Wednesday, July 25, 2012

Puasa tahun ini...

Assalam semua... (ceyy..dan2 bagi salam.padahal sblm ni main hoi hoi je.Mode ramadhan weh.)

Amacam puasa korang? Puasa aku tahun ni adalah yang paling-paling-paling-paling mencabar.Lagi mencabar dari pestime puasa aku masa umo 6-7tahun dulu. Tak pernah2 aku rasa mcm ni punya tercabar.
Tahun ni, aku dgn menyusu badan si bam2 dan juga mengandung nak masuk 4bulan. Ni la first time aku preggy time bulan puasa. Sebelum2 ni budak berdua tu lahir time bulan puasa.So,time bulan puasa,aku menibai makanan tak hengat. Tahun ni..haaaa..hap!hap!hap! Tapi tahun ni kira mcm bonuslah sbb mcm dapat peluang untuk puasa penuh 30 hari.

Akan tetapi...huwaaaaa!!! Cabaran yg hebat betul. Time tak puasa pun aku lembik semacam sbb alahan dan menyusu lagi, ini dgn satu hari xmakan, perut menderu2 masuk angin. Hari first puasa, mcm nk menangis. Tapi malu pulak kt budak Uyin. Tahun ni dia first time puasa. Dah nk masuk umo 5tahun.Bolehlah start ajar slow2. Uyin ni kejut sahur pagi2 memang takde hal. Mmg dia dari kecik umo 7hari dah biasa bangun pukul 3-4pagi mandi, siap2 pegi Colombo masa kt Sri Lanka dulu. Hari first puasa tu, aku kejut, terus bangun,tak cakap banyak pegi mandi. Terkujat aku. Kesian dia. Org kejut bangun makanlah. Bukan mandi. Sahurlah dia dengan towel2 kt badan pasal dh ujung2 waktu dah. Yang paling seksa nak bangun adalah abahnya. Ya Allah...punyalah seksa nk kejut. Kalo tak pikirkan dia laki aku, nak je aku simbah dgn sirap.Dahlah umah 2tingkat. 4-5 kali aku nk memanjat kejut dia. Haihhhhh!!!

Yang aku pulak, satu hari suntuk menyusu budak bam2 tu. Ptg siap2 buat mee daging. Punyalah dahaga tak taulah nk ckp.Pesan kt Speckybee belikan air tebu.Padahal sblm2 ni, aku bukan suka pun air tebu. Apahal teringin gila nk minum air tebu aku pon xtau.Berbuka je, aku tibai air tebu sampai 2gelas. Lepas tu tak boleh nk mkn dah.Start pening2 kepala, memulas2 perut. Muntah sampai lembik. Perut mcm nk meletup je rasa. Melalak2 lah aku mlm tu.Tobat dah aku taknak berbuka dengan air sejuk lepas ni.Aku punya lembik tu makan masa 2-3 hari lah jugak nk recover. Tapi sebolehnya aku taknak laa tinggal puasa lagi tahun ni. Yang tahun lepas 30hari dok ada lagi. Menggelupur aku nak ganti wehhh!

Hari ni lah yang aku rasa mcm okey skit. Tu pun aku minum air panas, ketuk2 halia campak dalam tu. Harap2 sihat dan kuatlah hari ini. Kalo idak, lembik semacam.Buat malu kt Uyin je. Budak kecik tu steady je boleh terlompat2, buat huru hara dlm umah ni. Cuma time ujung2 hari je dia mengamuk nk makan.Tapi itupun boleh bertahan.

Tahun ni kira first time lah ktorg berpuasa kt Malaysia.Seronok tu seronok. Pasal aku xpayah susah2 nk pecah kepala nk pikir masak apa. Pasal ada option. Yaa...pegi PARAM. Tapi aku xtaulah. Bila dah duduk malaysia ni, makanan2 kt param, aku rasa tak best. Aku lagi puas makan benda yg aku masak sendiri. Padahal aku masak ikan bilis goreng gitu2 je, tapi makan tu puas skit. Yg beli2 ni tah, rupa tu mengiurkan. Tapi tang rasa, tak sampai klimaks langsung. Aku cuit gitu2 je.

Nak msk grand2 sgt,aku mcm surrender la tahun ni.Ayam,bawang mmg aku xblh bau langsung.Jiran sebelah menumis2 aku berbungkus muka,tak nak bau.Aku rela mkn nasik dgn telur asin & ikan bilis goreng cili kering je.Tp kesianla pulak kt speckybee dgn budak uyin.Mestila nk mkn best2. Nak tak nak speckybee harungla jugak param. Janji atas meja nmpak mcm org malaysia punya bukak puasa.

Aaa..sebut pasal style org msia bukak puasa,lain sgt dr kt SL.Sbb kt SL,dorang buka light2 je dulu.Mkn kanji, kurma, minum air dulu.Pestu pegi solat maghrib. Masa aku jemput org2 local SL berbuka kt umah aku dulu, terbeliak bijik mata dorang aku hidang segala nasi daging la apa la siap dessert penuh satu meja.Kehkeh..yaaaa...inilah org malaysia..kami dari sorga makanan woiii!

Tapi sejak2 nikmat selera makan aku ditarik, aku rasa insaf. Sahur tak selera,berbuka pun xde selera. Tapi perut lapar gila2. Bila makan, meloya, muntah. 2-3 menjak ni pulak, aku selalu terserempak dgn blog2 yg menginsafkan. Blog org sakit, blog org HIV, blog ibu tunggal, blog org susah2. Masa tu aku rasa, ya allah...kufur nikmatnya aku selama ni. Dulu kalo makan tak sedap, main bluwek2 campak tepi. Balik msia, nk makan apa2 order tu order ni.Dapat je.Sikit pun xde terima kasih kt tuhan. Duduk SL, nk mkn mcm2, pestu tak dapat, pestu melalak sampai bengkak2 mata. Tak pikir pun org kt tempat lain yang puasa tapi tak dapat sahur,tak bukak puasa sbb xde makanan.

Skang ni Speckybe pegi param,bawak balik macam2 makanan. Tapi satu pun aku tak boleh nak makan. Makan muntah je keje.Dengan nak menyusu lagi, dgn baby dalam perut lagi.Aku gagahkan jugak sumbat dlm mulut. Lepas tu berpinau mata, meloya, lembik nak pitam.Stressss!

Mula2 aku ingat aku tak mampu nk puasa dah.Tapi aku try je lah.Since bam2 ni pun dah setahun, aku sumbatlah dia mkn nasik kenyang2.Takdelah nk mengempeng sgt.Ni dah hari ke 5 ni, mcm melangkah gagah.Alhamdulillah. Mintak2 lah aku maintain mcm ni sampai ujung.

So,pengajaran yg aku dapat pada Ramadan kali ni, adalah hargai apa2 sebelum hilang.Cewah. Mcm sebelum ni aku hantu makan, skang makanan tu pulak yg jadi hantu.Aku yg takut tengok. Syukur dgn apa yg ada. Tak tentu lagi masa2 depan kita akan dapat mcm tu. And,thanks pada blog2 yang byk bagi pengajaran kat aku. Mmg mereka ni pilihan Allah untuk terima ujian seberat tu. Siapa kita nk judge hidup mereka. Dan kita kena ingat, tak beriman seseorang itu jika tidak menerima ujian. Thanks Allah atas ujianMu padaku utk ramadhan ni..

12 comments:

Puteri Nurhayati said...

Anis,
tahniah, sedang mengandung anak ketiga sambil breastfeed ni semestinya mencabor, dengan kerja rumah bagai. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Anis. Makan banyak kurma, untuk banyakkan susu badan, orang kata. Selamat berpuasa, Anis. :)

Arena said...

First time puasa masa pregnant. In fact first time pregnant ever, hehehe. Alhamdulillah dah nak masuk 23 weeks kalau masa awal2 dulu lembik gak rasanya. Ini pon kena hari2 makan ubat gastrik masa sahur dan berbuka, kalau tak ada can muntah. Harap2 swmakin bertenagalah hendaknya.take care ye.

Miss Polaris said...

salam akak, xtry supplement Blackmores Breastfeeding& Pregnancy ke? Saya tgk Chika from nurulism.com tu pun mkn supplement tu sbb mse dia pregnnt pun, her 1st doter still bf...

eh, mcm tetiba nyampuk je sbb sblm ni silent reader aje kot..


salam kenal kak~

FatihaNur said...

assalam...selamat berpuasa di saat getir ni...

bykkan sabar ye puan anis..moga Allah merahmati korang sefamily sebyk2 nye....amin....

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yati~hikhik..maceh kak..tula..mencabar sgt.mmg kurma jelah harapkan pun.mintak2 la baby cukup nutrien.selamat berpuasa jugak utk akak sekeluarga :)

aNiS tHe BumbleBee said...

arena~ecece!congrats!!sama2lah kita bertabah mengharung ramadhan ni dgn baby dlm perut ye..take care too.

aNiS tHe BumbleBee said...

miss polaris~aiii!salam kenal gak.hihi.oo ada eh?akak tibai obimin je dari dulu.xtau kewujudan suppliment lain sbb akak ni out of date.kehkeh!wokey,buleh cuba ni.tenkiu ye.

aNiS tHe BumbleBee said...

fatihanur~amin...amin ya rabbal alamin..maceh...selamat berpuasa gak ye..cayok!cayok!

Chik Att said...

tahniahhh ... dah 4 bulan doa ... dapat hero pulaaa ....

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~aminnn...kalo sungguh hero blhla cuti lama skit.tihihi!

Annie Han Yeon Rin said...

Salam kenal ^_^.

Samalah.. sekarang ni kalau nak makan pape semua kena masak sendiri.. dulu time kat mesia aci beli je.. bila dah jauh dari negara sendiri. melopong nak makan apa pun tak tau nak cari kat mana ^_^.

saza said...

aduhai dapat bayangkan alahan pastu kena pose+bf lagik..memang bertabah la ko..caiyok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...