Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru: Apa PerLu aku Lakukan DaLam Hidupku pada Tahun Ini???

Salam Maal Hijrah semua...

Dari semalam aku berfikir2..Apa pembaharuan yg patut aku buat utk diri aku tahun ni? Balik Malaysia? Bekerja semula? Entah. Sebenarnya aku pun tak tau arah tuju hidup aku sekarang ini. Kalau dulu aku seorang yg selalu merancang dan memasang angan2 tinggi, tapi sekarang 100% dah berubah.

Apa benda yg aku hendak dalam hidup aku sebenarnya entah??Aku cuba ingat2 balik angan2 aku yang dulu...Mahu kahwin, mahu punya anak comel, mahu tinggal di rumah yang sederhana besar, mahu lihat suami & anak sepanjang masa. Nah! semua tu aku sedang nikmati sekarang ni.Sujud syukur aku pada Allah kerana apa yg hatil kecilku inginkan, alhamdulillah diperkenankan..

"Kau ni tak ambitious laa..." "Takkan ko nak jadi surirumah jee??" "Takkan penat2 ko belajar, tapi melepek kt ceruk dapur?"


Tu semua perkataan2 yg aku dah muak dengar. Ada apa hal dengan kamu?Aku dengan hidup aku. Kamu dengan hidup kamu. Ya, kamu ada duit sendiri. Kamu boleh beli apa saja yg kamu nak. Kamu boleh bergaya sakan, memandu kereta pegi pejabat, bergelak ketawa dengan rakan sepejabat. Kamu dapat pujian dari bos. Kamu dapat kenaikkan pangkat.Kamu rasa bahagia. Kamu rasa itu adalah pencapaian hidup kamu.


Kamu sedang mengukur kebahagian kah??


Tapi perlukah kamu jadikan gaya hidup kamu sebagai pembaris mengukur kebahagiaan hidup org lain?Mana kamu tahu aku tak bahagia? Dan, betulkah kamu benar2 bahagia dengan pencapaian kamu itu??

Kalau kamu benar2 bahagia, kenapa status di Facebook sehari2 merungut bebanan kerja yg kamu tanggung? Kenapa kadangkala kamu marah bila terpaksa menampung perbelanjaan keluarga disebabkan suami kamu kena potong gaji? Kenapa pula kamu merungut suami tak pernah menghargai kamu, membeli hadiah untuk kamu? kenapa kamu tertekan anak2 kamu tak mahu mendengar cakap, malah melawan pula? Benarkah kamu bahagia??? Mungkin kamu hanya bahagia di pejabat, tapi di rumah yg sepatutnya jadi syurga buatmu, bagaimana pula??

Duit sangat penting, tapi bukan semua perkara boleh dibeli dengan duit. Senyuman ikhlas dari seseorang tak boleh di beli di pasar malam. Kasih sayang org tak ada jual di Tesco mahupun Giant.

Aku juga pernah jadi pekerja seperti kamu. Bersesak2 di jalan raya, mengharung banjir, dihamun ketua, kecewa dengan gaji yang ada. Kadangkala perlu bersikap hipokrit, menyimpul senyum pura2 demi menjaga hati org atasan.

Untungnya aku tidak perlu lagi begitu. Aku hanya senyum jika aku suka dan aku boleh menangis bila aku mahu. Apa yg aku pakai, dari hujung rambut ke hujung kaki adalah hadiah dari suamiku. Bonus dan gaji aku, adalah senyuman dari suami dan anak.Dan penguat tulang belakang aku adalah dugaan2 Allah yang pastinya Allah tahu, aku mampu memikulnya.

Patahkanlah pembaris yg kamu gunakan utk mengukur kebahagiaan org itu. Walhal kamu tahu pembaris itu yg akan melukakan diri kamu sendiri. Kamu mengeluh dengan hidup kamu, tapi pada masa yang sama, kamu mengejek hidup aku. Oh, mungkin kamu iri? Tak mengapa, jika gambar2 kegembiraan aku pergi ke sana sini yang menjadi pisau tajam menghiris hati kamu, aku janji, aku tak akan muat naik lagi di laman muka buku. ahahahaha! (sungguh aku tidak ingin ketawa setan, tapi sebelum ini kamu dan setan sama-sama mentertawakan aku, bukan?)

Aku mengetuk kepala sendiri.Kenapa aku ketawakan dia?Kerana dia pernah mentertawakan aku dulu? Sudah.Sudah.Berhenti ketawa.Mungkin juga peta perjalanan hidup aku tahun ini jadi begini: Pulang ke Malaysia dan bekerja semula. Dan, mungkin pula status muka buku aku selepas ini berbunyi : "Ingin pulang ke Sri Lankaaaaa!! Ingin jadi surirumah semulaaaa!!!" oh, syahdu pula!

Aku serahkan peta perjalanan hidupku pada Yang Maha Kuasa. Kau ukirlah peta hidupku ini ,Ya Allah...Aku pasti menjalaninya...Sehingga sampai ke satu titik noktah yg Kau khaskan untukku. Sesungguhnya aku tidak pernah berdoa apa2 yg istimewa utk diri sendiri melainkan Kau tetapkanlah apa yang terbaik untukku, Ya Allah.


p/s:Semalam sambil menonton TV, Speckybee membelai2 rambutku, sambil berjanji; kalau aku bekerja semula, dia mahu hadiahkan i-Pad. Kenapa kamu mahu mengujiku begitu??Kalau mahu beli untukku, beli sajalah.hahahaha!

61 comments:

makdara TERdiva said...

haha! statement last tu x menahan... :P

Fakhrati Aziz said...

ayat jhat abg 2 k.anis...nk hadiah, adiah je la...dok tanya2 soklan pulak....cis!

Yati said...

Betul juga ye. Kalau nak bagi hadiah, bagi je la. Kenapa perlu bersyarat. Orang penat bersilat di dapur, jaga anak lagi, kira upah la tu. Hidup surirumah! :)

aNiS tHe BumbleBee said...

MDT~kih3x..saja je dia nk usik kita ni haa..

aNiS tHe BumbleBee said...

tie~dia saja la tu..sbb kak anis tgh down gila skang ni.nk bg semangatla balik kononnya...kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

Kak yati~hihi..tak kisahpun kak yati.dalam hati mmglah nak..tp kalau semata2 ipad tu ktorg terpaksa berjauhan, kasi hadiah pad je pun xpe.ahahaha!

ainiayu said...

kita mmg tkleh ukoq kebahagiaan org...tk mesti menangis tu derita & ketawa tu gembira....hanya tuan punya badan yg tahu dia bahagia ke tak...pedulikan kata org....kankankan...

p/s:..nk bg ipad???dia soh keja dr umah je kut...gunakan teknlogi yg ada...:P

fitri said...

sungguh aku tidak ingin ketawa setan, tapi sebelum ini kamu dan setan sama-sama mentertawakan aku, bukan?

best!!!!

julietchun said...

dapat ipon 4 jadilah ye :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aku suka n3 ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

haaa.. tak terkata aku dibuatnya.


aku pun tengah berkira2 jugak nak jadi macam ko ni.. tapi takut tak kuatlah... dah biasa semua buat sendiri, beli sendiri, belanja sendiri.... bila tak cukup abglah bayar..hehe..

ni yg buat aku bersemangat tau !

fara said...

betul tu. sgt setuju.
yg keje jgnla merendahkan yg surirumah.
tak semestinye bduet tu bahgie kan! ;)

Lina Rahim said...

suka sangat entry ni..sbb aku pun surirumah hahhahaha..

tapi betul la, da muak & jemu orang dok merendah2kan hidup kami, semata2 sebab aku tak kerja la..siap kira gaji laki aku, siap buat ramalan kami tak mampu beli rumah la..ek eleh..beli pun takkan nak bagitau dia..

tapinya, diorang yang kerja laki bini tu pulak yang dok jeles dengan kami sebab kami tak kurang apa2 pun dari dorang. 'lebih' lagi ada la..hahaha..(ni pun ketawa setan gak.., sibuk nak lawan aku pakai mekap brand apa, nak belek baju aku beli kat mana. (aku cakap beli kat online je..pastu tarik muka, sebab depa tak reti beli barang online..) hahha.. (ketawa setan lagi..)

setahun tak kerja ni rasa bahagia sangat2..tak boleh describe macamane..terfikir kalau kerja adakah lebih bahagia dari sekarang..nak antar resume nak kerja balik pun berkira2 ni..

eh, terpanjang pulak komen..baik buat entry je..

Suhana Shahril said...

Hai full housewife..kamu beruntung dpt melihat dan menjaga sepenuhnya anak dan suamimu.Melihat sang anak membesar di depan mata tanpa meninggal sedetik saat pun.
Macam Ana ni,mmg ana byk mengeluh. Cubalah bayang, nak minta cuti utk menghadiri sukaneka sekolah anak pun, perlu manadah telinga, dihambur ayat2 berbisa-"semua mak bapak kena p ka sukaneka anak sekolah u tu?"..berlinang tau air mata ni. sampai hati.
Tu x masuk lg kalo anak sakit demam,lagilah sedih.Salah akukah kalau anak sakit?Bukan aku minta dia sakit.Mak mana yg mahu anaknya sakit. takkan nk biar anak dijaga di nurseri jg wlpun dia sakit?Mak apakah aku ni ,tergamak hantar anak ke nurseri wlpun dia tgh sakit sbb x boleh cuti?

mario said...

ayat last tu ni komen...haha

mast@work said...

weh, ayat last tu hint terbaik ni..

anis, orang yang bekerja mahu jadi surirumah, orang yang jadi surirumah cemburukan org yang bekerja..

itu lah namanya manusia.. tak pernah puas, tak pernah cukup..

bg mas biar lalui hari2 ini dengan penuh sabar, buat yang terbaik, cherish every little detail.. baru kita akan lebih hargai hidup ni..

all the best with your decision

mrs.spicy said...

huhu..delema i jugak ni..suka jadi hwife. tp ade banyak benda jugak nak kene consider. kalau lah boleh jadi suri rumah sampai bile2.bestnye!

kakyong said...

kepada siapakah n3 berbisa ini ditujukan... ;)

kakyong suka membaca nya...

tp kakyong kena kerja semula la.. azam untuk tahun baru.. tp bukan lah bekerja dgn orang...

Apit said...

pelik gila ayat hg, berbunga bagai...amik sastera ka kt skolah dlu..heh

MumMe said...

mumme jg bahagia jd surirumah...yg penting kita enjoy apa yg kita ada,kan aNiS...apa nak risau,kan...mana tau kareer kita bermula lepas anak2 dah sekolah...ms tu lebih mudah utk berkerjaya...

MrsYusofhussain said...

janji kita bahagia dgn cara masing kak...aku pun kengkadang rasa x sabar nak jadi hse wife..tp kengkadang risau gak

aisha mimi said...

pro and con dlm semua2 hal..sabar ja la dgn kata2 org..masing2 dapat habuan masing2..xpayah nak pertikai atau nak merendah2 kan org waima dia keja 'pencacai' skalipun *pencacai syok kalo ela dgaq ekeke..surirumah pn best, kerja pn best sbb aku jadi dan pernah jd dua2 tu..

AngahSayang2314 said...

aiii nak dapat i-pad sampai nak kena keje lak... isk..isk..isk... kelakar la... yg last sekali tue apa2 pun
salam maal hijrah anis

EJAN MAPET said...

wehhhh....i lg jeles ngn u nokss!!! leh bergolek2 kt umah 24 jam..layan anak, layan somi...klau somi i kaya, i dok umah jer....lg besttt!!!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak aini~tu laa..dia pakai pembaris ajaib kot,bley plak ukur2,kita happy ka tak.pening pala.


p/s:ipad tu cam xseswai utk wat keja.mungkin dia suh anis golek2 atas katil smbil surf internet guna ipad.ceh,gila pemalas!

aNiS tHe BumbleBee said...

fitri~mende yg best?setan? ekekekkee!

aNiS tHe BumbleBee said...

juliet~hahaa!terbaek..ipad dah murah.aku tgh tunggu iphone jatuh harga plak.nk harapkan celcom,asek2 blackberi je.isk.

aNiS tHe BumbleBee said...

azrina~kekeke..elok lee..aku tgh berkira2 nk keje balik,ko berkira2 nk duduk umah.

siyes weh,baru2 benti keje dulu aku rasa sesak nafas.dulu lipstik 6btg tu standard laa..skang sebatang pun pikir 14kali nk beli.nk mintak kt hubby,segan pulak.isk.

aNiS tHe BumbleBee said...

fara~mmm...sapa2 pun,apa keje skalipun,xbaik hina2 org kan..asalkan halal,xbuat salah, on je lah.

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~aku pun xbape paham,org yg tak lena tidur,tak lalu makan,pikir pasal hidup aku ni.kalau caring sgt,bank in je lah duit kt aku kan...kekkee!

kalo dia beli perabot baru,aku ckp, xpelah...dia keje..bolehla beli mcm2...kalau aku yg beli, dia cakap, tu xde keje lain la tu,perabih duit laki je la tu.apekah???

aNiS tHe BumbleBee said...

ana~sian ana..ramai kwn2 anis yg mengadu smbil menangis2,xsanggup nk hantar anak pegi nursery,umah pengasuh.anis yg dgr ni boleh bergenang2 air mata,inikan pula org yg menanggungkan...

masa aku keje dulu,aku sorang2 je pompuan.dh bos tu biasa dgn staff lelaki je,so maki hamun tu cam breakfast dgn lunch semua org dlm opis tu.pukul 11mlm,baru dpt balik rumah.masa aku jalan kaki nk tunggu bas,(time tu tesco 13 shah alam tgh dibina)mat indon,mat bangla berkeliaran kt situ.aku dok pikir,entah2 besok pagi polis jumpa mayat aku je laaa kt situ.dalam hati aku ni,mcm bersumpah pun ada,kalau ditakdirkan tuhan bagi aku peluang aku xperlu kerja,mmg aku sanggup jadi surirumah,jaga anak.4tahun lepas tu,aku dpt peluang dtg Sri Lanka.

tp apakan daya ana,kalau ktorg balik malaysia nnti,aku kena kerja balik.kena hadapi semua2 perasaan semua ibu2 yg terpaksa tinggalkan anak kt org lain time nk pegi keje.aku takut aku tak kuat...isk!

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~gelak je la keje ko eh rio..

aNiS tHe BumbleBee said...

mas~itulah mas.dulu anis nak duduk umah.tp bila ada benda yg agak mahal yg nak sgt2 beli,tp segan nk mintak kt suami, mulalah rasa nk keja balik.

tp bila tgk muka anak,muka suami,xsmpai hati pulak nk balik msia.

manusia...duduk malaysia,tensen duduk malaysia,jalan jem xabih2,tol sana sini,duduk Sri Lanka ni plak,semua kenderaan slow.segala gajah,lembu mak nenek semua ada...haha!kt mana2 pun hati manusia xboleh dipuaskan,kan?

layan je laa...tuhan bg hidup sekali je.kalau asik tensen je,rugi dah separuh hidup.hihi!ayuh,gumbiraaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

mrs.spicy~kekekke..seronok jadi housewife...tp kadang2 je lah kut..

kdg2 rasa bosan,smpai nk menjerit pakai microfon,nk bgtau kt semua org rasa bosan berkurung dlm rumah.

kdg2 bila balik kampung,mak2 bedah,senah kepochi tanya,kau xkeje ke?aku jawab,keje surirumah.pestu dorang cebik bibir.time tu rasa mcm nk toreh2 mulut dorang dgn pisau motong getah.padahal anak memasing,sijil pun xde,tp dah keje,pakai baju lawa2 pagi,maka layaklah aku dicebik kan...

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yong~hihi..pada yg suka sgt ukur2 kebahagiaan org lain kak...suka sgt cebik2,gelak2 kt surirumah.tp kt hidup sndiri pun dia xpuas hati jugak...

anis pun pikir camtu kak...anis pun dah tua..sapa nk ambik keje lagi?jalan terbaik adalah ada bisnes sendiri rasanya...

aNiS tHe BumbleBee said...

apit~hahaha!aku dak teknik woo!! sila kagum budak teknik bley buat ayat sastera nooo...kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mumme~mungkin jugak kan...tambah pulak zaman sekarang ni,rasanya sgt mudah utk bekerja dari rumah.Europe dah start berpuluh tahun dulu.even yg lelaki pun bersepah2 keja dari rumah.

nk kena set up our mind,kerja dgn keluarga,mesti nak balance.work smart.hehe!

aNiS tHe BumbleBee said...

lia~aku dulu xpikir yg aku ni akan jadik surirumah.mcm xleh terima lak.padahal aku ni ke sana kemari,gila kerja dulu.tiba2 kena duduk rumah,seminggu sekali baru dpt tgk dunia.unbelievable weh!haha!

tp,nk buat camne,dah tuhan lukis peta hidup aku cenggitu.ko dah keje,rasa selesa teruskanlah.besok2,kalo tuhan lukis peta hidup ko jadi housewife pulak,follow je lah.nk lawan takdir tuhan,xboleh.doa je lah kan...

aNiS tHe BumbleBee said...

mimi~betul..betul...aku dulu pun enjoy gak time keja.tensen tu kurang sbb ada member2 yg boleh bergelak ketawa.la ni aku gelak sorang2 ja la dpn laptop.haha!

kdg2 aku rindu gak nk jadi mcm dulu2.nk lepak spa ari ahad smpai 4jam(duit sndiri,dulik apa kan),nk jalan2 kt shopping complex,rabut ja apa nk pun.pestu yg best,xyah masak.masak ari ahad ja...muehehehhe!

tp nk buat camna...jd housewife pun best la jugak.salah satunya,xdak bos nk marah.xyah bangun pagi bersiap p opis.(aku plg benci nk mandi pagi.ish!)

semua yg tuhan bagi tu,best2 la semua.manusia ja xreti bersyukur kan..

aNiS tHe BumbleBee said...

angah~haha! saja dia tu,nk kasi smgt anis keja balik.tiba2 rasa mcm down plak nk kerja.rasa mcm dh tua sgt nk pi apply2 kerja ni..

aNiS tHe BumbleBee said...

ejan~kekeke...seminggu je ko rasa sorga weh...lepas tu mesti rasa meroyan nk keje balik.aku 4tahun dah ni pun,kdg2 tu meroyan jugak.duss!!

- GC - said...

pehal ayat skema gilos ni?

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~eleh..hg ingat hg ja buleh pakai bahasa baku?kami pun buleh laaa..hahahaha!

CouLeur de Chiqu3 said...

best la jd suri rumah fulltime...sori la sy pon bercita2 camtu..hahhaha...
xsalah kan..

CouLeur de Chiqu3 said...

sbenarnya suri tumah lg sngn nk buat biz online2 ni..nk buat biz mask2 ker..yng mana biz yg memerlukan ketekunan+masa..klo saya mau abdikan ddk ngadap pc+edit gmabo..hohooo

touya said...

Jangan peduli kata-kata orang sedangkan mereka lebih teruk dari kita . Tapi pedulilah kata-kata orang yang nak hadiahkan akak Ipad.

aNiS tHe BumbleBee said...

CouLeur de Chiqu3~ekekeke..sama laa cita2 kita...xsalah pun..bukan kita nk jadi penyamun ke kan..ekekeke!

kan..kan..bley biz online..fuh,akak pon!nk edit pic smpai kejang.(skang pon kejang2 dok edit pic.pasal xterel photoshop.haih)

aNiS tHe BumbleBee said...

touya~fuh!! kata2 ko hikmat naga berapi.betul..betul...yg penting ipad.lalalalala!

Ummi_Izz said...

Salam Anis. Menarik, tertarik entry Anis kali ni mmg d bomb! Sepanjang kehidupan ini akak telah melalui pelbagai status semasa berkahwin nih dr surirumah sepenuh masa, isteri n ummi sambil belajar, bekerja n skarng ni surirumah sementara. Blaja tinngi n then nk jg anak sendiri pun salah kat mata org lain. Nape kan? X boleh ke.... sedangkan org2 yg suka bercakap tu x tau betapa hebatnya cabaran nk handle keje kat ofis sehingga kadang2 terabai ank2 nih. Betul kata Anis kecapilah saat2 bahgia melihat ank membesar di depan mata selagi boleh....X sume org mendapat pilihan tersebut. Akak plak mmg rase sronok sgt2 duk umah skang ni tanpa perlu tension2 ngan keje yg pernah dirasai ssblm ni. Akak pn hanya berserah pd ALLAH bagaimana hala tuju kehidupan selepas ni ? Resign or surirumah.....

Kancilbiru said...

weh hang nak beli PB betul2 ka? kalau nak email aku tau...:)

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..lama aku tak terjah sini..semoga hang sihat walafiat nor huhuhh

ezzati said...

weihh..ko tau tak citer2 aku nak jadi suri rumah..dr sejak dah keje 3 tahun ni(baru 3 tahun kottt..haha)..siyes tak tipu... :)

liyana said...

oh suke sgt entri nih.. syahdu.. :D

aNiS tHe BumbleBee said...

ummi_izz~ :D kan kak...terserahlah pada Allah, yg mana yg terbaik utk kita, itulah yg Allah akan bagi.kita sbg hamba,terima je dgn hati terbuka..

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~ insyallah mmg nk beli!!nak!nak!!!! nnti apa2 aku inform hg lagi,wokey??

aNiS tHe BumbleBee said...

sahrom~ maceh...aku sihatttt...hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

zati~hihihi..wah..xsangka cita2 ko pon sama dgn aku eh..

aNiS tHe BumbleBee said...

liyana~tihihi..syahdu syahdan....

cuteLilySP said...

Salam..weh kak, sukanya posting ni.aku dh baca belas2 kali.aku rasa ni posting terbaeek untuk thn ni.ayat mmg power..hehe..bole tak aku copy antaq kt ruangan cerpen dlm magazine..aku quote la blog nie..hahaha..

#pssst~kak, ko amik sastera ke kt skolah dulu?? =)

aNiS tHe BumbleBee said...

cutelilySP~amboih..sakannya baca smpai belas2 kali.dah hapal dah?meh nk tnya,ayat ke doploh tu,tulis apa?keh3x!!

hg nk copy buat paa..cit,buat malu jaa..hahahaa!!

kak budak teknik laaa..amacam,kelas x budak teknik bley tulis sastera?wawawawa!!

Sitisifir10 said...

Anis, ko mcm paham2 je ati aku masa ko menulis entry ni ek...aku nak promote abis2an entry ni ek...syabas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...