Friday, January 8, 2010

MaCamaNa Nak Tau Kita SeRaSi ke Tak dgN PasangaN kita?

" I rasa, I dengan dia memang banyak persamaan. Sebab tu I pilih dia jadi teman hidup I"

Macam tu lah yg selalu kita dengar dalam Melodi ke, atau baca kt majalah dan newspaper bila wartawan tanya kt artis..Kira mcm klise lah kan ayat tu kt kenduri kahwin artis.Hujung2 eh! dah bergaduh lintang pukang,lebam2 bijik mata,dan naik turun mahkamah sebab nak bercerai.

Aku rasa,teori banyak persamaan dengan pasangan tanda serasi tu salah laa, dan jugak xberapa logik.Kalo ikut hukum sains pun, kalo positif dengan positif memang akan tolak ke belakang balik.kan?

Kalo tgk citer cinta zaman dolu2,mesti ada soklan makwe dan pakwe camni;

"Kalau dinda jadi bulan?"

"Kanda jadi Pungguk!"

"Kalo dinda jadi Chicken Chop?"

"Kanda jadi Black Pepper Sauce!"

(okey,yg ciken chop tu xde.aku je yg lapar sebenarnya.)

Haa, kan? mesti ada Pros & Cons.Kalo dinda jadi bulan,kanda jadi bulan jugak, bape banyak bulan daa! Bukan kt planet Musytari! Jadi tiada keseimbangan disitu.


Aku bukanla seorang nenek yg berumur 88 tahun dan mempunyai cucu 11 orang, yang sedang duduk2 minum kopi bersama suami dan tengah menulis blog.aku tahu aku tak layak utk menulis mengenai tip keserasian ini..Cuma apa yg aku catatkan di sini, melalui pemerhatian, pembacaan dan juga pengalaman aku yg sudah agak lama berkecimpung dalam bidang percintaan.hueheheh!


Selama aku menjadi makwe yg baik dan isteri yg solehah (solehah itu bukan nama aku,nama aku anis.) kepada Speckybee, aku dapat detect yg kami berdua memang mempunyai perbezaan yang amat ketara, baik dari fizikal, mental, perangai dan kerohanian. 2010 adalah tahun yg ke tiga belas aku mengenali beliau.

13 belas tahun adalah dimana seorang rakyat Malaysia akan meninggalkan bangku sekolah rendah dan melangkah ke sekolah menengah. Lama x lama aku xtahu. Tapi kalau aku kahwin dgn dia dari hari mula2 aku jumpa dia, maksudnya anak aku akan pakai baju sekolah putih dengan kain biru laut, bukan lagi biru gelap.

Antara perbezaan2 kami berdua yg aku dapat kesan adalah:

1. Of course lah, aku cantik dan dia buruk.. (kah! kah! kah!)

2. Aku bijak, dia xberapa bijak. (kah! kah! kah! lagi)
(okey nampaknya peratus utk mendapatkan N97 pada hari jadi tahun ni makin merosot kalau aku teruskan dengan sifat2 positif yg ada pada aku! baik,aku teruskan dengan perkara yg lebih neutral)

3.Aku suka cerita Harry Potter, dia suka cita Lord of The Ring yang hero dia muka pelik,dan nama pon Frodo,(macam gabungan frog yg bodoh je)

4. Aku suka makan megi yg kembang2, dia suka makan megi yg keras2, kalo boleh,ratah camtu je,xpayah rendam air panas.(gile malas!)

5.
Aku suka ratah milo, dia suka ratah serbuk orange.

6. Aku suka lagu Hip Hop, dia suka lagu nasyid. (wah!)

7.
Aku suka jaipong, ko suka disko oh! oh!

8.Aku suka singkong, ko suka keju oh! oh! ~yeah, nyanyi ramai ramai!!

okey, cukuplah 6 perkara perbezaan kami , aku nyatakan di sini.Kalau banyak2 sangat nanti,bisa memberi peluang kepada pompuan2 lain yg sedang mengintai suami aku ni.Itu adalah perbuatan yg kurang bijak dan sangat berlawanan dgn sifat aku. Alah, lupakan je lah kalo korang ade hati dgn mamat ni..aku tak nak korang menyesal je..sangat susah sebenarnya jadi bini dia ni..(okey, aku sedang mempertahankan hak aku sebagai isteri first and last!)

Hum, sebenarnya sangat banyak perbezaan antara aku dan Speckybee.Tapi aku rasa perbezaan itulah yg menjadi magnet yg sangat kuat hingga kami ke jinjang pelamin.Oleh kerana aku cantik dan dia xhensemlah maka menghasilkan kesan yg lebih dramatik pada rupa paras Honeybee.kah!kah!kah!

Tapi,dalam banyak2 perbezaan tu, ada 1 persamaan antara aku dan dia.Iaitu dilahirkan pada tahun yang sama.Mengikut zodiak cina, itu adalah tahun anjing. Jadi tidak hairanlah kami akan bercekau dan menyalak berdebat seperti anjing. Tapi perdebatan dan pergaduhan itu tidak akan lama kerana aku akan dicucuk di seluruh pinggang sehingga aku mengaku kalah.(Siapa yg boleh tahan ketawa bila di keletek hingga terkucil??)

Tak mengapalah, walaupun aku tahu yg aku mempunyai lebih byk sifat2 positif dan lebih cute dari dia, aku tetap menerima dirinya dengan hati yang terbuka.Aku akan gunakan sifat2 aku yang penuh kesopanan, keayuan, kelemah lembutan (ya,itu adalah tambahan lagi kepada sifat2 positif aku diatas) untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Speckybee.

Jadi bagi yang sedang mencari2 pasangan hidup,cuba2lah cari seseorang yang mempunyai sifat2 berlawanan dengan diri anda.Jadikanlah pasangan kita itu, gula di dalam kopi dan daging burger yang juicy di dalam roti burger Big Mac. Tanpa mereka, tiadalah keenakkan dalam hidup kita.

p/s: Motif entry adalah utk memuji diri aku sndiri. jika anda berasa loya dengan perkataan2 riak dan takbur itu,cepat2 lah sapu minyak cap kapak atau minyak yu yi cap limau ya.aku minta maaf,tapi aku xboleh nafikan kenyataan.hahhaa!

15 comments:

Sitisifir10 said...

anisssssssssssssssssssss..... hihi... lama amat tak singgah sini. Dulu tiap kali bancuh teh mesti ingat anis. Huh mcm meroyan!!! tapi akak still guna kamu punya pembuka tin...siap berebut dengan uwaiys okehssss

aNiS tHe BumbleBee said...

ai kak siti sifir...hehe! waah,uwaiys suka pembuka tin tu ke...hehe..ade rezeki,anis bagi lagi teh ye.. :)

dude said...

hmm betul ni..
aku pun tak tahu sebab belum kawen lagi..

tapi part frodo tu best..hahahha

Anonymous said...

anis..anis..ko ni mmg kelakarlaaa..tp bila fikir2 balik, betul jugak ckp ko tu.kalau byk persamaan,asyik nk buat benda yg sama je,boring jugak kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

dude~ haha! kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

Anon~ mm tulah..apa2 pun persefahaman kan..

ainiayu said...

laa..byk lak cite kanak2 ribena ni...hehehe...tul la tu..klu sume sama..apa yg menarikkan..kan..kan..akk dgn hubby pn byk sgt beza...tk yah cite la apa bezanya kan...hehehe...apa yg penting..KERJASAMA...& persefahaman..(walaupun kdg2 akk sendiri pn tk bape nk paham)....

aNiS tHe BumbleBee said...

ainiayu~ apa yg penting? Kerjasama!! apa yg penting? kerjasama!! Wonderpet,wonderpet!! okey kak,sambung..! huakakaka!

ainiayu said...

hahaha....nk lirik penuh ke?....mesti anis dh hapal...meh kita koir....kekekekeke....

Tihara said...

perbezaan tu lah yg menyatukan kite dan pasangan..perbezaan yg melengkapkan diri masing2

aNiS tHe BumbleBee said...

ainiayu~ hihi! dah hapal dah kak.siap donlod youtube lagi.okey..jom start,kita buat band la...3,4..talipon..talipon...berbunyi..

aNiS tHe BumbleBee said...

Tihara~ yeah..begitulah rumusan utk entry ini..pandai awk tihara.. :)

NURUL IZZA said...

mek anis wehh..apo dikau merepek ni.kalau singgah sini duk tengingat yg isteri mithali.hp masuk longkang.wahaha..apa2pun sukela bc entry ni.siap nyanyi lagi tu.

iza dgn hubby lak, lain bebenor.iza of course comey.hahahah koya nih.

-iza byk gile ckp, dia diam je
-iza suka main2 belajar, dia seriusss sgt belajar.org tegoa jak mkn nasi lgsg xdgr.

- iza suka bebel, dia tak
-iza ni cepat melatah dia cool (ada saat dia melatah iza yg cool)

iza cuma rs persamaan kami... eh ada ke? xtaula ade ke x..wakaka yg pasi kami contra sgt2.

sebenarnya Allah jadikan pasangan tu saling melengkapi...bla bla bla..malas lak nk teruskan ceramah ni..

aNiS tHe BumbleBee said...

kah! kah! kah!haa,kan? betul ler kan teori akak tu.ko pon suke main2 je blajar ke?haha..samalaa.nasib baik main2 kan.kalo kita serius2,dah tentu jadi best student malaysia pegi oxford umo 12tahun.tp sbb malas nk glamer2 ni,baik kita main2 je kan.huekekek!!

p/s:korang mmg contra gile.bahasa pun lain2.hubby ko jerit ulaq!ulaq!, ko jerit katok!katok!

NURUL IZZA said...

hahah.tuhla best student dha kalu serius.hohoh

mane ado.hubby org jawo maaa.bukan penang betul tuh.jadi dio omong jawo.haku xpaham pon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...