Wednesday, October 31, 2012

Mengandung adalah satu keajaiban...

Mood nk buat segala chores adalah ke laut hari ni. Tiap2 malam xdapat tido lena, tak selesa semua cukup. Baby dah 7bulan. Dah start sakit2 sebijik rasa mcm preggy si Najlaa dulu. Nampak gaya mcm akan keluar awal jugak mcm kakak2nya.Benda yang sama aku suka buat tiap2 kali preggy adalah mengunyah ais.Padahal kalo xpreggy,xlalu aku nak berais2 nih. Tapi adala jugak aku perasan kelaianan bagi tiap2 kandungan. Time Uyin,aku batuk sampai 9bulan. Time Najlaa, aku bengang telinga, yang ni...siap pakej kuar cacing.Kahkah!

Tapi kali ni duduk Malaysia...haruslah mengada2 lebih. Craving for cakar ayam.Sangat2! Dah lama sebenarnya. Time balik raya puasa aritu ada beli cakar ayam, tapi tah,kt mana2 campak entah. Balik johor ni baru teringat balik. Kt kedai depan umah aku tu ada jual kerepek2,tapi cakar ayam dia kata xde, next week lah dia cuba adakan. Akan tetapi...mak mertua aku dah suruh poskan dari Kedah...Om Nom Nom Nom Nom! Maka,mengunyahlah aku sambil tersengih.



Terima kasih sangat my MIL & SIL!

Semalam,time lepak2 depan TV,cam biasa,anak2 aku akan berkerumunlah kt perut aku.Cakap2 dengan baby. Hye adik baby! How are you today?Bla..bla..bla.. Aku mengadu kt Speckybee aku dah start sakit2 mcm preggy nk Najlaa aritu.Rasa mcm yg ni pun akan kuar awal jugak. Pestu Speckybee pegang2 perut, nak rasa baby tendang. Aku cakaplah, preggy ni magic kan? Walopon dah 2kali bersalin pun, aku still amaze dgn pregnancy process ni. Bila rasa baby tu gerak2..baby tu tendang2,berguling2 dlm tu.Kihkih!

Speckybee cakap...ya lah..mmglah magic..kuasa Allah...meh kita imejin...bayangkan seorang budak, duduk kt dalam perut...

Sambil tu dia angkat si Najlaa masuk dlm baju dia..

 Ok, gambaran xberapa jelas...kita perjelaskan lagi...

Nah!


Ok,siap nampak muka baby lagi. Jelas terseksa baby tu duduk kt perut lelaki.Kah!kah!

Mejik kan? Sorang manusia tinggal dalam perut kita selama 9bulan. Pestu kuar, pestu pandai makan,minum susu, pestu jadi gemuk mcm tu, pestu skang dah pandai buli semua org dalam rumah ni. Haih! mejik sungguh!

Subhanallah!

Tuesday, October 23, 2012

Nurin,Bacalah Anakku dan...dyslexia?

Pernah dengar/tengok buku mengajar membaca BACALAH ANAKKU?

Pemes kan buku tu.Masa zaman adik bongsu aku kot mak aku dh belikan.Skang ni balik Malaysia, Uyin pakai buku tu kt skolah dia.

Okey,mula2 sekali aku nk bagitau, Uyin memang ada masalah membaca.Aku dapat detect masalah tu dari lepas dia masuk playschool masa umo 2tahun dan bila umo 4tahun benda tu nampak makin ketara.Aku pun dah aware dgn Dyslexia.Aku banyak study bab ni,dan cuba kesan tanda2 dia ikut perkembangan Uyin.Byk tanda yg aku dapat kesan.Sebenarnya, untuk kenalpasti dyslexia pun sgt sukar. Ada yg tahap mild dyslexia, ada juga yang bercampur dgn mild autism, hyperactive, dan mcm2 lagi pengelasan. Aku tak pasti kt mana silapnya. Masalah masa aku mengandung ke, ataupun kejadian yang menimpa kami pada Mac 2008 yg menyebabkan kami berkampung di wad neuro GH Penang,ataupun mmg kurniaan Allah pada kami untuk kami belajar sesuatu.

Kalau rajin bukak entry aku lama2 dulu,mesti familiar dgn kisah dan gambar ni.
 Kenangan di GH Penang, semasa buat EEG video test.

 Masa ni perasaan aku sebagai ibu betul2 teruji. Pipi xkering dgn air mata. Allah!

 Senyumlah sayang! Pengubat hati ibu dan abah!

Tahun 2011, kwn blogger aku, Ana, ada buat entry mengenai tu, dan anak dia disahkan dyslexia lepas melalui ujian.Time tu baru aku rasa yg aku perlu take serious hal ni. 


Lepas tu,aku discover,anak ex-officemate aku,Iwan pun ada problem yang sama.Jadi pada dia aku selalu buat rujukan. Kedua2 sahabat aku ni,dah pegi check up,dan dah disahkan anak masing2 menghadapi dyslexia. Cuma aku je berani2 takut nak pegi. Speckybee bila aku ajukan, dia kata,xpe,kita cuba dulu betulkan. So, aku terpaksa ikut, dan dalam masa yang sama ikuti perkembangan Uyin. Dalam pada tu, aku ada email pada beberapa kenalan aku yg ada medical background kt luar negara  di US dan UK,minta pandangan dan join forum2 di dlm Malaysia mahupun di luar. Dan,yes,buat masa ni,aku cuba kaedah home schooling Uyin dulu.Aku org paling rapat dgn dia.Aku tau apa masalah dia, dan aku cuba untuk ajar dia dari hati ke hati sambil panjatkan doa tak henti2 pada Allah.

Aku ada bawa Uyin pegi check up kt klinik kesihatan,tapi kau taulah, klinik kesihatan..mmphh..aku malas nk comment mentality org2 kt situ, dia suruh aku tunggu sampai budak tu masuk sekolah rendah apa dulu. Pada aku,agak terlewat. Zaman sekarang, mostly budak2 akan masuk kindy @4/5 yrs dan belajar membaca. Sekarang bukan tahun 70an tunggu darjah satu baru nk belajar membaca.So,aku buat keputusan, aku,sebagai org yang lahirkan Uyin, akan usaha bantu dia. Hati kecik aku mmg tau dia ada masalah. 

Nurin's handwriting at 4.

Kalau sapa2 masih ingat lagi, entry masa hari jadi Uyin baru ni, yg sebelum tu aku ada pukul dia.Masa tu aku rasa terlampau kecewa sangat2. Dia tetap tak boleh ikut buku bacalah anakku tu walaupun buku 1.Sebab buku tu pakai sistem,xpayah kenal huruf, cuma ingat bentuk dan hafal bunyi huruf. Memandangkan Uyin dari umo 1 tahun lebih aku dah ajar dia ABC maka, buku tu jadi tak relevan dgn dia.

Bila dah balik Malaysia,skolah sini pakai buku tu,jadi satu tekanan untuk dia.Tiba2 huruf M nak jadi mmm..dan dia langsung tak boleh nak sambung mmm.. dgn uuu.. supaya jadi MU.Mcm nk gila aku ajar dia. Aku refer pada wife Iwan,dia ckp, kt skolah khas tu,dorang mmg diajar bunyi huruf jugak. So,mcmana aku nk buat ni?Uyin akan jadi double confius dan makin teruk lagi lepas ni.

Tapi mcm biasa,bila ada Speckybee dekat dgn aku,barulah ktorg sama2 dapat solve problem. Selalunya,dari  zaman skolah lagi gandingan kami berdua adalah gandingan mantap pemecah masalah.(voley gitu?) Kalo salah sorang je yg buat,xjalan sgt.hihi!Tu pasal jodoh aku dgn dia je kot. Speckybee naik bebal dengan buku tu.Mcm nk gila sebut mmm...bhhhhh...tapi Uyin still xpaham2 jugak. So, dia balik pada yg asal. Belajar mcam kita belajar zaman dulu2. Kenal huruf, then sambung dengan huruf vokal.

BA BI BU
CA CI CU......

Tiap2 pagi,Speckybee hantar dia pegi skolah, lagu tu la hari2 Uyin kena sebut sampai lah dia ingat. Lepas tu,ktorg pakai jugak buku Bacalah Anakku tu,tapi ikut cara ktorg.

Start buku 1,agak hazab skit.Then,slow2,hari2 aku ajar dia. Balik skolah, mkn nasik, tido, main petang, lepas maghrib, aku start ajar dia. Selang2 dengan Iqra'. Sambil masak pun aku ajar dia. Hari cuti lebih skit lah masa dia belajar. Janji istiqamah. Aku xnak pressure dia. Biar dia rasa fun untuk belajar membaca.

Dan,alhamdulillah, pada hari ini, umur dia 5tahun 1bulan, dia dah boleh membaca! Bukan setakat buku 1,2,3, malah dah sampai buku 7. Satu buku sehari je dia piap! Pergi jalan mana2 dia akan berhenti dan usaha membaca kt papan2 kenyataan. 

Sekarang ni,dia dah mampu membaca, cuma kekeliruan yg dpt aku kesan kt dia adalah pada huruf b dan d, m dan w,g dan j.Itupun kadang2 dan aku akan tegur dia. 

Uyin, ibu dan abah janji, akan sama2 dengan uyin lalui kesukaran2 tu. Mcm aku ckp tadi, buat masa ni, aku akan teruskan home schooling dan pembelajaran dari hati ke hati untuk Uyin. Aku tak rasa benda ni kekurangan. Aku anggap perkara ni satu proses penghasilan salah seorang genius dari Malaysia. Biarlah dia tak genius kt mata org, tapi kt mata aku dgn Speckybee, Uyin adalah budak genius to be. Aku rancang nak belikan dia satu encyclopedia nanti sebab dia selalu sangat tanya benda2 yg aku buatkan aku terpaksa study senyap2 mlm2 buta utk bg jawapan pada keesokkan hari. Dalam malaysia, tak ramai yang jadi neurologist, aku harap, dan kalaulah dia berminat, Uyin akan jadi salah seorang neurologist yg hebat! Amin...

Sri Lankan Cricketers in Malaysia :D



2 org budak sri lanka ni kan..suka main kriket kt laman umah.Jangan pecah cermin tingkap umah jiran sudeh.. Sukan kriket xberapa femes kt Msia, tapi kegilaan dia umpama bola sepak di Malaysia kalau di Sri Lanka.Kt mana2 boleh tgk dorang main kriket.Bola sepak,nehi! Tp ktorg pernah terserempak dgn pasukan kriket Malaysia kt SL dulu.Ada match apa tah. Semoga pasukan kriket Malaysia bertambah maju la lagi di masa hadapan...tihihi!

Monday, October 22, 2012

Otak kiri ke otak kanan?

Tadi aku tgk MHI. Ada bincang pasal penggunaan otak kiri ke kanan. Pestu kita boleh test kita pakai otak kiri ke kanan.aku pun cubala test kan.So, ni result aku:

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 13(13)
Right Brain Dominance: 11(11)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Ni macam....dekat2 nak balance je..tapi lebih ke otak kiri skit.

aku ambik test yg mula2 tu kt sini.

Lagi satu, aku ambik quiz kt sini, ni result dia:

You are a left brain dominant student!

You probably like some order in your life and in the classroom. You are comfortable listening to lectures and taking most test types, but you might be uncomfortable with open-ended essay assignments that require you to imagine scenarios. You want class directions to be clear. A disorganized teacher or unclear assignments will drive you crazy! You are good at analyzing problems to find the right answer. You may have considered pursuing a degree in science or math. You don't like mushy love movies. You might be a Jeopardy champ one day, not because you're smarter than right brain students, but because you are able to answer questions quickly. 


Hihihi! O..salah course la ni.Aku pegi buat degree BBA,patutnya BSc,supaya result lebih sadis kekdahnya.wakaka!

Kt video ni pun boleh check
Aku nampak je 2-2 arah. Korang camna?

Berdasarkan result, otak kiri  dgn kanan aku balance je kot. Cuma,lebih skit je ke otak kiri. Tu pasal aku kena jadi surirumahtangga a.k.a domestic engineer. Otak kiri otak kanan semua kena berkerja keras! Ngeh!ngeh!ngeh!

Cer korang try?

p/s: Lepas ni aku nak ambik IQ test plak. Sebab aku tak puas hati Speckybee selalu kata dia bijak dari aku.Tapi fakta2 dari sejarah hidup kitorang berdua menunjukkan aku lagi bijak dari dia.Takat perah otak bina bangunan apalah sangat...ni tengok aku ni, pecah kepala pikir nak bina kuarga,bina rumahtangga,bina modal insan apa semua...Kah!kah!kah!

Wednesday, October 17, 2012

Eh,mcm dejavu plak.Kahkahkah!

Semalam aku siapkan baju keje Speckybee,kemeja putih. Seluar dia pun aku dah siap2 iron gantung dlm lemari.

Pestu dia pun pakailah pegi keje.Tapi dia salah ambik seluar.Seluar casual dia elok tergantung je aku tgk. Aku mcm perasan,tp aku diamkan je.Haha.

Balik keje,dia bgtau. Kawan2 dia gelakkan dia. Pasal dia pakai macam budak skolah tingkatan 5.

Wakakakakahahaha!


Aku paksa dia ambik gamba jugak2 sblm dia masuk mandi. Kalo idak, NO tarian tiang,TIDO LUAR! 

Kahkahkahakah! Teringat plak masa zaman ktorg skolah menengah dulu. Tapi skang dia jauh lebih hensem laar dari dulu. Tu pun sebab aku yg jaga dia khennnnn....Kalo pompuan lain yg jaga dia,mmmphhhhhhh!!!!! Jangan harap ko nak hensem setahap nih.Sila berterima kasih.Hahahahahahaaha!

Monday, October 15, 2012

Tak sia2 Jadi org peramah nih.Tihihi!

 Kihkih..okey memula nk bgtau pasal kisah mcmana batu tumbuk boleh pecah dua..Aku tak la seganas yg disangka.Tgk muka pun tau kan,muka tawaduk habesss..wakakakaa!

Kisahnya,hari yg berbahagia tersebut, aku masak nasi beriani dgn kuah dhal segala la kan. Sambil rebus kacang dhal tu, aku buat lempeng kelapa untuk budak2 ni. Sambil2 tu, aku potong ayam. Rumah aku buat masa ni xde lagi pisau besar yg potong2 ayam tuh.Maka,pakai pisau biasa aje.Tang tulang2 tu susahla skit kan. Maka aku ketuklah pakai batu tumbuk.Ketuk2 batu tu steady lagi. Tapi time aku nk pegi kacau2 kacang dhal rebus dan balikkan lempeng, batu tu tergolek sendiri, Kelepek! Jatuh! Korang bayangkanlah 2-2 tangan aku tgh pakai kt dapor. Takkan aku nk sambut pakai kaki. Kang, duduk ward pulak lagi aku dgn kaki berbalut.Hewhew! 

Okay,part lain plak.Weekend aritu,ari sabtu,pegi Tesco beli brg2 dapo.Pestu aku nk cari pencuci muka skali. Aku ni,bangsa, xde stick kt mana2 brand pun la. Hantam sajalahh..Agak2 time byk duit,aku pegila cari  product kaunter.Kalo gamak xberapa berduit sgt time tu,aku tibai je kt rak kedai.

Muka aku pun,alhamdulillah,stok muka org kampung.Tak byk songeh.Tapi bila dah cecah 30tahun ni,aku agak concern la skit.Kang kedut ke apa kan.Kang Speckybee komplen, cari bini muda,dah xpasal2 aku kena masuk penjara sebab bunuh org. Maka demi menjaga kemaslahatan umat, aku terpaksa jugaklah cari produk2 anti penuaan ni.

Aku pun merayau2 kt dlm tesco tu,tgk apa benda yg patut tempek kt muka aku ni supaya bercahayeee.wakawaka! Dtg sorang promoter,aku bgtaulah problem kulit aku kering,aku takut kedut bla2..Pestu dia check2 kulit aku,dia suh aku pakai garnier light saja,sbb kulit muka aku xbermasalah.

Pestu dia siap bagi segala krim mak nenek loreal pakai malam,pakai siang dgn pembaris check kulit kaler kulit kau.

Ni jer brg yg aku beli.RM5.90 sajork.

Ni brg2 aku dpt free.Aku check kaler kulit Speckybee,dah terkeluar pembaris.Mungkin number 20-30 kut..wakakakaa!!! Ampon banggg!


Hikk!Hikk(gelak gatai) tak sia2 aku beramas mesra dgn promoter tu.Dpt gak krim muka free.Wakaka!

p/s:Sapaala kata aku ni sombong tah.Muka skit punya tawaduk ni pun kata aku sombong.Eh,pegi kawen dgn mael lambong laa nk sombong2.

Friday, October 12, 2012

Sapa buleh celen saya?

Nahhhhh haiiiii!!! Sapa buleh celen?? Masak sampai batu lesung patah dua?



Haihh...dah la batu lesung skang dah mahai. Ada tak org jual batu tumbuk ni saja? ibu dia xyah? Ke.....kecederaan camni buleh pakai gam je? Cer bg pendapat.

Monday, October 8, 2012

Shoutbox.

Hadoihlaaaa.....

Aku tak pastilah readers aku perasan ke tak aku dah letak balik shoutbox aku.Mcm tak berfungsi jeeeee...
Jadahnya aku letak shoutbox,aku senirik yg tulih kt situ.Hagham xde sapa pun shout kt situ.Hoihhh!Sedih mcm ni tau.

Hari tu shoutbox aku rosak.Dgn browser aku pun buat hal.Ni aku dah cantik2kan balik update browser aku semua. Aku ni letak shoutbox dgn harapan peniaga2 online mai promote barang kt aku.Aku tengah gatal tangan nk membeli barang. Kt FB tak feel sgt lah nk shopping.

oi,sedih wei dok yeay sorang2,pestu itu ajelah kt shoutbox aku.Heh!

So,aku merayu.Ni sampai merayu2 dah wei.Kepada peniaga2 online,marilah promote brg kt aku.Brg baby ke,barang mak baby ke, makanan ke. Aku nak beli ni.

Sekian dari pembeli yg kegersangan.voley gitu?wakakaka!

Thursday, October 4, 2012

Nah,penangan anak Malaysia!

 Phewwww! Sepanjang2 dlm sejarah beranak pinak aku, inilah pestime aku warded. Dugaan sungguh nak dapat anak Malaysia sorang ni.Manja gila anak Malaysia. Masa duduk SL dulu, minum air telaga pun steady je  lagi aku.hihi. Start dari 2minggu lepas kesihatan aku on off, budak2 ni pun sama. Aku muntah2 teruk hari selasa haritu. Nak kata salah makan, macam tak logik pulak. Xde makan kt luar pun, semua aku masak sendiri je. Lagipun aku sorang je yang kena. Aku pulak xde sakit perut memulas ke apa. Cuma sakit kepala gila2, badan lembik gila.Ingat mati je la aku. Maybe aku rasa over exhausted sgt kut,sbb 2minggu lenjan badan aku ni. Tak sihat betul2, tapi dgn budak2 pun xberapa sihat, dengan kerja umah, berhari2 aku tak dpt nk tido. Datang hari selasa lepas, nah, dia bagi la badan aku cukup2. Lembik kt situ jugak.

So,check in lah aku kt Colombia Asia,Nusajaya nun. Nak review lah skit pasal hospital ni. Oleh kerana ni first time aku warded kt Malaysia, maka perbandingan aku dgn hospital Sri Lanka je lah kan. Interior, okey, cun. Kalah la Cooperative Hospital Galle tu.Mcm zaman nenek2 je. Tapi kalau Southern Hospital Galle, err..kalah la jugak. Jatuh no 2.Haha!

Bahagian registration, Columbia Asia okey.Bg je nama doc aku, terus print out, pergi station B, tunggu doc. Kalo Sri Lanka, laki aku atau driver yg pegi, pestu kena jegil2 mata, tegang urat sbb dia ckp no dah habis, lepas tu maki sedas dua, terus wujud nombor. Ya...stimulasi darah berlaku kt situ.haha!

Consultation doc, semua okey. Puas hati dengan penerangan. Cuma kt Malaysia ni,aku tak payah nk rajin sgt mcm kt SL dulu search sgt term2 medic pasal aku boleh tibai je ckp melayu.kakaka! Bahagian admittance, Columbia Asia, dapat anugerah bapak lembab. Tah hapa yg dia kelebek aku pun xtau.Aku dah setengah nyawa tunggu, yg dia tak habih2 kelebet kertas dia.

Dalam ward, aku patutnya dapat single bed room kt CA.Tapi penuh,maka, lepak double bed dulu, lepas tu dia akan tukarkan. Dah duduk situ,aku rasa best pulak double bed,sbb tak boring. Boleh tau cerita org sebelah.Kekeke! Dasar kepochi! Tak la kan..sepanjang aku duduk situ,3org bertukar2.So, aku boleh tau lah gynae dorang camna. Kt CA ada 3 gynae.Dr.Rajesh,Dr. Teh, Dr.Rohaini. Aku punya Dr.Rohaini, sbb mestilah nak yg pompuan muslim kan..dah 2org sblm ni stock tangan berbulu Sri Lanka.Wakakakaka!

Staff nurse semua, okey.Lemah gemalai kt CA.Takdelah sesetengah tu stok muka mcm kena cirit birit atau sengugut je mcm kt gomen. Kt SL pun semua okey. Sikit2 darling, skit2 darling.Dah aku mat salleh kt sana,darling laa..mau dtg puak dia sendiri, hilang segala darling marling dia kot.kekekeke!

Tapi bab kecekapan kerja, aku terpaksa akui lah, staff kt SL,untuk kedua2 hospital lagi cekap dari CA. Seriously. Part nak ambik darah, mmg awal2 staff CA kena tibai. Staff SL byk yg senior2 dan pro lah aku tgk. Staff CA,budak2 muda dan pelatih. So, mcm gelabah skit. Byk la jugak lebam2 kt tangan aku ni kes urat bersimpang siur.hihi!


Masa ni tgh masuk antibiotic.Tapi darah aku pulak yg keluar.Terpaksalah nurse tu bukak balik dan buang darah aku.Merambu2 keluar.Huuu!

Bab makanan, humm..aku order porridge kt CA.Tp rasanya sgtlaa tak sedap. Rasa MSG berlambak.Tak tau lah mmg porridge tu tak sedap ke mmg pasal aku jadi fussy sbb meloya. Dinner aku order kue tiaw soup,yg dtgnya porridge tak sedapt tu lagiii! Maka tunggulah lagi 20minit nak dapatkan balik kue tiaw sup.Ok2 je lah rasa dia.Kt SL best sbb dorang offer international food mcm pasta2 ke.Barula best.ngehehe!

Anis the menget..namamu yang teratas.kehkeh!

Tu jelah kut review aku.Nanti bila aku dah bersalin kt CA,barulah aku review bab labour room plak kann..Tunggu 3bulan je lagik.Fuhhh! fuhhh!!! Tak sabar2 aku nak beranak...Penat weh preggy2 ni.

Moral of the story, hargailah ibu anda.

Sekian, maseyyy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...