Wednesday, December 22, 2010

Menerima kunjungan org colombo..

Yeay! Dah boleh.bukan tenet yg mak enon. Blogger yg mak enon.

Ari ahad & Isnin lepas (isnin we all cuti, poya day), keluarga kami menerima tetamu dari Colombo.Kawan2 Malaysia.. :D

Bolehla bawak dorang jalan2 sekitar Galle..

Pegi melawat Galle Fort...then bawa dorang beli batu permata kt sini..


Rumah api @ Galle Fort


Panas2 buta ni, relax je org sri lanka ni mandi manda...heran aku.


Pukul 5 petang, baru laa we all mandi laut.Redup skit.tp kejap je lah..sebab pukul 6 dah gelap dah..

Malam tu, ktorg buat bakar2 sotong (dgr mcm BBQ,padahal bakar pakai dapo gas je.tihihi!) Then,aku buat kari ikan tenggiri, mkn dgn air asam+ ulam2. Kira cam kampung style laa kan..dah duduk pon kampung, kena la kasi efek kampung tu kt tetamu kannn.kekekeke!

Esoknya, lepas ramai2 breakfast kt umah aku, ktorg bertolak jalan2 ke bahagian Welligama, Habaraduwa & Koggala. Tempat2 yg aku sebut tu ada permandangan laut yg cantik dan permandangan nelayan yg jadi trademark Sri Lanka ni..


@ Welligama..


Camni laa cara pancing ikan..yg kaler hitam2 kt laut tu, tu ikan yg berlambak2.Speckybee tanya,asal xpakai jala je?? Pakcik tu cakap, government tak kasi. Kena jaga populasi ikan2 kt sini. Nk pegi tangkap ikan kt laut dalam pun ada time jugak.Tak boleh suka2 hati je. Kalau kt Malaysia, aku rasa, selamat dah sume ikan tu kena jala. Ikan tu xsempat nk beranak baru, dah kena tangkap.phew!


Hari cuti..ada 2-3 org je nelayan yg mengail ikan..


Merasa jugak aku pegang kail pakcik nelayan ni..thihihi!


Lepak2 tgk view laut dgn bot2 nelayan..

Lepas tu pegi Habaraduwa.Speckybee bawak round2 tapak projek dorang.Kemudian terus ke Turtle Farm. Bayaran masuk Rs300.Mahal dowh! Seploh hinggit sorang. Kt Beruwala aritu murah je pon.Dah la tukang jaga pintu situ berlagak gagak hitam.Bajet special sgt.Penyu kt tempat dia boleh bercakap agaknya.ceh!


Standard...mula2 aku pandang2 jeling2 dulu..


Sebenarnya aku geli mcm nk mati dgn binatang tak berbulu ni...Tapi demi blog tersayang, aku gagah perkasakan diri pegang penyu tu..keh3x!


Speckybee pun tak ketinggalan nk tunjuk terel.Cet,apa barang pegang penyu kecik. Tak main arr.. (kata aku dgn nada angkuh.kuh!kuh!kuh!)

Lepas dah penat jalan2, ramai2 balik rumah aku balik. Kita pekena laksa kedah. Kali ni buat aku& Speckybee buat pakai ikan Tuna. Mueehehehe! Boleh la tahan rasanya.Sedap jugak rupanya. So, lepas ni, belasah pakai tuna je lah.Xpayah susah2 nk buang2 tulang mcm ikan kembung tu.


Wajah2 gembira sedang menikmati laksa ikan tuna.kih3x!

Begitulah berakhirnya hari cuti aku selama 2 hari. Best jugak jadi tourist guide ni rupanya..Harap2 para tetamu yg datang gembira dgn layanan we all yg tak seberapa ni.. Jemputlah datang lagi.. :D

23 comments:

Che Mid said...

Malam tido ada tak mimpi penyu? Emm speckybee awak tu nampak encemlah tak pakai sepek he he

MrsYusofhussain said...

ni yg aku rasa cm nak gi visit ko ni kak..bleh jln2 n mkn2 kat sri lanka tu

Siti Noor Aminah said...

nampak mahai ja tali pinggang? boleh pinjam dak? haha.

kem salam kat abg speckybee. bila tak pakai spek mata, nmpak lagi kacak.

sekian, dari budak cun.

julietchun said...

naper ko tak cuba dok atas tiang pancing tu? :P

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tak lama lagi tali pinggang ko tu kena simpan lah ...hehehe..




sipenyuk tu comel jer aku tengok..

ab@h_Izz said...

waa..best gok dapat jalan2 kat sana erkk...tapi lebih kurang gat ganu jer..hi..hi2

Pekena laksa tuna woo..nnt nak try buat gak ler..kalau guna guna belut ok tak??

|| NaFiRaa || said...

haih~ rasa nak gi sri langka jugak jek..

mau ka jadik tourist guide ai??..mueheehhe

aNiS tHe BumbleBee said...

che mid~tak..malam mimpi ular.eh,apa maknanya??hahahaa!!

aNiS tHe BumbleBee said...

lia~ah,kalo ko dtg sini,xdenye aku nk masak.ko lah masak.pasal ko kan suka masak2.boley?kekekekee!!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~amboih...gatai pulak kem salam kt lelakiku.nk kena sebat dgn tali pinggang? hahahhaa!!

aNiS tHe BumbleBee said...

juliet~aku nak..tp pakcik tu xpelawa ponn..aku plak pemalu..amacam?

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~ pasni buat lilit kepala la pulak kot.hahaha!

ko jangan..sume benda ko berkenan.jangan ko suh aku bawa balik penyu tu pulak sudah.kakakkaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

abah izz~janganlah disebut2 ganu itu.lapa kepok lekor weyyhhh!!

aNiS tHe BumbleBee said...

abah izz~eh lupa pulak.suka hati ko lah nk buat kuah laksa pakai belut ke ular sawa punnn...kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~hah,ape lagi.datang.datang.bulan january dengar2 tiket murah woh!

AngahSayang2314 said...

anis laksa 1 hehehe

Anonymous said...

arghhh...bler ler blh nak belaja buat laksa dr en.fuad nih....eh,ke anis pon dah terel?

aNiS tHe BumbleBee said...

angah~nah,laksa tuna! ekekke!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yani~si fuad,tuna pon dia buat laksa menjadi.anis,ikan dtg dari langit pon lom tentu jadi kak yani oi..ekekeke!

hasni.hasnan said...

mek.
comei baju mu pkai tuuu~

Azmi Sham said...

terima kasih yg tak terhingga utk tuan rumah, world class punya servis walau pun tgh mabuk... kitorg yg tetamu ni pulak naik segan... sampai tertambah laksa 2-3 mangkuk... hehehe... kim salam kat fuad...

ijan said...

Ramai juga orang Malaysia di Colombo ya. Best.

.. said...

yg pakai tshirt merah tu Iz*** yg attached to company Di***g kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...