Friday, January 29, 2010

Tips: MeNu CaDaNgaN uTk Ibu MeNgaNduNG

Hehe...Sori ye Puan Esah..aku bz skit nk update blog.Okey..entry kali ni adalah request dari kawan2 dan kali ini aku nk cadangkan menu2 yg berkhasiat tp sgt simple utk ibu2 mengandung yang xberapa ada selera utk melahap makan ye..

Menu Pagi:
1.Korang boleh cuba roti bakar yg dicelup dgn telur. Mula2 sapukan roti dengan mentega, celupkan telur.boleh juga ditambah dengan sapuan keju utk menambah keenakkan. then, bakar roti tu...

**resipi ni sesuai utk ibu2 yg xlalu langsung nk makan telur.Tp,demi mendapatkan khasiat telur,boleh cuba cara ni ye.

2.Korang boleh juga mkn roti bakar dengan telur separuh masak.menu ni bukan saja memberi khasiat malah menambah tenaga sementara menunggu waktu mkn tengah hari di pejabat.


roti bakar yg romantik..suruh le hubby korang ukir2 skit kt roti tu..mesti selera makan bertambah..heeee.


telur separuh masak sgt bagus utk ibu mengandung tau..

Menu Tengahari
Okey aku cadangkan mee suah adalah yg terbaik. Pernah tgk mee suah? atau nama lainnya mee soya??Macam ni lah rupanya....


okey, kita close up lagi rupa beliau....


aa..mcm nilah rupanya...mee ni bukan mcm mee yg biasa2 tu.mee ni diperbuat dari soya...ada byk jenis mee suah yg aku jumpa, ada yg dibuat dari carrot (warnanya mcm carrot), dibuat dari ubi, dan lain2 lagi. Aku pilih soya kerana ianya sumber protein, dan juga dpt mencantikkan kulit baby..heee..
cara masak mee suah:
1. didihkan air dalam periuk
2.campak mee suah
3.tambahkan garam (xyah byk2..jaga kesihatan diri dan poket)
4.campak telur
5.campak sayur2an (sawi,pak choy,tomato atau apa2 sayur kegemaran korang)
**kalo suka kicap,boley jugak tambah skit kicap manis.jangan byk2..

dah siap!!gila senang kan,mcm masak megi sajork..cuma yg ni lebih berkhasiat.

2. korang boleh juga cuba mkn spageti bersama sup tomato.boleh tambah daging cincang atau meat ball. caranya:

1. Kisar tomato atau boleh juga tambahkan tomato puree.
2.Tambahkan air, biarkan didih seketika
3.tambah garam dan sedikit perasa (kiub ayam)
4.masukkan daging cincang atau meat/chicken ball.
5.boleh juga tambahkan cendawan kering shitake utk keenakkan maksimum

Menu malam
Utk malam, sebaik baiknya, makan yg ringan, tidak berminyak tapi berkhasiat.Bihun sup,kuetiaw atau roti bakar juga sudah memadai. Kerana malam selalunya perasaan mual dan tidak selesa akan datang.Ini membuatkan korang xdapat tidur lena dan keletihan pada keesokkan pagi.

Amalkan makan kurma dan juga kismis sebagai snek utk tambahan tenaga.Biskut hi calcium, buah buahan dan salad sayur sayuran juga bagus di waktu2 senggang sebelum waktu makan.

itulah serba sedikit menu cadangan yg ada dlm fikiran aku. Mungkin korang boleh pelbagaikan lagi makanan2 mengikut kreativiti dan tekak korang.. jangan risau, keadaan tidak selera makan ini mungkin akan berakhir bila kandungan telah mencapai trimester kedua. Banyakkan berdoa pada Allah dan selalulah berbual2 dengan bayi di dalam kandungan anda. Katakan pada baby, bahawa anda tidak sabar2 menunggu dia lahir ke dunia dan mohon supaya baby kuat berada di dalam rahim anda sehingga saat kelahiran tiba.. best of luck!

Dedikasi kepada semua sahabat2ku sedang mengharungi trimester pertama kehamilan saat ini..
Esah, As, Mawar, Lia, dan semuanya....aku doakan korang..

###skema kah ayat aku diatas??keh!keh!keh! gile tgh mengantuk nih..nk tido dah...bobbbooyeee!

7 comments:

alexia said...

Very good info..wil try..thanks..!

Anonymous said...

tgk tajuk agak terperanjat jugak...ingatkan tuju utk diri sendiri....hihihih..

thanx 4 sharing...

aNiS tHe BumbleBee said...

alexia~ thanks.. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yanie~ kih..kih..diri sndiri belum lagi..on the way..xpe..bg laluan kt member2 dulu... :D

puan punyer said...

ingatkan tuan punya blog sudah berisi

Lady E said...

Uiii..x mkn la Roti yg berukir I Lebiu tu..Syg giler nk mkn!Huhuhu..

safurara said...

ala pagi2 xsempat nk bakar roti =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...