Tuesday, July 20, 2010

NuRuL GerSaNG

Pagi2 tadi Speckybee cam biasa, bukak paper online sebelum masuk office. Tiba2 dia panggil aku sambil ketawa2.Nah, cer baca ni. Aku pon baca laaa..eei, tengok tajuk pon dah geli.

KEPALA BATAS: Seorang gadis yang menamakan dirinya ‘Nurul Gersang’, dikesan menggunakan Facebook bagi menawarkan diri untuk menjadi teman tidur sebagai helah untuk menjerat mangsa.

Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa.Apabila ada individu menghubunginya, dia akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat bertemu.Bagaimanapun, gadis berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan tiba, walaupun wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya
Seorang peniaga yang cubamenjerat’ gadis itu, Azahar Omar, 32, mendakwa dia melihat maklumat peribadi gadis itu dalam Facebook pada 10 Julai lalu yang menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.
“Saya menghubungi gadis berkenaan pada 16 Julai lalu dan dia menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 ke dalam akaun bank ,” katanya di sini, semalam.
Azhar berkata, keesokannya, gadis berkenaan menghubunginya tetapi meminta dimasukkan RM100 ke akaun bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Berikutan itu, lelaki terbabit pergi ke Bandar Perda tetapi gadis berkenaan memaklumkan perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya.
Bagaimanapun, gadis terbabit tetap tidak muncul selepas dia memasukkan lagi wang.
“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar,” katanya.
selepas kehabisan RM450 untuk memerangkapnya," katanya.

Difahamkan, beberapa lelaki yang teruja dengan tawaran gadis terbabit menjadi 'mangsa' dan kerugian beratus ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.
Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata taktik gadis berkenaan ialah satu bentuk penipuan bagi menjalankan kegiatan pelacuran menggunakan laman sosial.
Keh! keh! Dia nk jerat Nurul tu konon. Ko da terjerat, purak2 nk pegi jerat org plak. Awal2 ko pegi report polis kan ke senang. Tu laa, lain kali jgn nak gatal2. Tu xde niat lain,nk buat maksiat la tu. Kalo dah kawen, hukumnya kena rejam sampai mati tau????

Aa, tu mesti ramai yg pegi search kt FB carik Nurul Gersang tu..waahahahaa!

notabulukaki~ Semoga Allah melindungi anak2 lelaki dan perempuan kita dari lembah kehinaan...

*aku tengah prepare siri Jelajah Sri Lanka ke bhgn tengah.Rilex key.

6 comments:

Liyana said...

wakaka.. sat g nak search kt fb la.. haha

aNiS tHe BumbleBee said...

hahahaa! jumpe ke?kem salam kt die eh..kekekeke!

Siti Noor Aminah said...

1) nurul gersang tu nak sepak dgn gadis comel, kasi buruk nama a.setaq saja! sgt geram.

2) cara cepat utk cari duit!

3) yg laki tu pun bengong.haha.




amin.

ainiayu said...

padan muke mamat tu...nk jerat konon....dh terkena ngaku le nk tlg jerat...cuba tk kena...hahahaa...

aNiS tHe BumbleBee said...

gadis comel~ kan?buat malu jelitawan2 kedah jaa..cih sungguh!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak aini~ tulaaa..eleh,kalo tak kena jerat tu, dia kena AIDS pulak.lagi padan muka.koh koh koh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...