Wednesday, November 3, 2010

Tips Untuk Bakal Ekspatriat


pic credit goes to here

Korang dapat tawaran bekerja/belajar kt luar negara?? Alhamdulillah...syukur..Bila dapat peluang macam ni, bermakna korang dah melangkah satu lagi ke hadapan, belajar cara hidup dan kenal dengan budaya dunia sebelah sana. Tinggal di luar negara tak sama mcm melancong ke luar negara.

Tinggal kt sana bermaksud korang kena tempuh pahit maung,terpaksa adapt diri sendiri dgn tempat tu dan terima buruk baik tempat yg bakal jadi punca rezeki/ilmu.Kalo melancong,ko sampai2 airport, ada keta dtg ambik,ko lepak hotel,ko pegi soping,ko pegi jalan2 dan ko kena laa sembelih dgn harga taraf pelancong kan.mueheheh!

Akhir2 ni aku dapat byk soalan2 yg bertanyakan persediaan untuk ke luar negara.Terbaru sekali, sorang ex-officemate aku dulu, Wak Iwan, yg skang ni dah pun berlepas ke Algeria.Jadi aku terfikir, adalah baik kalau aku kongsi tips yg aku dapat dari pengalaman aku sendiri.Bukanla tips sgt pun.Cuma sedikit sebanyak panduan je lah kan.Perkara yg bakal aku senaraikan di bawah ni bergantung juga pada tempat yg korang akan pergi dan bergantung jugak pada sektor apa yg korang keja.Kalau sektor kerajaan,kedutaan, xde masalah sgt. Dah sah2 duduk kt bandar je.Tapi kalau jenis private company mcm ktorg ni,tambah2 jenis construction, surveying, yg jenis ada site2 ni, haaaa... merasalah nk hidup mcm cerita survivor.

1. Study background negara

Yang ni dah tentu korang buat. Sebab at least korang mesti nak dapatkan skit2 gambaran mcmana keadaan negara tu. Tengok dari segi geografi jugak. Macam aku yg tak penah ambik geografi dunia ni, memang la haram aku xtau Sri Lanka ni kt mana. Bila dah kena datang sini, baru lah aku surf intenet gila2 nk ambik tau pasal negara ni.Jadi bila korang dah tau geografi negara tu, korang bolehla bajet, nk bawak baju sejuk ke,makanan apa patut bawak, dan lain2. Macam aku kt Sri Lanka ni,xde apa sgtla pun. Laut2 je keliling. Bawak jet ski la kot.hahaha!

2. Bahasa
Korang kena pastikan bahasa apa yg digunakan. Belajar sikit2. Benda ni akan jadi advantage utk kita bila sampai ke sana nanti. Org local akan senang dgn kita.Perkataan pertama yg aku belajar dari bahasa Singhala adalah, "Istuti" yg bermaksud 'terima kasih'. *eh mcm kiut2 je tuti-tuti tu.senang nk ingat.

3. Hubungi Kedutaan Malaysia
Yang ni paling paling palingggg penting. Ko kena inform kedutaan negara Malaysia yg berada kt negara tu.Pejabat Kedutaan Malaysia umpama sekeping tanah milik Malaysia. Apa2 jadi mmg kita boleh berlindung kt situ.Lagi pulak, kalau apa2 jadi kt ko, mudah dorang nk hubungi kompeni ko kt Malaysia, nk hubungi sedara mara ko suma. Lagi pulak, korang boleh dpt byk info2 menarik dari pihak kedutaan.Kalau boleh, dapatkanlah contact in-person org kedutaan tu sendiri.Senang xde byk nak pass2.Kekadang kerani2 local kt pejabat kedutaan agak sengal. Tak bape nk paham apa yg kita nak mungkin sebab batas bahasa itu sendiri. Tak rugi korang berbaik2 dgn org kedutaan. Syukur, geng kedutaan kt Sri Lanka sgt friendly, sempoi, jiwa remaja org kata.Kita pun xde la rasa kekok bengkok nk bergaul kan. Pada yg kerek2, (tak kira lah gov.sector ke, private company ke) xyahla nk mengkerek2. Bila kita jauh dari tanahair, inilah family yg kita ada. Susah senang, inilah tempat kita mengadu. Kawan baik2 apa salahnya,kan?

4. Malaysian Society/ Association
Selalunya, bila ada ramai rakyat Malaysia kt sesebuah negara tu, dorang akan tubuhkan Persatuan Rakyat Malaysia.Korang boleh search dan libatkan diri dalam persatuan tu. Fun! Korang akan rasa satu perasaan excited bila jumpa rakyat Malaysia yg lain dan semangat kekitaan tu sgt kuat. Pengalaman aku: First time aku dtg sini, aku tak tahu ada persatuan kt sini. Aku hidup sendiri, jauh kt luar bandar. Bersalin pun sorang2. Bila dah bersalin dan nk pegi buat passport Uyin, baru la aku kenal dgn org kedutaan dan lepas2 tu barula tau kewujudan persatuan tu kt sini. Mungkin kesalahan aku sbb tak cari benda2 penting tu.Tapi mungkin juga sebab time aku cari2 tu, xde pun maklumat pasal persatuan ni kt internet. Jadi aku xnak korang ulang kesilapan aku tu.Hidup aku masa mula2 sampai mmg agak sengsara la jugak. Sebab ktorg antara pioneer company yg datang sini. Sebab itu, bila sekarang ni aku ada peluang, aku tulis serba sikit dan publish kt internet. Aku pun rasa happy bila ada rakyat Malaysia yg mencari2 maklumat pasal Sri Lanka dan terjumpa blog aku. Bila dorang sampai sini, dorang contact aku. dan dah jadi kawan2 aku skang ni. Tiba2 rasa macam blog aku jadi blog informasi dan berguna pulak.kekeke!

5.Telekomunikasi
Sebelum keluar, pastikan mobile number korang telah disetkan untuk roaming. Tp aku rasa, kalau Celcom, dia mmg akan auto-roaming siap2. Maxis ke Digi ke,korang kena checkla balik.Mobile roaming ni sgtla penting sebelum korang dapat number local. Kt negara lain aku xtau, tapi kalau kt Sri Lanka, mobile number kena daftar pakai ID (sama cam Msia gak) dan setiap ID tu ada limit. Kalo ko register pakai passport as a foreigner, mahal sket. Yang aku punya pakai ID local staff.Murah laa kan.

6. Rumah sewa

Yang ni jangan terburu2. Sebab time ni la org local akan sembelih ko kaw-kaw! Ko byk kena buat survey dan tanya org2 local yg boleh dipercayai. Kalau kompeni tu dah sedia tempat, should be no problem. Tapi kalau mcm aku ni, kompeni bg accomodation allowance. Ko pandai2 laa cari. Bab ni aku belajar dari pengalaman. Rumah first aku,baek punya kena sembelih. Deposit 6 bulan kau! Sebulan rental 40k bersamaan RM1k lebih. Tinggal spenda je lah membaya deposit. Belum kelengkapan rumah, makan semua lagi. Pestu ktorg dah start rapat2 dgn org local. Aku pindah. Dapat umah kampung, sewa RM500.Lantai simen, siling2 kayu. Pakai air telaga. Merasa la berudu berenang atas kepala aku time mandi.haha! Then, rumah sekarang. RM1k, 2bilik.Syukur jelah. Aku tak mintak hidup bermewah2.Cukup makan pakai,janji 2 org buah hati pengarang jantung ni ada depan mata aku.Sudeyh.

7. Makanan
Khas untuk orang2 Islam, perkara ni mmg ko wajib ambik tahu tempat makanan halal .Jangan main bedal je. Untuk ekspatriat yg berada di Sri Lanka, aku rasa xbyk masalah sangat, kecuali ko yg cari penyakit pegi chinese restaurant ke korean ke kan. Org2 Buddhist kt sini mostly vegetarian.Neither lembu nor babi. And it's good tailoring yourself to eat more and more veges.Healthier, no?haha! Kalau nk makan daging, boleh beli dari peniaga2 Muslim.Selalunya mmg muslim je la pun yg makan daging kt Sri Lanka ni.Yg kristian xbape ramai sgt pun.Kalau terpaksa duduk kt tempat mcm aku, korang xde pilihan lain kecuali MASAK SENDIRI.Sedap tak sedap, silalah redha.Oh,ya,kalo kena datang Sri Lanka,bawakla ikan bilis ke.Sebab kt sini ikan bilis mmg out.Bawak lebih skit eh?boleh pass kt aku sket.keh3x!

8. Kenderaan
Tak ramai yg bawa kenderaan dari Malaysia pegi ke luar negara.Kecualilah Gov.Sector yg dah disediakan kontena. Jadi korang kena ambil tahu kenderaan2 awam yg tersedia berserta normal fare.Jangan pulak ko dtg Sri Lanka, ko cari teksi mcm kt Malaysia. Nan ado okey?? So,mula2 aku sampai, aku just naik Tuk2 dan adalah sekali naik bas penghawa-dingin-berkepam ke Colombo.Train aku tapenah naik.Tapi Speckybee pernah dan dia kata hazab.haha! Tp aku tgk geng mat salleh rilex je.Slalunya yg mengada2 ni org Melayu yg perasan hidup senang.Aku selalu doa supaya Sri Lanka ni ada LRT.Ya Allah,makbulkanlah doa aku!!

9. Bujang vs. berkeluarga
Kalau korang dah berkeluarga, perkara ni patut korang bincang betul2. Kalau nk bawa isteri/suami dan anak2, maka korang kena bersedia segala2nya. Rumah,kelengkapan, sekolah anak (kalau ada) semua tu patut ada dalam list perbincangan korang. Pendapat aku, untuk pertama kali, biarlah yg staff/student tu yg pegi dulu. Settle segala documentation,visa , tmpat penginapan semua dulu. Then baru family datang. Cara tu selesa skit.Kalau tidak pun, mcm yg aku cakap tadi, korang perlu contact org kedutaan untuk minta pendapat berkenaan dgn rumah, sekolah etc.Lagi satu, cuaca sesebuah negara tu berbeza2.Mungkin anak2 kecik tak tahan dgn perubahan cuaca.Jadi perkara tu kena ambil kira.Sediakan kelengkapan ubat yg secukupnya.Bagi yg bujang, aku rasa xde masalah sgt.Lone ranger gitu.

9. Sikap optimis

Yang ni aku rasa cukup penting. Bila korang dah study background sesebuah negara tu, korang kena terima baik buruknya. Bak kata org, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kalo ko duduk tempat yg baekk punya, moden, maju kebabom, maybela korang tak rasa perkara ni. Kemungkinan dugaan yang lain pulak berlaku. Tapi kalo korang duduk tempat yg mundur, yg xde kemudahan asas, korang akan lebih menghargai kenikmatan hidup senang lenang di Malaysia.Kt luar negara, sikap optimis sgt2 diperlukan. Ko kena jadi motivator kt diri sendiri. Kalo ko jenis yg mengada2, tak tahan susah, ko baliklah duduk celah ketiak mak ko. Expatriat adalah untuk org2 yg cekal dan tabah. Sebab apa aku ckp mcm tu? Sebab aku dah alami. Aku pernah duduk serumah dengan 2 org perempuan wives staff kompeni ni yg bajet anak raja. Padahal rumah dia kt Malaysia lagi teruk dari tempat ni. Hari-hari dia bebel itu susah, ini susah. Kejap2 blackout, tak tahan panas. Mengaduh2. Air paip xde. kenderaan xde. Barang elektrik xcukup. Barang makanan tak cukup. Sangat annoying okey?? Chill laaa kan. Kalo ko bebel2 pun, bukan benda tu nk datang bergolek.Last2 2-2 pompuan tu blah balik Malaysia. So,aku ucapkan, selamat bermanja2kan diri kt Malaysia.

Jadi, aku nak tekankan disini, persediaan dari segi mental dan fizikal adalah paling penting sebelum korang berangkat keluar dari tanah air tercinta. Jangan anggap sebagai beban,sebab nnti korang akan betul2 rasa terbeban, tak enjoy and lastly xde apa yg korang dapat kecuali rugi masa dan mengabehkan boreh je. Menjadi ekspatriat adalah peluang yang bukan semua org dapat. Syukur, dan jalankan tugas anda sebagai pekerja/student dengan bersungguh-sungguh. Jangan lupa, di bahu setiap ekspatriat terpikul nama negara yang harus dijaga. Jadilah rakyat Malaysia yg bermaruah dan beridentiti.

Bagi mereka2 yg nak tahu tentang tempat2 menarik di Sri Lanka, boleh click page JOM JELAJAH SRI LANKA. Kt situ ada la sikit cerita ceritik aku berjalan2 kt negara ni.Enjoy!



*Diulangi, tips2 ni lahir dari pengalaman aku sendiri yg berada di Sri Lanka.Maybe kalau ada kawan2 aku dari negara lain yg tulis tips2 mcm ni, aku akan update entry ni berserta backlink entry dorang.Sharing is caring ;) ciao!

31 comments:

sahromnasrudin said...

salam anis..aku rasa aku takkan berpeluang ke oversea...tapi, aku layan gak tips ko nie..mmg berinfo..tenkiu

Liyana said...

mmg tabik spring kt kak anis ni.. hihi

Unknown said...

anis, pasni i buat entry untuk jepun pulak.. rasanya yatiechomeyl pernah buat.. tp i akan buat my version..

yang penting hidup obersea ni adalah jangan jadi kera sombong.. kan kan kan?

ab@h_Izz said...

selalu orang cakap "hujan emas kat negeri orang ...." tu tak semua betulla....hi..hi2

Tapi yg bestnya...org akan rasa 'gempak' kat kita pasai dah dok kat obersi...kan..kan!

Tijah said...

kalu den poie sri lanka buleh tumpang lojing ko? sebagai balasan, den bawakkan ikan bilis 10kilo nak?

|| NaFiRaa || said...

huhuhu.. susah jugak nak hidup kat negara orang nih kan.. tapi betol lah u.. kalo negara orang tu memang modern..kita x rasa sangat kesusahan merantau... tapi kalo duk negara yang lagi mundur dari malaysia memang terasa kesusahan hidup merantau nih..

aNiS tHe BumbleBee said...

sahrom~huiii..mana ko tau..rezeki tu kang datang tergolek2 kt kaki ko.kene datang keje kt sri lanka ni ke kan..kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~ toyoyoyong!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

mas~yeahh! baguih!baguih!nnti anis buat backlink.anis nk minta suma kwn2 anis kt luar tu buat gak.byk info kita boleh kumpul pasal negara2 luar nnti.best!


yg tu sgt betul.kita suka kawan2 kan..besttt!!!nk sombong2 duduk dlm gua!

aNiS tHe BumbleBee said...

abah_izz~kekeke!ujan emas tu maybe income je lebih skit.tp yg the best adalah tinggal kt negara sndiri jugak!huuu!nak balik!

gempak ka??xtau la gempak ke tidak.meh la rasa sndiri.hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak tij~no hal laa kak tij.meh leerr...ni bwk bilis smpai 10kg,nk buek kobondo kak?meniaga ke?kekekekke!

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~susah...sgt susah...tp pengalaman tu yg mahal tu.xde jual kt kedai runcit pak abu.kih3x!

Pnut said...

ya kalau local staff kat negara yang tak reti cakap omputih sakit jiwa occayyy...

psssttt akak keja kat wisma putra kat sini, so ada juga berhubung dengan kedutaan, tetapi kekadang panggilan dijawab local staff rasa nak sawan je bercakap.hahaha

aNiS tHe BumbleBee said...

laa...kak kt wisma ka?mesti kenai kawan2 anis kt sini kan.hihi!

tau xpa kak.tiba2 english kita pun bertukar jadi taik demi utk memahamkan depa tu.haih.

Lina Rahim said...

tak sangka 2 orang yang bajet anak raja duduk sekali dengan anis tu rumah diorang kat Msia lagi teruk..hahha..memang tak boleh blah..hhaha..

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~huhu..bukan salah keadaan sekeliling..salah diri dia sndiri.tgk cara dia manage rumah pun,rs mcm nk pengsan.

cik_ah82 said...

wah, kagum tul ngan anis..mmg taff tul la..kalo saya kat tempat anis, taktau nk kata apa..tp kena redha je la kan..hihi

mario said...

bilala aku dpt peluang nak g obersi...

Siti Noor Aminah said...

bila nak pi obesi nih. oberdesi kat pulau pinang ni jadi lah kak oiii// hihihi

aNiS tHe BumbleBee said...

cikah~kekeke!redha jelah kan che ah..masing2 adala cabaran hidup masing2..kan..

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~meh la sini weh..datang melancong ke..

aNiS tHe BumbleBee said...

Melah~jadi laa tu...rentas gak laut..kekekeke!

Anonymous said...

akak kalau kena g obesi pun dkt jer..

sebelah johor jer.. :D

bole balik tiap2 bln2..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aku suka n3 ni.
berguna sungguh !
tabik spring kat ko.



*ada ura2 abg aku macam akan pergi jauh jugak tapi tak confem lagi..

aNiS tHe BumbleBee said...

MDT~haha!wuuuii..akak,heaven dpt pegi soping gadget kt singapore kan?

aNiS tHe BumbleBee said...

azrina~vavava!abg ko kena pegi mana?abis tu,ko ikut tak??

vogue said...

mmg sgt informatif okeh....cayalah anis!

Azmi Sham said...

anis, baguih tips ni, kalau anis post sebelum sy pi sana aritu lg baguih... hehehehe... kim salam kat fuad...

aNiS tHe BumbleBee said...

vogue~cer kak yani plak tokok tambah apa yg patut.hehehe!

aNiS tHe BumbleBee said...

azmi~hehehee!sama jaa..sama cam sy bgtau dlm ym la gak kan?kekeke!

fuad baca je blog ni.kang dia jawab salam tu sndiri.hihihi!

Unknown said...

Assalam.saya akhtar akan ke sri langka esok 1 julai 2013 sehingga 7 julai 2013.tujuan ke sana adalah utk shooting program Rasa Halal Antarabangsa, Astro Oasis. Saya sbg pengacara bersama raja farah (pelakon tu..) akan bersama 6 org crew.terima kasih atas info.at least ada bahan bole jdkan story.emailsaya irahasakhtar@gmail.com. kalo ada peluang bole jumpa utk bg tips2 yg berguna hehe..kt sana bole beli sim card tak? Yg ada internet data plan huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...