Monday, October 24, 2011

Teori riak engineer

Kenapa perempuan kene berkahwin dengan seorang engineer? 



AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.



Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital


2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.


3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

Credit:forum.cari


Ni member aku si Che Pah tag aku dalam FB. Point pertama dan kedua,adala yg kebetulan sepanjang aku hidup dgn dia. Tapi part terlalu bodoh untuk berbohong tu mmg aku rasa sgt tepat. Dia boleh buat muka selamba tipu bos ke, sub con ke, member ke.Akan tetapi...

Macamana dia usaha nak membohong aku ponnn...mesti akan kantoii punya....tu lah...tak boleh nk menipu perempuan baik lagi solehah macam aku ni...mesti tuhan akan tolong kantoikan jugak..huakakaka!

Okey,diharapkan entry ni dapatlah mengurangkan tekanan perasaan beliau akibat kekalah MU yg super duper teruk. Hua!hua!hua! opppssssss!!!

Gambar masa sem akhir diploma.
Masa ni dia ckp kt aku, "awak doa2 la saya berjaya jadi engineer..tapi kalau saya jadi posmen, awak nk kawen dgn saya jugak tak?"

Bagus jugak kalau keje posmen pun.boleh aku ikut dia round2 sambil antar surat. enjoy ape!




20 comments:

Daddy Ziyyad said...

Yang paling best ialah kawin dgn Tan Sri yang dah tua kerepot, boleh bolot harta dia nanti....hahahaha

Eh, saya pun sedih MU kena belasah semalam..huhuuhu

Tijah said...

wakakaka. aku setujuuuuu. tapi kalu engineer kilang bahaya weh. kedudukan anda diambang bahaya sbb hari2 ada aweks operator baru masuk. muda2. gedik2. manje2.

abanggggggg. mcm mana nak adjust skrin ni yerrrrr?????

Noor Hafirdaus said...

sebenarnya aku memang tak boleh bohong langsung dengan laki aku sebab asyik terkantoi je last2 malas dah nak berlakon ka apa ka

The Sharkox said...

keh kehkeh...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

eh-eh...

macam betul aje kannn... tapi bab bohong tu kan.. aku kena tunggu sebab buat masa ni takde sebab dia nak bohong... hehehe... (asyik mengedeng berdua kemana-mana)




Anis !! aku ingat hutang aku ..
sori ek..

afeezz said...

seorang engineer boleh tersalah kire maka bangunan yang dibina akan roboh, jalan yg dibina mungkin senget peralatan yang dibuat mungkin akan terkene litar pintas....

law undergraduate said...

hmmm.. abang ipar saya keja engineer,gaji area rm5k jek.. tu pun dah kira banyak utk engineer2 macam dia(x termasuk engineer syarikat multinasional). sedih lak kerjaya struggle cm ni gajinya sikit sgt kat malaysia ni

aNiS tHe BumbleBee said...

Daddy Ziyyad~yg tu terpaksa bela anak ikan pulak nanti.kah3x!



jangan sedih2..skali skala hero kena gak kalah..baru dia tau apa erti penyesalan.kah3x lagi.

aNiS tHe BumbleBee said...

Kak Tij~kerani kt opis pun ade gak yg gidiks2.seb baik je dduk sini,balik msia besokkkk....siappplaaa...!


okey,kena mula jaga badan dari skarangg...1,2,3,4,5,6,7,8..8lagi!huff!huff!!

akakaka!

aNiS tHe BumbleBee said...

pidot~hahaha!muka tu kena konpiden skit.bykkan lagi latihan.keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

sharkox~hg gelak apa ui?

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~sonok kau asik ngedeng berdua.

eh,hutang apa oi?

aNiS tHe BumbleBee said...

afeez~tu pasal nk jadi engineer math kena sharp.

sian engineer,kalo bangunan runtuh,engineer disalahkan.kalau bangunan lawa,arkitek plak yg kena puji.padahal yg design tu arkitek.

aNiS tHe BumbleBee said...

law undergraduate~xpe...pelan2 kayuh..ada rejeki,lompat pegi projek oversea pulak kan..

rasanya,gaji profesional kt malaysia mmg skit.jadi marketing jugak yg superbbb.

miss said...

lama x singgah belog hg wei....huhuhu...bz sakan aih...

bab menipu..memang aku cukup pantang..tp ALLAH akan tolong org yg kena tipu ni...terkantoi sudahhhh asbenku!!!hahaahaha...

MumMe said...

suka post ni...rasa hati berbunga2 aNis...mumme mungkin suka tgk topi dan boot PCK nye...

cikpia said...

sebagai engineer, aku sokong!!! ha ha....

aNiS tHe BumbleBee said...

as~tah,lama tak online!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mumme~PCK sgt macho kan kalo pakai cmtu.kah3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

CikPia~hahahhaa!!!! yeah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...