Friday, June 18, 2010

BagaiMaNa Aku BeRpaNTanG KeGuguRan SeoRanG DiRi...

Okey, arini aku nk cita mcmana kekdahnya aku berpantang selepas keguguran..Dah ditakdirkan aku duduk jauh dari masyarakat melayu Malaysia yg lain...maka internet telah menjadi sumber rujukan sekunder aku.(rujukan utama adalah melalui phone kepada mak dan mak mertua aku) Oleh kerana kejadian keguguran aku adalah jenis operation dan bukan tiba2,maka aku sempat lah search2 internet sebagai persediaan berpantang.Ramai jugak kwn2 yg cam curios,camnelaaaa minah ni pantang kt sana.Oleh kerana aku seorang perempuan nakal yg beridealogi 'Rules are made to be broken' ,jadi aku campurkan segala maklumat traditional dan jugak saintifik ke dalam ramuan 'kaedah berpantang cara anis senget.' Yang mana baik,korang ikut lah,yg mana senget2 tu,korang gelakkan je lah aku sesenyap.haha!


Pemakanan
Okey,setelah aku search punya search dlm tenet,dpt disimpulkan bahawa penjagaan org gugur ni lagi bersifat rejim. Kaedah traditionalnya tak boleh panas sgt,dan tak boleh sejuk sgt. Wadahel is that?? No explanation. Jadi, aku mengamalkan kaedah saintifik, bahawa I just need to take healthy normal diet. By the time pantang bersalin xboley mkn telur,ayam,etc adalah takut jahitan pembedahan tu gatal2,dan bernanah.Tp kes keguguran,ini berkaitan dgn organ dalaman.So,better aku ambil byk sayuran2 dan fiber. Aku terpaksa kurangkan makan nasi sebab aku dapati aku menghadapi masalah sembelit. Untuk atasi masalah sembelit, aku cuba bancuh Sunquick (xkisah apa perisa,aku punye yg buah markisa tu,sedap!) Aku byk mkn sup yg dicampur halia untuk memanaskan badan,dan menghalau angin.(boleh campur oat dlm sup tu supaya perut lebih kenyang dan padat). Kalau mkn nasi time pantang,fav aku adalah ikan bilis yg ditumbuk dengan lada hitam dan halia,then diperah asam limau skit.Makan dengan sayur sawi tumis,dengan nasi panas2.Then aku makan buah anggur,dan kurma. Untuk makanan supplement,aku pakai aje lah apa yg ada sebab tak sempatlah nk beli ubat set bersalin cm kt Malaysia tu.Aku just consume Habatus sauda, dan minum air masak yg dicampur madu.

Penjagaan badan
Aku tak byk buat mcm org pantang buat sgt. Yg mana patut ja lah.Okey,kita mulakan dengan mandi. Aku pastikan,aku mandi warm water,yg sesedap badan...aku tak suka mandi yg panas2 sgt sebab rasa mcm melekit2 dan tak puas mandi. Kadang naik angin rajin aku,aku buat sendiri rempah lulur. Aku ambil beras,campur dengan kunyit (kunyit hidup are preferable) dan garam kasar,then blend kering. Lulur ni aku buat sbb kulit aku kelihatan pucat dan rasa kasar2 lepas 'tragedi' tu.So, bila mandi, korang gosok2lah badan korang,start dari kaki.Nak lagi best, suruh lah en.suami masing2 gosok kt tak tercapai especially tengah belakang. Tp,nasihat aku, walopon korang rasa bahgie gila time tu sbb ade org tolong gosokkan badan,make sure muka korang tu kontrol sehabis boleh. Xpayah buat2 muke layan ataupun muke ayu time tu.Sebab dikhuatiri korang termengandung pulak dalam tempoh berpantang.Huekekeke!

Lepas mandi, aku akan sapukan minyak gamat berangin kt perut.Diikuti pula minyak YuYi Cap Limau kt tapak kaki,kt betis, dan kepala.Then pakai stokin.Lepas tu,barulah pakai barut.Sebab kalau pakai barut dulu,susah pulak nk tertunduk2 nk pakai stokin. Aku pakai barut jenis moden, yg Leesa formula punya.Kenapa aku pakai barut? Sebab aku rasa mcm lebih selesa nk berjalan dan buat kerja rumah yg ringan2. Kalau tak,rasa bergegar2 organ dalaman perut aku.Tp barut ni depend kepada diri masing2.Ada rasa cam xyah.Tp bg aku,barut ni agak penting jugak.Cuma pemakaian barut aku ni bukanlah setiap masa.time aku baru pas mandi & nkbuat keja rumah je aku pakai.Time aku nk rehat2,aku bukak.Sebab aku jenis minum air byk,so susah skit nk ke toilet kalau asyik berbarut2 je.
nota:minyak2 yg aku guna tu sbb aku dlm kecemasan dan dlm zone 'survivor'. Kalo kt malaysia, kan byk lagi minyak yg best cam minyak pati halia ke bala suma tu kan.

Penjagaan emosi

Memang tak dapat dinafikan, aku memang terlampau tense pada hari2 awal selepas operation. Speckybee pegi keja, aku terpaksa uruskan Uyin dan semua kerja rumah dan memasak seorang diri.Rasa mcm penat sgt2 dan nk ambil passport,blah balik Malaysia. Tapi,selepas 3-4hari, slowly I can adapt and manage all those things. Firstly, take a deep breath, tenangkan fikiran. Yg buat aku serabut adalah bila tgk baju yg bertimbun dlm bakul,dengan mesin basuh yg paipnya kena dibetulkan,sinki dapur leaking,cerek letrik rosak, dengan rumah yg mcm kapal pecah. Arrgghhh!!!! So, get lost benda yg serabut2 dlm fikiran.Rilex,buat apa yg aku suka dulu. Then,slow2 aku buat keja2 tu. That's why aku buat rempah lulur tadi, supaya aku lebih rilex sorang2 kt dlm bathroom.Aku boleh feeling2 buat iklan Sendayu Tinggi, tak pun feeling Cleopatra sambil sapu lulur tu...siram air pun slow2.Then,scrub muka,pakai mask,then berwangi2 sorang2..Gasakla org nk kata aku meroyan ke hape.Tapi bagi aku,tu suma fav aku.So aku buat untuk menyenangkan hati aku. Dalam rumahtangga, suami adalah King, dan isteri adalah Queen.Tp pengaruh Queen lebih besar.Sebab kalo emosi Queen tak stabil,boleh porak peranda rumah tangga.Xcaya,korang tengok permainan chess.Queen boleh kulu kilir,King boley setapak je walopon die yg paling berkuasa.

So,bagi king-king di luar sana, anda tetap King di dalam rumah anda...Tapi bertimbangrasalah..Anda nak Queen yang cantik, yg seksi, yg prepare semua untuk anda.Tapi bila Queen tak sihat, tak salah anda jadi dayang sekejap...layanlah Queen anda.Sebab mcm aku ckp tadi, kalau Queen terancam, tak mustahil King akan terima CHECKMATE!


notabulukaki~King aku sgt best.Ujung minggu lepas,die masakkan untuk aku.Urut2 aku,tolong basuh baju,bg mandi Uyin,then bacakan doa supaya aku tak sembelit lagi..tihihihi! Mekacih...I lebiu cayang!!

13 comments:

Nurul Izza said...

wah best gile bc entry nih. seronok sbb akak dh mcm xsedih dh.. yela sedih tu tetap ada kan.. tapi yg dh lepas, sure xkembali lagi.hakhakhak

bab urus sorg diri tu mmg sedig n stress. boleh rs sbb hr tu pun mcm tu jugak.

tp kan kakanis,jgn minum air gamat lagi tau. ada sorg makcik (mmg makcik iza pun), dia bersalin duk belah je pastu terus minum air gamat. jadi luka dalam tu sembuh dengan cepat sgt. kata ma, patiutnya biar luka tu sembuh skit2 baru minum air gamat. sudahnya, dah mengandung anak ke3, 7 bulan anak mati dlm perut , lepas tu rahim dah rosak sebab luka luar sembuh dgn cepat sgt , luka dalam tak sembuh lagi.

kata org kalau gugur, kena tunggu 3 tahun br pregnant balik. ni xpasti sbb daku xsearch pum.hahahah

apa2pun insyaAllah uyin akan dpt adik lagi.sabou bayk2 na..

p.s: sila jgn buat muka seposen atau muka comey2 ms mandi dan diurut oleh king, nnt remenagndung plak.hahahahahahah

aNiS tHe BumbleBee said...

izza~hihihi!sedey2,yg lebih2 simpan dalam sudah..xnak fikirkan sgt.hum,actually depends kt diri masing2.ade yg pas cuci tu mengandung lagi cepat,ade yg susah.depend pada hormon gak.yg gamat tu pun,tak tentu jugak.tgk jarak mengandung balik tu bape lama.tp yg 3tahun tu cam aneh skit.3bulan tu maybelaa.

p/s:koh koh koh!pas pantang ni baru nk buat muka comey balik.skang ni muka singa lagi..hihi!

Mag said...

huhuhu..jangan sedih2..insyaallah dapat rezeki lain..farah dulu berpantang malam lepas bersalin jugak.bezenya tak de anak. dah sedih kene berpantang tak de anak. bosan pulak tuh. hahah

jalan slow2. paki stokin jugak. kerja rumah memang xbuat langsung dan berbekung jugak. u xbuat dnc kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

farah~ hihi..insyallah..thanks farah..i buat d&c tu..sakit2 lagi skang ni..harap2 cepatlah sembuh.. :)

nurul said...

selamat berpantang kak anis chumel =D
semoga cepat sehat dan happy2 selalu..
xmo sedey2 k! nanti muka cepat kedut..

aNiS tHe BumbleBee said...

mar~ hhihi!mekacih adik cumell...itu pasal akak gelabah pakai masker tu..hahahhaaa!

|| NaFiRaa || said...

selamat berpantang.. dapat jugak ai tips berpantang kat sini.. semoga semua berjalan lancar..:)

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ mekacih...tips ape la sgt..hihihi!

shikin said...

menarik la baca tajuk nie..mmg byk idea hg.menarik n terpegun aku baca..apa pun hg leh gak berpantang sorg diri n rajin wat lulur badan tu..semua tajuk2 dlm blog nie membuatkan aku tertarik..

aNiS tHe BumbleBee said...

shikin~ maceh...hihi...jgn baca sgt blog aku,bleh efek otak kalau baca lama2..kekeke!

Anonymous said...

Tentang Habbatus Sauda, petisyen diperlukan secepat mungkin

Tolong bacakan artikel dari laman web ini:

http://www.naturalnews.com/040155_nestle_food_patents_nigella_sativa.html

Untuk bertindak kamu boleh pergi ke laman web ini untuk menandatangani petisyen ini:

http://action.sumofus.org/a/nestle-nigella-sativa/?sub=taf

Saya belum dapat cari artikel dalam Bahasa Melayu, sekiranya kamu tidak dapat baca dalam Bahasa Inggeris, ada tempat untuk penterjemahan:

http://translate.google.com/

Tolong kongsikan petisyen ini dengan yang lain.

Terima kasih kerana membaca pesanan ini.

Anonymous said...

Camna rasa lepas berpantang cara sendiri? Sbb bkn fully tradisional jd nak tau efeknyer pd kesihatan skrg.. linda

yatty said...

Sharing yang menarik sis..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...