Sunday, January 24, 2010

TiPs HadaPi aLaHaN SeMaSa MeNganDuNG

" Tahniah Puan. Puan disahkan mengandung 2minggu"

Oh, jangan salah faham...tu ayat doktor utk aku pada suatu pagi 3 tahun yg lepas masa aku pegi klinik nk ambik M.C.

Dan muka aku time tu.........mmg blur...serius xde perasaan.Smpai doktor tanya tarikh kahwin sume, aku boley xingat. hokoloh!! Padahal aku pening kepala je.Aku ingat sebab aku makan kerang bakar kt Seksyen 16 banyak sgt mlm sblm tu.Rupanya dah ada baby dalam perut aku. Dan...bermulalah hidup sebagai seorang ibu mengandung....hehe...

Trimester pertama, aku boleh simpulkan yang time tu saat2 paling terrible sekali. Tinggal kt apartment tingkat 10,sorang2, jauh dari suami dan terpaksa drive ke sana kemari atas tuntutan keja ditambah pula dengan mabuk mengandung yg sangat teruk.

Waktu itu, aku mengaku,tahap pengetahuan aku bab2 pregnancy mmg zero sebab aku mmg xbersedia langsung nk jadi seorang mak.baru sgt aku bersanding atas pelamin,dan mmg tengah planning2 nk pegi honeymoon kt genting.Jadi aku faham sgt lah dgn korang2 yg masih blur2 lagi mengenai prgnancy.Memandangkan tahun 2010 menyaksikan sgt ramai kwn2 aku yg bakal menjadi ibu, dan byk soklan2 aku aku terima di YM, jadi aku kongsikanlah serba sikit pengalaman aku mengenainya ya.

Okey, first of all, aku nk korang tau, yg setiap ibu mengandung berbeza.Ada yg alah, ada yang berselera makan,ada yg suka makan benda2 tertentu.Jadi,semua tak sama.Cuma secara amnya,aku boleh katakan,kebanyakan ibu mengandung akan mengalami perasaan tidak selesa sepanjang tempoh mengandung. Alahan,pening kepala dan sume2 benda yg xbape best.Aku salah seorang yg mengalami alahan teruk semasa mengandung hinggalah ke 9 bulan.Jadi sepanjang tempoh 9 bulan adalah tempoh aku belajar cara utk menselesakan diri sendiri dgn keadaan itu.

1. MaBuK
Mabuk semasa mengandung bolehlah dikatakan gabungan kepada rasa2 pening,meloya, tidak bertenaga,alah terhadap bau tertentu dan rasa 'i-need-to-puke-now!!' berlegar2 dalam fikiran. Mabuk semasa mengandung tidak semestinya pada awal pagi walaupun dalam english dikenal sebagai morning sickness. Aku selalu mabuk tak kira masa.Kadang2 pagi,kadang2 tengah malam,kadang2 tengahari. Tapi yg paling aku heran, aku mmg akan mabuk bila smpai kt trafic light nk pegi ke Mydin USJ. Misteri betul.Selalunya, member aku si Fird yg akan drive laju2 bila smpai kt trafic light tu.Takut aku muntah dlm keta.huekeke! Thanks Fird,jasamu ku kenang.haha!

Cadangan aku:
okey, bagi mengelakkan mabuk2 ni, aku selalunya akan hidu limau nipis atau daunnya.Pastikan ada gula2 dalam tas tangan atau biskut hi calcium.Minyak2 berangin juga bagus utk menghilangkan mabuk.Sapukan pada hidung dan kepala dengan kuantiti yg sedikit saja.cuma ambil bau2 je.Jangan fikirkan perkara yg buat anda mabuk,Cuba fokus kepada perkara menyelesakan fikiran anda.


2. AnGiN
Angin menyebabkan kita rasa meloya dan pening kepala.Ikut pengalaman aku, faktor utama angin dalam badan adalah disebabkan perut kosong dan keadaan sekeliling yg sejuk. Masa aku mengandung dulu, penyakit angin ni lah yg paling kuat menyerang.

Cadangan aku:
Pastikan makan ikut waktu. Sediakan biskut dalam tas tangan, dalam dashboard kereta,dalam laci opis. Sediakan juga minyak panas seperti minyak kayu putih,minyak cap kapak,minyak yu yi atau pun minyak susu kambing di tempat2 yg disebutkan tadi. Bukan apa, kalau keadaan sejuk, sapukan pada tapak kaki dan betis utk memberi keselesaan.pakai stokin supaya lebih selesa.Tp dah selesa2 tu, jangan kau tidur pulak dalam opis!

3. HilaNg Selera MaKaN
Ni adalah salah satu punca yg boleh mencetuskan penyakit angin dalam badan.Bila tak selera makan,perut jadi kosong dan terkumpul lah angin2 yg membuatkan korang ber'hangen' je 1 hari. Please, jangan ikut hati.Aku faham korang xselera langsung nk makan.Tp fikirkan tentang baby yg kelaparan tu. Dulu aku sgt2 xboleh makan nasi.Jangan kata makan, tengok dan bau pon aku tak boleh.Memang betul2 bencikan nasi time tu. Bila ada org makan nasi depan aku dgn penuh seleranya, aku rasa nk hempuk2 je pinggan nasi dia kt org tu.Tihi.. Jadi, cari alternatif lain.

Cadangan aku:
Makan apa yg kau org teringin nk makan.Jangan tangguh2. Sebab kalau dah lepas time teringin tu, mood nk makan tu dah xde. Dulu aku suka makan sup sayur panas2,nk carb, letak bihun ke kuetiaw ke, then letak telur utk protien. Pagi2, aku teringin makan roti canai kuah kasi banjir. Mungkin tu lah petanda aku kena bersalin kt Sri Lanka.huekeke! Cuba makan limau utk menaikkan selera makan.Limau dapat mencantikkan kulit bayi. Jangan pula xselera makan,korang pegi mkn asam boi pulak.Xde khasiat utk baby. Ingat! apa yg anda makan, dikongsi oleh bayi.Jadi mesti korang nak yg the best utk baby kan?

4. I DoNt DriNk MiLk!
Yeaaa!! aku pun sama..aku sgt benci susu..Baunya sgt meloyakan! Tahniah pada ibu2 yg mmg minum susu sebelum ni. Jadi korang xpayah susah2 fikir alternatif utk gantikan susu.Bagi yg menjadi fan 'saya benci fasha sandha susu' mcm aku, kenalah perah fikiran mcmana nk dapatkan khasiat susu tanpa minum susu.

Cadangan aku:
Selalunya, kalau xboleh minum susu, dinasihatkan minum air soya. Yes, I like!! Tapi malangnya, bila berada di Sri Lanka ni, to be more precise, Galle yg 'bagus' ni, tiada air soya ye tuan2 dan puan2.. So, mcmana aku nk dapatkan kalsium??Sedangkan kalsium cukup penting utk pembentukan tulang baby. Okey, sebenarnya ada byk cara nk dapatkan kalsium. Kalsium bukan saja terdapat dalam sumber tenusu. Meh aku bg idea camna nk mkn kalsium.Makan roti dengan mentega dan juga keju. Buat bubur nasi, tambahkan ikan bilis. Ikan bilis juga pembekal kalsium yang baik. Selain tu, makan tauhu, sayur bayam dan badam juga. Tapi pastikan jangan terlebih pengambilan kalsium kerana boleh menyebabkan karang pada ginjal.
5. PeDiH uLu HaTi
Ni adalah 1 gejala yg memang xbape best. Selalunya perkara ini akan berlaku di hujung2 kehamilan. Bila baby dalam womb dah besar, dan menambahkan tekanan dalam pencerut. Sebenarnya, asid2 di dalam perut yg menyebabkan kesakitan.Selalunya, rasa pedih akan menyerang waktu malam hari, menyebabkan aku xboleh tidur.

Cadangan aku:
Pertama sekali, elakkan makan makanan pedas dan berempah2. Benda2 masam pun elakkanlah.Yg boleh minum susu, teruskan.Yg xboleh, minum soya ye.Makanlah jenis2 sup kosong yg ada byk sayur dan tambah telur.Time nak tidur, pastikan kedudukan bantal di kepala lebih tinggi dari dada dan perut.Selalunya aku akan membaca dalam kedudukan tu sampailah tertidur.Banyakkan minum air suam.

6. MenGiDaM
Ada macam2 cerita mengidam aku dengar pasal org mengandung ni. Nk makan bawang mentah, nk mkn getah selipar, nak hidu ekzos lori...Syukur alhamdulillah, aku xdelah nk mengidam pelik2. Cuma waktu mengandung dulu, aku mmg akan kunyah ais batu, mcm kunyah snek. Aku kunyah ais setiap hari sehinggalah kandungan mencapai 9 bulan.Hasilnya, aku terbatuk2 sampailah ke saat nk bersalin.

Cadangan aku:
Aku kurang pengalaman mengenai mengidam ni. Cuma aku nasihatkan, selagi tak membahayakan diri dan kandungan, hantam sajalah. Ada sorang kawan aku, keje dia meratah garam sepanjang proses mengandung. Nasib baik xkena darah tinggi. Cuma efeknya pada baby, kulit baby jadi merah2 mcm enzekma. Jadi, fikirkanlah.

Itulah serba sedikit yg dapat aku kongsikan. Yang baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Jadikanla pengalaman mengandung ni sesuatu yg indah.Sebab xsemua org dapat rasa..Really amaze!! Cuba bayangkan ada sorang manusia lain yg akan kuar dari badan korang..Magic kan?hehe...

Kepada kwn2 aku yg bakal menjadi ibu, tahniah..sebab darjat korang akan diangkat selepas ni...Korang akan jadi seorang mak, yg ada syurga kt tapak kaki...Jagalah amanah Allah itu sebaik2nya ye..

Si bucuk Uyin....
****

23 comments:

Atiqah said...

wow..tips yg sgt berguna..hihi..
tp tiqah lmbt lg..nnt bila nk mengandung tiqah buka blk blog ni bce tips2 ni..

Nurul Izza said...

olololo tomenye uyin ms nih!!

iza pon xleh minum susu, tp lepas dah boleh.pulun minum haghi2 (naik cirit perut aku ms tuh).(read: haghi2 dan setiap msa, ganti air masak).keluar2 di Iman tuh, hah..dadanya bidang taw..

tang mengidam, nak makan ikan cencaru habis menangis melalak2.tp apokan dayo.xde ikan cencaru sini.huhuhu

Nurul Izza said...

olololo tomenye uyin ms nih!!

iza pon xleh minum susu, tp lepas dah boleh.pulun minum haghi2 (naik cirit perut aku ms tuh).(read: haghi2 dan setiap msa, ganti air masak).keluar2 di Iman tuh, hah..dadanya bidang taw..

tang mengidam, nak makan ikan cencaru habis menangis melalak2.tp apokan dayo.xde ikan cencaru sini.huhuhu

aNiS tHe BumbleBee said...

tiqah~ hehe...bookmark! bookmark! kekekee!

aNiS tHe BumbleBee said...

izza~ hehee..cian...ngidam ikan cencaru...

p/s: wah, dada iman bidang?

|| NaFiRaa || said...

hehehhe..good info..tq:)

zuar said...

Kalau org yang mengandung lah nak minum susu, try minum whitefully pearl ni..susu ni mmg best..yg tkt mnm susu pun dah berani minum..hehe..tgk kt c2.http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/01/perniagaan-bosland-menjana-pendapatan.html

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ thanks dear.. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

zuar~ grr....nak jugaaaakk tu..ye tuan2 dan puan2 silalah minum susu bosland ye...nnti jadi boleh jadi cun jugak tawww...

esah kawanmu said...

wahai pn anis:
1-aku xleh tgk nasi,,pastu aku akan nangis sedu2 bila tgk hubby aku mkn nasi dgn lahapnya..uwaaaaaa..
2-tp yg pelik dulu aku xska mkn buah oren tu,,tp skung ni hari2 mkn sungguh berselera..hihihi..
3-mana menu mee sua tu???

aNiS tHe BumbleBee said...

esah~ hehe..
1. itulah nasibku dulu...
2. jgn mkn byk sangat2,baru2 lagi ni...asid tu beb..
3.menu? oo..do u mean resipi? hum..nnti aku buat resipi hidangan makanan utk org xlalu makan wokey?tunggu yeaa!

esah kawanmu said...

ngeh2,,yes lor,,i mean recipe,,not menu..see lor,,pregnant ni resipi ngan menu pun leh konpius,,,hikss..

aNiS tHe BumbleBee said...

hoh...mmg betol la kata2 bukan salah ibu mengandung..kalo salah pun,kira xsalah jugak sbb mengandung...hoho!

Anonymous said...

Betul gak kalu x mabuk maknanya janin x jd.mcm tu la yg jd kt akak 2 ggur x mbuk langsung.3 yg jd ni mbuk gila.yg ke4 ni mabuk gila harap2 jadi la.amin..

Anonymous said...

Tima kasih, mmg tgh pening, loya & byk angin. Alhamdulillah byk idea tuk overcome those sickness . baru lepas makan nasi & sup

Anonymous said...

TQ..sy suka baca cerita awk n tsentuh plak dgn kata2 yg t'akhir tu..

jae said...

Tq for d info

Unknown said...

tips terbaik..

Unknown said...

gud info.. ^_^

sy skrg pregnant 3 months.. awal2 pregnant smpi skrg mmg sgt2 mencabar mental..byk benda yg sy xleh mkn.. minuman @ mknn manis mmg awal2 da out! bleh wat loya.. soya, susu & sewaktu dgnnye pun out! tekak xleh trima.. yg lg mencabar tang bau2an ni.. bau busuk mmg la xleh bau.. bau wangi pun x bleh.. bau minyak angin pun x bleh.. huhu bayangkn ari2 terpakse tahan hidung sbb bleh kate hampir sume bau bleh wat nk muntah (-_-") ape yg sy wat skrg ni sy mkn je sume.. nk muntah ke x blkg kira.. yg pntg kene mkn.. bak kate ibu, skrg ni bkn mkn utk diri sndiri je.. org dlm tu pun nk mkn jugak..hihi

fatimah said...

info yg menarik. Terima kasih untuk perkongsian ini.

Anonymous said...

saya suka makan tp muntah lebih dr yg d makan...kira teruk..sbb masuk hospital kena drip kiri kanan.....uwaaa!!!!!

Unknown said...

Sy preggy nk masuk 4 buln.. suma awk tulis sma apa yg jd kt sy.. cuma bab mengidam.. sy selalu teringin nk mkn masakan mak.. apakan daya.. suami org melaka.. nk blik langkawi sush.. bla x dpt mkn tu tiap mlm dok mmpi.. nk tny jgak la spa2 yg ada pengalaman.. btl ka kalau kita x dpt apa yg kita mkn nnty bby kita suka meleleh air liur.. ?? Hee.. :)

Unknown said...

sya tgh pregnant msuk 3 bulan, hari2 nk mkn mcm2...yg sedih nya mngidam buah kundang xdpt2 lagi...
suka sgt kalu dpt mkn lauk yg jenis sup2...singgang,sup syur, asam pedas..mmmm memang byk lah mkn nyer...
tp kalu xkena dgn ape yg nk mkn, lapor sepanjang hari lah...hari2 mmg rsa xselesa, badan lenguh2...pening xmnentu...apakan daya sabar je lah...
tp mngandung kali ni (ank ke 3) alahan xseteruk ank ke2, melepek atas tilam, xleh bgun lgsung....bgun e muntah...adoiii...nk tercabut urat perut...hrap2 bln dpan dah xde alahan, back to normal...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...