Hai...korang baru lepas sahur ke? Aku kt sini baru pukul 3pagi.Langsung tak boleh tido sebab mild asthma attack lagi.Tengok jam dah pukul 1 pagi, betterlah aku berjaga sampai sahur nnti.takut kang kalo aku tido, terbabas terus.Since ada yg tanya mcmana nk buat header mcm aku kt atas tu, so, dah ada masa free ni, baiklah aku buat tutorial skit.Yang dah terel photoshop tu, silalah pegi main jauh2 eh..Ni kira kita kongsi2 pengetahuan yg ada je lah kan...
Okey, mari kita mulakan!!
Bukak Photoshop* anda... CS bape korang ada?jangan CSI udah le...hikhik!
*edited
Klik File, New. So boleh la pilih worksheet yg bersesuaian dengan blog korang.Dan makesure, Background content adalah TRANSPARENT, okey???
Perkara paling penting adalah korang kena tau layers tu.(tengok anak panah).Setiap objek yg korang letak,adalah 1 layer.Langkah seterusnya, kita nk make up skit kasi nampak 'hidup' gambar tu.
Katakanlah aku nk bagi glowing perkataan "nisthebumblebee" tu. So,kenalpasti, text tu berada di layer mana, dan klik kanan. So, akan terjojollah 1box.Pilih blending options. Kita nak buat iceblended skit eh...
refer video kt bawah..
kt video ni aku just nk bagitau bahawa, untuk menambah effect pada object yg kita letak tu, just tick buttons, dan klik 2 kali pada styles2 yang ada. (ada org xtau bahawa setiap jenis styles tu boleh klik tau...) So, bila dah double click,korang akan nampak box yg membolehkan korang mekap objek tu. Blendlah macamana yg korang suka, tukarlah kaler yg korang suka wokey..
Lepas dah puas hati dengan hasil kerja korang, tibalah masa untuk save.
Pastikan anda pilih format PNG ye...sebab, kalau pilih JPEG, sia-sialah background transparent yg korang pilih awal2 tadi. JPEG xley baca transparent background ye tuan2 dan puan2..ngehee..
Gitulah caranya...senang bukan?? Kalau enggak paham, bolehlah bertanya.Kalau aku boleh jawab aku jawab, kalau tak aku sengih je larr kan.Sapa2 yang dah berjaya,kongsikanlah...mana tau korang dapat discover benda best2 lagi kt photoshop tu.kita kongsi2 la kan ilmu,ye dak?
notabulukaki~kemungkinan besar aku akan qada tido aku untuk malam semalam.Jadi, kalo aku tak jawab komen,tak jawab YM, tak jawab FB, itu bermakna aku tengah berada kt alam mimpi laa tu....Okey, selamat malam semua!!wawawawa!
14 comments:
Ni nak bukak software apa ni..tiba2 je klik file pastu klik new..minta maaf le saya tak reti IT..hehe..
Lina~kekekeke! Photoshop..photoshop..
wah,..boleh try ni. thanks for sharing dear!
cam best...nk try gak..tgokla page sy yg huduh tuu...lgsung x bermaya..tp cam susah la cik anis oiii..
nia~try...try..jangan tak try.. :)
suriati~try laa..senang je sebenarnya..cuma sebab tak bape familiar,tu nampak cam susah skit..
salam anis, aku dh try, hehehe,,,jemput2ler ke blog aku utk cekidout....
nis, cancel lar, lembab toi nak upload, nxt time lah...macam siput tut tolll ...
pakai pc ofis kak oii, nak rasa dapat warning letter,buleh gak teraiii.. hehe.
btw, nice job. ;p
mama aqil~laaa...patutla aku p tgk xda lagi..hihi..xpa..nnti upload lain key..
gadiscomel~hihihi...ala,bgtau kt bos,photoshop skill ni suma sektor guna.suh bos hantaq pi kursus.heehe..
maceh...
ni sopwenya..bagi yang belum ada boleh download di sini ya..bisa benar..ngak perlu tunggu lama2..kekeke
Ini belog dari malaysia ya..jgn lupa masuk.
http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/07/barang-panassoftware-adobe-photoshop.html
zuar~ni mat indon sesat mana plak laa ni...haishhh!
photoshop ni memang best kak. fleksible lagi friendly. saya dah lama tak wat gambar guna format png ni. bile akak tunjuk tutorial ni, kire teringat balik la. kalau tak, saya pun dah lupa. huhuh.. thanks 4 sharing kak. :)
http://wanshah87.blogspot.com
Post a Comment