Friday, March 25, 2011

Happy B-Birthday En.Speckybee :D

Ngeeeheeee! entry ni patut kuar 19hb ritu. Tapi aku xde daya nk hapdet2 blog.21hb hari ktorg fly balik ke Sri Lanka ni. Maka, macam xcukup nyawa je duduk kt Malaysia tu ha..

Byk citer aku nk citer pasal balik Malaysia aritu. Pasal blogger yg aku jumpa, pasal kenduri, pasal check up baby kt Malaysia...Man-man laa kan, bak kata org zimbabwe.Ni aku nk citer pasal bday speckybee dulu.

Selamat hari lahir ke 29 wahai hubbyku.Gila saiko. Tahun depan dah xde angka 2 dah kt depan. Angka 3 plak ganti.Fuh, marilah kita cepat2 meramaikan anak2 kita.gyahahaha!

Alhamdulillah, cecah jugak umur ni. Ai xtau lagi dapat cecah umur 29 ni, sebab ehem, ai kan muda 2bulan.hik!hik! Syukur juga, dengan segala kurniaan Allah, dengan segala pencapaian dalam hidup awk.Insyallah, selagi saya hidup, saya akan tetap setia temankan awak.Merangkaklah, berjalanlah, berlarilah dalam karier awak, saya tetap di sisi. Jangan risau, jatuh bangun awak, saya dan anak2 akan ada di belakang awak. Keja rajin2. Kitorg tunggu kt rumah jadi pom-pom girl kasi sokongan padu kt awak.Keh3x!!

Sempena umo 29 tahun ni, buat pertama kalinya, Speckybee beli kereta.Fewitt! Sebelum ni malas betul nk pikir pasal kereta sebab ktorg pun sekejap2 je kt Malaysia.Buat jadi tukun je karang. Tapi memandangkan nak bertambah ahli keluarga ni, memang kena pikir lah jugak.

Aku awal2 dah cakap, apa jadi pun aku ndak MPV. Dari zaman anak dara lagi aku xberkenan keta sedan.Pasal aku rasa bila aku drive keta sedan, org akan nampak bijik mata aku je kt cecelah stereng tu.Tak suka tauuu! Tu pasal aku beli keta Kenari walaupun harga Kancil lagi murah.Janji keta tu tinggi, cermin dia sebesar2 alam, then aku boleh hangkut segala harta mak nenek aku dlm keta.Pueh hati!

Sebenarnya si Specky ni dok usha2 keta lain.Tengah gila sorento & bmw. Tettttt!!! wa tak suka!tak suka!! Maka aku dengan sorang blogger, si GC telah berkomplot untuk membuat proposal baekk punya supaya Speckybee beli Exora.

Actually, ada 3 MPV yg dalam kepala aku. 1.Wish 2.Cherry 3.Exora. Yang wish, xde plak aircond kt setiap seat.Tett!! Yg Cherry, aircond kt bawah seat. Speckybee kata kalau bawak ramai2 org pegi semayang mayat pakai kain pelikat, mampus beku telo sekor2. Tettt!! Maka, pilihan yang ada adalah Exora. Kalo ikut pikiran setan aku, nak je aku sebut Estima ke Alphard ke.Huakakaka! Tapi, bawak2 mengucap...Hidup ada naik turun.Kena buat perancangan bebetul nih. Yang penting benda tu memenuhi keperluan. Maka kami berdua sebulat suara memilih Exora disokong oleh cik Uyin.

Proses nak membeli Exora xde la hazab mana.3hari dah settle.Cuma sebab aku nk tolak Kenari aku, nak kena pegi ambik geran, nak pegi JPJ, terasa jugak lah penatnya. Yg geran Kenari aku tu ada kt RHB Penang ngam2 kt jeti. Nak tak nak kena pegi naik feri ambik.lepas tu, naik lagi feri balik. Lepas tu pegi Proton kt Sungai Petani. Lepas tu balik Kulim balik. Sok pagi tu pegi pulak JPJ Kulim tukar nama, lepas tu pegi lagi kt Proton Sg Petani serah geran.Tapi, syukurlah, semua berjalan lancar.Aku pun salute jugak la pada salesman Proton, en.Iskandar tu sebab 4hari je dah settle semua benda.Tarikh 18/3/2011 jadi saksi, Kenari aku bertukar tangan, dan Exora dah jadi ahli keluarga kami.


Kenari aku, namanya Pey-pey.Banyak kenangan betul dgn kereta ni.Dari zaman aku anak dara, sampai la nak masuk anak kedua.


Sob! sob! gud bye pey-pey..lebiu so much..nnti kalau jumpa kt tengah jalan, pin2 mak tau?


Hadiah besdey Speckybee yg ke 29 untuk diri dia sendiri.

Aku belanja dia tinted keta tu.Tapi dia kata, eleh, duit aku duit dia jugak.Hewah,hewah.Ko tau tak bapa byk barang aku terpaksa aku lupakan?Cuci muka,blusher, lipstik,kasut semua aku tak beli tau?? heh. Org kira camni, kalau duit tu kuar dari henbeg aku,kira duit aku laa kan.So,bila aku kuarkan belanja dia apa2, kira aku la belanja kan? wawawawa!


tengah meninted.Nama keta ni Pee-ka-booo! muehehee!


So, testimoni untuk kereta ni adelah....sejak menggunakan Exora, anak saya yg buas macam cipan itu tido lena saja setelah masuk ke dalam kereta. Tidak ada lagi budak kecik yg perasan baby suruh saya meriba dia. Maka saya dan suami bolehlah duduk beromantika dengan tenang di bahagian hadapan.kah3x!

Malam 19hb, kebetulan 1keluarga berkumpul kt rumah mertua aku.Speckybee pun buatlah kenduri doa selamat makan ikan bakar kt tanjung dawai ke apa ke nama tempat tepi laut tu tah.Aku tak ingat nama tempat, nama makanan je aku ingat.


Aku suka makan siakap bakar dia.Ikan kerapu tu apsal tah rasa cam tak in.Sotong goreng dia pun okeyla boleh tahan.Kerang bakar, rasa mcm tak bakar pon.Rasa mcm nk bakar jugak org tu.


Apesal nampak aku yg paling kecoh dlm gamba ni?Padahal dah habis sopan dah aku duduk sebelah mak mertua aku tu.kih3x!


Muka aku kembung2 mcm kena cucuk botox.Tu baru cara2 duduk malaysia 2minggu.Kalo 2tahun, boleh register sumo dah rasa. Sorga makan betul Malaysia ni babe!

Jumpa lagi di next entry, ada laa serba sedikit cerita panas aku nk cita.ciaaaauu!


21 comments:

Kancilbiru said...

aku ni nama ja dok sg petani, tanjung dawai pun tak penah singgah makan lagi..hehehe

Chik Att said...

kiranya ..... balas dendam tahap berapa tu .....kena bagi skor..... sempat ka...2 minggu belasah semua ... bahan2 idaman tekak .....

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~hahaha..aku pun nama ja menikah dgn org guaq cempedak,gunung jerai pun xpenah smpai.hampes toi.

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~alhamdullilah CA..balik kali ni, mmg puas betul mkn, walaupun 2minggu.mungkin sebab dah tau sekejap sgt nk duduk msia,tu yg hantam bebetul tu.kakakakaa!

- GC - said...

komplot dgn GC? awat tak bg tukang komplot merasa sama nek keta baru? kodokuittttt... haha..

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~hahaha!duduk kt lumut yg berlumut tu..sapa nk pi..kalo duduk jeniang,lama dah kami pi.nak tuntut lemang 3batang skali.

|| NaFiRaa || said...

perrgghhh.. betol2 lepas gian.. senyap terus!!! tau2 dh balik sri langka dah.. u~ kandungan bape bulan dh???

AngahSayang2314 said...

wahhh dah ada new car loo lama tak ke sini dah ada baruuu.....

ejan sara said...

wawawaaaaaa..pek aa boo...sgt comei okeh!! sehat ke anis oii..

- GC - said...

lemang 3 batang pa plak? igt la ni raya ka woiii.. haha

Anonymous said...

OWH PKAI RETA BARU.....AWAT ARITU X BAWAK AKU NEK KETA BARU HG WEI?????

Mario said...

hepi bedey abang specky...

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~hihihi..2minggu je kt malaysia tu.kelam kabut settle suma benda..baru 5bulan...fuh!lagi 20minggu nk tunggu haa...

aNiS tHe BumbleBee said...

angah~kite pun dah lama tak update blog...heee...

aNiS tHe BumbleBee said...

ejan~kekeke...!sehatt...terlebih2 sihat ni haa..melompat2 anak dlm perut dpt makan mcm2.

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~ahhhh!tak kira.nak tuntut yg ritu menang teka gambaq GC dulu tu..

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~ini sapakah?keta kan kuar 18hb.aku pun sempat 2hari ja naik keta tu.

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~abg speky nak adiah...ngehehehehe!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

holaaaa...

Tumpang ucap selamat hapi besday kat speckybee. Semoga success selalu.


waaaaa...bau kedai ! kalaulah exora tu kuar 4 tahun lepas, genti aku paling suka sebab dapat staff price!... huahuahua..


futihhhhh..ai laik !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ayu betul pengantin baru tu.








Pengantin lama ayu jugak !
(^_^)

cintahati said...

uit...PEK KA BOO ko simpan mana anis?...bak sini aku pinjam weh...sementara hg nak blk,bg la aku guna nak pi klinik ibu anak..haahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...