Friday, January 28, 2011

Kisah Shooting Hari Terakhir...

Semalam aku pegi shoot lagi. Ni hari last dah. Bapak la jauh perjalanan..Dekat Talalla..lepas skit dari Matara. Berejam nak smpai. Tpi bila sampai..lawa tul tempat ni..tenang gila. Cam pusat Rehab la lebih kurang. Siap ada ruang meditation kt tetengah tu..bestla jugak..


Semua jenis open air.Bilik air pon xde pintu. Ko tgk bilik tido tu. Tu kalo tgh sesedap tido, terjaga nampak pompuan rambut panjang lepak kt beranda tu kan ke naya. Dah la hantu2 tsunami byk kt sri lanka ni..Ayoyoyo!


Dalam bas, on the way ke lokasi...


Kristina..org Hungary.umo da tigeploh,tp still tgh carik jodoh lagi.Sebab dia kata nk kawen dgn org Sri lanka.Nak anak kulit kaler kapucino..Dia tanya aku aku suke tak lelaki kulit putih. Aku jawab tak. Sebab aku prefer kulit yg xbape putih.Nampak cam gagah skit.Kakakaka! Padahal, eh xkoser aku. org kita ni,especially pompuan, kalo dah kawen dgn omputeh, tiba2 kite plak bertukar jadi omputeh. Rambut pon tukar jadi perang.Nama kt blakang pon tukar jadi nama laki. Bab2 agama tak kira pulak lagi.Aku plak bukan jenis kuat iman.Org nk cari yg boleh membimbing, ini kita pulak nk membimbing laki.Ayoo...masalah..masalah..


Wif Geetha...driver aku kata dia ni glamer kt Sri Lanka ni..laa,ye ke?xtau pon...hahaha!


Cam citer Bukit Kepong ke..leftenan Adnan tak?...kih!kih!kih!


Askar2 tengah sibuk berlakon..


Askar2 german. Dorang ni gila2 ya amat.Bengong toi dok buat lawak kt blakang set.cih!


Crew filem..


Ni tanda. Ktorg kena tumpu kt benda pink tu.Konon benda tu nak meletup..


Org kampung beramai2 datang menyaksikan pengambaran..


With Leonard the sailorman.. phu!phu!


Kristina,sulochana,geetha and me..

Sementara sehari suntuk aku kt set pengambaran, mari kita lihat, apa budak kecik ni buat kt opis abah dia...Balik dari skolah, Speckybee ambik Uyin bawak gi makan, then pegi opis. Time ni lah si Uyin menyelongkar ke seluruh pelusuk opis tu.


Bangunan blakang tu saya la yg design...ceh!


Punyala Spekybee usung selimut bantal dengan harapan dak kecit ni tido.Tapi jangan harapppp....byk keja dak kecik ni kt opis tu.Ramai pulak yg dok melayan.Lagi tak tido laa jawabnya..talipon opis bunyi pun kelam kabut sibuk nak angkat.ish!

Tu je lah kot gambar2 untuk blog ni. Lain2 gambar, ade lam FB.nk upload gambar kt blog ni skit punya hazab.Kt FB,nnti lah.bila kurun aku nk upload entah.hahaha!

Monday, January 24, 2011

Mia..


pic [here]


Speckybee: Dinda, kita potong rambut anak kita mcm Mia yg comel tu, nak tak?
Aku : Hesh, mana la boleh..rambut anak kita kan nipis je..
Speckybee: Humm..kalo camtu, dinda lah potong rambut mcm Mia tu, boleh?
Aku: Amende pulak...muka mana sama....grrr...
Speckybee: Uish....dah iras2 dah dinda dengan mia...tapi salamiah laaaaa kann...kakakakaka!
Aku:[ Patutkah aku mogok masak seminggu kt mamat ni?????]

Friday, January 21, 2011

TeraSa DiriKu Seperti Awek

Tadaaaaaaaaaaaa!!

Pagi tadi terima call dari Niro, ckp nak datang rumah..Tengok2 dah ada kt gate dah. Aku pegi je, tetiba dapat ni......





Oh! oh! Hidung rasa kembang tak boleh nak kempis2 lagi dah... Isk,lama siot tak dapat bunga2 cenggini. Dulu2 zaman skolah je lah kot. Pasal mula2 dating dulu, aku dah warning awal2 kt Speckybee, aku bukan minah bunga. Kalo nak bg hadiah, aku nak gadget2 je..kalo xde sangat, belanja aku makan. Materialistik wei! hahahaha!


Sebenarnya si Niro datang hantar baju Melayu Speckybee yg aku bg pinjam kt Heidrun, minah german tu. Aritu aku ada bagi kt dorang buat sample.So, harini dia nak pulangkan, siap bagi bunga pulak lagi..Standard la omputeh..xkan nak bagi cekodok pulak kan...

Maka dengan tiba2 hari ni pasu atas meja makan rumah aku tu ada laa bunga selepas berbulan2 bogel je.Kalo nak harapkan aku beli bunga, mungkin tunggu birthday sapa2 dalam umah ni la baru nak ada kot.

p/s:Dulu2 masa kt skolah, ada org tanya aku, aku suka bunga apa?heh,mana la aku tau.aku bukannya hapal nama bunga2 ni. Kalo tetakat bunga raya bunga kebangsaan tu aku tau laaa..!

Wednesday, January 19, 2011

KaRiPaP GuLunG

Korang pernah dengar Karipap gulung? Karipap pusing pernah laa kan? Meh aku nk tunjuk karipap gulung plak...

Ari ni Sri Lanka cuti.. Pepagi buta tadi aku terliur nak makan karipap...korek2 kt dapo, kentang xde. Kejut Speckybee pegi beli kentang. Sementara tu aku cincang2 daging nk buat inti karipap. Haishh, lama betul Speckybee pegi kedai nih... Aku buat kuah dal lah dulu. Makan roti canai dulu.

Lepas tu baru la aku mula buat inti karipap..Daging dengan kentang campo serbuk kari. Tengok kt internet, tepung tu kena bancuh dengan air ais la, kena uli lah..aahhh...Malas!

Bukak fridge, ada balance kulit popia. Pe lagi, gulung je laa inti tu dalam kulit popia tu. Jadilaa karipap gulung...Koh! koh! Koh!!

Ampon kan hamba penunggu gua!! Aku kan perantau yg pemalas..tapi nak makan mcm2..maka, hantam sajalaaa labuuuu...



Ini adalah karipap gulung-gulung saya...

Tuesday, January 18, 2011

Kisah Asrama #1- S.P.E.N.D.E.R

Aku budak hostel. Dari form 1 sampai ke Diploma memang aku duduk hostel.Time degree je duduk umah sewa. Bila duduk hostel, byk la kisah2 suka dan duka lara terjadi. Sebelum aku kena penyakit nyanyuk Alzheimer, baik aku tulis siap2 dalam blog. Boleh jugak buat kenang-kenangan di hari pencen.. (kalau aku hidup lagi laa..)

1.Spender dan tiang gol
Kedua2 benda di atas memang xde kombinasi yang sepadan langsung.Cuma orang2 yang pernah mengalaminya saja yang paham. Aku sure budak2 batch tahun 1997-98 skolah Syed Burn akan terbayang peristiwa nih.Kalau yg tak nyanyuk lagi la kan.Dah kalo bangsa makan semut tu,malas la aku nak ckp apa. Time ni dulu gempar dengan sex mania. Mmg ada sorang jantan gila yang akan pecah masuk hostel kitorang, curi segala pakaian dalam yg bersidai kt luar, then dia susun cun- cun kt tiang gol padang skolah. Time aku aku form 1, sesi petang. Pagi ktorg kena terhegeh2 riadah kt padang. Budak2 laki standed, main bola je lah. Set pompuan joging2 sambil mengumpat. Tu aktiviti biasa batch ktorg. Di satu pagi yang hening tu lah kejadian gempar tu berlaku. Ada jugak yang melalak2 bila tengok underwear dorang kena sidai kt tiang gol skolah. Aku tak sure aku punya kena ke tidak. Tapi kalau ada pun, mampus lah aku nak mengaku. Buat bodo je laa..haha! Yang paling parah, budak2 skema yang stail tulis nama penuh besar2 kt semua pakaian dia. Ko hagak2 laa, takkan kt underwear pun ko tulis nama penuh ko siap nama bapak lagi...Kan ke xley buat bodoh cam aku...terpaksa laa pegi kutip kt tiang gol tu haa...hadoihhhh!! Sex mania ni sangat berleluasa sampai semua budak2 pompuan terpaksa tido peluk kayu hoki. Aku yang tak pernah bersukan ni pun tetiba kena beli kayu hoki, nak belasah sex maniac punya pasal.


2. Spender Brand Badak Air
Di samping ada org luar yg gila bangang curik underwear dan susun kt tiang gol, ada juga puak2 aspuri yang bodoh lagi bahalol yang suka mencuri baju kawan2 termasuk la pakaian dalam. Bodo la ko ni. Ko tak pikir ke org tu ade siplis ke, kurap ke, panau ke?Yang ko gatal2 pegi curi tu buat apa??? Oleh kerana aku ni anak sulung, baru plak puberty time tu, maka mak aku konfem laa eksaited terlebih kan.. So,barang2 dalam aku semua brand Caelygirl wooo! Time tu, mana de budak2 pakai caelygirl tak girl ni..lagi satu, Beedees ke apa, aku tak ingat. Yang gamba badak air tu. Under Triumph tak silap aku. Yang lelaki ingat apa? Korang je boleh kekembang idong pakai buaya korokodail tu??Pestu sibuk longgar2kan suar, nk tunjuk brand spender.Cet! Aku pakai cap badak air rilex jeee..Apa barang tunjuk tunjuk. Cuma yang aku bengang, bila dah duduk hostel ni ada la manusia tangan panjang kan. Stail kalau dah takde, teringin pestu main bedal je. Aku sumpah badak air tu gigit ko punya baru tau. Heh!!!

3. Unisex
Aku pernah jumpa underwear lelaki kt hostel. Member aku tengah sidai. Aku kaget. (pe hal ayat cam novel nih?) Dia kata dia mmg pakai underwear lelaki time period. Sebab selesa. Ooo...baru aku tau rahsia keselesaan ko..Maka aku berjanji dengan diri aku, bila dah kawen nnti aku nak terailah.Sebab time jadi awek,pe kejadahnye aku nk duduk pilih2 barang kt section underwear lelaki.Jatuh saham okey. Dan sekarang.. ooo...baru aku tau.....huaahahahahahahaa!!!

3 sudeyh kisah aku untuk hari ini. Sekarang adalah waktu membizi untuk memasak.Bagi sapa2 yang nak terai no 3 tu, dipersilakan..Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Monday, January 17, 2011

TuTan Khamun

Walaupun alahan pregnancy kali ni tak seteruk masa Uyin dulu (xde siri pengsan2 lagi) tapi aku selalu alami sakit kepala gila2. Last-last, aku suruh Speckybee potong rambut aku. Sayang ya amat aku dgn rambut rebonding paras pinggang aku nih. Satu, sebab mahal dol! satu lagi, tak boleh la aku nak feeling2 hantu Ju-on panjat katil. Saja aku nak kasi takut Speckybee. Supaya dia peluk aku ketat2 memalam. Huakakakakaka!!!

Aku malas nk pegi salon potong rambut kt Galle ni sebab entah, mcm geli2 je. Maka dengan itu, aku merelakan la si Speckybee potong rambut aku. Mula2 aku suh potong bentuk V. Bagi ngam-ngam kt tengah belakang je. Tak sama, dia potong lagi, dan potong, dan potong! Last sampai ke bahu je dah ha rambut aku. Sampai baju2 aku skali dia gunting. Ya ampunnn!!

Tengok je cermin, rasa mcm nak melalak kt situ jugak!!! Huwaaaaa!! Speckybee boleh gelak2, kutuk2 rambut aku mcm Tutan Khamun.

Topeng Tutan Khamun

Huwaaaa!! menci! menci!!!

Skang aku tengok rambut Speckybee panjang berjela-jela. Ini adalah waktu terbaik untuk sesi balas dendam..Tutan Khamun eh??? Nanti ko, aku tarah rambut ko jadi the real Tutan Khamun!!!!!


Encik Tutan Khamun

notabulukaki~masa aku kecit2 dulu, kalo aku berperangai brengset, mak aku slalu jerit, Hamunnnn!!! Time tu aku akan menggelabah, terus jadi baik. Aku mmg takut tengok org pakai celak2 cenggini. Tp skang ni, dah jadi trend plak aku tengok.kan?kan?

Friday, January 14, 2011

SurPriSe!!

Situasi : aku tengah buat nasik goreng kt dapo..

Uyin: Ibu, ibu! Come here. I show you! Surpriseeee!!!


Elephant!!!!

Sakit jantung!! Dengan marker hokey??

Ko tunggu la abah ko balik dari Colombo kang!!! Dia plak bagi surprise kt ko. Ibu tak tawwuuu! Lalalalala!!

Thursday, January 13, 2011

Shooting hari pertama

Jeng! Jeng! Jeng!.... ini lah dia kisah pasal shooting semalam... Pukul 4.30 pagi krew pengambaran datang ambik aku kt umah. Then semua berkumpul kt hotel Sanmira utk pakai costume dan make up.

Tapi aku menyampah kt pakcik tukang make up tu. Tah hapa2 nye dia mekap aku ni tah. Overdo sgt kt mata aku. Sampai mata jadi mcm pelakon purba sri Lanka ni. Last2 aku pegi toilet, tenyeh2 semua, mekap diri sendiri balik. Dah jadi org gaji, mekap kena laa natural skit. Ada ke mekap mcm nak main wayang cina. Gila apo? Memang masa awal2 skali dorang tawarkan watak kt aku adalah watak pompuan cina. Aku ckp, aku pakai tudung, nk jadi cina muallaf boley laa.. kekeke! dah, xkoser aku nk pakai cheong sam belah2 sampai paha. Geli aku!


Ni la pakcik yg tak reti mekap tu.isk!

Then korang layan lah gambar2 kt set dulu..


Yg baju biru tu ast.director. Yg sri lankan baju hitam botak tu, si kerek. Blaaagak gagak pasal dia la yg nampak mcm yg berkuasa skit antara org2 sri lanka yg lain. Tp miangnya no 1. Asal ada peluang je,mesti tangan nk pegang2 budak pompuan sri lanka yg 2 org lagi.Aku dah sound dia awal2, aku mengandung 2bulan, maka aku xkoser nk masuk scene yg kena angkat2 barang berat.Tapi dia sebok jugak nk suruh aku susun2 kerusi.Nasib baik xberat sgt. Kalo jadi apa2 kt aku, aku saman ko si botak kerek!


Ni askar British ke apa tah...


Set up lightning. Mcm nak mati aku tgk geng2 ni buat keja. Sana sini hangkut benda alah tu.


Encik cameraman..


Antara para pelakon...Masing2 dok tergelak2 tengok pakaian masing2...


Dayang dan hulu-balang kuih semperit..Budak2 ni budak Malay Sri Lanka. Nama pun Husin, Jamal..cam nama org kita la jugak. Bersungguh2 laa cakap melayu dengan aku. Boleh laa aku tangkap skit2.Bahasa melayu dorang mcm zaman purbakala je. Gua org moden, mana gua nk paham lu org cakap apa. Dah la bercampur2 dengan bahasa tamil laa, singhala laa...pening kepala aku. Tapi budak2 ni baik laa..reti hormat org. Umo baru 20tahun...tapi dah tak skolah...Keje nelayan, keja scuba diving, melombong emas, semua dorang buat. Yg 3 org dari kiri tu je sebenarnya yg melayunya. Yg pakai tengkolok belah kanan skali tu Singhalis. Tapi muka dia pulak laa yg macam lagi melayu. Heran jugak aku. Dia kira pasangan aku la lam citer ni. Dia tukang susun pinggan, aku tukang lipat napkin kt meja makan.


Ni la 3 org Malay servants dalam cerita ni. 2 org pompuan ni org local sri lanka.Sebelah aku tu Sulochana, yg ujung tu Geetha. Dorang ni sebenarnya pelakon drama & teater kt negara ni. Tapi haram la kata aku nk kenal. Kem salam aku nak layan cerita sri lanka ni kan.Bila aku google2..oo mmg dorang ni artis rupanya. Ni kalo aku tunjuk kt jiran aku ni, mesti dorang kagum aku ada gambo dgn artis dorang.Kakakaka! Watak org gaji kena mcm miang2 skit. Senyum kt hero, pestu sigung bontot kt bahu hero. Pestu ada la lagi babak2 yg aku xbape nak kenan. So, aku bgtau siap2, aku tak nak yg acting2. Aku nak jadi yg bebetul extras, yg jadi tukang lalu, tukang buat semak frame je dah. Eish, geli aku nk buat2 senyum miang. Dah la tgh alah meloya, kang kt situ jugak aku muntah.koh3x!.

Tapi apa2 pun, berlakon ni sumpah penat wehh... Korang bayangkan, sebelum shoot, ada rehearsal, itu pun 7-8 kali. Pestu bila dah start shoot satu satu scene tu, lagi 7-8 kali plak take. Setiap take, director akan kata "GOOD"! "THANK YOU!" Bila dia dah puas hati, baru dia cakap, "PERFECT!!" Kalo tak, ko ulang la sampai reput tulang buat benda yg sama je. Nak kata boring pun ye jugak. Camne laa org yg mmg keje berlakon2 tu. Sebab dorang minat agaknya ye.

Tulah kisah shoot hari pertama aku. Nanti 27hb pulak scene aku. Tadi dah dapat duit Rs6500. Haruslah aku pegi spa urut2 kaki aku yg lenguh nih. Baru berlakon 3 scenes dah sesengal tulang. Maklom laa artis tuaaaa...kekekeke!

Tuesday, January 11, 2011

Gini gini Je Laa...

Time kasih pada yg masih sudi tanya khabar aku..perkembangan aku.keh3x.. ada yg email aku, tanya aku hidup lagi ke tidak? Kojaaqqq!! Tau la aku dah jarang update blog skang ni.

Yes, aku sememangnya lembik ya amat amat amat skang ni. Muntah hijau tu jgn cakap laaa, sampai dah xde apa yg tinggal lam perut aku ni ha. Dulu masa uyin, aku nyaris2 jadi arwah, sbb dehydrated. Merangkak2 aku masuk bilik air.(masa tu aku tinggal sensorang kt putra height) Nasib baik laa tiba2 Speckybee tergerak hati nak balik shah alam padahal hari tu hari rabu.Jumpa aku pengsan lam bilik air.Kalo tak, mesti korang dah baca paper tajuk ibu mengandung 2bulan dijumpai mati dalam bilik air dalam tahun 2007.Haishh..nauzubillah...

Tu kisah cabaran mengandungkan si Uyin. Yg second ni, aku rasa kurang skit alahan dari yg dulu.Tapiii...tapii...cabaran pulak sebab aku kena masak dan jaga si Uyin. Nak kupas sebijik bawang tu, mau 3-4 kali lari pegi toilet. Gila meloya. Skang pulak, aku langsung xboleh nk tgk, apatah lagi nk telan ayam dgn daging. Ikan je lah skit2. Padahal sebelum preggy, aku ni bangsa jarang sgt laa nk makan ikan. Tak lalu! Selama tak update blog, aku melepek je atas katil. Tenaga langsung xde. Dah makan, muntah, makan muntah. Makan la roti2 bakar gitu je.Org kalau mengandung naik berat, yg aku makin menurun.Bagus laa jugak.Ada can badan aku slim pas bersalin nnti.

Kadang ada la selera aku nk makan. Tapi ko tau la kt negara sengal ni. Mana laa nk dapat, kecuali masak sendiri. Aku dah la xde tenaga, lagi plak nk suruh aku masak. Speckybee pegi keje, Uyin tinggal dgn aku. Kejap nak itu, kejap nak ini. Lunch kang, nak jugak sediakan makan. Kadang tu aku tak masak pon. Makan je lah megi.

Kadang2 tu air mata ni menitik tak sedar. Kadang2 tu aku melalak sampai jiran korea yg hujung tu dengar. Kadang2 macam sedih gila la plak. Macam yatim piatu kt sini. Xde mak bapak. Org lain, mengandung, boleh la mengada2 suh mak masakkan itu ini. Aku terkial2 laa masak sendiri. Aku nak balik! Tapi Speckybee tak bagi. Lagipun ye laa, baru nak masuk 3bulan. Tak lepas zon selamat lagi. Tapi kadang2 tu aku bengang lah jugak. Speckybee still balik kul 9 malam hari2. Aku sakit ke, tak sakit ke, mcm tu lah jugak. Ni, bos dari Msia datang, lagi best. Hari2 meeting, makan kt luar. Aku jugak terkial2 kt rumah. Benci ah! Nak cari maid pun, buat sakit otak je nanti. Aku nak balik!!!!

Kadang2 aku berjaya la motivate diri sendiri. Tapi kadang2 aku melalak jugak sorang2 kt rumah. Aku nk mengadu kt sapa. Mana aku ada kawan2 kt sini. Pas solat, melalak. Nak tido melalak. Lapar melalak. Nak masak melalak. Camne tuh? Mata pon dah bengkak2. Ni camne nk jadi artis besok nih?? kakakaka!!

Besok kul 4.30 pagi buta halam nk kena pegi shoot. Tak boleh awal lagi ke? Grrr...Seb baik esok je. Then 27hb. Camne laa org yg keje artis ni. Tak penat ke? So,kesimpulan yg aku dapat buat kt sini, keje artis lebih kurang cam keje kilang la jugak kan..cuma keje artis glamer la skit, buleh masuk paper, buleh masuk majalah. Pakai seksi kena kutuk.Hahaha! Padan muka!

Ah, xpelaa..at least aku dpt pengalaman. Dari takde buat pape kt sini. Besok2 dalam resume buleh gak aku tulis, "pernah berlakon dalam filem German" Huakakakakakaka!!!

Aku nak tido dah. Sok kena bangun awal. Bagus jugak. Bangun awal aku besok.Sok aku tunggu azan subuh laa...Slalunya, subuh aku, bila tok bilal dah lipat sejadah sapu masjid dahh..

Sok aku hapdet citer pengalaman aku jadi org gaji.Kakakaka! Babai!

Telinga Pokok


Hai! Saya Uyin! Saya ada telinga pokok!

Citer ni dah 2minggu kot. Aku je yg malas nk update blog. Padahal hari2 ada je kisah2 aku yg memberansangkan napsu.keh3x! Seperti yang dijangka, telinga uyin ada bernanah skit. Kesnya, time aku nak gantikan subang sementara dia tu dgn subang emas yg mak aku hadiahkan kt dia time raya aritu. Rupanya, org yg tebuk telinga uyin tu, tebuk senget skit. Lubang yg depan tak sama dgn lubang yg belakang. So, bila aku nk pakaikan subang emas tu, tercucuklah kt isi yg xde lubang. Adoihhh..!! Kesian Si Uyin melalak2 laa sakit.

Aku agak menggelabah la jugak.Tapi oleh kerana darah keturunan medic mmg mengalir dlm badan aku, aku xde lah aku kejung kt situ tak tau nk buat apa kan...Bersih2 kan dengan Dettol, then sapu je lah minyak gamat.(ye,medic laa sgt cara ko tu!) Oleh kerana takut yg lubang tu kang jadi bontot ayam (terkambus balik) aku suruh Speckybee pegi petik sebatang pokok kemucup. Aku nak pasang kt telinga budak ni. Mmg aku masa kecik2 pun cenggitu. Dah aku bangsa tak boleh pakai barang kemas, pakai batang kemucup je lah jawabnyaaa..




Maka, telinga Uyin, sebelah pakai subang kemucup, sebelah pakai subang Mak Tok. Hahaha! Sebijik macam aku dulu2.


Sila cari perkara aneh..

Atas ni gamba aku time skolah cina dulu. Rilex je pakai subang sebelah. Mmg dah nampak ciri2 lanun aku dari kecik. Subang uyin skang pun sejibik mcm subang aku dlm gamba ni...aissshh...memori daun kari betul laa..

Lepas2 je aku pasang kemucup tu kt telinga Uyin, dia lari pegi tengok cermin..

"Napa telinga uyin ada pokok?? aaaaa!! Nakmo telinga pokok!!!"

Gyahahaa! alah, sabar la kejap. Besok2 telinga ko dah elok, ibu pasang la telinga Mak Tok ko tu balek..hesshhh!!

Last but not least, "Ibu, Uyin bagi tantek tantek Adik Cat, okey??"

Pengsan aku!! Nasib baik ko kepit telinga kucing. Kalo ko kepit telinga adik ko besok camne?? Ni yg aku seram sejuk nk beranak anak baru ni...Isk!!


Redhooo... mangsa keadaan..

Friday, January 7, 2011

Nak OtoGraP, Noks??

Holaaa!! Hadoihh..penat makcik haa..

Tadi aku pegi cuba costume.Eh, korang xtau lagi kan??? Hihihi! Ha, meh nak citer. Bulan lepas..ada laa satu production company dari German datang tempat aku. Nak buat filem zaman kolonial. Citer pasal kapal Emden yg karam tu.. Korang tau x sejarah dia? Apaa?? Tak tau??? Aku pon tak tau! Hua! Hua! Hua!

Adelaa aku godek2 kt tenet, tapi banyak yang citer pasal ni dalam bahasa german.So,tak bape nk clear la pun sangat, apekah ke bendenye. Lebih2 kurang mcm Titanic laa agaknye.Ni lah hasil godekkan aku pasal sejarah Kapal Emden tu..

The Cocos (Keeling) Islands consist of 27 coral islands situated between latitudes 11° 49' and 12° 12' S and longitudes 96° 49' and 96° 56' E. They were discovered in 1609 by Captain William Keeling, a Royal Navy commander and agent of the East India Company, while returning to England with a convoy from the Dutch East Indies.

The islands remained uninhabited until 1826 when Alexander Hare, a former East India Company official, arrived and settled on Direction Island with a group of Malays. The following year a former trading partner of Hare and former East India ships captain, John Clunies Ross, arrived with his wife and family and a number of Malay seamen, who formed a settlement on Home Island. The trading partnership had not been very successful and problems soon arose between the two groups. After eight years of discord Hare decided to leave and moved to Batavia. John Clunies Ross died in 1853 being succeeded by his son John George Clunies Ross.

In 1857 the Admiralty issued Captain Fremantle of HMS Juno with instructions to annex the Cocos Islands. Clunies Ross was appointed Governor by Fremantle and later the British Government gave the Clunies Ross family perpetual lease of the islands.
The Clunies Ross family established coconut plantations on the islands, building up a successful business dealing in copra which they transported, in their own schooner, to Batavia for onward transmission to London or Hamburg. They carried mail to and from Batavia as well as supplies.

So, dorang nak pakai la watak2 melayu dalam citer ni, sebagai pelayan, atau lebih tepat lagi, orang gaji kepada Gabenor.So, inilah dia watak aku.Ada 2 scene watak aku kena attend. Baru je tadi aku selak2 skrip, tgk mcmana aku kena berlakon. Ada watak org gaji melayu, kena senyum kt hero, pestu hero senyum balik, pestu kena hidang sandwich. Cenggitu lah lebih2 kurang. Nak cerita, aku xtau sangat.

So, tadi, aku dah pegi test costume aku...Halah, pakai kebaya dengan kain batik jee ponnn..xkan laa pakai gown kembang2 pulak kan. Ceh. So, aku tanya costume designer, Heidrun, aku kena cover kepala aku. Aku muslim. So, dia tanya aku, camne? Dengan tiba2 aku plak yang jadi costume designer, aku bgtau, org melayu dulu2 pakai selendang ataupun kain batik (ala2 mahsuri gitu) kt kepala. Baru laa ayu..Awww!

Feeling-feeling Mahsuri weh..

Then, dia mintak pendapat aku pasal pakaian servant lelaki melayu plak. Aku kata, meh aku nk tgk, baju ape ko sediakan. Dia tunjuk la mcm kemeja, pestu pakai dengan kain pelikat. Aku gelak Kah! Kah! Kah! Ni mcm benggali jual roti je..amende laa ko ni Heidrun! Pestu aku bagi pinjam baju melayu Speckybee, then kain pelikat buat sampin. Pestu letak la towel ke kain ke kt bahu. Ha, cenggitu kalo melayu punya pakaian.Dah abis test2 sume, Heidrun ambik gamba aku. dgn costume. Then aku lepak2 ambik gamba dlm tu, sementara tunggu Speckybee datang ambik.

Ni la Heidrun, org German dia nih.


Member baru aku.Org England.Dah 9tahun menempek kt Sri Lanka ni.Keje cikgu english.Sembang dgn org england ni, tetiba slang english aku pon jadi ter "arr...arrr..." Kakakaa!


Details aku time photoshoot bulan lepas. Segala details terpaksa dikaburkan kecuali size kasut.Mana laa tau kut2 ada sesapa nk adiah aku kasut Stiletto ke kannn....tihihi!


Bilik costume.Ni bahagian lelaki kut.Pasal tadi aku masuk bilik lain..

Tulah lebih kurang cerita pasal hari ni... Aku start shoot minggu depan. Nanti dah shoot ke bagai, aku cerita la lagi pasal kerjaya baru aku sebagai seorang biduanita ni...Kah! kah! kah!

Monday, January 3, 2011

KeropoK LeKor Sri Lanka

Rentetan dari entry tahun baru yg lepas, Speckybee dengan penoh kaseh-sayang telah membuat kopok lekor untuk aku. Wah, untung betul anak dalam perut aku ni. Dulu kt malaysia, main beli je apa nk makan. Skang tak main laa beli2. Kita buat hokey?? hahaha!

Kepada yg senasib dengan aku, (xde pasar malam kt tmpat korang!) bolehlah mencuba resepi kopok lekor Speckybee ini..yeahhh!



Isi ikan.Ikan pape pon belasah je.nama pon perantau. Ktorg pakai ikan kembung je. Buang kulit, pestu blend kasi hancur.

Lepas tu, bolehlah gaul dengan tepung gandum, tepu sagu/tepung ubi kayu, garam dan jugak pak aji- xde moto. Xde tepung sagu/tepung ubi kayu??? Ha,senasib laa kita. So, Speckybee beli je sagu bijik2 tu (alah,yg taruk kt pengat tuu..) pestu blend jadi tepung. Jadi laa tepung sagu.Miahahahaha!!

Then, boleh la dimulakan sesi menguli..

Kebersihan sgt terjamin..Speckybee pakai glove yo!


Hasil menguli...yg ketot tu, aku yg buat. Speckybee marah.Mcm k*t* katanya.Bwahahaha!!
Wa tak pandai uli tepung, uli benda lain wa pandai laa...
Nah, ko je lah yg buat.tak koser aku!



Aku tetap nk letak gamba ni jugak, sbb time ni pipi dia sgt kembong! Lihatlaa duniaaaa!! Encik Speckybee dah gemok!! Gyahahahahhaa!!!


Then, boleh la merebus..


Rebus sampai kasi dia timbul sendiri. Kalo dah timbul,maksudnya dah masak laa tu..boleh laa kasi angkat.

Mcm ni rupa kalau dah masak.Kalau dah sejam tak naik2 jugak, ko godek2 la skit.
Maksudnya dah melekat kt periuk tu dan dah hangit.ceh!



Keropok lekor yang dah siap direbus.Time aku kt Ganu dulu, mak bapak angkat aku ajar aku makan kopok cenggini. Yang rebus je. Kopok gonde kalau tak salah dorang panggil. Marbeles jugak!


Lepas rebus suma, boleh la potong mengikut citarasa.panjang pendek, nipis tebal, suka hati laa...
Lepas tu, gorengggggg!!!


Nyam!! Nyamm!! Makan dgn sos thai laaagi sedap. Tp dah xde, belasah je mkn dgn sos biasa. Janji hilang kempunan aku.


Tarik tilam letak depan tv, bukak citer Magika yg Speckybee da donlod, sambil makan kopok. Heaven gilaaaaa!!

p/s: Speckybee tanya aku, apa lagi benda mustahil nk makan kt sini? Sebut ja, nnti dia buat. Ecececece!! Punya la tak bagi aku balik. Sebab sblm ni aku ada ura2 ckp nk balik duduk Malaysia kejap, sampai mabuk aku ilang.. Takut rindu2an laa pulak kang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...