Tuesday, July 30, 2013

Johor

Bulan Ramadhan ni, cukup lah setahun aku kt bumi Ujong Tanah ni. Tak pernah dalam kepala otak aku yg  aku kena duduk kt sini. Sama macam Sri Lanka la. Tapi rezeki dah tertulis kt sini. Alhamdulilah, berkelanalah kami sekuarga kt sini. Siap dapat anak johor lagi. Boleh buat peribahasa, di mana bumi di pijak, di situ Anis beranak. Amacam? Wakakaka!

So far, so good. Good lah kan. Sebelum ni 5 tahun hazabibah kt Sri Lanka. Bulan puasa smpai tak tau nk makan apa dah. Sampai tetiba aku jadi terel buat kopok lekor dgn apam balik. Kahkah. Balik sini, adalah sorga doniaaaa.. Tak tau masak apa? Angkat talipon, wasap tok laki, "Ai xdak mood nak masak rini.Mari pegi param." Duduk Sri Lanka, mood ka, mahmud ka, sila masak kalo tak kebulur.

Well, aku xda nk cerita apa. Saja tulis untuk kenang2an tika berada di johor. Mana tau lepas ni kena pindah pi Zimbabwe ke, yugoslavia ka pulak. Boleh baca2 buat penawar rindu.

Aku kt Johor ni, alhamdulilah dapatlah menyewa kt rumah yg bagi aku besar rahmat dah. Dapat rumah teres 2 tingkat. Alhamdulillah, syukur dah...

Nk dapat rumah kt sini pun bermacam dugaan. Sebab tu aku syukur banyak2. Ingat tak rumah aku kt Sg. Petani yg aku iklan nk sewakan dulu? Lepas aku sampai KL,umah adik aku, ada sorang manghayun yg tergedik2 nk sewa kan? Mcm nk mati tgh2 mlm msg aku ckp dia dh sewa lori bagai angkut anak kecik. Aku pun kesian, ok bagi lah. Lepas tu dia buat mcm2 perangai, ugut2 aku laki dia polis. Aku gelak mengekek2. Polis je punnn...bukan perdana menteri.Pui. Aku stuck kt KL seminggu masa tu, dgn rumah sewa kt johor ni kena kencing deposit 700. Masa aku kt KL tu, sbnarnya ktorg xde rumah sewa lagi. Dgn si pompuan manghayun tu pulak buat perangai. Yg kt johor ni pulak, kisahnya, hari last aku kt KL, mlm tu, Speckybee round2, tiba2 Allah lorongkan kt area rumah sewa aku skang ni. Tiba2 je pulak ada org nk sewakan rumah ni. Pestu, tak lama tu, tiba2 tokei Genius Aulad kt Sg.Petani call, nk sewa rumah aku utk kediaman dia. Smooth je semua urusan.Alhamdulilah. Nampak tak? buat aniaya kt org, doa org teraniaya tu direct je. 

Neighborhood.
Syukur aku, duduk sini, jiran2 punyalahh peramah dan baik hati. Aku pindah dlm seminggu sblm puasa. Bulan puasa tu, jiran sebelah ni hari2 hantar juadah berbuka. Sampai aku xtau nk balas apa. Brg2 umah pun bukannya ada sgt lg pun. Pestu pulak, sama2 geng mak dugong. Jiran dpn umah beranak awal 2 bulan sblm aku, pestu tepi umah sebulan sblm aku,pestu aku. Mcm berjangkit2 pulak.

Kawasan ni kategori perumahan org sederhana. Ramai yg keja PTP, driver lori pun ramai. Aku rasa, aku suka jugak environment mcm ni. Sebab semangat kejiranan tu ada. Ada kenduri, ada kunjung2 time raya., nk blk kampung, bgtau jiran suh tgk2 umah. Aku suka mcm tu daripada masuk umah, tutup pintu buat hal masing2. Jiran mati kena rompak pun tak sedar. Nauzubilah.

Masalah aku cuma aku xcukup masa untuk berborak2 kt dpn umah petang2 mcm housewives kt sini buat.Sebulan 2 kali je lah kut. Itupun kalau ada org buat fogging dan halau semua keluar umah. Kalau tak, mmg xde muka aku kt luar.Aku rasa depa semua tu cekap buat kerja rumah. Aku kategori lembab. Smpai ke petang keja umah aku tak habih2. Lagipun aku xbyk topik nk ckp sgt.Tapi bila sesekali aku bercakap,smpai nk dekat azan maghrib baru berenti.hambek kau.

Distance
Duduk sini, okeylah. Jauh dari trafik jem.Tenang gila. Speckybee pegi opis 10min je sampai. Tmpat shopping dekat, legoland dekat, semua dekat2, kecuali jauh nak arwah dari kedah dan terpaksa menempuh beberapa saman AES bila nk balik kampung.kahkah.

Shopping
Aku shopping mmg Tesco je lah yg paling2 selesa dan mesra keluarga aku rasa. Sini suma dekat2, tesco, giant, jusco. Yg Jusco, aku benci troley zaman batu dia tu. Super bodoh. Dan, jugak parking yang xpernah surut, dan Singaporean yg dok sebok berebut parking lot mcmkan dah xde shoping complex kt singapore tu. Kalau tak pasal Daiso, dgn MPH, kirim salamlah aku nk jejak.Giant, aku benci troley dgn pekerja2 dia yg baloq liat. Barang xde tag, pestu suh aku pulak pegi cari barang tu balik yg ada tag. Buleh belah. Tesco je lah setakat ni yg mampu memuaskan napsu aku. Brg xde tag, berlari2 staff dia pegi cari harga. Cuma kena rajin2 lah check harga kt scanner dulu. Brg2 promo,kdg2 buat2, eh, eh, ni tak promo, yg promo yg ni. Ceh, xpayah nk menipu. Sblm aku ambik barang, aku check, siap snap gambar promo board tu terus. Nah, ambik kau.

Mydin, adalah sebelah opis Speckybee. Pun aku benci jugak nk pegi sebab cashier yg lembab dan muka demotivated tiap2 hari. Maka, Tesco je lah pilihan kami sekuarga saban minggu. Plus sbb ada.....DIY.Kuang kuang kuang. I like kedai brg murahhh.

Lain2, mcm angsana, the store, parkson ke apa tu, julung2 lah kalau mcm dh xde tmpat nk pegi. Duduk kt msia ni,mmg ujung minggu xde ke lain. Shoping complex je.Sbb berlambak2. Kalo kt Galle dulu, harapkan Keels tu je lah yg semenggah pun. Itu yg byk masa main layang2 lar, bela arnab la, tupai la,kucing la. Eh,kelakar pulak ingat2 balik.

Food
Aku sebenar2nya tak tau sangat kt mana nk cari makan yg sedap2 kt sini. Org kata, johor mcm penang la jugak, byk tmpat makan sedap2. Tapi nasib aku kurang baik, aku selalu jumpa yg warm warm nail.haha.

Aku pegi malay village, nmpak mcm gah, harga dentam dentum, tapi rasa fail. Bayar 2 ratus, mkn sebelah pinggan, blah. 

Pestu pegi mkn mee udang dkat jalan pendas ke apa nama, punn..hum..malas cakap. Yg aku rasa boleh terima dek tekak aku adalah dekat Singgah Selalu dgn Sejati kt Perling. Singgah selalu tu, ok2 lah. Cuma byk pilihan. Sejati not bad. Mkn ikan bakar, dan yg terbaik adalah kerabu mangga. Kedai org kelantan. Harga pun murah yarobi. 

Baru ni pegi iftar kt KSL. Speckybee seminggu tu penuh dgn jemputan iftar. Dia suh pilih yg mana nk pegi. Aku dgn divanya ckp, nk yg 5stars je. Bajet best gilalah menu dgn service hotel tu.Tp sebenar2nya, aku paling tak suka bukak puasa kt hotel. Semua org nk mkn time yg sama kan. Makan saja2 kt hotel pun xberapa suka sgt sbnarnya, kecuali part dessert je. Aku mmg jenis tekak org kampung. Nasik, sambal skit, tempe ke skit, cukup dah. Tp,dah bajet diva hari tu, pegilah aku KSL tu. Lagi 15min kut nk azan. Punyalah sesak. Nak ambik2 makanan pulak lagi. Satu lagi kebangangannya, dah tau event tu bukak puasa, kau sediakanlah air kosong dgn kurma kt tiap2 meja. Ini dah la air jauh nun hujung benua. Pestu org ramai haruk piruk nk kena ambik makanan, pestu azan. telan air liur je lah dulu. Pestu jenis stok asal boleh sumbat customer dlm hall tu, sumbat. Mmg crowded gila. Makan ada byk pilihan, tp aku dh pegi gatal2 belasah nasi kandar gulai garam selori. Tak termakan pulak yg lain. Balik umah menyesal sbb perasan diva. Nah,hambik kau diva sgt. Balik umah masak nasik lembut2, mkn dgn ikan pekasam.Baru sorga.Dasar diva ikan pekasam.

Kwn2 johorean yg baik hati, bagilah tips tempat makan mana yg best2.Insyallah aku nk terjah dikala ujung minggu.Aku kalo ujung minggu je,mulalah kaki jadi gatal2, kalau jejak dapur.xboleh jejak.kena pegi mkn kt luar. Ini baru dikatakan malaysia boleh.haha.

Anak-anak
Budak2 ni semua dh ada kawan kt sini. Uyin mmg senang berkawan dgn org. Kategori terlebih peramah mcm aku. Najlaa sblm ni penakut org, tapi skang dh ok skit. Kwn2 kakak dia dia panggil nama je.Bercakap pun xbetul lagi. Tapi kawan2 kakak dia layankan jugak. Tiap2 petang budak berdua ni akan keluar main. Tapi minggu ni, Uyin kena grounded sebab hilangkan tab. Tp bagus jugaklah tab tu hilang. Tak payah dengar budak berdua ni memekik berebut tab, xpayah aku terlolong2 suruh tido, buat keja skolah sbb dia sebok main tab.bagus. Aku dgn speckybee bercadang nk cari satu aktiviti sukan untuk Uyin. Untung2 boleh jadi atlet negara, boleh merasa kerusi OSIM free, bulan2 merasa elaun dia. Xpayah susah2 pak dia nk keja dah. Wakakaka!

Apa lagi eh nk cerita. Ok, sesi pergulungan je lah terus.Wakaka. Aku rasa enjoy lah duduk sini. Sederhana, selesa, makan sedap,kami laki bini bergurau senda, anak2 bergelak ketawa,  Apa lagi aku nak. Cukuplah kut. Cuma Speckybee ada suarakan nk aku kerja sbb ingat nk beli rumah kt sini. Nama dia dh pakai untuk beli rumah kt Kedah, so harap2nya umah kt johor nama aku lah pulak. Aku pun, mcm dh ok skit bila si Nasuha dah boleh start mkn semi solid food. Sekurang2nya xdalah dia bergantung kt susu badan ja.Boleh tinggal2 kan jugak.

Tengoklah, kalau aku dpt kerja nanti baru nk pikir bab nursery ke, maid ke. Skang malas lagi. Aku tgh gila menjahit. Seru nk keja2 opis ni mcm kurenngg skit.miahaha!

Tu jelah kut setakat ni.Nanti aku update lagi.

Jemaat ni mahu pulang ke kampung halaman. Peplum kids sudah sold out. Nk order, untuk raya haji pulak boleh lah.hihi. Bubbyeeeee!

Friday, July 26, 2013

Kids Kurung Peplum omei omei

Alolololo.....shomelll sangatt tauuu! Aku suka betul tengok baju budak2 ni. Nak2 baju kurung. Yang aku ada ni design peplum. Kain high quality cotton.Saiz ada dari baby umo 6 bulan sampai 3tahun untuk setiap design.

P1
Design ni aku ada.



P2 
Design ni aku ada

P3
Design ni pun aku ada.

 Korang boleh juga pilih mana2 design dalam ni yang berkenan di hati sanubari:

P4
Green Square dgn kain polka dot.

P5~ sold out
Colourful flowers dgn kain plain pink.

P6
Green Paisley dgn kain brown polka dot.

Size dengan harga boleh refer kt jadual bawah ni. Sapa yg beli dgn aku 2pcs ke atas, free postage.Senang, xpayah nk bersesak carik parking, bayo parking, jalan kaki nak cari baju raya anak. Pin! pin! terus sampai umah. Pagi raya terus sarung. .Aku pegi Angsana, jalan sampai sakit kaki, cari baju budak2 ni, yg plain2 je pun harga RM80. Ini aku jumpa tailor ni online, syukur gilaaa.

Lain2 design boleh refer sini: Peplum comei


Place order cepat2 tau? Stock xbanyak dah.Baju ni sekejapp sangat habis.Lagipun minggu depan je last poslaju nak ambik parcel pun.Kalau tak, sampai lepas raya laa.. So, cepatttt. Jangan terlepas pulak. Giler comel kalo anak2 dara kita pakai nihhh...


Sms/Call/Whatapps/Line/Wechat atau apa2 je lah (jgn pakai komunikasi asap sudah,buat jerebu je karang)

 : 0193297199.
email pon bleh. artneys@yahoo.com.

Tuesday, July 23, 2013

Surat dari Cikgu Suriyati....

Beberapa minggu sudah, aku terima sepucuk surat. Yang buatkan aku berada  di tengah2 kecelaruan ekspresi diri. Nak menangis pun ada, nak gelak berguling-guling pun ada. Sumpah, aku tak sangka boleh baca balik kandungan surat tu.

Surat tu sebenarnya terisi kandungan karangan aku masa aku form 5 dulu. Tahun 1999. Cikgu bahasa melayu aku, Cikgu Suriyati Sabar dengan baik hatinya sudi poskan karangan aku tu.Karangan tu dijadikan sebagai contoh bagi soalan karangan imajinasi untuk SPM. 

Masa nk dekat2 SPM, kami semua kena duduk dlm dewan untuk flexi class.Kwn2 aku bagitau, Cikgu Suriyati ckp kt dlm dewan, xde sorang pun student skolah tu yg boleh tulis karangan imajinasi, kecuali aku. Wawawa...! Tapi masa dipuji tu, aku takde, aku MC,sakit gigi.Kikiki. Kalau ada, sah kembang bontot aku 8tahun.Wakakaak! Tapi yang tolong kembang bontot ada, si Speckybee lah. Awek kena puji, harusla tumpang kembang. Masa tu, terharu lah jugak sebab semua student kena photostat karangan aku tu untuk dijadikan contoh.

 Aku sebenarnya paling rasa lemah kalau buat karangan berfakta. Pernah masa form 4, cikgu suruh tulis surat untuk mengadu masalah bekalan air, aku karang sampai 27 point. Gile kau karangan surat rasmi ada 27 point. Kena marah. Dengan cikgu Suriyati la jugak.kuikui!

Karangan ni aku tulis masa exam.So, bila exam haritu,aku tak ingat ada berapa soalan, tapi yang pastinya, satu je soalan untuk karangan imajinasi. Bila baca tajuk, "DUNIA TAHUN 3000". Aku gelak mengekek-ngekek. Memang makanan aku..kataku mcm ular dalam lagu "katak oh katak".Haha! 

Tajuk ni aku agak konfiden skit, sebab masa form 3 aku pernah terpilih wakili skolah untuk cerekasains. Bab merapu raban ni, mmg terserlah kebolehan.So, kalau larat baca karangan aku masa aku umur 17 tahun ni, dipersilakan lah.. Aku tulis balik sebab takut hilang dan kalau boleh nak anak2 aku baca karangan umo 17tahun aku tuh.


Dunia Tahun 3000.

Aku membuka mata. Bunyi jam 'space'ku benar-benar menggangu keenakan tidurku. Terasa malas hendak bangun. Aku mengeliat dan kemudiannya bingkas bangun. Suis di tepi katil kupetik dan beberapa saat, muncul robotik yang 'berambut' merah jambu sedia menanti arahanku.

"Nanny, buka radio stesen E.R.A." Aku lantas memberikan arahan. Berkumandanglah lagu 'Andai Kau Pergi', dendangan kumpulan Indigo yang suatu ketika dulu pernah menjadi siulan aku dan rakan-rakan. Sememangnya ERA adalah satu satunya stesen radio yang sering menyiarkan lagu-lagu tahun 2000.

Aku berjalan menuju bilik pembersihan. Dengan memicit butang yang berwarna merah, diriku sudah terhias rapi. Ibuku pernah berkata, kami anak-anak  teknologi cukup beruntung kerana tidak perlu bersusah payah. Kata ibuku, dahulu mereka mandi menggunakan air. Eeii...tak dapat kubayangkan bagaimana sejuknya air itu mencecah badanku. Aaah.. apapun, itu cerita dulu. Sekarang air bersih sangat sukar didapati. Dengan terciptanya mesin pembersihan yang menggunakan unsur air dan cahaya laser, badan dan pakaian akan bersih sekelip mata. Bukankah itu mudah.

Aku lantas menuju ke dapur. Pil-pil pelbagai  jenis terhidang di atas meja. Aku mengambil pil yang bertanda 'sandwich ikan bilis' lantas mengunyahnya. Terasa enak apabila kelenjar liurku mula merembeskan enzimnya terhadap makanan itu. Aku menyanyi-nyayi kecil apabila terdengar lagu kegemaranku yang dihasilkan dari gelombang maya oleh 'Nanny'. Mataku tertancap kepada komputer peribadiku. Mungkin ada email elektronik yang diutus kepadaku. Jari jemariku pantas menekan butang-butang komputer. Aku melihat senarai mel elektronik yang tertera dihadapanku. Tiada apa yang menarik perhatianku. Tiba-tiba, sebuah emel yang dialamatkan kepadaku berjaya mencuri pandanganku.

Emel itu datangynya dari planet Zargus iaitu planet yang baru ditemui sekitar tahun 2001 yang terletak lebih jauh dari planet Pluto. Aku cuba mengingat-ingat nama rakan-rakanku yang berada di luar planet bumi. Marikah? Bukan. Dia dari planet Marikh. Uraniusa? Juga bukan. Dia dari Uranus.Siapa ya? Ooh... Zarguzi Zamani. Ya! Tidak syak lagi. Sudah tentu Zarguzi Zamani. Pastinya dia ingin memberitahu tentang hari ulangtahun kelahirannya. Aku membaca pesanannya:

" Buat sahabatku Noor Hanis,
Esok, 19 Mac 3000 adalah hari ulangtahun kelahiran saya. Ada sedikit jamuan. Saya menjemput anda dan keluarga untuk datang ke rumah saya bagi meraikannya. Tidak lupa juga pada rakan2 kita, Marikah, Uraniusa, Plutoda dan lain. Kedatangan kalian amat dialu-alukan. Sekian.

Zarguzi Zamani.

Aku gembira dengan jemputan itu. Pastinya seronok apabila berada di planet Zargus nanti. Tapi aku perlulah menyediakan pakaian yang tebal-tebal kerana di planet Zargus cuacanya amat sejuk. Aku mencapai komputer bimbitku dan menunggu bas sekolah di hadapan pintu rumah. Sementara itu, aku menghubungi bapaku yang berada di pejabatnya melalui alat perhubungan yang terletak di lenganku seperti jam tangan.

"Papa, esok saya nk ke planet Zargus. Ada jamuan hari lahir kawan saya. Boleh tak papa tolong tempahkan tiket kapal angkasa untuk saya? Majlis bermula pukul 2pagi waktu bumi."

"Ya, baiklah.Selepas ke planet Zargus, jangan ke mana mana. Terus saja balik rumah.Bukan kau tak tau masalah sosial sekarang ni. Lepaklah, curi kapal angkasalah, macam-macam lagi."

"Baiklah, papa." Aku memotong cakap papa. Terasa bosan bila isu itu sering diutarakan. Kata nenekku, isu-isu sebegitu memang berlaku sejak dulu lagi. Masalah bohsia lah, bohjan lah, bohtua lah. Aku ketawa pecah perut mendengar perkataan-perkataan itu. Orang orang dulu tentunya cukup kreatif memberikan jolokan pada sesuatu keadaan, fikirku.

Tiba-tiba, sebua bas 'outspace' berhenti dihadapanku. Bas itu mengeluarkan lantai elektroniknya dan aku pun berjalan masuk ke dalam perutnya. terasa dingin sekali apabila berada di dalam bas itu. Aku menjenguk ke tingkap dan menggeleng-geleng kepala. Ternyata bumi ini sudah cukup uzur. Kawasan tanahnya sudah tidak boleh digunakan lagi lantaran kerakusan manusia membuat kerosakan. Nutrien-nutrien yang terdapat di dalamnya sudah musnah. Kini, manusia mendirikan rumah sehingga mencapai tahap ' Stratosfera' iaitu tahap kedua selelepas tahap yang biasa. "Traposfera'. Aku ingin sekali memijak bumi seperti ungkapan yang pernah kudengar, " dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung". 

Lamunanku terhenti. Bas 'outspace' membuat brek kecemasan. Walaupun bas ini bergerak dengan kelajuan 7400 kilometer sejam, tetapi aku rasa cukup lambat. Ooh... ada kemalangan yang berlaku di depan sana. Aah.. apa nak dihairankan? Sudah biasa kes kemalangan berlaku. Agakanya semua orang tidak sayang akan nyawa. Mataku beralih kepada kotak televisyen antik. Cukup besar. Aku tahu itu ialah 'home theater' yang menjadi kebanggaan kepada sesiapa yang dapat memilikinya. Tiba-tiba ada suatu berita yang menarik perhatianku. Pengisytiharan Pengeboman terhadap Planet Zargus. Oh..tidak. Sudah tentu rakyat planet Zargus tidak mengetahui hal ini.

Aku meminta bas beralih arah menuju ke stesen kapal angkasa. Aku perlu mengambil langkah yang drastik. Masa hanya tingal 16jam sahaja lagi. Menurut sumber daripada berita tadi, aku menghalakan semua maklumat bom masuk ke sistem pertahanan bumi melalui komputerku. Kebolehan yang ada pada diriku aku gunakan sepenuhnya. Aku merupakan pakar komputer terbaik dan sebaris dengan ahli-ahli komputer di planet planet lain.

Ya! Peringkat keenam berjaya aku tembusi. Rupa-rupanya bom laser itu berada di Bangunan Parlimen Planet Zargus. Setelah sampai di setesen kapal angkasa, aku mencari kapal angkasa yang akan bertolak ke planet Zargus. Aku hampa. Tiada tanda-tanda adanya kapal angkasa ke planet Zargus. Rupa-rupanya aku ketinggalan. Sebuah kapal angkasa ke planet Zargus baru saja berlepas beberapa minit tadi.

Aku bergegas ke setesen kapal angkasa berlepas. Bola mataku tertumpu ke arah kapal angkasa kecil dan berwarna hitam. Mataku bersinar. Kapal angkasa jenis MF 2HD pernah aku kendalikan sewaktu cuti sekolah lalu semasa melawat kawanku di planet Neptun. Dengan tidak membuang masa lagi,aku melompat ke dalam kapal angkasa itu dan jari jemariku lantas menekan butang-butang yang diperlukan. Aku menumpukan sepenuh perhatian ke arah monitor yang besar di hadapanku. Sebelum pegawai-pegawai di situ sedar tentang kehilangan kapal angkasa itu, aku sudah pun mencecah ruang 'eksosfera'.

Moga-moga aku selamat sampai dengan selamat. Aku menghubungi Zarguzi Zamani untuk memberitahu hal itu. Zarguzi terkejut dan aku menyuruhnya menantikan aku di ruang lobi Bangunan Parlimen Planet Zargus.Zarguzi akur. Aku memecutkan kapal angkasaku sehingga 10600 kilometer sejam. Aku cukup berhati-hati kerana takut kalau-kalau terlanggar ketulan-ketulan asteroid yang berada di ruang angkasa.

Masa hanya tinggal 2 jam sahaja lagi. Aku begitu resah. Dapatkah aku menyelamatkan Zargus? Moga-moga tuhan merestuiku. Hatiku berdebar-debar apabila planet Zargus mula kehilatan dihadapanku. Aku memulas kapal angkasaku sebanya 60 darjah untuk mendarat. Bangunan Parlimen tersergam di hadapanku. Aku mencari tempat yang sesua untuk mendarat. Ya, ada sebuah lapangan di situ. Sebaik sahaja kapal angkasaku berjaya mendarat, aku pun keluar. Zarguzi yan dari tadi menantiku berlari mendapatkanku.

Aku mula mengesan arah mana pusat bom laser tersebut. Ah, di bawah lantai Bangunan Parlimen. Aku cuba mencari kod-kod rahsia bagi mematikan bom itu. Ya! Aku berjaya. Akhirnya planet Zargus selamat. Zarguzi terhutan budi kepadaku. Aku tersenyum riang. Tiba-tiba, terdengar bunyi jam 'space' mengangguku. Oh..mimpi rupanya.

Aku bangun dan bersiap sedia untuk menghadiri jamuan hari lahir Zarguzi Zamani di planet Zargus. Ternyata mimpi itu memberi makna kepadaku...


Sentuhan pena.
Noor Hanis Tanius
5 PPN 1999


Sebenarnya, citer tu panjang lagi. Tapi, memandangkan exam 2jam je...aku menggelabah kelam kabut nk tamatkan cerita ni. Kalau tak, tah2 dah jadi buku kertas jawapan aku.kehkehkeh. Zarguzi Zamani dalam citer ni, Speckybee laar... Besdei dia, pestu ada lah skit kenangan2 kami yang aku selit kt situ. Ada jugak mcm kod2 rahsia, saja2 aku letak untuk aku kenang-kenang bila tua nanti. Tua nanti tu, sekarang ni la.Hahaha! Nasib baekkk kawen dgn dia jugak. Kalo tak, habihlaa kena dok bersoal jawab dgn laki sendiri.

Apapun, mmg legend gila lah...Kenangan betul semua tu. Kenangan sweet, dikala sweet 17.kihkih.

Time kasih cikgu, sudi poskan untuk saya. :D

Wednesday, July 17, 2013

Birthday Otai rumah ni.



Hari ni birthday budak paling otai dalam rumah ni. Sebab apa otai? Sebab dia xheran langsung kt org. Selamba dia gedebuk kakak dia, adik dia, abah dia. Mak dia je dia xgedebuk. Sebab mak dia ada buah sakti. Hahahahaa!

Dalam 3-3 org anak, dia ni lah yg aku bersalin tengahhari. Hazab jugak. Xpernah aku sampai menangis2 beranak. Dekat dia ni sampai menangis2. Pestu dah besar skit, dari umo 4bulan sampai ke umo 2 tahun, cengeng ya ampun. Masa Speckbee kt SL dulu, aku kt Kedah, cengengnya menjadi2. Sampai aku nk pegi dapo, pegi jamban pegi memana lah, xboleh sebab dia tangkap leleh. Melalak mcm nk pecah rumah. Mak aku cakap, kalau penculik culik dia ni, konfem pulang balik sbb tak tahan dengar dia punya lalak. 

Sumer org xpercaya kalau aku cakap, dia ni kaki buli dalam umah ni. Suma melt dgn muka dia. Dia pandai gila buat muka comel bg org tak marah kt dia. Sumpah tak mampu nak marah dia ni. Sekali dia senyum, konfem mak bapak cair. Gila bahaya.

Dia lah satu2nya yg berambut kerinting dalam umah ni. Tapi dalam cengeng, kepala angin dia ni, ada byk benda positif yg aku nampak. Dia ni sangat organize. Kuar rumah make sure pakai selipar. Masuk umah, susun selipar, lepas buat keja melukis ke apa, simpan suma barang balik. Lain sangat la dari Uyin. Si Uyin main cammmmpakkk je suma barang dia. Sampai aku rasa nak campak dia skali dalam tong sampah. Rumah ni, 5min je berkemas, pestu dh mcm medan perang balik. Sakit jiwa aku.

Lagi satu aku perasan, dia ni fokus. Kalau nak tu, nak.Tak payah nk buat2 alih perhatian dia. Degil pun ya jugak. Sebijik bapak dia. Nampak lebih kepada kidal jugak.Heran jugak apasal semua anak aku kidal2 belaka nih? mak bapak xde yg kidal. Nenek dia je lah pun yg kidal. Tapi kadang2, aku tgk makan pakai tangan kanan jugak. Eh, entahlah. Janji kau bahagia nak..


 Ini gamba masa bulan puasa tahun lepas. Umo dia setahun. Kami baru pindah johor waktu ni. Org sahur, dia pun sebokkk.

Ni gamba pagi tadi. Tetappp sebookk time org sahur. Pukul 5pagi riang ria melantak nasi ayam sampai 2pinggan.

 Adik tak adik, kalau tido, mcm bergusti. Abah dia pun dia terajang jatuh katil.

 Walopon selalu belasah kakak dia, tapi dia la jugak yang paling manja dengan kakak. Split personality betul.

Kak Long kata muka najlaa mcm Gargamel dlm citer smurf.Haha!


 Nak suruh tengok camera, suh pose mcm ni, kira once in the blue moon. Again, Smurf!

Dia sayang adik.Kiss cakap, mangi adik! pestu geram, pelepuknya adik.Tarzan la aku dlm rumah.



 Ni kalau merajuk. Dia ingat muka dia cantik sangat kalau merajuk. Mulut juih2, pestu nanti tangan 2-2 kepit bawah ketiak, sambil ckp, "Anak awan!!" (xnak kawan) Haih!


Ni permandangan biasa. Kadang tengah gelak2 dia boleh tido, tengah makan dia tido. Sesuka hati. Otai katakan!

Umo tak cecah 2 tahun, tangan smooth gila main game kt tab. Aku jugak yg mcm beruk jari tertonjot2 kt screen tab. ceh! 

Anak kedua kami, Najlaa Hannani....happy birthday sayang!


Lain anak, lain character masing2. Ni lah harta aku pun. Nak harapkan harta dalam bank, mmg debu2 kotaraya je lah yang tinggal.







Perit sangat rasa jadi surirumah bila aku terlampau letih melayan karenah ketiga2 ni. Pernah sampai menangis sebab rasa down, bila tiba2 Uyin degil xnak solat, Najlaa menjerit2 nak itu ini, Nasuha pulak melalak nak menyusu. Kadang2 sampai aku bukak jobstreet, nk apply keje. Dalam hati berkata, lantak korang la, kalau ibu keja nanti, korang duduk lah dgn maid. Sampai mcm tu sekali.

Tapi fikir2, ini ajee lah harta aku..satu2nya harta yg boleh selamatkan kami suami isteri dari seksa kubur. Dekat 3 org ni lahh yg aku harapkan doa kalau aku dah terkaku dalam tanah besok. Apa salahnya aku korbankan hidup aku, tatang dengan cinta 3org yg aku harapkan bakal berdoa untuk aku nanti?Selagi xde panggilan kerja, aku stay je lah enjoy the moment dgn cinta hati aku ni. Masa yang paling berharga dan untuk di kenang2 sampai tua.

Bila malam, 3-3 ni tido berderet, dalam hati aku cakap, ya allah....besarnya nikmatmu Allah. Sebab apa aku xboleh nak sabar skit pun untuk besarkan 3org budak comel ni.Allah bagi aku permata hati yg cukup sifat, comel, bijak, aku lagi nak mengeluh. Muka tak malu kan?

Anak2 ibu, ibu minta maaf atas segala kekurangan sepanjang ibu mendidik kamu. Ibu pun manusia biasa. Pompuan pulak tu. Emosi xberapa nak stabil. Hormon pun tak tentu arah. Oleh itu, mari kita salahkan implanon kt lengan ibu ni. Wakakaka!

okey, bai.

Friday, July 5, 2013

Sri Lanka will be featured in Rasa Halal Antarabangsa @ Astro Oasis.


Wahh..wahh.. bukak2 email box, ada comment dari unknown. Aip, biasanya, anon yg suka scam2, ni unknown. Bukak2, Akhtar Sahari... oo.. kembar Akhbar Sahari tu kan? 

Org yang tgk Scoreboard, biasanya kenal dgn Akhbar. Tiap kali aku tgk Akhbar ni, aku selalu teringat kt awek indon yg famous buat video youtube, sinta and jojo~ keong racun.  Awek yg belah kanan tu.hihi. Ada iras2 aku rasa. Tp versi awek. 

Kalau Akhtar, biasanya jadi hos kt rancangan2 islamic kt Oasis. Bila google2, rupanya...laaaaa...besdei  kembar ni sama dgn aku laaaa... isk! isk! kebetulan yg betul2 lah.hahaha!



Dah berbalas2 email pasal serba sikit info kt SL, ni pesanan dari Akhtar. Jom ramai2 tengok  Rasa Halal Antarabangsa. Aku mmg suka tgk program ni dari zaman farah breep2, heliza sampai la ke diorang berdua ni. Mmg kena dgn aku rancangan ni sbb aku suka makan dan berjalan2.haha.



Semoga maju jaya untuk akhtar, raja farah dan semua kru RHA.  :D Tak sabar nk tgk Sri Lanka kt kaca tv Malaysia. Rindu Galle!





Laaa..xpenah tgk vid sinta and jojo tu? Nah. Ni chanel kwn indon aku masa kt SL. yg belah kanan tu tau? Iras2 kan? kan?








Tuesday, July 2, 2013

Pangkor Island Beach Resort (CIVES reunion)

Tudiaaaaaaaaaaa! Stok sotong kering yg beli kt pangkoq haritu dah habih, baru nk update blog pasal reunion ni.Kehkeh.Well... aku manusia paling kalut kt muka bumi ni. Lain la kalau tangan aku mcm sotong CIMB, boleh la aku buat 8 kerja sekali harung.

Ni nk kena tulis sbb takut tiba2 kena amnesia, lupa habih kejadian yang berlaku untuk buat rujukan di kemudian hari. Tp mmg ada yg terlupa pun.kihkih.kalo tgk gamba baru ingat skit2. So, aku story based on gambaq je lah.

Mula2 aku mcm..heleh..pangkoq..pangkoq ja punnn...dok kt pulau2, laut2 gila bosannn! 2 tahun aku kt dungun tambah 5tahun aku kt SL pun mmg hari2 hadap laut.Laut, laut laut! bosangggg!

Dari JB nk ke KL dh satu hazab nk kena tempuh jem. Cuti skolah namapun.Nasib baiklaa anak2 aku jenis dh biasa dgn long journey. Yg kecik pun steady ja, so, lega lah skit. Aku lepak umah adik aku kt saujana putra kejap, pagi tu baru gerak kumpul kt RnR. RnR mana, xpayah tanya.aku lupa.haha.

Nak gerak ke utara punnnnn hazabedah kesuma dewi jugak. Aku xtau kenapa aku perlu terlibat sama dgn reunion CIVES speckybee ni.Nasib baiklah aku mmg kenal Speckybee dari sekolah, maka semua kawan2 dia aku kenal. Tapi memandangkan ni bukan macam reunion pun..macam family day gitu, so okeyla..boleh kenal dgn spouse kwn2 Speckybee yang lain.

Perjalanan yang perggh.. tak tau nk cakap.. Lepas satu, satu game budak2 ni main, tak sampai2 lagi ke ibu? bunyik soklannya.

Dah sampai jeti lumut, naik pulak feri pegi Pangkor. Dah sampai jeti Pangkor, tunggu sampai pukul 5petang trip feri ke PIBR. Aku dah berlengas2, rasa mcm nak terjun laut pun ada. Si bom2 pulak tak nyempat2 bom jeti Pangkor. Terkial2 lah aku basuh bontot dia kt kerusi jeti tu.wawawa.

Lepas dah sampai kt mini jeti, kena naik pulak truck menyendat dalam tu. Best la jugak terpekik2 everytime truck tu kona.Haha!

Akhirnyaaaaaaa.....

Reception Hall PIBR

We all semua stay kt Pacific Wing, level 4. Mula2 sampai lif tu mcm batuk2 dah..Hari nak balik, lif tu koma. Macam nak mampus mengangkut barang dari level 4 ke bawah. Bukan aku la angkat. Speckybee dgn kawan2 dia la... Tima kasih banyak2 sebab tolong kami.hihi.

Naik bilik....wahh....spacious! Aku ingat kecik sebab baca kt blog review, tgk gamba mcm kecit.


Katil pun luas. Buat penat hangkut baby cot.


Bilik air pun luas, ok. Cuma satu nk komplen, aku paling tak suka pegi hotel takde hose kt jamban. Ko tau tak aku ni metabolisme tinggi? 

Ni view dari bilik kami.

Aktiviti utama kt sini, MAKAN, MANDI,TIDOQ. kihkih...

Gamba meja je mampu aku snap. Gambar makanan, lepas dh melantak baru teringat nk ambik.kakaka! Meja, everytime makan, mmg dah siap2 reserved by group. So, senang xyah nk berebut apa.

Tapi makanan kt sini, not bad... mmg muka aku la kulu kilir pegi hangkut makanan. Smpai hall awal, yg paling lambat kuar pun ktorg la jugak. Lagi berbaloi rasanya ambik pakej hotel sekali makan ni sbb bila kira2 balik, kos van nk kuar dari hotel, nk makan kt luar yg kita tak pasti okey ke tidak tu pun dah berapa.Mak aku ritu lepak damai laut xsilap.skit punya hazab nk kua carik makanan.

Ni, turun bawah, belasah cukup2, naik atas bilik, berkuntau, tido. Heaaaavennnn! Tak payah pikir nk mop umah, nak masak, nak buat tu, buat ni...Besttt! betul2 rest.

Mlm first masa dinner, aku pun cam biasa, melantak mcm kena rasuk, sebab lapar gila. Pestu aku heran apesal semorang menung kt meja. Aku ckp kt Speckybee, nk naik bilik dulu ah, penat. Dia xbagi, dia ckp kena tunggu kawan dia. Nk kata ada aktiviti, xde. Kejadahan apa nk kena tunggu kawan dia, pestu naik sesama. Lif tu dh la mcm dh nazak aku tengok. Kang naik ramai2, runtuh tak pepasal pulak.

Rupanya, dorang nk surpirse celebrate birthday aku. Aku sendiri pun sampai lupa dah. Biasa laa..bila naik umur ni, malas aku nak ingat2 birthday ke arah ke tuaan. Zaman kecik2 dulu ye lah sebab tergedik2 nak jadi remaja.Kahkah! Mula2 aku mcm blur2, pestu tiba2 nyanyi lagu besdei. Eh, ada kek. Hahaha! Sebenarnya surprise tu hampir kantoi sebab org hotel tu mai tanya aku, yg mana satu En. Amir. Aku pun dgn mulut muncung2 tunjuk lah orgnya. Nasib baik aku tak kepochi tanya sebab apa suma.kihkih. Time kasih banyak2 kwn2 CIVES. Gambo kek kt fb, aku snap pakai phone je, malas nk transfer2. 



Aktiviti senggang mmg bawak anak2 pegi pool je lah keje. Ni semua kawan2 Speckybee masa study UiTM Arau dulu. Dah tua2 ni jumpa balik, rasa kelakar pulak. Kelakar bukan sebab apa. Sebab aku dh kenal dorang dari zaman muda mudi dulu, bila jumpa balik dah jadi bapak2. Dulu masa zaman muda mudi, dorang ramai2 ada pose gatai kt tepi kolam renang. Ni skang ni pose versi dengan anak2 plak. Hewhewhew!

Second day pegi jalan2 kt town Pangkor. Beli serba skit makanan kering, sotong kering apa tu. Takde borong sangat, sebab rasa mcm biasa2 ja.







Pinjam gamba dr member Speckybee, Ana. Semuaaa pakai baju CIVES. Yeayy!

Balik town, bawak budak2 lepak main kt beach.



Si kembung ni sgt sempoi...hihi

Apak apak lepas gian main bola sepak. Dulu2 aku sanggup pegi sokong geng CIVES walopon masa tu CIVES lawan BANKING. Berbulu budak banking.Kahkah!

3rd day, breakfast kaw2, pestu mandi kolam. Pestu siap nk balik.

 Ni dh atas feri nk ke lumut dh.

 Masing2 pengsan. Yg tembun tu je sebab dia dh puas tido.

Mmg best vacation kali ni. Byk aktiviti lepak sbb masing2 nk relax. Betul jugak, kang byk2 aktiviti, mmg tak terikut. Time kasih pada organizer, Dr. Amir, sbb susah payah organize reunion ni. Kwn2 Speckybee and spouses yg sporting. Seronok aku dpt kwn baru. This memories will last forever. wink! wink! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...