Thursday, January 13, 2011

Shooting hari pertama

Jeng! Jeng! Jeng!.... ini lah dia kisah pasal shooting semalam... Pukul 4.30 pagi krew pengambaran datang ambik aku kt umah. Then semua berkumpul kt hotel Sanmira utk pakai costume dan make up.

Tapi aku menyampah kt pakcik tukang make up tu. Tah hapa2 nye dia mekap aku ni tah. Overdo sgt kt mata aku. Sampai mata jadi mcm pelakon purba sri Lanka ni. Last2 aku pegi toilet, tenyeh2 semua, mekap diri sendiri balik. Dah jadi org gaji, mekap kena laa natural skit. Ada ke mekap mcm nak main wayang cina. Gila apo? Memang masa awal2 skali dorang tawarkan watak kt aku adalah watak pompuan cina. Aku ckp, aku pakai tudung, nk jadi cina muallaf boley laa.. kekeke! dah, xkoser aku nk pakai cheong sam belah2 sampai paha. Geli aku!


Ni la pakcik yg tak reti mekap tu.isk!

Then korang layan lah gambar2 kt set dulu..


Yg baju biru tu ast.director. Yg sri lankan baju hitam botak tu, si kerek. Blaaagak gagak pasal dia la yg nampak mcm yg berkuasa skit antara org2 sri lanka yg lain. Tp miangnya no 1. Asal ada peluang je,mesti tangan nk pegang2 budak pompuan sri lanka yg 2 org lagi.Aku dah sound dia awal2, aku mengandung 2bulan, maka aku xkoser nk masuk scene yg kena angkat2 barang berat.Tapi dia sebok jugak nk suruh aku susun2 kerusi.Nasib baik xberat sgt. Kalo jadi apa2 kt aku, aku saman ko si botak kerek!


Ni askar British ke apa tah...


Set up lightning. Mcm nak mati aku tgk geng2 ni buat keja. Sana sini hangkut benda alah tu.


Encik cameraman..


Antara para pelakon...Masing2 dok tergelak2 tengok pakaian masing2...


Dayang dan hulu-balang kuih semperit..Budak2 ni budak Malay Sri Lanka. Nama pun Husin, Jamal..cam nama org kita la jugak. Bersungguh2 laa cakap melayu dengan aku. Boleh laa aku tangkap skit2.Bahasa melayu dorang mcm zaman purbakala je. Gua org moden, mana gua nk paham lu org cakap apa. Dah la bercampur2 dengan bahasa tamil laa, singhala laa...pening kepala aku. Tapi budak2 ni baik laa..reti hormat org. Umo baru 20tahun...tapi dah tak skolah...Keje nelayan, keja scuba diving, melombong emas, semua dorang buat. Yg 3 org dari kiri tu je sebenarnya yg melayunya. Yg pakai tengkolok belah kanan skali tu Singhalis. Tapi muka dia pulak laa yg macam lagi melayu. Heran jugak aku. Dia kira pasangan aku la lam citer ni. Dia tukang susun pinggan, aku tukang lipat napkin kt meja makan.


Ni la 3 org Malay servants dalam cerita ni. 2 org pompuan ni org local sri lanka.Sebelah aku tu Sulochana, yg ujung tu Geetha. Dorang ni sebenarnya pelakon drama & teater kt negara ni. Tapi haram la kata aku nk kenal. Kem salam aku nak layan cerita sri lanka ni kan.Bila aku google2..oo mmg dorang ni artis rupanya. Ni kalo aku tunjuk kt jiran aku ni, mesti dorang kagum aku ada gambo dgn artis dorang.Kakakaka! Watak org gaji kena mcm miang2 skit. Senyum kt hero, pestu sigung bontot kt bahu hero. Pestu ada la lagi babak2 yg aku xbape nak kenan. So, aku bgtau siap2, aku tak nak yg acting2. Aku nak jadi yg bebetul extras, yg jadi tukang lalu, tukang buat semak frame je dah. Eish, geli aku nk buat2 senyum miang. Dah la tgh alah meloya, kang kt situ jugak aku muntah.koh3x!.

Tapi apa2 pun, berlakon ni sumpah penat wehh... Korang bayangkan, sebelum shoot, ada rehearsal, itu pun 7-8 kali. Pestu bila dah start shoot satu satu scene tu, lagi 7-8 kali plak take. Setiap take, director akan kata "GOOD"! "THANK YOU!" Bila dia dah puas hati, baru dia cakap, "PERFECT!!" Kalo tak, ko ulang la sampai reput tulang buat benda yg sama je. Nak kata boring pun ye jugak. Camne laa org yg mmg keje berlakon2 tu. Sebab dorang minat agaknya ye.

Tulah kisah shoot hari pertama aku. Nanti 27hb pulak scene aku. Tadi dah dapat duit Rs6500. Haruslah aku pegi spa urut2 kaki aku yg lenguh nih. Baru berlakon 3 scenes dah sesengal tulang. Maklom laa artis tuaaaa...kekekeke!

34 comments:

SyAkuRagi said...

wahh..makcik berlakon filem...kah3

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Seronok giler aku baca ni..

Malas aku nak convertkan ..in RM berapa ko dapat tu?

Bila dah femes nanti, ko jangan lupa kat aku..

huhuu...

Kancilbiru said...

ahkak, nak mintak otograf buleyyhhh??? hahahaha

hasni.hasnan said...

weeeee....
bermulaa laaa babak anakku sazali..
hahah~!

Liyana said...

wah... kagum nye.. dah jadi pelakon la kak anis skrg.. best best.pe tajuk cite ni? hehe

ainiayu said...

hadoiii...ayu jelitanyer servant...kekeke...sib baik la dh kawin...klu tk mesti ramai makcik2 yg apply jd mak mertua....;p

p/s..lightning = kilat
lighting = pencahayaan(betui ke eja...hantam je la...)

bardboo said...

mesti penat kan? tp xpela, pengalaman tu..bukan sng nk dpt..huhu..

Jom Lawat Blog Bardboo

Anonymous said...

anis..

wah, glamour lah ni..

jd artis! utk experience kan..hari tua boleh cerita kat anak anak uyin..

dulu i pernah jd extra untuk gol and gincu, takde la kena berlakon mcm u.u best laaa

Lina Rahim said...

beautiful nara, oh bulan, dengan media2 hiburan patut terjah blog ini, sebab ini blog international celebrity... :-D amacam?

Anonymous said...

besstnye anis ..seronok bace pengalaman anis kali ni...
satu lagi, masa pregnant semakin ayu tgok anis skrg ;))
AbyQaira~

ab@h_Izz said...

memang klasik tul nnt citer ni..

..bibik kat m'sia pun tak pakai lagu tu..kalau pakai cam tu, habislah tak buat keje dah
..buat keje lain lak jadinya..hi..hi2

sitinaminah02 said...

macam mana nak celen fasha sandha ni, berlakon sket dh lenguh2. apadaaa. haha.

|| NaFiRaa || said...

wahhh.. dah start dah.. lepas nih kalo anak no 2 nih minat berlakon.. tau lah sebab ape.. muehehehe

take care k~ kalo penat.. sila marah en botak yg kerek tu k~

cc said...

perghhh..kelesss! filim apa ni?
cemano blh tetiba dpt offer blakon? *dasar suka menyibuks mmg bnyk tanya..haha!

AngahSayang2314 said...

wah anis bole la belanja hehehehhee

The Sharkox said...

Nak sign......haha..yeay..uyin nak dapat adik

aNiS tHe BumbleBee said...

syakuragi~gelak..laa gelak..

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~alah,dalam 2rat lebih kalo RM.boley laa kan.bukan aku buat mende pon.sengih2 je kt situ.ekekek!

bila kurunla nk pemesnye nyah oii..hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~nak sign kt mana?vontot xmauu aa...hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

annie~sazali mana la pulak ko ni annie...kekehkeh!

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~entah,tajuk bahse german.yg tau EMDEN.citer sejarah pasal kapal emden tu lah.

aNiS tHe BumbleBee said...

kak aini~hahah..ni kalo mak mertua betul ada dekat ni,mau kena pelangkung kepala kut.preggy2 gatal pegi shoot bagai.tihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

bardboo~penat laa jugak..tp tu lah,boleh la tgk camne org buat filem,ye dak?

aNiS tHe BumbleBee said...

bublesphoto~haha!haah..citer camni,nenek ko dulu2 artis meletop ko tau?smpai org german pun merayu2 suh berlakon.sian anak cucu kena goreng,padahal nenek dulu berlakon jadi org gaji je pun.kkaakakaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~kah3x!haah,pestu kene kutuk berantai dgn pengomen2.wahahahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

aby~tihihi..antara pengalaman2 lawak sepanjang di sri lanka.ala..pakai ala2 mahsuri gitu,nampak la ayu.bila lg nk pakai cenggitu ye tak?

aNiS tHe BumbleBee said...

abah_izz~haah,citer zaman 1914.aku yg melayu ni pun xpenah2 pakai kain batik kt umah.keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~fasha xpalaa,dia ada abg jejai sponsor pi spa hari2..gyahhaaa*fitnah*

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~kekeke..xde maknanya anak nk jadi pelakon.

aNiS tHe BumbleBee said...

cc~film zaman kolonial.cite pasal kapal german.entah,tetiba je ada org cari,nk pelakon muka melayu.tihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

angah~boleh..datang laa sri lanka ni..hik hik..

aNiS tHe BumbleBee said...

sharkoax~meh nk sign kt topi biru tu.ekekeke!uyin pon teruja gak nk dpt adik.yuhuu!

Kujie said...

giler glamer orang kampung kak jie ni..dah jadi artis antarabangsa gitu!

bulan 3 balik ye.... seronoknya

cik_ah82 said...

wah, kelas gitu ko dh jadi artis..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...