Wednesday, September 11, 2013

Laporan AEFI Nasuha Hannani Part 1 (Mengambil detail vaksin)

10/9/2013.

Oleh sebab aku yakin bahawasanya Nasuha mmg mendapat adverse effect vaksin yg diterimanya, maka aku berkeputusan untuk membuat laporan AEFI.

Laporan AEFI ni bukan untuk nk menyalahkan sapa2. Laporan ini perlu dibuat untuk memberitahu pihak2 yang terlibat berkenaan vaksin yg telah diberikan.Setelah meneliti Garis Panduan Farmakovigilans  yang dikeluarkan oleh BPFK, kesan2 yang diterima Nasuha adalah sama seperti yang dinyatakan.

Ada beberapa perkara mengenai vaksin tersebut seperti jenis vaksin, nama pengeluar, no batch serta kuantiti yg diberikan perlu aku dapatkan dari klinik di tu. Jadi, lepas maghrib semalam, kami sekeluarga pergi ke klinik untuk untuk mendapatkan maklumat yg diperlukan.

Eh,jap2..apesal ayat blog ni jadi skema? Efek dari baca GPF byk kali larr ni...

Okey, sambung balik. Aku pi kt tempat register klinik tu.Mujurla aku ni pesen peramah. Sebelum2 ni dh pernah sembang dgn staff kt situ. Rupanya dia pun mai dari kedah jugak.Nak kata jodoh,Allah pn nak mudahkan jugak kut.So,ini memudahkan lagi proses komunikasi aku nk dapatkan detail yg diperlukan tu.Mueh..mueh.

Tunggu dlm 10min, depa panggil masuk bilik doktor. Doktor tu nampak muka mcm garang. Aku takut gak salah ckp satgi dia tibai aku dgn stethoscope dia. Tapi aku yakin, niat aku baik. Aku bukan mai nk bergaduh ke, nk pi menyalah doktor ke apa. Aku nak tanya pasal anak aku, dan nk buat report untuk AEFI. Tu la saja.

Aku mula dgn ayat ni... "doktor..saya ni ada masalah...anak saya.." bla2 aku cerita la perihal nasuha dari awai sampai habis mcm aku cerita kt blog ni..

Pestu aku dgr betul2 ulasan doktor. Mula tu aku nk rakam, tapi dh doktor tu baguih..cakap lembut2 dengan aku, rasa mcm xsopan lak aku nk rakam bagai.Mcm poyo ja. Aku jadi segan kt org yg berbudi bahasa ni.

Doc tu cakap, ya mmg betul anak aku kena adverse effect dari vaksin. Dose yg anak aku terima tu, xdak masalah. Cumanya, kemungkinan anak aku ni dia ada elergik dengan protien. Dose yg anak aku patut terima, Hep B dose 3 tu. Tapi, kan klinik tu xdak single Hep B, so doctor bagi Infanrix Hexa. Infanrix Hexa ni adalah kombinasi vaksin DTPa,Hep B,Poliovirus dengan Hib.

Yg jadi masalah skang ni, Hib tu, sebab dia contain protien. Nasuha ni kira dh 4kali la Hib tu masuk dlm badan dia. Mmg sebelum ni dia ada reaction lepas cucuk.Sapa2 yg duduk dlm fb aku sblm aku jadi pemes mcm harini tau lah, bila aku post nasuha xmau tidoq sampai 3-4hari.Menangis ja keja.Tu lepas kena cucuk la jd mcm tu. Tapi aku, biasala, bangang kan, xrasa pun benda tu AEFI. 

Jadi doktor tu setuju reaction nasuha yg febrile fit (amboih,hg saja blh tunjuk kemaih? ingat aku xreti ka febrile2 ni?) itu adalah ADVERSE EFFECT, seperti yang terkandung di dalam GPF. Febrile fit tu terjadi sebab suhu badan yang tinggi. Sebab apa suhu badan tiba2 tinggi? Sebab badan Nasuha react dengan vaksin tu. Kalau aku xpi cucuk dia hari tu, dia dok saja2, dok bergelak dengan kakak2 dia, celah mana menatam febrile fit ni nk mai?

So, doktor pun setuju bahawa Nasuha memang kena AEFI. Jadi doktor galakkan aku untuk report perkara ni supaya pihak BPFK tau bahawa ada sesetengah org akan react dgn benda ni. Dia lagi tolong cari apa nama vax segala no batch semua. Yg aku tak paham, makhluk bebal yang tak berkenaan dalam cerita ni mai komen bukan2, tanya aku tau tak criteria nk report AEFI kejadahan apakah? Report AEFI is a normal thing. Mmg dlm GPF pun dia suruh promote bagi tau kesan2 imunisasi. Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan, dok kt BPFK PJ nu, tempat keja adik aku.Memang kerja ahli jawatankuasa ni pantau semua kesan advers pelalian. Jadi sila jangan menggelabah atau menggelupoq xpasal2. 

Jadi aku tanya doktor lagi, perlukah aku ambik imunisation utk Nasuha lagi lepas ni? Doktor kata, lepas ni Nasuha akan ada MMR masa umur 12bulan, dan booster masa umur 18 bulan. Doktor tak galakkan dia ambik booster since Nasuha dah tunjukkan kesan advers. Ni ayat dia. " Kita cucuk vaksin untuk mengelakkan komplikasi, tapi jika vaksin yg kita bagi tu yang menyebabkan komplikasi, buat apa nk bagi lagi?" Haaa..ni dia kata, bukan aku kata. Imunisasi adalah pilihan. Kita tak boleh paksa2 org nk ambik vax. Kita cuma boleh galakkan saja demi kemaslahatan sejagat, takut2 jadi wabak. Struktur badan org tak sama, ada boleh terima, ada yang tak boleh. Sebab tu kita xboleh paksa org untuk vax.

Dia xbagi aku ambil booster lagi dah, sebab badan Nasuha dh keluarkan banyak immunity untuk vax yg dia  dh dpt  tu.

Pestu, dia komen pasal MMR. MMR patutnya diberi masa manusia berumur 15bulan ke atas. Dia sendiri pun xpaham kenapa KKM punya schedule umo 12 bulan sebab tahap penerimaan badan dan sistem imune manusia masih belum sedia untuk terima MMR punya vaksin. Lagipun, rubella kan ada di bagi masa time skolah. So apa guna bagi MMR masa baby umo 12bulan? Haa..tudia... 

Jadi, memang doctor suruh aku buat report AEFI tu lah. Lepas ni BPFK akan buat siasatan dan hubungi aku lebih lanjut. Dan akan dikeluarkan surat khas untuk Nasuha untuk tidak ambik vax yg berkenaan lepas ni. Tu dia kata la.. Nanti tunggu aku hantar report ni dulu kt BPFK mcmana pulak kan.

So,itulah dia.Yg dok kata aku memandai2 tu, mmg aku pandai daripada hampa pon.Wahaha! Pueh hati? Aku up entry pasal Nasuha untuk menyelamatkan anak aku, untuk bagitau kt semua org, AEFI itu adalah wujud, dan kalau jadi kt anak hampa, hampa kena buat report supaya pihak2 yang berkenaan boleh memantau, boleh tau percentage kejadian ni. Tu cara dia, org nk buat kajian. Hampa dulu xpernah buat thesis ka apa?Komen super bingai semacam.

Tadi petang, member aku kt hospital baling call. Anak dia pun kena gak.Umoq 7 bulan.Tapi doktor kata, sebab lambat cucuk tu yg jadi sawan tu.Hmm..nk tergelak pun ada jugak dengaq. Tapi oleh sebab kawan aku xtau ada GDF apa semua ni, maka report tak di buat. So, rugi sorang correspondence. 

Patutnya,keja2 publisiti ni org jawatankuasa tu yang buat. Cer hampa tgk mukasurat 3, perkara 6 dalam GPF. Depa kena kempen keperluan utk report advers effect ni kt orang ramai. Ni dah jadi satu kerja aku pulak nk promosi GPF ni. Kena mintak upah kt KKM nih. Haha.

Cer hampa baca pulak mukasurat 5, perkara 8 yg kesimpulan tu. Dia kata kejayaan aktiviti (kutip data pasai adverse effect) ni bergantung pada semua anggota kesihatan dgn org awam. Dah kalau kita xbagi kerjasama, mcmana depa nak tau masalah kita? Dok la merawit sorang2 tak tentu arah.Bila org nk buat report AEFI,hg meroyan. Hg sakit ka? Ka xcukup vaksin dalam badan?Mai sini aku nk tikam hg dgn fine needle, mau?

Jadi kesimpulannya, mission accomplish. AEFI adalah wujud, dan pada sesiapa yang rasa anak dia kena AEFI perlulah buat report demi nyawa anak anda.

Akhir sekali, khas kepada anon yg suruh aku pi study medic nam tahun, buat call bapa ratuih jam apa tu..
Awat hg ingat aku study berapa tahun? Hg bercakap serupa hg sorang ja ada degree dlm dunia ni. Gaya hg tulih tu macam nk habaq yg hang ni doctor, tapi cara ulasan komen hg tu macam makcik propel sapu sampah kawasan hospital yg suka cicah jambu dgn kuah rojak mak bee petang2. Kalau betul hg ada title doc kt depan nama hang, aku ucapkan takziah la kat patients hg. Hang jangan lupa, esok2 hg duduk dalam rumah lebar 3kaki dengan 7kaki dalam tu, tok imam baca talkin, title hg tu depa tak panggei dah.

Aku minta maaf kalau bahasa aku agak kasar dlm entry ni.Aku xdak hal dengan org yang tak sependapat dengan aku.Aku lagi suka berbahas, berbincang sebab nak tau buah fikiran org lain.Aku pun kena bash gak dgn geng antivax. Tapi aku okey ja sbb cara depa bash elok dan ada input. Tapi kalau mai komen2 tak berilmiah, xbagi benefit apa, dok menambah kusut org, hg dapat sakit la. Aku rasa hampa yg baru2 mai blog ni xkenai aku lagi. Tu, nampak dak title blog aku? What u give, u get back? Hg sepak aku, aku bagi penerajang kt hg. Nama pun bumblebee. Hg mai dgn cara tak elok sarang aku, wa sengattt sama lu, kataku seperti sofi jikan. Fair and square. Nak mai komen,setuju ke xsetuju ke, biarla beradab skit.org tgh kusut2 anak sakit, bukan nk doa,mai dok tunjuk pandai.Tuhan bubuh setempek kt anak hg baru tau.

Aku juga nak bagi tips untuk sesiapa yang nk kena jumpa doktor,nak minta kerjasama kakitangan kesihatan untuk buat report AEFI ni, cakaplah dengan penuh berhemah.  Depa pun manusia gak. Kalau kita mai terjah2, mai macam nk menyalah depa apa semua, tak elok gak.. jangan ikut perangai2 anon yg mai komen bodo2 kt blog ni. Kalau kita hormat orang, cakap baik2 dengan orang, insyallah tuhan tolong kita, orang tu pun xdak masalah nk tolong kita. Aku, siap klinik tu cop nama doc yg bg vaksin,alamat, no phone klinik apa semua.

Dah tak payah dok bergaduh dah.Nak cucuk ka, xmo cucuk ka anak hampa, biar berlandaskan ilmu. Hampa sendiri yg kena buat decision, hampa sendiri jugak yg kena tanggung implikasi dari keputusan hampa tu.

Aku harap faham la kut apa aku tulis ni.Kalau xpaham aku nk translate p ke bahasa sri lanka bagi.Aku jugak berharap, xada lagi komen2 dari si bingai yg xpaham topik entry.Low class sgt laa wei mai hantam2 xpasai2 blog org ni.Mai dari ulu banat mana?

ok? kalau ada apa2, kita buleh bincang kt ruang komen.bg org lain dpt manfaat sama.

56 comments:

Lynn Nasir said...

assalam,

hahahaha..segala jampi serapah mai daahhh.. ^^ sapa mkn cili terasalah pedasnya. anyway, bagus ada entri mcm ni. insyaallah celik mata hati makpak sekelian bahawasanya cucuk vaksin tu bukanlah bersesuaian utk semua anak kita. tolong ambil masa utk baca Garis Panduan Farmakovigilans (GPF), sila google la yek.

# thumbs up mama nasuha. i am proud of you! :)


p/s : nah, ros seketui @>---

Anonymous said...

alhamdulillah. nis. kuatkan semangat. kami mendoakan semuanya dipermudahkan.

Rai Ahmad said...

Aku baru baca ni. Cengey aih. Apa2 pun tabik jugak kat hg sebab vax jugak anak hg dgn vax yg sesuai. Maksud aku hg cari gak la info semua. Bukan cam aku. Vax anak membabi buta x bc. Seb baik anak aku tadak alergic apa. Kalau dpt alergic cam cu'a mau aku pun sama naik menyengat.

Nasuha, stay debok tau! ♥♥

Tijah said...

"Tuhan bubuh setempek kt anak hg baru tau."

kan?
senang la cakap.
tak kena...tak rasa...tak tau.

semoga nasuha membesar sihat sejahtera. nanti dah besar jadi doktor yg bagus ye sayang...

Anonymous said...


awat takde button like kat blog ni? hehehe nak like bebanyak kali ;)

tahniah mommy! anda memang berani.. inilah yg dikatakan berani kerana benar.. semoga parents diluar sana akan celik mata dan buat keputusan berdasarkan ilmu di dada. bukan cuma mengikut kata hati.

semoga baby yg comel tu terus sembuh and ceria seperti sediakala (^_^)

NabiLah Nor aZmaN said...

thumbs up mama nasuha!!!!

NabiLah Nor aZmaN said...

thumbs up mama nasuha!!!

Nafira usof said...

kan dah marah~
kita buat yang terbaik untuk anak kita kan~

teruskan memberi ilmu pasal AEFI k~
nak tau jugak camner cara nak wat report tuh. nanti share k~
nak study pasal GPF jugak lah lepas nih. anak2 Ra memang dah habes vax. nasib lah dorang x de pape alergic pada Vax.

semoga Nasuha kembali sihat dan ceria.

terima kasih atas ilmu yang berguna ini. :)

Angah said...

Tahniah Mama nasuha! bukan susah pun nak jadi informed parents kan, asal hati terbuka dan sanggup study demi anak.

Thunbs up for ur effort.

Anonymous said...

Amboi anis dah cengey aih..sapa suh jolok kan..hehe..depa xtau camana kita hadap anak kita bolehla cakap ikut suka.klu xsetuju pn ckp la elok2 bg point..thanks gak weh kesah hg ni buka mata org lain.xkisah sama ada nk vax or xvax.aku anon yg bnama cik ah.hehe

Nur Zulya said...

As salam,

tahniah!!.ibu Nasuha semakin kuat.abaikan komen yang tak bagi makna tu.Sangat suka entry ini.

miSSmOMo said...

saya harap dengan pendedahan ni docter2 n kkm akan buka mata..huhu

SueZ said...

saya pun tengah berpikir ni nak amik MMR ker tak sebab dulu anak pertama lepas MMR dapat exzema..risau plak hati...tq jugak utk kak farah sbb selalu bg link blog ni nak baca....

RATNA RAHIM said...

wahh bagusnya doktor tu...doktor yang memahami dan mendengar macam ni lah yang kita mahukan...reminds me of Dr Sears...

tahniah sebab puan dah jalankan tanggungjawab utk membantu KKM dalam mengumpul data. Malaysia aje yang tak maju bab2 kumpul data ni..taknak contohi negara lain yang ada complete data mengenai taraf kesihatan rakyat..

tu pun ada yang bijak pandai suruh belajar medic...saya faham posting puan bukan lah nk bash vaksin atau doktor whatsoever..tp lebih kepada KEMPEN kesedaran..AEFI itu wujud..kalau anak ada tunjuk adverse effect, kita kena jalankan tanggungjawab utk buat report

tahniah lagi sekali

intan said...

nak ros juge :)

ya, kenyataan/makluman dari pihak ibubapa memang penting bukan untuk menakutkan masyarakat, tapi untuk kita sama2 ambil tahu apa yang selama ini tak pernah kita ambil tahu.

(fb : ibu adam darwisy)

puanseri said...

tahniah puan. sanggup dikingsikn pengalamn untuk kami pembaca. smg urusan puan dipermudahk. ameen

Ros Ibrahim said...

hope your baby recover dari semua kesan vaksin dan teruskan berkongsi ilmu ttg AEFI..thumb up.

NOOR HIDAYAH Tohid said...

wahhh... tu dia.... takdok plak butang like kat sini... nak like satu ratus juta kali muleh...

NoRLiN said...

Nak tumpang tanye..klinik yg bg vax ni klinik kerajaan ke klinik swasta..nak tau je sbb risau gak bace ni..ade org kate klu dah start amik kena continue amik semua dose..setakat ni mmg amik vax kat klinik govt je..x penah lg gi klinik swasta..tp klu klinik govt pun ade effect cmni takut laa..

Fizah Aziz said...

Terima kasih atas perkongsian..mmg sya pun buta2 je cucuk anak..saya rasa ramai kot yg mcm sya..dan yg paling tak paham, kenapa waktu nak cucuk, doctor & nurse tak terangkan langsung pasal adanye adverse effect ni..just ckp, maybe akan demam je...
tak puas hati betul la..sya terfikir kalau org2 kg yg tak tau baca, tak de pendedahan dlm internet mcm ni???

lg satu, pasal yg comment entri awk, suruh blajar medic 6 tahun tu, mmg tak boleh blah ek...eeee...mcm bagus gilerrrrrrrrrr...ko hengat ko sapa (marah on behalf, boleh??) igt org2 yg tak blaja medic, tak boleh pandai pasal bende2 mcm ni?? (sya maksudkan awk la..)

apa2 pun, moga baby awk yg comel gebu tu cpt sembuh & tak ada apa2 effect. Salam..

Mursyidah Rosdi said...

puan norlin, eloknya puan minta vaccine insert dari pihak klinik kesihatan atau klinik desa tempat puan bawa anak puan. minta pihak mereka terang 1 1 apa yang terkandung dalam tu. kemudian,buatlah keputusan. kalau puan ragu2, tangguhkan dahulu suntikan sambil puan istihkarah.

ingat 1 saja, you can vaccinate anytime but you can never unvaccinated

Mursyidah Rosdi said...

puan norlin, puan boleh minta vaksin insert dari pihak kk tempat puan bawa anak puan. minta mereka terangkan 1 1. selepas itu, buatlah keputusan. jika ragu2, istikharahlah.

ingat 1 saja. you can vaccinate at anytime but you can never unvaccinated

Fieda Eryda said...

good job mommy nasuha....

Ammi Sahil said...

Semoga Allah permudahkan segalanya utk Ani membuat report AEFI ni.. Ameen

Ammi Sahil said...

Semoga Allah permudahkan segalanya utk Ani membuat report AEFI ni.. Ameen

my blog said...

TERIMA KASIH..SAMBIL BACA EBTRY akk sy selak selak GFK. semoga allah permudahkan segala urusan akk sy bangga dgn akk.

Anonymous said...

Well done mummy Nasuha!
Thanks for sharing good info ;)

nelly ahmad ali said...

well done.
hopefully ramai la yg sebelum ni buta, dan cuba nak celik sikit. siapa tak buat silap. ingat mak-mak yang anak-anak kena AEFI ni tak rasa bersalah sebab sebelum ni tak pernah cuba nak ambik tahu pasal vaksin? sampai bila2 rasa bersalah kot? tapi org ada akal, move on dan cuba improve apa yang kurang. ambik tahu lebih banyak.

anak saya ni dah 5 tahun. dah nak masuk tadika dah pun. bila ingat semula betapa teruknya dia sawan dulu, betapa tiap kali demam, suhu naik tinggi macam hape, tak reti nak cakap lah. tu tak masuk lagi lepas inject, tiba-tiba lost word. tak boleh cakap langsung. nak cakap takde kena mengena dengan MMR ke? ke lepas MMR kena sampuk? ehmacam betul jugak, kan? dalam tu kan ada janin?? tak logik janin=mayat, dah masuk dalam tubuh orang, boleh kena macam2? haha.

pada doktor-doktor dan provax mulut yg bahasa kurang ajar mengeji mak nasuha ni, korang lah orang-orang yang buat KERJAYA DOKTOR MAKIN DIPANDANG RENDAH. makin senang dihina. makin senang dimarah-marah dikeji-keji. sebabnya? bahasa, adab korang memang out.

korang takut ramai makin tahu benda sebenar kan? at the same time korang taknak mengaku tentang ilmu yang orang lain tahu tapi korang tak pernah dengar dan tahu. bukan sebab takde pendedahan , takde peluang, TAPI KERJA KORANG, ADA AKAUN FB PUN, SET POST SEBAGAI PUBLIC POST DAN MENGUMPAT-NGUMPAT PATIENT, MENGUMPAT2 IBU BAPA YANG PILIH UNTUK SELAMATKAN ANAK-ANAK DIORANG. malu wey jumpa doktor macam ni. nak-nak doktor bius Hosp Tunku Ampuan Rahimah tu. kerja suka mengumpat kutuk orang memang nauzubillah. memalukan sungguh. tapi bila orang tanya apa VACCINE INGREDIENT, tak tahu apa. kutuk orang laju.

tu tak masuk lagi doktor-doktor lain yang cakap DOKTOR BUSY, TAK SEMPAT ITU TAK SEMPAT INI, tapi stalk parent yang berjuang nak ibu bapa lain ambik tahu pasal vaksin boleh pulak. pastu macam biasa, up status kat FB kutuk-kutuk. DOKTOR BERPELAJARAN KE KORANG NI? TAK UBAH MACAM ORANG TAKDE PELAJARAN.

siap buka page untuk orang tahu kepentingan vaksin, tapi duk condemn orang lain. post dan comment condemn orang lagi banyak dari post-post ilmiah. UGLY sungguh. korang la yang buat orang lain jijik dengan perangai korang.

lepas ni sudah2la memalukan diri korang. jelak tengok realiti sebenar doktor2 malaysia ni.

orang kita kadang2 terlebih cerdik jugak. blog doktor dari malaysia yang pasal vaksin pun tak tahu pape (TAPI BUAT2 TAHU, MENIPU JE KERJA), percaya sangat. blog dan research doktor luar negara pasal bahaya vaksin, taknak percaya. sebab?? blog dr.Z , dr.S dan lain2 tu DALAM BAHASA MELAYU. so senang baca. SENANG BACA MAKNANYA BOLEH PERCAYA LA?

haha gitu la orang kita.

ambik pengajaranlah kalau nak.

nelly ahmad ali said...

well done.
hopefully ramai la yg sebelum ni buta, dan cuba nak celik sikit. siapa tak buat silap. ingat mak-mak yang anak-anak kena AEFI ni tak rasa bersalah sebab sebelum ni tak pernah cuba nak ambik tahu pasal vaksin? sampai bila2 rasa bersalah kot? tapi org ada akal, move on dan cuba improve apa yang kurang. ambik tahu lebih banyak.

anak saya ni dah 5 tahun. dah nak masuk tadika dah pun. bila ingat semula betapa teruknya dia sawan dulu, betapa tiap kali demam, suhu naik tinggi macam hape, tak reti nak cakap lah. tu tak masuk lagi lepas inject, tiba-tiba lost word. tak boleh cakap langsung. nak cakap takde kena mengena dengan MMR ke? ke lepas MMR kena sampuk? ehmacam betul jugak, kan? dalam tu kan ada janin?? tak logik janin=mayat, dah masuk dalam tubuh orang, boleh kena macam2? haha.

pada doktor-doktor dan provax mulut yg bahasa kurang ajar mengeji mak nasuha ni, korang lah orang-orang yang buat KERJAYA DOKTOR MAKIN DIPANDANG RENDAH. makin senang dihina. makin senang dimarah-marah dikeji-keji. sebabnya? bahasa, adab korang memang out.

korang takut ramai makin tahu benda sebenar kan? at the same time korang taknak mengaku tentang ilmu yang orang lain tahu tapi korang tak pernah dengar dan tahu. bukan sebab takde pendedahan , takde peluang, TAPI KERJA KORANG, ADA AKAUN FB PUN, SET POST SEBAGAI PUBLIC POST DAN MENGUMPAT-NGUMPAT PATIENT, MENGUMPAT2 IBU BAPA YANG PILIH UNTUK SELAMATKAN ANAK-ANAK DIORANG. malu wey jumpa doktor macam ni. nak-nak doktor bius Hosp Tunku Ampuan Rahimah tu. kerja suka mengumpat kutuk orang memang nauzubillah. memalukan sungguh. tapi bila orang tanya apa VACCINE INGREDIENT, tak tahu apa. kutuk orang laju.

tu tak masuk lagi doktor-doktor lain yang cakap DOKTOR BUSY, TAK SEMPAT ITU TAK SEMPAT INI, tapi stalk parent yang berjuang nak ibu bapa lain ambik tahu pasal vaksin boleh pulak. pastu macam biasa, up status kat FB kutuk-kutuk. DOKTOR BERPELAJARAN KE KORANG NI? TAK UBAH MACAM ORANG TAKDE PELAJARAN.

siap buka page untuk orang tahu kepentingan vaksin, tapi duk condemn orang lain. post dan comment condemn orang lagi banyak dari post-post ilmiah. UGLY sungguh. korang la yang buat orang lain jijik dengan perangai korang.

lepas ni sudah2la memalukan diri korang. jelak tengok realiti sebenar doktor2 malaysia ni.

orang kita kadang2 terlebih cerdik jugak. blog doktor dari malaysia yang pasal vaksin pun tak tahu pape (TAPI BUAT2 TAHU, MENIPU JE KERJA), percaya sangat. blog dan research doktor luar negara pasal bahaya vaksin, taknak percaya. sebab?? blog dr.Z , dr.S dan lain2 tu DALAM BAHASA MELAYU. so senang baca. SENANG BACA MAKNANYA BOLEH PERCAYA LA?

haha gitu la orang kita.

ambik pengajaranlah kalau nak.

Adlilatun Nur said...

good job mummy....

umi_nasuha said...

Mommy nasuha!!!! Ape yg berlaku pd ur DD menguatkn lg sy tuk unvaccinate my ds..sokmo da ni kene kejar ngan nurse, tp kte senyum je, my ds mmg ade allergic n eczema n sy sgt tkt bnda yg serupa berlaku..smpt vaksin smpai umo 6m je, pastu keep on gali ilmu pasal eczema n vaksin..smoga usaha akak dipermudahknNYA..amiin ya rabb

Qeela Aini said...

Salam, Qeela setuju sgt, mmg AEFI nh wujud..moge ur daughter cpt elok..Qeela bru jumpe blog nh pon drp group OHUB, esp dr sis Farah, hehe, so dtg mai troih follow sini :) kalau sudi jemput2 la jenguk & follow blog Qeela gk naa :D

http://ourrandomrainbow.blogspot.com

Anyways my daughter kene eczema after MMR, tp dh lme lps MMR bru tau psl vaccine, AEFI bgai tu sume..so pasnh insyaAllh ank seterusnye jgn hrp nk vaccine2 lg dh. :)

Zee Suhaini said...

tengs for sharing info..sangat berguna..tak pernah amik tau pon pasal pro & cons vaksin..asyik gi cucuk anak jer selama ni..

Nur Zulya said...

like sangatttttt dengan komen puan nelly ahmad ali dan ibu2 yang prihatin.apa tah lagi yang da sedar keburukan vaksin.well done!!!!

Anonymous said...

satu: jarang jumpa ibu yg kuat macam mama nasuha..

dua: jarang jumpa ibu yg berani kerana benar walaupun kena hentam sana sinni macam mama nasuha

tiga: dah makin TAK jarang jumpa Dr otak letak di lutut

empat: Dr2 yg otak dlm patella...boleh lah pergi siapkan report/ discharge summary, dari buang masa stalk sana sini, dan cuba lah kurangkan kerja HO tu...jgn jadi Dr yg memalukan Dr lain.

lima: dulu masa nak buat medic..diorang pilih yg cream of the cream aje tau esp nak buat medic dlm msia, UM, UKM,....lepas tu tak cukup Dr...yg bukan cream sgt pun depa hantar obersea ( oh, ramai my friends yg x layak masuk Medic local, tapi sebab BI dapat A, boleh p ireland buat medic), dan seterusnya uni2 lain pun makin ramai nak ada faculty of medicine....dan mungkin sebab itu..hasilnya Dr sekarang...macam Dr2 yg otak dlm patella tu ye...tolong lah jgn tulis dlm ni..kome2 ni hasil MD UKM...buat malu teman aje!...oh nooooo!...

enam: semoga nasuha bebas dari segala kesan sampingan jangka panjang vaccine. amin...

tujuh: saya bangga dgn puan..mama nasuha...nasuha akan menjadi wanita kuat juga seperti mama nya...

saya sokong mama nasuha!

saya guna anon lah ye...malas nanti lalat2 masuk blog saya pula....

hugs

hawa84 said...

Tq mama nasuha!info yg sgt bgna even ank2 sy xdak elergic dgn vaksin,if tjd pd sesapa,sy akn inform depa hal nie..

FB:SITI HAWA NOR SAMSUDIN
SLM PKENALAN YER!

Anonymous said...

hahahahaha well said!

"Hang jangan lupa, esok2 hg duduk dalam rumah lebar 3kaki dengan 7kaki dalam tu, tok imam baca talkin, title hg tu depa tak panggei dah."

sy juge guna anon..nanti ade langau serang blog check dan way of life chek pulak hahahaha

Yang benar

Anon, 9.31 am dan 9.39am

Anonymous said...

for info, cer puan anis gi riki Vaccination schedule negara Jepun..;)

Depa tak wajibkan vaccine sejak 1975 rasanya(lupa, kena check balik)

vaccine must be single vaccine, contohnya measles utk measles sahaja no combo2 vax...kalau nak vaccine, single vax is safer than combo vax...sebab takde adjuvant ,takde heavy metal like aluminum .thimerosal ke ape ke benda tah...

dan vaccine disarankan pada usia 3 - 24 bulan :) taraaaaaaa..jom pindah jepun!

kat US dan Malaysia tanah airku ini, cucuk selepas shj lahir!vaccine lagi penting dari colostrum(susu awal ibu)...hahahaha tiru lagi US schedule yang tak semenggah itu...nak tiru jepun takleh..sebab rugi lah big pharma yooooo....

Anonymous said...

Puan Norlin: meh chek nak habaq mai...

ramai confuse vaccine dgn antibiotik..

Antibiotik: ubat
Vaccine : bukan ubat

Antibiotik: once telan/amik, kena complete dose utk elak bacteria jadi kebal/resistant
Vaccine: once amik, then kalau tak nak amik dah, takde apa2 kesan backteria ke virus ke jadi kebal aih....

Anyway sy prefer probiotic than antibiotic :)

Anonymous said...

jap2..otak dalam patella! anon 5.03 pm hahahahaha

Fateja Dean said...

Dang!!

Nk like 30juta kali komen Nelly Ahmad Ali tp x dapek! U ROCK! mmg kene setepek.

ezzati said...

thanks kongsi info..baru aku tau kewujudan kejadah2 ni sume..sangat bagus utk ibu2 cam aku yg memang tak pernah tau pasal ni..hoho..

p/s:glamer blog ko skrg..ada jgk spesies manusia cmtu..abaikan je..

Anonymous said...

Very well said!

1. Belajaq sampai 6tahun (Awat 6tahun? Repeat paper ka?) tapi attitude mengalahkan orang tak pi sekolah! Lupa ka belajaq Ethics 101 macam mana dulu?

2.Takut dengan bayang² sendiri. Tu pasai sampai sanggup 24/7 stalk support group yang dah bagi banyak manfaat kat orang lain.

3.Ego tercalar gila² punya pasai parents la ni sibuk nak amek tau pasal vaksin yang hangpa sebenarnya tak update ilmu pasai vaksin pun. (Sapa suruh PEMALAS SANGAT NAK AMEK TAU? Vaccine Ingredient pun taktau!)

4.Yang lagi aku rasa doktor² bajet HEBAT SANGAT ni TERUK tahap tak tau nak kata apa (Sumpah ignorant sangat!)ialah depa cuba nafikan kewujudan AEFI dan GPF. Pui!

Bila ada mak yang berani vocal macam ni, kalut nak mai serang dengan ideologi² karut marut hangpa! Sumpah gila!

Banyak toksin sangat dalam badan hangpa ni. Nak detox pi beli Epsom Salt 100kotak bagi hilang sikit perangai bukan² hangpa tu..

Elok lah hangpa geng :
1. Sorang tercucuk bius banyak kot kat Hospital Klang? Tension dgn unvax parents punya pasai.
2. Sorang lagi nampak innocent tapi bahasa tak melambangkan bangsa.
3. Sorang keja meghonjang ja. Pulun tiap² taun masuk Prince Court. Boleh belagak kat FB. Kononnya kaya. Menyewa ja pun kat Sg.Buloh nun. Kata orang gemuk, dia lupa dia pun gemuk gamaknya!
4. Sorang, pura² ada anak. Tapi dipanggilnya anak itu seekor! Apa punya mak lah hang ni oi!

Memalukan para doktor betoi. Sedih!Macam ni perangai doktor naaa?
Dah tak pasai² parents tak percaya pada doktor di Malaysia.

Simpan lah tension hangpa tu jauh², open minded sket lah.. Semak betoi dgn makhluk² macam ni. Melangau ja keja!

Anonymous said...

sempoi!

^_^

Sebab tu, group tu ditubuhkan bukan untuk AJAK orang supaya JANGAN VAKSIN anak, tapi tujuan group tu adalah untuk MENGAJAR IBU BAPA SUPAYA TAHU APA HAK DEPA.

sedangkan GPF pun KKM TAK SEBARKAN, ada Dr. yang TAK TAHU pasal ni,

tiba-tiba yang nak marah mak-mak yang abihkan masa berejam-jam study pasai vaccine pasaipa?

marah?

pasai kami ni tak cukup 6 taun study?

INGAT,
ILMU ALLAH NI LUAS.
Kalau rajin belajar, rajin bertanya, tak payah susah duk pi Ireland bagai.

Peace :)

designer.wayco said...

aku rasa...mak2 ni bukan la marahkan vaksin...cuma diorang rasa kecewa...terkilan sebab takde doktor pun yang bagi keterangan sebelum suntik anak diorang... WHY? kenapa takde doktor pun bagitau bahawa adanya GPF tu? WHY? itu persoalannya...

kalau dah doktor PROVAX sangat, apa salahnya kalau doktor bagitau lebih kurang macam ni :

"suntikan yang bakal anak puan amik ni ada kesan sampingan dia... puan bole baca dalam buku ni (ko bagi laa buku GPF tu, takat fotostet punye pun takpe laa)... vaksin ni bagus untuk cegah penyakit, tapi kadang2 ade orang yang tak serasi dan dapat kesan sampingan, jadi kalau berlaku kesan sampingan, puan bole rujuk semula dan buat laporan ya?"

doktor kena la terangan, ape baiknya amik vaksin ni tapi kena jugak bagitau ada kesan AEFI... DOKTOR KENA MENGAKU MEMANG BOLEH TERJADI AEFI! bukan balik2 cakap cuma demam aje...

tuan tanah ni pun dulu full vaksin anak2 dia, semua ok sihat aje Alhamdulillah, tetiba anak yang ketiga kena AEFI sebab vaksin dan dia amik keputusan tanak vaksin lagi, salah ke?

kalau orang ade alahan makan seafood, then lepas tu dia tanak makan seafood lagi, adakah menjadi kesalahan? ade ke orang ni pun dok hasut orang lain cakap ehhh ko jangan makan seafood nanti gatal2 macam aku....ade??

aNiS tHe BumbleBee said...

Yes.Designer Wayco.Ini adalah contoh pembaca yg faham topik yg dibincangkan.

Yg merepek2 tu,maybe ada jangkitan kt otak dia sbb susah sgt nk faham apa yg dibincangkan.

LuN@_aiDi said...

well said! desinger wayco, sepatutnya doc memang kena bagitau kebaikan & mungkin keburukan vaksin,
bukan susah pun nak explain. kata belajaq medic 6 tahun.
neh main hentam kormo cucuk jer, ntah budak tuh serasi ntah idak.
sebabnya bila jadi apa-apa, tahu ler ibubapa nak buat aper. laporan ker aper ker
kekadang kesian dekat ibubapa yang tak tahu pasal wujudnya AEFI dan dok ingat
sebab genetic, **dushhh rasa kurangnya pededahan pasal vaksin.

Nak vaksin anak or tak nak vaksin anak adalah pilihan ibubapa masing masing
setiap org nak yang terbaek untuk anak masingmasing
so stop ler dari dok condemn orang. dari dok sibuk condemn orang tuh
lebih baik ler p study pasal vaksin. ada jugak baguih! hihi

to mama nasuha, take care.. anda memang tabah!



Anonymous said...

bila baca post n komen2 sini, tak sangka pasal vaksin pun boleh memecah belahkan orang..

relax2, kita sama2 rendahkan hati dan diri untuk saling belajar. sama ada doctor atau patient, semuanya adalah learner :). yg penting kita jaga bahasa, adab, n ajaran agama kita.. xnaklah sebab vaksin, semua orang dapat dosa..

tak semua doktor tu kepala kat lutut.. tak dapat dinafikan ada yg tak qualified pun tapi sebab ada duit (self sponsored), boleh further in medicine. tapi kalau yg disponsor oleh badan2 tertentu, insyaAllah mereka semuanya qualified.

wallahualam.

btw, thanks for the info.. mari terus mengkaji :)

Anonymous said...

designer wayco ni laki ka pompuan? kalo pompuan nak hugs ketat ketat!!

suka dengan komen tu. itu yang sebenarnya mak2 ni mintak. bukan susah pun. terang a2z,bagi gpf,buat test kalau mak2 tu nak bagi puas hati depa. lepaih tu cucuk la 10 jarum pun kalau nak.

bukannya main redah. dah tu kat kk tu misi ja yang cucuk lepaih tu sain. no batch,manufacturer,expired date natam pa tak tulih.

halo! kucin kawan aku pun ada sticker vaksin tau dak?

Farah Ahmad said...

Saya sokong designer.wayco. Setiap kali saya pergi vax, xpernah pn doc bagitahu dulu kesan2 vax untuk anak. Asyik cakap demam je. Thanks Pn Anis sbb share semua.. Atleast membuka mata saya untuk mengambil tahu ttg kesan vax terhadap anak. Sebelum ni jd mcm pak turut ikut appointment yg misi buat je..

syaz said...

ade sorg kwn sy ni, dia g tny doc 'xpe ke x vaksin ank?" hahaaha.. igtkn doc tu nk citer pnjg lebar sbb knp perlu amik vaksin upenye dia ckp org x vaksin terpengaruh ngan org dakwah, klu dulu al arqam la.. then dia ckp lg, byk kes baby meninggal sbb x vaksin!! doc KK leh jwb gitu? kwn aku ni da terketar lutut bile doc tu sebut baby meninggal la ape la... huhuhu....

Anonymous said...

Mama nasuha,

Boleh tak bagi tau klinik dan doktor mana yang mama nasuha tu pergi.Anak kita pun bakal nak kena cucuk.Nak dapat nasihat daripada doktor tu juga..

dalila said...

bravooo la sis..
huhu..gud info..tq3..
suka baca..tapi xleh nak follow plak..
sadiss -.-

Ahliah Hyzam said...

suka, suka. betul... nak share sis

Hanim said...

Assalamualaikum Puan Anis,
Terima kasih tentang info berkenaan AEFI. Sebelum ni saya mmg tak tahu kewujudan AEFI ni semua. Alhamdulillah anak saya ok dgn suntikan imunisasi setakat ini. Dah 7 bln anak saya. Tapi kita tak taukan..mungkin next suntikan kena adverse effect. Jadi saya tahu bagaimana dan di mana nak buat aduan rasmi.

al-linggi said...

Anak sy ari tu cucuk mmr...then kuar bintik2.....kira aefi kn? So...nk kene buat report x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...