Monday, August 9, 2010

Perit JeRiH Yg Sangat MaNiS aKhiRnya... :)

Ari minggu lepas Speckybee keje.So,petang dalam kul 5 tu driver je dtg pickup kami kt umah. Aku dengan Uyin nk pegi terjah Speckybee kt opis dia.Weeehaaa!!

Jom kita terjah!!

Mamat ni buat apa laa kt lam bilik dia tu.Aku syak dia layan citer hindustan kt lappy dia.wahaha!Okey,think positif.Dia mungkin tgh baca blog aku.ceh!


Nampak tak sweatshirt kt kerusi dia tu?Banyak kenangan tau..Dari form 5 sweatshirt tu jadi teman kisah cinta ktorg.Memori betul!

Pestu dia bawak aku jenjalan kt site dia.Lebih kurang 4tahun aku tinggal kt Sri Lanka ni, jarang2 aku datang ofis dia.Aku segan skit.(memang penyegan pownn) Bukan apa,rasa macam menyibuk je pegi opis laki.Tak koser aku. Ni pun setelah projek dah nk hampir siap, baru lah aku rasa mcm nk jalan2 kt situ.


Inilah dia, hasil selama 4tahun berperit jerih kt sini.Site Habaraduwa menempatkan medium cost dgn low cost apartment. Ada lagi projek highcost apt.di Wakunagoda dijangka siap hujung tahun ni..Insyallah...mudah mudahan...

Bagi mereka yg follow kisah kehidupan aku dalam blog ni, dan yg kenal2 aku, ada laa aku ceritakan serba skit tentang pengalaman kami kt sini. Penuh dgn air mata.Tapi aku ingat pesan cikgu aku, kesabaran itu memang pahit, tapi buahnya sangat manis.. :)

Kisah hatiku di Sri Lanka
(boleh klik sini.dont worry,new tab will appear)

Sebagai isteri, aku juga tak lari dari terkena tempias2 badai yang menghempas kerjaya Speckybee. Bukan tempias lagi kut, dah ombak tsunami gamaknya.Kadangkala Speckybee jatuh dan hampir putus asa, aku pujuk supaya teruskan larian. Kadangkala aku terasa hati dan ingin menjauh, Speckybee genggam tanganku memujuk bahawa akulah sumber kekuatan dirinya. Sememangnya suami isteri itu saling melengkapi bukan?

Terima kasih pada keluarga, pada guru2 yang mendidik, pada rakan taulan dan juga pada yg mendoakan.Tanpa mereka ini, sudah pasti Speckybee tak sampai ke tahap ini.Tanpa mereka juga, tak mustahil aku tidak sekuat ini sama2 menongkah arus dengan Speckybee, mencari sesuap nasi di rantau orang..

So, semalam, kami berdua berdating kt tepi tasik.hehe..Dah lama tak berdating2 berdua camni. Dulu,pagi2 ahad, selalu joging kt tasik Shah Alam sambil bawa roti expired bg ikan kt situ makan.ahaha!


Ow,sori.Kepala Speckybee tertinggal skit.


Hum, okey lah kot!Janji muka aku mesti penuh.hahahaa!


Kat site kau sebok mengarah orang eh?Kt rumah aku lak ngarah kau.padan muka.hik!


Oh,hari mau hujan!!


Nampak tak baju leb-leb yg Speckybee beli smlm tu aku pakai.kih kih!

Ewah, kenmain eh..Macam xde anak lagi je berposing2 bagai berdua.Mana anak korang oi?
Ada tu haaa...tgh sebok main bola..


With Manisha Akka and Isuru Ayya..
*akka= kakak
*ayya= abang


Itu jelah hujung minggu kitorang.Minggu depan dah berpuasa.Maybe ktorg habiskan masa bergolek jelah kt umah sambil tunggu waktu berbuka.hehe!

14 comments:

Siti Noor Aminah said...

comel pulak bila pakai baju leb2 tu.. hihi..

aNiS tHe BumbleBee said...

gadiscomel~ceeyy! taktik kotor nk dpt duit raya lebey nampak..hahaha!

Arena said...

Anis

Sis, aku baca entry ko pasal your life at Sri lanka tu. Termenung aku kejap. Di kala kekadang aku mengeluh penat kerja, takde life lah apalah, at least aku dekat malaysia, di rumah aku sendiri, earning my own money with my dearest husband by my side. Insaf kejap aku sis. You r 1 tough lady. So proud of you.

aNiS tHe BumbleBee said...

Arena~ Yeah! what a life.Aku dulu kuat komplen masa kt malaysia.jalan jam,keje penat,makan tak sedap.Hikmahnya,bila aku kt sini,rasa syukur sgt2 yg aku ni pemegang IC dan passport sebagai rakyat malaysia.Kadang2,kesenangan hidup buat kita lupa pada kesusahan,kan.Hikmah dan pelajaran yg aku dpt disini,aku kongsi2kan supaya kita tidak alpa.

aS_c0mei said...

gambar berdua last tu uyin tlg amik kan ke?akakkakakakaka.....

ye lah anis,mmg dah merantau ni,baru la tahu betapa best nye duduk malaysia.sob sob sob...

tapi,tapi,tapi.....kena bersyukur atas segala rezeki Allah kurniakan....=)

sahromnasrudin said...

salam..sesungguhnya tiada yg lebih berharga dr sebuah pengalaman..aku teringin nk berkhidmat kt negara org, tp tak layak..suami awak dh berkesempatan..gunakanlah pengalaman itu sebaiknya

julietchun said...

hidup tak selalunya indah namun yg indah tetap hidup dlm kenangan :P

malaysia boleh :P salam ramadhan.

aNiS tHe BumbleBee said...

as_comei~haa,mau tau laa..terel kan uyin?hahaha!staff speckybee yg ambikkan.
betul,syukur ja dgn apa yg tuhan kurniakan,byk ke skit ke,yg penting syukur..

aNiS tHe BumbleBee said...

sahromnasrudin~salam,betul tu.sbb tu aku tak ragu2 nk tinggalkan kerja aku kt malasysia.sebab aku fikir,aku nk hirup semua pengalaman sementara aku masih muda ni.

aNiS tHe BumbleBee said...

julietchun~betul2..kadang2 yg pahit,masam masin tu,bila dikenang2 skang jadi manis pulak.hihi..

|| NaFiRaa || said...

kekeke..ingatkan berdua jek tadi.. bagus tol dak uyin nih bagi can kat ibu n abah dia dating~

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ahaha! dia kalo dah dpt bola,okey dah..ktorg bley dating berdua je pun xpe.dia xkaco punya..kikiki!

Kancilbiru said...

sapa budak 2 org lagi tu? anak staf ka? ka anak angkat hang..? ekeke

aNiS tHe BumbleBee said...

kancilbiru~hihi..aa,anak staff yg duduk dekat2 situ..bleh laa nk jadi anak angkat pun.aku suka anak ramai2 ni..hehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...