Thursday, September 13, 2012

Hormat Kerjaya Orang Lain

Skang ni kecoh2 pasal kes sorang engineer kilang yg up entry pasal tak puas hati dengan kerjaya cikgu. Senang sangat katanya, dan dapat gaji banyak.

Aku tak nak ulas pasal kes entry engineer kilang tu. Aku rasa isu ni sgt remeh. Ketidakpuasan hati dalaman yang dah lama dipendam ditambah dengan kejadian2 yang tak patut dia lihat membuatkan entry tu burst.

Pada aku,kerjaya apa pun, asalkan halal, mmg xpatut diperkecilkan. Mmglah rasa bengkak bila gomen announce gaji cikgu naik. Bertambah bengkak bila semua penjawat awam dpt kenaikanlah,bonuslah.Padahal yg private ni bayar tax sampai tinggal spenda, xde benda pun dapat. Tapi xpelah.Rezeki memasing. Kalau org nak pertikaikan kerjaya cikgu, aku rasa tak patut kut. Cikgu ni tugas dia mendidik. Bukan senang nak mendidik anak2 skang ni. Nak2 yang lagi kaya dari cikgu, yang mak bapak lagi pandai dari cikgu. Bila mak bapak dah xde rasa hormat kt cikgu, anak2 pun celah mana nk hormat cikgu dia? Apa dehal aku nk hormat2 cikgu ni? Bapak aku belajar lagi pandai dari cikgu.Lg gaji byk dr cikgu.

Aku sendiri, terus terang ckp, tak sangupppp nak jadi cikgu. Offerlah gaji 30k pun,maybela aku accept sebab gaji, tapi untuk hati aku, mmg tak jalanlah nak mengajar. Bukan sekali dua mak mertua aku tanya, tak nak jadi cikgu kee?? Dia suka sgtlah kalau menantu pompuan dia cikgu, anak2 dia jadi cikgu. Tapi aku sambil tersengih2 bangang jawab, "err..xpalah." Bukan sebab apa, jadi emak anak 2org ni punnn aku mcm nak gila. Itu anak yg keluar dari perut aku sendiri. Yang ditatang dan disayang tak ada sempadan. Inikan pulak anak org. Aku bukannya kategori perempuan keibuan yang suka layan budak2. In fact, sebelum ada anak sendiri, aku mmg xberapa suka budak2. Yang baby2 tu okeylah lagi. Ni yang budak2 banyak songeh, mengada2, tergedik2, yang datang umah org buat mcm sarkas, yang nak satu2 benda kt shopping complex pestu hentak2 kaki, berguling2. Budak2 mcm tu dpt kt aku, mmg tobat dah lepas tu budak tu bersumpah tak nak jumpa aku. Tau lah aku uruskan.

Sebab apa? sebab aku xda kesabaran tahap dewa mcm cikgu2 kt skolah. Tu memang kelemahan yang aku akui.Sebab tu aku tak kisah, bayarlah cikgu mahal2 pun xpa, sebab nak tahan sabar bukannya senang. Lagi pulak nak ajar budak2. Nak pastikan dorang score. Kalo tak score kang, kena hamun dgn pengetua. Lagi pulak kena buat kerja yang tak patut2 cikgu buat. Aku tgk adik beradik Speckybee, mak2 sedara aku sendiri, hazabnyaa laaa. Sabtu ahad pun sibuk nk kena kerja, sukan kejadah apa lah, persatuan lah, kem motivasi, itu tak campur dgn yg wajib2 buat ringkasan, tanda buku, pestu tah hapa2 lg term cikgu2 yg dorang sebut.Aku dengar pun migrain.

Kalo pegi rumah cikgu2 ni pulak,aku xla kata semua,tp kebanyakkannya la, semak samun la sikit.Baju berbakul xlipat fenomena biasa la.Yg kertas bertimbun,yg printer laptop terbongkang,kang anak pulak kecah2kan rumah, ooiii...sakit jiwa woiii...Celah mana cikgu tu nk uruskan rumahtangga dia, kerja2 kena pulak usung dari sekolah. Lagipulak, aku rasa, gaji cikgu yg korang tak puas hati tu, xdelah byk mana sgt. Kalau tak, tentu2lah semua cikgu2 ambik helper dtg buat kerja rumah dorang.

So,aku rasa, bagilah muka skit. Cikgu ni didik anak bangsa. Yang bab dia nk menega ke, dia nk mengular ke, tu biar dia jawab dgn tuhan. Dah gaji dia ciput, dia usahalah berniaga pulak. Kalau dia jalankan tanggungjawab dia dengan betul, dia dapatlah balasan yang baik dari Allah. Eleh, macamlah yg bukan cikgu xmengular, xde jual2 barang. Sama jelah.

Yang penting, ko keje engineer ke, keje perdana menteri ke, kerja surirumah ke, ajarlah anak2 hormat cikgu. Pasal cikgu ni bagi ilmu. Ilmu tu pulak nk pakai seumur hidup.Aku marah kt adik2 aku sebab kalo pegi pasar malam ke, apa ke, jumpa cikgu buat derkkk je. Aku, ko tanya lah Speckybee, balik baling, jumpa cikgu aku, semua aku tegur. Ustaz KAFA aku, ustaz Mad tu(budak2 batch aku kenalla) , tiap2 kali balik baling, konfem aku jumpa dia kt pasar malam ke, bazar ramadan ke, aku tegur jugak.Walhal dia mengajar aku masa aku darjah 4 dulu. Bukan aku nk tunjuk aku ni bagus ke apa, tapi aku kena tunjuk contoh kt anak2 aku. Aku bgtau, anak aku, ini cikgu ibu. Cikgu ibu ajar itu ini. Jumpa cikgu2 tadika anak aku pun aku tegur. Biar anak2 aku tau, aku hormat cikgu dia. Xdelah dia nk rasa merak plak depan2 cikgu dia.Nak buat lebih kurang.Kalaupun kita xpuas hati cara cikgu tu ajar anak kita, kita tegur one to one lah.Janganlah depan budak2. Maruah cikgu2 tu mcmana.Samalah mcm mak bapak korang marah korang kalau ko tengah marah anak korang. Maruah ko mcmana ko rasa masa tu?

Aku bukannla nk defend sgt cikgu2 ni. Aku pun bukanla keje cikgu. Tapi sebagai surirumah, aku paham laa.. Kadang2 aku marah jugak Speckybee pasal dia ckp, eleh, keje cikgu je pun, xpayahlah nk emosi lebih2 dalam facebook. Adala beberapa kenalan dia cikgu yg teremosi luakan perasaan kt FBkan. Memanglah dia keja engineer pun balik umah stress, itu ini pening kepala. Kerja apa tak stress oi? Duduk umah mcm aku ni pun stress laa. Tu pasal bila sapa2 bg ayat kt aku, "ko xpelah, xkeje.." aku nak bagi word, "PUNDEK" aje kt dia. Semua org rasa kerja dia laa paling stress di dunia ni. Kerja org lain senang, tapi gaji banyak. 

Sebab tu aku ckp, hormatilah kerjaya orang lain. Time org tu keje teruk,kena hamun, stress, ko tak nampak. Time org tu tengah bergedik, time hurey2, time dpt bonus, ko nampak, ko jaki. Yang time ko menggedik ko tak ingat pulak. Semua orang ada masa masing2. Time kerja, kerja, time menggedik, gedik lah. Janganlah aku bubuh gambar2 aku pegi jalan2, aku lepak2 minum kt luar, korang assume, ha, jadi surirumah bestlahh..rilex...jalan2 makan2, perabih duit laki. Takkan aku nk post gambar kt FB time aku tertonggeng2 cuci jamban, berpeluh2 masak, basuh baju,lipat baju, basuh berak anak, cuci kipas, cuci longkang segala?

*THINK*

18 comments:

Chik Att said...

hahahah ... terima kasih dik..

sapa yang jadi cikgu ...taulah jerih perit dia....
jangan ingat semua budak baik , yang mcm babun pun banyak gak tau ..... suka melingkup .... suka buat hal.. mak bapak ang byk songel ... tak kira lagi segala mcm kehendak perhidmatan. .....

lantak lerrr sapa nak jelesss..ka nak kata kaa... kata lah janji..

janji kami dapat gaji bersih , yang halal lagi berkat ...

aikkkk ... naik semangat plak aku ... keh keh keh ...

sapa yang banyak songeh tu ...meh tukaq keja ngan aku seminggu ...

Daddy Ziyyad said...

ekekekeke...bagi aja PUNDEK tu...:)

sebenarnya, kerjaya yg paling mencabar, kerja 24jam sehari, ialah kerjaya SURIRUMAH ...tapi ramai yg pandang enteng...

Kancilbiru said...

aku pun tak sanggup weh jadi cikgu. ingat senang ka jadi cikgu. bapa sedara aku cakap, cikgu lani tak macam dulu...budak2 koi cerdik dan kuat melawan...dah la dia cikgu disiplin..

patut la aku tengok kepala dia koi dogoi botak..hahahaha

NenetPenne (NP) said...

yesss u are correct..sokonggg
tak ada apa nak tambah sebab semua yang ada dalam kepala akak, semuanya anis dah buat dan tulis kat situ...

eee akak yang jaga library ni pun rasa nak pang je bebudak yang tak reti bahasa..dah cakap masuk library jangan bising, kau nak gak bising..kang tak pasal2 kena herdik.. kusss semangat...

jangan dengki dgn kerja orang lain... kan kan... masing2 ada kelemahan dan kebaikan yang tersendiri....

|| NaFiRaa || said...

setuju sangat dengan n3 ini~
tolong lah respek kerjaya orang lain.. walaupon gaji kerjaya lain x besar cam gaji anda..
sedih sgt tgk org merendah kerja orang lain..:(

eden said...

heheh..biar la org mkn nasik kawah. kawah beso kerak pun beso jugak. udah le nak tunggu msk tu lama + lambat. tak semua la tapi dlm 80% tu ada =P

syukur la dpt mkn guna periuk nasik karen je pun. kerak pun kecik. cpt msk pun ye. mudah dan pantas =)

#terima je la. setiap org ada rezki masing2 kan. kat atas tu perumpamaan je utk keje gov & private. keje private pun bagus juga. tau byk benda & akan jadi manusia yg multiskills, multitasking & segala mak nenek multi lah. PERCAYALAH.......(^_^)

Anonymous said...

setiap kerja ada cabaran.even surirumah pon. setuju sgt.

FatihaNur said...

salam....

salute abis la baca entry ni...yezza mmg setuju sejuta like ape yg anis ulas dlm entry ni...

** manusia mg ade sikap PHD pun**

Diela Zaimi said...

like sgt2 entry ni... ;)

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~rasa2,satu2nya kerjaya yg doakan anak2 org lain berjaya dlm exam,cikgulah kan.kalo keje lain,ape dehal nk doa2kan anak org lain,ye dak.kehkeh!

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ~eceh..DZ nk jek saya ka?xpa..nnti bila2 turun JB,sy blanja mee rebus.ngeh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~kehkeh..xpasai2 kena pi yun nam plak no..

aNiS tHe BumbleBee said...

NP~kan?elegik dgn budak2 perangai tah hapa2.

aNiS tHe BumbleBee said...

Nafira~haah..janji org tu buat kerja halal.bukan dia menyamun merompak ke kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

eden~betul..syukurlah..yg penting usaha lagi untuk jadi lebih baik,kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~betul..kalo nk try kerjaya org lain sgt,bolehlah ke kidzania ke kan.kikiki!

aNiS tHe BumbleBee said...

fatihanur~wsalam..amboiii,smpai sejuta like.hang laptop ni.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

Diela~hai,selamat pagi cikgu!hihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...