Monday, February 24, 2014

Tips Mengajar anak yang mempunyai masalah ADHD,dislexia dan sebagainya membaca.

Wah..wahh..tajuk...macamkan aku kaunselor pulak kan nak tulis2 artikel bab tips2 ni.Tapi,sengaja aku letak tajuk utk memudahkan ibu bapa yg mempunyai anak yg ada masalah dlm pembelajaran untuk membuat carian di internet.So,ladies and gentlemen, aku kongsikan pengalaman kami ini,mudah-mudahan kita dapat serba sedikit pengetahuan dari kami yg daif ini.

Okey,sebelum ni aku pernah sentuh bab dyslexic Si Uyin dlm entry ni : http://anisthebumblebee.blogspot.com/2012/10/nurinbacalah-anakku-dandyslexia.html.

Masa aku pegi talk kt skolah dia utk Linus exam pun,ada cikgu sebut hal ni. Dan di sekolah Uyin sekarang ni pun,mmg ada kelas pendidikan khas. Linus exam adalah debaran pertama aku tatkala uyin melangkah kaki masuk ke sekolah rendah. Kami suami isteri berkeputusan untuk mengajar sendiri Uyin di rumah berkenaan 3M tu (Membaca,Menulis,Mengira). Bila result linus keluar, alhamdulillah, Uyin dpt duduk kelas no.1. Tapi itu baru tak smpai 1% perjalanan dlm pelajaran si Uyin..Ada banyakkkkkk lagi ujian bakal menanti.

So,dipendekkan cerita, aku baru tau anak salah seorang jiran aku ada masalah dlm pembelajaran. Satu sekolah dgn Uyin,tapi berada dlm pendidikan khas. Jadi aku nk tau,apa masalah sebenar budak ni. Mak dia ckp, dah 2tahun dlm kelas pendidikan khas, tapi takde improvement. Physically, sangat2 normal. Aku dah setahun lebih duduk kt sini, tapi tak nampak langsung apa2 masalah. Naik basikal kulu kilir, main dgn Uyin semua. Ni sapa yg slow tah.Isk! Isk!

Jadi,bila dh tanya serba sedikit, aku dgn Speckybee mengambil keputusan untuk cuba korek apa masalah dia, dan kalau boleh nak ajar dia sampai boleh membaca. Rasa sangat terpanggil, ini adalah tanggungjawab sosial kami berdua, sebab Allah dh kurniakan kami pengalaman dan ilmu serba sedikit, untuk bantu hamba Allah yg lain.

Untuk pengetahuan semua, Fiqri, atau biasa kami panggil 'ALONG' (bukan bukit beruntung,gelang patah punya tau.haha) dah di diagnose di Hospital Tampoi. Menurut sumber dari ibunya, doc just bg ubat utk kurangkan hyperactive dan di diagnosed as hyperactive & slow learner.

So,setiap malam, bermulalah hidup suami isteri sebagai cikgu tak bertauliah.Kihkihkih!


 Encik Speckybee tengah mengajar...Garang boleh tahan jugak laa mamat ni..aku ingat aku sorang je yg garang dlm umah ni.hahaha!


Mula2, aku ajar dia nyanyi dulu.Nyanyi lagu ABC. At least dia adala idea skit kalau tetiba lupa,lepas huruf F apa,lepas huruf M apa. Ada huruf yg dia kenal, ada huruf yg dia tak kenal.


Mula2 aku ajar bentuk huruf tu dulu..Aku tau budak2 mcm ni,daya imaginasi dia sgt tinggi. Sama macam Uyin, dia boleh nampak bentuk2 yg kita sendiri tak terfikir. So,aku anggap budak2 ni gifted. Since aku jugak mempunyai otak yg gila dan gila2, byk berangan dan berimaginasi, aku rasa aku faham lah jugak kaedah nk mengajar budak2 mcm ni. Bila tgk huruf A, apa yg nampak? Nampak macam tangga yg boleh lipat utk betulkan lampu rumah pun ada. Huruf M dgn N, berapa kali kena kayuh basikal nak naik bukit? kalau M, naik, turun dan naik, tapi kalau N, naik dan turun. Ajar huruf dengan kaedah penceritaan, selari dgn imajinasi budak2 ni. Yg penting, gaya kreatif nk olah cerita tu,supaya budak2 tu tak boring.

Lepas tu, nampak mcm ada masalah fokus.Kalau mengajar lebih 10minit, tumpuan akan jadi kurang, dan mula la tangan nk kelebek2 kaki, mata nk tgk kipas lah, tgk lampu lah. Sebab tu bila ramai2 dlm kelas cikgu tak boleh nk bg tumpuan 100% pada setiap anak murid. Tambah pulak lagi, dlm kelas pendidikan khas, dicampurkan semua masalah2 duduk 1 kelas.Yg down syndrom, yg autism, yg hyper, yg masalah pendengaran.. Jadi setiap kemampuan murid berbeza dan impak pengajaran guru agak terbatas skit. Aku belikan along sejenis mainan daya tumpuan. Kena masukkan warna2 ke tempat yg betul. 2hari buat yg tu je. Tak payah tgk buku. Kami fikir, nk latih mata dia menumpu dulu sebelum start masuk buku Bacalah Anakku.

Ni tgh main permainan utk latihan fokus.

 Ada jugaklah keberhasilan daripada game tu. Dia dpt daya fokus yg lama skit masa belajar. Tp, Speckybee dh start pegang rotan lah jugak. Bukan nk libas pun, tp biar dia gelabah sikit.Keh3x.

So,dimulakan dengan buku 1, bacalah anakku.. lama juga aku nk fahamkan bunyi huruf2 vokal ni...mula2 sekali, A,I, U.

So,utk memudahkan dia ingat, bila sebut A, kena NGANGA. Bila sebut I, kena SENYUM..bila sebut U kena MUNCUNG. Kaedah ini aku pakai, dan aku rasa agak berhasil.

Alhamdulillah sekarang along dah masuk buku 2.Aku dan Speckybee rs bangga lah jugak, sebab..gila ko tak bangga?? Dari tak tau huruf sampai dah buku 2. Cuma kadang2 dia mcm terlupa2 sikit. Bila M..akan sebut mmmmm dan tambah dgn vokal, nganga ke, senyum ke, muncung ke..So baru jadi bunyi ejaan huruf tu.

Bila dia baca dengan lancar buku 2 tu,siyes aku rasa nk nangis je..Hebatnya kuasamu Ya Allah...! Tapi ini baru permulaan..Ada banyak lagi ranjau yg perlu Along tempuhi..Kami bantu selagi daya,tapi perasaan aku kuat mengatakan, tak lama lagi masanya akan tiba..Aku harap, one day, Along boleh dtg rumah aku, dan baca buku cerita depan aku. One day,Along...insyallah..

Gile tak terharu? Aku rasa perasaan tu lebih kurang sama mcm cikgu2 yg anak murid dia bgtau diorg dpt straight As dlm exam besar woah!
 
Bayaran upah yg aku dapat dalam proses ni sangat2 mahal...iaitu SABAR. Semua orang2 dlm kehidupan lampau aku tau, betapa tak sabarnya aku, betapa kasarnya aku, even reader2 blog ni pun, mungkin ada yg terasa hati dengan kekasaran bahasa aku (nak2 kes entry shaklee tu,kakaka!). Bukan lah terus jadi pompuan lindungan kaabah tangan terlangkup ckp pun suara tak berbunyik...tp ada lah beberapa degrees dlm putaran hidup aku perubahan tu.Mungkin juga faktor umur juga mainkan peranan.

Baru2 ni, aku start mengajar Najlaa baca Iqra. Skill aku mengajar tu, i means, skill kesabaran dan ketenangan tu, aku dapat byk masa aku mengajar Along. Gile ko anak org, takkan nk hempuk2. Kalau anak sendiri, haruslah aku rs nak hempuk2. Tp, terus terang aku cakap, pembelajaran dlm suasana rilex, sabar ni, sekejap je dah masuk dlm kepala. Si Najlaa, walaupun umur 2tahun lebih, aku agak puas hati jugaklah dgn pencapaian dia. Aku rasa, bukan sebab aku dgn Speckybee pandai mengajar pun,tp  sebab berkat anak syurga yg saban malam dtg ke rumah aku utk menuntut ilmu tu lah.

Satu yg paling aku puji sikap Along, adalah kemahuan dia belajar.Aku kadang2 jeles, sebab Uyin tak de lah sangat ada kemahuan nk belajar tu. Sejak balik Malaysia, lepas tu ramai kawan, ckp pulak melayu dgn heavenly, dlm kepala dia, main, main, main. Stress jugak aku, tapi dah nama pun budak.biar je lah dia main. Kang besar besok jadi mcm bapaknya, dah tua ngayut pun sebokkk nk main game jugak lagi. Masa kecik2 tak cukup main agaknya.Kahkah! Mampus aku kena luku pala dgn bapak Si Uyin kang!

Lagi tips yg aku nak kongsi, budak2 mmg akan cepat buat dan ingat kalau kita puji. Puji ni kira mcm baja dlm hidup.Motivation utk terus move on. Lagi satu penghargaan. Kalau along dpt baca lancar dlm satu mlm tu, aku bg la apa2, cekelat ke, ais krim ke, apa2 je lah yg ada dlm umah ni. Dia punya laaa suka, mcmkan dapat emas. Itu antara magnet utk dia terus berkehendak untuk belajar jugak aku rasa. Plus, doa ibu bapanya, kesungguhan ibubapa along juga mmg patut dipuji.Syukur sgt aku dpt jiran mcm tu.Rajin masak pulak tu.Keh3x. Aku kalau jiran antar apa2, raya tahun depan la jawabnya kut aku nk anto pinggan tu balik. Astagaaaa...

Itu je lah aku nk cerita pun.Takdelah tips sangat..rugi je korang masuk blog ni..bukan ada info yg berguna sangat pun.Wakakaka! Cuma itulah, aku nak kongsi rasa dan pengalaman aku, mana tau kalau korang pun akan hadapi jugak ke nanti. Atau mungkin korang tengah down, tak tau nk ajar anak mcmana lagi..mungkinlah ada sesuatu ransangan yg berguna utk korang teruskan jihad korang.

Aku, tetaplah menjalani hidup aku ni mcm biasa..Ada 3org amanah Allah yg aku perlu pikul. Aku pun manusia biasa, kadang aku give up, kadang aku menangis menderu2 kt bahu Speckybee, tp forsure, lepas aku nangis tu, aku akan jadi kuat gila2. Aku harap, korang pun sama lah..Selagi nyawa dikandung badan, tugas kita sebagai khalifah Allah ini takkan pernah selesai. Sama2 kita berdoa semoga dipermudahkan ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...