Tuesday, July 27, 2010

PeNgaLaMaN MemBiDaNkan KaMbinG...


Selain bela kucing,kt rumah aku ada ayam, angsa, ayam piru, dan jugak kambing.Keadaan rumah aku lebih kurang cam cita katun Shaun the sheep la lebih kurang...meriah dgn binatang2 aje lah...ktorg empat beradik pun kadang2 bertukar jadi monyet jugak..dan...tak mustahillah mak ayah aku pun akan bertukar jadi pasangan tarzan dgn Jane,bila kitorang dah jadi monyet jadian..huhu!

Kisah ini berlaku ketika aku berumur 9tahun....memandangkan aku skolah petang, so, skit punya heaven boley bangun kol 10pagi...huaaaargghhh! aku menguap...Aku dengar bunyi kambing mengembek2 dari semalam lagi sebenarnya...Dah tentu2 lah aku dengar pasal bilik aku sebelah je(tapi kt tingkat atas) dengan ZOO ladang ternakan ayah aku.

Aku pun cuba2 beranikan diri menjenguk kepala kt kandang kambing..Oh! Ibu kambing tu nak beranak laaa weeyy! Isk, camno nih?? aku mana de pengalaman.Jadi bidan kucing tau la!

Aku pun cuba menenangkan ibu kambing tersebut sambil menyanyikan lagu Senyuman Manismu-Elite. Tapi kambing tu nampaknya langsung tak terhibur dengan nyanyian aku.Maybe dia tengah sakit, dan tempo lagu tu tak kena dgn keadaan dia.Aku mencari2 ayah aku...Xde pulak! Aku tepok dahi. Ayah aku pegi KL laa haritu..Mak aku lak keje.Aku je terkial2 kt umah ni sensorang.Camno nih???

Aku pon bagilah semangat kt ibu kambing tu sambil berkata, PUSH! PUSH! 3-4 kali...Akhirnyaaaaaa....lahirlah seekor anak kambing yg comel sambil mengembik2...tapi..ada masalah lain pulak timbul..

Lepas anak kambing tu keluar, dia badan dia terjelepuk kt atas lantai kandang tu.Malangnya, lantai kandang tu ada lubang pulak dah...dah badan dia jatuh dalam lubang tu, tapi kepala dia tersangkut.Yang itik angsa aku tengah sodok2 badan anak kambing tu. Aku menggelabah. Aku dah la takut itik angsa tu sudukan aku pulak.haishhh!!!

Aku pegi cari parang.Eh,tak tak! bukan aku nk sembelih kepala anak kambing tuuu..aku nak kopek lantai kandang tu laa..kopek punya kopek, berjaya jugak aku tarik kepala anak kambing tu ke atas.(skali dgn badan laa) Phewww!!! Tiba2 aku rasa hebat semacam...Budak pompuan darjah 3 ni dah berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak kambing.Yiiihaaa!!

Rindu pulak nk lepak2 dgn binatang2 tu suma..Uyin maybe susah skit laa nk merasa mcm aku dulu2..Tapi walaubagaimana pun. aku nampak dia mewarisi gak darah aku yg cintakan alam fauna ni..dia tak takut pun dgn binatang.Rilex je aku tengok.


Nah, jemput lah makan kambing..jangan malu2 key...


Lihatlah betapa harmoninya...kambing,manusia dan kucing bersahabat..kekeke!


Eleh, Speckybee tu.Takat tunjuk2 je laa..Nak pegang mmg tak mungkin...takut sgt kambing tu gigit jari mulus dia.ces!


Aku syak dia dah boring nk jadi engineer laa.....dia nak bela kambing pulak kot.Muakakaa!

notabulukaki~rindu kampung halaman...tambah2 nk sambut puasa ni...sobs!

13 comments:

Rahsia Biasiswa said...

salam, just nak berkongsi maklumat. Saya ada keluarkan ebook tentang rahsia lebih 40 biasiswa di Malaysia. Amat berguna untuk pelajar, walaupun dah dapat ptptn, tetapi lebih baik apply biasiswa kerana ptptn perlu bayar balik, banyak pulak tu. Kalau ada saudara-mara yang ingin sambung belajar, tapi takde duit, amat sesuai baca buku ini. Kita biasanya hanya menunggu biasiswa mara atau jpa, tapi sebenarnya terdapat lebih 40 lagi biasiswa yang tidak diketahui. Beritahu kawan-kawan yang lain ye. Lawati blog rahsiabiasiswa.blogspot.com

ainiayu said...

hep...mana sama ngan shaun the sheep tu....derang kan berjiran ngan 'menatang' tu...kekekeke....

comei lak uyin lepak ngan kucin & kamben tu....harmoni sungguh....fuad takut kamben ke?...HAHAHAHAHAHA...

aNiS tHe BumbleBee said...

rahsiabiasiswa~ terima kasih...nnti saya lawat key..

aNiS tHe BumbleBee said...

kak ainiayu~kekeke..'menatang' tu?oo..ada...dulu kt sebelah umah anis ada kebun getah...mmg ber'babique' je selalu.kekekek!

haha..harmoni kan..cek puad rajin mandi..dia xsuka kawan dgn kambing..tp dia xtau bini dia sndiri sebijik mcm kambing..malas nk mandi.muheheheh!

Mario said...

jinak nya kambing tu...rasa sayang pulak nak sembelih...hehe

Kancilbiru said...

muahaha...takpa, nanti balik Malaysia buleh buka ladang kambing...buat family bisnes..comel jer anak hang main ngan kambing...:)

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~ermm..memang jinak..selalunya ktorg tak sembelih,jualkan je.

aNiS tHe BumbleBee said...

kancilbiru~hahahha!jaga adelah kot 2hari,pestu xkuasa dah.tihi..dia mmg suka laa dgn minatang2 nih.

aleen adela akoo ^_* said...

ayam piru 2 camane ek?huu

GADIS COMEL said...

haha.itik angsa pa benda, itik ang ja.;p

mana tumpahnya kuah gulai kalo tak ke pinggan jua.dah mak dia pn camtu, uyin pun mesti terikut2.

nak posa dah, seronok dengaq org main mercun sana sini. hihi.

aNiS tHe BumbleBee said...

aleen~ hihi..ayam piru tu dlm bahse omputeh,turkey..alaa,yg boleh kembang2 ekor cam merak gak tu..

aNiS tHe BumbleBee said...

gadis comel~ oo..salah ka?itik ang saja no..hihihi!

keke!tp uyin cara2 dia syg binatang ganas sket.ala2 WWF.

wah,da start main mercun ka?tak kena tangkap ka?

|| NaFiRaa || said...

wahhhh.. sonoknye.. itu gambar kat sri langka ke tuh??? ke gambar kat kampung??? skrg nih kat shah alam mmg x dapat dah nak merasa suasana macam tu.. kalo balik kampung boleh nampak lagi la.. rindu kampung jugak!!

dah x lama dah nak puasa kita kan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...