Friday, March 25, 2011

Cerita BaLik MaLaysia



Alhamdulillah....aku dah selamat....bukan selamat beranak lagi...selamat dapat anak sedara baru..muehehehe!


Uyin suka betul dgn sepupu dia ni.Tasneem namanya.Muka sejibik macam uyin kecit2 dolu.Stok sengih 24jam.sapa tak suka budak2 cenggitu.Aku pun rasa nk usung datang sri lanka ni ha..hihihi!


Dah nampak dah ciri2 ke'kakak'an Uyin.Harap2 ko boleh diharap lah ye jaga adik ko besok2..

Lepas 2hari jejak kaki kt Malaysia, kami turun KL balik untuk ambil barang2 yg dikirim melalui kontena sorang member yg dah balik Malaysia. Lama sangat dol.Dah 3bulan. Pegi putrajaya then reunion dgn member2 yg pernah kerja kt Sri Lanka.Tapi gambar adalah gelap.nnti lah aku repair tampal kt FB.

Singgah kt R&R mana entah.duduk kt malaysia,suma gambar adelah tersengih2 akibat kekenyangan...muehehe!

On the way nk balik kedah balik, janji dengan sorang member blogger, Reen, sbb nak hantar batu yg dia pesan.Pegi makan2 kt apa ke nama tempat tu Reen? Aku pon tak ingat sebab mmg aku ingat makanan je.tempat kem salam aku nak ingat.kekekekee!Tp yg pastinya kt sungai buloh laa kan. Cun2 je sampai time dorang nk kuar lunch.


Suke betul aku jumpa blogger2 nih.Pot pet2 sejibik mcm dlm blog.kakakka!

Then, citer pasal kenduri.Kelam kabut pulak la kan bab kenduri.Aku pun tah kelam kabut ape tah.Padahal xde pun buat apa2.Kelam kabut makan je kut.Hantu punya menantu.Malam berinai, masing2 sibuk lah buat keje masing.Susun2 bunga telur,pakai inai. Aku pun sebok jugak.Sebok bubuh inai kt jari uyin.hihihi!


Acara masukkan telur kt bunga telur.sapa cepat dpt makan telur rebus sebesen. hantu raya ke hapa?


Acara menginaikan pengantin.


Menginaikan pengantin kecik.


Tak kalahhh...pengantin letak kat kaki, dia pon nakkk jugakk..


2 org mangsa penginaian aku..


Speckybee tengah buat papan tanda arah rumah pengantin


Uyin yg gila sopan tido akibat berinai..ecececeh!

Hari kenduri, tugas aku adelah pass bunga telur kt tetamu.Aku bab nk bagi bunga telur,xde masalah. Tapi aku ada masalah komunikasi dgn org2 tempatan. Stok loghat kedah kaw2 punya. Tah hapa yg dorang tanya pun aku xpaham.Ujung2 cerita, baru la aku paham soalan makcik tu yg berbunyi, anak teruna org mana? Punya la aku bilang dengan jari sebab aku ingat soklan makcik tu pengantin perempuan anak yg keberapa. Bapak la jauh lari.Failed!!

Sebab tu aku rela diam dan sengih2 bila berlaku perbincangan ahli keluarga.Tak campur.Nampak mcm bersopan gila.Menantu sapa laa tu.Dari aku menyampuk tiba2 lain topik perbincangan, kan ke kemaluan besar namanya.huahuahua!

Esoknya ktorg beramai pegi ke Kuala Nerang menghantar pengantin.Makan ayam golek.Yawww!! Tetiba pulak aku dgn spekibee disuruh makan sekali pengantin.Damn!! jahanam plan aku nk melantak kaw2.Dah tentu2 cameraman semedang ambik gamba.hissh!Tapi apa dehal.Makan dengan pengantin ke, dengan bapak pengantin ke, naluri gergasi aku tetap xboleh dikawal.Bertambah2 laa jugak.Ko tau2 je lah..pengantin bukan makan byk2 pon..malu2..haa,meh sini pengantin lama yg tolong perabihkan...wawawa!


Comel tak adik ipar aku?Lepas ni jadi org kola nerang la pulak ye..Suami dia lawyer tau.. Besok2, kalau datang surat PTPTN menyaman, akak refer ko lagi ye, Lukman.kih3x!

Tima ktorg nak balik,standardla..pengantin pompuan mestila nangis..Nak kena tinggal kt rumah lain pulak kan..semua org camtu aku tgk.Aku sorang je kot,time family aku hantar kt rumah Speckybee, aku boleh lambai2, say byeeee!! Suke ko ye nok? Ko xtau malam kang nak jadi bahan.Owh,xpe..I rela...lalalalaa!

Last but not least...


Pengantin lama...

Asal2 baju aku adelah kaler maroon jugak.Tetiba pulak hari kenduri tu jubah maroon aku jadi singkat.Aku xrasa aku tetiba jadi tinggi. Ni mesti sebab perut aku yg meninggi.Cih.Terpaksala sorang kaler maroon, sorang kaler ijo.Aku lama dah nak buat gamba kawen semula.Sebab gamba kawen aku dulu hampeh.Dah la xde aksi peluk2 ke, guling2 ke.Muka pulak mcm kena kawen paksa memasing.heh.apekah..tengoklah nanti...pas bersalin nanti, harap2 badan aku kempis balik.Pestu nak kumpul duit, buat album kawen.Boleh skali kan photoshot dgn 2-2 org anak aku.kakakaka.Instant babe!

Kepada yg aku tak sempat jumpa, aku minta maaf banyak2 key..aku ada masa 2minggu je kt bumi malaysia.Dalam masa 2minggu, banyak benda nak kena settle.Bab rumah, bab kereta, bab baby baru.Tuhan je la yg tau mcmana tunggang langgangnya kami anak beranak pegi sana sini.Korang yg duduk kt dalam malaysia berpuluh tahun pun, tak tentu dapat jumpa ke tidak dengan semua org kan...Inikan pulak ktorg yg 2minggu je.Tu pun syukur jugakla sebab ramai jugak org yg aku dpt jumpa sambil2 tu.Dan untuk pengetahuan korang,aku dengan Speckybee dah buat keputusan untuk sambut baby baru ni kt bumi Sri Lanka jugak.Maka persiapan barang2 aku beli ala kadar dulu kt Malaysia.Nantilah aku cerita apa sebab tiba2 kami berubah fikiran nak bersalin kt sini jugak.Nantikan entry seterusnya...ciaaaauuu!!

10 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Timaseh belanja hari tu !
kata kat speckybee.. kalau tau dia nak belanja, genti kitorang makan ikan siakap sweet sour, kailan ikan masin, udang goreng petai, telur bistik, air tembikai laici... perghhh.... haha.



kalaulah tetiba duit terbanyak ke nanti; aku rasa macam nak jumpa ko kat sana pulak !



awat aku macam mengandung pulak hari tu ? gumuk lah weiii...
muahaha...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Orang tua2 kata kalau tidur mata terbuka sikit, bijak orangnya. Bukan aku kata, sebab aku muda lagi. hahahaha..


Yang pasti Uyin memang bijak! Gaya Uyin hari tu tak sama dengan budak sebaya dia.

Lina Rahim said...

photoshoot lepas kawen lagi cantek, sebab boleh peluk2 cium2..

mast@work said...

gambar last tu mahai tu

miss said...

tima kasih jugak hgpa belanja aku....turla konon diet...last2 makan jugak aku...hahahha...

dlm gmbaq kali ni aku nampak hg berisi...awat masa jumpa x nampak pon perut hg tur...huhuuhuh

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~fuh..fuh!! selamat!!seb baik ko xckp nk makan kt chiang mai ke apa nama restoren tu kan..hahahaa!!

ko dtg je la sini weh..ktorg mungkin smpai ujung tahun pulak duduk sini lagi..huwaaaa...punah harapan nk balik for good tahun ni.ciss!

alaa..xpee...semua sepeten je aku rasa dlm gamba tu..alaa..member ko yg badan kecit tu plak duduk nyorok2 kt belakang.patutnya dia duduk depan skali,boleh kita tumpang sorok2.kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~bijak ke xbijak ke xtau laa reen oi..si becok tu,sapapun jaga dia semua pening kepala.bapak aku pun dah surrender dahhh...

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~hihihi!!nak je aku buat photoshoot kawen skali lagi,weh.tp dtg perut ke depan camni,hilang betul feel nk berguling2 amek gamba.dah rupa badak air je aku.buat kene bako je kang gambo tu.kekekekee!

aNiS tHe BumbleBee said...

mast~mahai betul..asal ambik gambo je baju mesti xsama kaler.out betul laaa kann..hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

Miss_as~kekeeke!!xyah gatai2 nk diet kalau jumpa aku.

hahaa..ada time2 laa kot.baby tu nk menonggek lam perut,nampak la perut aku ke depan,baby tu tido elok2, kempis skit perut aku.

uyin kem salam kt 'aunty asliza'.cewah..ingat dah nama hg oii!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...