Thursday, September 27, 2012

Serangan asma ketika mengandung..dan..OMG! 'Kelahiran' semalam!!!

Aku ada 2 benda nak cerita berkenaan pembawakan pregnancy aku kali ni. Xpa, aku start dengan asma dulu. Minggu ni 3kali aku kena attack. Orang yang tak pernah kena,xkan tau macamana rasanya sakit asma ni. Mai sini aku describe. Bayangkan, kau tertelan jarum, sebatang ke, atau berbatang2 jarum. Lepas tu, time kau bernafas, jarum tu bergerak sekali menyucuk paru2 macam mencari jalan keluar. Kau sakit, tapi xboleh menjerit, bijik mata bergenang2 air mata sbb pedih gila paru2. Bila ada org memekak tak tentu pasal, rasa mcm nak bg penerajang sebijik dua. Ha..mcm tulah rasanya. Nak2 time dekat perubahan cuaca, time tengah nak hujan tu. Punyalah hazab mintak nyawa.

So,semalam, barulah nak hujan kt tempat aku ni.Tengah2 mlm tu aku dh dpt detect dah.Start batuk2, hap!hap!hap! Tapi malas nk kejutkan Speckybee.Kesian pulak dia nk bangun tetengah malam.Aku lari turun bawah minum air panas, sapu2 minyak panas urut2 dada. Maybe aku tak cukup rehat kut,sbb minggu ni lah budak2 demam, pestu cuaca panas gila,plus pulak sehari sebelum tu blackout satu hari. Pagi dalam pukul 7, makin teruk pulak aku rasa.Speckybee bg minum air panas, then urut2 belakang aku. Dia ada kursus pulak hari ni. Malaslah aku nak ajak dia pegi jumpa doc. Pasal aku rasa mcm aku boleh control lagi asma aku ni. Masa aku kecik2 dulu mmg aku ada asma. Tapi dah makin hilang sejak masuk skolah menengah. Sekarang ni baru aku ingat balik, asal kt rumah aku mmg xde air sejuk dlm fridge atau ais.Barula aku ingat balik, kenapa aku sampai masuk U tido pakai stokin. Pasal ni lah! Speckybee selalu komplen kalau datang umah aku, xde air sejuk dlm fridge ke, ais ke.Aku just jawab, padan muka.Macamana hazab dia nk minum air sejuk kt umah mak aku, mcm tulah aku hazab mencari air suam kt rumah mak dia. Wahaha! Fair and square!

So,aku relakanlah Speckybee pegi course hari ni dan Uyin pegi skolah. Ingat nak curi masa rehat kejap sbb smlm tak dapat tido, harap2 asma ni hilang. Lepas tidokan Najlaa, aku duduk2 atas couch sambil search pasal asma semasa mengandung, dan aku jumpa artikel Dr.Zubaidi yg aku rasa worth utk dikongsikan. So, here it is : http://drzubaidi.com/blog/?p=2222

Memang tak boleh pandang ringan bab ni sebab effect nyawa ibu dan baby sekali. Aku ada sepupu Cerebral palsy yang disebabkan mak sedara aku kena attack athma masa nak deliver. Oksigen tak sampai ke otak baby.Nauzubillah..Dugaan.

Ok, tu bab 1.Bab 2 ni...err..mcmana aku nk start ah. Okey aku start dgn bagi warning dulu. Bagi sapa2 yang penggeli, atau mmg xboleh tengok benda2 menggelikan, please! please! please! Sila tekan butang X. Aku ulangi, TEKAN BUTANG X. Aku nak kongsikan benda ni sebab aku rasa audience aku semua dewasa dan matang dan mungkin ada sesiapa yang berpengalaman boleh share dari sudut medical.Anggap mcm kauorang tengah tonton Nat.Geographic kalau boleh.  Kalau rasa2 mcm  ada kepala otak tongong, tak boleh nk terima dan rasa mcm xda faedah aku share benda ni, dengan segala hormatnya anda boleh belah. Aku rasa aku patut share benda ni sebab mcm nak mati aku google, info yang aku nak tak ada ataupun tak menepati soalan aku.

So, mari kita mulakan. Kita patah balik time aku duduk2 dekat couch tu. Lepas tu tiba2 ada panggilan alam. Alam yang besar. Maka aku pun melangkah gagah menuju ke toilet. Selesai. Happy. Dah siap bersihkan semua, tiba...tiba... Hoi, aku nk start dah ni.Warning skali lagi, sapa2 yg taknak tau, boleh belah sekarang. Ada benda panjang yang keluar.Aku tarik. Aku ingat taugeh, tapi bila masa pulak aku makan taugeh. Aku tarik lagi..dan lagi...dan lagi....

Oh my God! Apa benda ni panjang2 ni?????????? Mcm nak histeria aku. Aku campak atas lantai toilet, aku lari keluar. Berenti kt sinki, Basuh tangan pakai sabun cuci baju. Sebab rasa geli mcm nk mati. Rasa nk lumur2 klorox je tangan aku ni. Aku duduk kt lantai hall, aku melalak. Aku kalo xmenangis, otak aku xberapa berfungsi sangat.So, aku menangis puas2 dulu. Pestu baru aku pikir nak buat apa. Aku google, aku buzz mana2 member yg aku nampak online. Tanyakan. Sambil air mata menderu2. Aku call Speckybee tapi tak dapat. Tah gua mana dia kursus aku pun xtau. Aku sms dia pun xbalas.Kawan2 aku suruh ambil gambar. Aku cakap, mcmana nak ambik,aku nk pijak lantai toilet tu pun aku dah takut. Takut dan geli woi. Gila trauma aku.

Aku ingat nk tunggu Uyin je balik skolah ambikkan gamba.Dia tu berani la skit dari aku. Tapi lambat sangat kut nk tunggu pukul 12.Aku call adik aku yg dekat BPFK,tanyakan. Dia cakap, mengikut apa yg dia tgk kt Nat Geographic, aku kena kutip benda tu dan bawak pegi hospital, sebab doc kena identify spesis dia. Melalak la aku, sapa nk ambik benda tu.Aku tak berani woiii!

Tak lama lepas tu, Speckybee call aku, melalaklah aku lagi. Dia ckp,tunggu kejap. Dia on the way dah. Pestu dia balik, aku siap2 nak pegi hospital. Speckybee ambik gamba benda tu dan kutip masukkan dalam plastik.


So, bergeraklah kami pergi ke Columbia Asia,Nusajaya.Sblm masuk bilik doc pun asma aku attack lagi.Sebab spital tu sejuk gila.Maka dah masuk bilik doc,berceritalah aku kt Gynae aku, Dr.Rohaini apa yang telah terjadi. Mula2 dia tu scan tgk keadaan baby. Baby okey.Tergedik2 macam biasa. Lepas tu pegi bilik nebu, sedut gas. Aku tanya doc, benda tu tak godek2 ke baby aku?Doc gelak2, tapi tak menjawab soklan. Aku rasa dia tengah kagum dgn aku, dan xsangka la dapat kes mcm ni.Kahkah!

Hye! Saya tengah hidu gam.

Okey, dan gambar yang ditunggu2...Tentang 'kelahiran' semalam....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku warning sekali lagi. Sapa2 yang tak sanggup tengok, sila keluar.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Seriously! Aku pun trauma nk letak gamba ni.Jangan salahkan aku plak pasnih!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Okey! aku dah ckp! Itulah dia bendanya. Cacing!Besar pulak tu. Doc pun terkejut mcamana boleh jadi mcm ni. Dia ckp first time dia dengar kes org dewasa.Aku yg dah umo 30 ni pun baru laa pestime tgk cacing ni.Mau tak histeria aku!

Ni sampai skang tak hilang trauma aku lg.Doc bg ubat cacing,aku tnya selamat x utk pregnancy? Dia ckp insyallah selamat. Tp aku xberapa berani.Pharmacist pun ckp boleh,tp since ada kes kecacatan janin ms testing kt rabbit,so, kalo boleh jgnlah. So,aku decide, lepas bersalinlah aku uruskan si meliuk2 tu.Harap2 dah mati sekor ni,xde lagi la kot.Geli aku pikir2 balik dia meliuk2 dlm badan aku ni. Arrrgghhhhhhh!!!! Histeria lagiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s:terima kasih en.speckybee sebab tolong ambik gamba and kutip cacing tersebut. Nasiblah dia terkawen dgn pompuan bercacing mcm aku ni.Anggap ja laa ala2 cerita Nagina tu. Tapi aku nagina kecik laa kan.wakaka!

Friday, September 14, 2012

Hadiah untuk budak-budak 'baik'

Kalau sapa2 yang tak perasan, 2org ni adalah anak2 aku..bukan suku sakat mahmeri ke apa.

Skang ni tiap2 pukul 5ptg terpacak, kwn2 uyin dtg umah,ajak main. Sejak2 ada basikal ni,sakan sungguh dia.Semalam dok berlari2 tak ingat dunia, kelepuk jatuh,dptla cenderamata.

Dah xpasal2 berparut anak dara aku.

Melalak2 la beliau mcmkan org hilang kaki.Aku bersih2kan sapu ubat, suruh dia rehat atas katil.Si adik gelak mengekek2 tgk k.long melalak. Mula2 syg2 pipi k.long. Lepas tu, KELEKUK! Dia ketuk kaki k..l.ong dgn botol bedak. Meraunglaaa k.long.Gila azab jd kakak ni.

 Nampak? muka penuh notty dan kepuasan lepas ketuk kaki org.

Pestu mlm, Si adik sebok kira anak tangga. Uiii,bukan main seronok.Bila org larang marah kita balik. Ujung2....

Nilah hasilnya............dahi berderemen!
Lain kali lawan cakap mak, ye nak?

Memecutlah Speckybee turun bawah ambik ais.Tapi nk buat camna. Melalak sekejap ja.Pestu boleh sengih bila org ambik gamba. Komander junior la katakan. Kami panggil dia komander sebab dia sama birthday dgn adik Speckybee yg komander tu.Kehkeh!

Yang kakak,lari menangis atas katil.Punyalah sedih sebab adik sakit. Sayang sungguh kt adik dia.

 Manja ya robi. Semua bagi muka kt dia sorang saja...

Semalam sikit2 merengek, aku pun xlena tido. Pagi bangun nk masak untuk jamuan raya ofis Speckybee.Mengantuk gila sambil masak. Harap2 okeylah semua.

Aku pun tak pasti tajuk resipi yg aku masak ni. Aku main campak2 ja. Resipi ni aku buat saja2 untuk anak2 aku lunch aritu. Budak2 ni mmg suka makan pasta2.Apa2 pasta ja lah. So, aku tibai je.Tapi alih2 sedap pulak aku rasa.So,here's the recipe. Untuk sapa2 yg mcm boring nk makan nasik,ataupun bangsa pemalaih nk pikir lauk apa nk masak arini, ataupun untuk anak2 yg xberapa ada selera nak mkn sgt, boleh try. 

Spageti (rebus dulu) ---ikut keperluanlah byk mana nak.
Daging burger/daging cincang dan jugak meatball untuk menambah kenikmatan mengunyah.
bawang putih,racik halus.
bawang besar,potong dadu
Tomatao,potong dadu
Cendawan Shitake,potong nipis
Lada hitam,tumbuk 
Mentega/majerin untuk tumis
Carrot dgn parsley utk garnish.
Garam dan perasa secukup rasa.

Cara dia, simple nk mati.

1.Panaskan mentega
2.Campak bawang putih,bawang besar,daging
3.Kaco2, campak tomato
4.Masuk spageti,Gaulkan
5.Tabur lada hitam & cendawan
6.Rasakan dengan garam dan perasa. Gaulkan, Tutup api.
 7.Carrot dgn parsley,nk gaul skali pun boleh, nak tabur pun boleh.Suka hati.Tekak kau jugak nk telan.
8.Tunggu apa lagi. Belasahhhhh!

 Ni aku buat pagi tadi.Suruh Speckybee sagat carrot. Punyalah besar,mcm nk jamu dinosour.Nasib baik dia laki aku. Kalo adik aku, dah lama aku sagat2 muka dia.Hinsss!

Okey,selamat mencuba. Maksud aku recipe ni lah.Bukan ketuk kaki anak kau dgn botol bedak.LOL. okey buleh blah.Haram tak lawak!

Thursday, September 13, 2012

Hormat Kerjaya Orang Lain

Skang ni kecoh2 pasal kes sorang engineer kilang yg up entry pasal tak puas hati dengan kerjaya cikgu. Senang sangat katanya, dan dapat gaji banyak.

Aku tak nak ulas pasal kes entry engineer kilang tu. Aku rasa isu ni sgt remeh. Ketidakpuasan hati dalaman yang dah lama dipendam ditambah dengan kejadian2 yang tak patut dia lihat membuatkan entry tu burst.

Pada aku,kerjaya apa pun, asalkan halal, mmg xpatut diperkecilkan. Mmglah rasa bengkak bila gomen announce gaji cikgu naik. Bertambah bengkak bila semua penjawat awam dpt kenaikanlah,bonuslah.Padahal yg private ni bayar tax sampai tinggal spenda, xde benda pun dapat. Tapi xpelah.Rezeki memasing. Kalau org nak pertikaikan kerjaya cikgu, aku rasa tak patut kut. Cikgu ni tugas dia mendidik. Bukan senang nak mendidik anak2 skang ni. Nak2 yang lagi kaya dari cikgu, yang mak bapak lagi pandai dari cikgu. Bila mak bapak dah xde rasa hormat kt cikgu, anak2 pun celah mana nk hormat cikgu dia? Apa dehal aku nk hormat2 cikgu ni? Bapak aku belajar lagi pandai dari cikgu.Lg gaji byk dr cikgu.

Aku sendiri, terus terang ckp, tak sangupppp nak jadi cikgu. Offerlah gaji 30k pun,maybela aku accept sebab gaji, tapi untuk hati aku, mmg tak jalanlah nak mengajar. Bukan sekali dua mak mertua aku tanya, tak nak jadi cikgu kee?? Dia suka sgtlah kalau menantu pompuan dia cikgu, anak2 dia jadi cikgu. Tapi aku sambil tersengih2 bangang jawab, "err..xpalah." Bukan sebab apa, jadi emak anak 2org ni punnn aku mcm nak gila. Itu anak yg keluar dari perut aku sendiri. Yang ditatang dan disayang tak ada sempadan. Inikan pulak anak org. Aku bukannya kategori perempuan keibuan yang suka layan budak2. In fact, sebelum ada anak sendiri, aku mmg xberapa suka budak2. Yang baby2 tu okeylah lagi. Ni yang budak2 banyak songeh, mengada2, tergedik2, yang datang umah org buat mcm sarkas, yang nak satu2 benda kt shopping complex pestu hentak2 kaki, berguling2. Budak2 mcm tu dpt kt aku, mmg tobat dah lepas tu budak tu bersumpah tak nak jumpa aku. Tau lah aku uruskan.

Sebab apa? sebab aku xda kesabaran tahap dewa mcm cikgu2 kt skolah. Tu memang kelemahan yang aku akui.Sebab tu aku tak kisah, bayarlah cikgu mahal2 pun xpa, sebab nak tahan sabar bukannya senang. Lagi pulak nak ajar budak2. Nak pastikan dorang score. Kalo tak score kang, kena hamun dgn pengetua. Lagi pulak kena buat kerja yang tak patut2 cikgu buat. Aku tgk adik beradik Speckybee, mak2 sedara aku sendiri, hazabnyaa laaa. Sabtu ahad pun sibuk nk kena kerja, sukan kejadah apa lah, persatuan lah, kem motivasi, itu tak campur dgn yg wajib2 buat ringkasan, tanda buku, pestu tah hapa2 lg term cikgu2 yg dorang sebut.Aku dengar pun migrain.

Kalo pegi rumah cikgu2 ni pulak,aku xla kata semua,tp kebanyakkannya la, semak samun la sikit.Baju berbakul xlipat fenomena biasa la.Yg kertas bertimbun,yg printer laptop terbongkang,kang anak pulak kecah2kan rumah, ooiii...sakit jiwa woiii...Celah mana cikgu tu nk uruskan rumahtangga dia, kerja2 kena pulak usung dari sekolah. Lagipulak, aku rasa, gaji cikgu yg korang tak puas hati tu, xdelah byk mana sgt. Kalau tak, tentu2lah semua cikgu2 ambik helper dtg buat kerja rumah dorang.

So,aku rasa, bagilah muka skit. Cikgu ni didik anak bangsa. Yang bab dia nk menega ke, dia nk mengular ke, tu biar dia jawab dgn tuhan. Dah gaji dia ciput, dia usahalah berniaga pulak. Kalau dia jalankan tanggungjawab dia dengan betul, dia dapatlah balasan yang baik dari Allah. Eleh, macamlah yg bukan cikgu xmengular, xde jual2 barang. Sama jelah.

Yang penting, ko keje engineer ke, keje perdana menteri ke, kerja surirumah ke, ajarlah anak2 hormat cikgu. Pasal cikgu ni bagi ilmu. Ilmu tu pulak nk pakai seumur hidup.Aku marah kt adik2 aku sebab kalo pegi pasar malam ke, apa ke, jumpa cikgu buat derkkk je. Aku, ko tanya lah Speckybee, balik baling, jumpa cikgu aku, semua aku tegur. Ustaz KAFA aku, ustaz Mad tu(budak2 batch aku kenalla) , tiap2 kali balik baling, konfem aku jumpa dia kt pasar malam ke, bazar ramadan ke, aku tegur jugak.Walhal dia mengajar aku masa aku darjah 4 dulu. Bukan aku nk tunjuk aku ni bagus ke apa, tapi aku kena tunjuk contoh kt anak2 aku. Aku bgtau, anak aku, ini cikgu ibu. Cikgu ibu ajar itu ini. Jumpa cikgu2 tadika anak aku pun aku tegur. Biar anak2 aku tau, aku hormat cikgu dia. Xdelah dia nk rasa merak plak depan2 cikgu dia.Nak buat lebih kurang.Kalaupun kita xpuas hati cara cikgu tu ajar anak kita, kita tegur one to one lah.Janganlah depan budak2. Maruah cikgu2 tu mcmana.Samalah mcm mak bapak korang marah korang kalau ko tengah marah anak korang. Maruah ko mcmana ko rasa masa tu?

Aku bukannla nk defend sgt cikgu2 ni. Aku pun bukanla keje cikgu. Tapi sebagai surirumah, aku paham laa.. Kadang2 aku marah jugak Speckybee pasal dia ckp, eleh, keje cikgu je pun, xpayahlah nk emosi lebih2 dalam facebook. Adala beberapa kenalan dia cikgu yg teremosi luakan perasaan kt FBkan. Memanglah dia keja engineer pun balik umah stress, itu ini pening kepala. Kerja apa tak stress oi? Duduk umah mcm aku ni pun stress laa. Tu pasal bila sapa2 bg ayat kt aku, "ko xpelah, xkeje.." aku nak bagi word, "PUNDEK" aje kt dia. Semua org rasa kerja dia laa paling stress di dunia ni. Kerja org lain senang, tapi gaji banyak. 

Sebab tu aku ckp, hormatilah kerjaya orang lain. Time org tu keje teruk,kena hamun, stress, ko tak nampak. Time org tu tengah bergedik, time hurey2, time dpt bonus, ko nampak, ko jaki. Yang time ko menggedik ko tak ingat pulak. Semua orang ada masa masing2. Time kerja, kerja, time menggedik, gedik lah. Janganlah aku bubuh gambar2 aku pegi jalan2, aku lepak2 minum kt luar, korang assume, ha, jadi surirumah bestlahh..rilex...jalan2 makan2, perabih duit laki. Takkan aku nk post gambar kt FB time aku tertonggeng2 cuci jamban, berpeluh2 masak, basuh baju,lipat baju, basuh berak anak, cuci kipas, cuci longkang segala?

*THINK*

Wednesday, September 12, 2012

Proses Penceraian

 Tajuk ala2 kontroversi skit. Tapi xyahlah terkejut. Insyallah Speckybee la suami dunia akhirat. Time zaman anak dara pun xdak org mengorat aku, inikan pulak bila aku dah tua meregon ni..Lagi laaa tak laku.Sobbbbss! 

Sebenarnya aku dalam proses nk menceraikan kedua2 anak aku ni. Yang sulung aku nak ceraikan tempat tido. Semalam umo dah masuk 5tahun. Tido bawah ketiak abah dia lagi. Nanti kuar yg lagi sorang,mana nak campak??

Nampak tak katil aku? Queen size ja muat bilik ni. Tu pun kena beli yg rendah. Kang budak2 ni tido melasak, dahh pagi2 berderemen dahi. Mana nk muat 4org berhimpit2 atas tu. Lagi 3-4bulan nk ada baby baru. Nk letak baby cot mmg xmuat dah nk masuk bilik ni. Lagi pulak,xkan sampai jadi anak dara budak Uyin tu nk tido bawah ketiak abah dia.Maka aku tengah cari jalan mcmana nk ajar dia tido sendiri kt bilik sebelah.

Penceraian kedua, adalah untuk si Najlaa. Nak ajar dia bercerai susu. Setelah hidup selama setahun 2bulan, maka masa yang dinanti2 telah tibaaaaa. Tiba2 pulak dia teringin nk minum through bottle. Time tu masa aku pegi tengok makcik yg meninggal raya first hari tu lah. Tiba2 selamba cengkerik ja sedut susu dari botol sepupu dia. So, aku decide nk try la belikan botol kt dia. Tapi since dia dah minum pakai cawan dah pun, maka aku xbeli lah botol yang berputing2 mcm baby2 tu. Aku beli stail sip cup, tapi getah punya.

 Inilah rupa si botol bertuah yang menjadi pilihan Najlaa bam2. Setelah berpuluh jenis botol dan puting dia reject. You name it, apa brand aku xbeli. Last2 masuk dlm kotak, xpun sedekah kt org ja la.

Ni dia punya rubber sip cup. Aku rasa, untuk setahun ke bawah xsesuai kut. Kang tersedak pulak. Untuk yg dah reti minum pakai cawan okey lah.

Tu sip cup lama dia. Bezanya cuma yg lama ni plastik, yg baru punya rubber. So,sedaplah sikit nk gigit2 kot.

Maka aku harap2 berjayalah aku menceraikan 2-2 budak ni untuk persediaan baby baru. Kadang2 kesian jugak. Tapi pikir2 balik sampai bila.Anak aku pulak dah la anak dara. Lambat laun nk kawen pulak nanti, aku kena lepaskan jugak. Hukkksss... Sobbbss!!
Nanti bila aku dah tua mesti rindu masa anak2 kecik kan..Peluklaa Speckybee yang tua meregon tu jugak. Tu pun kalau masing2 umo panjang laa...haih...hidup..hidup...

Tuesday, September 11, 2012

Untuk Si Cinta hati yang pertama..5 tahun yang terindah memilikimu wahai anugerah Allah!

Kehadapan anak sulung ibu dan abah...Nurin Hannani...Si Bijak yang menawan hati,

Selamat ulangtahun kelahiran yang kelima ibu ucapkan. Terima kasih sebab menjadi nur di hati ibu dan abah. Uyin lahir di tengah2 kesusahan ibu dan abah merangkak membina keluarga kita. Jauh merentasi lautan Hindi, nun di Sri Lanka sana..
Hari pertama Uyin sekolah di Johor.

Tapi melahirkan kamu, Allah permudahkan semua urusan walaupun kita berada jauh dari negara asal kita. Betapa setiap hari ibu tak sabar2 tunggu Uyin bangun untuk lihat Uyin tersenyum pada ibu dan abah. Setiap pagi selepas bangun tidur, abah akan regang2kan kaki dan tangan Uyin, cium Uyin beratus2 kali sebelum pegi kerja. Uyin akan gelak mengekek2.

Setiap hari Uyin akan tinggal menemani ibu, kadang2 sampai malam menunggu abah pulang dari kerja. Uyin seorang anak yang baik. Pandai main sorang2 kalau ibu buat kerja. Uyin juga suka mkn banyak makanan yang ibu masak sampai pipi dan badan Uyin bulat mcm nak meletup!

Nurin Hannani sayang,
Semalam ibu pukul dan cubit Uyin sebab Uyin main2 masa belajar. Ibu minta maaf sayang. Ibu rasa bersalah sangat2 dan rasa nk potong tangan ibu. Sebab tu semalam ibu masuk tidur awal. Sebelum tidur ibu menangis sampai letih. Ibu rasa sangat menyesal. Tapi kalau ibu tak pukul dan marah Uyin, Uyin akan terus main2 dan fikir tak perlu belajar. Kita bukan orang senang, sayang. Ibu dengan abah tak ada apa2 harta untuk Uyin & adik2 kalau ditakdirkan ibu dengan abah tak ada nanti. Ibu nak Uyin jadi budak pandai. Uyin mesti belajar rajin2 dan jadi pembela nasib keluarga kita nanti. Adik2 tak pandai lagi, jadi Uyinlah yang akan ajar adik nanti.

Walau susah macamanapun, ibu dengan abah akan usahakan penuhi permintaan Uyin. Tapi janjilah dengan ibu dan abah, Uyin mesti rajin2 belajar. Biarlah kita miskin harta, tapi kat dada kita mesti penuh dengan ilmu untuk diamalkan.

Bulan puasa hari tu, Uyin dapat puasa penuh sebulan. Pandai anak ibu! Abah janji untuk belikan basikal baru untuk Uyin kt Johor. Alhamdulillah, abah dapat tunaikan walaupun sampai ke Perling mencari basikal. Kasihan tak abah, sayang? Abah susah payah kerja cari duit, belikan apa yang Uyin mintak.Kalau Uyin kasihan dan sayangkan abah, janji jangan main2 masa belajar, okey? Ibu dengan abah sayang Uyin sangat2. Abah pernah cakap, walau berapapun adik2 Uyin nanti, Uyin tetap jadi kesayangan abah. Sebab Uyinlah yang hidup sama2 dengan ibu dan abah masa kami susah2 di Sri Lanka dulu.

Lagi beberapa tahun, Uyin dapat buka dan baca blog ibu ni..Ibu harap Uyin faham, kenapa ibu dan abah marah2 Uyin kalau Uyin tak dengar cakap.Sepanjang hidup kita, kita hidup merantau. Mula2 di Sri Lanka, dan kemudian di Johor. Kita tak ada sapa2 di sini. Kita mesti kuat dan berdiri sendiri. Percayalah sayang, ibu yakin anak2 ibu akan menjadi org yang kuat semangat bila besar nanti sebab kita tidak hidup dengan mengharapkan orang lain. Kita hanya ada diri kita dan Allah saja untuk mengadu.

Kalau Uyin rasa nak menangis, menangislah sayang. Ibu dengan abah sentiasa ada untuk Uyin.Bila kita menangis, kita dah lepaskan apa yang terbuku di hati. Percayalah, lepas tu kita akan semakin kuat! Selagi ibu hidup, ibu tak akan berhenti dari mendengar rintihan anak2 ibu. Jangan risau, ibu akan sentiasa ada untuk bagi semangat.Bagi ibu, anak2 ibu adalah anak yang terbaik. Ibu juga bukan siapa2 di dunia ni kalau bukan kerana anak2 ibu. Ibu bangga dengan anak2 ibu. Ibu yakin, abah pun begitu juga.

Akhir sekali, ibu doakan setiap apa yang terbaik untuk Uyin. Sekali lagi ibu minta Uyin janji dengan ibu dan abah, belajar sungguh2. Ilmu saja yang boleh selamatkan kita dunia dan akhirat. Ingat pesanan ibu sayang. Ibu tak harapkan Uyin kerja besar2 dan bagi duit untuk abah dan ibu nanti. Cukuplah ibu nak tengok, Uyin dengan adik2, tersenyum hidup bahagia dan menjadi antara insan2 kesayangan Allah. Jangan tinggal solah dan mengaji.Mintalah tuhan kasihankan kita. Rayulah hanya pada Allah, okey sayang?Bila Allah kasihan dan sayangkan kita, insyallah, bahagialah kita dunia dan akhirat. Ingat pesan ibu. Jangan lupa, ibu dan abah sayang Uyin sangat2! Wahai permata hati ibu dan abah!
Tengok, abah tetap dukung Uyin walaupun Uyin dah besar! Semua ni anak2 manja abah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...