Monday, April 7, 2014

Pengalaman pertama saya berniaga di Car Boot Sale Nusajaya

Amacam tajuk? Macam tajuk budak skolah nk cerita pengalaman cuti skola kan?Keh3x!

Aku tak sempat nk update kt blog pasal Car Boot Sale. Bz tahap melampau2. Kelam kabut buat preparation utk CBS ni pun jugak. Tapi ini pengalaman bestttt sangat.CBS ni aku share dgn kakak senior aku masa kt teknik dulu. Kak mazni namanya. Sapa2 nk beli baju budak2 mahbeles, boleh add dia kt fb, Mazniekidsware Corner.Kes aku ajak kak maznie join sebab brg2 aku dh kehabisan stok. Semua jubah budak dh sold out. Habih aku nk jual apa ni? Togel kedai aku nnti. So, ajak kak mazni, haaa meriah skit dgn baju bajan.
Tu kak mazni tgh bz layan kastemer. Aku cam biasa, posing je lar.keh3x!

Pagi tu,patutnya Si Uyin ada kelas ganti. Tup2 pegi skolah,xde org.Call cikgu dia, rupanya ada perubahan kt jadual. &^^%@# aku pagi2 tu. Pestu dah kuar umah, dekat nk sampai Columbia Spital, larrr...kerusi plak lupa bawak..patah balikkk...cis! cis! tak apaa..aku anggap ini dugaan menuju kejayaan.kehkeh!

Dah sampai tu,nk pasang khemah. Khemah patutnya, ada size2 yg dibenarkan.Berapa kaki tah, aku pun lupa. Aku tgk kt giant ada khemah mcm kecik sikt, aku balun ja lah. Akak belah kanan aku jual frame khat yg moden tu..lawo2.. akak belah kiri, mcm2 jual, baju, segala bakul, bunga. Semua car booters dapat 1 parking lot ja, so pandai2 la adjust supaya tak masuk kt area org lain. Kami nk psg khemah, tanya akak sebelah kiri, boleh tak,lebih beberapa inci, kami boleh cover baju2 dia, sebab payung dia bulat kecik je.

Tapi mula2 akak tu agak kerek.Maklum la..dia kira otai kt situ, sbb dari awal lagi dia dh join CBS ni. Aku dgn akak khat sebelah ni lah baru first time. Dia ckp, abih kalau ujan, camne? Nanti air tu jatuh dari khemah awak kena baju2 dia. Aku mcm...err...ni apa punya soklan ni? Abis kalau tak pasang khemah, takkan la akak tu tak alihkan baju2 dia? Konpius jugak aku. Tp aku sabaq ja lah.Pasang jugak khemah tu.Cuba manehkan la jugak muka. Ikut setan dlm badan aku ni, mcm2 boleh buat..Sabar setan...sabar...kuikui!

Ditakdirkan Allah, tetiba hujan. Tak la lebat sgt, tapi kalau berdiri kt situ, mmg konfem basah la  kan. Kelam kabut akak tu. Aku pun tlg dia angkat baju2 dia, bakul dia, tarik rak dia masuk dlm khemah kami. Masa tu, baru dia tau, fungsi khemah kami ni ha... Dia pun tersentuh hati la agaknya, pasal kami tolong dia anak beranak alihkan barang2 dia. Lepas tu, baru laaa dia start sembang2, senyum2 dgn kami... Alhamdulillah...hikmah Allah nk bagi... Kak...kami mai dari kedah, walopon muka kami gangster, ckp pun mcm gangster, tapi hati kami baekkk....sungguh baq hangg.Hahahha!

Aku usung semua anak2 aku. Aku ambik tapak ni, tujuan utama utk kenalkan anak2 aku dgn dunia perniagaaan, mcmana nk bercakap dgn org, akad jual beli, kiraan duit etc. Aku nak anak2 aku involve dengan dunia perniagaan dari kecik. Biar dia tau, mcmana susahnya nk cari seringgit pun. Tapiiiiii....heh! Kt dpn event tu ada playground. Apa lagi, dari pagi smpai ke petang dia punya melompat memanjat, siap buat grup dgn anak2 carbooters yg lain plak. Padan muka aku. Dulu dia kecik2, anti sosial, aku hantar dia pegi playschool masa umo xsampai 2tahun. Skang dah terlebih sosial pulak dah. Tapi time petang, ada la dia duduk kt depan kedai tu...panggil2 org... "Singgah singgah acik, kedai mak saya. Ada jual baju cantek2, tgk adik saya pakai baju cantek kan? kan?" Kah! kah! ayat over konpiden.

Model ni memula pakai tudung. Tapi kulur kilir berkawad, tudung dia pun dah terbang. Masam betul muka model. Lari kastemer mak.haha!

Yg Si Najlaa aku tugaskan jadik model. Berkeliaran depan kedai, pusing2 baju princess. Yg lalu cubit pipi dia. Muka dia bukan main masam lagi. Dia tu kan takut org. Hahahampeh...tak leh jadi model langsung. Yg si kecik tu plak, sejak2 dapat lesen kaki, asyik nk berkawad ja kejanya. Dia cabut price tag karpet aku, jalan sampai ujung jalan,pegi tempek tag tu kt kedai org lain. Aku piat jugak budak kecik ni nanti.

Selain anak2 aku buat lawak, kami laki bini jugak tak kurang hebatnya. Boleh pulak org dh beli barang, pegi akad, saya beli ya? Eh, salah..salah..saya jual ya?Mula2 aku yg tersasul. Speckibee gelakkan aku. Lepas tu, dia dapat balasan cash on the spot! Wakakaka! Maklom laaa first timer..Selama ni keja mengabehkan duitttt..tersasul2 pulak.kihkih!

Aku paling benci jual carpet EPL tu. Sensitip sangat bangsa lelaki ni dgn football team depa tu. Ada yg nk beli carpet MU, pasal nk pijak2 ja. Pestu ada yg kata aku letak carpet liverpool seret lantai, menghina liverpool. Pestu ada yg kata aku MU fan sbb carpet MU yg aku gantung kt meja. Hoi, aku xde fan mana2 pun la. Aku tgk bola, goal team yg mana satu pun aku xtau.Pedulik hapa aku dgn bola.Kahkah! Tp, mmg nasib baik sgt laaa Si Spekibee takda masa brader yg nk beli carpet MU utk semata2 buat pijak2 tu. Kalau tak, aku rasa, balik mata lebam brader tu.Keh3x!

Kedai Kami :)

Overall, aku happy sgt lah dgn CBS kali ni...Sebab sejuk jee dari pagi sampai petang. Bila dh petang, baru org ramai dtg. Ramai yg minat dgn jubah budak2 aku tu, alhamdulillah...walaupun brg aku xda sgt, tp ramai yg willing tunggu utk next CBS event bila aku dh restock. Harap2 cepat laaa dapat. Mati kutu aku org nk beli, barang dh habih ni. Tp seronok sgt bila jumpa org. Rindu life aku dulu2, jumpa customer, pot pet2. Bila dh jd wahm ni, dgn sapa je aku jumpa/bercakap.Balik2, budak kecik 3 org tu, dgn bapak budak2 tu.hahaha! 

Oh, sebelum aku lupa, utk warga Singapura, jubah aku dah sampai sana. Boleh add ejen aku kt FB Shazarina Zainal atau whatsapp +65 9022 6479 so that, korang boleh beli tanpa ada postage charge memahal dari malaysia to singapore. :)

So,next CBS is on 19th April.. Nanti apa2 hal aku hapdet lah. bubyeee!

12 comments:

Irfa said...

lawa lah jubah tu

- G C - said...

wuhuuuuu.. syoknya.. kalo dekat tobat nk join jugak.. kata juai tudung syria, mana?

Mak Su said...

teringin nak join car boot. nak jual novel. huhuhu

cc said...

anis,
CBS ni setiap hari apa?
aku nak p melawat kawasan la :P

karpet liverpool tu ada lagi kaa? nak order satu, nak bagi hadiah sebeday kat laki *dasar bini cheapskate* kahkah

mario said...

aku sbgai fan liverpool pun tak puas hati sbb nmpk carpet mu lbh besau dr carpet liverpool padahal mu no 7...ekeke

brp hinggit ek ko jual carpet tu...?

aNiS tHe BumbleBee said...

irfa~skang ada design baru,lagi lawa..meh laa beli..hehe..

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~tula..msti hingaq booth kita.hahaaha! tuu ada tu..sebelah jubah tu.amboi rabun dah ka?

aNiS tHe BumbleBee said...

Mak Su~jom la join..kt sini pun ada gak org jual novel lama2. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

CC~ setiap hari sabtu minggu pertama dan ketiga tiap bulan.Meh laa beramas mesra.hikhik!

Karpet tu ada..yg besar pon ada..meh meh!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mario~ hahaha! bukan laa..carpet MU la yg kecik,pasal tu letak kt meja tu..

ni rege dia:
Saiz S 108x78cm :RM48
Saiz M 128x100cm : RM 65
Saiz L, yg liverpool dah abis.

meh beli meh.

Yati said...

Hi Anis! Long time no see. waiya.. bestnya, dapat buka car boot sale. Pengalaman tu yang mahal tu. Thumbs up, dan good luck untuk event yang akan datang. Semoga murah rezeki juga. ^_^

Anonymous said...

hehe..kenangan indah menjual tu bisnes online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...