Friday, January 29, 2010

Tips: MeNu CaDaNgaN uTk Ibu MeNgaNduNG

Hehe...Sori ye Puan Esah..aku bz skit nk update blog.Okey..entry kali ni adalah request dari kawan2 dan kali ini aku nk cadangkan menu2 yg berkhasiat tp sgt simple utk ibu2 mengandung yang xberapa ada selera utk melahap makan ye..

Menu Pagi:
1.Korang boleh cuba roti bakar yg dicelup dgn telur. Mula2 sapukan roti dengan mentega, celupkan telur.boleh juga ditambah dengan sapuan keju utk menambah keenakkan. then, bakar roti tu...

**resipi ni sesuai utk ibu2 yg xlalu langsung nk makan telur.Tp,demi mendapatkan khasiat telur,boleh cuba cara ni ye.

2.Korang boleh juga mkn roti bakar dengan telur separuh masak.menu ni bukan saja memberi khasiat malah menambah tenaga sementara menunggu waktu mkn tengah hari di pejabat.


roti bakar yg romantik..suruh le hubby korang ukir2 skit kt roti tu..mesti selera makan bertambah..heeee.


telur separuh masak sgt bagus utk ibu mengandung tau..

Menu Tengahari
Okey aku cadangkan mee suah adalah yg terbaik. Pernah tgk mee suah? atau nama lainnya mee soya??Macam ni lah rupanya....


okey, kita close up lagi rupa beliau....


aa..mcm nilah rupanya...mee ni bukan mcm mee yg biasa2 tu.mee ni diperbuat dari soya...ada byk jenis mee suah yg aku jumpa, ada yg dibuat dari carrot (warnanya mcm carrot), dibuat dari ubi, dan lain2 lagi. Aku pilih soya kerana ianya sumber protein, dan juga dpt mencantikkan kulit baby..heee..
cara masak mee suah:
1. didihkan air dalam periuk
2.campak mee suah
3.tambahkan garam (xyah byk2..jaga kesihatan diri dan poket)
4.campak telur
5.campak sayur2an (sawi,pak choy,tomato atau apa2 sayur kegemaran korang)
**kalo suka kicap,boley jugak tambah skit kicap manis.jangan byk2..

dah siap!!gila senang kan,mcm masak megi sajork..cuma yg ni lebih berkhasiat.

2. korang boleh juga cuba mkn spageti bersama sup tomato.boleh tambah daging cincang atau meat ball. caranya:

1. Kisar tomato atau boleh juga tambahkan tomato puree.
2.Tambahkan air, biarkan didih seketika
3.tambah garam dan sedikit perasa (kiub ayam)
4.masukkan daging cincang atau meat/chicken ball.
5.boleh juga tambahkan cendawan kering shitake utk keenakkan maksimum

Menu malam
Utk malam, sebaik baiknya, makan yg ringan, tidak berminyak tapi berkhasiat.Bihun sup,kuetiaw atau roti bakar juga sudah memadai. Kerana malam selalunya perasaan mual dan tidak selesa akan datang.Ini membuatkan korang xdapat tidur lena dan keletihan pada keesokkan pagi.

Amalkan makan kurma dan juga kismis sebagai snek utk tambahan tenaga.Biskut hi calcium, buah buahan dan salad sayur sayuran juga bagus di waktu2 senggang sebelum waktu makan.

itulah serba sedikit menu cadangan yg ada dlm fikiran aku. Mungkin korang boleh pelbagaikan lagi makanan2 mengikut kreativiti dan tekak korang.. jangan risau, keadaan tidak selera makan ini mungkin akan berakhir bila kandungan telah mencapai trimester kedua. Banyakkan berdoa pada Allah dan selalulah berbual2 dengan bayi di dalam kandungan anda. Katakan pada baby, bahawa anda tidak sabar2 menunggu dia lahir ke dunia dan mohon supaya baby kuat berada di dalam rahim anda sehingga saat kelahiran tiba.. best of luck!

Dedikasi kepada semua sahabat2ku sedang mengharungi trimester pertama kehamilan saat ini..
Esah, As, Mawar, Lia, dan semuanya....aku doakan korang..

###skema kah ayat aku diatas??keh!keh!keh! gile tgh mengantuk nih..nk tido dah...bobbbooyeee!

TeRiMa KaSiH DuNia!!

Aku nk ucapkan terimakasih.....
pada mak ayah di kampung...
pada suami yg dikasihi dan anak (anak2-hopefully..ngee~)
ketua kampung....
orang2 kampung ku....
sahabat handai ku dari tadika hinggalah sahabat2 di Universiti...
Yg tolong aku, bagi tiru keja sekolah, yg tolong buat assignment,
Yang naik basikal jatuh tunggang langgang dengan aku, (Dasmiyati)
Yang nyaris2 naik keta smpai nk terjun gaung tengah malam buta (Ram,keyrell,wan sue)
Sahabat2 cyber yg teman aku siang malam...
(penyumbang kepada sakit2 pipi dan perut aku akibat ketawa berguling2 dengan korang...)
Pada semua yg mengenali diri aku...
aku tak sangka....
sungguh tak ku duga...
malas ckp banyak ah...
saksikanlah...






mekacih dunia!!!!!!!

Tuesday, January 26, 2010

aNak.....JoM KiTa PoSiNg2...BoRiNg lor AbaH xde NeyH...

Arini dgn besok patutnye cuti.Tapi abah kene gak pegi melapuk kt opis..Hampeh la kompeni abah nih...ape daaa!! Harini, apa aktiviti kita ye uyin???

Jom kita posing2 ndak? Orite bebeh!!!


okey, mula2 kita cuba posing mcm angelina jolie yea...mulut kasi muncung ye nak...haa..muncong lagi...lagi...!


Okey, pestu kite buat peace lak ye..sempena hari pilihanraya Sri Lanka ni...semoga org2 Sri Lanka ni tak gaduh2...


Peace Uyin Peace...! Bukan tunjuk makanan...haishhh!!
@# okey, enaf!! ibu dengan selipar2 jamban...mmg out teros nk jadi model!

okey, next,

the most sexiest superbaby model !!!!



ooo..yeaa!! ~tongue lickin' style


Killing kiss from uyin..
(dengan ucapan, abah balik awal skit arini yea..)



Okey..byeeee...!

Jom anak, kita masuk dapur..tolong ibu masak!

SeLaMaT MeNguNdi RaKYaT Sri LaNkA..

Hari ini hari besar Sri Lanka...
hari mengundi siapakah yg akan jadi Presiden Sri Lanka berikutnya...
Hari yg akan jadi sejarah..

Mahinda Rajapaksa



akan bertarung dengan jeneral perang beliau sendiri..


Sarath Fonseka
**************
Wahai rakyat Sri Lanka, buatlah pilihan bijak. Yang kalah, xpayahlah nk amuk2, nak bom2 pulak ye.. Susah sume org..Letih la kena sembunyi2 dalam umah...aku dah la mmg sedia ada duduk dalam umah je..dah Speckybee cuti, ndak jugak kuar jenjalan..

Kalo pilihanraya kt UiTM dulu, aku undi org yg hensem2 je utk jadi Exco UiTM. Kenal pun tidak.hahhaha!

So,sekarang, yg mana 1 aku nk pilih ye...

yg bermisai lebat kah??

atau..

yg bermisai kontot kah??

kusut....kusut....

**eh,dulik ape aku.bukan aku kene undi.pegi senaman layan lagu Bebot lagi baik...daaaa~

Bebot bebot bet
bebot bebot bet
bebot bebot bet!!!!!

Monday, January 25, 2010

HeRo BaRu UtK FiLeM CiCaK MaN....


Ke hadapan abang2 KRU Production yg hensem,

Di dalam surat ini, sy ingin memberikan cadangan saya utk menggantikan watak hero untuk filem CICAKMAN bagi sequence yang akan datang. Memandangkan watak hero sekarang ini adalah Saiful Apek, sgt sibuk dan beliau mungkin sukar utk memenuhi jadual waktu beliau yang padat, maka dengan ini, amatlah molek saya cadangkan, suami saya, untuk menggantikan watak CiCaKMaN itu. Pada pendapat saya, suami saya ini memiliki ciri2 yg lebih dari cukup untuk memikul watak yg saya sifatkan sangat mencabar itu.

Suami saya seorang lelaki yang gagah perkasa, wahai abang2 KRU Production sekalian..Cuba tengok berat badan beliau.....dah meningkat sejak 2 menjak ni..


Tengok, berat badan beliau...okey terbalik.nnti aku pusing.



haa tengok!! padahal seumur hidup dia, xpernah lagi dia cecah berat 60 kg tau sebelum ni...

Dia juga berperawakan menarik, kelakar dan juga pandai memasak laksa,beef steak dan jugak ciken cop.

Dia juga memiliki badan berotot2 dan six pack tau..ngeh! ngeh!

bersama2 ini, saya sertakan gambar2 beliau yang gagah perkasa itu. Saya harap, abang2 KRU Production dapatlah menimbangkan permohonan saya ini ye...
*
*
*
*


CicaKMaN Yg Cute...


CiCaKMaN cuba menunjukkan kegagahan beliau..


Tengok, CiCakMaN yg baru ni ada remos macam Superman..Tampan bukan??

akhir ucapan, MmmUaaCKS!! Pleaselah ambil suami saya ni jadi Hero CiCaKMaN ye..Penat dia berlatih panjat2 dinding dan siling taw....

Yang Mengharap,

#A.N.I.S#
~ Isteri bakal CiCaKMaN~

Sunday, January 24, 2010

TiPs HadaPi aLaHaN SeMaSa MeNganDuNG

" Tahniah Puan. Puan disahkan mengandung 2minggu"

Oh, jangan salah faham...tu ayat doktor utk aku pada suatu pagi 3 tahun yg lepas masa aku pegi klinik nk ambik M.C.

Dan muka aku time tu.........mmg blur...serius xde perasaan.Smpai doktor tanya tarikh kahwin sume, aku boley xingat. hokoloh!! Padahal aku pening kepala je.Aku ingat sebab aku makan kerang bakar kt Seksyen 16 banyak sgt mlm sblm tu.Rupanya dah ada baby dalam perut aku. Dan...bermulalah hidup sebagai seorang ibu mengandung....hehe...

Trimester pertama, aku boleh simpulkan yang time tu saat2 paling terrible sekali. Tinggal kt apartment tingkat 10,sorang2, jauh dari suami dan terpaksa drive ke sana kemari atas tuntutan keja ditambah pula dengan mabuk mengandung yg sangat teruk.

Waktu itu, aku mengaku,tahap pengetahuan aku bab2 pregnancy mmg zero sebab aku mmg xbersedia langsung nk jadi seorang mak.baru sgt aku bersanding atas pelamin,dan mmg tengah planning2 nk pegi honeymoon kt genting.Jadi aku faham sgt lah dgn korang2 yg masih blur2 lagi mengenai prgnancy.Memandangkan tahun 2010 menyaksikan sgt ramai kwn2 aku yg bakal menjadi ibu, dan byk soklan2 aku aku terima di YM, jadi aku kongsikanlah serba sikit pengalaman aku mengenainya ya.

Okey, first of all, aku nk korang tau, yg setiap ibu mengandung berbeza.Ada yg alah, ada yang berselera makan,ada yg suka makan benda2 tertentu.Jadi,semua tak sama.Cuma secara amnya,aku boleh katakan,kebanyakan ibu mengandung akan mengalami perasaan tidak selesa sepanjang tempoh mengandung. Alahan,pening kepala dan sume2 benda yg xbape best.Aku salah seorang yg mengalami alahan teruk semasa mengandung hinggalah ke 9 bulan.Jadi sepanjang tempoh 9 bulan adalah tempoh aku belajar cara utk menselesakan diri sendiri dgn keadaan itu.

1. MaBuK
Mabuk semasa mengandung bolehlah dikatakan gabungan kepada rasa2 pening,meloya, tidak bertenaga,alah terhadap bau tertentu dan rasa 'i-need-to-puke-now!!' berlegar2 dalam fikiran. Mabuk semasa mengandung tidak semestinya pada awal pagi walaupun dalam english dikenal sebagai morning sickness. Aku selalu mabuk tak kira masa.Kadang2 pagi,kadang2 tengah malam,kadang2 tengahari. Tapi yg paling aku heran, aku mmg akan mabuk bila smpai kt trafic light nk pegi ke Mydin USJ. Misteri betul.Selalunya, member aku si Fird yg akan drive laju2 bila smpai kt trafic light tu.Takut aku muntah dlm keta.huekeke! Thanks Fird,jasamu ku kenang.haha!

Cadangan aku:
okey, bagi mengelakkan mabuk2 ni, aku selalunya akan hidu limau nipis atau daunnya.Pastikan ada gula2 dalam tas tangan atau biskut hi calcium.Minyak2 berangin juga bagus utk menghilangkan mabuk.Sapukan pada hidung dan kepala dengan kuantiti yg sedikit saja.cuma ambil bau2 je.Jangan fikirkan perkara yg buat anda mabuk,Cuba fokus kepada perkara menyelesakan fikiran anda.


2. AnGiN
Angin menyebabkan kita rasa meloya dan pening kepala.Ikut pengalaman aku, faktor utama angin dalam badan adalah disebabkan perut kosong dan keadaan sekeliling yg sejuk. Masa aku mengandung dulu, penyakit angin ni lah yg paling kuat menyerang.

Cadangan aku:
Pastikan makan ikut waktu. Sediakan biskut dalam tas tangan, dalam dashboard kereta,dalam laci opis. Sediakan juga minyak panas seperti minyak kayu putih,minyak cap kapak,minyak yu yi atau pun minyak susu kambing di tempat2 yg disebutkan tadi. Bukan apa, kalau keadaan sejuk, sapukan pada tapak kaki dan betis utk memberi keselesaan.pakai stokin supaya lebih selesa.Tp dah selesa2 tu, jangan kau tidur pulak dalam opis!

3. HilaNg Selera MaKaN
Ni adalah salah satu punca yg boleh mencetuskan penyakit angin dalam badan.Bila tak selera makan,perut jadi kosong dan terkumpul lah angin2 yg membuatkan korang ber'hangen' je 1 hari. Please, jangan ikut hati.Aku faham korang xselera langsung nk makan.Tp fikirkan tentang baby yg kelaparan tu. Dulu aku sgt2 xboleh makan nasi.Jangan kata makan, tengok dan bau pon aku tak boleh.Memang betul2 bencikan nasi time tu. Bila ada org makan nasi depan aku dgn penuh seleranya, aku rasa nk hempuk2 je pinggan nasi dia kt org tu.Tihi.. Jadi, cari alternatif lain.

Cadangan aku:
Makan apa yg kau org teringin nk makan.Jangan tangguh2. Sebab kalau dah lepas time teringin tu, mood nk makan tu dah xde. Dulu aku suka makan sup sayur panas2,nk carb, letak bihun ke kuetiaw ke, then letak telur utk protien. Pagi2, aku teringin makan roti canai kuah kasi banjir. Mungkin tu lah petanda aku kena bersalin kt Sri Lanka.huekeke! Cuba makan limau utk menaikkan selera makan.Limau dapat mencantikkan kulit bayi. Jangan pula xselera makan,korang pegi mkn asam boi pulak.Xde khasiat utk baby. Ingat! apa yg anda makan, dikongsi oleh bayi.Jadi mesti korang nak yg the best utk baby kan?

4. I DoNt DriNk MiLk!
Yeaaa!! aku pun sama..aku sgt benci susu..Baunya sgt meloyakan! Tahniah pada ibu2 yg mmg minum susu sebelum ni. Jadi korang xpayah susah2 fikir alternatif utk gantikan susu.Bagi yg menjadi fan 'saya benci fasha sandha susu' mcm aku, kenalah perah fikiran mcmana nk dapatkan khasiat susu tanpa minum susu.

Cadangan aku:
Selalunya, kalau xboleh minum susu, dinasihatkan minum air soya. Yes, I like!! Tapi malangnya, bila berada di Sri Lanka ni, to be more precise, Galle yg 'bagus' ni, tiada air soya ye tuan2 dan puan2.. So, mcmana aku nk dapatkan kalsium??Sedangkan kalsium cukup penting utk pembentukan tulang baby. Okey, sebenarnya ada byk cara nk dapatkan kalsium. Kalsium bukan saja terdapat dalam sumber tenusu. Meh aku bg idea camna nk mkn kalsium.Makan roti dengan mentega dan juga keju. Buat bubur nasi, tambahkan ikan bilis. Ikan bilis juga pembekal kalsium yang baik. Selain tu, makan tauhu, sayur bayam dan badam juga. Tapi pastikan jangan terlebih pengambilan kalsium kerana boleh menyebabkan karang pada ginjal.
5. PeDiH uLu HaTi
Ni adalah 1 gejala yg memang xbape best. Selalunya perkara ini akan berlaku di hujung2 kehamilan. Bila baby dalam womb dah besar, dan menambahkan tekanan dalam pencerut. Sebenarnya, asid2 di dalam perut yg menyebabkan kesakitan.Selalunya, rasa pedih akan menyerang waktu malam hari, menyebabkan aku xboleh tidur.

Cadangan aku:
Pertama sekali, elakkan makan makanan pedas dan berempah2. Benda2 masam pun elakkanlah.Yg boleh minum susu, teruskan.Yg xboleh, minum soya ye.Makanlah jenis2 sup kosong yg ada byk sayur dan tambah telur.Time nak tidur, pastikan kedudukan bantal di kepala lebih tinggi dari dada dan perut.Selalunya aku akan membaca dalam kedudukan tu sampailah tertidur.Banyakkan minum air suam.

6. MenGiDaM
Ada macam2 cerita mengidam aku dengar pasal org mengandung ni. Nk makan bawang mentah, nk mkn getah selipar, nak hidu ekzos lori...Syukur alhamdulillah, aku xdelah nk mengidam pelik2. Cuma waktu mengandung dulu, aku mmg akan kunyah ais batu, mcm kunyah snek. Aku kunyah ais setiap hari sehinggalah kandungan mencapai 9 bulan.Hasilnya, aku terbatuk2 sampailah ke saat nk bersalin.

Cadangan aku:
Aku kurang pengalaman mengenai mengidam ni. Cuma aku nasihatkan, selagi tak membahayakan diri dan kandungan, hantam sajalah. Ada sorang kawan aku, keje dia meratah garam sepanjang proses mengandung. Nasib baik xkena darah tinggi. Cuma efeknya pada baby, kulit baby jadi merah2 mcm enzekma. Jadi, fikirkanlah.

Itulah serba sedikit yg dapat aku kongsikan. Yang baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Jadikanla pengalaman mengandung ni sesuatu yg indah.Sebab xsemua org dapat rasa..Really amaze!! Cuba bayangkan ada sorang manusia lain yg akan kuar dari badan korang..Magic kan?hehe...

Kepada kwn2 aku yg bakal menjadi ibu, tahniah..sebab darjat korang akan diangkat selepas ni...Korang akan jadi seorang mak, yg ada syurga kt tapak kaki...Jagalah amanah Allah itu sebaik2nya ye..

Si bucuk Uyin....
****

Saturday, January 23, 2010

CrY iN SiLeNT.... ;(

Dulu,
aku selalu bertanya....

kenapa aku tak sama macam orang lain???


Lama aku tunggu jawapan....


akhirnya....
aku jumpa juga......

jawapannya....

mengapa mesti jadi macam org lain....??





Terima kasih Tuhan!

Friday, January 22, 2010

WeLCoMe To FaCeBooK SpeCkY Bee!!



Woh....Tahniah kepada Speckybee....sebab dah ada akaun facebook...Selamat datang ke alam Facebook..

Keh! keh! keh!
aku da nk muntah tgk facebook tu,Speckybee baru tgh teruja nk blajar camna guna facebook..Xapalah...better late than never..tihihi...Kepada Speckybee,diucapkan selamat meneroka alam facebook....semoga anda temui lebih ramai lagi bekas2 makwe lama anda...

P/s: Serius aku tak jeles dowh!
.....err..err...ada sape2 yg sudi jadi ex pakwe aku tak??add aku kt facebook ye...pestu say hi sehari 24 kali..ye?ye?peliss laa... :P

Wednesday, January 20, 2010

RoW RoW...RoW YoUR BoaT....

Semalam...pegi jumpa doc..sebab uyin kan demam...
sampai je pintu bilik doc tu,dia jerit2 "No!No!No!" sambil geleng kepala & tunjuk jari telunjuk..
huekeke! Dia dah kenal sgt tempat tu. Bila bawak masuk,melalak2 lah dia...


"Saye lemam, dokter..."


"Lain kali telinga tu dengar...jgn lawan ckp mak...mak ckp jgn main ujan,kau main jugak..kan dah demam..." bebel doktor pada Uyin.haha!


"Nah,ambil ni..doktor bagi boat ye..nnti kalau ujan,jgn main ujan,main bot ni ye..kasi terapung tepi longkang.."


Okey..time to say gudbye to doc..."thanks doc....nnti sy berenang dgn boat2 tu skali tu kt longkang ye..."


inilah rupa boat uyin...bukan senang sorang doc nk belek2 kertas buat boat..siap tulis nama lagi..

p/s: Tu lah pediatrician Uyin dari umo dia 3bulan lagi..Doctor Liayanage Upeksha namanya..atau nama manja beliau...doktor Liyana...huekekeke!

*sume dialog diatas rekaan semata2..siyes aku bowink gilak nih!

PeRGiLaH SaYaNg....





"PERGILAH SAYANG.... DIRIMU KAN TETAP DAKU KENANG.... SETIAP MALAM BERLINANG AIRMATAKU
JADI PERANSANG MERINDU MU SAYANG....."

SOB! SOB! SOB!

P/S : Ceh, tetiba je cengeng..lelaki kau pegi meeting kt Colombo aje pown...petang karang die balik..bawak balik briyani big bite...xpayah masak arini...yahoooo!!!!

Tuesday, January 19, 2010

FRoM TReAT To HeaT!


Hari minggu lepas kan aku ade citer aku nk pegi Colombo.Saje je.Nk hilangkan boring, dan juga sebagai treat utk Honeybee sebab dia dah pandai membaca more than 14 words. Well done, baby!! Impian aku utk Honeybee lancar membaca ialah pada umur 3 tahun.Aku akan usahakan...sambil berdoa...cuma apa yg penting,dia rasa fun,bukannya paksaan. Tapi,masalahnya sekarang, dia rasa sgt cool & fun bila membaca, aku pulak yg terasa paksaan sebab 24 jam asik suruh aku tulis words dan dia baca. Matila mak camni. Keja umah sapa nk buat nak oi?

Pagi kt Colombo,ktorg lepak MacD, breakfast.Adelah 5,6,7 family kt dalam tu.Adelah playspace kt situ.Cam biasa, Honeybee pun tergedik2 nk masuk.Kat playspace tu,adelah sorang pompuan,muke cam melayu.Tp konfem bukan Malaysian. Tengah jaga anak die 2 org main kt playspace tu.aku pon bawak jugak Honeybee ke situ.Senyum2 je ktorg berdua.aku xtegur,die pon cam segan2 nk tegur aku. Tetiba....
anak dia yg lelaki tu kuar. Pakai baju kaler biru.ala2 jersi. Pestu,pusing belakang,
aik! Upin Ipin????

Pestu ada bunyi suara maknya,

"Ya Reny, pakai sepatunyaaaa!!!!"
Owh, org Indonesia.Hum, xpe. eh, tp camne dia boley ade baju upin ipin??

Aku masih berpikiran positif.
Mungkin dorang pegi Malaysia beli.
Ataupun mungkin kompeni Les Copaque tu ade jual share dgn kompeni kt Indon.
Mungkin upin & ipin kt sana berbunyi begini;

"Bener,bener,bener!!"

atau pun ade version Linggam,

"Korek,korek,korek!!!"
( Correct,correct,correct!!)

hum, entah?? aku pon tak tau.

Lepas itu, kitorg pegi membeli belah. Belikan baju yg cute utk Honeybee.Sebagai galakan utk dia rajin belajar lagi. Balik dari Colombo, Honeybee demam. Harap2nya tak serius.Mungkin demam nk pandai membaca...Insyallah.... :)

Add Image

Saturday, January 16, 2010

TesTinG

Apesal lah aku xboleh import previous comment aku dlm disqus neh? Last2 terpaksa jugak aku buat disqus utk future entry aje.Ade sapa2 boley tolong aku tak? Huwaaaa!

Thanks ZATI sbb ajar aku tadi.Tapi xtau lah nape blog aku degil sangat.
Nanti2 lah pulak.
owh, btw aku nk pegi colombo petang karang.
Saje.
Nak tengok dunia luar.
Dah letih tengok bilik empat segi yg macam penjara ni.

PuLaNG Ke PanGkaL JaLaN..

Asal aku nk berblogging jee, dak tecit ni kacau. Last2 lappy aku kena conquer.

Sibuk nk tgk Upin Ipin kat situ.




sikit pun dia xde heran kt orang

buat deeeekk jee...hari2 nk gaduh dgn aku.hinss!

Hum, setelah beberapa siri kekecohan berlaku, rupa blog aku kembali ke asal.Phew!!
Malas dah aku nk tukar template sbb byk template yg aku suka xberfungsi mengikut nafsu aku.
So, aku guna template yg aku boleh modify sesuka hati.Sgt kecewa sbb aku da ready dgn background design yg aku buat sndiri,tp xdpt nk load pun.

Bunch of thanks aku ucapkan pada Zuar yg bersusah payah pegi ke CC sebab nk tolong aku betulkan template aku yg porak peranda tu.tihihi..

Ramai2 lah pegi blog dia.Adelah info2 pasal computer.Yang single2 tu,agak2 kalo muka korang macam Yuna ke,suara cam Yuna ke,boleh lah hantar proposal pada Si Zuar ni.Dia kata 24/7 boleh je call dia.Sila pegi blog dia utk dapatkan no tepon ye. (Kah! kah! kah! hambek ko zuar! ko ndak awek sgt.Mati la ko jawab tipon pasni.)

aku ada google gambar si Zuar ni.nk letak sini.Tp, asik muke minom air tu je yg kuar.Google punya google,aku jumpe ni.Mungkin ni gambar sebenar dia sebelom plastic surgery.
silalah tatap wahai gadis2 di luar sana yea...hahaha!



okey..cau cin cau....daaaaaaa!

Thursday, January 14, 2010

KuSuT iTu AkU

Oh Tak. Tak.
Aku xde pun bercadang nk bukak blog blue.
Aku privatekan kejap aje.
Sebab blog aku jadik tunggang langgang.
akibat hasutan syaitan2 kt sekeliling aku.
Suruh aku tukar template.
Setelah aku azan 3-4 round kt diri sendiri,
barulah aku kembali ke alam nyata.
So,tak pasal2 blog aku jadik cam blog minah bunga.
Xpelah layan je lah.
karang2 aku ubah lagi.
aku nk pegi masak.
Karang, Speckybee balik,
xkan aku nk hidang bunga2 tu atas meja kot.
Xpasal2 bunga tapak kasut die lekat kt muka aku pulak.
hoh.
aku kusut.
aku perlukan shopping complex sekarang!!!

Wednesday, January 13, 2010

My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi

Okey Ieda..ni penyertaan anis ye...Sorilah lambat...tenet ni jeles..tak kasi join contest Ieda ni..hik..hik...

Wah...Sekarang tepat pukul 12.01 minit waktu Sri Lanka...13/1....HAPPY BIRTHDAY IEDA!!!! PHEWITTT!!! SEMOGA PANJANG UMUR..DIMURAHKAN REJEKI...DAN GUMBIRA SENTIASA YEAAA!!!



Jom Tengok aPe HadiaH nya:

Tempat Pertama: H/Phone Top-up RM30 + H/Phone Strap
Tempat Kedua: H/Phone Top-up RM20 + H/Phone Strap
Tempat Ketiga: H/Phone Top-up RM10 + H/Phone Strap

Hadiah Misteri Penyertaan yang ke-13: ??????????????? ^_*
***************
Thanks Ieda sbb jemput anis join contest yea...
Hehe..malu la I nk letak gambar kecit2 dulu..awww!! xpe,demimu Ieda...hehe!



anis the bumblebee, 1983, 1 year and 7 months
~Kantoi! tengah cabut daun kt pasu bunga mak.~

Gambar ni masa aku umur setahun lebih, nak masuk 2tahun. Tp time ni,nakalnya ya rabbi....Padan muka,tuhan dah balas balik,dapat anak yg sejibik sejebon perangai cam aku.Tp mak kata,nasib baik kau comel,xpelah nk nakal pown (tak,tipu.mak xckp gitu pun.haha!)

Kecit2 dulu,kawan2 aku sume laki.Dak pompuan,mana tah.Asik main masak2.Aku tak minat.Kalo aku join dak pompuan main masak2,aku mesti jadi ayah.hahaha!Lepas mengaji muqadam, aku suka sgt main becak.Wah,best sungguh.Mula2 campak kayu buat mcm titi.Pestu buat2 meniti kt situ.Pestu lompat2.Pestu,bila rasa xbapa mencabar,campak tudung pulak. Wah,best! Lompat2 kasi kotor baju. Pastu dengar bunyi singa mengaum dari atas...Tu mak aku lah tu.
Pestu,dapatlah hasil yg lumayan dari bapak aku.huakaka!

Antara pengalaman paling best time kecit2 dulu,masa buat persembahan kt Tadika Darul Farah,Kangar, Perlis, Yang Maha Mulia Permaisuri Perlis time tu sgt2 berkenan dengan aku.Aku pon xtau kenapa.(Siot,aku malas nk sebut tahap kecomelan aku la maksudnya)
Then, aku telah dijemput ke Istana Negeri.Dapat hadiah Xylophone. Ala,alat muzik yg ketuk2 tu.Mak ayah aku kata,aku ni jadi anak angkat permaisuri tu.Cewah! Tapi, sejak2 pindah ke Kedah,dah lost contact.

Err Ieda,buleh tak anis buat segmen jejak kasih kejap?Kut2 le pihak Istana nk jejak kasihan anis balik.huekeke!

"Ampun tuanku,beribu2 ampun.Masih ingatkan tuanku pada anakanda yg comel lagi bijak 25 tahun yg dulu??? Yaaa! inilah anakanda..Sekarang anakanda sudah dewasa.Tapi masih mengekalkan ciri2 comel dan bijak itu.Sudikah tuanku menjemput anakanda ke istana hinggap tuanku?Bolehlah kita duduk sambil minum2 dan membincangkan masa depan negeri Perlis Indera Kayangan.Kalau tuanku baca blog ini,harap tuanku dapat contact anakanda segera yang mungkin.anakanda khawatir,anakanda akan jatuh gering merindui tuanku.."

Huakakakaa!

Kt bawah ni gambar yg agak latest lah.Dah tua2 gini,tambah pulak dah jadi mak org,xde maknanya nk posing ambik gambar sensorang.So,terpaksalah crop.tihihi!



anis the bumblebee...sangat tua..dah beranak pinak...2009

Allright Ieda. Qualify ke tidak entah? nnti Ieda sound systemkan anis ye yg mana ade terkurang.Heee....thanks Ieda jemput anis ke contest Ieda yea..Sapa2 lagi nk join,click je kt banner tu..terus dpt pegi umah Ieda ni...okey...cau cin cau....!

Tuesday, January 12, 2010

FeNoMeNa ALaM yg BuaT aKu HanGen...

Fenomena Pertama...



Okey..dah lama aku xupdate.Bukan xnak update,tp korang tgk lah sendiri. Line Berokband aku kt sini...ya ampun...!!!! Lintah bulan pon jalan lagi laju tau tak.Grrr! Tengokla..smpai boleh buat bentuk empat segi...lepas ni aku xtau bentuk ape lagi boleh buat.Bentuk luv2 ke,bentuk bintang ke...haisshhh!!! aku syak, satelit Dialog Broadband Sri Lanka ni eksiden dengan UFO larh.


Fenomena Ke Dua..




Pagi2 buta, da kasi aku hangen. Aku keluarkan capati yg ready made dari peti ais.Instruction kt situ,suruh aku taruk dlm microwave utk panaskan. So, sambil aku dok feeling hindustan, nak cicah capati tu dengan gulai ikan semalam, sambil bersila, tegak kaki sebelah cam citer hindustan tu, aku pon panaskan lah capati tu. Kuar2 aje, Ya Allah!!! Pesal jadi rangup?????!!!! Dah jadik rupa papadom goreng!!! marahnyeee akuuu!!! argghhhhh!! tensi! tensi!!! Nk buang sayang pulak.Terpaksala aku kunyah capati rangup tu smbil feeling Mr.Bean pulak! Cih!

Friday, January 8, 2010

MaCamaNa Nak Tau Kita SeRaSi ke Tak dgN PasangaN kita?

" I rasa, I dengan dia memang banyak persamaan. Sebab tu I pilih dia jadi teman hidup I"

Macam tu lah yg selalu kita dengar dalam Melodi ke, atau baca kt majalah dan newspaper bila wartawan tanya kt artis..Kira mcm klise lah kan ayat tu kt kenduri kahwin artis.Hujung2 eh! dah bergaduh lintang pukang,lebam2 bijik mata,dan naik turun mahkamah sebab nak bercerai.

Aku rasa,teori banyak persamaan dengan pasangan tanda serasi tu salah laa, dan jugak xberapa logik.Kalo ikut hukum sains pun, kalo positif dengan positif memang akan tolak ke belakang balik.kan?

Kalo tgk citer cinta zaman dolu2,mesti ada soklan makwe dan pakwe camni;

"Kalau dinda jadi bulan?"

"Kanda jadi Pungguk!"

"Kalo dinda jadi Chicken Chop?"

"Kanda jadi Black Pepper Sauce!"

(okey,yg ciken chop tu xde.aku je yg lapar sebenarnya.)

Haa, kan? mesti ada Pros & Cons.Kalo dinda jadi bulan,kanda jadi bulan jugak, bape banyak bulan daa! Bukan kt planet Musytari! Jadi tiada keseimbangan disitu.


Aku bukanla seorang nenek yg berumur 88 tahun dan mempunyai cucu 11 orang, yang sedang duduk2 minum kopi bersama suami dan tengah menulis blog.aku tahu aku tak layak utk menulis mengenai tip keserasian ini..Cuma apa yg aku catatkan di sini, melalui pemerhatian, pembacaan dan juga pengalaman aku yg sudah agak lama berkecimpung dalam bidang percintaan.hueheheh!


Selama aku menjadi makwe yg baik dan isteri yg solehah (solehah itu bukan nama aku,nama aku anis.) kepada Speckybee, aku dapat detect yg kami berdua memang mempunyai perbezaan yang amat ketara, baik dari fizikal, mental, perangai dan kerohanian. 2010 adalah tahun yg ke tiga belas aku mengenali beliau.

13 belas tahun adalah dimana seorang rakyat Malaysia akan meninggalkan bangku sekolah rendah dan melangkah ke sekolah menengah. Lama x lama aku xtahu. Tapi kalau aku kahwin dgn dia dari hari mula2 aku jumpa dia, maksudnya anak aku akan pakai baju sekolah putih dengan kain biru laut, bukan lagi biru gelap.

Antara perbezaan2 kami berdua yg aku dapat kesan adalah:

1. Of course lah, aku cantik dan dia buruk.. (kah! kah! kah!)

2. Aku bijak, dia xberapa bijak. (kah! kah! kah! lagi)
(okey nampaknya peratus utk mendapatkan N97 pada hari jadi tahun ni makin merosot kalau aku teruskan dengan sifat2 positif yg ada pada aku! baik,aku teruskan dengan perkara yg lebih neutral)

3.Aku suka cerita Harry Potter, dia suka cita Lord of The Ring yang hero dia muka pelik,dan nama pon Frodo,(macam gabungan frog yg bodoh je)

4. Aku suka makan megi yg kembang2, dia suka makan megi yg keras2, kalo boleh,ratah camtu je,xpayah rendam air panas.(gile malas!)

5.
Aku suka ratah milo, dia suka ratah serbuk orange.

6. Aku suka lagu Hip Hop, dia suka lagu nasyid. (wah!)

7.
Aku suka jaipong, ko suka disko oh! oh!

8.Aku suka singkong, ko suka keju oh! oh! ~yeah, nyanyi ramai ramai!!

okey, cukuplah 6 perkara perbezaan kami , aku nyatakan di sini.Kalau banyak2 sangat nanti,bisa memberi peluang kepada pompuan2 lain yg sedang mengintai suami aku ni.Itu adalah perbuatan yg kurang bijak dan sangat berlawanan dgn sifat aku. Alah, lupakan je lah kalo korang ade hati dgn mamat ni..aku tak nak korang menyesal je..sangat susah sebenarnya jadi bini dia ni..(okey, aku sedang mempertahankan hak aku sebagai isteri first and last!)

Hum, sebenarnya sangat banyak perbezaan antara aku dan Speckybee.Tapi aku rasa perbezaan itulah yg menjadi magnet yg sangat kuat hingga kami ke jinjang pelamin.Oleh kerana aku cantik dan dia xhensemlah maka menghasilkan kesan yg lebih dramatik pada rupa paras Honeybee.kah!kah!kah!

Tapi,dalam banyak2 perbezaan tu, ada 1 persamaan antara aku dan dia.Iaitu dilahirkan pada tahun yang sama.Mengikut zodiak cina, itu adalah tahun anjing. Jadi tidak hairanlah kami akan bercekau dan menyalak berdebat seperti anjing. Tapi perdebatan dan pergaduhan itu tidak akan lama kerana aku akan dicucuk di seluruh pinggang sehingga aku mengaku kalah.(Siapa yg boleh tahan ketawa bila di keletek hingga terkucil??)

Tak mengapalah, walaupun aku tahu yg aku mempunyai lebih byk sifat2 positif dan lebih cute dari dia, aku tetap menerima dirinya dengan hati yang terbuka.Aku akan gunakan sifat2 aku yang penuh kesopanan, keayuan, kelemah lembutan (ya,itu adalah tambahan lagi kepada sifat2 positif aku diatas) untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Speckybee.

Jadi bagi yang sedang mencari2 pasangan hidup,cuba2lah cari seseorang yang mempunyai sifat2 berlawanan dengan diri anda.Jadikanlah pasangan kita itu, gula di dalam kopi dan daging burger yang juicy di dalam roti burger Big Mac. Tanpa mereka, tiadalah keenakkan dalam hidup kita.

p/s: Motif entry adalah utk memuji diri aku sndiri. jika anda berasa loya dengan perkataan2 riak dan takbur itu,cepat2 lah sapu minyak cap kapak atau minyak yu yi cap limau ya.aku minta maaf,tapi aku xboleh nafikan kenyataan.hahhaa!

Thursday, January 7, 2010

TeRuNG iTeW EnAk !!

Salam semua...!

Yeaaa! aku kembali bersiaran seperti sedia kala...thanks kepada yg ambil berat melalui komen di blog & YM...heee! Okey, mari kita tumpukan kepada perkara yg lebih gembira, iaitu MAKANAN!!!!

Hari ni aku masak pajeri nanas...then...aku pon xleh fikir apa lagi lauk tambahan utk hari ni...Jadi aku berjalan dgn penuh Hip Hopnya ke peti ais, utk melihat2 apa lagi yg boleh dijadikan mangsa utk masakan aku....dan aku jumpa Terung!! Okey...apa nk buat dgn terung ni???


1. Mula2 potong 2 dan belah terung tu... cuci bersih2....
2. Aturkan terung2 tersebut ke dalam pinggan dengan penuh gaya mempersona...
3. Lumur2 kan garam kepada terung tersebut dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang...


4. Lepas tu,potong halus2 dan cincang bawang putih...tapi jangan smpai pecah papan pemotong tu pulak...slow2 okey...

5. Taburkan bawang putih itu di atas terung yg sedang tersengih2 tu..


6. Then,kalau nk pedas, boleh taburkan serbuk cili...bukan serbuk,tp yg Chili Piece tu, aku pun xingat apa bahasa melayunya. (feeling duduk London 10 tahun, ceh,boleh blah!)


7. Last skali, potong dadu butter, dan taburkan atas terung tu.


8. Campakan terung yg siap di tabur bahan2 tadi ke dalam Microwave,..atau oven, atau ape jelah dalam rumah korang yg boleh menyebabkan terung tu masak. Nak bakar cam ikan bakar tu pun boleh..sedap gak!



8. Aku gunakan medium high selama 5 minit utk microwave aku.(terasa kasih sayang meresap ke dalam makanan bila letak gmbar speckybee dan honeybee di situ!haha!)

9. Dan hasilnya...Tadaaaaa! Mula2 korang akan tergoda dgn baunya yg menikam jiwa!

Then aku goreng ikan gelama masam dan buat sambal belacan..petang karang harap2nya speckybee bwk balik pucuk gajus...woh! perfect!


Silalah makan dgn gaya tersendiri...aku....of course la akan makan dgn penuh sopan santun...ceit!

Wednesday, January 6, 2010

...........!



aku tengah sakit...
jadi aku xkan update blog...
sehingga sakit aku sembuh....

:(

Saturday, January 2, 2010

Ekspidisi Ke Trincomalee Sri Lanka


First, stadi map dulu.Perjalanan yg..amat...amat..amat jauh...sabar itu paling utama!

31 Oktober 2009 ~Pagi2 buta...kami mulakan perjalanan ke Trincomalee..Trincomalee ni 10tahun yg dulu..adalah kawasan perang di Sri Lanka.Tp kerajaan Sri Lanka dapat menawan balik tempat tu.Sebelum pegi,aku tnya pada jiran,best ke Trincomalee tu?Jiran aku jawab;

"Ohh! It's very nice place....The beach is very beautiful..."

jawab jiran aku dengan kembang hidung tanda bangga dan bongkaknya dia dengan keindahan negaranya itu.. dan aku pun...berkobar2 ingin memulakan xpdc itew...


Dalam perjalanan...ktorg singgah sebentar ke sebuah kedai...sbb nk breakfast..gile lapar...sume makan tosei pagi tu...aku,mmg dah lama mengidam nk makan tosei ni..dari balik msia aritu...tapi xdapat2.skangla baru merasa...tengah menjamu selera..mata terpandang pada sebuah gramophone...nk dijual katanya...dalam RM900 je...ade sapa2 ndak beli? aku xminat brg2 antik ni...kalo dia jual iPod dari angkasa lepas,mungkin itu akan mengiurkan aku...haha!

Perjalanan diteruskan.....


nama tempat ini membuatkan aku seperti berada di makmal sains skolah...

Di kiri kanan jalan..sama je permandangannya..rumah2 dari tanah dan jugak kubu2 tentera..


rumah yg dibuat menggunakan tanah...


kubu tentera


rumah yg berjaya mencurik hati aku...cam kelakar lak!

askar dorang bukan saja bwk keta kebal, trektar & kubota pon ada..hueke!


merata2 ada askar...

apa yg aku nmpak..hanyalah kesan2 hasil peperangan yang lalu...semua banggunan dah dimusnahkan akibat perang...alahai....!


"ko kata ada pantai cantik..mana?mana?"
"ni haa...dalam peta ni tulis ade macam2...tapi asal xde ar?"

Lantak korang lah wahai lelaki2 sekalian...aku da xkuasa dah...gile penat ikut xpdc karut korang neh! aku nak makanan! makanan! mana makanan haaa??? (kata aku sambil warna kulit aku berubah jadik ijau)

Tengah aku berjalan2 kt kota lama tu..aku terpandang....wow! sekumpulan rusa!! memula aku ingat kambing sesat..uish...xboleh dilepaskan..aku cecepat snap...giler jinak rusa ni..


Speckybee sebenarnya takut kt rusa yg ade tanduk tu..tihihi!


rilex je rusa2 tu..xde lari pun.kalo kt msia,pegi zoo pon belum tentu dpt bergambar dgn rusa camni..


Pintu kota lama....1675 beb!



Serius askar ni bangga gila dpt bergambar dgn ktorg

Lepas ke kota lama,kami menghala ke Kolam air panas...kira2 5-6 kilometer lah jugak..Dalam perjalanan ke kolam air panas,ada tinggalan kemusnahan kesan tsunami...Tp kt bawah ni,rumah2 yg didirikan utk penduduk mangsa2 tsunami...hasil ehsan tokyo cement.



cun gak rumah2nya..nk dibandingkan dengan rumah tanah tadi...isk....


Dh sampai ke kolam air panas,kami terpaksa menapak kira2 200meter dari tmpat letak kereta..Teruja jugak dalam hati...masing2 sume bawak baju utk mandi....wah! aku tengah bayangkan,kolam air panas tu mcm kolam air panas dekat2 umah aku,Kolam Air Panas Ulu Legong,di Baling.Kalo kolam yg no 1 tu,kalo letak telur pon masak weh.(telur ayam,maksud aku!) woh! best ni..buleh pose ikan duyung tepi kolam....



gambar hiasan: kolam air panas ulu legong di baling...

Tapi.....
bila smpai.........
aku xpasti......
samaada....
nak menangis............
atau.............
nak gelak guling2!!!



Kepala hangguk kau orang!!! ini korang panggil kolam air panas yg best gila2 tu??
Mandi pakai CEBOK????

yg gendut,
yg tegang,
yg kendur...
sume ada

Bila aku tgk keadaan tu,aku nk pengsan...meloya pon ade...kalo putih2,sedapla jugak mata aku memandang....
Please....!please!!! minyak cap kapak please!!!
aku nk pitam dah ni!!!!
dan xpdc mendaki ke Sigiriya dibatalkan serta merta!

p/s: mungkin aku silap dengar time jiran aku tu bgtau pasal trincomalee ni...mungkin maksud dia,beach tu adalah bitch! haiiiisssh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...