Wednesday, July 14, 2010

SIRI JELAJAH GALLE,SRI LANKA BAHAGIAN 2~ GALLE FORT.

Sambungan dari bahagian 1..

Selain mempunyai pantai yg indah, Galle juga menyimpan khazanah kerajaan Belanda.Galle Fort adalah kawasan pertahanan yg sgt strategik yg telah dibina oleh org Portugis. Pada tahun 1640, Galle Fort telah di ambil alih oleh Belanda.Sampai sekarang ini,segala bangunan yg berada di Galle Fort ini masih dipelihara oleh kerajaan Belanda.Kebanyakan penduduk yg tinggal kt sini adalah muslim.Penduduk2 kt sini tidak dibenarkan sama sekali melakukan pengubahsuaian pada rumah2 mereka.Segala ubah suai,cat,tukar bumbung ke apa ke,semua adalah dibawah tanggungan dan kuasa kerajaan Belanda.Ada jugak diorg komplen sebab boring dgn kaler umah sndiri.Tp mmg xdapat nk buat apa2.Katanya ada je spy2 Belanda yg memerhatikan dorang.Kalo gatal2 tangan nk ubah,kena denda.Wuh! Betul2 memelihara warisan nenek moyang mereka.


Di Galle Fort.Kami berada di atas bukit yg agak tinggi dari aras laut ketika ini.Angin menderu2 nyaman.


Gambar yg aku google.Itu adalah bukit tempat kami berdiri tadi.Bangunan besar warna putih tu,adalah masjid. Yg tinggi tu,rumah api.Nampak tak?Kedudukan Galle Fort menjadikannya benteng pertahanan yg paling strategik untuk membuat intipan terhadap pergerakan musuh di kawasan perairan Galle.

Dekat atas2 bukit tadi,selalunya akan nampak payung bercambah2.Time hujung2 minggu lagila banyak.Ramai betul org berdating kt sini.Yg kelakarnya,tengah2 hari buta pun boleh duduk kt situ.Pelik jugak aku.Tetengah panas pun ade mood lagi nk beromen.tah pape.haishh!


Masjid bahagian depan...Selalu sembahyang raya korban kt sini..
credit pic to lanka.com


Antara banggunan lama yg masih dipelihara oleh kerajaan Belanda.


Aku pon tensen gak kalo umah aku asik kaler ni aje..nk buat camno,dah org Belanda tak kasi ubah.Heritage namapun..

credit pic to funkypix2



Pintu masuk ke kota lama Galle Fort.Aku google jugak pic ni.Gradually aku akan tukar dgn pic sndiri.Oleh kerana aku dah mmg bertampuk kt sini, so perasaan sbg tourist tu xde.Tak teringin pulak nak ambik gamba2.Tambah2 pulak camera rosak.Tu pasal aku tergedik2 masuk contest My water Moment Nuffnang~Sony tu.Pleaseee laa bg aku menang...pleaaaseee...!Tersiksa zahir batin aku bila camera rosak tau...

Apa lagi yg best kt sini?? Haa..bagi penggila batu2 permata, bolehla lepak sini lama2. Biru mata hitam kauuu!!! Aku bolehla suggest kedai2 kt sini yg ko boleh dpt rege murah.Siap ada certificate dari kerajaan Sri Lanka berkenaan dgn ketulenan batu yg korang beli.Kt sini ada lombong batu, then kilang dia sendiri.So,mengikut pengalaman aku, harga yg boleh dapat kt Galle ni jauh lebih murah dari Colombo.Best!


Church @ Galle fort
pic credit to biocrawler.com

Kalau nk tau, skolah uyin pun dalam kota lama tu jugak..Sebenarnya ada ramai foreigner juga yg tinggal kt di situ especially org2 Dutch la kan. Tp anak2 dorang skolah dekat dgn church.So,aku tidak berkenan. Maka aku hantar uyin belajar di bawah cikgu sekolah muslim, yg mana semuanya budak2 local.Kebanyakan muslim kt sini adalah ahli perniagaan dan memegang bisnes besar2 di sini.Taiko2 supermarket dan batu permata kt Galle ni kebanyakkannya bapak kawan2 Si Uyin.Lagipun bape kerat je foreigner muslim kt sini. So, aku kenal la dorang.Uyin pulak satu2nya foreigner kt situ,agak glamer la jugak dia kt skolah tu sebab suka ponteng skolah.haha!

Kalo nk tgk sekolah uyin boleh klik sini dan sini.


Di bahagian belakang Stadium Kriket Antarabangsa Galle..

Berdekatan dengan Galle Fort adalah Stadium kriket terbesar di Sri Lanka. Juga mendapat jolokan Stadium Kriket yg tercantik dan unik di dunia disebabkan kedudukannya yg berada di pinggir Lautan India.Kriket adalah sukan kegilaan rakyat Sri Lanka,seperti mana bola sepak di negara kita.Aku sampai ke sudah tak paham cara permainan kriket ni.Alangkan bola sepak pon aku xbape paham,inikan pulak kriket,ye dak.tihihi!

Lain2 gambar di sekitar Galle Fort..


Rilex je menari xpakai kasut..


Tentera2 bergajah Abrahah berkuda



PancaSitara Pancaragam memainkan lagu2 patriotik Sri Lanka


Oh, uyin..gumuk sungguh kamu masa ini.


Makan kt sini, okey lah. Kalau nk murah,boleh mkn kt Indian Hut. Memang kedai muslim. nasi goreng,nasi beriani,ayam tandori. Kalau nak makan western,hotel pun ada banyak kt sini .Tapi tak tentu muslim laa kan..Tp,kalo aku still hidup lg kt Sri Lanka ni, nk mkn kt rumah aku pun boleh...apa lauk aku ada, kita makan sama2 ye.. :)

Aku akan buat entry2 selingan serba sedikit mengenai info2 menarik pasal Sri Lanka.Kemudian kita akan jelajah ke bahagian tengah Sri Lanka pulak rite..

notabulukaki~ tanyalah apa nk tnya pun...kalau aku boleh jawab,aku jawab key..

15 comments:

Liyana said...

nak honeymoon kt sri lanka bole kot ye kak? tpt tinggal free makan free..destinasi bajet la kate kan..hehehehe

tibe2 teringat cite kiranya ku tahu, yg rosyam nor + betty banafe berlakon. buat dekat sri lanka ler klu x slp..

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~boley..boley...kalo kamu sudi..stadium galle akak tadahkan..kekeke!

haa..betul2..cerita tu mmg kt Sri Lanka.kt ladang teh di Kandy..nnti akak bawa jelajah kt situ..best!

Anonymous said...

best lah ada bangunan lama camtu.beratus2 tahun.err..hantu xde ke?

Liyana said...

hehehe...best la akk ni..hihi

|| NaFiRaa || said...

waaahhhh... sgt pelik bila rumah x leh renovate.. pastu ade org tolong cat plak tuh... rumah kat situ semua rumah sewa ke???

cuaca kat sana cam ner??? sama cam malaysia x???

uyin sgt tembam masa kecik.. geram tgk!!!!sampai ibu dia cam x larat jek nak dokong.. muehehehe

Siti Noor Aminah said...

serius rasa nak pegi sana. yelah, ada orang tu nak sponsor tempat tinggal dengan makan2.

hehe.

tapi kan, malaysia ni pun tak habih jelajah lagi, ini kan pulak nak ke obesi.

tapi memang sangat mencabar kan duduk kat luar. ;p

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~ ade je hantu..hantu tsunami pon banyak...meh la berkenalan dgn hantu2 kt sini..haha!

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~ haha..!datanglaa.. :D

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ tu rumah dorang.mmg keturunan dorang turun temurun duduk situ..tp tak boleh renovate.sbb galle fort consider sbg tanah belanda.org2 dutch yg tinggal kt galle fort tidak dikenakan cukai dan VAT pun.

cuaca cam kt msia je..kejap panas kejap ujan.tp monsun tropika.bila smpai musim hujan(monsun barat daya) mmg ribut2 jugak laa kt sini..

uyin mmg laa bam bam..nk terlentang kalo dukung dia time tu.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

Gadis comel~haha..sila...sila...alah,akak pon peta kedah pon tak tau gak.tak abis jelajah pon lagi.gua kelam pun tak pernah masuk.hahahaha!lagi laa hampes.

mmm..hidup kt luar mmg sgt2 mencabar.tu pasal tinggal akak sorang je pompuan kt sini.yg lain sumer dah lari balik.kkekeke!

Siti Noor Aminah said...

haha.. sapa org gurun ni? akak or asben?


ada masa email sy kt sini ye.. boleh sembang2 kalau sy tak buka blog.


sitinaminah@esquel.com

aNiS tHe BumbleBee said...

gadiscomel~asben..akak oreng berlin..ahahaha! tp buta skit pasal negeri kedah.mmg sejak azali bengap geografi kut.kekekee!

.. said...

ala ruginya, tak kenal/tahu blog ni masa jln2 ke Galle dulu ... kalau tak, sure membeli belah batu permata kat sana .. ni asyik beli kat Colombo je .. :D

Anonymous said...

Salam,boleh saya dptkan emel awak?saya dapati blog awak sangat menarik kebetulan plan nak pergi sri lanka minggu hadapan utk habiskan masa weekend saja mungkin 3D2N boleh dptkan tips2 dan tempat menarik.thanks

Bat girl said...

Boleh dpatkan email?byk nk tny psl sri lanka.lgi 3 hari nk pergi sana.email sy ellyn2012@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...