Wednesday, October 12, 2011

Cas elektrik antara lelaki dan perempuan

Jari tengah tangan belah kanan aku sgt sakit sejak akhir2 ini. Speckybee ckp, itulah,asyik memaki dgn jari tengah aje. Ceh,bila masa pulak? Last skali aku pakai jari tengah utk buat benda tak manis tu,tahun 2003 dulu pada 3-4 org lelaki sewel yg berani suwit2 masa aku berenti skuter kt trafic light..Sekarang dah insaf.Nehi, nehi!

Ok,bukan sebab jari tengah aku tu sakit aku tak update blog. aku hilang mood sial nk menaip ni. Aku harap, kalau ada software atau laptop yg boleh tolong aku taip ketika mulut aku bercakap kan bagus.Aku menyampah betul nak on lappy yg xde bateri ni.berwayar2 kulu kilir.Kalau dpt ipad ke tablet ke yg membolehkan aku golek2 atas katil sambil tulis blog kan bagus'*blink!blink! Semoga dapat hadiah dari suami tercinta di hari ulangtahun perkahwinan.Oh,sambil2 tu, berdoa banyak2 supaya beliau dpt bonus ke,increament ke, atau tiba2 wang jatuh dari langit dengan banyaknya.

Aa,sebut pasal suami tercenta, baru2 ni baru aku perasan yg kami berdua ada arus elektrik. Dulu2 masa zaman sekolah2, cikgu selalu bagi ucapan kt perhimpunan, jangan dating,jangan pegang2 tangan pakwe/makwe. Lelaki & perempuan kalau tersentuh akan ada renjatan elektrik. Tapi time tu aku rasa cikgu tu menipu.Kalau ada elektrik,mesti berpuluh juta manusia yg mati kena kejutan elektrik dgn pasangan masing-masing. Okey, jgn kata aku bodoh, aku tersangat naif time itu.tsk! tsk!

Dari seminggu yang lepas, aku gila main game mencari barang tersembunyi. Speckybee pun sebok2 jugak nk main.Tengah cari barang yg tersembunyi tu,pipi kami berlaga. *cewah,mcm cita hindustan okey?
 Lepas tu,2-2 org menjerit "Adoiii" sambil pegang pipi masing-masing. Nasib baik pipi tak hitam dan rambut tak tercacak2.Rupanya ada letrik dari laptop,pegi ke tangan speckybee,dan last skali sekali pipi2 aku shot.

Maksudnya,betul lah ckp cikgu aku dulu, lelaki dan perempuan mmg ada arus elektrik.Bahaya sgt tau? Aku rasa Speckybee kena cepat bertindak sebelum pipi ktorg terbakar dan rambut jadi punk, dia kena beli jugak ipad/tablet kat isteri tercinta dia ni.Tak payah tunggu hari anniversary ke 5 pun xpe.

Nanti bila dah ada ipad/tablet xdelah wayar2 yg menyemak lagi dah. Boleh kita main game cari barang tersembunyi sambil duduk dalam selimut.

sekian,
aku-yg-naif.
muka pun naif.

15 comments:

Chik Att said...

tudung sama ngan sofa... hehehhe

naiff tul ...... mesti dapat ipad tu ....

Tihara said...

gambo raye ker :)

Noor Hafirdaus said...

ipad aku susah sikit kalau nak berbloging sebab nya susah nak upload gambar satu lepas tu lagi susah nak menaip. Last2 aku berbalik ke lappy je. Ipad lebih kepada GPS, bukak e-mail, download lagu, cari resepi dan yang penting best men game tambah-tambah race keta, pegang Ipad seolah2 pegang stereng keta hehehehe. Berbalik pada topik hang ni aku ni banyak caj karan. Kalau aku pegang pintu keta or troli masa shopping mesti kena karen siap keluar spark cahaya dan berasap lagi. Jari aku pernah sampai hangit sikit, pelik kan?dulu laki aku kata aku saja buat2 last2 masa shopping aku pegang troli dan dlm masa yang sama aku pegang leher dia. Ha melompat kot kawan sebab leher dia kena karen dari jari aku. Lepas tu dia kalau nak shopping dengan aku dia tak bagi aku pegang dia dah. Aku memang nak jumpa doktor lama dah nak tanya pasai ni tapi selalu rasa mcm tak penting je. Aku the Karen hahahahaha!!!!!!

Lina Rahim said...

Setuju dgn Noor Hafirdaus..iPad atau Galaxy Tab payah sikit nak menaip..atau mungkin juga masih baru so masih tak biasa menaip lagi pakai iPad/Galaxy Tab.

- GC - said...

ni bukan naifff, ni muka sememeh.. haha..

Rasmuna Mun said...

aku pon ada gak cas letrik...kalo jenjalan kat sopink komplex tu mesti adanyer...kalo pompuan ngan pompuan ade cas dak? hehehe...

|| NaFiRaa || said...

u!!! awat slim sgt lepas bersalin nih!! jeles ar!!!*nampak x komen i lari jauh nor dari citer u.. x kira nak komen jugak pasal u kurus!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~sama eh?keh3x!sedondonnan..

aNiS tHe BumbleBee said...

tihara~hihi..iye kak...

aNiS tHe BumbleBee said...

Pidot~oo..itu mcm ka?awat xpakai keypad dia kalo nk taip? aku janji,biarlah xberwayar2,senang nk bawak ke mana2 hatta ke jamban skali pun.kekeke!

eh,hg pun kena gak letrik kt supermarket?aku slalu gak kena.tambah2 kalau pegang trolley kt giant shah alam.puaka betui ah!

aNiS tHe BumbleBee said...

Lina~isk,yeke?alaa..nnti spekibee bace ni,terus tanak belikan dah kt aku.kih3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~naif dgn sememeh tu kira sepupu la kot..bahahha!

aNiS tHe BumbleBee said...

mun~kalau pompuan dgn pompuan bukan cas dah,tu jadi cis! hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~iye ke kurus?*hepi seminit*

gamba je la kot ra..tp sbnarnya xkurus la,ra.lagi naik berat badan ni ada la...hari2 timbang,mmg tak turun2.

wani johari said...

lari tajuk skit...sama comeyy..muka seiras...jodoh perpanjangan..aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...