Thursday, August 5, 2010

[update] Kes hina JB oleh nor azita osman


source:mediamalaya
4/8/10~10.15pm

Da ramai blogger tulis topik ni. Glamer kak Ita kita. Ramai jugak yg kutuk2 akak ni. Aku tak pasti apa maksud akak ni post kt FB dia camtu.So, aku fikir positif jer laa..Sebab loghat negeri masing2 tu kadang2 pemahamannya lain.Aku pun sedia maklum mmg org Kedah cakap kasar skit.Mula2 aku dengar org Kedah ckp dengan aku pun, aku melalak2..menangis2 kt skolah.

Okey berbalik pada kisah akak tadi.Perkataan hina pada org2 selatan (dan jugak dalam kamus)* mmg maksudnya, hina keji tu laa.. Tapi untuk org2 utara, word hina tu boley jadi mcm kekurangan,penganiayaan, teruk.

Contoh ayat orang utara : Hang jangan la buat terhena kat aku..
Maksud sebenar: Ko janganlah pedajal aku...

Contoh ayat org utara: Hinanyaa laa tempat ni..biskut meri pon xdak..
Maksud sebenar: Ish, teruknya tempat ni, biskut meri pon xde.

Word 'hina' org utara dianggap biasa, tapi kalau org selatan, mcm agak biadap.Sama jugak kalo org selatan sebut 'Keji la ko ni'..aa..rasa mcm tak menusuk kalbu sgtlaa kan.Tapi kalo sebut ko ni hina laa..oh, itu boleh membawa kesentapan.

Banyak sebenarnya perbezaan maksud satu2 perkataan antara negeri2 ni..Contoh paling simple aku bagi adalah perkataan 'KOPET'. Kalau org utara, maksudnya, purse. Tapi kalo ko pegi Kelantan, ko cakap, bak kopet ko, mmg ko kena penerajang time tu la jugak. Kopet bermaksud tetek ye tuan2 dan puan2 dalam loghat Kelantan.

Akak tu pun dah minta maaf kan..Jadi, apapun maksud dia tulis kt situ, biarlah dia dengan Allah je yg tahu.Anggap jelah perbezaan loghat dan salah paham.Yang kita2 xde kaitan ni, xpayah la tambah2 dosa yg sedia ada.Aku bukanla nk jadi sazah ke apa, tapi lagi bagus kita gaduhkan isu2 yg lebih berfaedah .

Ni pendapat aku jelah kan.kalo korang still nk kutuk2 dia, wa ta ambek port..

kepada kak nor azita pulak, syukur jelah dgn nikmat yg ada.buatnya ko tercampak kt Sri Lanka ni, jangankan famous amos, kek gula hangus pun belum tentu jumpa.

notabulukaki:
aku refer word tu kt org yg piau punye loghat kedahnya.

5/8/10.00am
*pasal ada anon yg sebut kamus tadi

50 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, salam ziarah
Loghat orang pahang kalau kopet tu bekas tembakau zaman nenek kome dulu...hehehe...
Tapi ada juga orang suka letak duit dalam kopek, bawah anok baju...
hehehe,

Betul tu cuma perbezaah loghat aja, ita tu kan dari kedah...

Tijah said...

a'ah. stujuk tu. aku dulu blk kg laki org dok cakap pungkoq hang. ai marah tawww. ghopernyer bontot aku basah tem tu...ada air tumpah. org kita ni cepat na nak sentap senornyer.

mama_izz said...

hai salam ziarah.. memang betoi.. silap sikit jek tapi dorang punya hina akak ni mak oiii... takot saya.. hurmmm mcm2..

Anonymous said...

salam ziarah...
masalahnya... ayat die bukan loghat kedah pun... loghat johor gamaknya..

Hina tu kalau dalam kamus pun dah buruk makna nya.. bukan ikut maksud org selatan...

Jangan sebut org johor jer mudah melenting... kutuk la mana2 negeri pun.. mesti ade yg akan melenting..

p/s: Kopet tu kalau kat johor... sebut depan cina... ade kene terajang... sbb kopet tu macam kita menghina die la.. sama macam kaf lam ya nga...

bubblesphoto said...

OMG!!

fotunately, i mmg xde pakai mane2 slang. tp dlu time kecik2.. childhood mmg la ade, duk pahang ckp pahang,duk sabah ckp sabah..

let share something.. org sabah ber aku kau je dgn parents die..org2 tua jgak..
* kt sabah x boley ckp..
"mintak lalu/ tumpang lalu.
LALU tu mcm rogol..tet!
kena ckp LIMPAS YA...

tp i rase the best, xde slang..nty org salah phm..

cc said...

sis,
sy mtk permisi quote beberapa ayat from ur entry to be posted in my blog.

dah letak link sis skali =)

aNiS tHe BumbleBee said...

LipisLady~ wsalam...kekeke...haah,betul2.maybelaa asal perkataan kopet tu dtg dari anak baju yg selit2 duit tu kot.pasal org dolu2 mana bawak purse kulu kilir,ye tak.

aNiS tHe BumbleBee said...

Tijah~hihihi...tula..kadang2 kita nampak yg tersurat je..yg tersirat tak nampak.

aNiS tHe BumbleBee said...

Anon~kdg2,org tu terkeluar jugak loghat dia,walaupun sedaya upaya cover.aku ada member yg ckp kedah piau,tp kawin dgn org JB.dia ckp mcm org JB,tapi tiba2, terkeluar ayat camni,
"alaaa, tali jam i ni lucut laaa"
yg suami dia org JB tu,buat muka pelik, ape lucut?lucut??kekekekeke!

p/s:aku tau maksud kopet tu kt johor.aku pun pernah duduk johor.kt johor pun byk gak loghatnya.yg jawanya,yg bugisnya.

aNiS tHe BumbleBee said...

bublesphoto~itulah..tp yg datang tu dari mcm2 negeri,yg dari kecik pakai loghat tu.dia cuba la buat2 xde loghat,tp kdg2 tu terkeluarla jugak loghat utk penguatayat ke kan.tihi..

fuh,kena hati2 laa kan.nnti kang pegi sabah,kita kenmain nk bersopan2,org ingat kita kuang ajo lak kan..isk...

aNiS tHe BumbleBee said...

mama izz~hhe...biasalah..org tgh marah..dah org tu minta maaf,maafkan ajelah.kita2 ni pun bukannya perfect dan tak pernah buat salah.

aNiS tHe BumbleBee said...

cc~no hal sis..asalkan membawa kebaikkan...xbest arr gaduh2..memalukan.

Prof Easy Cool fm said...

alah..nie tanda2 akhir zaman nie..manusia sibuk dengan benda yg remeh temeh.."persetankan" dengan semangat kenegerian..byk lagi isu patut di debatkan..yang anak2 lahir bersepah tepi jalan xberbapa beribu xde pulak korg nak kecoh2..yg muda mudi terkepit sana sini..yg terseksi2 dlm fb bergambar dgn botol todi..tue lagila menghina..hina agama tue weh..lagipon tue fb personal dia..pedulik la..yg sesetengah posting cenggini korg xkomplen pulak "lahanat, ujan pulak hari ni..melepas aku nk bershopping"..tue kan menghina Allah..korg buat dek jerk...siap thumb up lagi..pikir2 kan dan selamat beramal...

"persetankan" in this paragraph means 'pedulikan' ye anak2...bukan mengajak suma menjadi setan...huahuahua

aNiS tHe BumbleBee said...

Prof Easy Cool fm~ YESSS!!! betul tu.Yang memaki hamun org tu pun,sama jelah perangai.Problem yg besar2 depan mata tak nampak ,yg kecik2 ni pulak jadi isu.Debat mengalah ahli parlimen.Come on laaaa...Memalukan tau tak??

julietchun said...

penilaian dan pemahaman seseorg tu berbeza kekdg.

Yunus Badawi said...

Kek gula hangus takdelah tapi apam gula hangus emak adam baru buat 2 hari lepas. Kalau dekat boleh bagi awak sikit ngeee

|| NaFiRaa || said...

"kepada kak nor azita pulak, syukur jelah dgn nikmat yg ada.buatnya ko tercampak kt Sri Lanka ni, jangankan famous amos, kek gula hangus pun belum tentu jumpa."

statment best skali!!!muahahaha.. betol tuh.. bersyukur jek la ape yg ade.. di mana bumi di pijak di situ langit di junjung~

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tu namanya manusia.

cepat melatah..

Kancilbiru said...

tula....dia patutnya sedar yg dia tu dok ada kat mana..buat malu kita ja yg org kedah ni...hehehehehe

GaDis CoMeL said...

kalo dia mai jeniang, ntah apa dia nak kata kt tempat tumpah darah ku itu. yolah, byk pun ladang getah, taik ayam merata.ishhh.. fikir2 balik, ada jugak manusia cmni. dia lahir2 dulu terus makan femes amos tu kot. sy ni kak, femes amos tu pun tak tau natang pa. haram tak sentap pun. hahaha.

Anonymous said...

eleh,betul ke semangat negeri?padahal saja nk kecohkan keadaan.kecik punya hal laa. sensitiviti rakyat johor konon.yg melayu ni je sentap lebih.org cina xdepun.patriotik konon.oiii, ni bulan kemerdekaan ni, jalur gemilang dah pasang keeee???kata patriotik!!!

Raziah said...

Tanpa sedar anda pun dah menyebar luaskan pasal isu remeh temeh ni tau.. Lebih baik delete.. Peace no war (^_*)V

aS_c0mei said...

kesian la minah tu.nape la perbesarkan benda kecik camni.sedih tgk fb yg diorg create utk ban dia.klu tgk gaya,budak2 je lebih.mencarut bukan2...melampau lah.tskkk....sedihhhh tgk.nape la semua nak kecoh....

redNing said...

salam tn rumah...

rehan who said...

salam. aku orang johor. minta maaf la kalau ada tersinggung dengan komen ni, tapi aku sikit sebanyak tersinggung la dengan post akak ni. cuba jugak aku buat-buat tak terasa, macam-macam alasan aku fikir untuk back-up akak ni. tapi sikit-sikit dalam hati aku harap dia balik la kulim. tak payah la kerja kat sini lagi. ramai lagi orang johor yang kat luar sana perlu (bukan setakat mahu, tapi perlu) untuk transfer balik johor.

bila fikir balik, orang-orang yang kondem rakyat johor tu, agak-agak macam mana respon diorang kalau negeri diorang yang kena. agak baik orang johor ni mulut je garang, tapi hati lembut. tak ade sampai bakar rumah atau demonstrasi atau ugut bunuh etc. tapi minta maaf cakap la, kami sensitif kalau Sultan kami dikata orang. tak tahulah kalau orang lain tak kisah sultan mereka dikata, tapi kami kisah.

aku tak terasa nak komen pun isu ni sebenarnya tadi. tapi tulah. orang sana mengata johor, orang johor mengata orang sana, orain lain mengata orang sana dan orang johor. akhirnya apa yang kita semua dapat?

mungkin orang johor patut faham ada la sebab orang sana post begitu. orang sana patut faham bandar johor bahru memang takde famous amos. dan orang lain patut faham yang bila orang sana berkata, orang johor secara fitrahnya akan terasa.

aNiS tHe BumbleBee said...

julietchun~ya...betul..so,ambil lah yg positif,kan.

aNiS tHe BumbleBee said...

YB~wah,sedapnyaa...lama xmkn. :D

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~kan??kt mana pun kita,jgnlah kutuk tempat mencari rezeki.syukur je sbb still dlm malaysia lagi.ada mcm2 benda boleh makan.

aNiS tHe BumbleBee said...

azrina~hehe..mcm2 ragam...kalau x,tak nama manusia lah kan..

aNiS tHe BumbleBee said...

kancilbiru~itulah...nnti xpasal2,negeri ni anti negeri tu,gaduh tunggang langgang pulak.

aNiS tHe BumbleBee said...

gadiscomel~psst..psst..nk bgtau,akak pon xtau biskut famous amos dia tu.da google baru tau.allah,mcm chipsmore tu ja pon.kita org kg mana mkn benda merapu camtu kan..kita mkn benda berkhasiat mcm nasik,ikan pekasam,sambal belacan.baru layaaannnn..hihhi!

aNiS tHe BumbleBee said...

anon 12:03 PM~rilex..rilex...dah org tgh marah,nk buat mcmana..jom kita pasang ramai2 bendera malaysia.ktorg kt sini pun akan pasang kereta jugak tau....hehe..

aNiS tHe BumbleBee said...

raziah~ ada 2 kemungkinan: 1, awk tak baca entry ni smpai abis, 2, awak xjumpa lagi blog2 yg memaki hamun akak tu. peace no war jugak... :)

aNiS tHe BumbleBee said...

as_comei~sbb dengar mencarut yg melampaui batas lah,rasa tak patut sgt tu.mcmana kalau org buat mcm tu kt kita,kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

redning~salam...jemputlaa masuk..hehehe!

aNiS tHe BumbleBee said...

rehan who~okey.no hal.perlu juga dgr sebelah pihak org johor kan..aku just nk share ilmu ni, masa aku belajar dulu...

kata2 ustaz aku(boleh refer buku2 berkenaan jinayat),hukuman haruslah diberikan setimpal.Dalam islam pun ada hukuman qisas.Kalau dia pukul kita,hukumannya adalah pukul dgn cara dan kesan yg sama.tp,kdg2, kita manusia ni,ada emosi,maka kita balas lebih teruk pd pesalah, walhal dia dah insaf.

kedua,dalam apa2 keadaan pun,kita kena fikirkan kesan.Yg mana lebih membawa mudarat yg lebih,kita perlu buang.Contohnya,kalau seorang ibu sedang mengandung, dan disahkan doktor,jika dia meneruskan kandungan itu,bakal meragut nyawa ibu tersebut,maka bayi yg dikandung itu,harus dikeluarkan demi menyelamatkan ibu tersebut.Begitu juga dlm konteks ni,kalau memaki hamun akak tu membawa kebaikan,silakan.tp kalau ia boleh memberikan mudarat yg lebih besar,adalah lebih baik maafkan sahaja.kemungkinan akak tu akan mengalami tekanan perasaaan(dia juga sdg mengandung)dan kemungkinan juga boleh menyebabkan pemusuhan antara negeri2 yg terlibat.

aku sekadar berkongsi ilmu aku yg amat sedikit ini..aku tinggal di sri lanka,dimana negara yg baru tamat peperangan antara kaum.aku sgt syg negara malaysia.bukan kaum,bukan negeri.tapi MALAYSIA.

betulkan jika ada kesilapan.aku pun manusia biasa juga..

rehan who said...

la kak, bukan post akak la. tapi post akak nor azita osman tu kat fb. haish. itulah, contoh apa yang kita kata boleh buat orang lain salah sangka. jangan ambil hati ye kak :)

aNiS tHe BumbleBee said...

rehan who~ kekeke..yee...tau..cuma nk jelaskan keadaan kt semua org jela tujuan posting ni ditulis..tape...tak amek ati pun.dtg laa lagi sini..nnti akak terjahlah blog korang.skang ni ujan2,tenet slow molow laa..hikhik..

bubblesphoto said...

haha, mmg laa susah kalau nk hilang kan slang negeri masing2..
my mom lg la, smpai org ckp die terengganu murtad..

know what, kalau blik kg..i and my siblings terkulat-kulat nk phm kan slang die org...disadvantage plak kt situ...

aNiS tHe BumbleBee said...

bubblesphoto~hihi..tulah kan..nenek i, smpai skang slang melaka dia xubah2.Ayah i,loghat kedah mmg fail.Tp ktorg adik beradik boley je ckp slang kedah.smpai ada word2 yg xtau dtg dari mana.tunggang langgang.Yg uyin ni besok, lagi laa hancus bahasa dia.bercampo2 english,singhales,bahase kedah..hadoiii...

Anonymous said...

pegi la mampus bitch...patotnya kerajaan johor halau die blik negri die...xlayak jd penjawat awam,terminate automatik....hope u and ur family burn in hell..

aNiS tHe BumbleBee said...

anon August 7 8:07 AM~ terima kasih..semoga Allah memberi rahmat pada kamu..

Anonymous said...

Lahh....waktu dia mengeluarkan kata2 hina johor tu xde plk dia fikir dia mengandung..time kita pula harus fikir dia mengandung...setimpal kah ..? klu nak kata takut terkenan dgn semua ni..aku rasa awal2 dah terkenan..krn ibunya dulu memulakan..waktu berbadan dua..so ..?

mmg betul..hindarkan sesuatu yg lebih membawah keburukkan..but..adakah ibu dia hindarkan ..?bukankah umur sudah dewasa.? mengapa seperti anak kecil..mulut berbisa tidak tahu merasa apakah tercalar atau tidak jika berkata demikian ..?

Lilianna Mardiana said...

Hi kak Anis, pertama kali ni melawat ke sini, hehe.

Oh masa I mula-mula baca kes ni benda pertama I fikir ialah apesal la ade jugak manusia yg susah payah nak jatuhkan orang lain dengan bikin hate page macam ni, saje la tu, nak buat naya kat orang lain.

Tapi yelah, terlajak perahu boleh la reverse, tapi kalau terlajak taip di FB, Blog, Twitter, naya la kena print screen. :D

aNiS tHe BumbleBee said...

Anon August 8, 2010 6:26 AM~satu je soklan aku nk tnya kt kau,kalau mulut dia mcm longkang,jadi ko pun akan minum air longkang jugak kah?supaya boleh sama2 busuk bau longkang?gitu?

aNiS tHe BumbleBee said...

Liliana~hye cutie,thanks eh...

biarlah.org tu dah terlajak.kita pun jangan terlajak sekali.kalau tak,apa bezanya kita dgn dia,betul tak?kita jaga peribadi kita,takut2,kita mengata org,anak cucu kita,sedara mara kita pun buat mcm tu jugak.skang ni tuhan bayar cash aje.akak tu dah terima balasan.yg maki hamun dia,kena fikir,ada balasan yg menunggu juga..jgn lupa tu.. :)

kakLuna said...

salam kenal...mmg saya ikuti gak kes ni kat FB tapi sekadar tgk je la coz dah sampai tahap '2 x 5' org yg menghina dan org yg mengutuk.

rakyat mesia mmg cpt sentap. cuba tanya sebilangan rakyat mesia ni, aci kerat jari la mesti ramai yg penah kutuk negeri lain contohnya kelantan. cuma tak tulis dalam FB je.kdg2 benda mcm ni dipengaruhi politik juga.

aNiS tHe BumbleBee said...

kak luna~salam kenal.. :)

sama je..kalau pegi blog2,pegi forum2,berlambak2 manusia yg hina negeri lain.tp rilex jee.xde plak org buat pagefan2 benci.hurm..manusia..manusia..

dianafisa81 said...

sikit2 nak letak status kat fesbuk...sikit2 fesbuk...kan dah kena...

Anonymous said...

Kami sedikit kesulitan untuk berlangganan rss, dalam setiap kejadian aku buku menandai situs ini besar, sangat berguna plus diisi dengan informasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...