Sunday, July 29, 2012

Aku seronok duduk kt negeri Johor ni pasai.....

Buleh bukak posa awai dari negeri2 lain kt semenanjung ni.
Wakakakkakaka!!!

Wednesday, July 25, 2012

Puasa tahun ini...

Assalam semua... (ceyy..dan2 bagi salam.padahal sblm ni main hoi hoi je.Mode ramadhan weh.)

Amacam puasa korang? Puasa aku tahun ni adalah yang paling-paling-paling-paling mencabar.Lagi mencabar dari pestime puasa aku masa umo 6-7tahun dulu. Tak pernah2 aku rasa mcm ni punya tercabar.
Tahun ni, aku dgn menyusu badan si bam2 dan juga mengandung nak masuk 4bulan. Ni la first time aku preggy time bulan puasa. Sebelum2 ni budak berdua tu lahir time bulan puasa.So,time bulan puasa,aku menibai makanan tak hengat. Tahun ni..haaaa..hap!hap!hap! Tapi tahun ni kira mcm bonuslah sbb mcm dapat peluang untuk puasa penuh 30 hari.

Akan tetapi...huwaaaaa!!! Cabaran yg hebat betul. Time tak puasa pun aku lembik semacam sbb alahan dan menyusu lagi, ini dgn satu hari xmakan, perut menderu2 masuk angin. Hari first puasa, mcm nk menangis. Tapi malu pulak kt budak Uyin. Tahun ni dia first time puasa. Dah nk masuk umo 5tahun.Bolehlah start ajar slow2. Uyin ni kejut sahur pagi2 memang takde hal. Mmg dia dari kecik umo 7hari dah biasa bangun pukul 3-4pagi mandi, siap2 pegi Colombo masa kt Sri Lanka dulu. Hari first puasa tu, aku kejut, terus bangun,tak cakap banyak pegi mandi. Terkujat aku. Kesian dia. Org kejut bangun makanlah. Bukan mandi. Sahurlah dia dengan towel2 kt badan pasal dh ujung2 waktu dah. Yang paling seksa nak bangun adalah abahnya. Ya Allah...punyalah seksa nk kejut. Kalo tak pikirkan dia laki aku, nak je aku simbah dgn sirap.Dahlah umah 2tingkat. 4-5 kali aku nk memanjat kejut dia. Haihhhhh!!!

Yang aku pulak, satu hari suntuk menyusu budak bam2 tu. Ptg siap2 buat mee daging. Punyalah dahaga tak taulah nk ckp.Pesan kt Speckybee belikan air tebu.Padahal sblm2 ni, aku bukan suka pun air tebu. Apahal teringin gila nk minum air tebu aku pon xtau.Berbuka je, aku tibai air tebu sampai 2gelas. Lepas tu tak boleh nk mkn dah.Start pening2 kepala, memulas2 perut. Muntah sampai lembik. Perut mcm nk meletup je rasa. Melalak2 lah aku mlm tu.Tobat dah aku taknak berbuka dengan air sejuk lepas ni.Aku punya lembik tu makan masa 2-3 hari lah jugak nk recover. Tapi sebolehnya aku taknak laa tinggal puasa lagi tahun ni. Yang tahun lepas 30hari dok ada lagi. Menggelupur aku nak ganti wehhh!

Hari ni lah yang aku rasa mcm okey skit. Tu pun aku minum air panas, ketuk2 halia campak dalam tu. Harap2 sihat dan kuatlah hari ini. Kalo idak, lembik semacam.Buat malu kt Uyin je. Budak kecik tu steady je boleh terlompat2, buat huru hara dlm umah ni. Cuma time ujung2 hari je dia mengamuk nk makan.Tapi itupun boleh bertahan.

Tahun ni kira first time lah ktorg berpuasa kt Malaysia.Seronok tu seronok. Pasal aku xpayah susah2 nk pecah kepala nk pikir masak apa. Pasal ada option. Yaa...pegi PARAM. Tapi aku xtaulah. Bila dah duduk malaysia ni, makanan2 kt param, aku rasa tak best. Aku lagi puas makan benda yg aku masak sendiri. Padahal aku masak ikan bilis goreng gitu2 je, tapi makan tu puas skit. Yg beli2 ni tah, rupa tu mengiurkan. Tapi tang rasa, tak sampai klimaks langsung. Aku cuit gitu2 je.

Nak msk grand2 sgt,aku mcm surrender la tahun ni.Ayam,bawang mmg aku xblh bau langsung.Jiran sebelah menumis2 aku berbungkus muka,tak nak bau.Aku rela mkn nasik dgn telur asin & ikan bilis goreng cili kering je.Tp kesianla pulak kt speckybee dgn budak uyin.Mestila nk mkn best2. Nak tak nak speckybee harungla jugak param. Janji atas meja nmpak mcm org malaysia punya bukak puasa.

Aaa..sebut pasal style org msia bukak puasa,lain sgt dr kt SL.Sbb kt SL,dorang buka light2 je dulu.Mkn kanji, kurma, minum air dulu.Pestu pegi solat maghrib. Masa aku jemput org2 local SL berbuka kt umah aku dulu, terbeliak bijik mata dorang aku hidang segala nasi daging la apa la siap dessert penuh satu meja.Kehkeh..yaaaa...inilah org malaysia..kami dari sorga makanan woiii!

Tapi sejak2 nikmat selera makan aku ditarik, aku rasa insaf. Sahur tak selera,berbuka pun xde selera. Tapi perut lapar gila2. Bila makan, meloya, muntah. 2-3 menjak ni pulak, aku selalu terserempak dgn blog2 yg menginsafkan. Blog org sakit, blog org HIV, blog ibu tunggal, blog org susah2. Masa tu aku rasa, ya allah...kufur nikmatnya aku selama ni. Dulu kalo makan tak sedap, main bluwek2 campak tepi. Balik msia, nk makan apa2 order tu order ni.Dapat je.Sikit pun xde terima kasih kt tuhan. Duduk SL, nk mkn mcm2, pestu tak dapat, pestu melalak sampai bengkak2 mata. Tak pikir pun org kt tempat lain yang puasa tapi tak dapat sahur,tak bukak puasa sbb xde makanan.

Skang ni Speckybe pegi param,bawak balik macam2 makanan. Tapi satu pun aku tak boleh nak makan. Makan muntah je keje.Dengan nak menyusu lagi, dgn baby dalam perut lagi.Aku gagahkan jugak sumbat dlm mulut. Lepas tu berpinau mata, meloya, lembik nak pitam.Stressss!

Mula2 aku ingat aku tak mampu nk puasa dah.Tapi aku try je lah.Since bam2 ni pun dah setahun, aku sumbatlah dia mkn nasik kenyang2.Takdelah nk mengempeng sgt.Ni dah hari ke 5 ni, mcm melangkah gagah.Alhamdulillah. Mintak2 lah aku maintain mcm ni sampai ujung.

So,pengajaran yg aku dapat pada Ramadan kali ni, adalah hargai apa2 sebelum hilang.Cewah. Mcm sebelum ni aku hantu makan, skang makanan tu pulak yg jadi hantu.Aku yg takut tengok. Syukur dgn apa yg ada. Tak tentu lagi masa2 depan kita akan dapat mcm tu. And,thanks pada blog2 yang byk bagi pengajaran kat aku. Mmg mereka ni pilihan Allah untuk terima ujian seberat tu. Siapa kita nk judge hidup mereka. Dan kita kena ingat, tak beriman seseorang itu jika tidak menerima ujian. Thanks Allah atas ujianMu padaku utk ramadhan ni..

Thursday, July 19, 2012

DIE MAENNER DER EMDEN~ Filem german yg aku blakon arituh dah kuar weh!

Citer ni dah kuar bulan lepas lagi. Premier kt german nu ha.Kat melesia blom lagi.Tah biler aku xtau lah nk sampai kt Msia ni. Bagi sapa2 yg folo blog aku dari dulu,tau lah. Bagi yg baru2 kenal, nah link pasal aku pegi shooting:

1.Nak otograp nok?
2.Shooting hari pertama
3.Last shoot

Ni poster filem tu.

Ni trailer filem tu.Byk negara dorang guna utk shoot filem ni.Stailolah aku tgk trailer ni. Yang bestnya, muka aku pun ada woi dlm trailer ni.Aku seketoi je rakyat mesia kt situ.sila cari muka aku.
*

*

*

*

*

*

*

 *

*

*

*


*



*



 Ah,blahla korang.Aku yg cun tu pon tak nampak.Ceh! Cer pause kt 00:43.


KAH!KAH!KAH!! Okey..aku sedia terima segala tohmahan readers aku.Sebelum ni pun aku dah dikeji oleh ahli kuarga dan kawan2 kat FB.Am get used daaa...wakakaka!

Tapi..tapi...at least,ada jugak terselit muka aku kt situ.Walopon sebesar sekenit.Teropong lagi beso.Yang penting, ko ado????? Wakakakakakaahhhhkahkah!!

Wednesday, July 18, 2012

Ijazah Kedua Saya...

 Amacam? Duduk lepak kt umah je boleh buat dabel degree.miahaha! Degree aku yg kedua yg aku terima ni adalah degree penyusuan eksklusif untuk bam2.So, semalam, cukuplah setahun dia menyusu.Tapi sekarang aku nak wean off untuk memberi laluan untuk adik dia pulak, dan persediaan untuk bulan puasa. Tapi, sangat susah nk wean off sebab dia direct feed, asyik nak mengongong je kt badan aku.

Aku ingat nk berbincang dgn Speckybee pasal ni. Since aku dok baca2 formula milk contains too much sugar (although they claim 'no added sugar'.Yeah, no added sugar, but how bout the existing sugar there?) Mungkin kami akan consider penggunaan fresh milk. Tapi menurut peminat fresh milk tegar, Cik Uyin, dia kata fresh milk malaysia tak sedap! Huhuhu... apa2 je larrhh..

 Rupa dia lain betul dari Uyin.Dgn mata sepet,kenan cina tongsan mana entah.

Smlm tak celebrate pun,sbb we all dah celebrate awal masa weekend. Ahad lepas Speckybee bwk jln2 round pegi Iskandar,pegi Skudai, dan tah mana2 lg aku pun tak ingat sbb aku tak sedap badan. Petang skit, dia bawak aku pegi Damai Seafood. Best jugak. Kalo aku tak preggy ni, mmg settle aku rasa segala benda yg di order. Tp dah dtg tak sedap badan, tak sedap perut, tak sedap tekak ni, habisla jugak semangkuk nasi.tihihi!

 Siakap masak thai.Spekcybee order siakap masak benda lain.Tapi waiter tak paham soklan. Tomyam adalah superb nikmat.Sizzling tofu..ermm sedap, mcm kt SL jugak, pestu kailan ikan masin.


 Kalo pregnancy sblm2 ni aku suka je bergambar,tp pregnancy kali ni, aku akan sedaya upaya elakkan dari bergambar.Rasa mcm benci tgk diri sendiri dalam gambar. Tgk muka sendiri kt cermin pun jarang.Rambut pun tak bersikat sbb xtau aku letak kt mana hairbrush aku masa pindah sini dulu.Nk beli baru, malas.Senang ckp,kalo aku sapu sampah kt depan rumah,konfem org igt aku bibik lombok lah!


Happy Birthday Najlaa Hannani yg sangat2 manja...

Monday, July 16, 2012

Update Sekejapan

Weeewitt!

Aku dah seminggu kt Nusajaya ni.. Ramai tanya aku,mcmana? best tak tempat ni? Setakat seminggu aku kt sini..jawapan aku, okey je lah..masih dalam Malaysia..tak banyak beza sangat dgn tempat2 lain kt Malaysia ni ha....kuikui!

Tapi dah nama duduk Malaysia, makanan adalah the foremost thing! wakakaa! Mari atur tempat makanan. Dapo umah buat masak simple2 udah...

Buat masa ni, aku tgh cari sekolah untuk Uyin. Yg dekat dgn umah, dan ada Qiraati. Aku tgk, Uyin sangat2 berminat bidang pengajian Quran ni.Previous ustazah pun bgtau Uyin lagi cepat belajar mengaji dari benda2 lain. Alhamdulillah..harap2 minat terhadap al quran ni kekal sampai bila-bila lah.

Skang aku tgh nk stabilkan hidup kt sini. Buat masa ni,semua dh cukup dah.Tinggal perabut je lagi,dlm minggu ni insyallah sampai.

First day..laa..baru perasan mangkuk xde..makan maggi dalam mug je dulu.kahkah!

Hari kedua, dh makin stabil, boleh buat nasi beriani dgn air asam. Skang alhamdulillah..steady dh..pagi tadi dpt buat nasi lemak untuk breakfast.Cewah!

Tak bape hari lg puasa.Insyallah..harap2 kami dapat lalui dengan tenang. Terima kasih kepada pengalaman2 yang tidak ternilai masa hidup di Sri Lanka dulu. We are survivor!

Thursday, July 5, 2012

Kepala Senak

Aku kt Saujana Putra lagi.Lepak umah adik aku. Penat travel dari Kedah haritu xpayah cakaplah. Speckybee drive dari JB jumaat petang, sabtu pagi sampai.Pukul 2 ada appointment dgn sorang jantan nama Din, ckp nk tgk rumah. Pukul 3 dia call tanya direction. Smpai ke pukul 5 aku tunggu haram tak nampak batang. Batang kau lah Din! Menyusahkan org.Penat kemas2 rumah, pack barang semua, brg yg aku xboleh bawak, semua aku simpan stor dulu.Malam buta baru gerak pegi KL. Masing2 dah mcm zombie dh.

Aku dh naik penat dgn rumah sewa ni. Sangat ramai yang mengada2 dan tak reti bersyukur kt Malaysia ni rupanya.Patut hantar pegi Sri Lanka je sekor2 biar menggelupur. Yang call nk menyewa ramai nak mampus. Mcm2 ragam. Cerita pasal diri high2, bisnes juta2, siap tnya umah aku ada aircond ke tak?Ujung2 mintak sewa 400.Aih, bisnes juta2 nk bayar sewa 400 pun menggelabah ke kakak? Yang tak cukup kredit handphone pun ada. Boleh pulak suruh aku call balik. Mcm ni punya gaya, nk bayar sewa umah bulan2 konfem liat. Aku letak harga sewa 550 je sebulan, utk rumah twin bungalow 5bilik, siap furniture skali. Furniture pulak bukan stok kerusi rotan nenek kau lepak petang2 gentel tembakau. Mostly ikea dgn kulit. Kau nk melaram dgn rumah, furniture aku, kau nk sewa 300 sebulan. Kau pegi cari rumah flat pun xdapat dah 300 lah samdol.

Seriously, bila kita jadi sangat baik, ada je org nk pijak kepala kan?So, sekarang, meh sini aku jadi org normal. Rumah sewa tu dh jadi harga standard RM700 skang. Tu pun dah cukup baik sbb rumah area tu 700 without furniture. So,bolehlah melaram perabot aku dgn free. Aku tak sewakan pun xpa, sbb mmglah dh 3tahun Speckybee bayar seribu lebih bulan2 utk rumah tu.Xde bg sewa org pun. Ini dah sebab  mmg kena duduk johor sampai berpuluh tahun, aku lepaskanlah jugak, at least terjaga skit rumah tu.Setakat 550 sebulan, nk bayar sewa rumah kt Johor pun xlepas. Janganlah org bg betis nak paha, bagi paha nk raba tempat lain pulak. Mintak peneranjanglah namanya.

Rumah tu skang ni dah ada yg booked.Tp mcm huru hara je aku tgk tenant ni. Mula2 dia kelam kabut nk pindah, tp ni smpai ke hari ni xgerak2 lg pegi kedah. aggreement pun xde sign pape lagi. Dia just bank in duit, so aku pun pass kunci kt dia. Kejap nak, kejap dlm dilema. Menggelupur semacam.Maka aku biar je iklan kt Mudah tu.Aku andaikanlah dia ni xjadi, so senang keja aku cari tenant yg 'easy going'. Aku percaya, kalau aku buat baik kt org, mudah2an aku dapatlah tenant yg baik. Yg huru hara ni silalah sewa rumah org lain. Tak sanggup aku terlibat dgn org2 cenggini. Jadi sekarang ni, rumah tu hanyalah untuk org2 yang serius nak duduk situ, dan rasa suit dgn kemampuan diri. Kebanyakkan maknusia2 yang call aku adalah org luar, like KL, selangor,etc. So, expectation dorang rendah. Asal rumah kt kedah, mesti murah. Bhai, Sungai petani ni. Umah aku Tesco kiri kanan, depan umah water park lagi. Area rumah sgt safe. Siap boleh jemaah every maghrib isya kt surau depan umah. Agak2 la..kau duduk umah burung kt KL ni, kau pegi Kedah, ko bajet harga rumah burung boleh dpt banglo.Fikir pakai otak boleh tak?

Aku bukannya apa.Aku ni bukan jenis org yg berkira. Tak percaya silalah tanya agent2 dan customer2 butik online aku dulu. Lagi aku boleh tolong aku tolong. Tapi kalau org dah start berkira dgn aku, marilah kita lawan kira2. Kata graduate banking, meh sini aku tolong kirakan. Lap kaki selai kt umah tu pun aku caj 1singgit selai.Pueh hati?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...