Thursday, July 5, 2012

Kepala Senak

Aku kt Saujana Putra lagi.Lepak umah adik aku. Penat travel dari Kedah haritu xpayah cakaplah. Speckybee drive dari JB jumaat petang, sabtu pagi sampai.Pukul 2 ada appointment dgn sorang jantan nama Din, ckp nk tgk rumah. Pukul 3 dia call tanya direction. Smpai ke pukul 5 aku tunggu haram tak nampak batang. Batang kau lah Din! Menyusahkan org.Penat kemas2 rumah, pack barang semua, brg yg aku xboleh bawak, semua aku simpan stor dulu.Malam buta baru gerak pegi KL. Masing2 dah mcm zombie dh.

Aku dh naik penat dgn rumah sewa ni. Sangat ramai yang mengada2 dan tak reti bersyukur kt Malaysia ni rupanya.Patut hantar pegi Sri Lanka je sekor2 biar menggelupur. Yang call nk menyewa ramai nak mampus. Mcm2 ragam. Cerita pasal diri high2, bisnes juta2, siap tnya umah aku ada aircond ke tak?Ujung2 mintak sewa 400.Aih, bisnes juta2 nk bayar sewa 400 pun menggelabah ke kakak? Yang tak cukup kredit handphone pun ada. Boleh pulak suruh aku call balik. Mcm ni punya gaya, nk bayar sewa umah bulan2 konfem liat. Aku letak harga sewa 550 je sebulan, utk rumah twin bungalow 5bilik, siap furniture skali. Furniture pulak bukan stok kerusi rotan nenek kau lepak petang2 gentel tembakau. Mostly ikea dgn kulit. Kau nk melaram dgn rumah, furniture aku, kau nk sewa 300 sebulan. Kau pegi cari rumah flat pun xdapat dah 300 lah samdol.

Seriously, bila kita jadi sangat baik, ada je org nk pijak kepala kan?So, sekarang, meh sini aku jadi org normal. Rumah sewa tu dh jadi harga standard RM700 skang. Tu pun dah cukup baik sbb rumah area tu 700 without furniture. So,bolehlah melaram perabot aku dgn free. Aku tak sewakan pun xpa, sbb mmglah dh 3tahun Speckybee bayar seribu lebih bulan2 utk rumah tu.Xde bg sewa org pun. Ini dah sebab  mmg kena duduk johor sampai berpuluh tahun, aku lepaskanlah jugak, at least terjaga skit rumah tu.Setakat 550 sebulan, nk bayar sewa rumah kt Johor pun xlepas. Janganlah org bg betis nak paha, bagi paha nk raba tempat lain pulak. Mintak peneranjanglah namanya.

Rumah tu skang ni dah ada yg booked.Tp mcm huru hara je aku tgk tenant ni. Mula2 dia kelam kabut nk pindah, tp ni smpai ke hari ni xgerak2 lg pegi kedah. aggreement pun xde sign pape lagi. Dia just bank in duit, so aku pun pass kunci kt dia. Kejap nak, kejap dlm dilema. Menggelupur semacam.Maka aku biar je iklan kt Mudah tu.Aku andaikanlah dia ni xjadi, so senang keja aku cari tenant yg 'easy going'. Aku percaya, kalau aku buat baik kt org, mudah2an aku dapatlah tenant yg baik. Yg huru hara ni silalah sewa rumah org lain. Tak sanggup aku terlibat dgn org2 cenggini. Jadi sekarang ni, rumah tu hanyalah untuk org2 yang serius nak duduk situ, dan rasa suit dgn kemampuan diri. Kebanyakkan maknusia2 yang call aku adalah org luar, like KL, selangor,etc. So, expectation dorang rendah. Asal rumah kt kedah, mesti murah. Bhai, Sungai petani ni. Umah aku Tesco kiri kanan, depan umah water park lagi. Area rumah sgt safe. Siap boleh jemaah every maghrib isya kt surau depan umah. Agak2 la..kau duduk umah burung kt KL ni, kau pegi Kedah, ko bajet harga rumah burung boleh dpt banglo.Fikir pakai otak boleh tak?

Aku bukannya apa.Aku ni bukan jenis org yg berkira. Tak percaya silalah tanya agent2 dan customer2 butik online aku dulu. Lagi aku boleh tolong aku tolong. Tapi kalau org dah start berkira dgn aku, marilah kita lawan kira2. Kata graduate banking, meh sini aku tolong kirakan. Lap kaki selai kt umah tu pun aku caj 1singgit selai.Pueh hati?


14 comments:

Chik Att said...

hahahahah ... tengok sekali membebl.

CA pun tengah cari rumah. Tapi di Kola Trengganu .
Abg Leman dah tukar ke sana...kita ni nunggu lah dulu..aprove ke idak nak tukar.... harap2 dapat umah yang eloklah

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~yaka CA?uii..makang ikang dalang pinggang la nanti.kihkih!KT ok insyallah.Org pun sume baik2 ja.insyallah dpt rumah elok.

NenetPenne (NP) said...

cik anis dah mengamuk...yessss kadang2 u kena bagi sedas dua gak untuk makhluk2 yang tak reti bahasa mcm tu..

jangan ingat u baik orang boleh suka2 hati je pijak kepala u.. selalunya orang yang selalu cakap gah tu sebenarnya tin kosong... bisnes juta2 konon..ha ha ha...

kalau rumah banglo dengan fully furnish atau half furnish ke apa ker, pastu dekat dgn kemudahan lain, berbaloi laa dgn harga RM550. kat tempat i, apartment 3 bilik pun kalau fully furnish dah RM1000.00

i ingat i nak mintak orang evaluate laa apartment i tu..dahlah kat tengah2 bandar... dekat dgn segala jenis bank dan shopping complex, agak2 mau dapat sewa RM800 kot.. tu pun kalau sewa kosong...

FatihaNur said...

salam cik anis,

hahhaha suka giler baca entry ni..giler ah tenant hamzade camtu...

org2 kl mmg bajet best pun, kat kl duk umah burung merpati, dtg kedah bajet cam gempak je...

P/s - org Espie gak ni...

aNiS tHe BumbleBee said...

NP~kihkih!Pasal lemak sgt.yg suka buat taik tu,mintak2 la dia dpt owner yg suka buat taik jugak.baru buku bertemu ruas.haha!

aNiS tHe BumbleBee said...

fatihanur~kan?mmg reality,bukan rekaan.kehkeh!org sp boleh ja call ckp tertib2,sbb tau market price.kalo org kedah sndiri,xla mrh sgt nk demand2.org kedah suma pakat duduk umah landhouse.apa barang duduk umah burung,sidai baju kepam2 dlm rumah.kahkah!

Kak Jie said...

Rumah Kak Jie yang kat Serdang sentiasa senang utk dpt penyewa yang baik-baik. Iklan setengah hari pun kejap je dapat penyewa.... rm 700 sebulan. Alhamdulillah tak pernah dapat penyewa yg macam2.

tapi masalah penyewa kat rumah Ampang pula...mcm Anis cakaplah, kita baik mula dia pijak kepala...nak bertegas sangat jenis tak sampai hati...

aNiS tHe BumbleBee said...

Kak jie~itulah kak jie.rasa stress sgt dgn tenant yg booked skg ni.belum duduk lagi,ya allah...mcm2 hal sangat.berat hati sungguh nk accept dia.

saza said...

hi babe..lama btul tak baca blog ko maklumla bizi (la sangat) ...

Diela Zaimi said...

ishh kalo la sy duduk kat sana mmg confirm sy sewa umah kak anis tu...mmg dh murah sgt tu...kat tmpt sy ni pun (kuala lipis), rumah teres 2 tingkat je pun sewa bulan2 dah 700 hingga 800...ini kan pulak rumah banglo berkembar...takpe kak anis...insyaallah akan ada yg serius utk menyewa nnt...

Apit said...

waa...dasat gila ayat hg...haha...relex r brother...eh brother plak, sister la...sp ada ka org nk duk rm700 sewa...ntahla...tp sp mmg best...

aNiS tHe BumbleBee said...

apit-kekeke!awat plak xdak..900 pun ramai nak.sp skang bukan mcm dulu dh.2-3 thn lg nk naik jusco seketoi dpn ambangan height tu.ms tu maw taw hrga rumah cmna.

Anonymous said...

batang kau lah din.. hehe..kelakar siot..

Afrida Shobri said...

salam.oh! bestnya klu dapat luahkan perasaan macam anis.tp malangnya cik abang byk sgt protokol.redha je la;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...