaan, mcmana nk bercakap dgn org, akad jual beli, kiraan duit etc. Aku nak anak2 aku involve dengan dunia perniagaan dari kecik. Biar dia tau, mcmana susahnya nk cari seringgit pun. Tapiiiiii....heh! Kt dpn event tu ada playground. Apa lagi, dari pagi smpai ke petang dia punya melompat memanjat, siap buat grup dgn anak2 carbooters yg lain plak. Padan muka aku. Dulu dia kecik2, anti sosial, aku hantar dia pegi playschool masa umo xsampai 2tahun. Skang dah terlebih sosial pulak dah. Tapi time petang, ada la dia duduk kt depan kedai tu...panggil2 org... "Singgah singgah acik, kedai mak saya. Ada jual baju cantek2, tgk adik saya pakai baju cantek kan? kan?" Kah! kah! ayat over konpiden.

Model ni memula pakai tudung. Tapi kulur kilir berkawad, tudung dia pun dah terbang. Masam betul muka model. Lari kastemer mak.haha!

Yg Si Najlaa aku tugaskan jadik model. Berkeliaran depan kedai, pusing2 baju princess. Yg lalu cubit pipi dia. Muka dia bukan main masam lagi. Dia tu kan takut org. Hahahampeh...tak leh jadi model langsung. Yg si kecik tu plak, sejak2 dapat lesen kaki, asyik nk berkawad ja kejanya. Dia cabut price tag karpet aku, jalan sampai ujung jalan,pegi tempek tag tu kt kedai org lain. Aku piat jugak budak kecik ni nanti.

Selain anak2 aku buat lawak, kami laki bini jugak tak kurang hebatnya. Boleh pulak org dh beli barang, pegi akad, saya beli ya? Eh, salah..salah..saya jual ya?Mula2 aku yg tersasul. Speckibee gelakkan aku. Lepas tu, dia dapat balasan cash on the spot! Wakakaka! Maklom laaa first timer..Selama ni keja mengabehkan duitttt..tersasul2 pulak.kihkih!

Aku paling benci jual carpet EPL tu. Sensitip sangat bangsa lelaki ni dgn football team depa tu. Ada yg nk beli carpet MU, pasal nk pijak2 ja. Pestu ada yg kata aku letak carpet liverpool seret lantai, menghina liverpool. Pestu ada yg kata aku MU fan sbb carpet MU yg aku gantung kt meja. Hoi, aku xde fan mana2 pun la. Aku tgk bola, goal team yg mana satu pun aku xtau.Pedulik hapa aku dgn bola.Kahkah! Tp, mmg nasib baik sgt laaa Si Spekibee takda masa brader yg nk beli carpet MU utk semata2 buat pijak2 tu. Kalau tak, aku rasa, balik mata lebam brader tu.Keh3x!

Kedai Kami :)

Overall, aku happy sgt lah dgn CBS kali ni...Sebab sejuk jee dari pagi sampai petang. Bila dh petang, baru org ramai dtg. Ramai yg minat dgn jubah budak2 aku tu, alhamdulillah...walaupun brg aku xda sgt, tp ramai yg willing tunggu utk next CBS event bila aku dh restock. Harap2 cepat laaa dapat. Mati kutu aku org nk beli, barang dh habih ni. Tp seronok sgt bila jumpa org. Rindu life aku dulu2, jumpa customer, pot pet2. Bila dh jd wahm ni, dgn sapa je aku jumpa/bercakap.Balik2, budak kecik 3 org tu, dgn bapak budak2 tu.hahaha! 

Oh, sebelum aku lupa, utk warga Singapura, jubah aku dah sampai sana. Boleh add ejen aku kt FB Shazarina Zainal atau whatsapp +65 9022 6479 so that, korang boleh beli tanpa ada postage charge memahal dari malaysia to singapore. :)

So,next CBS is on 19th April.. Nanti apa2 hal aku hapdet lah. bubyeee!

Thursday, March 6, 2014

Jubah Princess Kanak-kanak

Quick update.
Seriously aku minta maaf tahun 2014 aku xupdate blog bukan main lama..Tau sajala..anak dh masuk darjah 1. Gila huru hara hidup aku.keh3x.

Aku just nk bgtau new product added di anisshop. Dress/Jubah untuk kanak2 yg dibuat dari lycra korea, yg lembut,tak jarang dan sangat2 flow. Insyallah memang puas hati sangat2. Tak sama mcm jubah budak2 lain yg aku jumpa.Yg ni dia buat dgn teliti..dari pemilihan kain, sampai ke jahitan.

So aku nk rekomen kt uols semua, kalau mencari2 jubah/dress princess cut, try lah yg ni. Size ada dari umur 2tahun sampai lah ke 12 tahun.

Tengok budak Najlaa tu pakai, alalalala...mcm budak2 besar sgt. Kain dia flowy ja, lembut, tapi tak jarang. Yg ni kain lycra Korea 4A.

Harga, untuk saiz 18-22= RM 55, untuk saiz 24-28= RM 65. Ukuran siap, tapi korang pegi la lepak kt website kedai aku tu anisshop.com.my tak pun page anisshop. Kt situ ada byk lg warna pilihan. Lagi mcm2 pesen ada.









Nk beli runcit pun boleh..skang aku tgh nk buat promo, beli 2helai, RM 100.Bermula hari ni. Ya, harini, 6/3/14. Sebab aku nk angkut lg stok. Untuk raya pulekk.. Yg nk beli runcit, cepat2 grab promo ni, yg nk jadi dropshiper, digalakkan. Aku dh buka balik utk ejen dropship anisshop. Just email ke anisshop235@yahoo.com tak pun whatsapp 019-7123243. Aku bukak dropship terhad untuk 1 ejen, 1 kawasan, so that korang ada territory masing2.Sapa cepat, dia yg dapat. Kalau dh ada ejen kt area korang tu, aku minta maaf awal2, tak dapat nk terima.Nanti jadi kalut aku nk urus.

p/s:ramai yg tanya, skali tudung ke?Tak..tak..buat masa ni, aku xjual lagi tudung...payah gila cari tudung budak2 yg best skang ni. Nanti lah kalau ada rejeki.




Monday, February 24, 2014

Tips Mengajar anak yang mempunyai masalah ADHD,dislexia dan sebagainya membaca.

Wah..wahh..tajuk...macamkan aku kaunselor pulak kan nak tulis2 artikel bab tips2 ni.Tapi,sengaja aku letak tajuk utk memudahkan ibu bapa yg mempunyai anak yg ada masalah dlm pembelajaran untuk membuat carian di internet.So,ladies and gentlemen, aku kongsikan pengalaman kami ini,mudah-mudahan kita dapat serba sedikit pengetahuan dari kami yg daif ini.

Okey,sebelum ni aku pernah sentuh bab dyslexic Si Uyin dlm entry ni : http://anisthebumblebee.blogspot.com/2012/10/nurinbacalah-anakku-dandyslexia.html.

Masa aku pegi talk kt skolah dia utk Linus exam pun,ada cikgu sebut hal ni. Dan di sekolah Uyin sekarang ni pun,mmg ada kelas pendidikan khas. Linus exam adalah debaran pertama aku tatkala uyin melangkah kaki masuk ke sekolah rendah. Kami suami isteri berkeputusan untuk mengajar sendiri Uyin di rumah berkenaan 3M tu (Membaca,Menulis,Mengira). Bila result linus keluar, alhamdulillah, Uyin dpt duduk kelas no.1. Tapi itu baru tak smpai 1% perjalanan dlm pelajaran si Uyin..Ada banyakkkkkk lagi ujian bakal menanti.

So,dipendekkan cerita, aku baru tau anak salah seorang jiran aku ada masalah dlm pembelajaran. Satu sekolah dgn Uyin,tapi berada dlm pendidikan khas. Jadi aku nk tau,apa masalah sebenar budak ni. Mak dia ckp, dah 2tahun dlm kelas pendidikan khas, tapi takde improvement. Physically, sangat2 normal. Aku dah setahun lebih duduk kt sini, tapi tak nampak langsung apa2 masalah. Naik basikal kulu kilir, main dgn Uyin semua. Ni sapa yg slow tah.Isk! Isk!

Jadi,bila dh tanya serba sedikit, aku dgn Speckybee mengambil keputusan untuk cuba korek apa masalah dia, dan kalau boleh nak ajar dia sampai boleh membaca. Rasa sangat terpanggil, ini adalah tanggungjawab sosial kami berdua, sebab Allah dh kurniakan kami pengalaman dan ilmu serba sedikit, untuk bantu hamba Allah yg lain.

Untuk pengetahuan semua, Fiqri, atau biasa kami panggil 'ALONG' (bukan bukit beruntung,gelang patah punya tau.haha) dah di diagnose di Hospital Tampoi. Menurut sumber dari ibunya, doc just bg ubat utk kurangkan hyperactive dan di diagnosed as hyperactive & slow learner.

So,setiap malam, bermulalah hidup suami isteri sebagai cikgu tak bertauliah.Kihkihkih!


 Encik Speckybee tengah mengajar...Garang boleh tahan jugak laa mamat ni..aku ingat aku sorang je yg garang dlm umah ni.hahaha!


Mula2, aku ajar dia nyanyi dulu.Nyanyi lagu ABC. At least dia adala idea skit kalau tetiba lupa,lepas huruf F apa,lepas huruf M apa. Ada huruf yg dia kenal, ada huruf yg dia tak kenal.


Mula2 aku ajar bentuk huruf tu dulu..Aku tau budak2 mcm ni,daya imaginasi dia sgt tinggi. Sama macam Uyin, dia boleh nampak bentuk2 yg kita sendiri tak terfikir. So,aku anggap budak2 ni gifted. Since aku jugak mempunyai otak yg gila dan gila2, byk berangan dan berimaginasi, aku rasa aku faham lah jugak kaedah nk mengajar budak2 mcm ni. Bila tgk huruf A, apa yg nampak? Nampak macam tangga yg boleh lipat utk betulkan lampu rumah pun ada. Huruf M dgn N, berapa kali kena kayuh basikal nak naik bukit? kalau M, naik, turun dan naik, tapi kalau N, naik dan turun. Ajar huruf dengan kaedah penceritaan, selari dgn imajinasi budak2 ni. Yg penting, gaya kreatif nk olah cerita tu,supaya budak2 tu tak boring.

Lepas tu, nampak mcm ada masalah fokus.Kalau mengajar lebih 10minit, tumpuan akan jadi kurang, dan mula la tangan nk kelebek2 kaki, mata nk tgk kipas lah, tgk lampu lah. Sebab tu bila ramai2 dlm kelas cikgu tak boleh nk bg tumpuan 100% pada setiap anak murid. Tambah pulak lagi, dlm kelas pendidikan khas, dicampurkan semua masalah2 duduk 1 kelas.Yg down syndrom, yg autism, yg hyper, yg masalah pendengaran.. Jadi setiap kemampuan murid berbeza dan impak pengajaran guru agak terbatas skit. Aku belikan along sejenis mainan daya tumpuan. Kena masukkan warna2 ke tempat yg betul. 2hari buat yg tu je. Tak payah tgk buku. Kami fikir, nk latih mata dia menumpu dulu sebelum start masuk buku Bacalah Anakku.

Ni tgh main permainan utk latihan fokus.

 Ada jugaklah keberhasilan daripada game tu. Dia dpt daya fokus yg lama skit masa belajar. Tp, Speckybee dh start pegang rotan lah jugak. Bukan nk libas pun, tp biar dia gelabah sikit.Keh3x.

So,dimulakan dengan buku 1, bacalah anakku.. lama juga aku nk fahamkan bunyi huruf2 vokal ni...mula2 sekali, A,I, U.

So,utk memudahkan dia ingat, bila sebut A, kena NGANGA. Bila sebut I, kena SENYUM..bila sebut U kena MUNCUNG. Kaedah ini aku pakai, dan aku rasa agak berhasil.

Alhamdulillah sekarang along dah masuk buku 2.Aku dan Speckybee rs bangga lah jugak, sebab..gila ko tak bangga?? Dari tak tau huruf sampai dah buku 2. Cuma kadang2 dia mcm terlupa2 sikit. Bila M..akan sebut mmmmm dan tambah dgn vokal, nganga ke, senyum ke, muncung ke..So baru jadi bunyi ejaan huruf tu.

Bila dia baca dengan lancar buku 2 tu,siyes aku rasa nk nangis je..Hebatnya kuasamu Ya Allah...! Tapi ini baru permulaan..Ada banyak lagi ranjau yg perlu Along tempuhi..Kami bantu selagi daya,tapi perasaan aku kuat mengatakan, tak lama lagi masanya akan tiba..Aku harap, one day, Along boleh dtg rumah aku, dan baca buku cerita depan aku. One day,Along...insyallah..

Gile tak terharu? Aku rasa perasaan tu lebih kurang sama mcm cikgu2 yg anak murid dia bgtau diorg dpt straight As dlm exam besar woah!
 
Bayaran upah yg aku dapat dalam proses ni sangat2 mahal...iaitu SABAR. Semua orang2 dlm kehidupan lampau aku tau, betapa tak sabarnya aku, betapa kasarnya aku, even reader2 blog ni pun, mungkin ada yg terasa hati dengan kekasaran bahasa aku (nak2 kes entry shaklee tu,kakaka!). Bukan lah terus jadi pompuan lindungan kaabah tangan terlangkup ckp pun suara tak berbunyik...tp ada lah beberapa degrees dlm putaran hidup aku perubahan tu.Mungkin juga faktor umur juga mainkan peranan.

Baru2 ni, aku start mengajar Najlaa baca Iqra. Skill aku mengajar tu, i means, skill kesabaran dan ketenangan tu, aku dapat byk masa aku mengajar Along. Gile ko anak org, takkan nk hempuk2. Kalau anak sendiri, haruslah aku rs nak hempuk2. Tp, terus terang aku cakap, pembelajaran dlm suasana rilex, sabar ni, sekejap je dah masuk dlm kepala. Si Najlaa, walaupun umur 2tahun lebih, aku agak puas hati jugaklah dgn pencapaian dia. Aku rasa, bukan sebab aku dgn Speckybee pandai mengajar pun,tp  sebab berkat anak syurga yg saban malam dtg ke rumah aku utk menuntut ilmu tu lah.

Satu yg paling aku puji sikap Along, adalah kemahuan dia belajar.Aku kadang2 jeles, sebab Uyin tak de lah sangat ada kemahuan nk belajar tu. Sejak balik Malaysia, lepas tu ramai kawan, ckp pulak melayu dgn heavenly, dlm kepala dia, main, main, main. Stress jugak aku, tapi dah nama pun budak.biar je lah dia main. Kang besar besok jadi mcm bapaknya, dah tua ngayut pun sebokkk nk main game jugak lagi. Masa kecik2 tak cukup main agaknya.Kahkah! Mampus aku kena luku pala dgn bapak Si Uyin kang!

Lagi tips yg aku nak kongsi, budak2 mmg akan cepat buat dan ingat kalau kita puji. Puji ni kira mcm baja dlm hidup.Motivation utk terus move on. Lagi satu penghargaan. Kalau along dpt baca lancar dlm satu mlm tu, aku bg la apa2, cekelat ke, ais krim ke, apa2 je lah yg ada dlm umah ni. Dia punya laaa suka, mcmkan dapat emas. Itu antara magnet utk dia terus berkehendak untuk belajar jugak aku rasa. Plus, doa ibu bapanya, kesungguhan ibubapa along juga mmg patut dipuji.Syukur sgt aku dpt jiran mcm tu.Rajin masak pulak tu.Keh3x. Aku kalau jiran antar apa2, raya tahun depan la jawabnya kut aku nk anto pinggan tu balik. Astagaaaa...

Itu je lah aku nk cerita pun.Takdelah tips sangat..rugi je korang masuk blog ni..bukan ada info yg berguna sangat pun.Wakakaka! Cuma itulah, aku nak kongsi rasa dan pengalaman aku, mana tau kalau korang pun akan hadapi jugak ke nanti. Atau mungkin korang tengah down, tak tau nk ajar anak mcmana lagi..mungkinlah ada sesuatu ransangan yg berguna utk korang teruskan jihad korang.

Aku, tetaplah menjalani hidup aku ni mcm biasa..Ada 3org amanah Allah yg aku perlu pikul. Aku pun manusia biasa, kadang aku give up, kadang aku menangis menderu2 kt bahu Speckybee, tp forsure, lepas aku nangis tu, aku akan jadi kuat gila2. Aku harap, korang pun sama lah..Selagi nyawa dikandung badan, tugas kita sebagai khalifah Allah ini takkan pernah selesai. Sama2 kita berdoa semoga dipermudahkan ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...