Thursday, February 24, 2011

Batu Batan Sri Lanka (Sticky Post sampai ari ahad. Gua Nk Fly Balik Malaysia Dahhh..wuhuuu!!)

[updated.baru letak gambar baru]

Di bawah adalah gambar batu batan hasil ternakan negara Sri Lanka. Malas sebenarnya nk ambik gamba, nak upload. Kt FB pun aku tak upload pun pasal aku baru format lappy ni & malas nk kelebet install2 natang java tu. Tapi memandangkan desakan bertubi2 dan aku pun dah hujung2 nyawa dah nak tinggalkan negara ni, maka aku tempek la jugak lam blog ni.

Dalam gambar ni, aku ambik yg murah2 je sudeh. Pasal..korang ingat aku cop duit?? Aku dah la tak keje.Heh.






Green Apatite


Green Apatite..boleh dpt bawah RM100.Depends on size & caret.Buat pendant pon lawo.



Garnet.. harga dalam RM150-200. ikut saiz & caret la jugak.ko pilih besar penumbuk, dapat la rege besar penumbuk.keh3x!


Green Peridot ~yg ni mahal skit.RM 500 above.kaler dia shining abes.aku pun ade cenonet je kt cincin aku.



Purple Amethys~ ni batu cincin Speckybee yg menjadi kegilaan ramai.wawawa!


Klik utk kelebet cutting dia..


Purple Amethyst lagi


Cam biasa, purple amethys


Blue Topaz, RM 600-800.ko nak murah skit, ambik yg kecik skit la.Xyah la diamond cut bagai.

Batu ni harga dia bergantung kepada jenis hardness dan caret. Kalau mcm batu diamond tu, tahap hardness adalah 9, ko gigit la sampai gigi ko pecah. Dia steady je.Sebab tu harga dia cecah puluh2 ribu. Yg mcm kt atas ni, hardness dalam 7. Batu Sapphire hardness adalah 8.

Batu2 yg dipesan kat aku ni, dijamin original dan disertakan certificate oleh Sri Lanka National Gems Bureau. Aku tak ambik kt tempat2 sembarangan sebab byk kes2 batu sintetik dorang tipu dan jual dgn harga sama. So, aku xnak ambik risiko. Kalau nak tahu, batu Sri Lanka adalah antara batu yang berkualiti tinggi di dunia. Tak caya, ko pegi ambik tiket flight, pegi Maldives, tgk harga batu Sri Lanka dorang jual di Maldives, terpucat2 laa ko kt situ. Keh3x. Harga kt Malaysia pun berganda2.Tp tgk jugak tempat ko pegi tanya tu. Ada member Speckybee, pegi tanya kt satu kedai emas yg glamer tu, ape Kong tah ke nama, dia boleh ckp batu yg rege RM 100 lebih tu, harga RM 3000. Kah!Kah!Kah! Kalo aku, terus jual derr kt kedai tu.

Yelah kan, hanya jauhari yg mengenal manikam. Nak harapkan aku yg kenal batu, xpayah laa.. Baik aku pegi hapal nama2 makanan yg aku nak makan kt Malaysia nanti. Huakakaka!

Gambar2 lain ada lam talipon lelakiku yg hensem.(pujian adalah cubaan utk mintak something.nnti aku bgtau korang.muehehee!) Nanti kang dia balik, aku upload lagi yg clear2. Aku nak pegi kedai ari sabtu @ ahad ni. Nak pesan silalah cepat. Untuk batu rege RM500 ke atas, silalah bank in separuh rege dulu. Mana aku nk korek duit skang ni.Korek idong je yg boleh setakat ni.Wahahahaa!

Wednesday, February 23, 2011

Napsu sedang mengembung ngembung!



Tadi tgk masterchef US. Dorang buat burger. Sumpah meleleh2 air liur anak aku lam perut. (ceh,padahal aku yg meleleh air liur!)

Aku teringin nk mkn burger sangat sangat!! Sini dah la xde jual daging burger. Bengap laa dorang ni. Bela lembu byk2 buat apa tah. Buat menyemak jalan..Sembelih buat burger lagi bagus.haih! Kalau aku teringin sgt pun, bila2 time Speckybee pegi Mekdi baru beli.Baru laa dapat merasa burger. Tapi aku tak nak yg Mekdi. Tak sedapp!

Aku nak yg tepi jalan tu...more generous burger.Loaded with 2 slices of beef patties mayo, chili souce, dengan letak kicap kecik megi tu, balut dgn telur... Ya Allahhhhh!!! Apesal lambat sgt jam ni gerakkk??? Cepat laa oi 4hb!!

Burger yg paling sedap aku penah makan sampai jadi mcm ketagihan adalah di bandar Segamat, Johor..Pak cik tu buat burger mmg mabeles! Kalau aku xde boifren time tu, nak je aku tawarkan diri jadi menantu dia...(diulangi, menantu je hokey?) Asal pegi je outing je, aku mesti menggelabah beratur kt situ beli burger smpai 2 bijik.Sebab Q kt situ sentiasa panjang. Hanya org2 penyabar je yg mampu makan burger pak cik tu.

Lepas aku mencekik 2 bijik burger tu kt hostel, mesti Speckybee call dari UiTM Arau. Tanya aku dah makan ke belum..Aku pun buat2 la jawab, oh, xde selera nak makan. Oh, rindu awk. Huekekekee!! Bila aku dapat tukar dari UiTM segamat ke Arau, tengok2, aku yg gemok, Speckybee kurus kering. Mintak maaf laa sayang oi.. Ai ni, rindu ke tak rindu ke, ai wajib makan. Selera ai ada jee sentiasa.kuh kih kuh kih!

Tapi skang ni, mungkin laa balasan tuhan kt aku. Asal mengandung je, langsung xlalu nak makan. Burger ni pun, tah2, besok dah balik Malaysia, aku tak sentuh. Saja je kedengki sebab duduk sini. Tp xpe. Apa2 hal pun, balik Malaysia dulu. Sampai ja airport Penang, Speckybee kata mula2 skali nk makan pasemboq. Pestu Yong tau fu. Pestu nasi kerabu. Pestu nasik lemak, pestu ais kacang, pestu cendol pulut, pestu kerang bakar, pestu chicken wing, pestu putu buluh, pestu pestu pestu pestu pestuuuuuuuuuuuuuuu...semuaaaaa!! semuaaa!! semuaa!!!

Bawak mengucap anis...bawak mengucap...ha kan aku dah kena histeria. Maaf ye kome kome sekalian. Gila weh. 6 bulan terperangkap kt sini.Selalunya 3bulan skali aku balik. Mau tak kejang urat serebrum aku.

Well skang ni, tgh packing2 barang.Uyin plak tgh sebok nyanyi lagu Balik Kampung. Dia blaja dari radio time balik raya kt Malaysia ritu. Tu je lah kot lagu melayu yg dia well performed. Kalau tak asik2 nyanyi lagu negara ni yg bergulung lidah.Ye lah. Mak tak salahkan kau la, Nak. Dah mak beranakkan kau kt sini. Mesti la ko kagum dan bangga dgn negara kau ni kan???

oh, ye. Lupa pulak. Ada lagi satu lagu dia boleh nyanyi. Lagu luahan perasaan perasaan dak kecik ni.. Terimalah... Lagu yg bertajuk, ibu & abah tibai dengan raket....Tepok! tepok! tepok!






P/S: Macamana laa tak kena tibai dgn raket.Korang tgk background kt belakang dak kecit tu pun dahlaa..penuh dgn lukisan2 abstrak dia kt dinding. Ni dah satu hal ktorg laki bini nk kena mengecat rumah tu pulak.Sabar semeon,sabar...

Friday, February 18, 2011

Masalah section berpassword di Microsoft One Note 2007 yg tidak dapat dibaca oleh Microsoft One Note 2010.

Hoi! Hoi! Anis! Wekap oi! wekap! Seminggu dah tak update blog haa!!

Okey, tajuk nampak mcm sangat berinfomatif. Tapi harapkan tajuk je laa kan...Sapa2 yg malas nk baca aku merapik raban, sila scroll kt bawah skali yg ade color background tu. Yg atas2 ni xde mende pon. Saja nk kasi penuh, konon2 mcm entry ni sgt berguna.koh3x!

Byk benda yg jadi minggu lepas. Tp mood tak mariii...dengan badan xbape nak ada kesinambungan dengan otak...haih...!

Okey, minggu lepas hari ulangtahun perkenalan aku dgn Speckybee yg ke tigablas. Ai lebiu. U lep me. Dah.Xyah tanya sebanyak mana i lebiu la, xpayah tanya setinggi gunung tah pale otak madah berhelah ape sume. Jawapannya, awk tgk la berapa tahun saya sanggup duduk kt Galle ni bersama awk. Susah senang, sakit sihat saya dengan awak. Bini org lain semua dah lari balik malaysia sebab tak tahan duduk ceruk banat ni. Tapi saya still tersengih2 lagi kt sini. Pasal ape? pasal saya beshhh! Huakakkaaka! okey2, awak pon best la jugakkkk!! sikit....eh!

Pestu pulak minggu ni, ari rabu dgn kames adalah coti!! cuti maulid nabi dgn poya day. Aku xpegi memana pun. Duduk celah ketiak Spekibee je tgk dia main game..namapun ilebiu kannnnsss...kekeke!

Dan perkara utama yg sebenar2nya sebab apa aku tak hapdet blog adalahhhhh.... window 7 kembali menggoda diri aku dgn bit defender yang mengiurkan.. Dulu aku pakai window 7 masa dia tgh hangat2 taik kambeng. Pestu rasa menyampah sebab byk software tak compatible. Lepas tu aku rasa menyampah pulak dengan Kaspersky yg bangang tu.Lepas jumpa bit defender, baru la tenang jiwa raga ai. awww!

Yg menjadi masaelahnya, segala password bank2 aku ada dalam onenote. Bila aku upgrade Microsoft office 2010, haremmm tak boleh nak baca. Huwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! Habih jahanam segala niat aku nk soping online sblm balik nih. 2hari 2malam aku terkebil2 memikirkan password bank. Kakakaaka! Bukan tak ingat langsung,tp aku jenis buat password berpuzzle2.konon xnak bg org pecahkan kod la kohnon! tapi combination dgn bank byk2 tu mengkonpiuskan diri aku sndiri.(padan muka kau!) Akan tetapi, aku ni bijak jugak rupanya. Kah! kah! kah! (biarlah aku nk puji diri sndiri.nak harapkan korang yg puji,muntah ijau la jawabnyaa..) Setelah hasil backup kt external hardisk dah jahanam, aku godek2 lagi dan lagi, ada jugak rupanya yg aku backup zaman dulu2 kt internal hardisk. Oh yeaahh!! Come back to mama, baby!!

Jadi, tuan2 dan puan2 disini..suka saya ingatkan, pada yg pakai microsoft office 2007, dan sejenis yg bingai simpan mcm2 password mcm sy kt onenote pestu lupa password, bila dah upgrade ke office 2010, untuk section yg telah dipasswordkan (konon nk secure gila2), please, jangan klik apa2 bila dia tnya nak open section aje atau file tu. Sila klik pangkah pada pop up yg keluar.Nescaya anda akan selamat dari musibatun yg telah menimpa diri aku tempohari. Apa sebab aku tulis kt sini? Sebab berdarah kepala otak aku cari kt forum2 omputeh lah, org uganda la bab ni, xde seketul penerangan pun yg menjawab persoalan aku. Ke, pasal aku sorang je yg bingai entah?kakakakaa! Tp xpelah. Manusia kena saling ingat mengingati. Kalau kita miskin, ada org lagi miskin dari kita..kita kena tolong org tu. Sama jugak, kalau kita bingai, tak mustahil ada yg lagi bingai dari kita, betul tak? Huekekekeke!


Friday, February 11, 2011

Menerima KemaLuaN Di Pagi HaRi


pic credit to here

Pagi tadi, tekak rasa nak makan jejemput bilis.Check kt dapo tepung gandum ada la segenggam je. Ceh! Kelam kabut aku capai sweater dgn towel, sarung selipar pegi keluar umah. Keta aku park depan umah.Pegi kt cermin paling belakang.Tinted gelap tak hengat punya.

Stop kejap. Belek2 muka. (aku lom mandi agi.baru bangun). Check taik mata ada ke tak. Betul2 rambut. Kibas2. Ikat rambut.Letak towel balik kt kepala. Pegi kt side mirror lak untuk mendapatkan view yg lebih clear. Tiba-tiba,

"Good morning, Madam!" Kedengaran suara si Guna, driver aku, tengah lepak baik punya lam keta.

"eheh..hyee..morning...morning.." Rasa cam tebal tayar bulldozer muka aku time tu. Tp rileks..bawak bertenang pagi2 ni..

Sengih2 kt Guna. Buat2 tgk muka kt side mirror 2-3 saat, blah pegi kedai. Balik kedai. Kepit tepung gandum celah ketiak. Lalu lagi kt keta. Sengih2 kt Guna lagi. Custard betoii!! Dia gelak2 lagi.

Tapi takpa..jadi pompuan chantek kt Galle ni memang cenggitu (kah!kah!kah!).Ada je lah dugaannya kan...Kena cool and steady...Seb baik aku tak buat perangai tak senonoh contohnya seperti korek hidung pestu calit kat cermin keta. Yarkkkhh!!


Thursday, February 10, 2011

MaLas MacaM BaDaK AyaQ

Malas! Malas! Malas!

Skang dah 3bulan preggy. Tahap malas aku berganda2 mengikut bulan pregnancy.(tak pasal2 aku tuduh baby dalam perut lak.nasib lah.kakakakaa!)

Pandang kain baju lam bakul, meloya tekak!
Pandang dapo, meloya!
Pandang lantai, meloya!
Pandang laptop je okey.Wawawawa!!!
Bukan takat buat keje rumah je yang rasa malas, nak mandikan diri sendiri pon malas gile.
Ape punya pemalas anak aku besok nih!

Dulu kalau tgk blog resipi, semua nk try.Berkobar2.Skang tengok je laaa...kalau boleh klik gambar makanan tu, pestu keting! kuar ikut dvd player lappy ni, kan ke best! Skang ni nak masak pon tak lalu. Paling benci tengok bawang. Kesian pulak kt bawang tu.Xpasal2 aku benci dia.

Dalam kepala otak skang, tgh menghitung hari nak balik malaysia. Ada lagi 22 hari hari. Nak balik! Nak balik! Nak makan macam-macam!!! Nak pegi pasar malam! Nak pegi Mai Cafe kt Perlis, nak makan kenduri!!! Badan naik ke,badan tak naik ke, wa tak pedulik. Janji nafsu makan perlu dilempiaskan!

Speckybee cakap aku macam badak air. Dengan malas, dengan gemok. Ah,comel hape! Dapat bini comel cam badak air pon lagi nk komplen. Dapat yg macam tenuk baru tau!



Video ni dia bg time zaman ktorg bercintan cintun dulu.Skang dah jadi realiti. Dapat laa bini cam badak air ni ha...tu laa..len kali kata lagi kt org.Kan da dapat.koh3x!!

Tuesday, February 8, 2011

SenYoM KemBaLi :D

Alhamdulillah..... lepas je aku tulis blog semalam, aku godek2 lappy tgk gamba lama2 adik Cat... Dalam pukul 4 pagi lebih kurang, aku pegi dapo basuh cawan kt sinki. Aku dengar bunyi mengiau..Mula2 aku ingat perasaan aku. Maybe aku tgh berhalunisasi pagi2 buta tu kan.. Tapi aku bukak jugak pintu umah. Tengok2 adik Cat cayang bucuk aku lompat kat aku. Berpelukanlah kami dua beranak laksana patbelas tahun tak jumpa.

Pagi tadi aku call vet datang rumah. Vet ckp dia datang after lunch sbb ada keja skit. Aku dah get ready kurung adik dalam rumah siap2.Bila vet dtg, aku bg adik makan sbb xnak bg dia lari bila jumpa vet. Vet cucuk kt peha adik, then dia start pening2. Pestu adik muntah. Kemudian vet cucuk lagi skali utk bagi dia pengsan pulak.


Masa ni adik Cat dah pengsan...


Nyenyak je dia tido... :)


Vet cakap, mmg kena gigit ular. Tapi maybe bisa ular tu tak kuat sangat, sbb tu otot2 adik je membengkak dan mengeras. Lepas tu pecah keluar nanah..


Vet tgh gunting dan bersihkan luka adik..Pestu cucuk antibiotik 2kali.


Pestu vet letak ubat...so, semua 4cucuk jarum adik kena harini...cian....
Ubat pelali yg vet bagi tadi untuk pengsankan adik selama 3 jam..skang ni dia tgh pengsan lagi.. Tak sabar tunggu dia sedar balik...

Nanti hari jumaat kena call vet lagi, untuk bagi antibiotik...semoga adik cat cepat sembuh...
Sayang dia!!

Adik...balik la...

Adik,
Adik kat mana ni?
Ibu risau...

Sampai malam ibu tunggu adik.
Ibu panggil2 adik.
Skang ni dah pukul 3 pagi.
Ibu tak boleh nk tido.
Asal ibu pejam mata je,
Ibu dengar suara adik panggil ibu.

Abah pun sama.
Kejap2 abah bukak pintu umah.
Tengok adik ada balik ke tidak.
Abah ckp abah terdengar2 suara adik.
Kt ofis pun abah tak tenteram nak buat keja.

Adik,
adik ingat tak lagi, first time abah bawak adik datang rumah kami?
Masa tu ibu sakit.
Anak no.2 ibu meninggal dalam kandungan.
Seminggu ibu taknak bangun & makan.
Masa abah bawak balik adik,
adik kecik sangat.Badan terketar2.
3-4hari adik tak makan.

Ibu mandikan adik.
Masa tu muka adik comot2.
Mata pun tak boleh bukak sebab penuh dgn taik mata.
Ibu cuci2 adik, ibu lap dan keringkan dgn hair dryer.
Adik lompat2 takut dengan bunyi hair dryer tu. Hihi!
Adik tak lalu makan.
Tapi ibu sumbat jugak susu dlm mulut adik dgn syringe.
Ibu takut adik lapar & mati.
Sampai kembung2 perut adik.
Lepas tu adik dah pandai makan sendiri :)
Adik sihat sangat.Lompat sana, lompat sini...

Tiba-tiba sesuatu telah berlaku..
Adik Cat cedera parah kena gigit dengan kucing besar yg tiba2 masuk rumah kita.
Ibu menangis2 takut adik mati.
Tapi rupanya adik kuat semangat.
Pelan2 adik sembuh balik macam biasa.
Syukur Ya Allah..!

Kalau ktorg tengah tgk tv,
adik selalu datang sempit2 nk jugak duduk celah2 kami semua.
Kalau abah dgn kakak uyin tgk bola atas kusyen,
Adik pun sibuk nk tgk jugak,sampai tertido2 atas kepala kakak uyin.
Ada lagi ibu simpan gambar adik tu dalam entry ni.
Comel betul!!

Adik tau tak,
apa yg special pasal adik?
Adik lah kucing pertama yg abah bela.
Sebelum kawen dgn ibu,abah tak suka kucing.
Lepas dia bawak adik dtg rumah ktorg, abah sayang betul dgn adik.
Abah buatkan rumah comel untuk adik.
Happy betul adik main panjat2.
Sampai la adik dah besar dan pandai kuar sendiri dari cage tu.

Masa we all balik malaysia hari tu,
Abah suruh Uncle Upul dtg rumah hari2 tengokkan adik.
Uncle Upul kata, malam kedua tu,
adik sepah2kan rumah.
Adik cari ktorg.
Adik tido atas gambar family ktorg.
Tersentuhnya hati ibu dengan abah!
Adik rindukan kami ye?
Kami pun rindu adik.
Masa jalan2 kt kedai pet, nampak kasut dgn baju untuk kucing.
Abah kata, nnti adik dah besar skit,
abah nak belikan.
Balik lah adik!
Kami rindu!

Malam sebelum adik hilang,
adik mcm xnak berenggang dari ibu.
Adik tido sebelah ibu.
Pagi tu pun, adik tak mengiau mintak makan mcm selalu.
Adik tunggu diam2 tgk ibu solat subuh.
Selalunya adik jerit2 kt ibu dari dapo.
Nak mintak makan.
Lepas ibu bagi makan pagi semalam,
adik diam jugak. Adik tidur je kt alas kaki.
Tu whiskas tuna yg separuh pagi tadi punya ada lagi kt dapo.
Ibu tgk tu pun ibu nangis tau dik?
Ibu ingat, lepas adik jumpa doktor nnti,
ibu nk bg adik makan lagi.
Tapi...

Kenapa laa adik lari masa nak jumpa doktor tadi?
Ibu dengan abah nak doktor check adik.
Bukan nak buang adik.
Mesti adik salah faham.
Adik tau kan kami semua sayangkan adik.
Kenapa adik lari?

Please la adik..
balik lah cepat...
Tiap2 kali ujan, ibu terfikir mana lah adik duduk sejuk2 camni.
Apa la yg adik makan.
Kt mana la adik tido gelap2 camni.. isk!
Walopon adik hanya kucing, tapi adik dah macam ahli keluarga kami.

Tadi ada 2-3org staff abah tanya,
nak anak kucing baru tak?
Kami diam.
Mana lah nak sama pengganti baru dgn adik.
Adik special sgt tau?

Sapa nk gigit2 kaki ibu time ibu tgh tulis blog?
Sapa nak lompat atas ibu suruh ibu peluk time ujan sejuk2?
Sapa nak gigit kaki abah pagi2 kejut utk solat subuh?
Sapa nk teman ibu kt rumah time abah dgn kakak uyin xde?
Sapa nak tido kt kaki ibu supaya kaki ibu panas malam2?
Sapa nk tolong ibu tangkap cicak & lipas kalau ibu terjerit2 kat dapo?
Sapa nak habiskan lebihan susu kt cornflake kakak uyin?
Yang ibu paling sedih, adik sanggup korbankan diri adik lawan dengan ular hitam yg masuk rumah kita tu.
Ibu tak tau apa akan jadi kalau ibu yg kena patuk dgn ular tu.
Macam adik tau tau, dalam badan ibu, ada lagi satu nyawa.
Sebab tu adik korbankan diri adik, kan?

Adik, ibu doakan adik selamat.
Ibu tau adik kuat.
Adik pandai kan?
Cepat lah cari jalan balik rumah kita ni.
Kalau ibu larat besok, ibu ingat nk pegi lagi rumah doktor,
Nak cari adik.Ibu rasa adik tak pegi mana2.
Adik menyorok kt semak2 belakang rumah doktor tu jugak.
Besok kalau ibu pegi cari adik, adik kuar ye?
Janji tau?


Adik, we miss you so much! Kakak Uyin balik sekolah tadi, panggil2 adik. Tapi adik tak balik pun.. :'(


Monday, February 7, 2011

Sedih!! :'(

Cuti sabtu ahad, aku pegi Colombo. Lepak umah member kejap. Balik je malam tu, aku tengok adik cat mcm nk bagi tau something. Aku tepuk2 kepala dia je. Aku xlarat. Baru je lepas muntah dalam keta. Makin menjadi2 pulak meloya aku skang ni. Then, aku bukak lampu dapur. Aku nampak kt kitchen kabinet tempat aku letak tong gas ada something. Mula2 aku ingat sarang anai-anai. Eh, cepat nau anai2 ni buat sarang? Aku panggil Speckybee tanya amende tuh?? Speckybee panggil driver suh tengok.


Cenggini la rupa benda tu kt kabinet dapo umah aku.Illustari penulis. Ye,aku tau,lukisan aku mmg buruk.kakakaka!

HOh!! Cek Ulaq!! Aku dengan si Uyin terus lompat atas meja makan.. Ular itam tu duduk diam2 je kt situ. Aku pesan kt speckybee, jangan suke2 pukul ular tu. Aku ni preggy. Baca2 la skit. Last2 driver aku yg pukul ular tu. Sebab ular tu lari sampai ke kabinet lain. Kus semangat!

Kemudian aku mandi2 solat semua. Adik cat lain macam je. Asik nk tido sebelah aku. Kesian pulak aku tgk. Pagi tadi baru aku perasan peha dia ada luka. Rupanya adik Cat dah kena patuk ular.



Luka adik Cat..

Pagi tadi, lepas antar Uyin gi skolah, Speckybee balik umah ambik aku dgn adik cat pegi klinik. Adik cat ni penakut dengan stranger sebab masa kecik2 dulu dia pernah kena serang dengan kucing besar. Bila sampai je klinik, dia terus lompat, lari dalam hutan. Mencari laaa pulak aku dalam hutan tu. Tapi tak jumpa2 jugak. Skang ni adik Cat dah hilang. Sob! Sob! Sob!


Gambar last yg aku sempat ambik dalam keta tadi...

Skang aku harap dia balik umah sendiri. Sebab klinik vet tu selang 2buah rumah je dari umah aku. Adik cat, please laa balik... Aku terpikir, kalau tak dia yang kena patuk dgn ular tu, kemungkinan besar aku yang akan kena. Sebab ular tu ada kt dapur. Sedih aku memikirkan mana la pegi nya adik cat ni.Tadi vet datang rumah. Aku ckp adik cat tak balik pun lagi. Nnti kalau balik, aku panggil doc dtg umah je lah. Xpayah pegi klinik lagi dah. Tapi harap2 adik Cat balik...adik cat, mummy miss you....!

p/s: ada sesetengah kepercayaan,xley ambik gamba kucing.nanti kucing mati. Tp,menurut pengalaman aku yg bela kucing dari umo aku 7 tahun, dan aku ada berpuluh2 ekor kucing kt umah aku, sah2 kepercayaan tu sume karut.Kucing aku si Chibby tu, dari zaman aku skolah, sampai la skang, ada la berbelas album gamba dia. Hidup je lagi. Sama la jugak mcm org kata xley ambik gamba 3 org.Abih KRU tu, steady je pon. Pikir camni je lah, ajal maut di tangan Allah. Xpayah nak cipta kepercayaan merapik2, xpasal2 kang jadi khurafat.

Tuesday, February 1, 2011

Anak Dara Vs. Anak Bujang


Anak dara... tgk Kidoz Tv kt internet, cara2 nak buat kek...



Anak bujang....lepas makan tido.Suh tangkap cicak pon tanak. Cincang halus2 buat sup baru tau!!!

Anak dalam perut ni xtau apa pesen pulak nanti..semalam pegi scan, tengah sibuk berlatih tomoi. Tapi apa2 pun syukur lah...berbunga rasa hati bila dah nampak kepala kaki tangan dia yang bergerak2 tu..Nak meloya mcmana pun aku sanggup tanggung, janji dia sihat dalam perut aku ni..amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...