Friday, February 26, 2010

KeLaS GrooMinG..MaRi BerChaNTeK ChaNTeK!!

Well well well!!
Sapa nak masuk kelas grooming?? Dikelolakan oleh cik Uyin kita...
Jom....Zaassssssss!!!!

SELAMAT DATANG KE KELAS MEKAP2 CIK UYIN (anak murid Hanis Zalikha) =)

okey, ni ahli2nya..Encik Frog, Miau, Bebe, dan Bubu


aaa..ni tengah letak eye shadow la kununnyaaa...

okey, lipstick pulak ye cik2 dan puan2

Okey, kita kasi perm skit rambut ye..eish,cane nak on hair dryer ni tah??

Haaa..okey...lawa tak rambut I??

Next pelissssss....mangsa seterusnya, Miau...!

Okey....I dah siap nk pegi school!! Daaaa!

Notabulukaki: Ish..ni baru umo 2 tahun..aku xley bayang bile umo die 20 tahun besok...haiiii....

Thursday, February 25, 2010

MaRi aNak2...UsTaZaH NaK aJaR BeRCiNTa,,


Okey...assalamualaikum anak2 ustazah smua??? sihat ye?? Hari ini ustazah nak ajar kau org bercinta...Cinta pada Rasullullah saw..Hehehe!! okey..xpayahla buat2 terkujat pulak ye..tetiba cik puan anis jadik ustazah..aku ustazah rock..so sempena maulidur rasul besok aku nak share satu info padat pasal buah hati dan kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w..Credit to Mr.Zafrin Zakaria atas email beliau..

Asik2 korang hapal biodata Lisa Surihani lah,Maikel Jeksen lah, Khatijah Tan lah,Wan Maimunah lah, Accapan laa...haishhh....!Ni ustazah nk bagi biodata Rasullullah kita..hapal tau anak2..Keje rumah korang dah cuti lelama ni..Ari senin ustazah nk tnya.


BIODATA KEKASIH ALLAH:

NAMA: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

TARIKH LAHIR: Subuh hari Isnin,12 Rabiulawal= 20 April 571masehi(Dikenali sebagai Tahun Gajah;sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah menyerang bumi Makkah)

TEMPAT LAHIR: Di rumah Abu Talib,Makkah al-Mukarramah

NAMA IBU: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

PENGASUH PERTAMA: Barakah al-Habsyyah (digelar Ummu Aiman.Hamba perempuan bapa Rasullallah saw)

IBU SUSU PERTAMA: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

IBU SUSU KEDUA: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah(dikenali sbg Halimah as-saadiah.Suaminya bernama Abu Kabsyah.)


Usia 5 Tahun

~Peristiwa pembelahan dada Rasullullah saw yg dilakukan oleh 2 malaikat untuk mengeluarkan syaitan yg wujud dalam hatinya.


Usia 6 Tahun

~ Ibunya Aminah ditimpa sakit dan meninggal dunia di Abwa'.

~ Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya,Abdul Muttalib.


Usia 8 Tahun

~Datuknya, Abdul Mutalib pula meninggal dunia.

~Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


Usia 9 Tahun (Sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 Tahun)

~ Bersama bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

~ Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua2 rombongan untk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa arab yg akan lahir pada masa itu.


Usia 20 Tahun

~ Terlibat dalam peperangan Fijar.Ibnu Hisyam di dalam Kitab Sirah jilid ,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia baginda ialah 14 @ 15 tahun.Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak2 panah sahaja.

~ Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada org yg dizalimi di Makkah.


Usia 25 Tahun

~ Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwalid al-Asadiyah.

~ Perjanjian ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruh Khadijah.

~ Baginda bersama2 Abu Talib dan beberapa org bapa saudaranya yg lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40tahun ketika itu.

~ Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


Usia 35 Tahun

~ Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

~ Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar2 dan penduduk Makkah.

~ Rasullullah saw diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakkan batu tersebut.


Usia 40 Tahun

~ Menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


Usia 53 Tahun

~ Berhijrah ke Madinah al-Munawarrah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar al Siddiq

~ Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September 622M.


Usia 63 Tahun

~Kewafatan Rasullullah saw di Madinah al Munawwarah pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI2 RASULLULLAH SAW:

~ Khadijah Binti Khuwailid

~Saudah Binti Zam'ah

~Aisyah Binti Abu Bakar

~ Hafsah binti Umar

~ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

~ Hindun Binti Umaiyah (gelaran: Ummi Salamah)

~ Zainab Binti Jahsy

~ Maimunah Binti Harith

~ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

~ Zainab binti Khuzaimah (gelaran Ummu al-Masakin;Ibu Orang Miskin)


ANAK2 RASULULLAH saw

~ Qasim

~ Abdullah

~ Ibrahim

~ Zainab

~Ruqaiyah

~ Ummi Kalthum

~ Fatimah al Zahra


ANAK TIRI RASULULLAH saw

~ Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al Tamimi (anak Saidatina Khadijah)


SAUDARA SESUSU RASULLULLAH SAW

Ibu susu: Thuwaibah

Saudara susuan: Hamzah, Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


Ibu susu: Halimah al Saidiyyah

Saudara susuan: Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutalib,Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza, Syaima binti Harith bin Abdul Uzza,'Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza.


BAPA & IBU SAUDARA RASULULLAH (ANAK2 ABDUL MUTTALIB)

1.Al Harith

2.Muqawwam

3.Zubair

4. Hamzah ***

5. Al Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8.Abdul Ka'bah

9. Hijl

10. Dhirar

11.Umaimah

12.Al Bidha (Ummu Hakim)

13.Atiqah##

14.Barrah##

15.Safiyah***


***sempat masuk Islam

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya


Diantara kata2 apresiasi para sahabat mengenai Rasulullah:

~ aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah saw.

~ aku melihat cahaya dari lidahnya.

~ Seandainya kamu melihat baginda,seolah2 kamu melihat matahari terbit.

~ Baginda jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

~ Baginda umpama matahari yg bersinar.

~ Apabila baginda gembira wajahnya seperti bulan purnama.

~ Wajahnya tidak bulat tapi lebih cenderung kepada bulat.

~ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

~ Urat darah kelihatan di antara 2 kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

~ Mata baginda hitam dengan bulu mata yg panjang.

~ Garis2 merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli di bahagian sudut.

~ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

~ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

~ Giginya kecil dan bercahaya,cahaya kelihatan memancar dari giginya.

~ Janggutnya penuh dan tebal menawan.

~ Lehernya kecil dan panjang,terbentuk cantik seperti arca.

~ Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

~ Rambutnya sedikit ikal.

~ Rambutnya terbelah di tengah.

~ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali 1 garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

~ Dadanya bidang dan selaras dgn perut.

~ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun cantik.

~ Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

~ Warna kulit baginda putih kemerah merahan

~ Badannya tidak gemuk

~ Perutnya tidak buncit.

~ Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

Kesimpulannya:

Nabi Muhammad saw adalah manusia agung yg ideal dan sebaik2 contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia2 insan di dunia..

Diharap kepada yang membaca entry ini sampai2kanlah kepada org lain..semoga bertambah kecintaan kita pada junjungan Rasulallah ini...


sekian.... :

KeRoSakKaN KoMPuTeR MenG' iSTeRi-MiThaLi' kan Aku...

YeaaaaYYYY!!!
Laptop aku lingkup..sebab karan kt sini mabuk...kejap kuat,kejap slow..kesudahnye, power port aku terbakar...

Bawak pegi Colombo, kut2 org Colombo bijak skit dari org kat Galle ni...Kedai pertama, okey..cuma ambik masa 3-4 hari....mana tahan dowh! Nafsu blog aku membuak2..Pegi kedai kedua, kt Majestic City...kedai yg 'repair' motherboard laptop Speckybee dulu..Aku xsuke gila kt mamat tu.Sebab first time ktorg datang dulu nk repair laptop Speckybee, die punye la baran.campak2 screwdriver lah.Meluat aku tgk.Tp Speckybee ajak jugak pegi kedai dia. sampai aje,dia pun datanglah jalan hinggut2..Rappers la konon! pestu dia menyapa kitorg...aku malas nk pandang muke blagak die tu..aku ckp lar aku punye port tu, itu ini sume...pestu dia bley bukak tempat bateri aku, bau2...pestu tnye aku,tuang air ke kt sini? dalam hati aku ckp, ko bodoh ke?xde pasalnye aku nk tuang air la.grrrr!! pestu die ckp motherboard aku rosak plak..

Dey Machaaaaa!!!!
Ko bukak kedai komputer ke kedai keranda???
GRRRR~~~~~!
Aku menyumpah2 la mangkuk hayun ni..dengan gelak2 die ckp,kalo pegi kedai lain pun,mmg dorang akan ckp motherboard rosak.Dalam ati aku,mampos engkaulah!Dah sah2 window aku sume aku bley masuk,ape jadahnye motherboard plak??Last2 aku bwk balik Galle.Dalam hati tekad nk repair aje kt Galle.Ingatkan bijak sangat stock Colombo neyh!Rupanya lagi lembu!! Grrr!Aku xde marah sgt atas kebodohan die tu..Tp yg aku marah sgt,die tu blagak...muke pulak tak hensem! at least, kalo muke ko mcm ARJUN RAMPAL ke, kurang la skit marah aku.Tambah plak aku penat+lapar..Tgk muke tak hensem ko tu membuatkan aku marah.Ko tau tak?????



~ini Arjun Rampal~

So,aku tinggalkan lappy aku kt kedai komputer kt Galle aje..sambil tawakkal...Dan aku teruskanlah usaha utk menjadi surirumah yg paling berjaya kt muka bumi ni...suci sungguh otak aku time tu..pagi bangun kemas umah,basuh baju,masak..pergggghh!! pestu xtau ape nk buat.kemas peti ais,cuci bilik air kemas bilik sebelah,cuci tingkap,mop lantai....ermmm...sehari je siap..ape lagi aku nk buat ni???? aku da mati kutu...SUMPAH tensen takde komputer ni..aku start jahit2 riben yg tercabut dari seluar uyin, gam2 kan sepit2 rambut die yg dah terkeluar...susun2 baju dalam lemari...sampaikan spender pun susun2 ikut kaler...punyalah boring ooooiiii!!


spender yg tersusun rapi....
sumpah jadi organized giler kalo xde laptop+internet nih!!

Pestu aku menung lagi...ape lagi aku nk buat????arrgghhhh!!!aku pandang meja makan aku.. kosong je... Talipon tuk2...pegi bandar Galle kejap...pegi kedai bunga...beli bunga...beli pasu....balik umah...susun2 bunga.....Tadaaaaaa!!!

nilah hasilnyaaa.....


Okey,fine...! hasilnya buruk! huakakaka!! aku mmg xreti nk gubah bunge2 ni...kt umah aku seketoi bunge pon xde..ni la kut baru nk letak bunga...hahaa! Sume akibat tahap boring yg melampau..

Skang ni...alhamdulillah......!!! Laptop aku dah kembali pulih...walopon Windows 7 aku terpaksa berkubur buat sementara waktu...aku pakai Vista aje lah balik...Speckybee cam biasa arr...kutuk2 aku..Dah laptop tu mcm Wan Maimunah, mekap macamana pun, takkan jadi Erra Pazira punyeee!!! Kuang ajar tak statement tu???? Mementang laptop die baru..Tp xpe,balik msia nnti, nak taruk 7 balik...(zuar,please get ready!)Format komputer kt negara ni mmg kasi tekanan perasaan betul kt aku.Tak apalah...think positive..at least selama 4-5 hari xde lappy ni, umah aku mcm ade 10 org maid....berkilat2 berseri2! Time ni kalo mak mertua aku dtg pun,idung aku forsure kembang punye lah...huekekekkee!!!

Friday, February 19, 2010

KoRaNg PeRnaH KeNa RaBa???

Time zaman2 aku stadi dulu, aku selalu sgt travel sorang2.. Lepas je SPM, aku dpt UiTM Segamat, so selalu je travel dari Johor ke Kedah seorang diri. Pestu, degree pulak, dari Terengganu ke Kedah.. Jadi perkara tu menjadi kebiasaan aku. Cuma aku kena sentiasa berwaspada, maklumla kan anak dara jalan sensorang, cun pulak time tu...bahaya la kan?? huakakakaa!!

Cam biasa, aku mmg akan pakai jean.Then aku akan selitkan pisau lipat rambo dlm poket seluar. Nk jadi cerita, dari UiTM dungun, aku kena pegi ke K.Terengganu utk dapatkan bas express ke Kedah. Bas dari K.Terengganu ke Kedah plak, malam aje ada.So, aku akan smpai ke Kuala Terengganu petang, dan lepak lah surau smpai ke malam.. Cukup time naik bas, aku pun naik.

Terkedek2 aku mencari no.tempat duduk aku. Sampai aje kt seat, aku tgk, ade 1 sweater kaler merah kt situ. Eishhh...sape punye lak ni??? Aku fikir, maybe ade org kt sebelah seat aku ni, so aku tunggu aje lah. Sampai time bas nk jalan, xde pulak org dtg pun! aku campak ajelah baju tu kt seat depan.huhu~

Pestu bas pon jalan....aku main2 game dulu, tetiba aku rasa mengantuk gila2...aku mimpi...kain merah tu, sebenarnya kepunyaan sorang pompuan yg pernah mati dlm bas..Pestu pompuan tu lambai2 aku...pestu aku terjaga...pening2...muka pompuan rambut panjang pakai baju merah tu still lagi terbayang2.... aku pun ckp lah dlm hati.. "kesian ko...aku sedekah al fatihah lah kt ko ye..." sambil2 tu, aku bacalah ape2 yg patut, then tertido balik.

Ade something kt bahu aku...aku tepis, bende tu lari... Dalam fikiran aku, "Eish...dalam bas ni pun ade cicak!" aku dah le geli dgn spesis2 cicak ni...Pestu aku teringat balik pompuan hantu tu, aku baca lagi ayat kursi dan surah2 lazim...aku mengantuk gegila time tu..pesal ntah.
Aku mcm tido, tapi aku rasa aku tak tido....Sebab aku nampak org kt depan & sebelah aku..tapi asal aku rasa cam tido pulak?? ish, xpaham!!!!!

Tiba2...

aku rasa mcm ade tangan kt bahu aku....tangan sapa ni???dalam pale otak aku tgh pikir mungkin tangan hantu tu kot...nk mintak tolong apa2...Tp eh, takkan laa hantu...then slow2 aku kuarkan pisau lipat rambo aku dari poket jeans....

Camni lah lebih kurang rupa pisau tu

Dalam ati aku...aku ckp, kalo betul tu hantu, abis laaaa bahu aku....tp kalo org, sumpah aku puas hati!!! Tangan tu still ade lagi kt bahu aku...sibuk cari dada aku agaknye.Jgn harap ko dpt carik!..slow2 aku angkat pisau tu, dan tikam ke arah bahu aku. Pestu aku dgr suara lelaki menjerit..Huh??? Aku pegang bahu aku, xde pape...bukan hantu ni, org ni!!!

Barula aku terpikir, yg Si Jahanam tu cuba nk raba aku! Heh! Malang laaa ko!!!! Dah la ko xdpt raba ape yg ko nak, kena tikam dgn pisau plak tu!! Darah membuak keluar dari tgn dia. Tapi dia xberani bunyi langsung. Aku plak time tu mcm sedar tak sedar, percaya xpercaya aje..

Aku lipat pisau tu balik, taruk dlm poket. Angkat knapsack bag aku, pegi duduk belakang driver.Aku still lagi blur2..Eh, betul ke aku tikam org tu tadi? Isk...ape aku nk buat ni??

Then, aku tgk jalan, dah nk smpai Kedah..Lagi 5 minit aku nk turun, aku pegi balik kt jantan bodoh tu... aku sound pelan2.... "Ko kene tikam dgn aku eh?? Lain kali ko jgn buat lagi..Aku kerat ko punye $@&!"

Pestu aku turun dari bas. Mak ayah aku dah siap tunggu aku.Aku bgtau kt bapak aku,tp bila bapak aku nk tahan bas tu, aku ckp xyah lah. aku dah tikam org tu..Bapak aku ckp, asal ko tak suruh org ramai2 belasah aje budak tu? Haah kan.. pesal aku xterpikir langsung..lembut je pulak tu aku ckp kt Jantan Sial tu.Hum, time tu, baru lah aku tiba2 mcm sedar betul2. Rasa mcm nk mengamuk2, nk tikam2 muka org tu smpai xde muka..Arrrgghhhh!! Geram nyaaa aku!!!!

:ayokona:

Tapi mak aku ckp, maybe aku kene pukau time tu..Biasanya org akan hembus kt leher.Tu pasal aku mcm sedar xsedar aje...Hum, mungkin jugak! Nasib baik laaa awal2 tadi aku ingat hantu, then kumat kamit baca segala ayat Quran..agaknya tawar la skit pukau dia tu.

Tulah kisahnya... bg yg pompuan2 tu...hati2 lah kalau nk ke mana2.Aku dikira bernasib baik sbb aku masih sempat lagi pikir tu hantu..sempat baca ayat2 pedinding. Kalau tak, aku xtau la apa nasib aku.Make sure korang bawa apa2 alat utk mempertahankan diri. Bahaya ni xkira berlaku di mana..dah la makin ramai org jahat dlm dunia ni.

okey, thanks lah baca kisah aku kena raba..huekekekee!

notabulukaki~ Kau ingat aku nk tulis entry lucah ke?Jgn harap! Hahaha!

Wednesday, February 17, 2010

GaLLe SudaH Maju: HP adalah 'HOT PACK' !!


Hahahahaa!! Tahniah kepada tok penghulu bandar Galle yg sedang pesat membangun sekarang..
Kini Galle dah ada fast food restoren tawwwww.... HOT PACK namanya.. Tgk gamba...sejibik2 dia tiru KFC dgn PIZZA HUT!

Kami sekeluarga pun berkobar2 lah nk pegi ke fast food restaurant yg pertama tu....Dengan harapan, adalah tempat nk lepak memalam kan...


Keadaan di dalam...okey laaa...Mcm dlm KFC tu la jugak...not bad..mat saleh pun ada...
Aku baru je tau, org Sri Lanka ni, dorang gelar foreigner sebagai ' Masaley', mcm kita panggil omputeh 'Mat Saleh' tu....So,aku kt sini merasala dipanggil 'Mat Saleh'...Korang jgn jeles pulak ye.Huakakakaka!


Uyin sedang teropong menu2 yg disediakan...


err....happy meal ade abah??

Kitorg takeaway je makanan2 tu..Sebab, balik mkn umah lagi best.boley bukak mulut sebesar2 alam..Dalam keta, uyin tnya, "eh, abah...mana toys????"

KAH! KAH! KAH!

Mana der nak ooii...ni HP, bukan KFC ke McD keee...hadoiii!!! Sian diaa...

Sampai2 je umah....laaaarrrr!!!! Xde karan pulak dah!!!!! Terpaksa lah mkn guna torchlight...Sadis...sadis!

Tak sempat nak ambik gambar makanan....Gambar kertas je yg dpt...

ni haa...


Kalo korang tnya sedap ke tak.....aku akan jawab....


SUMPAH TAK SEDAP LANGSUNG!!!!! KO BAYANGKANLAAA GORENG AYAM PAKAI MINYAK KELAPA!!!!!!

aku nak PENGSAN!!!!!!

WiLL U MaRRy Me????

Fuh! Fuh! Kalo korang, lamaran yg macam mana korang impikan?? Mcm David melamar Kelly melalui papan iklan gergasi kt LDP tu ke?


atau kt scoreboard di Stadium mcm Nick & Melissa??



Aku kadang2 heran gak. Bila dah kene propose camtu kan, yg pompuan tu akan buat2 terkejut. Terkejut ke?? Dah hari2 ko keluar dgn lelaki tu, talipon siang malam, chatting siang malam, ckp cintan cintun, dah declare sume dah, mmg ler korang nk kawen kan?Kalo aku kene propose camtu, aku akan lompat2 sambil jerit HOORAAY!! HOORAYY!! buat muka serius, dan buat2 pikir...pestu aku akan jawab, tengoklah prestasi ko bulan ni camne. HAHAHAHAHHAA!

Yg pastinya, cost nk melamar mcm2 2-2 org lelaki kt atas tu, mmgler tinggi. Kalau gamak2 xbape nak mampu, xpayah laaa...Sebab kalo jadik mcm si Nick tu, xke frust menonggeng2??? Penat2 ko bayar sbb nk propose kt giant scoreboard tu, last2 kene tolak???? Sumpah ko panjat scoreboard tu terjun tiruk ke bawah gamaknye!

Apepun, gunakanlah akal pikiran yg tuhan bg..dan jenguk2 sama poket kau..Kalau pompuan tu setuju pun, ko pikir2lah kenduri kawen ko besok.Xkan ler kau nk serve tetamu dgn biskut & bihun goreng aje? Mcm kenduri arwah pulak jadinya.

Meh aku kasi idea2 kt korang camne nk propose.Yg pompuan pun, boley aje nk propose lelaki. Xde salah pun.

1. Ko buat kek, atas tu, ko tulis la proposal ko.... "Surti, ko nk kawen dgn aku tak?? from Tejo" (make sure kek ko tu elok rupanya.kalo tak,baik ko kayuh basikal aje pegi kedai beli.)

2. Bagi yg merokok tu, kalo korang bajet macho sgt, terel sangat, try kepul2kan asap supaya jadi perkataan, "Will U Marry Me?"...kalo takat boley buat huruf 'O' aje, apa barang bai?? Benti jelah isap rokok tu!

3. Kalo ko dgn pasangan ko jenis suka mendaki2 bukit ke, gunung ke, 2-3 hari sebelum tu, kene panjat bukit tu and ko pacak siap2 board proposal ko. Pestu, sebelum daki dgn awek ko, pastikan ko teropong siap2 kt atas tu,takut2 la pulak board tu da jatuh kene tiup angin ke, hancur plan ko!

4. Ko beli belon byk2. Kalo ko jenis xsemput tiup belon,ko tiup.Tp kalo semput, ko pam aje lah..Tulis la kt situ, "Jomla kite kawen" kt suma belon2 tu. Pestu boley antar kt umah die.Make sure ko ikat bende berat kt bawah tu. Aku takut belon tu smpai kt tgn yg bukan awek ko. Tu memang kes naya, tambah2 pulak org tu mmg jenis obses kt ko. Woh!

Empat je cukup?? aku malas nk pikir2 lagi dah. Nak pegi masak nasik. Sian laki aku karang lambat makan. Propasal kawin ni small matter aje sebenarnya. Yg pentingnya, pasangan tu bebetul syg ko tak?? Sanggup sehidup semati dgn ko tak?? Kahwin ni bukanlah the end of kisah percintaan korang, tapi sebenarnya permulaan. Hidup di alam realiti, bukan fantasi2 lagi dah.Kalo dulu die ckp die rajen mandi, belum tentu betul beb! So, bila dh tinggal dgn dia, barula ko tau 100% warna sebenar dia.Sebelom kawen, make sure ko format balik otak ko kasi fresh. Yg virus2 kasi sakit ati sblm ni, sume tu pun kene padam. Terimalah dia seadanya!

Cau Cin Cau!!~

notabulukaki~ dgr2nye,yg propasal Nick&Melissa tu gimik je...hekeleyyy!!!

pics credit to kosmo!online.

Monday, February 15, 2010

TaG By Izza NebRaSKa



Kalau tak di tag oleh Mek Izza ni, sebenarnya mmg aku nk tulis psl tarikh 14 Februari pun. Aku bukan nk tulis pasal Valentine.Aku org kampung.Ape kejadah hari valentine pun aku xtau sebenarnya. Tapi, 14 Februari adalah tarikh 'lamaran' yg aku terima dari Speckybee. Surat menyatakan 'lamarannya' utk jadi 'teman istimewa'. Hahaha! Dapat je surat, aku call mak aku, bgtau.So, mak aku kasi greenlight dengan syarat SPM aku dan Speckybee mesti 1st Grade.So, dengan rasa yakin dan takburnya aku boley dpt pangkat 1, aku terima je lah.Kang xterima, terjun bangunan aspura plak orang tu kan..huakakakaka!


surat cinta darinya 12 belas tahun yg lalu...aku simpan...dan bawa smpai ke Sri Lanka ni!

1. First time jumpa with ur hubby bila dan di mana?
Err...'ter'jumpa kt Skolah Teknik Jalan Stadium Alor Star. Time Form 4....

2. Love at first sight?
Xbape pasti pulak.Memula aku tnye dak kelas die, sapa yg tulis khat kt pintu kelas dorang.Die ckp Fuaad. aku ckp, lawala tulisan khat tu. Dak skolah agama kut die neyh. (maklumlah,tulisan jawi aku mcm ulat jentik2!) Kiranya aku jatuh cinta kali pertama kt tulisan dia lah dulu kot.huekekekee!


xde gambar sblm kahwin..ni je yg ada..time dlm tunangan..gemuk..gemuk..hepi nk kawen katakan!haha!

3. Who is he when the first time U met him?
Hehe..!budak skema. Pakai cermin mata cam semut.Ustaz2 sket.Ketua pengawas.Pagi2 slalu dengar dia mengaji kt surau aspura. Tapi slalu kene tibai dgn pengetua kt depan perhimpunan sebab fail ujian bulanan.Kah! kah! kah! Tp,syukurlah lepas tu jadi bijak tiba2....sejak berkawan dgn aku. motif??? hahahahahaaha!

4.How long it takes for him to ask U out of a date?
Iskk..tak ingat pulak. Ala, budak skolah, pestu tinggal asrama.Nk kuar date kemendenya. First time dating pun kt skolah. Time besdei dia.Aku kasi adiah jersi sbb dia ske main bola petang2.Bolehla aku skodeng dia time dia main bola pakai baju aku kasi tu.huakakakaka!


5. First place dating?

First place dating yg kt skolah tadi tu.Tp first time kuar dating, kt kedai buruk tepi stesen bas alor star yg lama tu. Ya allah, buruk gila kedai tu.Mcm nk roboh.Tp dah aku nk balik umah cepat, so dating kt stesen bas dah le.Bukan nk buat pe pun.Nk tnye aku bape beradik,aku suke mkn pe.tu je.haha!

6. How he proposed?
Err...xde propose2 cam citer omputeh tu. Tu dlm surat tu die dah tulis dah. Jadi tu proposal jangka masa panjang, tunggu 10 tahun lepas tu, barulah kami kahwin.Janjinya, lepas abis SPM, masuk U, pestu keje, pestu kahwin. Mengikut seperti yg dirancangkan.keh!keh!


Nampak sgt pasangan kuat mkn.Gambar kawin xde gamba peluk2 Gambar mkn2 je byk!huakaka!

7.Special date with ur Hubby?
erm... 14Feb ~ hari ulangtahun percintaan.. ~adekah??
14 December~ hari akad nikah..

18 December~ aaaaa.....adelah! lalalalaala!


8. Changes that he asked u to do?
err...byk! Jadikan badan mcm form 5 balik (logik kah???), Jangan degil, sentiasa berusaha mendapatkan anak yg ke 2. kah! kah!

9. What about him that U love him so much?
hehe..byk jugak! Selalu buatku tersenyum, dan ketawa berguling2...
Sgt pandai masak western..nyam!nyam!....

Suke marah2 aku, pestu pujuk aku dgn benda yg best2!

Die sgt syg aku...aku rasa laaa...xde org syg aku mcm dia syg aku.Sbb tu aku syg kt die..hihi!



smlm pegi soping..die ckp,sempena tarikh ni..belilah ape nk beli pun..sib baik aku mengucap byk2..kalau tak, mkn megi ajelah ktorg bulan ni..

10. What is about him u wish he would like change?
aku xnak dia berubah apa2 pun.aku syg dia sebab diri dia.tu je.apapun kekurangan dia aku terima dgn senang hati.. (sambil kutuk skit2..muahahahaa!)

11. U will lose ur mind and crack ur head when he?
Die puji pompuan2 buruk kt dlm tv tu.aku xde marah dpn die.aku nangis sesenyap je.Sambil berkata2 dlm hati, ada lori ada bas....ade lelaki hensem depan aku, aku balas balik! huh!

12.U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
Bila dia mkn berpinggan2 hasil masakan aku...walopon aku tau, xsedap mana pun.keh keh keh!

13. Complete below sentences "My Love towards my husband is as big as....."
Infiniti......xde sempadan.....kalau boleh, nk sambung kasih syg ni hingga ke akhirat...amin... :)

Orang kata...kalau nk pasangan yg baik...kita kena jadi baik.....
Tapi aku kategori pompuan gile, padanla aku dapat pasangan yg gile jugak...keh! keh! keh!

sekian.

sapa mangsa aku????

1. Kak ainiayu
2. Aby Sri Lanka
3.Sham Uitm Dungun
4. Adik ipar, Fakhrati
5.Ieda Si Pelangi
6.Nafira yg babynya bernama Anis...awww!

selamat menjawab ye...Kepada izza...siap kau!!! tunggu tag seterusnya ye..hahahahaa!

Saturday, February 13, 2010

AuuuuMMM....! SeLaMaT TaHuN RiMau...AuMMMM!

zao shang hao!! (celamat pagi..!)
"Mei tiao da jie xiao xiang
mei ge ren de zui li

jian mian di yi ju hua

jiu shi gong xi gong xi

gong xi gong xi gong xi ni

ya gong xi gong xi gong xi ni"


"Dong tian yi dao jin tou
zhen shi hao de xiao xi
wen nuan de chun feng
jiu yao chui xing da di
gong xi gong xi gong xi ni
ya gong xi gong xi gong xi ni"


Yaaa! Jom nyanyi ramai2 ! Masa kecit2 dulu aku sukelah nyanyi lagu ni.. Pestu amek selimut selubung2 buat tarian singa..huekekekekek!!

Hidup aku ni sebenarnye byk dilingkungi dgn pengaruh2 budaya cina.Hehe! Kecik2 pun mmg aku membesar dengan kaum cina. Skolah pun skolah cina.Sampaikan purse aku, memang akan aku akan pastikan beli yg kaler merah, sebab 'ONG'.Dan ade byk lagi yg benda2 Specybee marah aku sebab khurafat katanya. Ye ke khurafat?? aku rasa benda2 tu biasalah.Pantang larang kaum cina kan.Sama lah dgn pantang larang melayu pun ade gak kan. Jangan duduk atas bantal, jgn nyanyi kt dapo, jgn kepit kuku memalam.. sama je lah! Memandai tuduh aku khurafat plak.

Berkobar aku dgn uyin pakai baju kaler merah pegi 'HP' smlm.nnti aku citer 'HP' tu ape...

Jadi sempena tahun rimau ni, aku nk lah ucapkan happy chinese new year pada keluarga cinaku, Papa Ah Leng dan semualah adik beradik cinaku itu. Dah bapa kali beli teh dari sini tp xsempat2 jugak nk bagi kt dorang.Last2 teh tu bg kt org lain je lah. Balik skali lagi nnti, aku mesti pegi.Mesti! Ucapan selamat juga pada member2 aku di Globique,dan jugak ex-bos aku yg sama besdei dgn aku tu..hihi!

Orang2 tahun rimau, adalah org2 yg berani dan dikira protector.Tp ak xterlibat.sebab aku tahun anjing. Aku setia..dan garang! Mcm anjing owner umah aku ni lah! sumpah garang! Rimau pun takut dgn anjing gile owner aku tu agaknye. Honeybee tahun babi. Kaaaayaaaaa!! Yaa! itu yg kita cari!!! Kecik2 honeybee gemok+ kuat tido. ade member cina aku tnye, "eh, dia tahun apa aa??" aku jawab, "Babi'. Pestu die ckp balik, "patutla ini budak malas mcm babi..tido saje keje."

Celake tul ko ye? ade ke patut ko ckp anak aku malas mcm babi? Ko tu tahun lembu, padanlah buduh mcm lembu.

Kah! kah! kah! kah!

notabulukaki 1~ aku akan berdoa siang dan malam, agar dia xjumpa blog aku ni..! :P
notabulukaki 2~ mlm ni aku nk makan besar kt Colombo.wuuuhu! :D
notabulukaki3 ~ aku bukan budak mandarin UiTM.aku budak arab.
notabulukaki 4~ bg yg tak tau nk nyanyi lagu kt atas,boleyla refer video dibawah.slamat mencuba! huhu~


zai jian..min tian jian!! (bye..jumpe besok!!)

Friday, February 12, 2010

MiRRoR MiRRoR on The WaLL... Sapekah PuTeRi PaLinG CanTik di Dunia iNi??

Kalau anak2 perempuan...kita anggap mereka macam puteri....kan? kan?
Kadang2 kita panggil mereka princess.....

Kalau tanya mereka, mereka puteri apa?
ada yang jawab...


Snow white....



princess Aurora...



Cinderella.....

Tapi.....
Bila aku tanya Uyin, Uyin princess apa??
Dia jawab.....





Princess Indumati!!!

Siapakah Princess Indumati itu?



Itu adalah watak kartun dlm cerita kegemaran uyin, Chota Bheem. Kartun dari India.

Hero yg nama Chota Bheem tu yg pakai kain kaler oren tu. Die kalo makan Ladoo (sejenis mkanan kaum India) dia akan jadi kuat, dan akan Dusyum! Dusyum! org jahat.Heheh!

notabulukaki~ Inilah hasilnya duduk kt negara ni.Anak aku mmg xkenal segala princess2 kt atas tu, dan jugak segala otromen,superman sume tu. Dia kenal hero hindustan ni aje. CHOTA BHEEM!

credit to ChotaBheem.com for the pics.

Thursday, February 11, 2010

KiSaH HaTiKu di Sri LanKa.. Part 1

Kata orang, "Jauh perjalanan...luas pengalaman"

Emm.. aku rasa betul 150% kata2 tu. Berjauhan dari tanah tumpah darah, dari keluarga dan rakan taulan memang sgt mencabar. Rasa mcm pegi ke alam lain, tinggal kita sorang2 dan xtau nk buat apa.

Mula2 dtg sini, xde langsung pikiran negatif aku kt negara ni. Aku anggap sebagai peluang.Peluang yg aku mungkin akan dpt sekali saja seumur hidup ni. Dengan membawa kandungan berusia 5bulan aku dtg sini sorang diri.Dalam hati, ingin bertemu kekasih hati yg sgt aku rindui... Aku sgt yakin tuhan akan kasihankan aku dan baby.Dan aku sgt2 yakin bahawa tuhan akan lindungi kami. Jadi aku berkeputusan utk melahirkan anak dan besarkannya disini. Berpegang pada keyakinan itu, aku teruskan hidup,walaupun ada org malaysia yg sibuk mengata2 aku sebab berniat untuk melahirkan baby di sini.

Aku teruskan hidup. Tanpa televisyen, tanpa internet dan segala kelengkapan serba tidak cukup ketika itu.

Nak buat sambal tumis, blender xde. Aku terpaksa tumbuk cili kering tu smpai hancur. Sudahlah pakai lesung kayu! OMG!! Nk membasuh baju, aku terpaksa pakai tangan.  Aku masih anggap segala aktiviti kerja rumah aku sehari2 adalah sebagai senaman menyihatkan dan memudahkan proses bersalin aku nanti. Aku senang sekali buat kerja2 rumah itu.

Hujung minggu, aku ke pantai bersama Speckybee...meluah rasa hati kami pada pantai, pada ombak, pada laut, pada pasir.....Menangis di pangkuan Speckybee...Penat, nk harung hidup kt tempat org ni..

Kami terus meniti kehidupan dan akhirnya dapatlah kami peluang utk tinggal di rumah baru. Gembira benar hatiku! Walaupun bukan rumah mewah, tapi itulah istana aku..Berlantaikan simen, tanpa siling, tanpa katil dan almari, tanpa penghawa dingin, tanpa bekalan air paip...sewa bulanannya Rp 15,000, bersamaan RM 500. Tapi itulah syurga aku.. Sedikit demi sedikit kami bina hidup kami. Beli blender, beli mesin basuh dan dptlah membeli decoder astro second hand dari seorang kwn. Wah, indahnya rasa dpt tgk tv! Tidaklah aku asyik membaca saja..


Kami tidak ada katil. Kami hanya ada tilam nipis saja utk alas tidur... :)

Setelah 1 minggu berpindah ke rumah baru, dan baru 3 hari Speckybee bertungkus lumus mengecat bilik, aku selamat melahirkan Honeybee..Alhamdulillah...cukup mudah...Mungkin Allah kasihankan aku atas keperitan hidup sebelum ini.. Bayi juga alhamdulillah sgt sihat..Bermulalah hidup aku sebagai seorang ibu di atas muka bumi ini...


Dinding berwarna hijau itu adalah hasil tangan Speckybee!
Hari kedua melahirkan, kami terima amaran tsunami..Dan pada hari ke 3 pula, umat Islam di Sri Lanka menyambut bulan Ramadhan.. Juadah buka puasa Speckybee pertama di Sri Lanka adalah Maggi mee, yg dia masak sendiri. Sangat kasihan...badannya pun sgt kurus kering...Aku juga perlu makan demi untuk menyusukan anak. Jadi aku buat keputusan utk mula memasak keesokkan harinya.. Syukur alhamdulillah...tuhan kurniakan aku kekuatan dan juga seorang bayi yg sangat baik dan memahami.. ;)

Begitulah hidup kami sehari2...Honeybee juga semakin membesar...aku juga ada aktiviti sendiri...Berkebun di belakang rumah, dan membela ikan emas..hehe...Kalau anda nk tau, di Sri Lanka tak ada sayur sawi. Cuma Pak Choy saja, itupun hanya terdapat di Colombo. Jadi aku berusaha menanam sayur sawi, dan juga pokok kantan (sebab Speckybee sgt suka mkn laksa!)

Setiap hari, aku akan habiskan masa bersama honeybee. Mengajar dia kenal tumbuh2an..haiwan dan barang2 di sekitar rumah. Oleh kerana rumah kami tiada siling, maka ada juga binatang2 comel yg tumpang berehat pada kayu2 alang bumbung rumah. Dari situ aku mengajar honeybee menyebut bird,squirrel dan lain2. Ketika 6 bulan, honeybee sudah kenal dan dapat menyebut rakan2 comelnya itu. Honeybee aku sifatkan seorang yg cepat belajar. Dia juga cepat merangkak, berjalan dan seterusnya berlari.... Latihan berjalan aku berikan setiap pagi dan petang. Pagi, supaya embun2 pagi yg segar terkena pada kaki Honeybee, pesan emak aku utk bayi cepat berjalan.. Berikan juga air nasi yg dicampur sedikit garam utk bayi cepat bercakap. Hasilnya mulut Honeybee mcm bertih jagung hinggalah sekarang...haaiii... :)

Lihat anakku ini,baru berusia 6 bulan sudah rajin mengemas rumah! :P

Tapi, dalam bahagia, ada yg menjadi kegusaran aku waktu itu..masa Speckybee di rumah sgt terhad. Pagi seawal pukul 7, terpaksa keluar ke pejabat yg mengambil masa 30minit utk smpai. Malam, pukul 10 atau pukul 11 barulah tiba dirumah. Aku sgt susah hati kerana masa yg diberikan utk honeybee sgt sedikit..Tambahan pula aku sgt letih dan kekurangan masa untuk berehat. Pernah 1 ketika, Speckybee balik pada pukul 10 mlm, dan terpaksa keluar berkerja semula pada pukul 12 kerana waktu itu, pembinaan sedang rancak berjalan. Aduh! aku menangis! Sudahlah keadaan rumah tiada siling, aku pula ditinggalkan keseorangan bersama bayi kecil.Aku sgt takut kalau binatang2 atau benda2 yg kurang 'comel' pula bertenggek di kayu bumbung itu pada malam hari! Speckybee memujuk aku. Katanya saat itu memang genting utk projek mereka. Aku terpaksa faham akan kerjayanya sebagai jurutera bangunan. Tambahan pula dugaan2 dari mereka2 masih menghirup fitnah2 yg ditaburkan, jadi aku faham tekanan yg dialami Speckybee....Dari kerja itu sajalah sumber pendapatan yg kami ada untuk terus menyuap nasi setiap hari.Aku perlu bersabar....

itulah alang rumah yg menjadi tempat berehat 'kwn2' comel Honeybee..

Selang beberapa bulan berlalu...akhirnya, org2 yg menzalimi kami itu mendapat balasan Allah swt... Aku tidak gembira, cuma aku sedih dan kesal kerana walaupun hanya beberapa kerat saja org malaysia di sini, mereka masih hendak bertelagah.Mahu menunjuk2 kuasa masing2, mahu menikam2 org dari belakang...aku sgt sedih kerana org yg berperangai seperti itu, adalah ISLAM dan Melayu. Betapa kita jauh di bumi org, inilah saja keluarga yg kita ada..mengapa mesti ada hasad dengki dan berhati busuk?Biarlah...aku doakan..org2 ini...terbuka hati2 mereka...biarkanlah Allah titiskan kasih syg pada hati2 mereka supaya mereka belajar menyayangi dan menghargai org lain...amin....

Aku masih meneruskan hidup ini....hidup di rantau org....hidup jauh dari keluarga...hidup bersama kesayangan2 aku....Speckybee dan Honeybee :)....Hebatkah CINTA itu??? Bagi aku, CINTA itu sangat hebat! Kerana CINTA itu, aku dpt menongkah arus.....kerana CINTA itu, aku terus bersemangat utk hidup...kerana CINTA itu juga, aku terdampar di sini........menghirup kebahagian yg tidak pernah kering...walaupun kadangkala terasa pahitnya juga.....

Tuesday, February 9, 2010

CuBa CuBa :P

Wooohooooooo!!! Lamanya tak update blog!
Sibuk dgn kedai dan keje rumah.. cewah~ ^_^"

Aku skang tengah gila photoshop.
Sebenarnya mmg dari dulu lagi gila,tapi asik xsempat je nk buat latihan.
So, dah ada masa ni, aku buat skit2.
Supaya skill2 aku xtumpul.khe hehe!

Dolu2 masa kt opis, aku pakai photoshop utk isi borang supaya kelihatan kemas.
Pestu edit gambar skit2,buat grafik skit2.
Skang ni nk lebih serius.
Nak buat banyak2.Banyak-banyak! :P

Jom tengok apa yg aku buat...


Gambar sebijik epal....hehehe...



Cobaan pertama.....astagfirullahalazim.....pekebende lah tu???



Okey, tukar gambar....
kasi efek cute..heheh!

Jeng! jeng! jeng!

Hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Huekekekeke!!
Idakler menjadi sangat..tp nilah hasil sulung aku. inipun sampai kejang2 urat mata dan tangan nk buat.Aku akan usaha lagik!! Meng'best' kan hasil2 tangan aku..
Chaiyo'!! Chaiyo'!!

notabulukaki~lepas ni nk beli mouse.sakit jari siut pakai touchpad neyh!

Thursday, February 4, 2010

NuRiN , BeNDeRa SiNgA, dan CaCiNg GuLung....

Hari ni hari kemerdekaan bagi Negara Sri Lanka..
Happy Independence Day!!!!

Semalam uyin the honeybee balik dari skolah...
Comot2 dengan sambil makan aiskrim,
sambil bawak 1 bendera & 1 bungkusan............

ape tu uyin???


oooo...bendera Sri Lanka...


ni uyin yg kaler ke? pandai anak ibu....

dalam bungkusan tu apa sayang??


ooo....buku cerita....

" ibu...read it!! "

aku tepuk dahi....camno ibu nk baca uyin...?? tulisan die gulung2.....!


besok kau bwk pegi skolah, suruh cekgu kau baca ye nak.....

p/s: perlukah aku belajar bahasa singhale nih???? hadeeehh!

Wednesday, February 3, 2010

NuRin NuRiN NuRiN






Nurin's got the lips I love to kiss
And when she walks she's got the cutest twist
She's grown up before my eyes and all at once I realize
Nurin, Nurin, Nurin I Love You..

Nurin's got the hand I love to touch
The way she wrinkles her nose, it's just to much,
No more shirt and bright blue jeans,
all at once she's three,
Nurin, Nurin, Nurin I Love you!!








Oh, anakku..setiap detik bersama kamu, ibu tidak pernah jemu...!

PeRiSTiWa SeTiaP PaGi...


"Mana abah dgn Uncle Guna ni...xsmpai2 lagi...uyin dah lambat nk pegi skolah ni..."



Hum,dah sampai pun abah.Okey ibu, salam dulu......


Hiyarkkhh..hiyarkhhh!! abah, tolong angkat uyin..


Babai ibu...assalamualaikum...!

Haisshh..dah pegi sekolah dah budak ni...tinggallah aku sensorang kt umah ni. Bosan sungguh! Black Eye Peas, jom teman aku kt dapo! :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...