Wednesday, March 30, 2011

Cadangan Bahan Bacaan Ketika Mengandung

Ada 2-3 org kawan2 yg tanya aku,buku apa yg patut baca masa preggy. Kali ni aku nak kongsi bahan2 bacaan yg aku rasa sgt worth utk beli dan dibuat sebagai rujukan am. Buku2 ni bukan saja untuk yg sedang preggy, yg tengah buat persediaan untuk preggy,yg dah ada anak malah encik2 hubby pun patut baca.Kalau tak,nnti dia ingat wife dia sengaja mengada2.Kejap pening kepala, kejap rasa letih, kejap rasa panas, kejap merajuk kannn..



Amalan ketika mengandung& setelah bersalin serta panduan menamakan bayi.
Oleh Abu Afiqah terbitan Darulnu'man.

Buku ni dah lama sangat aku beli.Awal2 tahun 2007, lepas 2bulan aku kawin.Bagi aku, buku ni dah complete dah untuk asas2 menjadi seorang ibu dan bapa. Buku ni lah yg aku bawak masa mula2 datang ke Sri Lanka.Hari2 aku baca buku ni. Dalam buku ni pun dah complete surah2 amalan untuk wanita mengandung. Malahan, cara2 menguruskan uri bayi selepas bersalin pun diajar. Bg pasangan muda mcm ktorg ni, dgn org tua pun xde, buku ni mmg sgt2 berguna. Speckybee pun taulah cara2 mcmana nak bersihkan uri, balut and tanam. Pengalaman baru yg mengesankan. Bagi aku, buku ni the best handbook for pregnancy. Mana2 pegi boleh bawak. Lepak2 pun dah boleh baca surah2 dalam tu.mabeless!!




40 minggu nan indah terbitan Karangkraf

Buku ni adalah koleksi catitan dari majalah PaMa. Dia akan cerita dari minggu 1st pregnancy sampai laa ke minggu 40. So kita boleh tau, keadaan baby kt dlm womb mcmana, keadaan kita mcmana, apa kena buat time tu, apa kena makan.Untuk yg pertama kali mengandung, sgt bagus sebab baru lah korang ada idea dalam kepala apa benda sebenarnya yg terjadi dalam perut korang. Bagi yg dah pernah mengandung, byk rupanya lagi penjelasan dan pemahaman baby dalam kandungan.



Penjagaan ibu dan bayi terbitan Karangkraf

Yg ni pun lebih kurang macam buku kt atas tadi. Tapi lebih menjurus kepada penjagaan awal lepas bersalin dan penjagaan bayi.Cara urut baby, cara pilih pam utk menyusu, masalah2 yg berkaitan baby baru lahir.


Sedia melangkah ke alam baru terbitan karangkraf

Pada pendapat aku, buku ni sangat2 berguna untuk aku yg jauh di perantauan.Sebab bila duduk sini xsama mcm kita pegi check up kt Malaysia.Semua kena berdikari. Kau kena determine sendiri apa masalah kau, then barulah kau boleh explain kt doktor.Masalah komunikasi juga tak terkecuali. Kau kena tau term2 medical kalau nk terangkan satu2 benda supaya doktor tau apa masalah ko sebenarnya. Well, tak semua kehamilan akan smooth je perjalanannya. Kena juga ada persediaan untuk menghadapi komplikasi kehamilan. Kadang2 kita rasa masalah tu kecik, tapi rupanya besar. Kadang2 kita rasa sakit teruk, tapi sebenarnya perkara tu normal. Boleh refer perkara2 mcm tu kt sini. Baru2 ni aku mengalami masalah plasenta praevia di mana keadaan uri dengan baby2 tu skali jatuh ke bawah. Punyalah sakit dan aku pulak terlompat ke sana ke mari dgn gumbiranya time kenduri hari tu. Bila scan doktor bgtau masalah tu. Cadangnya untuk pegi mengurut tolak balik uri tu ke atas. Tapi, kandungan aku awal lagi. Ada harapan uri dgn baby tu akan naik ke atas balik. So, better wait and see. Cuma aku betul2 kena bedrest. Tapi nk bedrest kehapanya kalau dah balik Malaysia kan...hohoho! Dan banyak lagi sebenarnya perkara2 yg berada dalam kotak fikiran kita untuk bertanya ada dalam buku ni.

Ketiga2 buku terbitan Karangkraf tu aku beli online melalui website karangkraf sendiri. Masa tu Karangkraf ada buat promotion 3buku tu bape ringgit tah. Tapi murah la lagi dari beli seketoi-seketoi. Selain dari buku2 di atas, aku mmg refer kepada Majalah PaMa yg mmg aku akan beli setiap kali balik Malaysia. Aku rasa berbaloi sebab banyak petua2 dalam tu yg aku amalkan sangat berkesan.Contohnya, kalau baby baru lahir sembelit, mcmana nak buat? Takkan ko ndak sumbat air oren la pulak kan kt baby tu? Caranya adalah kita makan halia.Then try susukan bayi.Cara ni mmg betul2 berkesan masa aku bersalinkan si Uyin dulu.Uyin, perut pun xmasuk angin masa baby dulu.Syukur betul aku boleh tido dgn lenanya setiap malam. Yg kali ni aku xtau la apa pesennya pulak kan..harap2 senang la mcam jaga Si Uyin dulu.

Last but not least, cubalah qatam Al-Quran sepanjang proses kehamilan.Mudah-mudahan dapat anak yg dengar cakap dan tak banyak karenah. Aku manusia biasa.Tahap2 sehari 1 surah tu pun dah cukup baik la..Tapi dah masuk 5bulan ni, fuhh..kena mempederaskan lagi bacaan..Lagi 4bulan je lagi hoii... Aku punya booster kalau time pemalas gila nk baca Quran adelah..."tah2 ko mati besok, Nis. Ha,padan muka ko xsempat baca.Dahla solat lewat2.Suke pulak lawan pulak cakap suami. Abislaaa ko rentung kt neraka besok!" Dan2 menggelabah weiiii!!!

Tapi standard...aku hanya manusia biasa...menggelabah2 pun, aku boleh pulak tertido la apa la kan...Maka..aku tempekkan earphone ipod yg aku install bacaan al-Quran ni kt perut.Dengan harapan mudah-mudahan anak aku lam perut tolongla berdoa kat aku...muehehehe!


Ipod yg banyak berjasa..tihihi!

Monday, March 28, 2011

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, bikin aku pining kepala...

Balik malaysia haritu, 2minggu aje.Semua benda nk kena settle dalam masa 2minggu. Termasuklah nk buat buku merah, rekod kesihatan baby kt klinik kesihatan. Cadangnya, dalam bulan 5@6 aku akan fly balik untuk bersalin kt Malaysia. Berharap jugak aku untuk dapat sorang anak Malaysia kan..bukan senang nk mengandung,beranak lagi.

So,pagi2 buta, aku dgn Speckybee pegilah cari klinik berkenaan. Memula dorang suruh pegi kt Klinik Desa Snake River*(sj tuka nama). Rupanya, klinik tu hari senin je yg boleh register buku merah. Then, dorang suruh pegi kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kt town pulak. Ktorg tanpa buang masa, cargas pulak ke town.

Then, aku inform kt kaunter, nk buat buku merah. Staff kt kaunter mintak surat nikah.Erk??apekah?? kejadahnye aku nk usung surat nikah aku yg besar gedabak tu. Aku senyum2, bgtau, mana de bawak. Lagipun ni dah anak kedua dah.. Bajet aku remaja mengandung luar nikah ke? Ahkak dah nak masuk umo 30 laa dik...huwaaa...!!

Pestu aku lepak2 lagi kt hall dgn Speckybee.Datang lagi sorang nurse, tanya asal alamat IC aku kt Baling, aku buat buku merah kt Kulim. Aku cakap, aku plan nk deliver kt sini. Mak aku pun staff hospital Kulim. Duduk pun dalam kuarters hospital ha.. Most of the time mmg masa dia kat Kulim aje. Skali skala ujung minggu baru lah balik Baling.Pestu nurse tu cakap aku tak boleh buat buku merah tu kt sini.Pasal alamat IC aku lain. Amende laaa pulak dah..Takkan la aku nk kena pegi buat IC baru plak.

Aku pun ckp baik2, aku ada 4hari je lagi kt Malaysia ni. Aku kena jugak buat buku merah tu sebab kalau aku tak buat sekarang, bila lagi aku boleh buat.Nanti next check up, aku updatekan alamat kuarters kulim.Nak pegi baling buat pun xguna jugak sebab selain daripada hari tu mmg masa dah suntuk, ktorg dah tak tinggal kt situ selalu dah. Mana ada org kt rumah tu.Sebab tu lah aku nak buat buku merah tu kt Kulim.

Then nurse tu bawak aku masuk bilik.Jumpa dgn lagi sorang nurse.Yg nurse dalam bilik ni, mungkin bajet pengarah kut. Tanya2 aku bagai, tak sempat aku nak jawab, dia tengking2 pulak. Dia kata kuat2, ni bukan problem awak, I need to answer them! Aikk, puan nurse, ko ni kena angin sengugut ke? Yang mengandungnya skang ni aku. Yg nak beranak pun aku. Masalah lagi besar kt diri aku. Tapi aku diam lagi. Then, dia suruh aku keluar bilik. Fuh, sabar..sabar...preggy2 ni malas nak carut.

Lepas tu suruh aku duduk lagi kt waiting hall. Dorang punya la mesyuarat mcm dengan pakar2 neuro meeting nak bedah kepala otak pesakit.Aku lepak lagi. Speckybee dah mcm bengang2. Org nak buat buku merah je. Ko nak check ke, tanak check ke, ko punya pasal.

Sebab utama aku nk buat buku merah tu adalah, KALAU ADA TERJADI APA2 KOMPLIKASI MASA NAK BERSALIN, KEMUNGKINAN BESAR HOSPITAL SWASTA KT MALAYSIA AKAN TOLAK PESAKIT KEPADA HOSPITAL KERAJAAN.KALAU TAK DE BUKU MERAH, MERASALAH PULAK KENA HAMUN KT HOSPITAL KERAJAAN. Itu je sebabnya. Kalau nk ikutkan rekod kesihatan mak nenek bagai, klinik swasta pun boleh bagi detail. Yang penting kewujudan buku merah tu.

Aku sabar je lagi. Then, tibalah saatnya untuk aku buat buku merah tu. So, sorang trainee dan sorang nurse akan tanya aku soklan2 dalam buku tu.Prosedur biasa untuk klinik kerajaan. Adalah jugak soalan2 yg kelakar. Contohnya, pernah gugur? Aku jawab, ada, sekali. Berapa bulan time tu? Aku jawab, 7minggu. Ooo,lelaki ke perempuan? Aku: erkkk?? Dik, kot ye pun ko tanya ikut buku tu,agak2 laaa..7minggu kejadahnya nk tau laki ke pompuan..haihh! Implanon pun ko tak tau nak eja. Ko pegi skolah ke tidak ni? Tapi aku sengih2 je lah bila Speckybee yg tolong jawabkan. Menggeletek hati betul lah korang ni.

Lepas tu, tiba masa nak ambik darah.Kung-kang2 tah ape yg dibincangkan pulak lagi kt belakang. Ini boleh, ini tak boleh.Serabut je aku tgk. So, aku tanya nurse, ada apa2 ke yg boleh aku tolong? Dia ckp, aku kena ambik darah, buat test itu ini, blood grouping semua. Sebab nanti kalau xde blood grouping susah kalau jadi apa2, tah apa lagi dia sekolahkan aku. Aku cakap, kalau takat blood grouping, aku tau aku jenis O rhesus +ve. Kalau nk check hemoglobin ,platelet ke hape semua yg berkaitan pregnancy, aku dah ada rekod sebab baru bulan lepas aku buat kt Galle.Baru laa kecoh2...eh..dia dah buat laa...haa...okey2.tak yah buat dah.semua rekod dah ada.

Masa kecoh2 tu, nurse dalam bilik yang tengking aku tadi kuar.Bisik2 kt kawan dia, nak pegi makan.Takut nasik abis. Pestu dia blah.Time duduk kt kaunter dalam tu, ada plak sorang nurse yg menggelabah datang, tetiba pulak sound aku. Dia cakap, ni duduk Sri Lanka ni, apehal nk buat buku merah kt sini plak?? Buat laa kt Sri Lanka. Ewhhhh!! Nyirap wehh!! Ko ingat aku pendatang tanpa izin ke? Aku ada IC. Aku rakyat Malaysia. Bulan2 laki aku kena potong beribu untuk bayar cukai kerajaan. Dan, gaji ko tu pun hasil dari cukai kerajaan tau tak?? Tapi yg kuar dari mulut aku adelah, "saya ada hak nk buat buku merah ni untuk masa depan anak saya."


Aku duduk lagi kt tempat menunggu sampai nama dipanggil untuk upacara check perut. Sorang nurse ketuk2 pintu, then tgk, 2-2 bilik pemeriksaan kosong. Xde org. Padahal sah2 aku dah tau yg si staff nurse tadi tu kuar pegi makan nasik. Masa tu pukul 11pagi. Nurse bgtau, tunggu, nurse yg nk check takde. Speckybee dah naik hantu. Speckybee tanya, mana nurse dalam utk check up?Nurse tu jawab, pegi makan. Speckybee tanya, government lunch pukul bape? Nurse yg menjawab tu, dengan suara kuat kata, Encik, ktorg ni dari pagi belum sarapan lagi tauu??? Baru je Speckybee nak jawab, tetiba ada sorang nurse baju biru datang tanya apa masalah. Fuh, nasib baik. Kalau tak, aku dapat agak dah apa nk kuar dari mulut Speckybee.

Ayoo...jawapan tu salah laa puan nurse..Kau boleh je sarap pukul 7pagi. Mak aku hari tu ada mobile blood donate. Pukul 6.30 pagi aku tengok dia sarapan.Lagipulak, kau duduk kt Malaysia. Kalau tahap beruang punya malas nk buat sarapan pun, bersepah2 kedai jual nasik lemak kt tepi2 sepanjang nk pegi klinik tu.Mapley pun byk kalau ndak sgt sarap roti canai. Xyah la buat2 mcm ko tu duduk Sri Lanka ni haa...Dah tentu2 la Speckybee tak boleh accept ko punya alasan. Dah la tadi ko jolok2 sarang tebuan dia.Mmg cari nahas betul laa..

Then, nurse baju biru ajak ktorg masuk bilik. Dia yg akan buat check up. Dia minta maaf anak2 buah dia buat hal.Dia tak nak perkara ni kang tetiba masuk paper. Aku sesengih je. Aku cakap, ktorg tak kisah tunggu lama cik.Mmg dah biasa bab2 menunggu ni. Kt Sri Lanka pun mmg dari pukul 7petang sampai pukul 11 malam ktorg dok tunggu untuk check up.Masalahnya skang ni, ada nurse yang tak tau budi bahasa. Patient cakap baik2, ditengking2. Then, kalau menunggu lama disebabkan terlampau ramai patient, insyallah, semua org boleh faham. Tapi disebabkan kau sorang nk pegi makan nasik pukul 11 pagi, semua org kena tunggu ko, ada timbang rasa tak?Kang pukul 1, ko break pulak lagi. Ko pikir tak baby2 yg umo 7-8hari kt luar tu menunggu camne? Ko pikir tak emak2 yg mengandung, yang datang jauh2, naik bas, tak sempat nk sarapan pun, datang awal sebab nak check up. Kang tak datang check up, ko hamun pulak lagi. Yang aku ni, just nk buat buku merah je.Kalo ko malas sangat, Ko boleh je attach segala doctor report aku yg lepas2 kt situ. Dah save masa ko. Ini tak, ko tetap jugak nak pikir masalah yg kecik2 tu. Pasal alamat aku. Apa kejadahnya. Alamat tu pun ko nak pakai untuk post natal. Lepas baby aku lahir nanti. Next check up aku boleh je update alamat aku. Apesal nak menggelabah sangat? Dan soalan seperti nak bersalin kt mana? Kan aku dah jawab, aku mmg plan nak bersalin Hospital swasta Sg Petani. 2nd choice, kalau ada apa2 problem, insyallah kt Hospital Kerajaan Sg.Petani. Tapi xtau lah kalau tiba2 ditakdirkan aku bersalin kt Kulim ke, kt KL ke kan. Speckybee cakap, benda bersalin ni manalah nk tau.Kang tetiba terbesalin dalam keta ke, dalam flight ke.Soalan tu sama macam tanya, encik nak mati kt mana? Ade ke org boleh jawab??

Ayoo...please laaa...Boleh tak xyah rumitkan keadaan?Ke mmg dah xde benda challenging lain lagi korang nk pikir sampai petty things camtu pun boleh jadi huru hara?Masa first baby dulu, xdelah pulak masalah bangang camni. Boleh je aku check up, then bersalin kt Sri Lanka, then balik Malaysia. Ade je nurse dtg utk check baby.Kan ke aku kena bawak baby utk first time check baby kt klinik kesihatan? Time tu pun kan boleh je tukar alamat untuk check baby kt rumah. Apa ke sengal ko nk menggelabah pasal alamat tu sekarang ni. Dan, oh ye. staff nurse yg dalam bilik tu...hamboi hamboi..."I need to answer them!" ye...aaa..lepas ni ko answer la them tu pasal apa ko pegi makan nasik pukul 11 pagi. Huakakakakaa!!!

** No offense. Aku bukan anti hospital kerajaan. Malah aku membesar dalam hospital. Bau ubat, darah, jarum, stetoskop, dengan segala microbe jadi mainan aku masa kecik2 bila aku ikut mak aku ke lab untuk on call. Masa check up pregnancy utk baby first aku dulu pun, aku pernah kena tengking dgn nurse. Sebab aku bgtau aku ada bleeding sikit. Then dia tanya ada buat apa2 tak dgn suami. Aku jawab xde. Dia jerit kt aku, jangan tipu! cakap bebetul. Aku jawab, suami aku kt oversea.Aku xde masa nk tipu2 bab2 ni. Baru lah, owh, ni anak sapa ye? Duduk kt mana ye? Baru lah tau aku ni anak kawan dia.Kan dah termalu. Ramai jugak kenalan2 aku yg kena lagi teruk tengkingan maut dari tempat mcm ni. Teguran aku, cakaplah baik2. Semua tu patient.Entah2 anak pengarah hospital ke, anak menteri kesihatan ke yg dtg, tak ke naya ko? Aku fahamlah..korang keje, penat, hari2 mengadap patient. Tapi bertimbangrasa lah. Patient pun bukannya suka2 nk pegi klinik ni.Dah nama pun pesakit. Senyum skit pun dah legakan hati pesakit. Xpayah nk ubat2 lagi dah. Lagi pulak, kalau tetiba blood pressure patient tu naik, ko marah dia lagi suh jaga makan semua. Padahal ko yg bg patient tu naik darah. Tak kesian ke kat patient?Tsk!Tsk!

Friday, March 25, 2011

Cerita BaLik MaLaysia



Alhamdulillah....aku dah selamat....bukan selamat beranak lagi...selamat dapat anak sedara baru..muehehehe!


Uyin suka betul dgn sepupu dia ni.Tasneem namanya.Muka sejibik macam uyin kecit2 dolu.Stok sengih 24jam.sapa tak suka budak2 cenggitu.Aku pun rasa nk usung datang sri lanka ni ha..hihihi!


Dah nampak dah ciri2 ke'kakak'an Uyin.Harap2 ko boleh diharap lah ye jaga adik ko besok2..

Lepas 2hari jejak kaki kt Malaysia, kami turun KL balik untuk ambil barang2 yg dikirim melalui kontena sorang member yg dah balik Malaysia. Lama sangat dol.Dah 3bulan. Pegi putrajaya then reunion dgn member2 yg pernah kerja kt Sri Lanka.Tapi gambar adalah gelap.nnti lah aku repair tampal kt FB.

Singgah kt R&R mana entah.duduk kt malaysia,suma gambar adelah tersengih2 akibat kekenyangan...muehehe!

On the way nk balik kedah balik, janji dengan sorang member blogger, Reen, sbb nak hantar batu yg dia pesan.Pegi makan2 kt apa ke nama tempat tu Reen? Aku pon tak ingat sebab mmg aku ingat makanan je.tempat kem salam aku nak ingat.kekekekee!Tp yg pastinya kt sungai buloh laa kan. Cun2 je sampai time dorang nk kuar lunch.


Suke betul aku jumpa blogger2 nih.Pot pet2 sejibik mcm dlm blog.kakakka!

Then, citer pasal kenduri.Kelam kabut pulak la kan bab kenduri.Aku pun tah kelam kabut ape tah.Padahal xde pun buat apa2.Kelam kabut makan je kut.Hantu punya menantu.Malam berinai, masing2 sibuk lah buat keje masing.Susun2 bunga telur,pakai inai. Aku pun sebok jugak.Sebok bubuh inai kt jari uyin.hihihi!


Acara masukkan telur kt bunga telur.sapa cepat dpt makan telur rebus sebesen. hantu raya ke hapa?


Acara menginaikan pengantin.


Menginaikan pengantin kecik.


Tak kalahhh...pengantin letak kat kaki, dia pon nakkk jugakk..


2 org mangsa penginaian aku..


Speckybee tengah buat papan tanda arah rumah pengantin


Uyin yg gila sopan tido akibat berinai..ecececeh!

Hari kenduri, tugas aku adelah pass bunga telur kt tetamu.Aku bab nk bagi bunga telur,xde masalah. Tapi aku ada masalah komunikasi dgn org2 tempatan. Stok loghat kedah kaw2 punya. Tah hapa yg dorang tanya pun aku xpaham.Ujung2 cerita, baru la aku paham soalan makcik tu yg berbunyi, anak teruna org mana? Punya la aku bilang dengan jari sebab aku ingat soklan makcik tu pengantin perempuan anak yg keberapa. Bapak la jauh lari.Failed!!

Sebab tu aku rela diam dan sengih2 bila berlaku perbincangan ahli keluarga.Tak campur.Nampak mcm bersopan gila.Menantu sapa laa tu.Dari aku menyampuk tiba2 lain topik perbincangan, kan ke kemaluan besar namanya.huahuahua!

Esoknya ktorg beramai pegi ke Kuala Nerang menghantar pengantin.Makan ayam golek.Yawww!! Tetiba pulak aku dgn spekibee disuruh makan sekali pengantin.Damn!! jahanam plan aku nk melantak kaw2.Dah tentu2 cameraman semedang ambik gamba.hissh!Tapi apa dehal.Makan dengan pengantin ke, dengan bapak pengantin ke, naluri gergasi aku tetap xboleh dikawal.Bertambah2 laa jugak.Ko tau2 je lah..pengantin bukan makan byk2 pon..malu2..haa,meh sini pengantin lama yg tolong perabihkan...wawawa!


Comel tak adik ipar aku?Lepas ni jadi org kola nerang la pulak ye..Suami dia lawyer tau.. Besok2, kalau datang surat PTPTN menyaman, akak refer ko lagi ye, Lukman.kih3x!

Tima ktorg nak balik,standardla..pengantin pompuan mestila nangis..Nak kena tinggal kt rumah lain pulak kan..semua org camtu aku tgk.Aku sorang je kot,time family aku hantar kt rumah Speckybee, aku boleh lambai2, say byeeee!! Suke ko ye nok? Ko xtau malam kang nak jadi bahan.Owh,xpe..I rela...lalalalaa!

Last but not least...


Pengantin lama...

Asal2 baju aku adelah kaler maroon jugak.Tetiba pulak hari kenduri tu jubah maroon aku jadi singkat.Aku xrasa aku tetiba jadi tinggi. Ni mesti sebab perut aku yg meninggi.Cih.Terpaksala sorang kaler maroon, sorang kaler ijo.Aku lama dah nak buat gamba kawen semula.Sebab gamba kawen aku dulu hampeh.Dah la xde aksi peluk2 ke, guling2 ke.Muka pulak mcm kena kawen paksa memasing.heh.apekah..tengoklah nanti...pas bersalin nanti, harap2 badan aku kempis balik.Pestu nak kumpul duit, buat album kawen.Boleh skali kan photoshot dgn 2-2 org anak aku.kakakaka.Instant babe!

Kepada yg aku tak sempat jumpa, aku minta maaf banyak2 key..aku ada masa 2minggu je kt bumi malaysia.Dalam masa 2minggu, banyak benda nak kena settle.Bab rumah, bab kereta, bab baby baru.Tuhan je la yg tau mcmana tunggang langgangnya kami anak beranak pegi sana sini.Korang yg duduk kt dalam malaysia berpuluh tahun pun, tak tentu dapat jumpa ke tidak dengan semua org kan...Inikan pulak ktorg yg 2minggu je.Tu pun syukur jugakla sebab ramai jugak org yg aku dpt jumpa sambil2 tu.Dan untuk pengetahuan korang,aku dengan Speckybee dah buat keputusan untuk sambut baby baru ni kt bumi Sri Lanka jugak.Maka persiapan barang2 aku beli ala kadar dulu kt Malaysia.Nantilah aku cerita apa sebab tiba2 kami berubah fikiran nak bersalin kt sini jugak.Nantikan entry seterusnya...ciaaaauuu!!

Happy B-Birthday En.Speckybee :D

Ngeeeheeee! entry ni patut kuar 19hb ritu. Tapi aku xde daya nk hapdet2 blog.21hb hari ktorg fly balik ke Sri Lanka ni. Maka, macam xcukup nyawa je duduk kt Malaysia tu ha..

Byk citer aku nk citer pasal balik Malaysia aritu. Pasal blogger yg aku jumpa, pasal kenduri, pasal check up baby kt Malaysia...Man-man laa kan, bak kata org zimbabwe.Ni aku nk citer pasal bday speckybee dulu.

Selamat hari lahir ke 29 wahai hubbyku.Gila saiko. Tahun depan dah xde angka 2 dah kt depan. Angka 3 plak ganti.Fuh, marilah kita cepat2 meramaikan anak2 kita.gyahahaha!

Alhamdulillah, cecah jugak umur ni. Ai xtau lagi dapat cecah umur 29 ni, sebab ehem, ai kan muda 2bulan.hik!hik! Syukur juga, dengan segala kurniaan Allah, dengan segala pencapaian dalam hidup awk.Insyallah, selagi saya hidup, saya akan tetap setia temankan awak.Merangkaklah, berjalanlah, berlarilah dalam karier awak, saya tetap di sisi. Jangan risau, jatuh bangun awak, saya dan anak2 akan ada di belakang awak. Keja rajin2. Kitorg tunggu kt rumah jadi pom-pom girl kasi sokongan padu kt awak.Keh3x!!

Sempena umo 29 tahun ni, buat pertama kalinya, Speckybee beli kereta.Fewitt! Sebelum ni malas betul nk pikir pasal kereta sebab ktorg pun sekejap2 je kt Malaysia.Buat jadi tukun je karang. Tapi memandangkan nak bertambah ahli keluarga ni, memang kena pikir lah jugak.

Aku awal2 dah cakap, apa jadi pun aku ndak MPV. Dari zaman anak dara lagi aku xberkenan keta sedan.Pasal aku rasa bila aku drive keta sedan, org akan nampak bijik mata aku je kt cecelah stereng tu.Tak suka tauuu! Tu pasal aku beli keta Kenari walaupun harga Kancil lagi murah.Janji keta tu tinggi, cermin dia sebesar2 alam, then aku boleh hangkut segala harta mak nenek aku dlm keta.Pueh hati!

Sebenarnya si Specky ni dok usha2 keta lain.Tengah gila sorento & bmw. Tettttt!!! wa tak suka!tak suka!! Maka aku dengan sorang blogger, si GC telah berkomplot untuk membuat proposal baekk punya supaya Speckybee beli Exora.

Actually, ada 3 MPV yg dalam kepala aku. 1.Wish 2.Cherry 3.Exora. Yang wish, xde plak aircond kt setiap seat.Tett!! Yg Cherry, aircond kt bawah seat. Speckybee kata kalau bawak ramai2 org pegi semayang mayat pakai kain pelikat, mampus beku telo sekor2. Tettt!! Maka, pilihan yang ada adalah Exora. Kalo ikut pikiran setan aku, nak je aku sebut Estima ke Alphard ke.Huakakaka! Tapi, bawak2 mengucap...Hidup ada naik turun.Kena buat perancangan bebetul nih. Yang penting benda tu memenuhi keperluan. Maka kami berdua sebulat suara memilih Exora disokong oleh cik Uyin.

Proses nak membeli Exora xde la hazab mana.3hari dah settle.Cuma sebab aku nk tolak Kenari aku, nak kena pegi ambik geran, nak pegi JPJ, terasa jugak lah penatnya. Yg geran Kenari aku tu ada kt RHB Penang ngam2 kt jeti. Nak tak nak kena pegi naik feri ambik.lepas tu, naik lagi feri balik. Lepas tu pegi Proton kt Sungai Petani. Lepas tu balik Kulim balik. Sok pagi tu pegi pulak JPJ Kulim tukar nama, lepas tu pegi lagi kt Proton Sg Petani serah geran.Tapi, syukurlah, semua berjalan lancar.Aku pun salute jugak la pada salesman Proton, en.Iskandar tu sebab 4hari je dah settle semua benda.Tarikh 18/3/2011 jadi saksi, Kenari aku bertukar tangan, dan Exora dah jadi ahli keluarga kami.


Kenari aku, namanya Pey-pey.Banyak kenangan betul dgn kereta ni.Dari zaman aku anak dara, sampai la nak masuk anak kedua.


Sob! sob! gud bye pey-pey..lebiu so much..nnti kalau jumpa kt tengah jalan, pin2 mak tau?


Hadiah besdey Speckybee yg ke 29 untuk diri dia sendiri.

Aku belanja dia tinted keta tu.Tapi dia kata, eleh, duit aku duit dia jugak.Hewah,hewah.Ko tau tak bapa byk barang aku terpaksa aku lupakan?Cuci muka,blusher, lipstik,kasut semua aku tak beli tau?? heh. Org kira camni, kalau duit tu kuar dari henbeg aku,kira duit aku laa kan.So,bila aku kuarkan belanja dia apa2, kira aku la belanja kan? wawawawa!


tengah meninted.Nama keta ni Pee-ka-booo! muehehee!


So, testimoni untuk kereta ni adelah....sejak menggunakan Exora, anak saya yg buas macam cipan itu tido lena saja setelah masuk ke dalam kereta. Tidak ada lagi budak kecik yg perasan baby suruh saya meriba dia. Maka saya dan suami bolehlah duduk beromantika dengan tenang di bahagian hadapan.kah3x!

Malam 19hb, kebetulan 1keluarga berkumpul kt rumah mertua aku.Speckybee pun buatlah kenduri doa selamat makan ikan bakar kt tanjung dawai ke apa ke nama tempat tepi laut tu tah.Aku tak ingat nama tempat, nama makanan je aku ingat.


Aku suka makan siakap bakar dia.Ikan kerapu tu apsal tah rasa cam tak in.Sotong goreng dia pun okeyla boleh tahan.Kerang bakar, rasa mcm tak bakar pon.Rasa mcm nk bakar jugak org tu.


Apesal nampak aku yg paling kecoh dlm gamba ni?Padahal dah habis sopan dah aku duduk sebelah mak mertua aku tu.kih3x!


Muka aku kembung2 mcm kena cucuk botox.Tu baru cara2 duduk malaysia 2minggu.Kalo 2tahun, boleh register sumo dah rasa. Sorga makan betul Malaysia ni babe!

Jumpa lagi di next entry, ada laa serba sedikit cerita panas aku nk cita.ciaaaauu!


Tuesday, March 8, 2011

PerKhabaraN Dari MaLaysia


Waving to Sri Lanka...

Kah! Kah! Kah!

Org lain buat sticky entry, kt bawah tu ada la entry baru2 kan...yg aku punya sticky, melekatlaa kt situ patpuluh tahon. Ehem...alhamdulillah...kami dah selamat sampai ke tanah air yg super duper yummy ni..keh3x!! Dari hari jejak kaki kt Malaysia, sampai skang ni, mulut aku xbenti2 mengunyah. Walaupun internet kt malaysia boleh tahan cipan jugak lembabnya, malas aku nak marah. Pasal aku lagi sibuk bab makan skang dari benda2 bertenet ni. Nak upload gambar pun separuh mati.Maka saksikanla gambar2 yg tak semenggah ini.

So, perjalanan ktorg mmg ambik masa 1hari. Kuar dari rumah member aku di Colombo dalam pukul 5 pagi, pegi airport, check in, pukul 8.15pagi naik flight ke Malaysia. Pukul 2.30petang (waktu malaysia) sampai KL. Solat, lunch burger kejap kt LCCT, naik pulak flight ke penang. Pukul 6petang sampai penang.Fuhhh...tapi kali ni perjalanan ktorg rasa smooth dan relax je..xkelam kabut dan penat mcm sebelum ni.Syukurlah sangat2.


Dalam flight Colombo- Kuala Lumpur.
Skang dah terjawab persoalan mana datangnya mata uyin yg besar itu.


Menanti flight ke Penang pulak...

Jejak2 je kaki kt penang...yihaaaa!!! Mari kita terjah Padang Kota dulu!!!!


Char Kue Tiaw, Passemboq, kerang bakar, ABC...nyam!nyam!


Aku heran jugak dgn laki aku ni, dlm hidup dia xde yg lain ke dari LAKSA?? ishh...

Lepas belasah segala makanan yg terhidang tu, kami bergerak balik ke Kedah...Perut gendut, suka hati..lalalala!!

Esoknya pulak kenduri mesyuarat utk kenduri kt rumah mertua aku. Apa?? Kenduri?? Nyam!nyam!nyam!! makan nasik lemak ramai2..wuhuuu! havoc!!

Lepas tu balik umah family aku plak. Tapi kali ni tak balik Baling mcm selalu. Balik Kulim, kuarters spital tu haaa..

Siang malam pagi petang, keja ktorg kuar berdating. Mak ayah aku pesen apa tah tak makan memalam. Main diet2 plak dahh..apa barang diet2 kalau hidup kt Malaysia..kih3x! Aku dgn speckybee plus Uyin plus adik bujang aku Anip kuar lepak makan2 kt luar.


Uyin sedang membaham spiral potato with cheese...Nyummmm!!!


Adik bujang aku. Arini besdei dia.Hepi besdei oiii!! Bila tgk gamba ni, aku konpius,
sebenarnya, baka mata besar uyin ni dari baka aku ke baka spekibee tah?? Ke mmg ktorg laki bini spesis mata besar??Ah, gasak lah.Buat apa susah2 nk pikir.Makan lagi bagus.

Esok, menjelang mentari ktorg akan bergerak ke KL kejap.Nak ambik barang,dan hantar batu2 yg member2 pesan tu. Pestu balik Kedah balik, ari sabtu kenduri adik ipar aku..Next week belum plan nk buat apa lagi. Mcm tu lah hidup ktorg kalau balik Malaysia. Most of the time mmg dalam keta je lah kut.Balik kali ni pun sekejap sgt. Tapi tak kisah laa..janji dapat makan apa yg nak skang ni..Besok, mungkin misi makan durian sementara nk smpai kt KL nun...Doakanla perjalanan ktorg selamat pergi dan balik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...