Thursday, August 18, 2011

SuperSaya: Berpantang Sendirian Lagi...

Dah 2minggu dah tajuk ni. Tak terpublish2.Bz aje memanjang. 2hari lepas ada tetamu (org muslim local) datang rumah. So, aku prepare jugak untuk berbuka puasa diorang. Menu adalah stok nk clear freezer. Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, telur masak kurma, coselow, acar buah. Start kul 9 pagi aku ketung-ketang kt dapo. Pasal kalo lewat2 kang, budak Uyin balik skolah, mmg merasa minum air masak je lah tetamu.

So, here I'm....again! Berpantang sendirian lagi. In fact, start hari 1st kt hospital lagi, aku dah kena belajar kawal 2 org anak. Speckybee terpaksa pegi meeting sebab bos dia dari Malaysia datang. So, minggu pertama adalah minggu2 tekanan buat aku. Tp,xpa...rilex2 suda... kang xpepasal kena angin meroyan. Dahla nk masuk 30.Muka kedut2 plak kang.So,apa perlu kita buat anak2? SENYUMMMM!!!

Hari ketiga, hospital call. Bgtau TSH test result baby tinggi. Menggelabah aku search pasal tiroid. Paed suggest buat 2nd test on 8th day.Sbb result on 1st day punya xreliable pun.On day 8, lepas dpt result TSH, pegi jumpa paed.TSH clear,berat baby pun dah naik jadi 2.3kg.Alhamdulillah..Sama berat dgn Uyin masa lahir aritu. Minggu pertama hingga ketiga, mmg keja aku breastfeed baby, fokus utama adalah menaikkan berat baby. Since Najlaa ni consider bit premature baby (36weeks), mmg aku kena extra care kt dia. Tangan kena sentiasa bersih, suhu bilik kena sentiasa warm, every 2hours kena check temperature baby.susu pun aku lebihkan yg hind-milk supaya berat badan dia naik. Nasib baik Uyin dulu kuar pun kecik jugak. Jadi syukurlah, dgn pengalaman tu, aku xde masalah nak handle baby yg kecik utk mandi and so on.

Kali ni punya pantang, preparation lebih teratur. Aku tetap juga guna set bersalin Leesa Formula.Sbb ada tungku yg xberat tu dan aku pun dah biasa dgn ubat2 dia. Tapi kali ni, siap dgn rempah mandian, tepel, pilis semua aku beli online, then suruh adik aku pos ke sini.

Makanan
Bab pantang makan, aku mmg xhadap nak follow rules yg merapik2 mak nenek tu.Dah la aku kt sini mmg xcukup makanan,lagi nk suruh aku limit2.Apa yg aku rasa xmendatangkan mudarat, aku makan. The foremost thing, susu aku cukup, baby aku mesti gain weight. Tu yg paling penting. Lagipun pantang memantang ni adalah taboo dari masyarakat. Kalo chinese, pantang xbley mandi. Yg Sri Lankan ni,xbley makan sayur berdaun, Europe, xleh makan bawang putih, yg Indian plak,suh makan bawah putih. Lain2 punya stail. So, masing2 gunakanlah akal dan ilmu dengan seiring. Yg mengarut2 sgt tu, xpayah la ikut sgt. Berpada-pada lah.Skang pun dah ada internet,dah ada mcm2 website, group kt FB tu.Join je.Byk informasi boleh dapat. Xyah merapu meraban sorang2 lagi dah.

So,apa benda yg ko makan anis?? Aku byk makan sayur2 dan sup sbb aku takut kena sembelit.Syukur juga aku xkena. Semua okey.Sembelit di dlm pantang adalah azab tau? Dah la luka pun belum baik. eiuuu..mengerikan! Benda paling byk aku mkn adalah kurma dan fresh milk.Itulah sumber untuk mencanakkan susu.

Jaundice
Oleh kerana aku makhluk Allah yg mempunyai group darah yg paling baek hati (Group O) maka possibility baby nk kena jaundice amat la tinggi.Tambah pulak baby lahir agak awal.Kt Sri Lanka ni, mmg tak concern pasal jaundice. 3kali aku pegi jumpa pakar, doctor just advice breastfeed aje.Yg penting baby kerap kencing dan popo.Mula2 aku risau.Tapi apa ke nak risau, Uyin pun dulu cenggitu gak. Maybe pasal skang dah ada internet, so aku agak menggelabah bila search pasal jaundice. Aku stop makan halia untuk 3minggu selepas tu, dah alhamdulillah, baby dah okey.

Mandian
Mandian, mula2 aku mandi dgn herba Mustika Ratu. Tapi herba tu pesen tuang2 dlm bekas air panas.Dah mandi tu plak,penuh dgn segala mak nenek rempah.Agak leceh. Then,family aku dtg (next lah aku story) bawak uncang mandian TYT. Rebus, then tambah air sejuk skit, mandi. Aku pun xtau apa khasiat dia. Jirus je lah badan.

Berbekung
Yg ni aku wajib buat. Tambah2 pulak nk balik raya ni.Haruslah badan kena jaga, kang jadi bahan bila balik kampung.Tapi rasa-rasanya badan aku naik sikit lepas bersalin sbb aku sentiasa lapar je lepas menyusu baby.Pasrah sudehh..

Tepel/Pilis
Ni first time aku pakai.Dulu aku pakai krim Halia yg Leesa Formula.Tp,eleh,xdelah panas sgt. Kali ni aku pakai yg Nyonya Mener punya plak. A...best2.Hilang sakit kepala.Tp dia ckp bley ilangkan puffy kt bawah mata.Tak ilang pon...Huwaa!! Maybe pasal aku xboleh nk tido sgt mlm2.

Tungku/ Urut
Aku pakai je tungku yg Leesa Formula tu. Sementara la kan. Urut je xbuat. Kt sini mmg dorang haram xreti. Nak suruh Speckybee, xpayah laaa.. Kalau suruh, dia suruh urut dia dulu. Byk cantikkk!! Mengalahkan org yg beranak ni. Lagi pulak, dia tu bangsa nk mematahkan tulang aku adalah. So, postponed balik Malaysia besok.

Beza berpantang kali ni, kerja rumah mcm sapu sampah,mop lantai,basuh baju semua tu aku xpayah buat. Dari aku mengandung 8bulan haritu Speckybee panggil helper dtg rumah. Datang la keje kul 8.30 smpai 12.30 tghari. Kang lama2 sgt dia duduk kt rumah aku, aku yg sakit jiwa pulak. Masak tetap masak. Adala 2-3 kali Speckybee masak time hari minggu. Hari2 lain dia bz mengalahkan 2 tokoh kesayangan dia, Najib dan Rosmah. Aku lapar, aku masak, aku makan.

Bila dah anak dah bertambah ni, terasa betul penat ya amat2. Sebabnya Si Uyin korang tau2 lah akal kreativiti dia mcmana. Ada je la keja yg dia buat nk bg aku memekik. Tp kdg2 tu ada la jugak dia membantu. Yg Si adik pulak nk kena perhatian lebih. Terkial2 aku sorang2 kt rumah ni.Malam dah sah2 berjaga, lepas menyusu baby, aku takut nk tido balik, kena pantau lama skit takut baby tersedak ke hape ke. Siang nk tido, mcm2 laa pulak si kakak request. Nak makan tu, nk makan ni. Ambik tu, ambik ni. Ya Allah..penatnya tuhan saja la yg tahu. Lepas mak aku balik Malaysia balik, Speckybee asik terlepas sahur je..Bukan dia xkunci jam. Tapi bila jam tu bunyi, jadi mcm lulaby je kt dia. Lagi sambung tido ada laa.Aku dah tak mampu dah nk berjaga. Ni hari ke 30 ni, aku demam. Pasalnya, dah 3hari cuaca kt sini hujan sepanjang2. Sejuk ya amat jadinya. Tambah pulak dgn letih semua cukup.

Itulah kut kisah pantang aku. Bagi sesapa yg nak sekolahkan aku bab2 pantang ni, dipersilakanlah. Aku dah biasa kena ceramah dgn doktor2 yang tak bertauliah.Tapi sebelum tu, silalah datang ke Sri Lanka ni, dan rasailah mcmana keadaan aku kt sini. Bagi yang dapat berpantang dengan sempurna kt Malaysia, bersyukur lah...Sedih..aku xbernasib baik mcm korang...aku xpernah rasa pampered mcm tu lagi. Masa family aku datang kt sini 5hari haritu pun, aku syukur sgt2 sbb ada org tolong masakkan. Mak aku yg rigid gila bab2 pantang ni pun, bila dh datang sini, tiba2 bertukar jadi lenient. Sebab dia dah tgk dan rasai mcmana kehidupan kt sini.Keh3x! Baru kome tau? So, betulla kata pepatah, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kt mana ko duduk, follow je rules tempat tu.

Okey, baby dah melalak mencari buah idaman. Ciauuu!!


Najlaa Hannani setelah 30hari.. 3.27kg. alhamdulillah..


Pemikir agung...kih3x!



30 comments:

aisha mimi said...

haaa..xdak la nak sekolahkan..kwn2 amik berat tu..tp mmg mencabaq la ada anak lebih dr sorg especially yg jaga sdri..camno nak tambah kasi 3 ni..tp mak aku dlu boleh ja kan branak sdri2 jaga..anak pn dekat2..so syukurla kita boleh ngandung dan melahirkan ye dakk..

aNiS tHe BumbleBee said...

mimi~kwn2 xpa..tau dah mmg sama2 xreti..yg makcik2 tua ada PHD menyibuk tu...in the end solution depa,kena bg susu formula kt baby.sok aku blk msia adala yg hasuang2 yg nk jahanamkan penyusuan exclusive aku ni.keh3x!

Yan said...

ALLAHHHH..punya lah lama tak pegi umah Anis. Dah bersalin rupanya. Congratulation ye.. Berpantang sendiri ye..

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yan~hihihi..iye kak yan..dah sebulan dah..pantang sndiri.last week family ada dtg for 5days.cukup la tu kan.. :D

Noor Hafirdaus said...

Bahagia aku tengok kawan2 bahagia. Mehla kita set reunion, lehla Najlaa dan Uyin jumpa kakak Noor ni heheheehe.....

Noor Hafirdaus said...

Bahagia aku tengok kawan2 bahagia. Mehla kita set reunion, lehla Najlaa dan Uyin jumpa kakak Noor ni heheheehe.....

eiela said...

comelnya baby.. kenapa tak pakaikan sarung tangan kak, nanti calar plak muka dia, baby kan ganas sikit.

Rasmuna Mun said...

da beso ye Najlaa....meh kat kakak meh...hehehe...
Bantai pun leb-leb di hatiku...

mast@work said...

anis,

tahniah.. kuat semangat betul.. bagus2.. kena kental sikit.. janji kita jaga badan kita, jaga baby cukuplah.. toksah folo benda karut2 lagi mengarut tu...

alalalallaa.. orang nak baby girl jugaaakkk.. haiiipp tunggu! hehehe

selamat pulang ke mesia.. dah hari ke 30? wah, tak lama lagi habis le pantang kan.. best2..

makdara TERdiva said...

alhamdulilah dah bersalin rupanya..
berpantang ikut keperluan,jgn over dan memudaratkan diri sendiri :)

|| NaFiRaa || said...

memang suspek habes laaa.. kalo ai tak tahu lah mampu ke tak nak berpantang cam u.. mau fengsan nak handle 2 anak dlm pantang.. muehehehe

Mario said...

hehe...kaum ibu je komen...aku nak komen satu je...perghhh...stok nak clear frezeer mcm nak jual kat bazar ramadhan je...

alhamdulillah...anak ko dah bape kilo?anak aku sampai msuk ospital sbb jaundice..

aNiS tHe BumbleBee said...

pidot~tudia excited smpai 2kali komen aih.keh3x!

kakak?kakak??? mok cik hokeyyy??hahahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

eila~kih3x!ada pakaikan..tp 5minit kang dia buang.last2,gunting je lah kuku dia.agak2 tangan dia sejuk baru pakaikan balik.heeee!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mun~ni lg sorang pahsan muda.nnti aku suh paad azankan kt hampa 2org.keh3x!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

mast~hihihi!tulah..janji kita&baby sihat sudah.kang mengarut2,bertambah sakit pulak.

cepat2!ai teringin nk hero.tapi haishhh...trauma lagi nih.keh3x!

haah..sebaik saja takbir raya berkumandang,tamatlah pantang.akanku sumbat2 ketupat dlm mulut nih.wakakaka!

aNiS tHe BumbleBee said...

MDT~maceh MDT..xsesaba nk abis pantang nih..hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mario~wallah..kaum bapa komen laaa..
kekeke!standed..nk balik malaysia dah.clear da freezer la..

anak aku aritu 3.27kg.tu ah,kt msia aku rasa ramai je masuk spital duduk bawah lampu tu.kt sini rilexxx je pasal jaundice.xpaham aku.

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~lagi 20%je bateri tinggal ni.balik msia besok nk lentang habis-habisannn..pheewwww!!

cik_ah82 said...

huii...tabik gila aku ngan ang..pantang sorang2..aku yg dok kg ni pn ada mak adik sedia tungku pn aku ngelat..masak mmg jauh sekali..bengkung pun aku malas,xdan la kononnya..
tp mmg penat kan..hg kira ok seben ada malam2, aku nnt sorg2 klu amri outstation..jgnla aku meroyan..huhu
teruskan menetek..banyak gak najlaa nek berat..

p/s: weh,hg ada tiroid ka?aku lak ketaq sebab masa pegnen tiroid normal,so aku xcheck la adam..huhu

aNiS tHe BumbleBee said...

Cik ah~kekekeke! asben ada malam2..tapi masalahnya dia tarak tetek.aku jugak la yg kena berjaga malam2.kakakakaka!
syukur gak la najlaa naik byk berat dia.aku bajet berat dia dlm 2.8 camtu ja,tgk smpai 3.2kg.hepi gila aku.

aku mmg ada history tiroid pun dulu2.maybe sbb tu la kut berat aku xnaik2.tp mmg kt SL ni depa lagi concern pasal tiroid drpd jaundice.xtaulah saipa.

Hamizah Sahabudin said...

cantik la tilam n bantal baby. beli dimana?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sorilah Nis. Baru baca entri ni. Mud aku merudum sekarang ni. Penat agaknya.




Bila baca, macam aku pulak kat sri lanka... ;o) kesian ko.

aNiS tHe BumbleBee said...

Hamizah~hihi..maceh..beli kt SL ni jugak...

cahaya nuranie said...

tabik springlah aku kat ko anis.. boleh handle semua ni kat negara org lak tue.. apepun benda ni semua byk mengajar erti pengorbanan seorang ibu cewah! byk perkara yg boleh mematangkan kita kan.. bab pantang pun aku setuju dgn cara ko.. yg penting x memudaratkan, balon je.. aku 2nd time pantang since operation, lagi byk sayur aku makan, ulam2, oren sunkist & pati ikan haruan peneman setia.. huhu.. anak nk susu lagi.. apepun semoga Allah beri kesihatan yg baik pada kita semua..

Lina Rahim said...

salute lah!..hei, cuba tanya makcik potpet tu, sapa boleh pantang sorang2 kat negara orang? sapa? sapa? sapa? kau boleh dabik dada ma... :-)

Anonymous said...

tahniah dan teruskan kuat semangat puan anis yer...

Dr. Ben said...

comeynya budak!

saza said...

alahai ciannye ko kena pantang sendirik..tabah tul..

p/s: aku pon baru beli tungku leesa tu..comel je..

amicus curiae said...

slm. nak tanya, boleh tak dapat contact maid tu? sbb saya rasa nanti saya pantang pun, saya kena pantang sorang2..anak pertama saya umur 2 tahun, tak larat kot tengah pantang nak berkejaran jaga dia...

thanks ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...