Monday, June 14, 2010

Kaedah Berpantang Untuk Keguguran Lebih Ketat dari Berpantang selepas Melahirkan??

Aku mencari2 kaedah berpantang untuk keguguran dalam alam maya ini..then terjumpa sebuah laman yg sgt bagus kerana menyediakan artikel2 berkenaan yg aku cari2..Rupanya, kaedah berpantang selepas keguguran adalah lebih ketat dari berpantang selepas melahirkan.Artikel ini aku copy dari MyRaudahulukhwah.

1) Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’
‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.
Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada amsalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dnegan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah bebanding penjagaan ibu yang keguguran. Iu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengatahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan kegugran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, maslah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah.
Dan ini pula artikel yg berkaitan dengan kes aku yg dijawab oleh Dr.Hamid Arshad:

SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing. Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung. Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan. Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur. Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

Okey,aku malas nk komen segala bunian2 tu.Tu kepercayaan org.Kepercayaan aku, itu adalah qada dan qadar.Titik.

Esok aku ada appointment dgn doc.Oleh kerana cuma mengalami mild bleeding smpai sekarang ni, dia akan lakukan scan sekali lagi..Harapan untuk baby aku hidup adalah sgt2 tipis, tp aku masih letakkan harapan dan doa aku.Kalau disahkan baby aku mmg xbernyawa, kemungkinan esok aku akan diinduce,dan mengalami proses keguguran sebenar.Aku dah sedia dari fizikal dan mental untuk hadapi.Aku xberapa sihat 2-3hari ni.Sebab itu aku search untuk cara berpantang ni.In fact,aku dah start berpantang dari semalam. Aku mulakan dgn mandi air panas,pakai sarung kaki dan dah stop makan benda sejuk2. Segala halia,lada hitam semua tu aku belum start lagi sbb aku takut kalau2 rupanya baby aku masih hidup. (tengok,betapa aku berharap!) Tapi aku xberapa setuju sgt dgn kaedah pantang org dulu2.Yang penting aku makan makanan seimbang supaya cepat sihat. Kalau dulu, aku berpantang,aku byk fokus mkn sayuran untuk memperbanyakkan susu, tp skrg aku akan pantang untuk memanaskan badan dan menghalau angin2 sahaja.

Dalam keadaan begini, cuma Speckybee saja aku harapkan untuk bantu aku. Dialah yg sapukan aku minyak panas dan pakaikan stokin. Kadang2 emosi aku jadi tak stabil.Kejap aku menangis,kejap aku ketawa.Tapi aku cuba fokus bahawa life must goes on! Aku bukan sedih sgt pasal kehilangan,tp aku terasa sgt2 letih. Kerja2 memasak,membasuh, menguruskan Uyin, terpaksa aku lakukan sendiri.Speckybee pula 6hari seminggu bekerja.Cuma hari minggu dia dapat bantu aku sepenuhnya.Nak balik Malaysia pun xada gunanya. Selain perjalanan yg memenatkan, xada siapa yg dapat jaga aku.Saat2 mcm ni,semua anak perempuan harapkan mak untuk jaga semasa berpantang.Tapi mak aku sgt sibuk.Dan hanya hujung minggu saja ada di rumah. Jadi terpaksalah aku melalui berpantang buat kali kedua seorang diri. Tak mengapalah. Saat ini aku fikir, tidak silap aku memilih profesion sebagai surirumah. Aku harapkan, kalau panjang umur, bila2 saja Uyin mengadu sakit, aku akan sentiasa berada di sisinya.

notabulukaki: Semalam, kira2 pukul 2.30 waktu Sri Lanka, kami dikejutkan dengan gegaran..rupanya berlaku gegaran sekuat 7.7 di India. Namun, alhamdulillah tiada amaran tsunami dikeluarkan.

13 comments:

Mag said...

memang saya gugur dulu semua kena jaga. cara jalan. cara duduk. makan sama jer nan orang berpantang. tp rehat lebih dr orang bersalin. xpe, kalau baby tu dah tak de anggap tak de rezeki. cuba lagi lain kali.

saya dulu buat d&c..

aNiS tHe BumbleBee said...

hye farah..thanks ye sbb kongsi pengalaman..harap2 sy kuatlah nk hadapi waktu2 berpantang ni..

k said...

semoga tabah menghadapi apa pun yang bakal ditempuhi. insyaALLAH pasti ada rezeki dariNYA datang lagi.

selamat maju jaya ^^

http://llizam85.blogspot.com/2010/06/adikku-si-leftenan-muda.html

aNiS tHe BumbleBee said...

Ilizam~thanks dear...so sweet of you..

ummu said...

assalamualaikum Puan Anis
terima kasih sudi berkongsi pengalaman dan sudi add link teratak saya.maaf terlampau banyak typing error pada entry di atas memandangkan pada masa itu saya sedang keguguran dan berpantang sendirian.

Zuren said...

salam, sy baru mengalami keguguran 2 minggu lepas, selepas seminggu sy telah makan telur, daging dan ayam...adakah ia dikategorikan makanan yg tidak boleh dimakan semasa berpantang? tapi sekarang sy da stop mkn makanan tersebut sebab ada yg kata tak boleh mkn...tlg advice...thanks...

aNiS tHe BumbleBee said...

Ummu~ wsalam puan ummu.terima kasih juga sbb sudi kongsikan dgn saya ya.

aNiS tHe BumbleBee said...

zureen~wslam.rasanya mcm xlayak aje sy nk advicekan kt sini.sy cuma boleh ceritakan berdasarkan pengalaman ajelah.jd saya cadangkan agar zureen check out entry sy berkenaan ni di sini: http://anisthebumblebee.blogspot.com/2010/06/bagaimana-aku-berpantang-keguguran.html

ms iekin said...

Tq pn anis 4 info yg amt berguna..kite senasib..sy juga bru mghdapi saat2 diduga dgn keguguran..walaupun xjatuh o xterslh mkn pape pun tp sbb sblum bleeding ade g scan. Time tu dr ckp peluang tipis sbb cume nmpk kantung tp xde denyutan...sy redha dan terima smua ni sbg ujian Allah. Dan sy pcya mgkn Allah sembunyikn ssuatu yg lbh baik dsblk dugaan ini kn..

Anonymous said...

sy pn baru mgalamai saat2 x trduga 12.10.12 ari tu..sedih sangat2..kandungan dah masuk 5bulan dah..sampai skrng emosi trganggu..3hari pas gugur sy pg bcuti ke thailand tuk tenangkn fikiran slama sminggu..so skrng sambung bepantang..cuma skrng sy rasa takut kalau2 rahim belum mengecut gara2 banyak bjalan..:(

Anonymous said...

sy pn baru mgalamai saat2 x trduga 12.10.12 ari tu..sedih sangat2..kandungan dah masuk 5bulan dah..sampai skrng emosi trganggu..3hari pas gugur sy pg bcuti ke thailand tuk tenangkn fikiran slama sminggu..so skrng sambung bepantang..cuma skrng sy rasa takut kalau2 rahim belum mengecut gara2 banyak bjalan..:(

laila74 said...

Saya pun baru keguguran 2 hari lepas. Walaupun anak ke 5 . Gugur pada kandungan 15w.

yatty said...

Kadang org yang normal pun kena bersedia dengan keadaan yang tidak disangka macam ni..huhu..;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...