Tuesday, May 25, 2010

No FeTus iN TheRe???


Where is my baby??

Semalam aku pegi buat pemeriksaan scan bagi memastikan pregnancy. Masa mengandungkan si Uyin dulu, segala ujian ultrasound yg pernah aku jalan hanya melalui atas abdomen saja. Tapi kali ini, adalah pertama kali aku melalui pemeriksaan ultrasound melalui faraj.Menurut kata doctor Gynaecology, Dr. Peiries, aku telah 6 minggu mengandung. Kiraan dibuat berdasarkan tarikh akhir period.Then, aku kena pegi buat ultrasound exam dengan Doctor Kolambage,pakar imej.

Bila Docktor Kolambage ckp there is no fetus in there, jantung aku berdegup kencang. Kuntuman senyum aku gugur satu per satu! Berbaur perasaan aku dan juga fikiran. Doktor menunjukkan imej yg telah diambil. Well, ada something like ketulan darah.Tp dia xdapat kesan heart beat baby.

Aku tenung balik hasil print out image,dan hati aku kuat mengatakan, that's my baby! Tapi mungkin terlalu awal dan fetus masih belum lagi terbentuk.Hati aku berdolak dalik.Aku masih kuat mengatakan kemungkinaan kiraan gynecologist tidak tepat, mungkin bukan 6 minggu, tetapi less than that. Aku lewat 15hari dari tarikh sepatutnya period, then hasil pregnancy test adalah positif.

Dalam keadaan tidak keruan, aku berjalan2 di sekitar alam maya ini mencari jawapan. Halaman yang aku tuju adalah Baiboo.com. Dan ini jawapan yg aku boleh kiaskan dengan kes yg aku alami:

Salam Dr. Shah Reza ,
Saya Linda dan saya mempunyai kemuskilan iaitu, pada 28/10/2009 saya jumpa dengan Doctor di Puchong Medical Centre untuk mengesahkan kehamilan saya..Doktor yang sepatutnya memeriksa saya tidak dapat hadir jadi saya diberi seorang doktor ganti yang agak muda awal 30an. Selepas pemerikssan ultrosound dibuat, doktor dapati kandungan saya berusia 5 minggu dan 6 hari. Tetapi hasil pemerisaan ultrosound tidak jelas kerana ukuran 5 minggu 6 hari ini diukur pada kantung saya.. tetapi saya dapat melihat doktor tersebut drag kan ukuran melebihi kantung saya atau dengan kata lain tidak betul-betul tepat pada ukuran kantung saya...saya sepatutnya membuat pemeriksaan lagi 2 minggu, oleh kerana susah hati kerana doktor yang memeriksa saya terlalu muda, jadi saya mengajak suami saya untuk memeriksa sekali lagi di KPJ Selangor Medical Centre pada 10/11/2009 dan doktor yang memeriksa saya agak berpengalaman dan melalui scan Doktor, melalui ukuran kantung 5 minggu 6 hari, tapi scan kali ini amat jelas...dan saya dapat tgk doktor drag ukuran kantung memang tepat... jadi, doktor nasihatkan saya agar datang lagi 2 minggu kerana doktor tersebut memberitahu saya tidak dapat di kesan heart bip baby dalam kantung saya dan pada masa ini kadungan saya sepatutnya berusia 8 minggu, dan sekiranya tiada apa-apa perkembangan, saya kena gugurkan kandungan ini...tapi saya redha, sebab saya tahu Allah nak berikan yang terbaik buat saya...
Di sini, saya ingin meminta nasihat Dr. Shah Reza atas masalah yang sedang saya hadapi...adakah kandungan saya bermasalah? atau mungkin juga kedudukan baby selalu berubah-ubah dan ini menyukarkan doktok untuk membuat pemeriksaan? kenapakah perkara ini berlaku pada diri saya.
Terima kasih Puan Linda.
Untuk pengetahuan, pemeriksaan ultrasound biasa melalui atas(di abdomen), janin lazimnya kelihatan hanya pada minggu ke 7 di mana panjang janin diantara 0.5 sentimeter.
Untuk kejituan, pemeriksaan ultrasound melalui faraj dapat membantu pada minggu yang lebih awal.
Puan dinasihatkan supaya hadir kembali selepas 2 minggu kerana tumbesaran janin adalah 1 mm sehari, jadi selepas 10 hari, tentulah janin sekurang kurangnya bersaiz melebihi 10mm dan ini akan lebih jelas kelihatan pada pemeriksaan ultrasound.
pada minggu yang puan jalani pemeriksaan ultrasound itu, degupan jantung janin masih belum kelihatan KECUALI pemeriksaan ultrasound melalui faraj dijalankan, barulah degupan lebih awal dihargai.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Okey, Dr. Shah Reza ckp,ultrasound melalu faraj lebih tepat.Dan aku telah menjalani. Cuma sekarang ni, harapan aku adalah menunggu 2-3 weeks lagi untuk mengesahkan kandungan. Aku letakkan kemungkinan bahawa ianya masih terlalu awal! Dan perkara itu aku akan tanam dalam fikiran aku sedalam- dalamnya, supaya hati tidak goyah. Menurut perbincangan di atas juga, menunjukkan kandungan usia 7minggu masih terlalu awal dan kecil untuk dikesan.Well, hopefully, kandungan aku ini masih terlalu baru untuk dikesan even menggunakan ultrasound melalui faraj.

Apapun terjadi aku redha..sebab tuhan hanya berikan yg terbaik....Aku still akan makan acid folic, dan juga minum susu Anmum (walopon xsuka!) demi baby ini..Kawan2,yang aku pohon, tolonglah doakan agar baby ini hidup....sob! sob!

update 1: aku baru perasan kt image tu,'ketulan' itu bersaiz 9.6mm. Aku akan minum susu banyak2!Caiyo' 2! Hopefully bila dah over 10mm, i'll get gud news! Insyallah.....
update 2: aku refer pula pada website ini yg menerangkan proses kejadian manusia di dalam al-Quran: http://www.kias.edu.my/gemaprseskjdianmnsia.htm , dan berkemungkinan image yg dihasilkan itu adalah peringkat kedua manusia, 'alaqah,iaitu segumpal darah.

13 comments:

SyamsilaKadir said...

anis.. byk2 bersabar k.. byk2 doa n mohon pd Allah supaya semuanya dipermudahkan.. fikirkan yg positif k.. aku doakan supaya baby ko still in there & sihat walafiat.. dont give up! I know u are strong!

|| NaFiRaa || said...

insyaAllah~ mudah2an semua selamat.. kita sebagai ibu lebih tahu keadaan diri kita.. teruskan minum susu byk2 k!!

ainiayu said...

sori...baru baca...tk online dr tadi....sabaq no anis...byk2 doa...insyaallah sume akan ok nnt....mungkin lum nampak lg sbb awal sgt....yg penting jaga diri leklok & jgn stress yg bukan2....tenangkan hati ye....:)

aNiS tHe BumbleBee said...

shams~ thanks shams...hopefully baby ni adalah...next week maybe aku akan check lagi..

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~ hihihi..thanks! tu lah..terpaksa minum susu walaupun tak suka sgt2! xpe..demi bayi..caiyok2!

aNiS tHe BumbleBee said...

kak ainiayu~ erm..maybelah awal sgt..xpalah..berserah sajalah..yg penting hepi..hihihi!

MrsYusofhussain said...

kak, insyaAllah baby ada tu...dont worry k

aNiS tHe BumbleBee said...

lia~ orait..insyallah...harap2 sume okey.. :P

Kim Hyun Joong's Lover said...

anis,sabar la....i smua adlh 1 dugaan tuk ko n husbnd ko..pasti smuanye akn slmat....mybe baby ko nk buat surprise kt ko....don't worry la....sama2 la kita mndoakan yg terbaik tuk dia...

aNiS tHe BumbleBee said...

kim hyun~ tenkiu la weh...aku pon doa kt ko gak,moga2 pas balik hanimun ni,ko pon ade..hihi...!

azean said...

anis...yan nak tnya, brapa anggaran kos u/sound vagina???...doc sarankan yan wat ujian tu sbb kes same dgn anis gak...huhuhu

aNiS tHe BumbleBee said...

salam yan.. :)
cost di malaysia anis xpasti.tp kalau kt sri lanka ni,appointment dgn radiologist adalah dalam RM 20 gitu je.kalau kt Malaysia,bergantung juga pada tmpat yg Yan pegi.Kalau pegi scan klinik swasta biasa(yg ada vagina u/s),maybe murah skit dari pegi medical centre yg besar.

Jangan putus asa key...bykkan doa,dan serah semuanya pada Allah.Sebab Allah hanya bagi yg terbaik utk hamba2nya kan?? :D

Anonymous said...

Jadikesimpulannya...apa yg awak rasa dulu sama mcm saya rasa skrg....tuan ja tahu betapa runsing nya saya fikir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...