Tuesday, August 10, 2010

Kisah aku dan Si Buta



Masa aku buat diploma kt UiTM Arau dulu aku rajin buat kerja2 amal...

okey, mukadimah yg amat menjengkelkan....Pui!

Masa aku buat diploma kt UiTM Arau dulu, aku xbape minat sangat nk belajar.Bosan laa blaja banking2 ni..Tak kena dgn jiwa rock kapak aku ni...Maka, nk hilang2 boring aku selalu laa lepak kt notice board UiTM tgk apa2 aktiviti yg boleh aku join. Satu hari tu aku terpandang notis yg pihak HEP mencari pekerja sambilan untuk menjadi pembaca kepada pelajar2 yang cacat penglihatan.Program ni READERS namanya. Tugas aku senang je, tolong bacakan buku text dan juga manual, dan pelajar OKU tu akan taip guna mesin taip tulisan Braille dorang.Gaji bayar ikut jam.

Aku teruja.So, aku pegi HEP daftar nama,dan petang tu bermulalah tugas aku sebagai READER.Ada sorang dak pompuan dan 2 dak laki kt UiTM Arau yg cacat penglihatan.Aku pilih yg pompuan sebab senang, aku pegi bilik dia je utk bacakan.xyahlah bertudung2 bagai.Macamlah yang lelaki 2org lagi budak laki tu nampak aku pakai tudung ke tidak.

Budak ni sempoi.Peramah.So aku yg mesra alam ni lagi lah cepat mesra dgn dia.Aku baca, dia taip.Ketap Ketup bunyik mesin taip dia.Laju dak ni taip.Kalo aku yg taip,mmg konfem berdarah2 jari aku pasal termasuk kt lubang2 button typewriter tu. Budak ni kata,kertas Braille tu mahal.Jadi kadang2,dia ambil kertas2 majalah je buat note.Kalo kita bawak pegi kelas majalah tu,siap bukak depan lec,mmg kena latu kepala dah.Tambah2 majalah cam Mangga yg ada jantan betina posing kt tepi kolam.Tp dia xpa..sebab dia xboley baca majalah tu..tu semua nota2 dia.

Sebenarnya budak ni xdelah 100% tak nampak.Dia kata dia nampak cahaya.Tapi kecik ajalah.Kalau aku nak terangkan graf2 kt dia, dia akan letakkan buku tu kt pipi dia,dan tumpu betul2 mata dia kt buku tu..Insyallah dia nampak dia kata..Aku kagum.Bersungguh dia belajar.Aku?? Ada bijik mata tuhan bagi,sebok tgk mamat2 hensem, sebok baca majalah Ujang,sebok kenyit2 mata kt org, sebok tgk makanan...Ya Allah...kufur nikmatnya aku...!


Budak ni kan banyak gadget2 yg best.Jeles pulak aku.Semua boleh bercakap.Jam tangan, talipon, komputer, semua boleh bercakap.Maksud aku ada voice detecter laa kan.Rasa cam citer Knight Rider.Kalau laa dia ada kereta cam si Hoff tu, jerit je datang...Xpayah susah2 aku menapak tunggu bas nk pegi bandar Kangar.Aku tumpang je keta dak ni..Pegi kedai bihun sup eh, pegi Wah seah jap eh..order je kan..malangnya,dak ni pun naik bas gak cam aku...

Banyak aku belajar dgn dia ni walaupun sebenarnya aku yg mengajar dia.Aku belajar erti sabar, erti syukur,erti bersungguh sungguh dalam hidup.Aku jadi malu dengan diri aku sendiri.Aku sempurna,tapi aku tak gunakan kurniaan Allah tu sebaik-baiknya.Aku malu pada Allah.Rasa mcm nak terjun bangunan je.Tp tu keja bodo.Elok2 dah insaf pegi terjun bangunan,dah sah2 aku kena libas dgn malaikat tanpa byk soal sbb aku bunuh diri.

Tapi sumpah!! aku betul2 insaf tengok semangat dia yg bersungguh2 tu.Maka aku kuatkan semangat untuk bersungguh2 juga meneruskan pengajian bank aku sampai ke peringkat degree walaupun aku tak minat dan sering muntah2 akibat membuat kira2 finance.Terima kasih adik! 2tahun kemudian, aku nampak gambar budak tu kt paper...Sedang memakai jubah biru tua, dan bertopi empat segi, tersenyum di samping kedua ibubapanya....Alhamdulillah...

Aku tersenyum sendiri. :)

18 comments:

Mario said...

wah...bagus citer ko ni...mmg boleh memberi motivasi kat adik2 yang nak amik pekse ni...

|| NaFiRaa || said...

wahhh.. mmg terinsaf jugak jek baca n3 nih! org yang kurang pon boleh berjaya.. nape kita x boleh kan! berusahalah!! yeahhhh!

Liyana said...

wah..insaf jugak...byk pengalaman akk ni ek..suke bace.. :)

sahromnasrudin said...

salam..wahhh..study kt uitm arau ke?? same dgn wife sy..ntah2 kenal dia kot huhuhuhuh

julietchun said...

akhirnya dia berjaya setelah menempuh byk cabaran :P

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~ehehe..skali skala jadi motivator...

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ye,betul.diorg betul2 struggle dlm hidup utk dapatkan sesuatu.mmg menginsafkan kita yg sempurna ni tau..

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~hehe..akak dah tua..adelah pengalaman skit2 utk cerita2 kt anak2 nnti.. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

samromnasrudin~waa..ye ke?wife hg tahun bila kt uitm?aku satu batch la dgn kancilbiru.sebaya ja kami.

aNiS tHe BumbleBee said...

julietchun~yaa...alhamdulillah berjaya..tp dah lost contact dgn dia..mcmana kisah kerjaya dia pulak kan..

Kancilbiru said...

insafnya....pasaipa aku tak tau pun ada job macam ni kalau tidak boleh insaf sama...hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

baca pun dah insaf. Itu belum buat lagi..

De'din said...

tulah..
kita yg smpurna ni just main2 ja

aNiS tHe BumbleBee said...

kancilbiru~mesti dulu hg rajin stadi.aku slalu nmpak hg kt lab computer.hehe.aku suka merayap keliling uitm tgk notice board.saipa tah.mmg hobi aku.pestu merayap mushroom.tulah keja aku sehari2.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

azrina~alhamdulillah..harap2 msg ni sampai pada anak2 kita kan..

aNiS tHe BumbleBee said...

de'din~ itulah kan..kita selalu terlupa org2 yg kekurangan di sekeliling kita..

Siti Noor Aminah said...

kat merbok tak dak pun course camni.tp sy penah join program uitm, jadi fasilitator. dapat duit jugak. serius best. rasa nak pi balik uitm. hehe.

aNiS tHe BumbleBee said...

gadiscomel~ni bukan course ni.ni cam aktiviti sampingan.Sapa2 yg free@sudi,boleh buat.tp HEP ckp je nk bayar duit.smpai skang xde bayaran.tp xpelah.anggap je lah buat kerja amal.kak anis rindu sgt nk stadi balik.insyallah,nnti akan sambung lagi kut.hihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...