Tuesday, December 20, 2016

Rumah Semi-D untuk dijual, Dealova, Ambangan Height, Amanjaya Sungai Petani.

Salam, guys!

Aku nk jual rumah kesayangan kami, Dealova tu sebab nk beli rumah kt sini pulak. Details mcm kt bawah, k?
--------------------------------------------------------------------------------------

Market Value: 350k
Asking Price: 335k (negotiable)

URGENT SALE! SAVE THE BEST PRICE FOR 2016!
-Sub sale house like brand NEW condition!
-Elegant yet evergreen English style design
-Covered porch for 2 cars
-Completed with grill,fans and lights
-Dining area with a garden view
-4+1 rooms & 3 bathrooms
-Spacious Lanai
-Large build-up area
-Spacious bedrooms, living hall, dining & kitchen
- Low density, quite & peaceful


-STRATEGIC LOCATION & AMENITIES:
- Easy access to PLUS Highway @ Sg Petani Utara / Sg Lalang (10min)
- General Hospital Sultan Abdul Halim(2min)
- New development Goverment Office (Mahkamah, LHDN, JPJ,RISDA, CUSTOM etc) - (4min)
- Shoplots (1min)
- Primary and secondary schools (3min)
- Playground / recreation garden (walking distance 1 min)
- Tecso/ Village MALL/ Amanjaya Mall,Mydin (6min)
- Carnivall Water Park @ Cinta Sayang (4min)

~No agent. Direct owner.
~Bank loan/cash buyer preferable.
~Please contact 0124498767 for viewing appointment.

Boleh contact nombor yg tertera, person in charge aku kt SP.Aku jauh, payah la nk bwk korang jalan2 tgk rumah. Namanya Ina. Utk minta bantuan pasal bank loan, lawyer pun boleh minta dia guide, sbb dia keja dgn developer gak. Kalo gov loan, aku malas nk ambik, sbb rumah aku bank loan. So, mcm 2kali keja nnti utk payment settle.
Dengan Ina ni, dont worry.Insyallah dia ada org dlm la.Kalau nk mintak tolong kautim dgn credit officer senang la skit. No,dia bukan agent. Just a friend of mine. So,no charge 3.18% yg biasa ejen kenakan tu. Cuma, please make sure korang check status CCRIS korang dulu. Bukan apa, kalau sangkut, payah la skit loan ko nk lepas. Apa2 ko deal dgn dia, woraits? Ha, sila cuci2 mata dulu. Ni harga utk 2016. 2017, aku xtau laa berapa pulak. Kalo korang nk, cepat2 lah.



 Front view



 Spacious Hall

Dari hall, menuju ke ruang bilik dan dapur.

Dining Hall

Master Bedroom

Second bedroom

Kitchen


Specs.


Floor Plan


Wednesday, November 2, 2016

Resepi Nasi Beriani Pakistan yang boleh buat kau mengigau 7hari 7malam (Electric Pressure Cooker Butterfly)



Haaa giteww.. over kan tajuk. Kau kalau masuk blog aku, jgn expect skema2 sgt. Payah aku nk pulih dari penyakit sewel aku ni ha. Ok, harini aku nk ajar kau orang masak nasi beriani pakistan. Aku bukan penggemar Nasi Beriani. Tapi lepas2 aku duduk Sri Lanka, mkn nasi beriani pakistan kt BigBite Colombo tu, aku mmg xpandang dah nasi2 beriani yg lain. Sedap nak arwahhhh!

Ok, kali ni aku nak ajar masak pakai Pressure Cooker Elektrik. No, No! Haruslah bukan Noxxa. Pasal aku kan kedekut. Kahkah! So, entry ni sekali jalan la aku nk review pasal periuk ni, dgn bg resipi ni haa..Periuk ni, aku beli dh berzaman. Cuma besala, nk update blog dikala ini, aku ni umpama sloth. kohkoh!

Ok, sebelum aku beli apa2 brg, bangsa aku ni akan buat kajian sedetail yang aku mampu lah. Pasal yg nak keluar tu duit aku sendiri. Kalau duit laki aku, haruslah aku titik dia sampai ke titisan terakhir kann.... Hahahahahaha! So, setelah perbandingan dibuat, berhari2 aku kaji, dan tunggu waktu yg the best offer nk beli, maka, aku memilih electric pressure cooker brand Butterfly! Rite, dlm list aku, aku pendekkan jd 3 pilihan yg terbaik, Noxxa, Butterfly dan Philips. Noxxa, 8liter, so no wonder la hrga dia dentum sket. So, nexttt.... Butterfly dgn Philips, sama 6liter. Aku pilih Butterfly sbb aku tau brand ni lasak skit, sbb dia ada kluarkan industrial oven dan segala mak neka lg. Plus, ha ni plg penting, harga dia sangatttttt menggoda. Kau xpercaya, kau pegi tgk kt lazada. Tak sampai RM300 derrr...
Ni ha periuknya. Tak la lawa sgt. Tp berbaloi2 oiii! Peduli apa aku kan, Noxxa pun boleh tahan buruk jugak rupa dia aku tgk. Kihkih!

Ok, kita teruskan dgn cara2 memasak. Ni resepi yg paling simple dan paling pemalas lah. Xyah pakai bahan byk2. Sesuai untuk kecemasan, tetiba mertua kau call nk dtg ke, hapa ke kan. Mula2 kau rebus daging tu dlm periuk ni. Aku pakai daging kambing, sebab bapak dgn budak2 dlm rumah ni mmg spesis rimau benggala, suka sgt mkn kambing. Kalau kau nk gantikan dengan daging lembu pun boleh. Tp kalau kau pakai ayam, kau xpayah rebus mcm ni. Kang hancur ayam kau. 

Kau potong2 block camni je daging tu. Letak air skit. Secawan ke, ikut daging kau byk mana.


Lepas tu kau set, 3minit. Kau picit kat optional pressure holding time tu. Tutup, halakan topi tempat keluar wap tu ke muka kau.

Sementara daging tu masak, kau basuh beras, toskan. Lepas tu kau ready dengan rempah pulak.


Aku pakai rempah ni. Recommended. Mmg dari aku duduk Sri Lanka lagi mmg aku pakai rempah ni. Tapi, ini rempah pilihan kedua. Kalau kt sana, ada lagi 1 brand rempah yg super sedap. Tp aku lupa nama. Kt Malaysia, rempah ni kau boleh beli kt Mydin. Kt kedai2 rempah india aku xpasti ada ke tak. Tp aku pasti kt Tesco dengan Giant mmg xde rempah ni. Kau try lah. Memang terbaik.


Rempah ni, kau bancuh air camni je. Simple gila kan. Daun Bay tu pun smua dah siap ada dah.

Kau sediakan bahan2 untuk tumis. Daun Bay tu, saja je sbg tambahan. Biasanya aku ready daun ni, kalau2 rempah yg aku nak tu out of stock. So aku buat rempah sendiri.


Bawang besar, bawang kecik, garlic, dengan tomato. Ni pun utk tumis gak.
Sebaik saja periuk kau bunyi, titttt! titt!!!! Tu maknanya masa 3minit sudah berlalu. Kau pusingkan topi dia ke arah lawan, biar dia keluar habis wap, baru boleh bukak penutup tu. Kau keluarkan smua daging dgn air rebusan tu, letak dlm 1 mangkuk. Then, kau dah boleh start tumis rempah nasi.

Masukkan bahan2 tumis tadi, kau tumis tu agak2 layu, lepas tu kau masukkan rempah yg telah dibancuh tadi. Kacau2 skit.

Ha, ni  time dh tumis bawang2 tomato segala tu, then masukkan rempah, kacau2 skit. Part ni, kalau kau pakai daging ayam, baru kau masukkan ayam kau, okey?

Lepas tu, masukkan beras yang dah siap dibasuh tadi.
Gaulkan semua, biar perasa tu meresap2 ke dalam beras kau.
Akhir sekali, kau masukkan balik air rebusan daging tadi. Daging tu, kalau kau tgk agak besar, kau potong lah skit ikut kehendak kau. Tp org2 dalam rumah ni, mmg stok2 gergasi. Daging td tu aku tak potong dah. Smua aku campakkan terus dlm periuk tu.
 Air, kau agak2. Aku duduk Malaysia ni, aku pakai beras biasa je. Kdg2 je kalo aku rajin pegi beli beras basmathi. Tp percayalah, kalau kau masak pakai rempah ni, xkisah pun beras apa kau pakai, insyallah sedap lahhhh nasik kau. Lepas tu, kau perasakan skit dengan garam. Jgn byk, sebab kt rempah tu pun dh ada dh garam dia. Cuma ejas2 jelah skit, bg bertambah ummpphhh!
Next, kau setkan optional pressure holidng time, 5minit sudah. Insyallah, lepas tu kau dh boleh makan dengan gembiranyaaaa!


Ni rupa nasi tersebut. Makan mcmni xyah berlauk bagai pun aku blh pi sampai 2pinggan. Hahahaha!

Ok, lauk sampingan untuk nasi beriani ni, biasanya benda wajib yg aku akan buat, air asam tu haa...
Lain, kau boleh suka suki tambah sndiri ikut tekak kau. Macam kali ni, aku buat coleslaw dengan bendi rebus je.
 Gamak aku rajin skit, aku buat ayam goreng tandori ke, telur rebus masak kurma ke, papadom ke, sesuka tekak aku je lah.

Aku rasa, smua periuk boleh je masak apa yg noxxa masak. Zaman2 Najib ni, kau tau2 lah kann belanjanya mcmana. Periuk aku ni, aku boleh je masak nasi goreng-terus-campak-beras, bihun goreng-terus-campak-bihun-keras, dan lain2, seperti kau tgk kt button preset tu. Konsep dia sama je punn.. Sebelum ni aku kt SL, masak nasik ni, pakai periuk nasik biasa je pun jadikkk.. No hal la... 


Ok, done. Senang sgt kan??? Kau org try lah. Mesti laki kau sayang lebih kt kau. Hak!hak! hak!

So, selamat mencuba diucapkan.

Monday, May 16, 2016

Pencapaianku dewasa kini

Ok harini nk cerita pasal pencapaian aku setelah sengap pi dibawa bayu beberapa lama.

Wahai orang-orang kampunnng sekaliannnn!!

Aku dh gheti bawak moto woiii!!!!

Hahahaha! Pengumuman mcmkan dh berjaya naik roket.

Tapi ni la kut antara pencapaian besar dlm hidup, sebab 30tahun lebih aku hidup atas muka bumi ni, aku mmg bapak laa penakut naik motor.Kwn2 yang rapat pun mmg tau. Aku sggup jalan kaki dari naik moto nih. Sebabnya, aku rasa tak secure, takda dinding kiri kanan, bergegar2 seat, pestu dgr angin2 kt telinga...Ohoiii...takut makkkk!

Tapi sejak awal tahun lepas, aku dh kena pikul tugas baru plak, iaitu sebagai pak supir hantar ambik bebudak 3 org tu sekolah. Tapi Speckybee belikan aku skuter ja lah, xpayah aku nk pikir pasal tekan2 clutch,gear ka apa ka, mcm motor biasa.Press minyak ja, desupppp...

Masa awal2 tu aku takat reti bawak area taman, pestu sekolah rendah dengan sekolah pasti dpn ni ha... Tapi sejak2 ejen pos laju taman ni dah tak buat servis tu, aku terpaksa lah pi pejabat pos gelang patah tu ha... Mula2 takut gak, situ dh la berlambak2 lori lah, segala mak nenek kenderaan semak samun. Tp sebab aku nk pos kena pos jugak brg2 order, aku kena beranikan lah diri ku yang penakut ineyh.

Kali pertama sampai pej pos tu, kembang hidung besaq belanga xtau nak habaq. Vangga siot.kehkehkeh! Lepas tu otw nak balik rumah, ada pulak awek mana tah mintak tolong, tanya direction sekolah rendah kt mana. Macam biasa, aku kalau bg direction, mmg jahanam nnti kang. Lagipun tengah gila bawak motor kan. So, aku ckp, ha meh ikut hakak, dekk...Akak tunjuk jalan.

Wahh...kenmain kau... padahal aku dlm taman tu sentiasa lah sesattttt.... Tapi sejak2 naik motor ni dh terel la pulak jalan2 kt sini. Hak! Hak! Nampak tak gila belagak? Tabaik tabaik!

Dah tu ja aku nak cerita. Tempek gambaq sket, sebagai bokti. Tih! Tih!



p/s: Wootttt! Brg-brg raya utk koleksi kanak-kanak dh ada. Beg tangan kids super duper cute pun ada. Hot stuff tu. Murah-murah kita jual taw... Boleh ke:
Website: anisshop.com.my
FB: Bubbakids Clothing
Whatapps : 019 3297199

Wednesday, April 13, 2016

Jenis- jenis baju kurung

Ok...harini nk tulis tajuk berilmiah sket. Pasal jenis baju kurung. Bukan takat manusia, binatang, makanan, baju bajan pun nak gak berjenis2.

Aku tak tahu pasal apa namanya baju kurung.Maybe badan kita terkurung, tertutup elok dalam tu, so nama dia baju kurung lah kot. Yg aku tau, baju kurung ni, baju selamat laa..Nk pegi kenduri ke, pegi dinner ke, majlis apa2 ke, even nk soping pun, kalau pakai baju kurung boleh dikira sesuai.

So sini aku nk cerita keturunan2 baju kurung ni. Ada byk jenis.

nombor 1:
Baju Kurung Pesak

Ok, ni baju kurung basic la...ada pesak, ada kekek apa smua.Aku pernah la jaitkan baju kurung pesak budak2 ni. Tang kekek tu mmg hazab, aku xreti nk buat, pestu sambung pesak, sebelah tinggi, sebelah rendah. Naik menyebai aku pon.Hahahahahha!

Nombor 2:
Baju Kurung Pahang

Ni mungkin asal dr negeri pahang lah kot..Pasal nama dia pun baju kurung pahang. Rupa lebih kurang mcm baju kurung pesak, tapi dia kembang skit kt bawah. Habuan senang skit angin nak masuk kekdahnya. Tp aku suka baju ni, sbb kalo time preggy, cover elok je perut kalau pakai.

Nombor 3:
Baju Kurung Kedah



Walopon aku dh berpuluh tahun dduk kt negeri kedah, dh ngaku pun org kedah, tapi aku xleh brain baju ni. Aku penah ada baju kurung kedah masa darjah 4 dulu.Menangis2 aku xsuka, pasal aku rasa mcm pelik. Tp bila dh besar, eh lawa la pulak aku tgk. Maybe baju aku dulu sbb dia singkat camtu, pestu bentuk badan petak je, dgn tgn senteng, baju senteng. Aku xtau lah asal smua senteng, maybe sbb kedah negeri jelapang padi, dulu2 org kedah byk buat padi, so senang, senteng2 nk buat keja.Ngeee..aku agak je la...tetapi skrg dh dibawa arus teknologi, baju kurung kedah ni lawa...padankan dgn material, potongan yg suit, mmg smart woh.

Nombor 4:
Baju Kurung Moden


Baju kurung jenis ni kalo badan ko langsing, mmg lawa siot kalau pakai. Pasal dia fit ikut bentuk badan. Kalau aku yg pakai....errr...err...lupakan lahhhhhh.....

Nombor lima:
Baju Kurung Peplum

Actually design ni bukannya benda baru... Dari zaman saloma p ramlee lagi dh ada pun...cuma skrg dia buat lengan kecik mcm kurung moden, then sambungkan potongan half circle kt pinggang untuk jadi peplum. Lawa...nak2 kalo yg berpinggang kerengga. Yg berpinggang tapir macam aku pun boleh gak nak pakai, apa masalah pun. Pedulik apa kan.Kakakakaa!

So itula serba sedikit pasal jenis2 baju kurung. Sekarang dh boleh make up your mind dh, raya ni ko nak pakai pesen mcmana. Aku? Tak tawu lah lagi. Biasa aku mlm raya baru pegi beli baju raya.Pasal masa tu org lelong.Keh! Keh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...