Friday, November 5, 2010

2 KeSaH

Sorilah..aku bz gila semalam. Pegi meeting kt skolah Uyin ha..Annual concert dia.Tahun lepas pun dia buat persembahan. Masa tu baru umo 2 tahun. Keras kejung+ blur. Nk tengok pegi SINI


Semalam pegi meeting, nampaknya ada kemajuan skit dak ni. Cikgu pilih dia jadi ketua pelajar. Kena pegi bagi bunga kt dif kehormat. Hai laaa...seriau pulak aku. Boleh ke dak ni sopan santun pegi bagi bunga kt org tu karang?? Kalo ko buat perangai Uyin, ko balik umah jalan kaki!

Dah tu aku pegi jenguk dia, tengok apa dia buat kt kelas. Haih! Tak habih2! Main dengan kambing. Actually ke belakang sekolah tu ada kambing. Agaknya dia rindu Uwan dia kot, tu pasal dia kawan dengan kambing.


Ni dia tgh introduce bestfriend dia, Sulaiha.Yg budak menyorok tepi dinding tu aku xtau. Uyin ckp nama dia xtau. tah hape.

Standardla lepas ambik dia pegi skolah, singgah supermarket sat.Tenangkan pikiran,buleh? Haha! Aku pegi beli roti. Time tengah bayar harga roti tu, cashier tu kata dia muka aku dalam majalah. Haha! Aku gelak2 je lah. Tak lain xbukan, Majalah Lanka Woman lah tu.

Berlari laa dak cashier tu tunjuk majalah tu kt aku. Aku pon senyum2 je lah. Mesti dia bajet aku artis ke hape kan? Padahal jadi tukang pegang bakul je time lucky draw haritu. Kah! Kah! Kah!

Pestu ada la gambar ramai2 ktorg lepas majlis AGM tu. Alah dik, ko tak tgk muka akak ni dalam internet. Dalam blog, dalam facebook. Kalo tak terus ko lompat2 kan? Hahahahaa!



Ko nampak cashier ni punyala excited.


Uyin pun buat2 la berlakon excited macam tapenah nampak.

Okey la tu kan..pas ni aku kuar umah kena la pakai spek itam besar..tutup2 muka, bajet artis. Kah! Kah! Kah!

Tu kisah no 1. Kisah no 2 plak, time aku beratur nk bayar barang2 aku beli tadi. Pestu aku skali nak bayar bil tv dialong(cam astro tu) dengan top up skit phone aku. [baca:kt sini sempoi, boley topup,bayar bil tv,bil letrik,bil air,sume kt supermarket.kelas kan?]

Adala sekor beruk jantan ni beratur belakang aku. Bila dah bayar hrga barang, aku pon nak topup handphone. Cashier tu akan taip la no phone aku kt screen tu, aku kena check, pestu angguk2 la bg tau no tu betul. Then baru dia masukkan credit. Yg beruk belakang aku ni, dia cepat2 kuarkan phone. Aku macam agak, dia ni apa hal?? Pestu buat2 call beruk mana entah.


Bila aku balik umah, beruk jantan tu call. Mula2 aku cakap elok2 je, pestu dah dia sebut dia nampak aku kt Keels apa suma, terus aku maki hamun dah xde english2 dah, kuar segala bahasa melayu,cina, siam semua. HAMBEKK!!

Pasal apa aku hangin sangat? Pasal aku pernah kena dah. Jantan kt sini saiko gila.Dapat je no talipon, dia xkira pagi petang siang malam, talipon tak berenti2. Sampai aku dah fobia nk angkat talipon yg kuar no. local. Last2, haritu, cikgu Uyin call aku dalam kul 7 pagi, kena sergah dengan aku. Bila tau tu cikgu Uyin, terkulat2 laa aku malu. Babiikkkk!!

Aku xtau laaa...miang nak mamposss laaaa jantan kt sini. Ko xnampak ke aku dengan heret anak bagai??? Kalau ye pon la kan...


BERSUNAT LAAAA DULU HOIIIIIIIIII!!!!!!!

34 comments:

Lina Rahim said...

Anis ni dah macam Michelle Yeoh. Persamaanya: wanita Malaysia mencipta nama di luar negara..hehhehe..sama la tu kan? siap masuk majalah tu..selebriti tuuuu...

Atiqah said...

akak cun sgt...lain dr wanita local dorg..hahaha

Unknown said...

i kawan dgn selebriti uuuu.. hihihihi

best kan bayar bill kat supermarket.. bila la mesia nak buat.. kat sini 7 eleven semua leh bayar.. senang..

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~har!har!har!cipta nama kebendenye laa..aku tukang pegang bakul je pun kt tepi tu ha..keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

tiqah~haha!ni puji2 ni,nk mintak duit raya deepavali kah?kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

mas~hahaha!cet!selebriti selebet ada laa..

kan?senang kan?boley buat2 alasan nk bayar bil,pestu boleh soping skali.kih3x!

MrsYusofhussain said...

part soh sunat tu yg aku tak tahan tu...wakakaka....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

vah-vah-vah...

gemer dah ko eh..

apa yg ko suh dia buat tu dia buat kang. lepas tu ..haa camne?

aNiS tHe BumbleBee said...

Lia~mamat tu kasi gua bengkekk je tgh2 hari buta smlm.

aNiS tHe BumbleBee said...

azrina~haha!pestu aku pas kt laki aku kasi tarbiah sket.wawawa!

Anonymous said...

ish..ingt kt msia je ade bangla miang..

kt sri langka pon memiang jgak..
eeeee....

sahromnasrudin said...

salam anis..aku setuju dgn komen2 kat atas tue..sebab ko paling putih kat cane..tue yg ramai cayaq tgk ko...
agak2 klu aku pi cane, ada tak aku popular cam david bekam??? hahahah

aNiS tHe BumbleBee said...

bubblephoto~alaaa..dah nama lelaki kan..kt mana2 pun ada yg miang..wahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

sahrom~hahahaha!bekam laki aku da chup dulu.ko ambik bruce willis laa,bley?kih3x!

mario said...

hebat ko...muka masuk majalah...ekeke

|| NaFiRaa || said...

muahahahahaha

suruh bersunat yang tak tahan tu.. abeh bersimpul urut perut ai nih~ muahahahha..

free2 jek kan kena maki dalam pelbagai bahasa..muehehehe

Kancilbiru said...

weh kalau hang jadi artis kat sana mesti glamer gila...

ceh ceh balik malaysia nak mintak utograf la...hihihi

The Sharkox said...

Bersunat la dulu oi..haha..nice

ab@h_Izz said...

Ada jugak cam tu noh..bukanka minah2 sana ala2 hindustan paa...

Mai aku tolong sunatkan depa tu..nak berapa kali pun boleh...hi..hii2

Nur said...

Anis,
suruh husband angkat tipon. Kalau time husband pi kerja, suruh makcik cuci ke, Uyin ke, jawap tipon. :D

eRiNsZ said...

xcited tull cashier tu....
abes la ko lpas ni sure d kejar paparazi lakk keh keh keh

Mario said...

glemer betul ko kat sana ek...ekeke

Amri Abd Rani said...

Garang juga ya Gadis Melayu...
baru diaorg tau....

sitinaminah02 said...

tu lah, len kali kuar pakai la purdah.. haha.. babik je kan mereka2 ini..

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~alah..majalah tak best pun...

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~kan?gewam sungguh dgn org pangai camtuh.haih!

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~hahaha!meh nak sign tgh belakang hg.kikikkki!

aNiS tHe BumbleBee said...

The Sharkox~nice ko cakap?tu ayat ngeri laaaa woi..hahahahaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

abah izz~ikut gak laa..belah2 colombo tu lawa la skit.belah2 laut ni,rentung2 ja majoritinya.

ish,xgeli ka nk sunat depa?hahahahaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yati~hihihi!kalo hubby yg angkat tipon tu,habihlaaa org tu..kena bakar atas zink la kot.kuang3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

erinsz~abis laa aku takut nk masuk terowong nnti paparazzi kejar cam puteri diana.kah3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~hahaha!satgi kak pakai purdah,hg xkenai plak...

Fnd Rocka said...

Aku dah sunat woi

aS_c0mei said...

ahhaahhaah.xleh blah la anis...rasa nak gelak guling2 ni.saiko jugak mamat sri lanka ni ekkkk.muahahhahaa...

bongek kan diorg ni.haritu kat sini pon sama,tp org middle east la.dia call brape kali tah.last2 maki dia.tak jalannnn....kebetulan hasben ada kat umah,suruh hasben ckp...lps tu baru la dia tak call dah.gilo la diorg niiiiiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...