Wednesday, September 25, 2013

Sah! Nasuha memang alah kepada telur.


Minggu lepas, hari Sabtu, Si Najlaa pulak muntah2 demam. Speckybee masa tu ada volleyball tournament kt UTM. Pagi tu, dia ckp dia sakit perut dan muntah. Aku pikir2, apa benda yg dia makan smpai mcm ni. Nk kata food poisoining, dia sorang je. Mlm tu aku buat spageti. Pestu dia mkn Nips. Spageti tu mmg dia biasa mkn. Nips tu yg pertama kali bwk masuk umah ni. Speckybee tu bangsa suka beli jajan merepek2. Aku manusia paling pantang dgn jajan2. Maklumlaa...mak org spital. Org spital ni dia lain mcm skit kalo bab2 permakanan. Hygiene tak hygiene semua ada kt mak aku.Kahkah..cess..

Dlm pukul 12, Si Najlaa muntah,berguling2 sakit perut. Aku dh tak sempat tunggu si Speckybee balik umah dah. Call teksi, desup pegi klinik kt bandar tu. Desup tak desup sgt laa...pakcik tu boleh pulak buat sesat2 cmna nk kuar dr taman ni. Astaga....

Smpai klinik, check Najlaa semua, doc ckp maybe elegi kacang. Tp aku rasa mcm tak jugak, sbb raya aritu dia pulun kuah kacang dgn ketupat okey je pulak. Aku syak angin. Sebab dia mkn nips tu, mcm mkn nasik mlm tu. 

Doktor yg aku jumpa check Najlaa tu, adalah doc yg cucuk Nasuha haritu. Dia nmpak muka aku masuk, 
2-2 ckp "Haaa!"  Hihihi... Dia tanya, apa jadi dgn Nasuha pas cucuk aritu. Aku pun cerita la balik. So aku tanya, perlu tak aku bawak apa2 surat utk exempt Nasuha ni dari imunisasi lepas ni. Dia ckp, aa.. dia akan buatkan surat. Ada beberapa reader yg tanya, klinik mana, doc mana apa semua, aku rasa better hampa email aku personally kut.. Satgi aku tulis kt sini, pakat serbu ramai2 kt klinik tu, mcm tak elok plak rasa. Lagipun doctor2 kt situ semua adalah pro vax tegar. Cuma yg senior2 ni depa tau lebih terbuka skit pasal AEFI tu. Takut2 kalau tanya tak kena gaya, doctor tu jadi emosi, mula la nk tuduh kita tak mau vax anak sbb paranoid tak pasai2, ikut trend apa semua..
So..kt bawah ni recommendation letter dari doc tu.

Masa first aku jumpa doctor untuk buat AEFI report tu, dan discover yg si Nasuha ni alah pada protien, aku ada tanya senior doctor tu, mcmana dgn diet Nasuha. Kena avoid segala jenis protien ke camna? Doc cakap, dia boleh mkn protien, cuma elakkan dari bg yg half cook. Kena make sure, telur, daging, ayam semua2 tu masak betul2.

Aku ni sebenarnya...susah jugak untuk org nak influence. Aku percaya apa yg aku percaya ja. Aku ni bukan takat tak percaya adverse effect infarex hexa tu, bertambah kronik, aku xpercaya anak aku alah pada protien. Sebabnya, dlm family aku, xpernah lagi  dinasihatkan untuk pantang apa2 makanan. Semua kami balun. Dinasihatkan kurangkan makan tu ada la..Cuma aku ja la kut, xblh sgt dgn susu. Satgi dia mai melugai (mual), cerah gelap cerah gelap bijik mata aku rasa. Adik beradik Speckybee 8org tu pun setahu aku xdak pulak yg kena  elegik2 apa ni. Nak kata aku degil pun, mmg ya. Mak aku pun ckp aku degil yarobi. Yg adverse effect tu aku dah boleh terima la skang ni..cuma aku tak pasti betul kah protien dlm tu yg buat anak aku fit malam tu?

Ni muka baru lepas bedal nasi sepinggan.

Tengahari semalam aku buat test. Selepas 2minggu,Nasuha dah sihat, selera dia mai balik. Skang ni dia dah ada 6batang gigi, gabak2 pulak tu. Aku suap jugak moi (bubur nasi), tp dia slalu buat geli2 tekak nak telan. Berlagak nk makan nasik. So semalam, aku buat sup bayam, dgn scramble egg makan dgn nasik. Dia punya pulun makan sampai lencun2 baju. Tapi telur aku bg dlm 4suap ja, sbb aku nk test, betul ka dia ni alah dgn telur separuh masak ja? Scramble egg tu pun aku buat garing2 skit sbb nak make sure telur tu betul2 masak.


Everything was fine until 1a.m. Badan dia dedar2.Aku rasa semua org tau kut, malam mmg lah time terbaik microorganism nk membiak,nak berdisko ke apa ka. Sbb suhu malam membuatkan depa ni aktif.  Check tempreture dh 99.8F. Sorilah aku mmg pakai Farenheit.Sbb tm ni aku beli ms kt SL dulu. Malas nk convert2 pi celcius dah, stgi jadi topik perbincangan plak. Biasanya, mmg dari anak sulung, kalau suhu dh cecah mcm tu, aku sumbat PCM. Aku ni bukanla anti ubat spital langsung2. Aku pun hidup dlm hospital gak dari kecik. 30 tahun aku hidup mmg pusing2 hospital. Naik basikal depan casualty petang2, melilau kt tepi2 bilik mayat konon nk tgk hantu, umur 8tahun aku dh tgk sel darah merah, darah putih gerak2 kt microscope mak aku. Tapi ada sebab la aku elakkan PCM tu kalau tak terdesak.

Tak payah tunggu nk ada MD,kena tau la jugak skit2. Dah kalau kita tau anak kita alah something, ambik tau sama, yg pi cucuk bulan2 tu nama apa, ada apa dlm vax tu. Takut jadi kes mcm ni la. Pernah tgk cerita Slumdog Millionaire? Dia bukan ada degree master PHD apa pun. Tp sebab apa dia tau jawapan bg soalan2 tu? Sebab pengalaman  hidup dia laaa.. Tapi doctor tetap la jugak jadi tempat rujukan. Depa dah mmg belajar bab tu. Doktor pun perlu gak tanya org Finance camna nk invest duit depa yg byk2 tu, kena gak tanya Engineer nk buat rumah depa. Kita ni saling memerlukan. Cuma kena belajar hormat menghormati ja skit lagi. 

Berbalik kepada Nasuha, pagi ni pun badan dia still 99.8. Even dh bg PCM. So, aku mandikan dia, sponging lagi. Sapu air asam jawa atas kepala. Skang dh turun 98. Harap lepas dia rehat, bangun tidoq japgi, tempreture dia akan normal.

Jadi, kesimpulannya, mmg sah lah Nasuha alah kepada telur. Yg sumber protein selain ayam aku xberani bagi lagi. Dan, Nasuha terpaksa dikecualikan dari future immunization program.

Aku rasa nk marah pun ada gak, bila ada manusia yg kata, budak2 yang tak vax ni, kena pi duduk pulau, isolate dari manusia yg vax. Anak aku ada masalah utk divaksinkan. Macam doktor yg mula2 tu cakap, vaksin ni utk elak komplikasi, tapi kalau divaksinkan menyebabkan komplikasi lebih teruk, tak bolehlah teruskan untuk budak tu.Ini aku baru test dgn 4 suap scramble egg campur nasi. Yg ingredients dlm vaccine yg lagi macam2 tu...no wonder la budak tu sampai terkejang2.

Pada pendapat aku, yang patut kena duduk pulau, yg kena isolate dari manusia yang lain, adalah manusia2 yang  berani melawan perintah Allah. Yang non muslim, aku anggap depa belum dapat hidayah. Tak apalah. Ini yang terang2 mengaku Islam, konfiden xmau solat, xmau tutup aurat,bergalak laki pompuan. Yang tu yg kena pi duduk pulau jauh2. Sebab Allah kalau dia nk turun bala, dia turun kt semua.Aku tak la kata aku baik. Yg kenal aku, tau lah, mcmana setannya aku dulu. Tapi mai dh tua bangka ni, sendiri2 ingatlah. Kuboq dok panggil dh tu. Rasa takut kt Allah tu ada la jugak.Sebab yg suka lawan perintah Allah ni lah yg selalunya bawak penyakit. Tak pasai2 semua org kena pi cucuk HPV lah, hapa lah... Sebab apa? Sebab lawan perintah tuhan lah. Dah terang2 dalam Quran Allah bgtau;

It is He Who got out the Unbelievers among the People of the Book from their homes at the first gathering (of the forces). Little did ye think that they would get out: And they thought that their fortresses would defend them from Allah ! But the (Wrath of) Allah came to them from quarters from which they little expected (it), and cast terror into their hearts, so that they destroyed their dwellings by their own hands and the hands of the Believers. Take warning, then, O ye with eyes (to see)!

Kita Nak kata apa? Nak melawan lg ka?

Update: Ni gamba pagi ni.. Temperature dah back to normal. Aku pun sempat masuk opis sat prepare invoice apa semua, sementara bg dia main2 pecah peluh skit. Nampak mcm semua under control. Tapi aku still monitor temperature dia sampai besok. Takut laa jugak..tiba2 kejung mcm mlm tu.So,lepas ni kena berhati2 terhadap makanan yg ada teloq. Nasib hg laa Nasuha.. xbuleh makan teloq.. Allah nk bg ujian..terima ja laa..





Kt bawah ni, ada benda aku nak share. Aku baca benda ni 2 tahun yg lalu. Betul2 bg keinsafan  untuk diri aku.Sampai mimpi2 lah. Selalu kalau ada kwn2 aku yg meninggal, aku selalu pikir apa yg jadi pas kita duduk dlm kubur. Baru semalam jumpa balik, tapi kt FB.Aku sharekan kt FB smlm utk kwn2 dan utk diri aku. Sini aku nk share utk reader aku. Gamak2 aku rs nk buat dosa, blh bukak balik blog aku ni baca balik. Sobbss.



APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH
DIKUBURKAN ??

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa
perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak
malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan
kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal
terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan
menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah
menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat
kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia
manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru
dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari
jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka
sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di
dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang
sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang
inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang
selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH
dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam
keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati
kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman
dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu
lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.

Kita ni xdak apa dahh kalau kita duduk dalam tu...tinggal amal yg buat atas dunia ja...doa dari anak2 yg soleh...tu jaa yg kita ada...sesungguhnya aku takut...sangat2 takut. Aku tak dak nk tunjuk baik apa ka...cuma nk peringat diri aku lagi...peringat kt kawan2...jangan terlupa...Yg aku share kt atas tadi xdak kaitan pun dgn vaksin tak vaksin. Cuma saja la..dh alang2 aku pegang laptop nk update blog, baik aku share. Mongkata nk suruh aku update hari2 tu mmg dak laa..Aku bukan blogger tegar..aku surirumah tegar..nuu bertempek2 lg keja aku dlm umah ni nk kena buat.kihkih..Sama2 kita insafi diri kita no..Nak blagak2 atas dunia ni pun nk buat apa..ujung2 kita jadi bijik saja...kan?

17 comments:

- G C - said...

amna tak try teloq lagi.. mampoih pi la orang nak kata pa, anak kita, kita tau la mana yg terbaik..

Nurul Aini Khairul Azhari said...

Semoga nasuha cepat sembuh...nasuha sebaya baby sy...cuma beza hari..nasuha 21 hb 12 12. My bb 27 12 12. Tp nasuha sgt gebu n bam bam..sgt geram nak babab bontot..hihi

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~nanti bila dia dh ready, try dulu,skit.tungu 3hari tengok..kalau ok,alhamdulillah..

aNiS tHe BumbleBee said...

Nurul Aini~laaa...ya ka...hihihi..nanti masuk skolah sama tahun laa..muah2 utk your baby naa.. :D

Daddy Ziyyad said...

Salam Anis :)

Saya ambil masa baca entry awal dari saat post vaccination Nasuha --- awak ke Tesco ---till saat 2 am dia kena febrile fit...Lepas tu saya baca 2 entry susulan awak...Tak lepas baca juga, segala komen komen yang masuk :)

Ini pendapat dan pandangan saya:

1- Jujurnya, saya respect dan ucapkan terima kasih sebab awak sudi tulis tentang AEFI tu..dari kaca mata seorang ibu yang anaknya kena AEFI. AEFI memang wujud. Bukan setakat vaccine, segala jenis ubat, pasti ada adverse effect nya, bagi yang ditakdirkan tuhan tak ' bernasib baik'. Sedangkan "minyak urut pun ada side effect kan", yang macam awak tulis :) Semoga hasil tulisan awak ini, membuka mata kepada kedua dua pihak, iaitu dari sudut medical practitioner, dan juga public ( parents).

2- Alhamdullilah, awak buat laporan AEFI. Itu lah antara cara utk penambah baikan, demi kemaslahatan semua pihak. Ya, segala jenis ubat ubatan ni, selepas ianya 'lulus' kajian farmaseutikal, ia tertakluk pula kepada ' post marketing surveillance', yakni syarikat farmaseutikal akan pantau dari masa ke semasa, kot kot ada adverse effect setelah ubat yg baru, masuk ke market. Kita manusia, bukan tuhan, jadi sebab kita manusia, benda yg kita cipta, tak perfect :)

3- Yang penting nya, kita jangan terlalu taksub/obses..Dan ini tertakluk kepada both parents, dan juga doctor/saintis. Jangan terlalu taksub/obses menjadi Pro-Vac atau pun Anti -Vac. Timbangkan segala kebaikan VS keburukan, case to case basis. Tuhan ciptakan kita manusia berbeza beza. Ada yg lahir nya sensitif terhadap protein, ada pulak tu, makan kaca pun selamba tak rosak perut! hahaha...So, kita yang kenal anak kita, kita wajar kaji sedalam dalamnya, berbekalkan ilmu yang betul yg kita terima...tak kisah lah kalau kita takde ilmu tentang perubatan, zaman dah canggih, boleh Google, tanya kawan2 thru FB/wassap..dan jangan lupa, tanya juga pendapat yang pakar. Hormati ilmu mereka yg pakar dalam bidangnya, ini tak kisah lah kepada doktor ke,engineer ke, lawyer ke, hatta tukang sapu sampah pun, dia pakar dalam kerja nya, kalau suruh kita sapu sampah kat stadium? mau 3 - 4jam tak habis, tak bersih..hahahah...So pokoknya, tanya yg pakar..at least 2-3 orang sebab fakta yang keluar dari manusia ni boelh jadi bercampur aduk dengan pendapat peribadi mereka, kan? :)

4- Jujurnya, setiap hari saya belajar benda yang baru, walaupun saya dah lama dalam bidang perubatan. Setiap hari, Insya Allah saya akan belajar dari patient saya, dari entry2 di blog ( macam entry awak pasal kes Nasuha)...Sebab learning is a life long process, dan benda yg kita belajar 10-15 tahun dulu, tak akan remain static..

5- Untk booster dose masa umur setahun 6 bulan tu, tak payah la ambik, sebab dah sah sah Nasuha ada allergic.

6 - Tergerak saya nak komen tentang 'suhu demam yg 36.8...37 tu'...hihihihih...betul, by definition, mmg pada suhu tu, ianya bukanlah demam...Tapi, ikut pengalaman saya selalu jumpa kes kes paeds ( dan anak anak saya sendiri), jangan percaya 100% pada alat/gadget. Ada kalanya di klinik mmg termometer saya tunjuk temp baru slight fever, eg 37.5..Tapi badan budak tu dah panas...We treat the human as a whole, not the symptoms, not depends merely on machine & numbers...Masalah zaman sekarang ni, ada some doc hilang ' human touch' tu..terlalu advance, percaya dan rawat based on numbers + machine alone. Apa saya nak cakap ek..ekekekeke...maksud saya, kita sebagai parents, kita sendiri tahu perubahan anak kita...Saya sendiri akan pasang telinga, cuba dengar at least perkembangan/perubahan simptom kes kes paeds dalam tenpoh 24 jam terdahulu sebelum patient dibawa jumpa saya, dan of coz, org yg paling bagus nak bagi history, ialah si ibu...sebab fitrahnya, ibu yg paling rapat dgn si kecil ( ada jugak yg bibik lebih tahu tauuuu..ekekekeke)...

Maaf berceloteh panjang pulak...jenuh awak nak baca...hihihi..Maaf andai tulisan saya ni ada mengguris perasaan awak..Semoga Nasuha sihat, dan dijauhkan dari sebarang long term complication..Insya Allah..

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ-alhamdulillah. ..sy slalu bernasib baik dipertemukan dgn doctors yg baik..takut gak doc garang marah2 sy mcm anon2 yg ngaku diri dia doc.hihi.

sy xsure sejauh mana keberkesanan laporan AEFI tu.tp sy dh jalankan tugas sy dh.the rest sy serahkan pd pihak yg berkenaanlah.

itulah dia..jd topik perbincangan besar pulak suhu tu.pelik jugak sbb 3org docs yg terlibat dgn this case tak concern pun psl suhu pukul 12 tu.lgpun sy roughly convert dr F ke C.tp bila converter handphone ni convert 100F jd 37C, sy nk tergelakla pulak.mmg xleh pakai sgt machine& numbers ni pun.

Sy setuju dgn human touch..yeah..kita jumpa doc utk minta pndapat berdasarkan pengalaman doc tu sndiri, pengamatan doc pada patient..kalau just check temperature, pestu suh ambik ubat demam je, sy pun tau buat. Kdg2, doc ni xyah buat apa, just tenangkan patient pun dh cukup sgt membantu.

thank you sgt bg penerangan dan doa utk nasuha..harap2 ramai lg doc yg memahami mcm DZ ni..barulah jiwa patient blh sihat dan hati pun tenang.kihkih..thanks again :)

Nafira usof said...

Kesian Nasuha~ alegik telur yer~
memang agak susah nak jaga pemakanan dia. sebab kebanyakkan makanan mesti ade telur kan~

suka baca komen DZ.. banyak ilmu kat situ.

Terima kasih atas perkongsian yang sangat menginsafkan tuh~ memang wajib semua orang baca pon~ takut jugaaakkk.. sebab pahala x tau banyak mana nih.. huhuhuhu. Ya Allah, Ampunkan dosa2ku..:(

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~humm..tulah ra..buat masa ni kena berhati2, kelebet semua makanan dia untuk elakkanlah telur tu..

tgk masa umo dia setahun nnti mcmana pulak..kdg2,tubuh dia ok,kadang tetap gak alah tu. :D

Nurul Aini Khairul Azhari said...

Muah muah too

Anonymous said...

yang angpa gatai nak pakai farenheit sapa suruh?

aNiS tHe BumbleBee said...

nurul aini~ heeee! :D

aNiS tHe BumbleBee said...

anon October 6, 2013 at 6:51 AM~ sebab overseas mmg pakai Fahrenheit wahai si pandai...

Dina said...

Dah baca semua entries berkenaan Nasuha dan AEFI.
Terima kasih banyak-banyak kerana membukakan mata saya.
Saya pun macam awak, percaya ubat ubatan.
Tapi sekarang dah tau, kalau terjadi AEFI, DIWAJIBKAN HANTAR REPORT.
Biar KKM ambil tindakan sewajarnya.
Idokler nanti dikatakan dlm 10 babies, sorang ja dok kena!

Ya Allah, lindungilah anak-anak kami daripada segala penyakit dan kemudharatan.
Peluk kasih sayang utk Nasuha the comel!

aNiS tHe BumbleBee said...

Dina~tq dina..xpa..kita semua sama2 belajar..ni kita dah tau nk buat apa kalau tiba2 jadi kt ahli kuarga kita. :D

All about a journal said...

Sangat menyukai perwatakan dan tulisan anis..moga kita semua usaha yang terbaik utk amanah kita, amal kita, keluarga kita, agama kita..
Lagi syok sebab asal pun utagha so bila baca loghat kita ni rasa puas/maksud tu lagi sampai haha..dok kl ni cakap kl, tapi bila mai time tak puas ati dan seangkatan ha mulalah kuaq loghat utagha..haha..

Dan kehidupan ini terlalu singkat...

Anonymous said...

Salam cik anis.. saye pon nk ucapkan terima kasih jgk sbb bukakan mata n minda saye ttg AEFI n alergi ttg vaksin. Pd mulanya saya kurang setuju n kurang senang dgn cara cik anis dlm entry nasuha kena fit sbb terlalu kasar dlm myampaikan msg n mjwb anon2 yg reply suke2 hati, akan ttp, entry kali ni lebih terbuka n saye suka dgn cara awak mympaikan msg awak dgn lebih tenang with a disclaimer (the part that ilove.. hehe).. n , im following ur blog n I love it! Keep it up to remind n educate ppl to read more..
n i understand ur feeling dear, saye pon ade 1yr old fully bf baby yg allergi to dairy product (susu tpg, cheese) n still testing whether ade alergi telur ke x.. tq for the idea of scramble egg, nnt nk cuba buat kt anak.. :)
tq n sorry kalau saya terksar bhs.. nice blog!

Wanie MOHD DIN said...

Hanya orang yang lalui je boleh paham..
Tak semua budak boleh tolerate dengan kandungan vaksin..
Ini,kita dah bagi tahu anak kita ada alahan,paksa jugak bagi dan monitor..
Cukuplah budak tu menderita..
Selalu nya doctor senior,yang pakar,mmg setuju je..sebab dia dah banyak pengalaman..cuma yang muda2 ni,susah sikit nak explain..

Anak saya start alahan dr 2 bln lepas dpt 3serangkai.. naik ruam,kulit kasar,berdarah2.. setiap kali lepas cucuk,makin teruk eczema...pergi paeds ,sapu steroids. .3bulan dok sapu steroids..terasa tongong sangat dengan kebodohan diri sendiri sebab percaya membabi buta.

Anak dah 4tahun sekarang,masih ada alahan cuma terkawal compared ngan dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...