Monday, October 3, 2011

Kerjaya baru saya sebagai Milkmaid..


Sorry guys! Lama betul tak update.Balik raya kt malaysia 22 hari + kelam kabut mengemas rumah + baby buatkan aku berat nau nk update, walhal byk cerita nk dikisahkan.

Baby Najlaa dah pun masuk 2bulan. Skang dah pandai tunjuk peel. Jadi burung hantu malam2 supaya mata mak dia jadi beruang panda.Tambah pulak cuaca kt Sri Lanka ni panas gila babeng.

Berbalik pada tajuk kerjaya baru aku tu, skang peratusan hidup aku banyak tertumpu kepada jumlah pengeluaran tenusu. Buku susu lembu atau kambing biri2 mahupun unta fadang fasir, tapi susu aku sendiri.

Aku tak sure byk mana susu yg aku produce sehari-hari. Pasal xpernah aku ukur.Yg aku tau,dia akan minum sejam-2 jam sekali. Baby Najlaa mmg nak direct feed memanjang. Ada beberapa sebab kenapa aku tak sediakan EBM (express breastmilk). Pertamanya, aku tak beli lagi pump. Kalau hasil melimpah ruah sangat, aku marmet aje. Kedua, fridge aku sekangkang tikus aje. Mana nk campak stok EBM tu.Ketiga, pasal aku tak nampak lagi keperluan EBM tu.Aku kan lepak kt rumah je.So, better aku bagi yg susu segar dari ladang ni ha.Keempat, ni lah masalah paling utama skali, si Najlaa langsung tak nak benda2 palsu ni.Aku ajar pakai dummy pacifier pun, melalak2 dia tolak dengan lidah sampai termuntah2. Padahal start dia dlm hari lagi aku dah ajar minum pakai bottle, pun xjalan2 sampai skang. Kadang2 aku pikir, mmg tuhan tak kasi aku kerja dah kut. Duduk lah kau kt rumah dgn anak2 yg bergayut kt badan. Huhuhu!  

Walaumacamana pun, Najlaa tetap kena belajar minum through bottle. Pasalnya, aku dah cuba puasa dan menyusu, ade lah setengah hari aku puasa, lepas tu, aku rasa mcm nk pitam + Najlaa melalak2 tak cukup susu. So, kt sini pentingnya stok EBM untuk backup. Tambah pulak, aku dah nak balik Malaysia. Confirm kena kerja balik. Tak mungkin Najlaa akan dibawa bergayut bersama2 kt ofis.Mesti kena tinggalkan jugak.

Yg teat Avent, mmg dia tak nak langsung. Aku try jugak Tommy Tippe, tak jalan jugak. Speckybee ckp,      "Eh, tak boleh ke dorang ni buat teat yg sebijik mcm tetek manusia? Oh..mungkin rupa pulak buruk hagaknye."   Amboi, mulut kauuu...bughuk ye?? Tetek kau cantik sangat gamaknye! Lagi xde function  pulak tu!Cess!
 Budak bam-bam ni, sebelum masuk 2bulan haritu, dah 4.5kg.Sekarang ni xtau laaa...Cayang bam-bam!!

Skang aku berserah je lah. Balik Malaysia besok, aku ingat last try, nk beli yg Nuby tu. Kalau xjalan gak, kau isaplah ibu jari kaki abah kau, Najlaa..Keh3x! Org kata,kena pass kt org lain yg susukan.Nanti balik Malaysia, baru ade org lain. Kt sini sapa je yg ada, ibu abah, kak long Uyin. Kalo kak Long Uyin yg susukan kamu nnti, bukan takat puting, dengan botol2 skali dia sumbat masuk mulut adik dia. Kak long Uyin tu dah la garang. Keturunan Jebat tu. Cili api pun kunyah cam chewing gum je.haha!

Okey guys,got to go! Buat apa lagi,menyusukan budak bam2 tu lah.Then nak masak lah,suap anak lah, tgk buku anak la..huuuu!







21 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

lama tak kesini..

semoga tuan belog dan keluarga sihat walafiat disana dan dirahmati Allah SWT

Rasmuna Mun said...

jgn bg najlaa isap dummy pacifier nant jo****....

aNiS tHe BumbleBee said...

sahrom~waaalaikumusalam...
thanks sahrom..aku pun lama tak pegi blog ko.blog aku pun tak sempat bukak.
moga ko& family pun sihat2 jugak lah ye..

aNiS tHe BumbleBee said...

mun~kekeke!uyin dulu hisap punting gak.tak jojo pun.ada la cara2 nk bg benti pulak.kekeke!

Yan said...

dah lamanya tak singgah sini. tengok2 dah besar cam tu baby u..MASYALLAHHH..

aS_c0mei said...

nak tercekik aku gelak baca ko tulis nih.lawak okeh.hahha....part lawak nya,mungkin ku yg terlebih imejin.akkakakka.....

Lina Rahim said...

nanti aku dah ada anak, aku nak jadi milkmaid yang seksi macam gambar di atas

kak ina kl said...

alhamdulliah dah selamat sampai kat sana..buat masa ni bagilah di nenen dulu. Nanti dah balik sini barulah cari camner nak pisahkan.

dayu_myself said...

comelnye anak..
nak satuu..
ngeee..
grm2...
^__^

- GC - said...

comelnya najlaa bam bam!

kak uyin pun sama. manisnyerrr senyuman.. hehe

Anonymous said...

ha..ada pun post baru..ari2 buka tp tuan rumah tak hapdet....best kan dok umah jga baby...

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yan~hihi..tulah..rasa cepat sgt.tup2 dah besar dah baby ni.

aNiS tHe BumbleBee said...

as~hahaha!ah,ko tu suka imejin lebih2.keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~bagus..bagus..tp aku xley slalu2 sgt,bahaya skit.tak sempat baby umo setahun dpt adik pulak nnti.hua!hua!hua!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak ina~hihi..dah selamat sampai dah.itulah kak ina.harap2 nak la minum dgn botol pulak nnti..

aNiS tHe BumbleBee said...

dayu~hihihi...nk yg mana satu?satu kuat melompat,satu lagi kuat lalak.kekkeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~hoi,cepatla letak gambar emran yg the latest!

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~hihi...sebok dgn budak kenit tu je lah hari2.

cik_ah82 said...

weh, ang dh start ganti posa ka?tggai brp hari lagi?

vogue said...

bestnya bestnya bestnya ngulit najlaa bambam....klong nurin pon sportingnya sayang adik ye....bler dijangka uol blk anis? nanti fuad based kat gombak ler harapnya....blh slalu kita jumpa....wahhhh...agak tamak haloba doa itu kan? hihi...

Liyana said...

lame x singgah sini, dh 2 bulan dh najlaa ye.. alolo comel nye die :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...