Friday, July 16, 2010

Sri LaNKa: Apa PaTuT AnDa TaHu?

Serba sedikit maklumat am yang korang mungkin nak tahu:

1. Democratic Socialist of Sri Lanka sebelumnya dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972.
2.Beriklim Monsun Tropika.Tp bila datang monsun barat daya,hujan memanjang.
3. Etnik: Majoritinya terdiri dari bangsa Sinhalese, Sri lanka Moor,Melayu Sri Lanka,Indian Tamil dan Sri Lankan Tamil.


Sri Lanka moors from wikipedia

Sri Lanka moor adalah hasil perkahwinan campuran antara penduduk tempatan dan pedagang2 yg datang dari luar terutamanya dari Arab.


Cam zaman P Ramlee kan? aku ambil gambar ni time Sport mix day skolah uyin.

Melayu SriLanka: Org2 dari tanah melayu telah dtg berdagang dan hidup di sini.

Aku pernah terserempak dgn seorang budak lelaki kt bandar Galle ni.Terlompat2 kt luar kedai panggil aku.Dia tanya aku org melayu ke? (in english), dan aku jawab ya.Then dia ckp melayu dgn aku!Walaupun bahasa melayu dia terbalik2,tp dia sgt teruja berbahasa melayu.Dia berketurunan melayu dan ibu bapanya masih menggunakan bahasa melayu sbg medium komunikasi di rumah.Yg menariknya, dia ckp,kt kampung dia,mmg sekampung tu org melayu.Main sepak raga,menari tarian melayu,makan cara melayu.Aku mcm nk pegi kampung dia buat liputan.tihihi..Nantilah aku cari balik no phone dia.Ada rezeki, bolehlah aku interview dia.hehe!

4.Agama: Majoriti Buddhist, Islam dan selebihnya adalah Kristian dan Hindu.
Ramai org ingat Sri Lanka ni mcm negara India.Agama Hindu sbg majoriti.Salah ye tuan2 dan puan2.Sini Bhudha.Mcm kt Thailand tu...Yg aku bestnya,dorang kebanyakannya adalah vegetarian.So,kegiatan penyembelihan binatang adalah dilakukan oleh org Muslim.Jadi syukurlah,tak susah aku nk dpt makanan halal dan xde pork2 nih.Tp,kalau kt Colombo,mmg kena berhati2.Sbb ramai foreigner yg dtg bukak restoren.Jadi pork2 konfem ada.Jd,sebab tu aku rela mkn beriani pakistan setiap kali aku pegi Colombo.Restoren lain,minta maaflah.Tak suka!

5. Bahasa: 3 bahasa utama yg digunakan di Sri Lanka adalah: Bahasa Singhale,Tamil dan English.
Xde bahasa hindustan ye tuan2 dan puan2.Ramai org ingat aku boleh ckp hindustan.Kalo betul laa...dah konfem aku feeling2 Aiswarya Rai ke, Rani Murkherji ke.wahaha! Tapi kan....byk juga perkataan2 Singhale sama dengan bahasa Melayu. Nnti aku list kan untuk entry berikutnya,wokey?


nah,duit berkepuk.padahal bape hinggit jee laa sebenarnye.hehehe!

6.Matawang: Menggunakan Sri Lanka Rupee..RM1 bersamaan dengan (lebih kurang) SLR30.Kalo nk merasa duit berkepal2, nk jadi jutawan kejap, bolehlah dtg sini.Sini Topup SLR50 pun ade.Singgit lebih je,dah ley topup handphone.wekekeke!Tp kalo nk melancong sini,xyah la tukar ke rupee dari Malaysia.Tukar ke Euro atau Dollar.Senang skit.Takat nk soping2 kt colombo,euro dgn dollar mmg diterima.Lagi senang bawak credit card.abis cerita.

hum,apalagi korang nk tau??Nnti tnya aku kt ruang komen key.Ada org tanya aku,KFC,McD,Pizza Hut ada tak kt sana?? Ada cheq...ada...jangan risau...tp kt Colombo laaa...kt Galle ni ada fast food restauran gak..tp HP laa.Hot Pack.Nak tau Hot Pack tu apa?? Nah,tgk sini.

nah, awek Sri Lanka...habuan cuci2 mata....:P


18 comments:

|| NaFiRaa || said...

awek jek??? pak we ensem x dak ka??? muahahaha

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ bahye..pakwe kt sini sume hensem2..nnti ramai pulak org malaysia tergoda.gambo awek je boley reveal.hahahaa!

Liyana said...

hensem mcm arjun rampal ade? hehe

sitinaminah02 said...

kalo rupa itu awek sri lanka, maknanya kak anis ler perempuan ter cun kt situ. wah3x. kagum nih.



.

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~ alaa..arjun akak punye..ko ambik rajni khan laaa.eh?eh?hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

gadis comel~hahaha! tulah motip akak letak gamba tu.wahahaha!

Liyana said...

ayoyo.. itu padayapa ka?hahaha

Che Mid said...

Sori nak tanya, berapa jauh galle dari colombo?

soffya cik bulan said...

apa beza sri lnka dgn pakistan eh sbb td bru gi pos brg utk kwn di pakistan
he

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~ ammmmmmaaaah! hahahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

che mid~ gud Q.Distance lebih kurang 116km camtulah.tp ktorg jarang guna kilometer sbb keadaan trafik yg slow kt sini.Selalu guna berapa jam since speed limit adalah 60km/hrs.

aNiS tHe BumbleBee said...

soffya cik bulan~ hihihi..byk bezanya...first,kedua2nya adalah negara lain2,dah tentu presidennya pun lain2,dan sistem pemerintahan juga adalah berbeza.2nd,pakistan adalah negara Islam manakala Sri Lanka majoritinya adalah Buddhist.3rd,Pakistan punye pakwe lagi hensem dari Sri lanka.wahaha!

Persamaan:2-2 negara gila cricket!

Kancilbiru said...

kat sana lawa dah tara tu....:P

aNiS tHe BumbleBee said...

kancilbiru~hehe...ni awek belah hujung2 kampung.nnti anis bwk pegi Colombo,cikaro sume tip top!

aS_c0mei said...

tu diaaaaa...bila dok baca entry pasal sri lanka,dah rasa dok sri lanka sama.hahhahahhaha....

nnt bila saya dah dok qatar ni bertahun2,bleh la buat enry pasal qatar.hahaha...tp,qatar ni kecik cenonet je.takde byk tmpt menarik plak tu.sebaik ada shopping mall....kakakkakaka...

aNiS tHe BumbleBee said...

as_comei~hihi..haa,best2.buatlah..teringin nk tau pasal qatar lak..mana tau kut2 rezeki kt sana nnti ke pulak.wiwit!

Anonymous said...

bagus anis...blh jadik duta malaysia ke galle....ngeheee....

bler dah blk nih rasa2 jugak kdg2 hujan emas kat negara org tuh berharga....kekekek

aNiS tHe BumbleBee said...

vivavogue~hahaha! emas tetap emas..tetap berharga.walopon hidup perit2 kt sini,terpaksalah harung jugak.tihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...